Monday, June 30, 2008

Bermula dengan senyuman.......

SALAM. Hari ni naik bas lagi sebab nak pergi jumpa memebr-member group elektif untuk bincang perancangan ke Ghana. Mula-mula naik bas aku tercari-cari tempat duduk dan akhirnya duduk di kerusi belakang. Sebelum duduk tu, sempat juga aku melemparkan senyuman dekat pak cik yang duduk kat sebelah. Dia pun balas senyuman. Lepas tu kami masing-masing membisu sehinggalah Bas sampai ke Pulai Condong.

Pak cik tu tiba-tiba hulurkan akhbar Metro yang dibacanya. Sebenarnya, aku ada juga menjenguk akhbar sewaktu dia membacanya. Tajuk akhbar Metro yang menarik minat aku ialah isu berkenaan DSAI. Jadi aku pun baca lah isu DSAI tu. sudah tu aku pun riba je akhbar tu. nak teruskan membaca tak boleh sebab aku pening sedikit kalau membaca atas bas ni. Lepas tu dia ambil balik akhbar tu. Beberapa ketika kemudian, dia hulurkan chewing gum. Aku ambil dan ucapkan terima kasih. Lepas tu kami pun mula lah bersembang mengenai banyak perkara.

Pak cik tu mengatakan bahawa dia pesara. Sebelum ni bekerja sebagai atendan am rendah dekat Hospital Machang. Lepas kami bersembang, tahulah aku yang dia ada enam orang anak. Dua orang anaknya ustaz lepasan dari Mesir, seorang pensyarah dalam bidang engineering, seorang mahasiswa lepasan Alam sekitar dan dua lagi masih bersekolah menengah.

Antara yang diberitahunya ialah mengenai peranan doktor. Katanya seseorang yang mengambil bidang kedoktoran memang kena strong sangat-sangat. Doktor perlu mengorbankan lebih dari separuh hidupnya untuk menjaga pesakit dan staff bawahnya. Kadang-kadang terpaksa lupakan kepentingan diri.

Alhamdulillah, dia minta aku kuatkan semangat dalam belajar perubatan ni. Dalam masa yang sama, jangan sesekali tinggalkan agama. Sebab zaman sekarang ada dua benda yang perlu dirawat. Jasmani dan mental. Bab jasmani doktor memang dah elok tapi bab mental ni yang susah. Bab-bab pengisian rohani. Sering orang jadikan doktor sebagai idola dan orang yang dihormati masyarakat. Tapi kalaulah doktor tu tak berfikrahkan islam maka susahlah.

Kami turut membincangkan tentang isu remaja di Machang. Teruk rupanya keadaan di machang. Sepanjang dia bekerja di hospital, banyak kes-kes dadah dan mengandung luar nikah. Kes jenayah pun tinggi. Sebab tu la dekat Machang sekarang ramai sangat Polis. Yang ni memang aku akui. Semalam aku keluar malam. Dari pukul 11 malam sampai pukul 2 pagi, dua road block yang aku jumpa, lebih lima kali kereta peronda pusing depan kami dan dua kali unit narkotik lalu.

Isu melayu turut kami sentuh. Bukan kata nak menghina dan mencemuh bangsa tapi kita daripada dulu sampai sekarang hanya tahu bercakap dan berdengki. Tak boleh tengok orang lain senang maka kita pun mula lah nak khianat. Bila bangsa lain maju maka kita mulalah mainkan isu ketuanan melayu, kontrak sosial dan macam-macam lagi. Sedangkan hakikatnya ialah kita yang malas berusaha, terlampau berharap pada subsidi dan nak kaya cepat. Teringat aku dekat sahabat aku yang membuka sebuah cyber café. Akhirnya dia give up sebab tiap-tiap hari polis, majlis perbandaran datang buat rush. Katanya ada laporan tentang kegiatan haram. Bukan sekali bahkan 2-3 kali sehari. Sekejap-sekejap nak kena buat urine test. Polis sendiri kata yang ada orang nak khianat. Tapi mereka terpaksa buat kerja sebab ada laporan.

Masalah ni timbul sebab kita tak seimbangkan antara agam a dan dunia. Ada dua kata-kata tokoh akademik dan politik yang menarik minat aku dan ingin aku kongsikan di sini.

Masyarakat melayu menghadapi proses permainan tarik tali antara spiritualisme dan materialisme. Akhirnya materialisme menang dan masyarakat melupakan elemen spiritualisme. [Tun Musa Hitam.]

Jika kita singkap kejayaan tamadun islam yang lalu, ianya adalah disebabkan tokoh-tokoh islam mengintegrasikan ilmu Fardhu ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Kesemua scholar islam ketika itu seperti Ibnu Sina, Khawarizimi, Al Razzi mengambil pelajaran islam dan faham islam sebelum menceburi bidang professionalisme. Dan inilah yang menyumbangkan kepada kejayaan tamadun Islam. [Prof Sidek Baba]

Di akhir perbualan, sempat juga pak cik tu tanya soalan bonus. “dah kahwin ke belum, dah ada calon” aku kata tak. Tak sempat nak cari.

So dia kata, janganlah cari doktor. Susah nanti bila masing-masing sibuk. Nak jaga anak lagi. Kita bertangungjawab nak jaga dan didik anak-anak. Carilah cikgu kalau nak bahagia..

Hurmm. Aku terdiam dan bertanya dalam hati.. Betulke??

Sunday, June 29, 2008

Conspiracy or co-incidence

Politic is dirty. People will do anything to achieve their goal standard in any organization or country. It is best demonstrated in outside-Malaysia where we can see people have lost their humanity for the political purposes. Yes, politic changes the people into un-civilize group of racist, cruel and stupid animals

Take a look of what happen at Benazir Buttho who has had been killed in bombing plan during his campaign rally. The bombing was believed to be caused by some sort of terrorist attack but it turn out to be part of government conspirasy. The government makes use of terrorism problem as a gateway to escape from their stupid action. What a cheap price of human life. When you hate them, just take away their life.

During the campaign For US predidential election in US, Bush uses the Middle East situation to win the people’s mind. People are blinded with him. Well, Bush got nothing except his sweet mouth and retoric speech. Well, that’s actualy a basic need for a politician to-be. Learn to talk sweet and retoric. Then when he becomes the president, Taliban reign was destroyed. Saddam Hussein lost his life. And thousands of innocent people become victims.

Well, politic is about power. There are even so many dirty tricks that happen in our world when it comes to power. And it’s politic who causes it. The killing of Syiria’s Prime Minister, End of Thaksin government and many more.
In Malaysia itself, that dirty culture was being absorbed by us.Let us recall of what happen in our country. During the old time, if I’m not mistaken it happen during the merging of BN-PAS one of PAS ADUN was killed. Few years back, ADUN Tenggaroh was found dead. Well, this is not Malaysian way of life. Killing of politician is not our culture.

During the reformation age, DSAI has had been put on charged for sodomy. It becomes a very hot topic eventhough I don’t know what is it all about because that time, I was a little boy with a shallow mind. It really confusing me to see people carrying bed into the Court. After that, Anwar was put in jail and ISA. He was fired from his position and remove from UMNO. Then lately we found out that DSAI is not guilty and the action of removing him from his position is invalid. Well now, I believe that it is normal in politics. Your opponents will conspire among them to remove you when they hate you.

Earlier in the morning, I heard news about a personal assistanse was sodomized by his boss. Later then, a friend of me sms saying that it is DSAI who has been accused for that action. Well, same situation as 10 years back occur again. Never know whether it’s true or not. Come on, if he really guilty then bring the witness. One is not guilty until he is proven so.

Then, around 3.30 pm he sms me again saying that there was an attempt to kill DSAI. It was shocking news for me. Why somebody would wants to kill him. Around 5 pm he sms me again saying that DSAI was put under Turkey’s ambassador haven in KL.

Now, questions arise in my mind. Why would people want to kill him? Why he was accused for sodomy? Is these stiuation related or just a co-insidence. Here are some theories that come across from my mind.

1) Is it a conspiracy to kill Anwar’s political career again.
2) Is it a conspiracy to kill both Anwar’s political career and life
3) It is Anwar’s gimic to get media attention to avoid news about him sodomize his personal assistant from being the hot news.
4) Or the sodomy news is true and the victims want to get revenge.

Anyway, let us wait and see. But, Mr Policeman.. Please do your job. I don’t want to see any politician to get killed in our country again. Take your action please. You are well equpped with modern weapon and strategy.

And, like what Azizi said in his blog. Those who forget about history will repeat it again and again. Anwar will learn his lesson if he learn from his history of being kicked by the gevernment. And If Anwar’s fight was just about to be put in charge as a Prime Minister; maybe he should forget it because it is his life as a payment. But if his fight is for the Malaysian and his country, then he should fight till the end. His death will bring a revolution in our political scene.

p/s: But I do hope that he didn’t get killed. He is one of the great leaders I ever known besides Tun Dr Mahathir and Tok Guru Nik Aziz. I really admire him. And one more thing. Grow up Malaysian. Move on from third class mentality into the first class mentality. Taking other’s life is not our culture and not what our religion taught us.

Cerpen:Tika Hujan Turun


Cerpen ini ditulis khas buat adik-adik peserta SKSPM 2006/2007 dan 2007/2008 serta adik-adikku dan sahabat sekalian. Semoga kita cekal menghadapi hidup. Semoga kita meniti kehidupan ini sambil memandang ke kiri dan kanan kita. Sesungguhnya masih banyak bangsa kita yang berada dalam seribu satu kesusahan. Perjuangan kita bukan lagi perjuangan untuk memenuhkan oerut kita sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memajukan bangsa. Inilah masa untuk Revolusi kita bagi mengembalikan kegemilangan ketamadunan kita.

*************

Manik-manik hujan yang turun merenyai sejak dari petang tadi semakin menunjukkan taring bila malam semakin melewati manusia yang sedang dibuai mimpi-mimpi indah. Nampaknya, tiada sebarang tanda yang ia kan berhenti malahan terus menggila. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Bertemankan lampu minyak tanah, Mak Zah mengasah pisau toreh buruknya. Itulah yang telah membantunya untuk mendapatkan sesuap nasi bagi menyara keluarganya.

Dia memerhatikan titisan air yang berderai jatuh dari lubang-lubang pada atap zink rumahnya yang sudah berkarat. Atap itu tidak pernah berganti sejak empat tahun lalu. Air itu melompat-lompat tatkala jatuh ke dalam besen yang ditadah di bawah lubang tersebut. Bunyi hujan yang menimpa zink didengarinya sebagai satu irama duka yang mensayukan hatinya. Dia sedar, sekiranya hujan tidak berhenti maka dia akan dilanda masalah yang besar.

Diperhatikannya bilik Su, anaknya. Terbayang kalibat anaknya yang masih lagi belajar. Gigih benar anaknya itu. Tetap setia dengan bukunya walau terpaksa menelaah di bawah cahaya pelita malap. Hatinya pilu melihatkan keadaan anak sulungnya itu. Ya, tahun ini anaknya itu akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Harapannya besar sekali untuk melihat anaknya berjaya. Tapi, mampukah dia untuk menyediakan yang terbaik buat permata hatinya itu.

Di tepi tiang seri pula, dua lagi anaknya iaitu Zam dan Afiq sedang lena tidur walaupun meringkuk kesejukan. Dilihatnya anaknya itu menggigil. Lantas dia bingkas bangun dan menyelimuti anak-anaknya itu dengan kain batik lusuh kepunyaannya. Anak-anaknya itu terlalu kecil untuk menanggung penderitaan mereka. Zam baru darjah satu, manakala Afiq baru berusia empat tahun.

Mak Zah kembali mengasah pisaunya. Dia menoreh sedikit kukunya untuk memastikan yang pisau itu benar-benar tajam. Setelah berpuas hati, dia menyarungkannya dan membungkus dengan kain buruk. Pisau itu disangkutnya ke dinding. Dia cuba untuk baring, tapi kesejukan malam itu telah menggigit urat betisnya yang sudah sedia lenguh. Di capainya minyak urut, tapi hampa apabila mendapati botolnya telah kosong.

“Abang, besar sungguh dugaan Allah terhadah Zah. Sejak abang pergi menemui Ilahi, nasib kita semakin susah Bang.” Getus hati kecilnya.

Hati Mak Zah sayu mengingatkan kejadian yang berlaku empat tahun dahulu. Hujan yang turun mengingatkannya akan musim bah yang berlaku sewaktu dia sedang bertarung dengan maut untuk melahirkan Afiq. Ya, tika itu, hujan turun mencurah-curah dan waktu sebeginilah dia terlantar di biliknya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Perit bukan kepalang lagi. Dia masih ingat akan kasih suaminya. Memegang erat tangannya memeberikan sokongat keramat bagi meringankan kesakitan itu. Apabila dia sudah tidak tertanggung lagi ujian itu, suaminya turun meredah kesepian malam bertemankan hujan yang turun mencurah untuk meminta pertolongan. Perkarangan rumah mereka sudah pun dinaiki air separas betis. Memang rumah mereka agak hampir dengan sungai. Hanya beberapa depa sahaja. Anaknya yang sulung mengambil alih tugas untuk menemaninya. Namun sehingga ke Dinihari, suaminya tidak pulang-pulang juga. Dan ketika azan subuh bergema, lahirlah anak ketiganya tanpa dibidankan oleh sesiapa. Tak mengapalah, Siti Mariam juga berseorangan di padang pasir sewaktu melahirkan Nabi Allah, Isa Al Masih.

Tapi, sehingga ke pagi suaminya masih belum pulang ke rumah. Hatinya bimbang sekali. Bayi yang masih merah itu dipangkunya dengan penuh kasih-sayang. Walaupun lemah tiada berdaya, namun dia cukup gembira sekali melihat puteranya itu. Masih diingatnya lagi, secawan teh tanpa gula yang dikacau oleh Su itulah yang menjadi bekalan tenaganya.

Dia menunggu-nunggu hingga ke tengah hari namun, kalibat suami kesayangannya masih belum kelihatan. Zam menangis teresak-esak kerana lapar tetapi dia tiada berdaya untuk memasak. Su ingin sekali membantunya untuk memasak nasi, tapi apakan daya bila beras sudah tidak berbaki. Mana suaminya?

Menjelang Asar, Tok penghulu datang dengan ditemani beberapa orang penduduk kampung. Hujan sudah mula reda. Terkejut Tok Penghulu melihatkan keadaannya yang baru lepas bersalin dan ditambah pula dengan kelesuan anak-anaknya yang masih belum makan. Muka Tok Penghulu kelihatan berkerut. Lantas dia menyuruh anak-anak buahnya untuk pulang mendapatkan makanan. Tok Penghulu sendiri menghilangkan diri dan beberapa ketika kemudian, Mak Kiah isteri penghulu datang merapatinya.

Mak Kiah memangku anak kecil itu.Masih diingat, kelembutan tangan mak Kiah yang memegang bahunya.
“Kiah, kau ada nampak suami aku tak. Dari semalam dia turun nak cari Mak Bidan tapi tak balik-balik.” Ujarnya lemah.

“Zah..” Mak Kiah tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.

“Kenapa Kiah?”

“Zah, sabar Zah. Aku nak kau bersabar Zah.”

“Kenapa ni Kiah? Janganlah begini Kiah.”

“Zah, penduduk kampung jumpa Abang Mat. Tadi suami aku datang nak maklumkan kepada kau. Tapi, dia tak tahu pula yang kau baru melahirkan anak.”

“Mana suami aku Kiah.”

“Zah, mereka jumpa mayat Abang Mat tersangkut di rumpun buluh di hilir sungai. Dia lemas Zah”

“Zah! Apa yang kau katakan ni Zah.. Mayat? Mayat apa Zah?” dan dia rasakan pandangannya berpinar.

*************

“Mak, kenapa mak menangis ni mak?” Su mengusap-ngusap bahu ibunya.

“Su, mak teringatkan detik kita kehilangan bapamu.” Tangisan mak Zah gugur membasahi bumi.

“Mak, jangan macam ni. Mak kena kuat. Kalau Mak tak kuat, macam mana Su nak teruskan hidup?”

“Su, pergilah tidur nak. Esok kau nak ke sekolah.”

“Tak kan Su nak tinggalkan mak macam ni.?”

“Mak tak ada apa-apa Su. Mak Cuma terkenangkan arwah sahaja.”

“Mak!” Su berkira-kira samada dia ingin meneruskan ucapannya itu ataupun tidak.

“Kenapa Su?”

“Tak mengapalah Mak. Mak, su masuk tidur dulu ye. Mak pun terus tidur ye. Dah pukul tiga pagi ni.”

“Iya lah Su. Su pergi tidur ya, sayang anak mak.”

Mak Zah memerhatikan anaknya itu berjalan ke biliknya. Dia kemudiannya cuba melelapkan mata sambil mengibau kembali kenangan bersama arwah suaminya. Matanya bergenang dengan titis-titis air jernih suam-suam kuku.

Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia terlelap. Sedar-sedar sahaja jam sudah menunjukkan jam 5.15 pagi. Hujan telah pun berhenti. Bersyukurlah kepada Allah, dapatlah dia pergi menoreh. Dia segera bangkit menuju ke dapur. Setelah membasuh muka, diambilnya sebiji besen besar. Dicapainya tepung, telur dan sebekas air bersih. Bahan-bahan tadi digaulnya dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.

Dia memanaskan minyak di dalam sebuah kuali dan kemudiannya mula menggoreng kuih cucur yang dibuatnya. Sambil menggoreng, dia menguli tepung lagi. Kali ini dia membuat kuih roti goreng pula. Itulah rutin hariannya untuk menambah pendapatan. Membuat kuih untuk ditinggalkan di Warung Senah dekat dengan kebun getahnya. Dia tahu yang dia tidak boleh bergantung kepada hasil jualan susu getah semata-mata. Jika tidak, manakan dia mampu untuk menyara diri mereka empat beranak.

Selesai menggoreng kuih, jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Dilihatnya anak perempuan kesayangannya telap pun siap berpakaian sekolah.

“Su, tolong kejutkan Zam. Bantu adik bersiap. Mak nak solat. Su dah solat?” Tegurnya.

“Baiklah mak. Su dah solat dah pun. Dari tadi lagi.”

Selesai solat, Mak zah menadah tangan menolong kebaikan dari Hadrat Allah S.W.T. Dia memohon agar dimurahkan rezekinya serta diberikan kekuatan untuknya mencari rezeki. Sebagai ibu, dia juga tidak pernah lupa untuk mendoakan kejayaan anak-anaknya. Dia tahu yang pada masa kini, hanya pelajaranlah yang mampu mengubah nasib seseorang. Dia tidak mahu anaknya hidup susah sepertinya. Terpaksa mengerah segala keringat yang ada, membanting tulang empat kerat semata-mata ingin mendapatkan duit barang seringgit-dua.

Dia tahu yang dirinya orang susah. Tidak mampu untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tapi dia tahu yang dia tidak boleh mengeluh. Teringat pesan arwah suaminya. Biarlah mereka hidup susah, bekerja separuh mati asalkan rezeki yang mereka dapatkan untuk anak-anak mereka itu halal. Makanan itu akan menjadi darah daging mereka dan makanan itulah yang akan mencorakkan sekeping darah beku dalam diri mereka. Ya,sesungguhnya baik atau buruknya hati seseorang bergantung kepada makanan jasmani yang mereka suap setiap hari. Kerana itulah, dia sanggup bersusah-payah melakukan pelbagai kerja. Dia tahu bahawa di sebalik kepayahan itu, pasti ada kemudahan yang telah Allah sediakan. Dia cukup yakin sekali dengan kalimah itu.

“Mak..” Su menegur lembut.

Lamunan Mak Zah terhenti. Dia segera mengemas telekung sembahyangnya dan melipat sejadah.

“Ada apa Su?” Balasnya sambil tersenyum. Senyuman yang sedikit sebanyak mampu untuk menyorokkan wajah cekung dan kerut-kerut di mukanya. Dia tidaklah setua mana. Cuma kerja kampung yang dilakukannya menyebabkan wajahnya kelihatan seperti berumur 60-an

Su serba-salah untuk menjawabnya. Dari semalam dia memikirkan ayat-ayat terbaik untuk disampaikan kepada ibunya. Dia takut untuk menyusahkan ibunya.

“Mak, cikgu dah minta duit yuran peperiksaan SPM. Su seorang sahaja lagi yang tak membayarnya mak. Cikgu kata, kalau tak bayar yuran tak boleh ambil periksa.”

Mak Zah termenung. Dia teringat yang Su telah memberitahunya pasal yuran peperiksaan dari bulan lepas lagi. Tapi apakan daya, dia tidak mampu untuk menyediakannya. Tapi dia telah menyimpan sedikit demi sedikit hasil lebihan makan-minum mereka.
“Su, kalau mak bagi separuh dulu macam mana?” ujarnya lemah.

“Tak pa lah mak, kalau mak tak ada duit. Nanti Su minta tangguh lagi dengan cikgu.”

Mak Zah hanya mengangguk.

“Erm, mak. Su pergi dulu ya. Dah lewat ni.”

“Ye lah Su. Hantar adik dulu tau. Pasal duit tu, nanti mak usahakan. Mak janji dengan kau nak.”

Su mencium tangan ibunya itu dan memimpin Zam. Tapi, Zam tak nak ke sekolah. Dia menepis tangan Su. Entah apa kena pada Zam. Mak Zah memujuk Zam dengan lembut. Katanya, Zam harus belajar sampai pandai. Nanti boleh jaga Mak.

Air mata Mak Zah tumpah lagi apabila Zam memberitahu yang dia malu untuk ke sekolah. Rakan-rakannya sering mengejek Zam kerana pakai baju sekolah yang bertampal sana-sini. Kasutnya juga koyak-rabak. Dirinya dirasakan begitu dayus sekali kerana tidak mampu menyediakan pakaian yang elok-elok buat anaknya. Kalaulah hari itu dia menerima lamaran sahabat arwah suaminya untuk dijadikan isteri kedua, tentu nasibnya tidaklah seteruk ini. Dia tahu yang sahabat arwah ingin membantunya. Tapi, kerana kasih yang tidak berbelah bagi terhadap arwah hasrat itu dibuangnya jauh-jauh. Tambahan pula, dia tidak mahu digelar sebagai perampas suami orang. Biarlah dia bersusah asalkan dia tidak menyusahkan hidup orang lain.

Setelah dipujuk, Zam akhirnya ke sekolah juga. Nasib baiklah anaknya itu mengerti keadaan mereka walaupun dia masih kecil. Semoga anaknya itu menjadi orang hebat-hebat suatu ketika nanti.

*************

Mak zah menyusun kuih-kuih yang telah siap digoreng ke dalam raga yang diperbuat daripada rotan. Dia mengenakan sehelai pakaian lusuh dan mengikat seutas tali rafia di pinggangnya. Pisau toreh yang tersangkut di dinding rumah itu diselitkan di pinggangnya. Mak Kiah mengejutkan Afiq dari tidur. Anak kecil itu menggeliat malas. Disuapnya sebiji kuih cucur. Kemudian, dia menggendong anak kecil itu di atas belakangnya.

Langkahnya diatur deras menuju ke kebun getah. Sampai di Gerai Senah, dia meninggalkan kuih itu.

“Sikit kuih kau buat hari ni Zah.” Sapa Mak senah.

“Aku terlewat bangun tadi Senah oi. Dua jenis kuih je yang aku sempat buat. Ni pun dalam 40 biji je. Lagipun aku dah tak larat Senah. Urat-urat ni dah berpintal-pintal dah. Lenguh sangat-sangat.”

“Sikit pun sikit lah Zah. Nak buat macam mana. Dah takat tu rezeki.

“Aku pergi dulu lah senah. Dah lewat dah ni.”

“Ah, iyalah. Zamil, mari ambil si Afiq ni !” Senah menjerit memanggil anaknya.

Mak Zah bersyukur yang Senah sanggup menerima kuih untuk dijual di warung kopinya. Tak terbalas jasa sahabatnya itu. Maklumlah, Senah hanya ambil kuih daripadanya sahaja dan tidak menerimanya daripada orang lain. Senah juga sanggup untuk menolongnya menjaga Afiq. Dia terharu dengan pertolongan Senah itu. Mereka sememangnya kawan sejak dari kecil lagi tambahan pula, Senahlah yang memperkenalkan arwah suaminya kepada dia. Arwah dan Senah sepupu jadi dia nak sangat sepupunya itu berkahwin dengan Zah sahabat karibnya.

Mak Zah menoreh dari pagi sampai ke pukul 11.30 tengah hari. Selesai menoreh,dia mengambil Afiq dari kedai Senah dan bergegas pulang ke rumah untuk memasak nasi bagi menjamu anak-anaknya yang akan pulang dari sekolah. Selesai menanak nasi, dia ke kebun sayur di belakang rumahnya untuk membetulkan anak terung yang patah dek kerana hujan semalam. Selesai membetulkan anak terung, dia membuat para pula untuk mengikat pohon petola yang sudah pun tumbuh menjalar itu. Pokok-pokok sawi dan kangkung sebanyak empat batas sudah pun besar. Lagi dua atau tiga hari, bolehlah dipetik untuk dijual. Dia berkira-kira dengan hasil jualan itu dapatlah barang 20 ringgit. Dicampur dengan simpanannya sebanyak 80 ringgit, maka dia hanya memerlukan lagi 20 ringgit untuk melangsaikan yuran peperiksaan Su.

Seperti biasa, anak-anaknya pulang ke rumah pada pukul 1.30 tengah hari. Mak Zah melayan anak-anaknya makan. Setelah memastikan yang anak-anaknya sudah kenyang, barulah dia menyuap mulutnya pula. Dia tidak kisah sekiranya makan sisa sahaja. Yang penting anaknya kenyang. Naluri keibuannya tidak akan membenarkan sama sekali anak-anaknya kelaparan. Su yang sudah pun solat zuhur mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang dia sedih yang anaknya itu tidak dapat bersama rakan-rakan yang lain ke kelas tambahan. Terpaksalah anaknya itu bergelut seorang diri dengan buku-bukunya. Hendak juga dia membantu, tapi apakan daya dia hanya bersekolah sampai darjah enam sahaja.

Selesai makan, dia mandi dan solat. Tugasnya pada hari itu masih belum selesai lagi. Dia harus kembali ke Kebun getah untuk mencampur susu getah yang sudah dikutipnya beberapa hari lepas dengan cuka getah bagi membuang air dan membekukan getah. Dengan itu, harganya akan tinggi sedikit berbanding susu getah semata-mata. Selesai kerja-kerja di kebun getah, dia ke warung senah untuk memungut wang hasil jualan kuih. Dapatlah RM8. Dengan wang itu, dia ke kedai runcit untuk membeli bahan-bahan untuk membuat kuih dan sedikit barang dapur.

Sesampainya di rumah, azan asar sudah pun berkumandang. Dia segera solat dan ke kebun sayur untuk menyiram tanamannya. Kerjanya hari itu agak senang sedikit kerana tanah masih lembab lagi akibat hujan semalam.

Seterusnya, dia mencapai baur kail yang diperbuat daripada batang salak lalu menuju ke sungai. Di tebing sungai, dia menguis-nguis tanah untuk mencari cacing. Setelah memperolehinya, dia ke lubuk yang terletak di tepi sungai untuk memancing ikan untuk dijadikan lauk makan malam. Setelah setengah jam menunggu, dapatlah dia beberapa ekor anak seluang sebesar ibu jari tangan dan seekor ikan puyu sebesar tapak tangan. Cukuplah untuk makan malam dan pagi esok.

Dalam perjalanan pulang, dia mengutip pucuk kemiding yang tumbuh liar di sekitar semak di tebing sungai. Pucuk kemiding yang bewarna oren kecoklatan itu memang sedap sekali dimasak lemak. Tentu anak-anaknya berselera makan malam nanti. Dia tersenyum sendirian.

*************


Malamnya, selepas solat Isya’ Mak Zah mengajar anak-anaknya mengaji Quran. Su sudahpun khatam al-Quran, Cuma bacaan tajwidnya sahaja yang perlu diperbetulkan. Selesai mengaji, Mak Zah memberkan tazkirah pula kepada anak-anaknya. Dia tidak mampu untuk memberi tazkirah sehebat ustaz yang mengajar di masjid-masjid maklumlah dia bukannya ditarbiyyah dengan terbiah Islam secara syumul sewaktu kecil. Tapi, dia hanya mampu untuk menasihati anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh dan melakukan semua amalan hanya kerana Allah semata-mata. Dia tahu yang dia akan ditanya oleh Sang Pencipta di hari kebangkitan kelak samada dia melaksanakan tugasnya sebagai ibu ataupun tidak sewaktu hayatnya.

Selepas itu, dia mengayam mengkuang untuk dijadikan tikar. Husin suami Senah selalu ke hutan. Tiap kali balik dari hutan, dia akan membawakan daun-daun mengkuang kepadanya untuk dijadikan tikar. Walaupun upah yang diterimanya tidaklah setinggi mana, tapi itu sudah cukup untuk membantunya. Keluarga Senah memang sahabat yang sejati. Walaupun mereka bukan orang berada tapi mereka cukup baik sekali. Husin pernah memberitahunya sesuatu sewaktu dia bertandang ke rumah Senah. Katanya, tidak beriman seseorang selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana mengasihi diri sendiri.

Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga, kenapa orang yang tidak berada sangat-sangat mementingka soal ukhuwah, soal tolong-menolong saudara yang berada dalam kesusahan. Mengapa orang-orang kaya tidak pula berfikrah begitu. Di kampung mereka, bukan seorang-dua yang kaya malahan banyak juga yang boleh dikatakan orang senang. Tapi mereka tidaklah seperti keluarga Husin. Dia tidak pernah mengharapkan pun bantuan daripada mereka tapi kadang-kadang dia terasa juga dengan golongan kaya ni. Kalaulah mereka mengikut apa yang betul-betul diajarkan oleh Islam, tentu mereka tidak susah sebegini.

Tapi tak mengapalah, sekurang-kurangnya harta tidak melekakan mereka dari beribadat kepada Allah. Nabi dulu pun hidup miskin walaupun dia pemerintah sebuah kerajaan yang agung. Nabi pun selalu berlapar. Begitu juga Abu Bakar. Seluruh hartanya diinfak kejalan Islam. Keluarga Ali dan Fatimah pun tiada apa-apa harta. Mungkin disebabkan itulah mereka tekun beribadat kepada Allah.

“Mak, mak penat ye. Mari su urutkan mak.” Su mengurut belakangnya.

Lamunannya terhenti. Dia memandang wajah anak kesayangannya itu.

“Tak apalah Su, kau pergilah baca buku tu. Peperiksaan kan dah dekat.”

“Tak apa mak. Ni kan tanggung-jawab Su. Mak pun ada hak yang patut su laksanakan.”

Mak Zah senyum. Bangga dengan anaknya. Tangannya yang pedih terkena duri mengkuang bagaikan hilang dek kerana kasih-sayang yang ditunjukkan anaknya itu. Penderitaannya juga terasa begitu ringan sekali. Syukurlah Allah menganugerahkan anak yang solehah. Itulah yang diharapkannya. Anak yang solehah itulah harta peninggalan yang berguna sekiranya dia meninggal kelak. Tak mengapa jika tidak berharta kerana harta takkan dapat mendoakan kesejahteraannya di dalam kubur tetapi anak yang soleh akan menjamin keselesaannya di sana nanti.

“Su, Insha Allah minggu depan mak bagi duit yuran peperiksaan kau.”

“Mak, mak dah banyak berkorban untuk Su. Su ingat lepas ni Su dah tak nak belajar lagi. Su nak kerja.”

“Jangan Su. Mak tak bagi Su kerja.”

“Tapi Su dah tak sanggup tengok mak bekerja siang-malam. Apa yang mak tak buat? Menoreh, jual kuih, tanam sayur, berkebun. Semua Mak dah buat. Biarlah Su pula yang berkorban.”

“Su, kau nak kerja apa dengan kelayakan kau tu. Sekarang zaman maju Su. Kalau kau tiada ilmu, kau akan ditindas. Manusia kat luar sana sentiasa menanti peluang untuk menjadikan kau mangsa mereka. Kau kena belajar Su. Mak rela gadai tanah kita yang sekangkang kera ni asalkan kau dapat belajar di Universiti.”

“Masa Su kerja nanti, Su boleh simpan duit. Bila dah ada duit nanti Su sambung belajar la mak.”

“Keputusan mak tetap Su. Walau apa pun, kau kena belajar sampai peringkat tertinggi. Kau kena ubah nasib kita Su. Ingat, Tuhan tak kan bagi kesenangan kepada kita sewenag-wenangnya. Tuhan suruh kota berusaha Su. Itulah suruhannya kepada Adam sejak dia dikeluarkan dari syurga. Dan itulah juga suruhannya kepada umat Muhammad.”

*************

Mak Zah mengesat air matanya. Kerusi sofa itu terasa begitu empuk sekali. Badannya seolah-olah ingin tenggelam dalam keempukan kerusi itu. Seorang pembantu rumah membawakan se-jug air dan aneka kek untuk dijadikan alas perut sementara menunggu makanan tengah hari siap. Anaknya Su masih di bilik. Entah apa-apa yang dibuatnya.

Mak Zah sayu lagi. Dia tidak menyesal mencagarkan tanahnya untuk membiayai kemasukan Su ke Universiti selepas Su mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Sekarang anaknya itu sudah pun bergelar Doktor. Satu pangkat yang sangat-sangat dihormati masyarakat. Dia teringat kembali zaman mudanya bergelumang dengan kerja-kerja kampung. Teringat air mata yang dititiskan setiap kali ditimpa masalah. Segala-galanya sudah terbayar sekarang. Dia tidak perlu bekerja lagi. Anaknya itu hanya mahu dia berehat sahaja di rumah. Pembantu rumah disediakan. Dan jika dia sakit, Su sendiri yang merawatnya. Benarlah apa yang dikatakan pada anaknya dulu, Tuhan tak kan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Anaknya yang kedua pula sedang belajar di Sekolah Asrama Penuh. Selalu mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan beberapa kali mewakili negara dalam pertandingan bahas bahasa Inggeris peringkat Asia.

“Mak. Mak dah bersiap ke?” Su menghampirinya.

“Nak bersiap ke mana Su?”

“Mak, hari ni kan ulang tahun kematian ayah. Mak dah lupa ke?”

“Mak tak pernah lupa nak. Kebetulan, sekarang pun hujan kan.” Kata Mak Zah sambil memerhati ke jendela.
Hujan turun renyai-renyai di luar rumah. Keadaan itulah yang selalu menghiasi kelendar Disember di Negeri Kelantan yang sememangnya mempunyai dua musim. Musim panas dan musim sejuk. Musim sejuk merupakan musim turunnya hujan dan matahari bersembunyi malu di balik awan. Tidak mahu menunjukkan rupa.

“Su dah ambil cuti hari ni mak. Su nak melawat pusara ayah dengan mak.”

“Su memang anak yang baik. Tak sia-sia mak melahirkan kamu.” Ujar Mak Zah sambil mengusap kepala anaknya itu.

Su mendekatkan dirinya pada ibunya. Dia ingin berada dalam pelukan ibunya. Terlalu besar jasa dan pengorbanan ibunya itu.

“Tapi Su, kau sepatutnya sudah memulakan keluarga kau sendiri. Bila Su nak Kahwin?”

“Mak, Su tak pernah pun berfikir lagi soal tu. Biarlah Su jaga mak seperti mana mak menjaga Su suatu masa dahulu. Su nak balas jasa-jasa mak. Lagipun, adik masih bersekolah lagi. Biar Su jaga mereka pula. Su nak jalankan tanggung-jawab Su sebagai anak dan kakak.”

“Terpulanglah dekat kau Su. Tapi kalau kau kahwin pun, kau masih lagi boleh jaga mak dan adik-adik.”

“Mak, jom kita pergi ke pusara ayah sekarang.”

Mereka pun berjalan beriringan tangan sambil membawa sekali segala kisah duka. Kisah duka itu sudah pun berakhir. Nasib mereka pun sudah berubah dan mereka tidak perlu berlapar lagi, tidak perlu hidup dalam kegelapan malam dan tidak perlu menangis lagi. Itulah harga untuk sebuah pengorbanan. Kejayaan yang disulami dengan keredhaan Allah sangat-sangat berharga dan dinilai seisi dunia.

Namun, hujan tetap turun jua walau di mana mereka berada. dan yang pastinya, tika hujan turun, memori lama akan bermain kembali difikiran mereka. Namun semua itu akan menambah lagi kekuatan mereka dan membuat mereka sentiasa ingat bahawa mereka pernah mengalami saat kesusahan dan keadaan itu boleh kembali berlaku pada anak-cucu mereka andainya mereka lalai dan sentiasa memikirkan yang mereka di takuk yang selamat.

*************
TAMAT

Wednesday, June 25, 2008

Murtad?

Daripada tadi lagi aku kehilangan semangat dan arah tujuan. jadi aku hanya menghabiskan masa melayari internet, chatting dan membuang masa. Nak study dah hilang mood. frust dan macam-macam perasaan lagi bercampur baur dalam hati ini. Berkecamuk dan cukup serabut sekali.

Dalam masa aku melayari internet tu, sempat juga aku membuka profile friendster seorang kenalan atheist yang dikenali melalui Christian In Friendster group. Melalui ruangan komen, aku tergerak untuk membuka profil seorang budak Kelantan. Aku tidak tahu samada ianya betul ataupun sekadar propaganda untuk menjatuhkan Islam. Aku cukup keliru sekali.

Pemilik profile bernama *
u*ta*T**W*** ト***ヒューマニ** mendakwa dirinya sebagai penduduk Pengkalan Chepa dan berumur 16 tahun dan berkemungkinan besar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Dato` Hashim, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang menyedihkan aku ialah, pemilik profail secara terang-terangan telah teruja dengan Buddhism dan menolak konsep ketuhanan seperti yang kita percaya. Banyak juga komen-komen yang ditujukan kepadanya meminta dia kembali ke ajaran Islam. Ada juga yang mencemuh. Maklumlah mungkin dia pernah mendakwa dirinya murtad di mana-mana.

sekiranya benar la budak itu murtad, maka kita telah kehilangan sebutir lagi permata yang kita harapkan dapat menyinari lautan iman. sedih sungguh aku. Perkara sebeginilah yang amat ditakuti. semuanya kesan globalisasi.

Tiba-tiba pula aku teringat tajuk bahas. "Globalisasi menggugat autonomi." Pada bahas itu, kami bawakan konsep menggugat autonomi sebagai menggugat autonomi ASEAN. kami menang dengan majoriti tipis apabila berlawan dengan pasukan pilihan Shah Alam 3. Hari ini aku rasakan yang konsep sebenar tajuk ini ialah, Globalisasi menggugat Autonomi Islam. Globalisasi pada ketika ini dilihat mampu membangunkan dunia. Tetapi hakikatnya Islam semakin terancam. Budaya murtad sudah bermaharajalela. Nauzubillah. Di mana pejuang-pejuang Islam. Masih dibuai mimpi kah mereka atau mereka sendiri tersesat dalam mencari-cari arah tuju perjuangan mereka

Gejala murtad bukannya perkara yang boleh dibawa main. Memang betul Islam tidak memaksa manusia untuk menganut apa-apa agama. Isu pasal murtad pun pernah aku jelaskan. Tetapi cukup sedih sekali apabila ada saudara yang meninggalkan Islam kerana tidak faham dengan agama ini dan mengambil segala fitnah yang dilemparkan golongan anti Islam sebagai satu kebenaran.

Ya Allah,
Hambamu ini terlampau lemah,
Tiada daya kekuatanku melainkan apa yang Kau berikan,
Tiada mampu aku berdiri tanpa Mu,
Bantulah kami, wahai Tuhan,
Sesungguhnya Kau menguasai segala-galanya,
Maka berikanlah aku sedikit kekuatan,
Agar aku bisa terus berjuang,
Tanpa perlu tergadah di tengah jalan.
Ameen.

Tuesday, June 24, 2008

english dan ilmu agama sama-sama no 1



PAGI tadi aku mengambil keputusan untuk ke kampus dengan menaiki Bas. Maklumlah, dah lama tak naik bas ke kampus. Cuma, yang menarik perhatian aku ialah sewaktu menunggu Bas di Stesyen Bas Machang.

Seorang warga emas berserban putih tiba-tiba menegur aku. Wadah bicaranya aku rasakan satu pandangan yang agak bernas.

Pak Cik : Anak sekarang umur berapa?

Jack : 21 Pak cik.

Pak Cik : Oh muda lagi, belajar lagi ke?

Jack : A'ah, belajar kat USM

Pak Cik : Elok lah. anak belajar kena kuasai dua perkara sekarang. letakkan kedua-duanya sebagai perkara no 1. English kena letak no satu. Bahasa kita dah tak jadi bahasa dunia. Semua ilmu sekarang dalam english. Untuk dunia, perlu sangat-sangat English sekarang. Tapi kena ingat, akhirat pun penting sebab akhirat kekal untuk selama-lamanya. Jadi tak boleh letak agama sebagai no 2. Dunia pun tak boleh letak no 2. Dua-dua penting dan kena selari. jadi dua-dua kena letak sebagai senarai no 1 yang perlu dibuat.

Jack :mendiamkan diri je..dengar orang berleter........ :)

Pak cik : sekarang ni orang kita banyak ketinggalan. Buat roti pun baru belajar. Tu pun tak la sesedap roti luar negara. Yang tahu nak kaya je. Nak kaya sampai semua dah pandai berbohong. kalau tak bohong, tak kaya. Tu sebab tak ada agama la tu. Tapi orang ada agama pun bohong juga sebab islam atas nama. ajaran islam tak ambil.

Toooottt. Bas pun sampai.. So setakat ju la ek

Tapi kesimpulan yang pentingnya ialah : English dan agama sama-sama no 1. English untuk dunia, agama untuk bagi panduan kat dunia dan jamin keselamatan kat akhirat..

Cerpen- Heraclius : Singa Byzantine

Cerpen ini aku tujukan khas buat semua pelayar blog aku. Walaupun ia bukanlah satu karya agung, tapi ambillah pengajaran darinya..-Jacknaim-

608 M

“TUANKU yang agung, hanya engkaulah yang layak untuk memerintah Byzantine.” Paderi yahudi itu menundukkan kepalanya untuk memberi hormat.

Dengan penuh gagah perkasa, pahlawan agung itu melangkah mendada menuju ke takhta. Mukanya bengis dan ekor matanya tajam sekali. Si Yahudi itu tadi menundukkan kepalanya tanpa berani mendongak walau seinci. Si pahlawan agung duduk dengan megahnya di takhta berhiaskan emas. Padangnya yang berlumuran darah di sandarkan di sisi kerusinya.

Beberapa orang aristokrat masuk mengadap. Terdapat riak kegembiraan pada wajah mereka.

“Tuan Heraclius, Selamat datang kami ucapkan. Sesungguhnya kami ternanti-nanti kedatangan kamu. Tuan lah yang paling layak memerintah empayar Constaninople.”

“Usahlah kamu terlampau memujiku. Aku hanyalah seorang pahlawan. Tidak lebih dari itu.” Sapa Heraclius.

“Usah begitu Tuan. Bukankah kau telah menafikan kesombongan Maharaja Phocas. Dia telah mensia-siakan kesetianmu. Kami senang sekali untuk melantikmu sebagai Maharaja kami.” Kata seorang aristokrat.

“Betul tu Tuan. Tuan lah yang paling layak memayungi kami.” Paderi Yahudi berbicara setelah diam sekian lama.

“Usah kau menyampuk wahai si tua. Kau tidak layak berada di sini.” Seorang lagi aristokrat menjampuk.

Heraclius mengusap rambutnya yang melabuhi bahunya. Dipintal-pintalnya rambut ikal nya yang bewarna keperang-perangan. Dia bangkit bangun seraya menjunjung pedangnya. “Demi Tuhan, aku akan menjadikan Empayar ini sebagai sebuah empayar yang agung.”

Dan ucapan Heraclius itu disambut dengan sorakan seisi istana.

**********

SELURUH Constantinople bergegar dengan berita kebangkitan seorang Maharaja baru yang akan memerintah kerajaan Byzantine. Rakyat jelata bertebaran di merata alam. Masing-masing heboh bercerita. Apakah maharaja baru ini akan menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa negara. Kebuluran! Serangan Parsi! Pemberontakan Yahudi! Tidak kurang juga masalah kemiskinan yang menghantui mereka. Penindasan golongan aristokrat amat membebankan golongan miskin.

Selama tiga hari masyarakat Rom berpesta sempena penabalan Heraclius sebagai Maharaja Byzantine. Mereka mabuk dengan tarian-tarian yang menggiurkan, piala-piala berisi wine merah menjadi mainan yang amat syahdu. Ternyata mereka begitu alpa sekali.

Pihak Gereja turut mengiktiraf penabalan Heraclius. Masing-masing sudah melupakan Maharaja Phocas yang dipancung. Bagi mereka, Heraclius dilihat sebagai satu figur baru untuk menyebarkan ajaran Paulus.

Masyarakat Yahudi pula semakin bimbang. Adakah mereka akan turut merasai nasib yang sama sewaktu mereka berada di bawah pemerintahan Phocas.Memang mereka adalah bangsa terbuang. Sejarah telah menyaksikan bahawa pada suatu masa dahulu mereka hanyalah golongan hamba. Dilayan seperti anjing kurap oleh Bangsa Mesir. Nasib baiklah Mosses datang untuk menyelamatkan mereka. Dengan mukjizat kurniaan Allah, mereka berjaya merentasi Laut Merah yang terbelah akibat penangan tongkat ajaib Mosses. Tapi penentangan mereka terhadap Jesus telah meningkatkan lagi kebencian masyarakat terhadap mereka. Bilakah Messiah mereka akan datang untuk membawa mereka masuk ke Jurusalem? Mereka ternanti-nanti kehadiran Sang Penyelamat. Walaupun Jesus digelar sebagai Messiah, tetapi mereka enggan menerimanya. Bagi mereka, Jesus hanyalah seorang tukang sihir.

Sementara itu, Heraclius pula semakin berkobar-kobar untuk menaikkan kembali maruah Rom yang semakin tercalar dek kerana kebiadaban Parsi. Tapi ternyata laluan itu tidak semudah yang dibayangkan. Peralihan kuasa tidak menjamin kesetiaan golongan-golongan kaisar yang sebelum ini menumpahkan kesetiaan mereka kepada Maharaja Phocas. Perbuatannya memancung kepala Phocas tentunya membangkitkan kemarahan orang kuat Phocas. Walaupun Tentera diRaja yang dipimpin menantu Phocas, Priscus memberikan laluan mudah kepadanya sewaktu dia memasuki Constantinople tetapi dia meramalkan yang itu hanyalah muslihat. Priscus hanya berpura-pura untuk menjamin keselamatannya. Lama –kelamaan dia akan bangkit untuk menuntut bela di atas kejatuhan kerajaan mereka. Heraclius tahu sangat bahawa Phocas sememangnya hebat dalam memastikan kesetiaan orang bawahan terhadapnya.

**********

Khosrau II telah menghantar utusan kepada Heraclius memintanya mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah Persia. Heraclius pula semakin bimbang dengan perkembangan ini. Dia tahu yang Persia akan menjadi satu ancaman terhadap pemerintahannya.

Heraclius tak kan sesekali tunduk pada Persia. Dia seorang pahlawan agung. Beratus ekor singa telah ditewaskan dalam kandang pertarungan Gladiator. Adakah dia perlu gentar pada manusia yang hanya pandai berbicara?

Walubagaimanapun, baginda telah menghantar utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan Persia. Heraclius sedar yang kedua-dua belah pihak memerlukan masa untuk menambah kekuatan ketenteraan. Apatah lagi Eropah pada masa itu mengalami wabak penyakit yang telah membunuh hampir 100 juta manusia. Tapi Persia bukanlah budak-budak yang boleh di buat main sebegitu sahaja. Mereka yang telah biasa dibesarkan sebagai panglima Perang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Perjanjian damai ditolak begitu sahaja oleh Persia. Raja Khosrau II tahu bahawa perjanjian damai bererti menyerahkan kedaulatan mereka kepada Byzantine. Menyerah bukan sifat mereka. Ia hanya sesuai untuk golongan pengecut. Mereka ialah kaum pemuja api. Semangat api menguasai tubuh mereka, bersedia untuk membakar apa-apa sahaja termasuklah keangkuhan Byzantine. Akibatnya Persia menjadi semakin kuat. Mereka mula melebarkan pengaruh ke Syiria. Setelah kerajaan Persia di rasakan stabil, mereka mula untuk menyelinap masuk secara bawah tanah bagi menguasai Rom secara diam. Konflik dalaman Rom yang masih belum selesai semestinya akan dijadikan buah permainan mereka.

Heraclius pula ternyata membuat kesilapan dalam membuat perhitungan. Dia sepatutnya menamatkan konflik dalaman yang melanda dan juga menghapuskan terus Yahudi kerana mereka sememangnya tikus yang sering menjadi makhluk perosak. Kesannya, Damascus telah jatuh ke tangan Persia pada tahun 613 dan diikuti pula dengan Jurusalem pada tahun berikutnya. Dua wilayah yang menjadi kebanggaan Rom akhirnya tewas ke tangab usuh. Tambah memalukan ialah apabila Jurusalem yang merupakan kota suci buat pengikut kristian telah dirampas oleh golongan Majusi, si penyembah api. Ya! Jurusalem adalah tempat kelahiran Nabi Allah Jesus yang mereka anggap sebagai Tuhan. Penaklukan Persia telah meranapkan Gereja Suci Sepulchre. Kebangkitan Persia seterusnya telah mengorak langkah hingga ke Afrika dan meranapkan Holy Cross kebanggaan Kristian.

Bertahun lamanya masa yang di ambil oleh Heraclius untuk memulihkan kekuatan ketenteraan Rom. Heraclius sememangnya seorang yang berwawasan tinggi. Hatinya mendidih mengenangkan tanah jajahannya dirampas begitu sahaja. Setelah berfikir panjang, dia telah mewujudkan pentadbiran secara wilayah yang mana setiap wilayah dikuasai oleh seorang kaisar. Setiap wilayah di jadikan kubu pertahanan.

Pada tahun 628, Kerajaan Persia mula goyah kerana kematian Khosrau II. Semangat tentera Rom pula menjadi semakin berkobar-kobar. Dengan diketuai sendiri oleh Heraclius, mereka mengangkat senjata untuk merampas kembali Jurusalem. Kebangkitan Rom ini menimbulkan ketakutan pada puak yahudi dari bangsa Tiberias dan Nazareth. Oleh yang demikian, pemimpin mereka iaitu Benjamin telah mengambil keputusan untuk menyokong Kerajaan Heraclius. Oleh yang demikian, mereka akhirnya berjaya menawan kembali Kota Jurusalem menyebabkan orang yahudi bertempiaran lari menyelamatkan diri ke gua-gua dan hutan di sekitar Mesir.

**********

DI keheningan pagi, Heraclius bangkit dari tidur dengan penuh kesedihan. Kesuraman pagi menambahkan lagi kesedihannya. Seorang pandeta datang untuk mengiburkannya.

“Tuan, kenapa kau kelihatan sugul sahaja.Apakah kau tidak gembira berada di Jurusalem?”

“Aku berasa sedih memikirkan kerajaan kita wahai pendeta.”

“Kenapa Tuan? Bukankah kita telah menjadi kuasa ulung dunia. Persia sudah tidak menggerunkan kita lagi. Jurusalem telah berjaya kita tawan kembali.”

“Semalam aku memandang ke langit. Aku lihat ada satu bintang yang begitu terang cahayanya. Langsung tidak malap dan awan juga tidak mampu untuk menenggelakan cahayanya. Lantas aku mendapat satu ramalan bahawa kerajaanku akan dijatuhkan oleh satu golongan umat yang berkhitan.”

“Tuanku, bukankah kita telah hancurkan yahudi. Bukankah mereka sahaja yang berkhitan?”

“Aku tidak pasti wahai pendeta. Aku bingung dengan ramalanku ini. Apakah kau ada jalan penyelesaiannya?”

“Tuan, inilah saat terbaik untuk kita meluaskan ajaran Paulus. Saatnya telah tiba untuk kita mengkristiankan seluruh alam ini. Kita kristiankan seluruh masyarakat Yahudi dan sekiranya mereka berdegil, maka kita bunuh sahaja mereka. Dengan itu, barulah kerajaan kita selamat.

“Panggil lah semua kaisarku. Hantarkan lah juga utusan kepada saudaraku, Raja Dagobert supaya mereka mulakan segera gerakan kristianisasi.

“Aku menurut perintah mu wahai Tuan. Jesus pasti memberkati usaha ini.”

“Aku hanya melakukannya untuk menyelamatkan kekuasaanku wahai pendeta.”

**********

Kepada Heraclius, Pemerintah empayar Byzantine.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Ini adalah utusan daripada Muhammad, hamba Allah buat kamu.

Assalamu’alaikum buat mereka yang berada di atas jalan kebenaran. Aku dengan ini menyeru kamu untuk menganuti ajaran Islam. Kamu akan selamat sekiranya menjadi seorang Muslim dan Allah akan menggandakan segala kebaikan kamu. Dan sekiranya kamu menolak tawaran ini, maka kamu akan menanggung dosa kerana membimbing penduduk naungan kamu dengan jalan yang salah.

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)."[3:64]

Daripada Muhammad,

Utusan Allah

**********

HERACLIUS menggenggam erat warkah yang baru diterimanya. Siapakah yang begitu tegar cuba untuk mencabarnya. Dia tidak memerlukan sesiapa untuk memastikan keselamatannya. Kerajaannya cudah cukup mantap sekali. Dahinya berpeluh. Ada manik-manik halus menitis dipipinya. Dia menyeka peluhnya. Kepalanya ligat memikirkan siapakah gerangannya Muhammad yang dikatakan Utusan Allah. Bukankah Jesus sahajalah yang patut disembah. Apakah ada lagi Allah lain?

Heraclius memanggil pendetanya untuk datang mengadap. Dia ingin sekali mengenali Muhammad yang begitu berani itu.

“Maafkan aku wahai Tuan. Adakah aku melakukan kesalahan sehingga engkau ingin bertemuku secara tergesa-gesa sekali.”

“Aku ada hal yang amat penting untuk dibicarakan wahai pendeta.”

“Pengetahuanku adalah cetek jika nak dibandingkan dengan Tuan. Bukankah Tuan menguasai segala ilmu penilikan dan ramalan.”

“Aku ingin mengetahui tentang Muhammad. Siapakah dia.”

Si Paderi begitu terkejut sekali apabila mendengar pertanyaan itu. Dia telah lama mendengar berita-berita mengenai Muhammad dari paderi-paderi di Tanah Arab. Dia sendiri sudah jelas dengan Muhammad kerana banyak sekali perihalnya diceritakan di dalam Taurat dan Injil. Tapi ada sesuatu yang dia tidak puas hati. Dia menjangkakan Muhammad itu lahir dari bangsa Israel tetapi hampa setelah baginda diturunkan dalam kalangan Bani Arab. Ya, Muhammad lahir dari nasab Ishmael sedangkan bangsa mereka dari nasab Isaac.

“Kenapa kau mendiamkan diri wahai Pendeta?”

“Maafkan aku wahai Tuan. Aku sedang cuba mengingati siapakah Muhammad ini.”

“Adakah kau mengetahuinya ataupun tidak?” sergah Heraclius.

“Muhammad itu orang yang telah membawakan ajaran baru. Dia telah mempengaruhi pemikiran orang Arab. Katanya, Jesus hanyalah Nabi setaraf dengannya. Ini bertentangan dengan agama kita yang menganggap Jesus sebagai Tuhan. Dia sesat wahai Tuan.” Paderi itu cuba meniupkan angin permusuhan.

“Jadi siapakah dia sekarang?”

“Dia mengaku dirinya sebagai utusan Allah. Rasul terakhir yang menyambung tugas-tugas Jesus. Katanya, dia datang untuk melengkapkan Injil. Bahkan dia telah berjaya mempengaruhi Najasyi, Raja Ethopia. Masyarakat Arab telah menjadikannya sebagai seorang pemimpin. Dan kini dia telah memerintah Kerajaan Islam Madinah. Seluruh umat Arab bersatu di bawahnya.”

“Pendeta, aku mahu kau bawa beberapa orang pengawal untuk memeriksa si pembawa utusan ini. Pergi lihat samada pembawa utusan ini berkhitan ataupun tidak.”

“Baik lah Tuan.”

**********

HERACLIUS duduk berdiam diri di kamarnya. Santapan tengah hari langsung tidak disentuhnya. Dia memikirkan hal penyampai utusan tadi. Menurut pengawalnya, penyampai utusan tadi telah dikhitankan kemaluannya. Si penyampai utusan tadi turut menyatakan bahawa Orang Arab juga berkhitan. Itulah yang menerobos pemikirannya, Mungkinkah bangsa itulah yang akan menjatuhkan kerajaannya. Muhammad pula telah menghantarkannya utusan agar mengikut ajaran Islam. Benarkah agama itu akan menyelamatkannya dan dapatkah ia melindungi takhtanya? Tapi, pendeta mengatakan bahawa Islam itu agama yang baru. Agama yang menyimpang dari ajaran Jesus.

Tapi bila direnungkan perkara ini secara dalamnya, ajaran ini hampir sama dengan ajaran Jesus. Heraclius cuba untuk mengingat kembali setiap susunan bait-bait dalam Injil. Tidak pernah dinyatakan bahawa Jesus itu Tuhan, bahkan sebaliknya Jesus itu hanyalah sebagai penyampai. Jesus sendiri pernah mengatakan bahawa akan ada penggantinya selepas ini. Apakah pendeta nya berbohong?

“Aku perlu tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai ajaran Muhammad ini. Aku nyata kurang pengetahuan mengenainya.” Desus hati kecil Heraclius.

Heraclius bangkit dari katilnya lalu mengenakan baju suteranya. Mahkota bertatahkan emas, lambang kekuasaannya dipakai lalu dia keluar dari bilik. Baginda berjalan menuju ke Mahkamah agung.

Sesampainya di sana Baginda menitahkan agar pengawalnya mencari pedagang dari Tanah Arab untuk berbicara. Pegawai tertinggi dan penterjemah turut dipanggil.

Sementara itu, Abu Sufyan yang mengetui rombongan perdagangan ke Sham terkejut dengan kedatangan pengawal di raja yang memintanya dan ahli rombongan menghadap Heraclius. Dia mengira-ngira dalam kepalanya sekiranya ada kesalahan yang dilakukan oleh kafilahnya sepanjang mereka berada di Sham. Beliau bergegas mengemaskan segala barangan dagangan dan membontoti Pengawal ke mana sahaja dia melangkah.

Sesampainya di sebuah bangunan yang tersergam indah, didapatinya Heraclius telah sedia menunggunya. Heraclius segera berucap dalam bahasa Yunani yang kurang difahaminya. Kemudian penterjemah bahasa mengatakan bahawa Heraclius ingin bertemu dengan orang yang paling rapat dengan Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Allah

“Akulah Abu Sufyan, ahli keluarga Muhammad dan akulah yang paling rapat dengannya.”Abu Sufyan menapak beberapa langkah ke hadapan. Dia membongkokkan sedikit kepalanya tetapi tidak menunduk seperti yang dilakukan oleh pengawal-pengawal yang lain. Dia teringat kata-kata Rasulullah bahawa Islam hanya tunduk pada perintah Allah semata-mata.

“Si penterjemah bercakap sesuatu kepada Heraclius dan kelihatan mulut Heraclius terkumat-kamit mengatakan sesuatu kepada penterjemah itu. Seterusnya perbicaraan mereka menggunakan si Penterjemah sebagai orang tengah.

“Heraclius ingin bertanyakan beberapa soalan kepadamu berkenaan Muhammad wahai Abu Sufyan. Baginda juga telah menitahkan agar rombongan yang lain melaporkan kepadanya sekiranya kau berkata bohong.” Kata si Penterjemah

“Demi Allah, aku tidak takut dituduh berbohong oleh ahli rombongan yang lain.” Ujar Abu Sufyan dengan penuh beraninya.

“Heraclius ingin tahu mengenai status keluarga Muhammad.” Ujar si penterjemah.

“Dia kepunyaan keluarga yang paling kehormat dari kalangan Arab. Dia dari Bani Hasyim yang menjaga keselamatan Kota Mekkah.” Balas Abu Sufyan.

“Adakah ada dalam kalangan kamu yang mengaku dirinya sebagai Rasul selain Muhammad?”

“Tidak ada, bahkan dialah satu-satunya yang mengaku dirinya sebagai Nabi.”

“Apakah dia dari keturunan raja?” soal Heraclius lagi melalui Si Penterjemah.

“Tidak.” Balas Abu Sufyan pendek.

“Adakah golongan bangsawan atau si miskin yang mengikut seruannya?”

“Rata-rata pengikut Muhammad terdiri dari golongan miskin.”

“Adakah pengikutnya bertambah dari sehari ke sehari?”

“Ya Tuan. Mereka semakin bertambah dengan begitu banyaknya.”

“Adakah mereka meninggalkan agama bawaan Muhammad setelah mereka menjadi pengikut kepada agama ini?”

“Sehingga kini, tiada yang murtad.”

“Wahai Abu Sufyan, adakah kau pernah sangsi akan kerasulannya. Dan pernahkah kau merasakan bahawa Dia berbohong?”

“Tidak sama sekali.”

“Pernahkah dia melanggar janji-janji nya?”

“Tidak pernah Tuan. Bahkan dia digelar Al Amin sebelum menjadi Rasul. Dia tidak pernah berbohong. Semua Kaum Arab mengetahuinya.”

“Adakah kamu pernah berperang dengannya?”

“Ya.”

“Bagaimanakah keputusan peperangan itu?”

“Kadang kala dia menang. Dan kadang kala, kami yang menang.

“Adakah dia menyuruh kamu berbuat sesuatu?”

“Ada Tuan. Dia menyuruh kami menyembah Tuhan yang Maha Esa. Hanya ada satu sahaja Tuhan dan tiada yang lain. Baginda mengarahkan kami agar meninggalkan segala sembahan nenek- moyang kami. Baginda menyuruh kami solat, bercakap benar, sentiasa mensucikan diri dan baginda juga menyuruh kami berbuat baik di antara satu sama lain.”

Heraclius mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan abu Sufyan. Kepalanya ligat mencari perkaitan di antara soalan yang ditanya dengan haq dan kebenaran Muhammad. Setelah berpuas hati, dia mengangguk-anggukkan kepalanya lantas memanggil Si Penterjemah

“ Heraclius telah membuat rumusan daripada soalannya wahai Abu Sufyan”

“Suka sekali aku untuk mendengarnya.”

“ Soalan pertama Heraclius adalah mengenai nasab keturunan Muhammad. Kamu menyatakan bahawa keturunannya adalah dari golongan yang terpuji. Sesungguhnya semua Rasul itu datang dari keluarga yang baik-baik. Dia bertanyakan kamu samada pernah ada yang mengaku sebagai Rasul sebelum Muhammad dan kamu mengatakan tidak. Sekiranya pernah ada yang mengaku Rasul sebelumnya, nescaya Muhammad itu hanya mengikut perbuatan orang tersebut. Heraclius bertanya adakah keluarganya dari kalangan pemerintah dan raja dan kamu berkata tidak. Sekiranya ya, maka Muhammad tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu mengembalikan takhta kekuasaannya.”

Si Penterjemah berhenti seketika. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Rombongan Abu Sufyan tekun mendengar ucapan Heraclius yang disampaikan melalui Si Penterjemah itu.

“Aku bertanya kalian, adakah ada orang yang pernah menuduhnya berbohong dan kau mengatakan tidak. Maka aku tertanya-tanya adakah orang ini akan berbohong mengenai Allah. Berkenaan dengan pengikutnya, kau mengatakan bahawa rata-rata mereka adalah dari golongan miskin. Itulah yang berlaku pada Nabi-nabi sebelum ini yang mana pengikut mereka adalah dari golongan miskin. Kau mengatakan bahawa pengikutnya semakin bertambah. Dengan ini aku yakin bahawa inilah jalan kebenaran. Semua manusia akan akhirnya memeluk agama yang dibawa oleh Muhammad. Aku bertanya mengenai perihal pengikutnya, adakah yang meninggalkan agama ini setelah menganutinya dan kau mengatakan tidak. Ini merupakan tanda kebenaran agama Muhammad. Sesungguhnya agama ini begitu berkesan sekali di hati mereka. Aku bertanya sekiranya Muhammad pernah mengkhianati kamu dan kamu mengatakan tidak. Ini lah ciri-ciri seorang Rasul, tidak akan mengkhianati pengikutnya. Aku juga bertanyakan mengenai perintahnya terhadap kamu. Dan kamu mengatakan bahawa Muhammad menyuruh kamu menyembah Tuhan yang satu, tidak menyembah berhala-berhala seperti yang dilakukan nenek-moyangmu, solat, berbuat baik, berkata benar dan sentiasa mensucikan diri. Sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka aku yakin suatu hari nanti, seluruh wilayah jajahanku akan berada di bawah naungan Islam. Sesungguhnya aku telah mengetahui perihal kebangkitan seorang Rasul melalui Kitab Injil tetapi aku tidak menyangka bahawa Baginda lahir dari kalangan kamu. Sekiranya aku mampu menemuinya nescaya aku akan berlari untuk menemuinya dan andai kata aku bersamanya, aku sendiri yang akan membasuh kakinya.

Seterusnya Heraclius membaca kembali warkah daripada Muhammad yang dihantar kepadanya melalui Dihya oleh Gabenor Busra. Selesai membaca warkah itu, seluruh mahkamah dibayangi satu perasaan sayu. Kebanyakan dari mereka menangis. Melihatkan keadaan ini, Abu Sufyan dan rombongannya meninggalkan tempat itu.

**********

HERACLIUS mengutus sepucuk surat kepada sahabatnya di Rom untuk bertanyakan pendapatnya mengenai Muhammad. Beberapa ketika kemudiannya dia menerima balasan surat itu yang membenarkan Muhammad sebagai seorang Rasul yang berada di atas jalan kebenaran. Rasul yang hadir untuk menyelesaikan tugas Jesus.

Mendengarkan perkhabaran itu, Heraclius mengarahkan rakyatnya untuk berhimpun di perkarangan Istana. Setelah perkarangan istana dipenuhi dengan lautan manusia. Baginda menitahkan pengawalnya untuk menutup satu-satunya pintu masuk ke perkarangan istana.

Heraclius berucap. “Wahai penduduk Byzantine, sekiranya kejayaan yang kau inginkan bersama Kerajaanku, maka masuklah kamu sekalian ke dalam agama Islam.”

Mendengarkan titah itu, kesemua penduduk bergegas lari ke Pintu tetapi mendapati bahawa pintu itu telah terkunci. Ketika itu, Heraclius menyedari bahawa rakyatnya membenci Islam. Dia putus harapan untuk membawa rakyatnya memeluk Islam.

Dia mengarahkan penduduk berhimpun semula. Dia mengatakan kepada pengikutnya bahawa itu hanyalah satu ujian untuk melihatkan kesetiaan rakyat terhadap agama kristian. Pada hakikatnya, menggambarkan kekecewaan seorang Maharaja yang telah mengakui keesaan Allah dan kebenaran Muhammad. Bermula dari saat itu, Heraclius telah memperkenalkan satu pendekatan baru kepada agama Kristian dengan memperkanalkan konsep Monotheism yang menyembah tuhan yang maha esa. Akan tetapi pendekatan ini tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat Byzantine.

**********

EMPAT tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Rom telah berjaya dikalahkan dengan penaklukan Syria oleh Khalid Al Walid melalui perang yang dinamakan Perang Yamruk. Berikutan itu, Heraclius telah berundur ke constantinople dan sedaya upaya menguatkan pertahanan untuk menyelamatkan Mesir dari kemaraan Tentera Islam.

“Selamat tinggal Syiria, jajahanku yang penuh syahdu. Kerana kau sekarang sudah menjadi musuh kerajaan Rom.”- Heraclius.

Walaubagamanapun, kekuatan tentera Islam mengatasi kekuatan Rom dan dalam lapan pertempuran yang diketuai oleh Singa Allah, Khalid Al Walid maka seluruh Rom dan Parsi berada di bawah kekuasaan Islam. Zaman Khalifah Ar Rasyidin menandakan kebangkitan Tamadun Islam di mana dua pertiga dunia berada di bawah kekuasaan Islam. Dan ini ternyata membuktikan ucapan dan kata-kata Heraclius. Sesungguhnya benarlah agama yang dibawa Muhammad itu datangnya dari Allah yang Esa.

Thursday, June 19, 2008

Pelajar perubatan ke Pentadbiran?


SATU hari yang agak memenatkan. Paginya aku tertidur hingga ke jam 10 pagi. Bangun-bangun sahaja tujuh sms yang tak terbaca. SMS daripada pengarah dan bendahari ‘Hari Interaksi Persatuan’ IIP, Kak Fadzilah 4th year dan adikku. Rasa bersalah pula sebab terpaksa menyusahkan mereka. Mesti delay kerja mereka. Janji untuk ikut mentor aku, Prof Madya Dr Wan Aasim pun tak kesampaian kerana tidur. Bukannya apa, semalam surf internet lama sangat sampai tak tidur.

PUKUL 10.30 pagi pergi ke HEP untuk menyelesaikan urusan claim debat Arau Open. Sempat juga berbual-bual kosong dengan mereka di sana. Hampir 4o minit juga berada di sana.

Syukur juga yang proposal group elektif kami telah diluluskan TNC. Cuma sekarang, masih menunggu-nunggu kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi untuk tujuan mendapatkan penajaan. Maklumlah, anggaran awal kos projek bernilai RM 70k. banyak juga. Kadang-kadang terfikir, mampukah kami melakukannya?

PUKUL 11.30 pagi bertemu dengan kak Fadzilah dan Kak Syaz untuk berbincang modul kem motivasi untuk anak-anak yatim. Mereka merupakan pelanggang pertama Medical Student Fasilitator Team (MSFT) yang ditubuhkan di bawah sayap Research and Development PSP. Program dijangka berlangsung pada 25 dan 26 Julai 2008. Berdasarkan program yang dirancang, InsyaALLAH seramai 10 orang fasilitator yang terpilih semasa interview akan digunakan. Di samping itu, adik-adik kursus Doktor Perubatan yang baru mendaftar untuk sesi 2008/2009 juga akan dipilih sebagai pendedahan awal aktiviti kemasyarakatan kepada mereka.

SEMPAT juga call Adam untuk mendapatkan kepastian mengenai program Junior Doktor. Bukan apa, risau kalau-kalau program motivasi untuk anak-anak yatim clash dengan program Junior doktor. Dan untuk Junior doktor, empat orang fasilitator diperlukan. Permulaan yang cukup baik buat MSFT kerana telah mendapat dua pelanggan.

PUKUL 1 tengah hari, menghadap pengarah IIP. Dia minta uruskan surat sponsor dengan hospital. Pihak hospital dah bersetuju untuk menyumbang RM500. ALHAMDULILLAH. Cuma samada dapat dimasukkan terus ke akaun atau pun tak terpaksalah jumpa Puan Noor Hayati, Penolong Pengarah Kanan, Unit Pentadbiran dan Kemudahan Am HUSM.

DAPAT je surat daripada Z, aku pergi isi minyak motor dulu. Maklumlah time Lunch. Hrmm, memang teruk kenaikan minyak sekarang. Isi RM 5 tak sampai 2 liter pun. Tak sampai separuh tangki minyak pun. Kalau dulu, RM5 sudah cukup untuk memenuhkan tangki motor Wave ku. Apa lah nak jadi lepas ni. Memang betul-betul kena naik basikal macam YB MPP konstituensi PSK la agaknya. Selepas isi minyak, makan dekat gerai kejap.

Balik bilik, dah mula terasa penat. Panas pun ada. Tambahan pula bilik baru ni tak ada langsir. Kena pula bilik ni menghadap padang. Lagi lah teruk. Dalam kepenatan tu sempat juga surf e medicine untuk jawab CME. Luas rupanya ilmu perubatan ni. Jumpa pula satu penyakit yang tak pernah aku dengar sebelum ini berkenaan cardiology. Brugada’ Syndrome. Hurm. Korang pernah dengar tak?




BRUGADA SYNDROME ni ialah ciri-ciri pada ECG di mana terdapat downsloping elevated ST segment pada lead V1 hingga V3. T wave adalah inverted. QRS complex nya pula menyerupai ciri-ciri Right Bundle Branch Block. Sign and symptoms patient ni biasanya ialah history of syncopy, nausea and vomitting. Biasanya palpitation bukanlah satu symptom yang mencirikan BRUGADA SYDROME ni. Kesan jangka masa panjang syndrome ni ialah ventricular arrythmia yang seterusnya boleh menyebabkan Cardiac Arrest. BRUGADA SYNDROME dikaitkan dengan mutation pada SCN5A gene di kromosom 3. 8 daripada 10 pesakit terdiri daripada kau lelaki. Biasanya, family history dan asian people memainkan peranan penting dalam diagnosis. Macam dalam kes CME tu, male, 30 y.o, Sihat, japanese descendent, history of multiple syncope, sepupu meninggal sebelum umur 4o y.o.

PUNYA lah leka baca bab BRUGADA SYNDROME ni, jam dah pun menunjukkan pukul 3. So aku terus stop, solat zuhur dan pergi menemui Puan Noor Hayati. Sewaktu mula masuk bilik dia, aku rasa macam pernah kenal dia. Tapi lupa. Maklumlah aku ni susah sangat-sangat nak recall nama orang. Lepas sembang barulah perasan yang dia ni wife En Hafiz. Pernah jumpa masa dinner lepas MANIS hari tu. Dia memang seorang yang baik dan peramah. Banyak juga benda yang dibualkan. Berkenaan dengan IIP, dia tidak dapat membuat keputusan samada dapat atau tak untuk memindahkan wang tu ke akaun IIP terus. Dia minta datang balik hari Ahad untuk bertemu Cik Nasir. Aku sempat juga bertanya kepada beliau samada hospital boleh taja duit atau kepakaran untuk program elektif. Katanya, banyak budjet untuk ke luar negara terpaksa di ‘cut down’ bagi memberi tumpuan kepada benda yang lebih penting. Apa-apapun dia suruh cuba minta.

PUKUL 3.45 aku ke unit transfusi untuk menderma darah. Seperti biasa, aku dilayan oleh Dr Safarina. Dia sempat bertanya kenapa tak datang masa hari Penderma Darah 14/6 hari tu. aku katakan yang aku berada di Perlis kerana bahas. Sebenarnya aku agak sedih juga kerana tak dapat menghadiri Hari Penderma Darah Sedunia tu. maklumlah, memang aku ternanti-nantikannya. Tapi nak buat macam mana, tak ada rezeki. Kemudian kami sempat juga berbuat-bual pasal pesakit Thallasemia. Menurutnya hanya ada seorang je pesakit itu buat masa sekarang di Kelantan yang berumur 20+. Aku sempat membangkitkan satu persoalan kepadanya. Memang inilah dilema yang menimpaku. Berkenaan rasional blood transfusion kepada pesakit ini sedangkan kita sudah sedia mengetahui yang mereka tidak akan hidup lama dan juga berbagai-bagai komplikasi pesakit ini. Tapi tu lah, nak buat maam mana. Tapi satu ilmu yang aku dapat ialah, sekiranya penyakit ini dapat di diagnose awal, kita kena maintain Hb level pesakit > 10 dan prevent complication of iron overload. Tapi ye lah.. Kita hanya menjalankan tugas. Ajal dan maut di tangan tuhan. Bercakap tentang ajal, kami juga sempat berbual-bual tentang kematian Allayarham Amin, senior final year 07/08 yang terlibat dalam kemalangan tu. perbualan dengan staff nurse di sana juga berkisar isu yang sama. Kita hanya mampu bersedia dan menunggu seruan Ilahi.

BERKENAAN dengan tajuk post.. Pelajar perubatan atau Pentadbiran? Hurm itu sebenarnya apa yang aku bincangkan dengan Dr Safarina bila berbicara tentang study. Aku bagitahulah dia yang aku sekarang sudah kelihatan seperti bukan pelajar perubatan. Maklumlah terlampau memberi tumpuan pada aktiviti luar pembelajaran. Mungkin aku betul-betul kena kurangkan aktiviti selepas ni. Sasaran aku hanyalah untuk menyelesaikan beberapa kerja sahaja dan seterusnya bersara. IIP, EXPO KAMPUS, JUNIOR Dr., Kem Motivasi Anak Yatim, CFCS, Elektif dan Kelas Peradaban Nabawi. Lepas ni, nampaknya aku kena masuk gua untuk bertapa balik. (kata2 Dr Zul Vitamin-Bertapa dalam gua untuk menjadi pendekar agung)

Tuesday, June 17, 2008

satu peringatan drpd seorang muslimah

tulisan ini bukan saya yang empunya hak.. saya postkan disini kerana ada gambar saya. apa2 pun ambillah isinya sebagai peringatan buat kita semua. semoga kita dikasihi Allah S.W.T

************

Assalaamu'alaikum,

We must love others to be loved by Allah...

The Prophet, peace and blessings be upon him, says: "Three qualities, if found in a person, will help him have perfect faith: Having Allah and His Messenger, peace and blessings be upon him, as the most beloved ones, loving a person only for the sake of Allah and hating getting back to Kufr (disbelief) the way one hates to be thrown into fire."

IMG_1994

"Allah does not forbid you respecting those who have not made war against you on account of (your) religion, and have not driven you forth from your homes, that you show them kindness and deal with them justly; surely Allah loves the doers of justice." 60:8

IMG_1884

Prophet S.A.W said;

"People are of two kinds: Either your brothers in faith or your equals in humanity"

Love u all,

just'

wassalaamu'alaikum



Kronologi perjuangan Team Debat USM

"Sebagai mahasiswa yang bakal menjadi pelapis pimpinan negara, mereka harus melengkapkan diri dengan kemahiran dalam mengemukakan pendapat dan hujah berdasarkan fakta". Sebahagian teks ucapan Menteri Besar Perlis yang dibacakan wakilnya semasa perasmian penutup Arau Open 2008.

Pusingan Awal

Siri 1, Sidang 8
UPM2 VS USM
Ketua Pembangkang- Husna
Timb Pembangkang- Pejol
Pembangkang 1 -Abg Ridwan
Usul ditolak, USM menang, juri 2-1, margin 4
Kedudukan dalam kumpulan : 7 daripada 32

Siri 2, Sidang 7
USM VS Swing Team
Perdana Menteri : Husna
Timb Perdana Menteri : Jacknaim
Menteri Pertahanan :Abg Ridwan
Usul diterima, USM menang, juri 3-0, margin 6.33
Kedudukan dalam kumpulan: 1 daripada 32

Siri 3, Sidang 1
USM VS Shah Alam 3 (pasukan terkuat UitM)
Perdana Menteri : Husna
Timb Perdana Menteri : Jacknaim
Menteri Pertahanan :Abg Ridwan
Usul diterima, USM menang, juri supreme margin 1
Kedudukan dalam kumpulan: 1 daripada 32

Siri 4, Sidang 1
Melaka VS USM
Ketua Pembangkang- Husna
Timb Pembangkang- Jacknaim
Pembangkang 1 -Abg Ridwan
Usul ditolak, USM menang, juri supreme margin 6
Kedudukan dalam kumpulan : 1 daripada 32

Siri 5, Sidang 1
USM VS Johor
Perdana Menteri : Husna
Timb Perdana Menteri : Pejol
Menteri Pertahanan :Abg Ridwan
Usul ditolak, USM kalah, juri supreme margin 1
Kedudukan dalam kumpulan: 3 daripada 32

Suku Akhir (Kalah Mati )
USM VS Shah Alam 2
Perdana Menteri : Husna
Timb Perdana Menteri : Jacknaim
Menteri Pertahanan :Abg Ridwan
Usul ditolak, USM kalah, juri 2-1, margin 1.5

****************
Tamat sudah perjuangan USMKK. tapi USMKK telah membuktikan bahawa walaupun tanpa jurulatih pasukan, tanpa latihan seperti universiti lain dan merangkak untuk ke pertandingan kami masih mampu untuk menjaga nama USM. Kami yakin sekiranya kami diberikan latihan secukupnya dengan dibantu oleh jurulatih. dan MENDAPAT SOKONGAN PIHAK ATASAN, kami mampu mencapai kegemilangan demi untuk 'meraih mercu, menggapai bintang.' Buktinya untuk Arau Open, Abg Ridwan menduduki raking kedua keseluruhan pendebat.

Untuk pengetahuan ramai juga, Pasukan Debat USMKK telah menjadi naib johan pertandingan debat 'Piala Tuanku Zainal Abidin' Terengganu beberapa bulan yang lepas.

Oleh itu kami berharap agar pasukan debat USMKK diberikan nafas baru agar semangat ini takkan terkubur begitu sahaja. Kepada adik2 junior dan bakal junior tahun satu, kami memerlukan anda untuk menyemarakkan lagi perjuangan Team Debat USMKK kerana Abg Ridwan telah pun tamat pengajian Forensiknya, Kak Husna akan sibuk dengan clinical phase dan aku sendiri bakal bergelumang dengan Pro II tahun depan. Kami memerlukan penerus tradisi untuk mencetus revolusi.


Diari Debat

Arau Open 2008

"Penerus Tradisi, Pencetus Revolusi"

12/6/08

Selepas menempuhi perjalanan selama sembilan jam dengan bas akhirnya kami sampai ke Stesyen Bas Kangar pada pukul 6.00 Petang. Kepenatan ternyata menyelubungi kami. Dari sana kami berhimpit dengan beg-beg dan barangan kami, menaiki sebuah teksi untuk ke UITM Arau. Perjalanan memakan masa selama 20 minit. Sepanjang perjalanan, aku agak terpana melihatkan bangunan-bangunan sekolah dan beberapa pasar yang di cat berwarna-warni. Seolah-olah masuk ke alam fantasi kanak-kanak. Kreatif dan artistik juga rupanya orang perlis ni.

Saat memasuki pintu pagar UITM Arau, tidak banyak perbezaan yang dapat diperhatikan jika dibandingkan dengan Kampus Induk. Suasananya redup dibayangi oleh pokok-pokok yang hijau merimbun. Nyaman dan menyegarkan. Mungkin mereka turut mengguna pakai konsep universiti dalam taman.

Kedatangan kami disambut oleh dua orang urusetia yang telah aku lupa nama mereka. Kamilah team pertama yang sampai. Huhu bangganye. Kami menetap di Desa Cendana. Agak selesa juga bilik mereka berbanding dengan Desasiswa Nurani di kampus KEsihatan. Bilik itu juga bilik berempat dan katil double decker. Cuma ruangan biliknya yang agak luas tidaklah serimas keadaan di tempat sendiri. Alangkah bertuahnya mereka. Bilik sebeginilah sepatutnya didiami oleh pelajar perubatan. Mereka memerlukan ruang untuk berfikir dan menenangkan fikiran yang kusut. Alangkah pedih dan deritanya bila fikiran kusut itu dikusutkan lagi oleh keadaan bilik yang seakan-akan tin sardin. Padat dan menyeksakan.

Selesai mandi, aku menunaikan solat Jama dan Qasar. Ketika catitan ini ditulis, kami menunggu Kak Una yang sedang bersiap untuk mengisi perut yang mula memainkan lagu Rock. Sorry Kak Una but I think that u’re quite complicated. Takes lot of time just to prepare yourself. Maybe that’s a natural thing for women.

Whatever! Anyway, I need to practise more. I need my talent back. The way of debating and sense of HUMOR to attract the audience, But honestly, right now, it feels like my body is empty. The spirit has just fly away to the sky. Need some method to grab it back or else I’ll be in a very hot soup. Before I get humiliated, so better PRACTISE harder and harder. And also prepare myself with lot of KNOWLEDGE. The most important thing is to prepare the task given by Abg A’ai. To gather and highlight relevent information. Need to cover whole year’s Dewan Masyarakat book for 2005. And also some stuff from Internet and ACTS. Talking about Acts! I’m not a law student ok. Why the language of law is so damn complicated.


13/ 6/08
Hari Ini merupakan hari pendaftaran. nothing much except gathering the information for the debate as we already got the usul.. Malam pula, kami keluar makan dengan Abg Didi senior lepasan USM. Sekarang bertugas sebagai Ahli Forensik di Hospital Sultanah Bahiah.

14/6/08
Hari ini menyaksikan penguasaan USM. sebanyak 3 sidang parlimen telah berlangsung dan USM menang ketiga-tiganya.

15/6/08
Hari ini dua sidang berlangsung untuk pusingan awal. USM gagal mempertahankan rekod tanpa kalah apabila kalah tipis di tangan UiTM Johor dengan margin 1.

Petangnya pula adalah suku akhir. Sungguh sedih apabila berlaku sesuatu yang akhirnya menyebabkan USM terpaksa menamatkan persaingan di Tangan Uitm Shah Alam 2

Malamnya pula, kami menumpang kasih Uitm Kelantan untuk keluar ke sekitar kangar dengan bas mereka yang besar. Bayangkan mereka hanya bertujuh dan mereka datang dengan bas Uitm untuk 40 orang. Wow! Selepas menjamu selera di tepi pantai, mereka ke Citrawarna Malaysia. Huhu boring. Malam tu aku hanya window shopping dan makan-makan lagi sementara menunggu mereka selesai menonton citrawarna.

16/6/08
Perlawanan akhir debat Arau open kategori BI memperlihatkan penguasaan Shah Alam apabila pertemuan dua beradik di Peringkat final. Uitm Shah Alam 1 vs Uitm Shah Alam 2 dengan usul ' Obese child should be removed from their parents'

Untuk kategori BM pula MMU vs Uitm Shah Alam 3. Usul bertajuk "Setiap negara harus diberi peluang untuk membangunkan tenaga Nuklear'. Usul diterima dengan keputusan hakim 4-3. MMU akhirnya berjaya merampas piala pusingan dari UiTM dan menyebabkan yang lain sedih especially kami.


Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah