Saturday, May 31, 2008

Negeri berkebajikan? Islam? Oh Kelantanku

Kemenangan Pakatan Rakyat baru-baru ini masih tidak dapat merealisasikan penubuhan negara Islam. Konsep negara Islam sebenarnya telah lama diperjuangkan dan nampaknya idea penubuhan sudah dapat direalisasikan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Tapi kita tidak dapat nafikan antara penyebab ia dapat dilaksanakan adalah kerana 98% masyarakat Kelantan adalah beragama Islam berketurunan Melayu. Oleh yang demikian, Kerajaan Kelantan tidak boleh dijadikan prototype untuk melaksanakan Kerajaan Islam secara menyeluruh. Ambil sahaja Selangor dan Perak sebagai kayu ukur kita. Perak adalah sebuah negeri yang menggambarkan “Malaysia” kerana pecahan kaumnya yang seimbang sama seperti pecahan kaum Malaysia. Sekiranya Perak berjaya di ‘negeri islamkan’ maka laluan untuk menubuhkan negara Islam akan menjadi lebih senang. Selangor pula merupakan sebuah negeri Maju dan kaya. Semestinya pendekatan yang diguna pakai di Kelantan tidak dapat dipraktikkan di sana kerana struktur sosial masyarakatnya yang agak mewah dan elegent berbanding kehidupan sederhana masyarakat Kelantan.

Oleh yang demikian, konsep negeri berkebajikan telah dicadangkan. Ini merupakan satu resolusi yang terbaik sehinggalah semua rakyat Malaysia dapat memahami erti sebenar sebuah negara Islam. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Kerajaan pimpinan Khalifah Umar Ab Aziz merupakan contoh perlaksanaan negeri berkebajikan yang bagus walaupun tempoh pemerintahannya yang singkat. Hebatnya kerajaan Umar mengendalikan harta kekayaan negara sehinggakan wang baitul mal menjadi harta karun. Tiada yang sanggup menerimanya kerana mengatasi syarat-syarat penerima zakat iaitu miskin. Tambahan pula, isu kebajikan rakyat juga merupakan salah satu komponen sesebuah Negara Islam.

Sedar atau tidak sedar, konsep negeri berkebajikan ini sebenarnya sudah pun dilaksanakan di Kelantan melalui pelbagai skim dan kaedah (skim kifalah, bantuan perumahan, ta. Namun sehingga ke hari ini, aku tengok yang ia masih belum dapat mecapai satu tahap kepuasan. Tapi kesannya tetap ada kerana menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh PM di Sidang Dewan Rakyat pada 3 September 2007, Bilangan isi rumah penduduk miskin tegar di Kelantan adalah seramai 3600 orang. Hal ini meletakkan Kelantan di tangga kelima selepas Sabah (32400 orang), Terengganu (8300), Perak (5700), Sarawak (5200) dan Kedah (5000).

Mungkin ia berkait rapat dengan pelbagai sekatan yang diterima kerajaan negeri sejak dari 17 tahun yang lampau. Dan ini bukannya satu tuduhan rambang apabila ia dibuktikan oleh bekas ADUN Ayer Lanas yang memegang portfolio Menteri Pengajian Tinggi yang pada sidang Dun Negeri Kelantan terakhir untuk penggal yang lepas. Sewaktu di Sidang Dun itu, beliau mengaku yang beliau juga terlibat dalam misi melambatkan peruntukan kepada kerajaan pembangkang yang memerintah Kelantan. Maka, adalah tidak mustahil sekiranya ia benar-benar berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Walaupun ada penduduk miskin tegar di Kelantan, rasa-rasanya setakat ini, masih belum ada rakyat Kelantan yang tidak dapat makan nasi. Oleh yang demikian, aku menolak penuh cadangan bekas Menteri Pengajian Tinggi yang kini memegang portfolio Menteri Pertanian supaya nasi diganti dengan ubi keledek. Apa dah hilang akal ke YB ni?Apa kata YB kita ni yang mulakan. Nanti bolehlah makan ubi je. Aku berani bertaruh yang dia tak kan dapat bertahan walau seminggu. Maka di sini, kerasional berfikir perlu di ambil kira. Maklumlah YB ni orang yang cukup bijak sekali dan menjadi ikon orang melayu (Itu kata mak ayah aku. Aku tak rasa macam tu pun).

Berkenaan dengan konsep negeri berkebajikan, aku sebenarnya ada satu perkara yang telah lama bermain di benakku. Satu perkara yang mana aku ingin perubahan drastik dilakukan disebabkan fitnah yang di bawanya kepada Kerajaan Negeri. Isu ini tidak lain dan tidak bukan adalah berkenaan dengan pertambahan bilangan pengemis di sekitar bandar-bandar besar di Kelantan. Bukannya aku ingin mencemuh golongan pengemis ni. Tapi berita-berita yang dilaporkan tentang pendapatan lumayan pengemis sehingga RM5000 sebulan menyebabkan aku rasa terkilan. Maklumlah kerana kerjaya pengemis dijadikan punca pendapatan.

Aku pernah teringat satu kisah yang pernah diceritakan mengenai apa yang berlaku di zaman sahabat. Ada seorang hamba Allah yang hanya berdoa sahaja dan mengharapkan rezeki jatuh ke langit. Pada mulanya, seorang sahabat mencampakkan sebungkus wang dirham. Beberapa hari kemudian, sahabat itu mengulangi kelakuannya dan kali ini sahabat itu memarahinya serta menyuruh lelaki itu bekerja untuk mendapatkan duit.

Mengenangkan cerita ini dan berita tentang pendapatan lumayan pengemis itu, maka aku sering dilanda dilema sewaktu melihat mereka. Hati kecilku merayu agar secebis wang dapat diberikan namun tatkala aku menghampiri mereka, terus aku ubah pemikiran aku.

Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian[52:19]

Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? [107:1]

dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. [107:3]


Maka adakah aku ini tergolong dari golongan yang CELAKA? Satu lagi, peminta-peminta sedekah ni duduknya pula dekat-dekat. So kalau bagi kat sorang, yang lain semua pandang. Serba-salah betul dibuatnya. Maka sebab itulah aku harap sangat-sangat Kerajaan Negeri dapat berbuat sesuatu untuk golongan ini. Mungkin sediakan satu penempatan untuk mereka dan sediakan satu industri kecil-sederhana untuk mereka uruskan. Ye la kan, “it’s better to give a fishing rod rather than fish”




seorang pengemis di pasar tani Machang. Gambar ni aku ambil sewaktu pulang ke rumah kelmarin

selang beberapa langkah, jumpa pula seorang lagi pengemis


Di hadapan pegemis tadi pula, ada seorang lagi pengemis perempuan. berpayung menahan panas sambil membaca potongan ayat-ayat quran


Seterusnya, isu yang aku nak bangkitkan adalah berkaitan dengan isu MPKB-Bandaraya Islam terutamanya mengenai beberapa jenis kompoun yang sudah tidak aku nampak ianya dijalankan. Pertamanya adalah berkenaan dengan tudung yang wajib dipakai oleh setiap peniaga. Aku hairan sebab kini, para peniaga bukan sahaja berani tidak pakai tudung, malahan ada juga yang sampai dedah bahagian dada, pakai baju jarang dan nipis sehingga nampak tubuh, pakai skirt pendek dan macam-macam jenis fesyen lagi.

Keduanya adalah disebabkan masalah sosial yang semakin teruk dikalangan remaja. sekiranya ia tidak dibendung, maka imej negeri Kelantan sebagai negeri serambi Mekah akan menerima nasib yang sama seperti Bandar Acheh. Anak-anak muda sudah semakin berani berjalan berpegangan tangan, berpeluk-pelukan dan sebagainya. Lantas aku teringat kejadian yang menimpa sahabatku tujuh tahun yang lampau. Dia dan teman wanitanya duduk berhimpit di syesyen bas Kota Bahru, lantas ditangkap oleh Majlis Perbandaran Kota Bahru dan dikompaun. walaupun jumlah kompoun itu tidaklah sebanyak mana, tapi ia cukup untuk membuatkan sahabatku berasa perit dan tidak mengulanginya lagi. Aku rasa, ia sewajarnya diadakan kembali.

Ketiga adalah mengenai kewujudan restoran-restoran 'pelayan' yang semakin bertambah dan tidak terkawal. sedih memikirkan, apabila pelayan-pelayan restoran yang diambil dari negara jiran dijadikan alat unuk meraih keuntungan. Mereka melayan pelanggang dengan melampau, boleh diajak berbual-bual, bergeser bahu dan disentuh. Memang cukup berbaloi sekali, dengan hanya secawan teh berharga RM 1 maka pelanggang mendapat satu hiburan yang amt menarik.

Dan terakhir sekali mengenai kedai-kedai salon rambut. semalam juga aku berkesempatan mengikut sahabatku ke Tesco yang telah dibuka di Lembah Sireh. Apa yang menarik minatku ialah kewujudan sebuah Salon di aras satu yang mana pekerjanya terdiri daripada pekerja wanita berpakaian seksi dengan mini skirt yang cukup menggiurkan. apa yang memeritkan ialah, Sudah menjadi adat, apabila hair treatment di buat, maka tudung akan ditanggalkan (iyelah, kalau tak nak buat hair treatment macam mana). Masalahnya ialah, apabila tudung muslimah dibuka, maka orang ramai boleh melihatnya dengan sewenang-wenang. Tambah bahaya lagi ialah apabila lelaki turut mendapatkan khidmat di sana. Adalah tidak mustahil suatu hari nanti, Salon itu akan menjadi tempat melampias nafsu.

Aku benar-benar berharap agar Kerajaan Negeri Kelantan dapat mengambil tindakan di atas isu yang aku bangkitkan tadi. Jika tidak, isu gejala sosial akan menjadi semakin teruk. Dan ketika itu, sudah tiadalah ciri-ciri keistimewaan Kelantan berbanding tempat-tempat lain.

Wednesday, May 28, 2008

Selamat jalan Selanjar II, Selamat Datang SKSPM!!

Alhamdulillah, Hari-hari yang memeritkan berlalu jua. Setelah empat hari bertarung, beradu minda menjawab soalan-soalan exam akhirnya kelegaan dicapai jua. Walaupun keputusan Selanjar belum keluar tapi aku bersyukur kerana diberikan hidayah dan pertolongan dari Sang Pencipta yang Maha Memberi Rezeki kerana tidak jemu-jemu membantuku sepanjang tempoh getir itu.

Habis sahaja paper OSCE, kitorang jadikan tempat kuarantin sebagai panggung wayang. Rehatkan minda dengan menonton filem Forbidden Kingdom lakonan hero pujaan ku Jackie Chan dan Jet Li. Walaupun Filem itu mempunyai sedikit unsur mistik yang kurang tepat dengan syarie Islam, tetapi ada satu quote dari filem itu yang amat aku suka.

“There is nothing softer than water, but yet it can break the stone’

Hebatnya kuasa air sekaligus membuktikan betapa hebat lagi Si Pencipta air itu. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas segala makhluknya.

Petangnya pula, aku dan rakan-rakan ber’picnic’ di Pantai Seri Tujuh. Di saat sahabatku meredah air mencari tiram, aku melayan perasaan sambil memancing. Satu hobi yang tidak pernah aku tinggalkan semenjak dari alam ‘kampung boy’. Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Ternyata ia bukannya satu ungkapan dusta. Jenuh aku menunggu namun hanya seekor ‘bayi ikan’ sahaja yang berjaya didaratkan. Tapi hatiku cukup puas sekali, kerana satu kedamaian dapat aku perolehi diwaktu menunggu umpan dipagut ikan. Maklumlah, memancing dalam suasana yang sunyi mampu menenangkan minda yang serba kusut ini. Akibat ketenangan yang aku cari itu, maka aku terlepas barbecue. Akibatnya aku pulang ke asrama dengan sebuah irama merdu yang dihasilkan oleh perutku yang kosong.

Malam pula, meeting SKSPM diadakan.hari ini merupakan hari pertama pre seminar dan hari ahad ini, adalah hari besar dimana pelajar-pelajar SPM dari seluruh kelantan akan tiba menyertainya. Bagi yang belum mengetahui apa itu SKSPM, biarlah aku ceritakan serba ringkas. Program yang sudah menjangkau usia 14 tahun itu adalah merupakan acara tahunan USM yang dianjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ia bertujuan untuk membantu calon-calon SPM dari sekolah-sekolah taraf B Pelajar-pelajar yang terpilih adalah dari golongan yang Kurang bijak dan tidak sebodoh Mr Bean. Golongan pertengahan la katakan. Melalui program yang diserapkan dengan ceramah-ceramah mata pelajaran sains (Kimia, math, math tambahan, Fizik, Bio), English dan beberapa program pengisian, maka adalah diharapkan mereka ini dapat membuat satu anjakan paradigma sewaktu peperiksaan nanti. Kali ini, ia dipengerusikan oleh Saudara Abdul Ghani, rakan sekuliahku yang bakal menaiki tahun 3 bersama-samaku semester hadapan.

Bagiku pula, ini merupakan kali kedua aku menyertainya. Tahun lepas sebagai exco kerohanian dan juga fasilitator. Manakala tahun ini, aku bertukar portfolio sebagai ketua Exco Disiplin. Satu tugas yang amat dibenciku. Maklumlah aku ni agak anti-sistem sikit. Tambahan pula, aku benar-benar terpaksa menjiwai watak yang penuh dengan peraturan, ketepatan masa, dan kepura-puraan. Berkali-kali aku berlatih marah budak di hadapan cermin agar segalanya berjalan lancar. Semoga aku dapat menjalankan amanah ini dengan baik.

Aku sebenarnya meminta untuk diletakkan dalam portfolio kebajikan. Tetapi disebabkan masalah kekurangan ‘singa’ yang mampu mengaum maka terpaksalah aku mengalah. Memilih portfolio ini juga bermaksud aku terpaksa meninggalkan kerja kegemaranku sebagai fasilitator. Maklumlah, tugas ini menghalang aku dari berhubungan intim dengan pelajar dan dalam keadaan serba sedia untuk diiktiraf sebagai makhluk yang paling dibenci oleh pelajar.

Semoga aku dapat menjalankan amanah ini dengan sempurna dan diberkati Ilahi. Akan ku coretkan nanti perjalanan majlis SKSPM itu nanti.



Dari kiri Azmi, Kembar, Apan, Aku, Zaim, Ise
Kenangan sewaktu hari pendaftaran pelajar SKSPM sesi 06/07



Ini pula gambar ku bersama mentee SKSPM tahun lepas. sayangnya tahun ni aku dah tak leh jadi fasi sebab ditauliahkan sebagai Ketua Exco Disiplin.

Tuesday, May 27, 2008

Negara impianku- Ke Arah Malaysia Gemilang

Negara impianku- Ke Arah Malaysia Gemilang

Assalamu’alaikum…..

Tentunya ramai di antara kita yang pernah menyertai Kem Bina Negara, Motivasi ataupun Program Latihan Khidmat Negara diberikan sekeping kertas manjong bewarna putih agar dilakar ciri-ciri negara idaman. Memikirkan pengalamanku sewaktu presentation hasil brainstorming antara rakan-rakan, aku ketawa sendirian. Mana tidaknya, cukup besar sekali cita-cita kami sehinggakan membayangkan negara idaman kami sebagai lombong emas dan minyak serta muncul sebagai kuasa teragung dunia, meraih mercu kegemilangan bagi menjaga peradaban dunia.

Hari ini, aku tiba-tiba terikir akan kewajaran slot itu di adakan-walaupun ianya hanyalah impian dan imaginasi, tapi ia sebenarnya menggambarkan perasaan diri sebagai rakyat. Apakah nilai-nilai yang sepatutnya ada pada sebuah negara. Hal ini membuatkan aku berfikir mengenai keadaan negara sendiri (come on, esok exam OSCE! Ada mood nak menulis lagi ke). Tidak cukupkah nikmat yang diperolehi sehingga ke hari ini? Cukup. Segalanya cukup buatku tapi tidak buat majoriti penduduk. Banyak lagi reformasi yang perlu dilakukan.

Sistem Demokrasi

Aku mengharapkan ketelusan dalam sistem demokrasi negara. Penubuhan Suruhanjaya Pilihan raya tidak sepatutnya dipengaruhi oleh kabinet mahupun sesetengah pihak. Ia sepatutnya dijadikan badan bebas. Dalam konteks politik kampus pula, BHEPP sewajarnya bertindak sebagai satu badan bebas. Walaupun aku bukannya pro-mahasiswa mahupun pro-aspirasi, tapi aku berpandangan bahawa fungsi badan ini adalah untuk kepentingan pelajar sesuai dengan namanya. Badan ini tidak sewajarnya menunjukkan sokongan kepada mana-mana belah pihak- jadilah pengantara yang bijak seterusnya membantu mana-mana calon yang terpilih tanpa perlu dipengaruhi kepentingan individu tertentu.

Pengagihan Wang Zakat.

Malaysia yang terdiri daripada lebih 60% masyarakat Islam membuat kutipan zakat yang cukup lumayan setiap tahun. Namun apa gunanya wang ini disimpan terlalu lama sehingga ada pihak yang sanggup memenuhkan kocek dengan amanah ini. Bahagikanlah kepada mereka yang layak menerimanya dengan penuh tanggungjawab. Golongan yang berhak menerima wang zakat ini bukannya si hina, maka janganlah dilayan mereka seperti sampah. Ini semestinya benar. Sekiranya seseorang yang memeluk agama ********* boleh mendapatkan wang sehingga RM5000+ takkan lah kita bagi RM100 sahaja kepada golongan muallaf. Macam peminta sedekah pula.

Pendidikan untuk semua

Dengan wang hasil bumi yang berbilion dolar setiap tahun, maka apa salahnya kita laburkan ke sektor akademik. Bukankah untuk mencapai taraf negara maju (seperti wawasan 2020) setiap anak muda haruslah berpendidikan sekurang-kurangnya tahap diploma. Maka bantulah golongan mahasiswa. Janganlah dibebani dengan hutang. Isu pinjaman PTPTN-Mahasiswa tidak bersyukur tidak sepatutnya timbul. Apa releven pinjaman yang sepatutnya membantu mahasiswa dieksploitasi sehinggakan mahasiswa terpaksa dibebani hutang. Belum pun kerja lagi dah tanggung hutang berpuluh ribu. Mana ketelusan pihak yang dipertanggungjawab? Konon-kononnya untuk bayaran perkhidmatan. Apa tidak cukupkah wang gaji dari kerajaan untuk mereka-mereka yang diberi amanah ini?

Undang-undang.

Sebagai negara yang memiliki bilangan penduduk islam majoriti, maka sewajarnya Al-Quran dijadikan perlembagaan tertinggi negara dan bukannya perlembagaan bodoh sang penjajah yang telah meninggalkan negara kita lebih 50 Tahun. Kerajaan sepatutnya memainkan peranan untuk menerangkan kepada golongan non muslim isu sebenar berkenaan perlembagaan islam. Hilangkan fobia mereka. Sampai ke hari ini golongan non muslim ingat hudud tu potong tangan, rejam batu je. Sampai orang islam yang kurang dalam ilmu agamanya pun salah faham. Dah tak payah lah ikut undang-undang liberal seperti yang dinyatakan mantan PM sebelum ini. Undang-undang syariah dah cukup baik dah.

Masyarakat majmuk

Terus terang aku nyatakan bahawa pengasingan kaum mengikut parti-parti politik yang kononnya diwujudkan untuk memudahkan pentadbiran adalah sesuatu yang mengarut. Bagiku ia hanya menambahkan lagi sengketa antara kaum. Kalau dulu orang islam dan non muslim boleh makan menggunakan pinggan yang sama, hari ini nak bersalaman pun terasa jijik. Bukan ini ajaran agama kita, kita semuanya adalah sama. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Sepatutnya kita bersyukur, negara kita ni macam ASTRO- Macam-macam ada. Tak payah ke negara China untuk bertemu masyarakat China, tak perlu mengembara ke India untuk bertemu orang India. Berpuluh-puluh kaum orang asli yang ada, macam-macam bangsa menghias tabir. Arab ada, pakistan ada, singh ada, belanda pun ada.Banyak yang boleh dipelajari antara satu-sama lain. Maka marilah kita cari titik persamaan antara kita.

Sistem ekonomi

Hari ni semua orang duk fikir pasal duit. Tengok orang pun nampak duit. Tu yang berlaku kejadian culik dan jual sebagai pelacur. Oleh itu, disini perlunya budaya meng-islamkan ekonomi dengan cara menghapuskan riba dan menjana pendapatan dari sumber yang halal. Perniagaan seharusnya dijadikan medan untuk meningkatkan ekonomi warga malaysia dan bukannya untuk menindas. Sungguh pelik apabila negara kita yang merupakan pengeluar beras Asia boleh mengalami krisis kekurangan beras. Harga melambung dari Rm50 sekampit ke RM 80+ sekampit.

Sistem keselamatan.

Malaysia ni cukup unik sekali, tiap-tiap kali keluar jalan-jalan mesti nampak polis, askar, pak guard, RELA dan macam-macam jenis anggota penyelamat lagi. Tapi hampeh, masyarakat masih lagi berada dalam ketakutan. Kalau di Johor (Mengikut pengalaman warga Johor) nak keluar malam pun seriau. Ada-ada je makhluk bersembunyi disebalik dinding, siap sedia nak kelar leher rampas duit. Belanja untuk pertahanan negara cukup hebat sekali tiap-tiap tahun tapi semuanya seolah-olah pelaburan sifar.

Masyarakat berbudi bahasa

“Budi bahasa budaya bangsa” satu slogan yang melekat pada namanya sahaja tetapi kurang dipraktikkan di kalangan masyarakat kita. Kalau pergi jepun, rasa kesian kita tengok orang jepun. Tertunduk-tunduk sampai nak patah batang leher semata-mata nak beri penghormatan. Pergi negara arab lagi teruk, nak patah tulang rusuk sebab kena peluk. Kat negara kita, nak senyum pun susah. Bukannya jatuh saham pun. Kata orang, ular menyusur bawah akar takkan hilang bisanya.

Rasanya cukuplah setakat ni aku berleter, kalah PBB (parti borak-borak) kalau bertanding berhujah denganku. Kata orang, cakap banyak pun tak guna kalau tak dilaksanakan. Tapi itulah negara impianku. Banyak lagi apa yang aku inginkan tetapi sekiranya apa yang aku nyatakan di atas dapat direalisasikan maka akulah orang paling bahagia sekali kat dunia ni. Dengan itu barulah negara kita boleh Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Takkan lah rakyat negara kita boleh maju dalam industri rempit jalanan, pesta dedah aurat dan parti seks je. Sampai bila kita nakhidup dalam kehinaan?

Towards a better Malaysia

SAY NO TO RACIAL POLITIC

BOYCOTT UTUSAN MALAYSIA & MINGGUAN MALAYSIA

O mankind! We created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and tribes, that ye may know each other (not that ye may despise (each other)[49:13]


Isu penempatan-Memorandum PSP kepada BHEPP

diambil daripada blog Pengerusi Persatuan Sains Perubatan (Abe Al)
http://www.al-aarifin.blogspot.com/


Memorandum
PERSATUAN SAINS PERUBATAN

Tarikh : 22 Mei 2008
Rujukan kami : PSP 07/08.YDP.Memo1

Rujukan tuan :

Assalaamualaikum

Kepada,
Encik Hafiz Assad bin Zakaria
Penolong Pendaftar Kanan,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Univesiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan,
16150, Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan.

Tuan,
Beberapa Tuntutan Berhubung Isu Penempatan

Seperti yang sedia maklum, pada sesi hadapan (2008/09) akan terdapat siswa/i kampus kesihatan yang terpaksa berada berada di luar kampus. Pihak kami dimaklumkan yang perkara ini ini berlaku adalah ekoran daripada beberapa sebab, antara lainnya adalah kerana pada sesi akan datang, kampus kita akan menerima kemasukan siswa/i tahun akhir Pusat Pengajian Farmasi yang dahulunya berada di induk.

Kita memahami maksud kenapa pihak pengurusan desasiswa terpaksa menolak permohonan sebahagian siswa/i untuk terus berada di dalam kampus. Perkara ini tak dapat dielakkan lagi ekoran bilangan siswa/i yang berada di kampus ini semakin bertambah melebihi kapasiti yang boleh di terima oleh desa Murni mahupun Nurani.

Walaubagaimanapun pihak Persatuan Sains Perubatan ingin mendapatkan penjelasan atau pertimbangan daripada pihak Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar terhadap beberapa isu yang pada kami kurang jelas yang berkait rapat dengan isu penempatan ini.

Kita memahami hakikat pertambahan bilangan siswa/i di kampus kesihatan, namun pihak kami di maklumkan yang pertambahan tersebut kebanyakannya adalah daripada Pusat Pengajian Kesihatan. Untuk makluman pihak tuan, ada di kalangan ahli persatuan kami yang seolah-olah melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak universiti meminggirkan kepentingan mereka yang telah lama berada di kampus ini. Walaupun ia bukanlah suara majoriti ahli persatuan kami, namun ia seharusnya tidak dipandang sepi oleh pihak universiti.

Untuk pengetahuan tuan, pihak pimpinan Persatuan Sains Perubatan telah membuat mesyuarat khusus bagi membincangkan tentang kebajikan ahli kami terutamanya melibatkan isu penginapan ini. Kami diberitahu yang terdapat ramai ahli kami yang terpaksa berada di luar pada sesi yang akan datang. Berikut adalah beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat bekenaan yang memerlukan perhatian daripada pihak tuan :

Masalah yang timbul

1- Isu penempatan telah di perkatakan oleh pihak universiti sejak beberapa tahun yang lepas. Bahkan hebahan tentang isu secara rasmi telah di buat kepada semua siswa/i sejak beberapa bulan yang lepas. Namun sistem pengurusan terhadap isu ini dilihat sebagai tidak konsisten dan tidak sistematik. Sebagai contoh suatu ketika terdapat arahan yang meminta supaya siswa/i mengisi borang secara online. Selepas itu pula di keluarkan arahan supaya semua penghuni Nurani menghantar resumne masing-masing. Akhirnya pihak kami di maklumkan yang semua itu tak dikira untuk mata merit yang sebenarnya. Pada sudut yang lain ramai yang mempertikaikan sistem mata merit yang dilakukan. Terdapat kes di mana ahli kami dilihat oleh masyarakat kampus sebagai siswa/i yang aktif, namun apa yang menyedihkan mata meritnya “kosong”. Sebelum ini pihak kami pernah menghantar surat sokongan bagi mengesahkan penglibatan ahli-ahli kami yang terlibat dengan persatuan mahupun program-program kampus, namun apa yang menyedihkan, kami di aklumkan yang ianya tidak di layan pihak tuan. Kami kurang mengerti apa sebabnya perkara ini boleh berlaku.

2- Sehingga sekarang (tarikh memorandum ini di tulis) tiada senarai akhir siapa yang dapat tempat dan siapa yang tidak dapat tempat untuk terus berada di desasiswa. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku kerana isu ini telah lama di perbincangkan. Pihak kami di maklumkan yang pihak BHEPP akan memberitahu samaada seseorang siswa/i itu mendapat tempat dalam desa atau tidak hanya melalui internet/ website universiti (healthycampus). Namun bagi kami, sistem hebahan melalui internet/ website kurang praktikal kerana ada dikalangan ahli kami yang tak dapat akses kepada internet terutama bagi mereka (yang sedang bercuti) yang tinggal di kawasan pedalaman. Bayangkan jika siswa/i yang tidak tersenarai untuk berada di dalam desa tidak mengetahui perkara tersebut sehingga mereka datang untuk meneruskan pengajian mereka pada sesi yang akan datang. Tentu sukar bagi mereka untuk mencari penginapan mereka sendiri. Dari sudut lain, jika pihak BHEPP hanya menggunakan sistem hebahan melalui website, ia akan menyukarkan kami untuk membuat perancangan bagi membela kebajikan ahli-ahli kami yang berada di luar nanti.

3- Kesan yang akan terpaksa dihadapi oleh siswa/i yang berada diluar tentunya telah sedia maklum oleh pihak tuan. Dan aspek yang paling penting adalah aspek kebajikan. Kebajikan mereka yang berada di luar tentunya akan kurang terjaga. Antara masalah-masalah yang timbul adalah:
a. Masalah kewangan. Kos penginapan ketika berada diluar adalah lebih tinggi berbanding kos berada di desa.
b. Jarak yang jauh dari kampus. Masalah ini berhubung kait dengan masalah kos pengangkutan, akademik dan lain-lain.
c. Akses kepada Internet. Kemungkinan besar untuk siswa/i tidak dapat akses kepada internet yang menjadi antara rujukan utama siswa/i. Perkara ini juga melibatkan isu akademik siswa/i.
d. Masalah sosial. Siswa/i akan lebih terdedah dengan masalah sosial apabila berada di luar.
e. Masalah keselamatan. Siswa/i yang berada di luar tentunya akan terdedah dengan masalah keselamatan sama ada keselatan diri mahupun keselamatan harta benda mereka.

4- Masalah akademik
Pihak universiti seharusnya memikirkan kesan jangka panjang yang akan dialami terutama kepada siswa/i dari Pusat Pengajian Sains Perubatan. Keputusan peperiksaan fasa satu lepas yang telah mengejutkan ramai pihak seharusnya dilihat sebagai masalah yang serius oleh pihak universiti. Pihak kami bimbang disebabkan pihak universiti menempatkan siswa/i perubatan di luar kampus ia akan menyebabkan prestasiu akademik siswa/i perubatan akan terus merosot. Perkara ini harus dilihat dari sudut realiti sebagai seorang pelajar perubatan. Selama ini siswa/i perubatan dihantui dengan pelbagai masalah, antaranya bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai, kemudahan pembelajaran yang semakin terhad dan banyak isu lain lagi. Sekarang mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan baru iaitu tekanan kerana berada di luar kampus.

5- Seperti yang pihak tuan sedia maklum, selama ini siswa/i perubatan banyak terlibat dengan program-program di bawah Pusat Pengajian sebagai contoh program CFCS, program Big Sib, program PPIP, ko-kurikulum dan sebagainya. Secara umumnya program-program tersebut juga memberi sumbangan kepada universiti. Sebagai contoh program CFCS, umum mengetahui yang USM mendapat nama melaluinya.

6- Selama ini berita yang mengatakan siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Namun sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak universiti mengesahkan perkara tersebut. Perkara ini adalah penting terutamanya untuk jangka masa panjang.

7- Kami mendapat maklumat yang pihak universiti merancang untuk membina bangunan baru yang akan digunakan sebagai pusat mahasiswa yang baru. Persoalan yang timbul sekarang adalah, apakah pembinaan pusat tersebut lebih merupakan suatu yang lebih utama daripada pembinaan desasiswa yang baru?. Pada pandangan kami pembinaan bangunan desasiswalah yang perlu diutamakan berbanding pusat mahasiswa tersebut. Kerana jika diperhatikan, tampa adanya pusat mahasiswa yang baru, persatuan-persatuan mahupun program-program kampus tidaklah tergendala. Tetapi tampa desasiswa yang baru, ramai siswa/i yang menerima kesan secara langsung.


Merujuk kepada beberapa isu atau masalah yang telah disenaraikan diatas,
Kami Persatuan Sains Perubatan dengan ini memohon supaya pihak Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar :

1- Memikirkan cara supaya semua siswa/i semua perubatan berada di desasiswa (jika ada kemungkinan). Jika sekiranya perkara ini mustahil, diharapkan agar pihak desa dapat berusaha untuk menyediakan tempat penginapan secara berpusat kepada mereka yang terpaksa berada di luar. Tempat penginapan secara berpusat adalah penting untuk memudahkan kebajikan mereka dipelihara.

2- Mengisi kekosongan bilik di blok-blok yang di peruntukkan untuk pelajar postgradute dengan siswa/i perubatan. Pihak kami difaham yang terdapat banyak lagi kekosongan bilik di blok-blok postgradute. Jika benar perkara ini, kami mengharapkan agar pihak universiti memperuntukkan bilik-bilik berkenaan kepada siswa/i perubatan untuk tinggal disana.

3- Mengeluarkan senarai nama siswa/i yang dapat tinggal di desa dan yang tidak dapat tinggal di desa dengan kadar yang segera. Kami mengharapkan agar pihak BHEPP mengeluarkan senarai berkenaan selewat-lewatnya 3 minggu sebelum tarikh buka sesi baru. Perkara ini penting terutamanya bagi pihak Persatuan membuat persediaan untuk menjaga kebajikan ahli kami yang berada di luar.

4- Mempertimbangkan kembali status ahli kami yang terlibat dengan persatuan, mahupun program-program kampus. Perkara ini sangat penting bagi memastikan pengorbanan mereka selama ini kepada kampus tidak di ketepikan oleh universiti.

5- Memberi keistimeweaan kepada ahli kami yang mengulang tahun satu. Walaupun dari segi umur, mereka adalah tahun dua, namun disebabkan mereka mengulang, mereka akan berada ditahun satu untuk sesi yang akan datang. Oleh yang demikian, pihak universiti seharusnya menganggap yang mereka yang mengulang tahun satu sama seperti tahun satu yang baru dari segi keutamaan kepada mereka untuk terus berada di desasiswa. Perkara ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada prestasi akademik mereka. Mereka yang telah terbeban dengan masalah akademik seharusnya tidak dibebankan lagi dengan tekanan untuk berada di luar.

6- Memaklumkan kepada semua siswa/i yang tidak dapat tinggal di desa dengan cara mengutus surat atau SMS secara individu. Seperti yang telah dijelaskan di atas, kebanyak ahli kami tidak mengetahui status mereka samaada mereka mendapat tempat di desa atau tidak untuk sesi yang akan datang. Hebahan melalui website perlu diteruskan, walaubagaimanapun kita perlu sedari yang tidak semua siswa/i dapat akses internet terutama ketika bercuti. Oleh yang demikian hebahan melaui cara surat atau SMS adalah sangat relaven. Jika sekiranya pihak BHEPP tidak dapat lakukan perkara ini, pihak BHEPP boleh kapada kami (Persataun Sains Perubatan) untuk kami melakukannya sendiri.

7- Membuat perancangan dengan terperinci untuk menjaga kebajikan siswa/i yang berada di luar kampus.
a. Wujudkan tempat penginapan berpusat
b. Sediakan pengangkutan (jika perlu)
c. Akses kepada internet – pastikan mereka mempunyai akses kepada internet di tempat penginapan masing-masing.
d. Keselamatan – Pastikan keselamatan diri dan harta benda mereka dijaga.
e. Dan sebagainya.

8- Menetapkan sistem yang lebih sistematik yang digunakan untuk mata merit. Nyatakan bilangan mata merit secara spesifik bagi setiap penglibatan siswa/i dalam persatuan, program dan sebagainya. Sebagai contoh, berapa mata merit yang diperolehi siswa/i yang memegang jawatan (majlis tertinggi atau AJK) dalam persatuan, memegang jawatan projek-projek dan sebagainya. Lakukan pemarkahan merit secara telus. Kami berharap agar mata merit sentiasa di update oleh pihak universiti melalui website healthycampus bagi memudahkan setiap siswa/i mengetahui status merit mereka dari semasa ke semasa. Dengan kata lain, jadikan website healthycampus sebagai medium perantara untuk semua siswa/i mengetahui status merit mereka.

9- Program Pusat Pengajian diterima oleh sebagai pihak HEP seperti mana program lain. Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas,siswa/i perubatan yang menjayakan program tersebut telah banyak menghabis masa, tenaga dan wang ringgit mereka yang secara langsung memberi kredit kepada universiti. Oleh yang demikian, sekiranya penglibatan mereka dalam program-program tersebut tidak diambil kira dalam sistem pemarkahan merit, sumbangan mereka seolah-olah diketepikan oleh pihak universiti. Dari sudut kekangan masa, siswa/i perubatan tidak mempunyai kesempatan untuk terlibat dengan banyak program-program lain sebagaimana siswa/i pusat pengajian yang lain. Oleh yang demikian, perkara ini seharusnya dipertimbangkan oleh pihak universiti.

10- Keluarkan kenyataan rasmi menyatakan bahawa siswa/i Pusat Pengajian Sains Perubatan tahun 4 dan 5 dijamin tempatnya dalam desa. Perkara ini sangat penting, kerana ada ahli kami yang melahirkan rasa kebimbangan mereka jika sekiranya suatu hari nanti siswa/i perubatan tahun 4 dan 5 juga tidak terkecuali untuk melalui sistem permarkahan mata merit. Pelajar perubatan tahun 4 dan 5 mesti berada di dalam di dalam di sebabkan mereka terpaksa berulang-alik ke hospital untuk tujuan on call dan sebagainya.

11- Bina bangunan untuk penginapan yang baru. Untuk jangka masa panjang, pihak kami memohon supaya pihak universiti mempertimbangkan cadangan supaya desaiswa baru dibina bagi menampung bilangan siswa/i yang bertambah ramai. Kampus Kesihatan mempunyai tanah lapang yang masih banyak dan ia seharusnya digunakan untuk kepentingan siswa/i di dalam kampus ini. Berkenaan dengan pembinaan pusat mahasiswa yang baru, pada kami ia bukanlah suatu yang perlu di segerakan. Pembinaan desasiswa adalah lebih utama buat masa sekarang.

Kami mengharapkan agar setiap permohonan kami di pertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan jazakallaahu khariral jaza’.

Yang benar


_________________________

(MUHD AL-AARIFIN BIN ISMAIL)
Yang di Pertua
Persatuan Sains Perubatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan.
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com
017–9743297


Sk;

Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed
Pengarah Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia

Prof Abdul Aziz Baba
Dekan,
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Assoc. Prof. Abdul Rahman Mohd. Noor
Timb. Dekan Akademik
Pusat Pengajian Sains Perubatan

Dr Rushdan Ismail
Penggawa,
Desasiswa Murni Nurani

Dr Wan Hazabbah bin Wan Hitam
Penasihat
Persatuan Sains Perubatan

Saturday, May 24, 2008

Teguran buat jacknaim

ASSALAMU'ALAIKUM...

Berikut adalah teguran daripada seorang blogger terkenal (Roslan SMS Corner) mengenai artikel Isu Murtad yang pernah saya tulis tidak lama dahulu. baru-baru ini saya tujukan artikel itu kepada beliau untuk sekadar perkongsian sewaktu isu Fatimah Tan tengah hangat diperkatakan. Disertakan juga beberapa komen daripada pengunjung blog beliau. Mungkin betul katanya. Tetapi penulisan saya juga adalah berdasarkan fakta dan pengajian dan bukannya sekadar omongan kosong tanpa asas yang betul. Walaubagaimanapun, saya setuju dengan saranan beliau agar menambah lagi ilmu di dada..
***************************************************************************
ROSLAN SMS CORNER
http://n32.blogspot.com/2008/05/komen-yang-tidak-dapat-saya-luluskan.html

Sunday, May 11, 2008

Komen yang tidak dapat saya luluskan

Saya menerima komen yang panjang lebar dari seorang pengunjung blog ini yang mahu dikenali dengan nama Jacknaim. Antara lain beliau menulis:

Di dalam Al quran tidak kurang daripada 20 ayat yang menerangkan tentang murtad. Dalam ayat-ayat tersebut, tidak ada satupun ayat yang mengatakan bahawa orang yang murtad itu patut dibunuh. Sesiapa yang ingin meninggalkan agama islam untuk mengamalkan agama lain, maka dia bebas berbuat demikian.

Saya tidak berminat untuk tahu latarbelakang beliau, tetapi saya tidak dapat menyiarkan keseluruhan komen beliau yang penuh sarat dengan petikan ayat-ayat al Quran itu kerana jelas beliau tidak faham akan Islam yang sebenarnya. Sumber hukum atau perundangan Islam bukan sekadar terkandung di dalam al Quran tetapi turut juga terkandung dalam Hadis-hadis Rasulullah saw disamping ijmak ulamak dan qias, ini pegangan seorang Muslim.

Dalam beberapa posting saya berhubung isu murtad ini saya tidak pernah menyebut mengenai hukuman bunuh ke atas pesalah murtad. Saya lebih "concerned" untuk merayu kepada para pimpinan negeri dan negara yang beragama Islam agar mengetatkan perundangan yang berkaitan agar:

PERTAMA: Jangan mudah-mudah orang menerima atau masuk Islam tanpa memahami asas-asas agama ini, serta tanggungan yang akan dipertanggungjawabkan ke atas nya sebagai seorang Muslim

KEDUA: Agar setelah seseorang itu menjadi Muslim maka ia tertakluk kepada hukum dan peraturan berkaitan dengannya, dan terpaksa melalui proses undang-undang apabila terdetik dihatinya mahu kembali ke agama asal atau meninggalkan Islam

Semoga dengan cara ini Islam tidak lagi dipermainkan, Islam tidak lagi digunakan semata untuk mana-mana pihak bermain cinta dan melepaskan nafsu. Jacknaim, pemikiran seperti sdr inilah yang saya maksudkan akan membahayakan Islam dan mencetuskan konflik antara penganut Islam dengan yang lain. Apa yang saya cadangkan adalah penambahbaikan peraturan untuk memelihara agama saya yang tercinta lantaran ketiadaan peraturan dan undang-undang Islam sebenar dalam negara ini.

Agama Islam adalah urusan penganutnya, tak perlulah orang lain masuk campur dan mengeruhkan suasana.

d49 said...

kepada Jacknaim,

anda patut tahu bahawa agama islam bukan boleh dibuat main2 seperti kristian,buddha atau hindu.agama2 tersebut tidak mengambil serious samada penganut mereka kelua atau melanggar hukum2 agama mereka.

hukum bunuh yg ditetapkan islam ke atas pesalah murtad membuktikan bahawa agama islam ini mengambil serious akan kepercayaan dan pegangan penganut nya.agama islam bukanlah sebuah agama yg hanya dijadikan batu loncatan utk berkahwin dgn seorang muslim atau utk dijadikan trial and error kepada mereka yg belum ada pegangan agama.seperti dalam artikel bro roslan yg lepas,agama islam adalah way of life.meaning,if you decide to be a muslim,you will abide to all the laws and rules of Islam.

saya syorkan anda kembali belajar dari asas mengenali tuhan dan agama anda sekiranya anda seorang muslim.

saya juga berharap jgn lah anda mengambil sebahagian ayat al-quran dan terus membuat tafsiran anda sendiri.harus anda ingat al-quran itu datang dari Allah bukan buatan manusia.hatta orang2 arab sendiri tidak mampu membuat tafsiran terhadap al-quran.dan anda sebahagian manusia yg bukan berbangsa arab,harus belajar dari asas,dari mula dan bertanya apakah maksud2 yg cuba disampaikan dalam al-quran tersebut. bertanyalah kepada ustaz2 yg memang pakar dalam hal2 tersebut.jgn diambil sebahagian dan ditolak sebahagian.

jika anda benar seorang manusia yg mencari kebenaran,maka saya yakin anda pasti akan menyelidik sebab musabab kenapa islam menetapkan hukum bunuh terhadap pesalah murtad.

Andre Irwan said...

Saudara Roslan,

Betul cakap sdr bahawa urusan agama Islam adalah urusan kita yang beragama Islam dan bukan yang lain. Saya tidak kenal Jacknaim dan untuk pengetahuan Sdr, saya bukan seorang muslim yang terbaik. Bagi saya, Islam adalah segala-galanya. Sejak Fatimah Tan dibenarkan murtad, hati saya terasa resah dan rasa bersalah timbul setiap kali saya berdepan dengan Allah. Apakan daya, saya cuma seorang insan biasa yang tidak mempunyai kuasa untuk membatalkannya apatah lagi mengubahnya. Saya khuatir Allah akan menurunkan bala kepada kita semua kerana tidak pertahankan agamaNya.
Saya amat marah dengan penjelasan Majlis Agama Pulau Pinang bahawa kes Fatimah Tan tidak menunjukkan mereka tidak bekerja. Setahu saya, kes ini sudah berjalan lama. Apa yang telah mereka lakukan? Adakah mereka telah memujuk Fatimah Tan? Menasihati beliau? Mana suami Fatimah Tan yang tidak bertanggungjwab tu sudah dijejaki mereka? Jiran-jiran Fatimah Tan yang beragama Islam pula, apa yang mereka buat? Satu kes murtad sudah cukup memalukan kita. Tak kan nak tunggu sampai orang Melayu murtad, barulah kita kelam kabut. Jangan lupa sudah ada bayang-bayang yang akan berlaku?
Sehari selepas Fatimah Tan dibenarkan murtad, sudah kedengaran lima adik beradik keturunan India muslim dari Seremban memohon keluar dari Islam selepas ayah mereka meninggal dunia. Apa nak jadi kepada agama kita? Jangan sampai Allah turunkan bala, baru kita tersedar. Itu pun kalau belum terlewat.
Apa jadi dengan kerajaan kita yang majoritinya penganut Islam? Negara Islam apa yang dilaung-laungkan oleh mereka? Islam Hadhari membenarkan murtadkah? Minta simpang.
Sdr. Roslan, tulislah sesuatu yang boleh menyedarkan umat Islam. Letakkan Islam di hadapan. Lupakanlah keturunan kita yang tidak akan bawa kita ke mana. Azab Allah amat perit, lebih panas dari cuaca sekarang. lebih perit dari bencana yang melanda Myammar.

Mon May 12, 10:16:00 AM MYT

aNaK BaPaK said...

Isu Murtad ; Hakikat sebenar Kebebasan Beragama Dalam Islam

Islam adalah agama juga kaedah serta cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Islam itu sendiri berperanan memelihara dan menjamin hak individu itu dari diceroboh oleh individu yang lain secara batil. Kebabasan individu dalam memnuat keputusan adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan yang diperuntukkan dalam Islam di samping kelebihan-kelebihan yang lain seperti menjaga kebajikan seluruh manusia, menjaga harta manusia dari di ceroboh oleh manusia lain secara tidak sah atau penindasan ekonomi, persamaan sesama manusia tanpa ada kasta dan double standard ( tidak seperti amalan Islam Hadhary UMNO ), menjaga maruah, kehormatan manusia serta nasab keturunan manusia, menjaga nyawa manusia serta menjaga akal manusia dan banyak lagi. Seluruhnya itu sudah cukup menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya jawapan terhadap persoalan hidup manusia.

Kesimpulan-kesimpulan di atas adalah kelebihan-kelebihan serta keistimewaan-keistimewaan yang membuktikan betapa Islam adalah cara hidup yang maha lengkap betapa Islam juga merupakan cara hidup yang maha sesuai dengan fitrah manusia. Walaupun Islam adalah satu-satunya agama atau cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia, namun Islam tidak menyuruh penganutnya mengadakan paksaan kepada individu non muslim untuk menerima Islam sebagai cara hidupnya. Adapun larangan paksaan atau memaksa individu non-muslim untuk memeluk Islam sebagimana firman Allah yang bermaksud ;

" Tidak ada paksaan untuk ( memeluk ) agama ( Islam ), sesunggunya telah jelas jalan yang benar ( Islam ) dari jalan yang salah..,

( Surah Al-Baqarah Ayat-256 )

Adapun Islam meletakkan hak kepada individu yang menganggotai masyarakat itu dengan kebebasan kepadanya untuk menyatakan pendirian dan untuk bersuara. Sifat manusia yang suka mengambil hak orang lain secara batil menyebabkan manusia perlukan undang-undang untuk mengawal dan mengatur pergerakkan serta tindakan manusia itu agar tidak melampau batas kemanusiaan. Begitu juga hak individu terhadap kebebasan beragama. Dalam islam, adalah amat dilaranga kepada mana-mana individu muslim hatta pemerintah sekalipun untuk memaksa mana-mana individu atau kelompok non-muslim untuk menjadi seorang muslim.

Atas dasar bukan paksaan, Islam menuntut setiap Muslim untuk berdakwah kepada non-muslin sekitarnya untuk menerang dan memberi maklumat selengkap mungkin betapa cantiknya Islam ini menjaga dan memelihara kemurniaan kemanusiaan itu sendiri. Sekurang-kurangnya individu non-muslim itu kalaupun dia tidak tertarik untuk memeluk Islam, sekadar dia mengetahui bahawa Islam menjamin hak non-muslim untuk terus hidup bermasyarakat, berekonomi dan selamat dibawah pemerintahan Islam pun sudah mamadai. Sekiranya dakwah dan program penerangan ini dijalankan dengan tiada halangan ( lebih-lebih lagi dari musuh Islam dari kalangan Islam sendiri yang mahu menakut-nakutkan non-muslim kepada Islam atas kepentinga politik sekularnya itu ), saya pasti bahawa masyarakat atau indidvidu non-muslim akan lebih memahami bahawa jaminan Islam kepada mereka untuk hidup termasuklah mengamalkan amalan agama mereka sendiri adalah lenh terjamin dari sistem demokrasi acuan sekular yang jelas memusuhi seluruh agama yang diamalkan dikebanyakkan negara di dunia kini.

Atas dasar itulah meletakkan bahawa masyarakat non-muslim bebas untuk mengamalkan agama mereka sendiri dan masyarakat islam yang lain tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama mereka. Untuk masuk campur urusan agama non-muslim pun tidak dibenarkan oleh Islam, apatah lagi merobohkan rumah ibadah seperti kuil atau mempersoalkan non-muslim untuk makan dan menternak babi kerana perkara itu dibenarkan dalam agama mereka sendiri. Maka untuk urusan Islam, tidak dibenarkan mana-mana individu atau kelompok non-muslim untuk mempersoalkan apa-apa amalan serta undang-undang Islam kerana ia adalah dibawah amalan Islam itu sendiri. Kesmpulannya muslim tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama non-muslim, dan non-muslim juga tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama Islam. Inilah keharmoniaan yang diasaskan oleh Islam, maksud sebenar kebebasan beragama itu adalah menghormati urusan dan agama agama lain tanpa ada tindakan masuk campur yang akan menjejaskan semangat hormat-menghormati antara manusia dengan manusia yang lain.

Atas dasar itu juga Islam tidak memaksa mana-mana non muslim untuk memeluk Islam kerana menganggap jika individu itu hanya menerima maklumat tentang Islam dan amalan-amalannya, dia masih belum berada dibawah urusan Islam tetapi Islam menggalakkan penganutnya untuk terus memberi semangat kepadanya sekiranya dia benar-benar tertarik untuk memeluk Islam tetapi tidak boleh memaksanya. Seseorang individu yang ingin memeluk Islam perlu secara total untuk menyerahkan dirinya untuk tunduk pada apa yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Tunduk kepada perintah Allah bermaksud melakukan seluruh suruhannya dan meninggalkan seluruh larangannya. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepada musli itu sendiri atau badan-badan dakwah atau mana-mana pentadbiran hal-ehwal Islam untuk bekerja keras memberi penerangan tentang Islam secara kesuluruhan agar non-muslim tidak menerima maklumat tentang Islam sekerat-sekerat tetapi maklumat yang bersifat komprehensif juga menyeluruh dari segi amalan dan pandangannya terhadap kehidupan manusia serta hubungannya dengan tuhan.

Sekiranya ini berlaku, pasti non-muslim akan lebih memahami secara terbuka tentang Islam.Non Muslim yang bercadang menjadikan Islam sebagai cara hidup juga adalah diberikan ilmu dan maklumat yang tepat tentang undang-undang yang mesti dipatuhinya selepas dia melafazkan syahadah sebagai tanda beriman dengan Allah dan Rasulnya. Non-Muslim itu juga mesti diberi tahu bahawa antara undang-undang yang mesti dipatuhi adalah tidak boleh kembali kepada agama asal mereka kerana Islam mempunyai maruah dan tidak boleh keluar masuk sesuka hati sepeti keluar masuk ke kelab malam.

Apakah ianya bercanggah dengan hak asasi manusia..? Jawapannya sudah pasti tidak kerana persoalan hak asasi manusia tidak boleh dijawab dengan jawapan dari manusia kerana yang menciptakan manusia bukan manusia tetapi Allah Ta'ala sebagi tuhan yang menciptakan manusia dan seluru alam yang fana ini. Akal manusia yang amat terbatas pasti membuatkan jawapannya yang tidak akan pernah tepat bahkan akan berubah mengikut persepsi manusia itu. Manusia akan mencari jawapan yang bersifat menguntungkan dirinya sahaja tanpa memperdulikan orang lain. Oleh itu jawapan sebenar hanya datang dari tuhan yang menciptakan manusia yang sudah pasti maha mengetahui kelebihan dan kelemahan manusia itu sendiri. Asas yang diletakkan oleh Allah ialah menghormati hak orang lain termasuk hak untuk mengamalkan agamanya kerana telah jelas kebenaran tentang Islam dan kepalsuan cara hidup selain dari Islam. Selepas itu lah barulah akal manusia dapat memainkan peranannya menilai tentang kebenaran dan kebaitlan suatu cara hidup itu.

Apabila sesorang itu telah memeluk Islam kemudian ingin mengambil keputusan untuk kembali kepada asalnya adakah dibolehkan dalam Islam..? Sudah tentu tidak boleh kerana Islam adalah satu-satunya agama yang ada maruah. Maruah Islam dipelihara dengan kedaulatan undang-undangya. Antara undang-undangnya adalah melarang umatnya dari keluar dari agamanya. Soal maruah agama selain dari Islam, perlu ditanya pada pengamal agama itu sendiri, apakah ada pada agama itu seperti yang termaktub didalam undang-undang Islam. Biasanya non-muslim yang bersungguh-sungguh ingin memeluk Islam akan mengkaji kepalsuan agamanya dahulu setelah ia yakin bahawa hanya Islam yang benar, barulah dia akan komited meninggalkan agamanya buat selama-lamanya. Adapun yang keluar masuk Islam sesuka hatinya biasanya hanya dikalangan mereka yang tidak menerima maklumat aqidah Islam yang sebenar seterusnya dia tidak merasakan betapa berbezanya Islam dengan agam-agama yang lain. Kerana faktor itulah berlakunya kes-kes murtad kerana mereka tidak bersama Islam dengan ilmu tetapi faktor lain seperti faktor cinta ( perkahwinan ) dan harta. Putusnya ikatan perkahwinan maka dengan mudah juga dia memutuskan hubungan dengan Allah. Di sini dapat kita lihat manusia dengan mudah mempermainkan Allah, boleh diterima dan ditolak mengikut hawa nafsunya sahaja.

Undang-undang murtad adalah dibawah urusan Islam. Seperti umat Islam dilarang masuk campur apa-apa urusan agama selain Islam, begitu juga non-muslim adalah dilarang untuk masuk campur urusan undang-undang Islam. Undang-undang Islam adalah terhebat maka tiada yang terhebat melainkan Islam. Agama lain tiada undang-undang sehebat undang-undang Islam kerana Islam adalah agama yang maha hebat. Islam hanya dilihat tidak hebat kerana ada penganutnnya sendiri tidak mengamalkan undang-undang yang maha hebat ciptaan Allah Yang Maha Hebat dan Dia Yang Maha Menciptakan Manusia dengan kehebatan-Nya. Oleh kerana itu. janganlah menilai Islam dari mana-mana manusia yang mengaku Islam tetapi menolak Islam sebagai cara hidupnya bahkan memusuhinya pula. Oleh kerana Islam adalah agama yang hebat diciptakan oleh Yang Maha Hebat, maka sudah pastilah Yang Maha Hebat memperuntukkan undang-undang yang akan memastikan Islam adalah suatu cara hidup serta agama yang hebat. Suatu yang hebat pasti bermaruah. Suatu yang tidak bermaruah adalah tidak hebat bahkan menjadi hina umpama anak gadis yang sesiapapun boleh tidur dengannya kerana itu anak gadis itu tidak hebat bahkan hina pula disisi manusia bahkan disisi Allah. Anak gadis itu akan dikira hebat jika ada undang-undang dilaksanakan padanya, mesti diikat dengan pernikahan yang sah, barulah dia menjadi hebat. Begitu juga dengan Islam, kehebatannya adalah kerana dia ada maruah. Islam bermaruah dengan sesiapapun tidak boleh keluar masuk kedalamnya sesuka-hati tanpa patuh kepada undang-undangnya. Maka undang-undang melarang muslim untuk murtad adalah penyelesaiannya. Dia mesti tunduk pada undang-undang Allah kerana dia masih dibawah urusan Islam. Maka tiada hak non-muslim untuk mempersoalkan undang-undang ini keran Islam sendiri mengambil sikap tidak masuk campur apa-apa urusan agama-agama lain.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan rasa tidak senang non-muslim kepada Islam. Bagi amalan agama anda, tiada halangan untuk anda mengamalkanya bahkan kami sebagai muslim yang patuh kepada suruhan Allah dan Rasul serta serta larangannya adalah dilarang untuk mempersoalkan amalan agama anda kerana anda bebas untuk mengamalkannya . Maka anda juga tidak perlu susah payah mencampuri urusan agama kami kerana soal larangan murtad adalah urusan kami sebab kami dilarang untuk memaksa anda memeluk agama kami. Bukankah kita dituntut untuk menghormati urusan agama yang lain..? Kalau Islam ada kod etika yang jelas kepada penganutnya untuk menghormati urusan agama yang lain..mengapa tidak agama lain untuk menghormati urusan undang-undang kami...?

www.anakbapak8385.blogspot.com

CLr UK said...

bro...

some of the comments keep on talking about hukuman bunuh ke atas pesalah murtad. to be honest bro thats not the real problem...whether we should kill them or not...besides, there's an article that said hukuman bunuh hanya ke atas mereka yg murtad dan kembali memeragi Islam..e.g, mereka mengkhianati/betray...i cant elaborate more as i myself am not so sure on the rulings...

the problem with the murtad issue nowadays is the Muslim themselves...how we help the muallaf...how we propogate the essence of Islam towards non-muslim...

Bro is a higlyranked man in PAS...what has Pas done to appraoch all the non muslims? I would like to know...to what extent...how do you explain to them what Islam is all about...the syariah law..etc coz i dont think(without all the effort) people will change their mind about Islam that it is barbaric... siapa yang tak takut kalau mencuri skit jer kena potong tangan...but the fact is..its not that easy to ptotong macam tu jer kan, bro?? betul tak??? but have we explaind this to them?

Jacknaim said...

Assalamu'alaikum... terima kasih atas nasihat saudara.Saya bersetuju dengan apa yang saudara nyatakan. saya ambil pandangan anda dan pada masa yang sama juga, saya tetap dengan apa yang saya tulis. sebenarnya isu yang saya ingin stresskan disini adalah agar kita tidak mudah melenting semata-mata. Berkenaan dengan isu murtad, saya percaya kita semua memainkan tanggungjawab untuk membasminya. masalahnya apabila kita cenderung menyalahkan sesuatu pihak semata-mata seperti menyalahkan peguam bela yang mengendalikan isu murtad.kita semua wajar dipersalahkan


Friday, May 23, 2008

Bala Negara Malaysia

"Dah tahu dah ke Pulau Batu Putih dapat kat sape?" Tanya Ujai sewaktu bertandang ke bilik.
"Singapore" jawab aku.
"Peguam hebat pun kalah juga." ujar nya lagi.
"Mahkamah dunia pun ada rasuah juga." balas Afiq.

Hurm, Bab isu Pulau Batu Putih ni aku tak dapat nak komen apa-apa sebab aku tak follow sangat dia punya kronologi. yang aku tahu, ia milik kerajaan Johor. Tapi tu lah, dah hilang satu warisan negara. sedih pun dah tak ada guna juga.

Alim ulamak kata, bila ada bala maknanya adalah yang tak kena. mungkin benarnya. maklumlah macam-macam dah jadi kat Malaysia hari ini. Isu Budak hilang pun tak selesai-selesai. Krisis harga petrol, barang dan terbaru sekali krisis kekuragan harga beras.

Dalam kalut-kalut dengan pelbagai masalah ni, Tun Mahathir pula buat hal. entahlah. Nak cari publisiti murahan kot. atau mungkin juga apa yang dikatakannya betul. Malaysia tidak sesuai untuk diperintah oleh Kerajaan yang lemah dan UMNO sudah lari dari landasan perjuangan sebenarya. Bukan apa Tun, nak berlemah lembut. Sengaja nak bagi orang pijak kepala. tak pun sebagai signal kejatuhan. Maklumlah, kerajaan dunia ni mana ada yang pernah kekal. balik belek buku Sejarah la. Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dulunya memegang kuasa 'samudera' pun rebah sampai tak bangun-bangun hingga ke hari ini.

Harap-harap Tun buat keputusan yang betul. jangan pula sandiwara menangis teresak-esak berulang lagi. Walau apa pun, sama-samalah kita berdoa ke Hadrat ILAHI agar segala bala yang menimpa negara kita ni berlalu. Semoga ALLAH menunjukkan jalan yang lurus, jalan kebenaran agar Malaysia terus maju cemerlang gemilang dan bukan temberang!!

Malaysia ku gemilang, namamu dijulang......

What a Sigh!!

ALHAMDULILLAH, syukur sebab aku baru je pulang dari rumah bekas roommate ku sewaktu di Matrikulasi yakni Amar. Bukan ada apa-apa pun.just dinner dan melepas rindu. Rindu pada seorang sahabat. Dia masih seperti dulu lagi, peramah dan baik hati. Bertambah hensem lagi. Kesian Afiq kerana ditinggalkan di bilik. Jadi security guard bilik daa.Bukan taknak ajak. Tapi sebab Amar just buat makan sikit-sikit je.

Kena pula kakak Amar masak nasi kerabu yang sudah sememangnya favourite aku. Tambah pulak ayam bakar. Empat ketul juga aku makan. Hehe, makan ayam lebih tak pe. Jangan makan nasi lebih sebab hari tu Tok Pa suruh kurangkan makan nasi. Beras naik harga katanya. Hehe. Krisis makanan sedunia. negara pengeluar beras pun kurang beras (sama la dengan harga petrol-sia-sia je jadi pengeluar petrol dunia. tapi harga minyak? sendiri mau ingat)

Ok lah, Lupakan cerita pasal Amar dan nasi kerabunya sebab mereka bukanlah hero dalam cerita ni. Cuma sekadar selitan sahaja. Cerita sebenarnya bermula sewaktu aku dalam perjalanan nak pergi rumah Amar.

Tengah kusyuk aku drive motor burukku dengan kelajuan 90 km/j (layan angin) tetiba je sekumpulan mat rempit memotong dengan penuh gayanya. Berderau darah aku. Bukan sebab diorang potong aku. Tapi sebab tak malu sangat. Bawa awek pakai baju ketat. Dengan penuh bangga lagi menyelit kat celah-celah kereta. Apa nak jadi la dengan bebudak melayu zaman sekarang ni. Bila orang cina-india makin maju, mulalah diorang bising takut suatu hari nanti negara diperintah oleh golongan-golongan bukan islam. Pergh, ingat lagi dengan agama rupanya. Tapi yang mereka duk bangga jadi raja jalanan, raja perempuan tu siapa yang suruh. Dah lah membahayakan orang ramai. Patut lah sekarang ni species melayu susah nak jumpa, terkubur kat atas jalan raya rupanya.

Berlalu pergi geng mat-mat rempit tadi, ingat dah reda dah. Aku pun drive dengan aman. Sampai je dekat simpang empat Binjai, datang lagi makhluk bawak perempuan ‘gila besi’ (gelaran yang aku dan kawan-kawan sewaktu zaman sekolah berikan kepada minah-minah rempit). Berhenti betul-betul depan aku. Seperti tadi juga, pakai baju kecil sampai terselak. Buat-buat malu lah pulak apabila tangan tutup tempat terbuka tadi. Kali ni lagi hardcore. Kalau tadi minah rempit bertudung, yang ni minah rempit rambut terburai. Rambut terburai macam pontianak tatkala ditiup angin. Apa nak jadi la dengan rakyat serambi mekah zaman sekarang.

Betul lah kata Tok Guru, anasir-anasir jahat ni macam tikus. Walaupun bermacam-macam usaha untuk membersihkan negeri kelantan sejak sepuluh tahun lepas tapi disekeliling masih lagi bersemak-samun. Tiba waktu malam, tikus-tikus ni pun keluar lah untuk merosakkan tanaman yang subur dibaja dengan cahaya keimanan.

Bagiku, pokok zaman sekarang pula, jenis pokok genetic modified. Genetic Modified ni memang famous sekarang.semua orang berebut-rebut nak dapatkannya. Maklumlah buah besar, takde biji. Tapi walaupun, hasilnya hebat-hebat (belajar tinggi-tinggi. Ada sampai ke Oxford) kelemahan pokok modify ni ialah mempunyai daya resistance yang lemah ekoran ada kekurangan kekuatan gene-gene tertentu terhadap terhadap sesetengah virus (TV, konsert, parti liar). Maka hancur lah spesies pokok yang hebat ini menyembah bumi. Benarlah kata orang

Apabila mufti dipecat,
Artis galak dipuja,
Sedih si imam tua di singkir,
Gembira zi zalim bertakhta,
Maksiat makin berleluasa,
Akhirat dipandang hina.

Thursday, May 22, 2008

Mahasiswa MAMPU tanpa AUKU !!

Mayor John Tyler Hammons

Oleh:
Ahmad Shakir bin Salleh
Exco Lajnah Penyelidikan & Pembangunan
Ikatan Studi Islam 2008/2009
Universiti Kebangsaan Malaysia
http://jerungsakti.blogspot.com/

SAYA berasa tertarik tatkala membaca mengenai kejayaan seorang mahasiswa berusia 19 tahun memenangi kerusi Datuk Bandar Muskogee dalam sebuah pilihan raya yang diadakan baru-baru ini. Berita ini tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Mei 2008 yang lalu.

MAHASISWA USIA 19 TAHUN JADI DATUK BANDAR MUSKOGEE

MUSKOGEE, Oklahoma 14 Mei - Seorang mahasiswa berusia 19 tahun dipilih sebagai Datuk Bandar Muskogee, sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang.

John Tyler Hammons menerima 57 peratus undi menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray McBride, kata Setiausaha Lembaga Pilihan Raya Perbandaran Muskogee, Bill Bull.

"Ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya apabila orang ramai memberi kepercayaan tinggi kepada saya," kata Hammons yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti di Norman.

Dua calon itu bertarung pada pilihan raya tersebut bagi merebut jawatan bukan politik, dengan pusingan pertama menyaksikan tidak ada seorangpun berjaya memperolehi 50 peratus undi dalam pertandingan enam penjuru pada 1 April lalu.

Hammons yang akan mengangkat sumpah jawatan minggu depan berkata, beliau merancang untuk meneruskan pengajiannya dan bercadang untuk berpindah ke kolej yang berdekatan dengan Muskogee.

Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran itu berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.

Yang pasti, saya berasa sangat cemburu terhadap kehidupan mahasiswa di sana, yang menghirup udara segar demokrasi, hinggakan mereka, disamping menunaikan tanggungjawab menimba ilmu di menara gading, turut berpeluang memainkan peranan sebagai salah seorang warga komuniti Muskogee secara aktif.

Bandar Muskogee, yang dihuni seramai 38,000 penduduk, jika di Malaysia, mungkin boleh disamakan sebagai salah sebuah kawasan Parlimen. Mungkin inilah yang cuba disahut oleh Parti Mahasiswa Negara melalui kontroversi percubaan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 baru-baru ini ; bahawa suara mahasiswa sudah layak diketengahkan ke peringkat penggubal dasar negara, dan bukan lagi sekadar berteriak menyuarakan kebenaran di pinggiran bangunan Parlimen sahaja. Dalam hal ini, ternyata Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding Bandar Muskogee dalam aspek demokrasi, dimana mahasiswa di Malaysia dipasung mindanya melalui Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), sehingga mengakibatkan peranan mahasiswa semakin terpinggir dan tidak relevan mendepani massa.

Partisipasi mahasiswa secara aktif di dalam masyarakat dan negara walaupun masih di bangku pengajian, menepis segala tanggapan tidak berasas ; bahawa 1) mahasiswa hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian, 2) mahasiswa wajib bersyukur terhadap kerajaan yang telah menganugerahkan biasiswa dan PTPTN kepada mereka, 3) mahasiswa tidak boleh berpolitik, kerana dibimbangi terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang, serta seribu satu macam lagi hikayat yang direka-reka oleh pihak yang tidak senang melihat mahasiswa mengembangkan potensi mereka.

Selaku salah seorang warganegara Malaysia yang dijamin haknya oleh Perlembagaan Malaysia, mahasiswa sepatutnya diberi peluang untuk berpartisipasi dalam politik dan hal ehwal negara, kerana ia tidak sedikitpun merugikan negara untuk jangka masa yang panjang. Seorang negarawan berpolitik adalah sebagai manifestasi kecintaannya terhadap tanah airnya dan generasi mendatang, bebas daripada kepentingan peribadi. Inilah yang nampaknya gagal difahami oleh kerajaan kini, sehinggakan mereka masih mempertahankan kerelevenan AUKU yang telah melumpuhkan minda mahasiswa selama ini.

Saya masih lagi menunggu perkembangan janji Menteri Pengajian Tinggi yang baru, untuk meminda AUKU. Adakah ianya sekadar meraih publisiti murahan daripada mahasiswa, atau beliau benar-benar serius mahu menyaksikan generasi mahasiswa yang menyumbang kepada negara, sama-samalah kita saksikan kelak.

Akhir kata, mungkin mahasiswa di Malaysia boleh menjemput Datuk Bandar Muskogee, John Tayler Hammons untuk berkongsi pengalaman beliau menghirup udara segar demokrasi di sana disamping berpeluang memikul amanah selaku pemimpin di peringkat masyarakat. Jangan lupa menjemput Dato Khaled Nordin juga bagi membuka minda beliau terhadap kesan kehidupan mahasiswa tanpa belenggu AUKU.

“MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN”

Wednesday, May 21, 2008

Peranan Mahasiswa di zaman Kerosakan Umat

Aku sememangnya jarang menonton TV lantaran masa yang tidak mengizinkan. Jesteru itu, apabila pulang sahaja ke rumah, itulah masa terbaik untukku melepaskan gian. Terkejut betul aku apabila menyaksikan sebuah rancangan kanak-kanak yang disiarkan melalui slot Astro Ria. Mana tidaknya, budak seawal usia tiga tahun diajar berpakaian seksi hingga menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Si pengacara pula begitu galak sekali mengajukan soalan-soalan mengenai ‘couple’ lantas membenarkannya. Si kanak-kanak yang tidak bersalah itu kemudiannya dididik untuk menunjukkan bakat tarian yang begitu menggoda sekali. Hiruk-piruk suara penonton yang juga terdiri daripada kanak-kanak, Teruja agaknya melihat telatah rakan mereka di pentas.Lantas, mereka pun turut sama melompat-lompat bagaikan beruk yang kehilangan arah. Si ibu-bapa pula tersenyum bangga, “berbakat rupanya anakku ini.”


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [66:6]


Itu cerita mengenai kanak-kanak. Masuk pula bab remaja. Pun melalui saluran TV yang sama. Terkinja-kinja dan menjerit-jerit di atas pentas rupanya anak muda kita ni. Patutlah ceramah-ceramah agama selalu kosong, majlis-majlis tahlil selalu ditinggalkan dan masjid sudah tidak lagi menjadi tarikan. Aku sempat melihat satu rakaman bahagian rancangan itu yang di ‘download’ oleh sahabat aku. Terkejut aku melihat si pengacara perempuan dengan bangganya duduk di atas peha peserta lelaki. Si peserta lelaki ni pula bukan main seronok lagi. Maklumlah, artis terkenal tu. Tambah pula perempuan, mau nya tidak tersirap darah. Sebelum ni pun rancangan itu memang penuh dengan kontroversi, lelaki perempuan berpeluk-pelukan. Seorang ibu bertaraf nenek turut galak bernyanyi. Aduh, tambah pedih hatiku tatkala menonton rancangan ini apabila hampir 98% yang terlibat ialah bangsa kesayangan aku sendiri iaitu Melayu. Islam ke tidak, itu aku tak tahu. Tapi, gaya dan perwatakan tidak mencerminkan pun peribadi seorang muslim. Inilah realiti bangsa kita, apabila kaum lain berjaya maka kita semua dengki. Konon-kononnya ketuanan melayu tergugat lah, bangsa melayu bakal menjadi pengemis di negara sendiri dan kuasa autonomi melayu terjejas. Tapi apa yang telah kita lakukan untuk membangunkan bangsa kita?


Banyak lagi kerosakan yang berlaku. Boleh di buat sebuah novel jikalau nak diceritakan kesemuanya. Tapi siapakah yang boleh memperbetulkannya? Yang jelas, golongan bernama mahasiswa mempunyai peranan yang cukup besar sekali. Berdasarkan tempoh dua tahun aku bergelar mahasiswa, ku lihat peluang untuk mengubah mentaliti masyarakat amat besar sekali. Perjuangan mengembalikan masyarakat ke landasan yang sebenar setelah tergelincir bukanlah satu pelaburan yang sia-sia. Tambahan lagi bagi mahasiswa dalam bidang professional.


Tatkala aku melangkah ke wad, timbul rasa sayu di hati ini melihatkan penderitaan pesakit. Meraung-raung kepedihan. Tapi hati ini lebih sayu lagi apabila melihat para pesakit mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap Allah. “Buat apa solat, aku kan sakit.” Mungkin itu lah luahan hati mereka.


Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. [4:103]


Mahasiswa hari ni sebenarnya perlu lebih kreatif dalam menangani isu ini. Mungkin sekiranya pembaca berada di tempat aku, mereka mungkin merasakan apa yang aku rasakan. Malunya nak suruh mereka sembahyang. Oleh itu, satu alternatif harus difikirkan untuk menyuruh mereka sembahyang tanpa perlu kita bersuara. Antaranya dengan memakai badge di white coat seperti yang dilakukan teman-teman ku yang bertulis ‘sudahkah anda solat…..sakit bukan alasan.’Pemakaian badge ini bukan sahaja praktikal untuk pelajar perubatan, malahan untuk anda semua. Pakailah ia tatkala anda melawat saudara-mara atau sahabat handai yang ‘berehat’ di wad.

Dakwah sebenarnya boleh berlangsung di mana-mana dan pada bila-bila ketika. Contohnya sebelum menamatkan bicara dengan pesakit aku gemar berkata kepada pesakit bahawasannya kehidupan kita adalah ujian. Sakit adalah ujian untuk menilai sejauh mana kesabaran hambanya. Lain orang lain macam ujiannya. Semoga pak cik/mak cik tabah mengharungi ujian ini. Seorang senior doktor pernah berkata kepadaku bahawa apabila dah jadi doktor nanti, disamping prescribe ubat kita turut mencadangkan kepada pesakit agar membaca doa sebelum makan ubat, banyakkan solat hajat dan berdoa. katanya, orang sakit sudah kehilangan semangat dan mengikut sahaja kata-kata doktor. Maka ambillah kesempatan ini untuk berdakwah.

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,[26:80]

Mahasiswa yang bagus bukannya mahasiswa yang memegang buku selama 24 jam. Tetapi boleh membahagikan masanya antara pelajaran dan aktiviti lain. Bermain, berekreasi mahupun menyertai khidmat masyarakat. Menyedari akan penglibatan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti, elemen Islam wajar diterapkan. Bermacam-macam benda yang boleh di buat oleh mahasiswa. Kampen menutup aurat semasa bermain adalah satu langkah yang cukup bagus sekali. Kerana itulah kita memerlukan mereka-mereka yang mempunyai fitrah islam untuk memimpin persatuan-persatuan di Universiti. Kerana golongan pemimpin persatuan inilah yang mampu melaksanakan agenda-agenda sebegini. Oleh yang demikian, sarananku kepada semua adalah agar memilih golongan itu untuk memimpin persatuan termasuklah persatuan sukan dan rekreasi. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan pun merupakan sesuatu yang bagus sekali. Usah dipedulikan program itu di anjurkan oleh siapa, parti pemerintah mahupun pembangkang ataupun NGO, nilai itu yang penting. Selagi mana ianya untuk mendaulatkan islam maka pelajar patut menyertainya. Soal AUKU? Itu yang susah sedikit. Harap-harap menteri pengajian tinggi yang baru melaksanakan janji-janjinya agar tidak dicop sebagai golongan yang munafik-yakni mengingkari janji yang diungkapkan.

Sekiranya setiap orang mahasiswa mampu untuk mengajak seorang sahabatnya untuk melakukan dakwah dan kembali ke jalan Islam yang sebenar. Dan sahabat yang baru ditarbiyyah itu pula mengajak seorang yang lain dan begitulah seterusnya, maka ketika itulah institusi mahasiswa akan menjadi satu kekuatan. Maka zaman revolusi al-Azhar akan dapat dihidupkan kembali seterusnya Islam akan terus agung di mata dunia. Sejarah turut membuktikan bahawa institusi ilmu cukup berkesan sekali dalam menyampaikan dakwah. Lihat sahaja Kota Baghdad dan Cordova sebagai contoh…. Maka ambillah teladan dari nya.

dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.[22:54]

Sunday, May 18, 2008

Will I survive this battle?


This not the battle of Badr’ which has had being bless by GOD. This is just the battle of Selanjar. Exam stuff! Looking at my whole year performance, I know that I’m really in a bad ship. Just waiting for the moment to sink into the deep sea. But this is the risk that I’ve to take. Who ask me to take medicine? It’s myself to be blamed.

Failing clinical exam for three times was a great burden to me. It is really suck. Failing an exam in medical course is a normal thing – that was my advice to my juniors and friends when they failed their exam. But now it’s me who can not take it.

Forget about that clinical exam stuff. Selanjar 2 is coming. Next week will be a tough week for me.Even though it just counts for 10% of professional exam, yet I still can not afford to lose those valuable marks. But what have I done to grab it. I’m really burnt out. No more fuels! So stress out! i'm just tryin to survive till the end of it.

Come on Jack.. This is your fight. You have to survive it. That’s what my little heart keeps whispering at me. But my mind setting was already been reset to the level zero. Will I ever increase it to any maximum level that I can reach?

Oh GOD.. I really lost my way. Help me to stand.

Saturday, May 17, 2008

Cerpen: Aku Bukan Untukmu™

Carpen ini aku tujukan khas buat semua sahabat dan juga Da’ie. Semoga anda semua kekal dan teguh dalam menjalankan dakwah. Nama dan watak dalam carpen ini hanyalah rekaan semata-mata. Namun pengertiannya diharapkan dijadikan iktibar semua.

****************************

“Islam is derived from the word aslam which means submission. It also came from the word salam, which means peace.Both of it are arabic words,” aku menarik nafas panjang.

Kering rasanya tengkuk ini. Aku memandang ke segenap penjuru dewan. Kelihatan mereka khusyuk sekali mendengar biarpun ucapanku belum pun sampai sepuluh minit. Berdebar rasanya hati ini. Maklumlah ini kali pertama aku berhadapan dengan non muslim secara terbuka dalam menyebarkan dakwah islamiyyah. Lututku terasa begitu lemah sekali. Ku gagahinya diri ini untuk berdiri. Teringat kata-kata Bro Azmi. Tenang dan jelas. Itulah yang paling penting dalam berdakwah.

Aku memandang syiling Dewan Kuliah C, University Of Michigan. Ku telan air liur yang mula membuak keluar dari kelenjar salivari ini. Kepalaku ligat untuk menyusun fakta. Segalanya mesti sempurna, kemas dan padat. Ya Allah, kuatkanlah hatiku ini. Doa ku sendirian.

“So from that two rootwords, we can make a definition of islam which means peace that come from total submission towards the ALMIGHTY GOD. However the concept of God in Islam is different from your religion. It is different from the Trinitarian concept like what some of you believe.” Kelihatan beberapa orang pelajar mencatat di atas kertas mengenai apa yang aku nyatakan.

Ternyata pelajar-pelajar barat ini cukup terbuka sekali dalam membincangkan soal ketuhanan dan agama. Ketakutan mereka disebabkan oleh peristiwa 19 September sebenarnya telah menyebabkan mereka tertanya-tanya konsep sebenar mengenai Islam. Maklumlah sebelum ini, Kerajaan mereka begitu lantang sekali menyalahkan islam ke atas isu keganasan yang berlaku terhadap dunia global. Mereka yang disogokkan dengan khabar-khabar palsu mengenai Islam ternyata bangkit untuk mencari kebenaran disebaliknya. Benarlah kata-kata sahabatku semasa menuntut di kelas Comparative Religion di Malaysia. Setiap manusia pasti mempunyai naluri untuk mengenali Islam. Setiap mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah Islam. Ibu-bapa lah yang mencorakkan mereka samada untuk menjadi islam, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.

“If In Trinitarian concept, you believe that three entity of god make up the concept of God which are God the father, Jesus Christ and Holy Spirit. But they are all one God. However in Islam the concept of God is totally different. What type of god that we worship? It is stated in the Holy Quran, Surah al Ikhlas or sincerity in chapter 112, verses 1-4 saying that God is one and only. He is The eternal and absolute. He begetteth not, nor he is begotten. And nothing shall ever be compared to him. So other than this concept we can not accept it. So before I go further with our sharing session, is there any of you would like to ask anything? Because I do believe that two ways discussion will give us more benefit.”

Aku duduk seketika di atas kerusi. Botol air mineral di atas meja itu aku gapai dan tuangkan sedikit air ke dalam gelas. Air yang jernih itu aku teguk buat membelai tengkuk ku yang nyata kekeringan. Mataku melilau kesegenap dewan, mencari sesiapa sahaja yang ingin bertanyakan soalan.

“Excuse me brother. You said that Islam is the religion of Peace. But why the nowadays, it is Muslim who commit the suicide bombing and sabotaging facilities.” Seorang gadis cina yang berambut panjang, bercermin mata bangun dan bertanya soalan.

“Thank you sister for your question. Yes, you indeed right. Most of the terrorism involve the Muslim. But have you ever consider the Holoucast and Nazism. What is the religion behind those people.” Aku memandang ke arahnya dan melontarkan sebutir senyuman. Tanpa membiarkan dia menjawab pertanyaanku, aku menyambung hujah. “ Of Course not Islam, right. And those who kills the Civilians in Vietnam also not a muslim. It is a co-incidence that the recent terrorism action is done by Muslim. But many of them are simply an accusal but without a sufficient proof. Take a look at September, 19 tragedy. It’s being doubted that the explosive from the aeroplane fuels can cause the steel tower to collapse. Plus, William Rodriquez who is the last survivor of the big event mention that he heard several explosion at the base of the building. And the most important point is. If Muslim did the bombing, why he reverted to Islam. Don’t you think that it is a stupid action. Besides, Islam value life as a very important thing. Let me quote this verse from you.”

“…if any one slew a person - unless it be for murder or for spreading mischief in the land - it would be as if he slew the whole people: and if any one saved a life, it would be as if he saved the life of the whole people..”[5:32]

Para hadirin mengangguk-anggukkan kepala. Gadis itu, kulihat tersenyum. Ku harap dia berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan. Ku lihat jam di tanganku sudah merangkak ke angka 12.30 tengah hari. Segera ku teringat janji ku dengan Prof Klaskliew yang ingin bertemuku kerana ingin mendapatkan senaskah al-quran.

“Well, ladies and gentlemen I’m afraid that I can not continue this session due to my appointment with Prof Klaskliew. I promise that we’ll have this kind of session again whenever we’ve a gap between our lecture.” Aku mengemas nota-notaku dan memasukkannya ke dalam beg galasku.

Baru beberapa langkah aku meninggalkan dewan, kedengaran suara lembut memanggilku. Rupanya gadis yang bertanyakan soalan tadi.

“Hi Bro ricky, boleh kita berbicara,” tegurnya.

“Wow, pandai bercakap melayu rupanya saudari ni ya.” Ucapku kagum

“Saya berasal dari Malaysia lah. Anyway, my name is Cindy.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

“Ermm… Sorry banyak-banyak Cindy, dalam islam lelaki dan wanita tidak sepatutnya bersentuhan tangan. It is to keep the girl’s modesty actually.” Aku menolak lembut pelawaannya.

“Well it’s ok. Anyway, That was a very nice speech. I like it.” Cindy tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang nyata menyerlahkan lagi keayuan gadis itu.

“Erm, Cindy.. Nice to meet you. Unfortunately I have an appointment. Very urgent. Can I see you later.”

“Well, it’s ok Ricky. I understand. Can I have your contact number. I have a lot to ask about Islam.”

Aku memberikan kad namaku kepadanya. Dia menerimanya lalu melontarkan senyuman yang amat manis sekali. Ya Allah, aku ni nak berdakwah. Teguhkanlah imanku. Lantas aku pun berlalu pergi.

****************************

“Macam mana sesi perkongsian Ricky tadi,” tanya Suria sewaktu ku bertandang di rumahnya.

Aunty Halimah keluar dari dapur membawa dulang berisi se-jug air dan sedikit kuih. Dia menuang air sirap ke dalam gelas dihadapanku lalu duduk di atas sofa di sebelah Suria.

‘Alhamdulillah Suria, syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kekuatan kepada Ricky. Agak gemuruh juga. Maklumlah kali pertama. Tapi mereka agak berfikiran terbuka juga. Eh, Uncle mana?”

“ Daddy ke rumah Mr Smith sekejap. Katanya ada urusan berkenaan dengan ladang epal jagaannya. Sekejap lagi pulanglah tu.” Balas Suria mesra.

Aku mengangguk tanda faham. Memang Uncle Khalid sentiasa sibuk. Maklumlah kerjanya sebagai Pengurus Ladang Epal terbesar sekali di daerah Nottingham. Aku turut berbangga dengannya. Siang sibuk dengan ladang epal, malam pula diisi dengan memberikan kuliah-kuliah berkenaan islam kepada saudara seagama yang baru menerima hidayah. Sekiranya berkelapangan, aku turut membantunya.

Tatkala aku ingin berbicara, telefon bimbit ku berbunyi tanda ada sms yang masuk. Ku lihat mesej dari Cindy. Katanya ada hal ingin dibincangkan. Dia mengharapkan agar aku menemuinya di Coffee House berdekatan dengan apartment tempat tinggal pelajar malam nanti. Aku berfikir seketika. Antara janji ingin makan malam bersama-sama Suria dan keluarga atau bertemu dengan gadis yang baru aku ketemui beberapa hari yang lepas. Aku memandang wajah Suria dan aunty Halimah. Serba-salah pula aku dibuatnya.

“Ermm.. Aunty dah masak ke untuk malam ni?” Soalku.

“Kenapa Ricky?” soalnya.

“Serba-salah saya dibuatnya aunty. Tiba-tiba pula ada temujanji.” Aku cuba menjelaskan.

“Ricky memang selalu macam ni. Ada-ada je kerjanya. Mengalahkan menteri pula,” Suria memotong percakapanku. Dia menarik muka masam. Merajuk agaknya.

“Suria, tak baik cakap macam tu dengan Ricky. Aunty tak masak lagi pun sebenarnya. Kalau Ricky betul-betul ada hal aunty masak untuk tengah hari esoklah.”

“Tapi mak, Ricky ni selalu macam ni. Ada-ada sahaja alasannya. Esok mungkin tak boleh kot. Suria ada kelas dissection.”

“Lor apa susahnya. Ricky makan lah tanpa Suria. Suria menghadap aja lah cadaver tu.” Aku mengembalikan ejekannya. Suria masam memuncung. Geli juga hatiku dengan karenahnya itu.

“Ricky! Mak tengok Ricky ni, dia main-mainkan Suria. You better stop it before I wont talk to you anymore.”

“Ok, Ricky x da apa-apa. Suria pergi lah bercakap dengan Cadaver tu ye.Kirim salam banyak-banyak kat dia. ”

“Ok. Suria kahwin dengan cadaver tu baru padan muka Ricky.”

Aunty halimah ketawa dengan gelagat kami berdua. Dia menggeleng kepala melihat gelagatku yang mengusik Suria. Kemudian aku mengeluarkan telefon bimbitku dan membalas mesej Cindy menyatakan persetujuanku untuk bertemu dengannya. Aku meminta izin untuk pulang ke asramaku. Maklumlah jam sudah pun meniti ke pukul 5.30 petang. Sementara menanti detik dan ketika untukku menemui Cindy, boleh juga aku selesaikan learning issue berkenaan Ischaemic heart disease. Maklumlah, setiap detik amat berharga sekali dalam kamus hidup pelajar perubatan. Tambahan pula, aku harus membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya. Dakwah dan pelajaran sama pentingnya.

****************************

“Assalamu’alaikum,” sapa ku kepada Cindy sewaktu aku mendekatinya.

“Huh..Erm saya bukan islam. Kenapa Ricky ucap salam kepada saya.” Balas Cindy.

“ Tak ada masalahnya Cindy, maksud perkataan tu adalah salam sejahtera ke atas kamu. Tak salah kita mendoakan kesejahteraan terhadap seseorang. Itulah tuntutan Islam.” Ujarku.

“Oh begitu, dulu sewaktu di Malaysia, pernah rakan memarahi Cindy kerana memberi ucapan salam. Katanya, salam tu hanya untuk orang islam. Orang kafir macam saya ni tidak layak untuk memberkan salam. Eh Ricky duduklah.”

“Ermmm.. Cindy kata datang dengan kawan. Mana dia?” Soalku tanpa terus duduk.

“Dia ada hal sedikit. Eh duduklah, saya bukannya makan orang pun.” Pelawanya lagi.

Aku berasa sedikit janggal. Apa pula nanti jika terlihat oleh akhi-akhi ku. Nanti salah faham akan timbul. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk duduk.

“Oh ya, saya sebenarnya masih belum mengenali Cindy lagi.Tak perasan pula saya akan kalibat Cindy sebelum ni”

“Oh ya. Saya sebenarnya pelajar tahun satu. Mungkin Ricky tak perasan.”

“Mungkin juga.” Balasku pendek. “Cindy kata asal dari Malaysia.” Tegurku.

“Yup. Saya berasal dari penang. Bukit Mertajam. Ricky?”

“Saya berasal dari Kelantan. Oh ya, kata Cindy ada hal yang ingin dibicarakan. Boleh Cindy ceritakan.” Kataku lagi.

“ Saja je. Ricky kelihatan bagus sekali semasa berhujah. Saya ingin mengenali Islam dengan lebih lanjut lagi. Semasa di malaysia, tidak ada peluang langsung. Sahabat melayu ada, tapi mereka tidak menunjukkan kesediaan untuk berkongsi.” Cindy menundukkan mukanya, kakinya menguis-nguis lantai.

Seorang gadis berkulit putih muncul dari belakang untuk mengambil pesanan. Aku memesan secawan kopi cappucino manakala Cindy memesan segelas jus oren. Sebaik sahaja pelayan Coffee House berlalu pergi, kami menyambung kembali bicara.

“Maksud cindy? Kenapa mereka enggan. Mungkin Cindy yang tak bertanya.” Soalku.

“Mereka tidak suka membicarakan tentang Islam. Cindy pun senyap je lah. Malu juga nak bertanya. Lagipun mereka pernah memarahi Cindy kerana mengucap salam kepada mereka.” Ujarnya menjelaskan perkara yang berlaku sewaktu di Malaysia.

“Apa yang Cindy tahu pasal islam setakat ni?”

“Cindy ada membacanya melalui buku-buku dan majalah. Tapi Cindy keliru. Ajarannya hampir sama dengan ajaran tuhan Jesus tetapi ia kelihatan lebih kompleks. Berbanding dengan Tuhan Jesus, TUHAN ALLAH agak kejam.”

“Kejam. Maksud Cindy?” sengaja aku bertanya. Aku ingin menguji setakat mana pengetahuannya berkenaan Islam. Aku tidak menolak kemungkinan bahawa dia mempunyai salah faham terhadap islam.

“Iya lah, kenapa mesti ALLAH masukkan manusia ke dalam neraka. Kenapa mesti dia menyiksa manusia di dalam api yang panas. Setiap kali tumbuh kulit yang baru, dibakarnya lagi. Bukankah kejam namanya tu.”

“Baiklah, sebelum Ricky menjawabnya, Cindy tahu apa lagi mengenai Islam?”

“Banyak lagi yang cindy ingin tanyakan. Kenapa mesti Islam menindas wanita dan meletakkan mereka di bawah kongkongan lelaki. Darjah seorang wanita kurang berbanding lelaki kan. Itu kata Al-Quran, betul tak Ricky?”

“Baiklah Cindy, untuk soalan pertama. Memang betul ALLAH ada nyatakan seksaan terhadap orang yang mati dalam keadaan kafir. Itu adalah harga yang harus mereka bayar kerana menolak Islam. Allah telah memberi banyak peluang untuk manusia bertaubat, yakni kembali kepadaNYA setelah melakukan kesilapan. Banyak sekali peluang yang ALLAH berikan.”

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[39:53]

“Tapi adil kah ALLAH masukkan orang kafir ke dalam Neraka sedangkan mereka begitu baik sekali di dunia. Adakah Cindy akan masuk neraka apabila mati kelak?” tanya Cindy secara tiba-tiba.

“Tidak semestinya,” ujarku.

“Dan sekiranya Ahli Kitab beriman dan bertakwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka kedalam surga-surga yang penuh kenikmatan.”[5:65]

“Ricky tidak tahu. Tiada siapa yang tahu. Cuma ALLAH menjanjikan syurga buat mereka yang beriman. Sebenarnya ada juga orang yang beriman di kalangan ahli kitab. Selagi mana mereka mengakui keesaan ALLAH yang satu maka islamlah dia. Ricky pun belum tahu samada Ricky di tempatkan di syurga ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada ALLAH. Jadi kita mestilah sentiasa berdoa kepadanya. Sebenarnya, Allah mengampunkan semua dosa kita kecuali dosa syirik. Iaitu mempersekutukannya dengan makhluk-makhluk ciptaannya. Termasuklah dengan mengatakan Jesus sebagai tuhan.” Balasku.

Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan ALLAH, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”[4:48]

“Maknanya orang islam tidak mengiktiraf Tuhan Jesus. Dia begitu baik sekali. Sanggup mati di tiang salib demi menebus dosa manusia.” Ujar Cindy mempertahankan hujahnya.

“Orang Islam wajib menyayangi Jesus. Tidak sempurna iman seseorang islam sekiranya dia tidak menyayagi Jesus. Jesus merupakan antara lima Rasul terhebat ALLAH selain Noah, Abraham, Mosses dan Muhammad. Tapi dia hanyalah manusia biasa yang dilahirkan secara ajaib. Tapi dia bukannya tuhan.”

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan ALLAH dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada ALLAH dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga", berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya ALLAH Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci ALLAH dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah ALLAH menjadi Pemelihara.” [4:171]

Cindy diam. Mungkin dia mengakui kata-kataku. Minta dibuka pintu hatinya oleh Allah, doaku. Aku cuba menguji Cindy. “Cindy katakan yang Jesus mati untuk menebus dosa kita. Dosa apakah itu?”

“Dosa warisan daripada Adam dan hawa kerana memakan buah epal. Setiap daripada kita dilahirkan berdosa. Terima kasih kepada Jesus kerana menebus dosa itu.”

“Kalau begitu, kita wajar berterima kasih kepada Adam dan Hawa. Kerananya, Jesus diturunkan untuk menebus dosa kita. Tapi bagaimana dengan manusia sebelum Jesus. Ke neraka kah dia kerana belum sempat untuk diampuni dosanya dengan menerima Jesus. Bagaimana dengan bayi yang baru dilahirkan dan meninggal. Ke nerakah mereka? Nampaknya ALLAH dalam Islam tidak lah sekejam mana kerana bayi yang dilahirkan suci daripada dosa.

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada ALLAH padahal Rasul menyeru kamu supaya kamu beriman kepada TUHANmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu adalah orang-orang yang beriman”[57:8]

“Cindy, kalau dilihat dalam bible sekalipun. Kita tidak dipertanggungjawabkan ke atas dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa kerana memakan epal larangan. Setiap daripada kita menanggung dosa sendiri. Kedua-dua Bible dan Al-Quran bersetuju bahawa kita menanggung apa yang kita lakukan.” Ujarku.

“The one who sins is the one who will die. The child will not share the guilt of the parent, nor will the parent share the guilt of the child. The righteousness of the righteous will be credited to them, and the wickedness of the wicked will be charged against them” [Ezekial 18:20]

“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” [35:18]

“Mungkin betul apa yang Ricky katakan itu. Entahlah, Cindy pun keliru.” Wajah Cindy bagaikan pesakit liver cirrhosis yang terkena hepatic encepalopathy. Termanggu-manggu dan terpingga-pingga dia. Mungkin kepeningan dan ragu-ragu.

“Cindy, sekarang pun dah pukul 10 malam. Boleh tak kita sambung kemudian soalan Cindy.”

“Baiklah,” nanti Cindy sms Ricky ya.

“Oh ya, by the way. Can we make it at the noon or something. Tak manis dipandang orang kita keluar berdua begini. Nanti menimbulkan fitnah pula.” Ujarku.

“Ricky tidak suka keluar dengan Cindy.”

“Bukan tidak suka, tapi tak manis kan lelaki dan perempuan bersama-sama begini. Kita ni bagaikan magnet. Saling tertarik antara satu sama lain. Sehebat mana pun kita mengawalnya, tidak mustahil niat baik ini mengundang ketawa syaitan. Memang dia sentiasa ingin melihat hamba Allah melakukan kemaksiatan.”

“Hurmm. Apa-apalah Ricky ya.”

****************************

Kringgg…. Jam loceng ku mula menjerit menandakan sudah jam 5.00 pagi. Berat rasanya mata ini untuk melihat keindahan alam. Aku menarik selimut dan kupejamkan kembali mata ini. Entah mengapa, wajah Cindy terbayang di mindaku. Tingkah laku gadis itu amat molek sekali. Senyumannya semanis madu. Mampu memberikan kesegaran kepada mana-mana jejaka yang melihatnya. Suaranya yang manja memukau kalbu ini. Astaghfiurllah! Sampai ke situ pula fikiranku. Aku bingkas dari katilku. Ku tepuk dahi ini kerana berfikir yang bukan-bukan. Aku hanyalah manusia biasa. Sentiasa melakukan kesilapan.

Ku gapai perkakasan mandi ku lalu menuju ke bilik air. Kalaulah tiada pemanas air, nescaya aku tidak akan mandi. Sejuknya sehingga menggigit tulang. Nyilu sangat-sangat. Selesai mandi dan berwudhu’ aku menghadap tikar sejadah bersolat tahjud. Tahjud itu kekuatan. Kerana itulah Salahuddin Al Ayubi menjadikan mereka yang bertahjud di malam hari sebagai barisan hadapan pertahanan tentera sewaktu menawan kota Palestin dari Richard the Lion Heaert. Itulah yang pernah disampaikan Uncle Khalid sewaktu aku bersembang dengannya. Selesai tahjud, aku mengejutkan rakan sebilikku untuk sama-sama ke surau kecil yang sebenarnya merupakan bilik apartment bagi mengerjakan solat Subuh. Surau itu kami sewa menggunakan duit yang dikumpul sedikit-sebanyak daripada pelajar muslim melalui Persatuan Mahasiswa Islam Michigan yang terdiri daripada mahasiswa daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Pulang dari surau, aku teringatkan Suria. Ingatanku tentang pertemuan dengan Cindy segera hilang. Aku bersalah terhadapmu Suria. Aku mengingati gadis lain sedang kau adalah tunangku. Ku gapai telefon bimbitku lalu ku tekan kekuncinya dan menelefon Suria. Gembira dia apabila mendengar suaraku. Alah bukan lama pun. Baru petang semalam berjumpa. Cuma rasa bersalah kerana membayangkan gadis lain menyebabkan aku menelefonnya. Tapi tidak kunyatakan sebab itu. Hati perempuan ini cukup rapuh sekali. Maunya dia tidak merajuk sekiranya dia tahu bakal suaminya memikirkan gadis lain. Lagipun, dakwah bukan alasannya untuk aku hanyut.

Setelah lebih kurang lima minit aku berbicara dengan Suria, aku menggapai buku Clinical Medicine ku yang terletak di atas rak untuk menghabiskan bacaanku semalam. Pelajaran harus diutamakan. Jangan biarkan ia menjadi fitnah kepada dakwah yang dijalankan. Itulah prinsip yang ku pegang selama ini.

Setelah setengah jam menelaah pelajaran, terasa perutku berkeroncong. Jam baru menunjukkan pukul 7.45 pagi. Kelas hari ini hanya bermula pada pukul 11 pagi. Aku mengambil beg duitku lalu ke kedai roti nan syed Ali. Di situ lah kedai yang betul-betul diyakini halal. Walaupun tirai kedai baru diangkat, sudah ramai yang bertandang.

Entah mengapa di satu sudut, seorang gadis melambai ke arahku. Ya Allah, Cindy rupanya.

“Assalamu’alaikum Ricky,” sapa Cindy sewaktu menghampirinya.

“Waalaikum’ salam. Awal Cindy turun.” Balasku

“Saja je. Nak jumpa Ricky. Ricky selalu makan di sini kan. Dah banyak kali Cindy lihat Ricky sebelum ni. Ricky je yang tak perasankan Cindy.” Jawabnya sebelum sempat aku bertanya.

“Oh,” jawabku.

“So, can you continue answering my last night’s question.”

“Now, it’s very crowded here. You wont listen to my point.”

“You’re weird Ricky, you’re complaining about you meeting me alone and yet you still complaining about meeting me in the crowded.”

“It’s not like that Cindy, but the situation didn’t permit us to discuss about it. It’s too noisy here. Shall we meet up at library later. Are you free at 2 P.M?”

“Ermm. Not at that time I guess. I got histology class at that time. Shall we make it at 4 something?”

“Ermm.. Sure. Well I got to go now, still lot of thing to read up.” Ujarku setelah menghabiskan cebisan terakhir roti nan ke mulutku,

“You are not drinking any water Ricky?”

“Alamak… Saya lupa nak pesan minuman.”

“You can have mine.” Pelawa Cindy sambil menghulurkan gelasnya.

“Tak apa lah Cindy. I’ll drink something later at my apartment. See you!”

****************************

“Islam tidak pernah menindas wanita. Jika disingkap sejarah pada zaman jahiliyyah. Wanita hanya dijadikan bahan mainan. Mereka hanya alat pemuas nafsu lelaki. Anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup. Islamlah yang membela mereka. Selepas Nabi Muhammad di angkat menjadi Rasul, hak-hak mereka dibela. Mereka dibenarkan memiliki harta, menuntut ilmu dan dilayan seperti manusia.”

“Tapi, bukankah lelaki itu satu darjat lebih tinggi daripada wanita?” Soal Cindy

“Ya memang betul. Ada dinyatakan dalam Al-Quran.”

“Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya” [2:228]

“Jadi betullah Islam menindas wanita.”

“Bukan begitu, maksud ayat di atas adalah dari segi tanggungjawab suami kepada isteri dalam menjaga keselamatan isteri dan kesejahteraan rumah tangga. Tapi kalau dalam konsep beribadat, sama sahaja taraf lelaki dan perempuan itu. Tidak ada beza sedikit pun. Masing-masing akan mendapat janji ALLAH di akhirat kelak.”

"Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan” [3:195]

“supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi ALLAH” [48:5]

****************************

“Ricky, tolong Cindy. Cindy tak tahu apa yang nak dibuatkan lagi. Selamatkan Cindy.” Tercungap-cungap suara Cindy sewaktu menelefonku.

Aku bingung memikirkan apa yang terjadi. Perkenalanku dengan Cindy baru menjangkau beberapa bulan. Dia seorang yang ceria sebelum ini. Ketawa nya riang sekali. Tapi sebentar tadi dia dalam ketakutan. Takut yang amat sangat. Aku sendiri berasa pelik yang amat sangat. Tanpa berlengah, aku bergegas ke apartmentnya.

Sampai di bahagian bawah apartment nya, aku mendail nombor telefonnya. Sebentar kemudian dia turun berlari-lari sambil membawa beg pakaian. Mukanya pucat. Ada air mata di pipinya.

“Selamatkan CindyTolong!” Dia memegang tanganku erat.

Aku cuba untuk mengungkai tangannya. Malu dengan orang ramai yang memandang. Malu lagi dengan Allah. Pendakwah seperti ku berpegangan tangan dengan wanita yang bukan muhrimku.

“Cindy apa yang terjadi ni.” Pujukku.

“Bawa Cindy pergi Ricky, tolonglah.”

Ke mana harus ku bawanya. Aku bingung. Akhirnya aku membawanya ke rumah Dr Mariah. Hanya dia yang terlintas di fikiranku buat masa sekarang. Dr Mariah turut terkejut melihat keadaan Cindy. Hampir sahaja dia salah sangka yang aku berkelakuan tidak senonoh terhadap Cindy.

“Saya sendiri bingung Dr. dari tadi dia meracau meminta tolong.”

“Bertenang Cindy, ceritakan kepada saya kenapa anda begini.” Katanya lembut.

Dr Azman, suami Dr Mariah keluar dari bilik. Aku bersalaman dengannya. Dia memandang kehairanan. Aku hanya mampu mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Bapa saya Dr…” Cindy memulakan bicara dengan terketar-ketar.

“Kenapa dengan bapa kamu Cindy?” Dr Mariah bertanya.

“Dia sudah tahu mengenai pengislaman saya. Dia dalam perjalanan dari Malaysia. Mati saya Dr. katanya dia akan bawa saya pulang. Dia nak kurung saya selagi mana saya tidak murtad.”

Astaghfiurllah! Aku terkejut dengan berita itu. Ya Allah, mengapa hebat sekali dugaan mu terhadap hamba-hambamu. Belum pun sempat dia belajar ilmu fardhu ain sehingga pandai, sudah mendapat penentangan keluarga. Besar sungguh harga akidah yang dibeli oleh Cindy.

“Rakan senegeri saya yang melaporkannya kepada bapa. Bapa cukup marah sekali. Entah apa yang harus saya lakukan. Saya sayangkan Islam. Itu jalan pilihan saya. Saya tidak rela meninggalkannya setelah menerimanya.”

“Hanya ada satu cara untuk menyelamatkan kamu dalam masa yang singkat ini. Jangan risau, perjalanan untuk sampai ke sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama setengah hari. Kamu boleh menolong Cindy, Ricky.” Dr Azman pula berbicara setelah memahami kemelut yang melanda Cindy.

“Apa yang saya boleh buat Dr? katakan sahaja, saya sanggup lakukan. Saya tidak rela akidah yang dibina dicabut begitu sahaja.”

****************************

“Suria, maafkan Ricky sayang.” Aku tidak mampu menatap ke dalam mata Suria.

“Kenapa Ricky, Suria ni tunang Ricky. Bukankah kita sudah janji nak sehidup semati. Tidak cukupkah kasih yang terbina atas hubungan kita ini?. Air mata Suria menitis. Semakin lama semakin laju.

“Maafkan saya Uncle, Aunty. Hanya inilah sahaja jalannya.” Aku memegang erat tangan Cindy lalu meletakkannya ke dadaku.

“Mana janji-janji Ricky?” Serang Suria.

“Ini pilihan Ricky. Akidah seorang muslimah lebih penting. Perkahwinan kami hanyalah kerana Allah.” Ujarku.

“Ceraikanlah dia.Suria yang sepatutnya menjadi isterimu.” Desak Suria.

Uncle Khalid dan Aunty Halimah hanya menggelengkan kepala.

“Jangan begitu Suria,” tegur Dr Mariah yang baru sahaja sampai bersama-sama suaminya dan seorang lelaki. Dia menyambung lagi. “ Ricky, ini peguam kita. InshaALLAH, Cindy sudah sah menjadi iserimu. Bapanya sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.”

“Tidakkkkkkkk. Tidak Ricky” laung Suria.

“Suria, dia sudah menjadi isteri Ricky yang sah. Ricky bertanggung-jawab ke atas dirinya. Ricky harus menunaikan amanah sebagai seorang suami. Fahamilah ia Suria. Bukankah Suria lebih dahulu ditarbiyyah oleh ibu-bapa Suria. Sanggupkah Suria melihat Cindy murtad setelah Allah memilihnya untuk bersama-sama kita? Maafkan Ricky sekiranya Suria terluka dengan keputusan Ricky. Berat sekali untuk Ricky lepaskan pertunangan kita selama hampir dua tahun ini. Tapi fahamilah ia dengan hatimu yang suci itu. Betapa Suria menyayangi Ricky, begitulah sayangnya Ricky terhadap agama yang diterima Cindy. Hukumlah Ricky sekiranya itu yang Suria mahu tetapi selamatkanlah Cindy. Hanya itu yang Ricky pohon atas nama cinta kita.”

****************************TAMAT

Ini adalah cerpen ciptaan peribadi. Di larang mencetak dengan tujuan persendirian tanpa kebenaran.


Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah