Sunday, August 31, 2008

Terima kasih ‘Kerajaan Prihatin’ Versi ‘Knock out’

Sebelum ini, aku telah post satu komentar pendek berkenaan bajet 2009. Aku tak sempat nak beri komentar panjang sebab tak cukup masa. Sekarang mari kita teliti isi kandungan bajet untuk melihat sejauh mana tahap keprihatinan kerajaan yang kita sayangi. Aku bukan kata semua tak bagus ya. Aku Cuma ambil sedikit sahaja berdasarkan tahap analisa ekonomi aku yang lemah ni.

Keseluruhan bajet berjumlah RM207.9b iaitu naik 5.1% dari tahun lepas dengan RM154.2b untuk pengurusan dan RM53.7b untuk pembangunan.

--------------------------------------------

Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).[Rujukan Malaysia Kini: http://malaysiakini.com/news/88829]

Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Rujukan Malaysia Kini: http://malaysiakini.com/news/88829]

--------------------------------------------

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

-Aku bawakan contoh 9 tahun dahulu sewaktu aku tinggal dengan nenek aku. Seingat aku, nenek aku hanya bayar bil elektrik lebih kurang RM 5-10 sebulan. Tapi itu hanyalah bayaran untuk guna lampu SAHAJA. Tempoh penggunaan lampu ialah beberapa jam antara maghrib ke tempoh tidur. Masa tidur dan siang langsung tak guna elektrik. Kalau kita ambil zaman sekarang, dengan harga minyak dan taarif elektrik yang mahal, agak-agak ada lagi tak bil elektrik yang kurang RM 20. Setiap rumah kampung sekarang dah ada peti sejuk yang dipasang 24 jam sehari dan ada juga TV dan mesin basuh. Dengan mengambil kira semua penggunaan barang elektrik asas ni, ada lagi ke rumah yang kurang RM 20?

**********

Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

-Wilayah pembangunan Iskandariah, syarikat bumiputera mana yang dapat tender dan projek. Kebanyakaanya diperolehi Singapore. Tapi jangan kata bumiputera tak dapat langsung. Dapat. Tapi DAPAT jadi KULI. Tukang buat jalan dan longkang.

**********

Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan. RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara

-Memang betul ke Malaysia ni negara Polis?

**********

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel. Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

-Sekarang, tender bas dan LRT diperolehi oleh syarikat siapa? Siapa yang pegang kontrak Rapid? Fikir-fikir sendiri. Nanti anda bagitau aku jawapan dia.

**********

Beliau berkata pengusaha bas akan diberikan pengecualian cukai jualan terhadap pembelian bas baru yang dipasang dalam negara dan perbelanjaannya diberi Elaun Modal Dipercepatkan.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata pemotongan cukai jalan sebanyak RM20 ialah bagi semua bas dan teksi termasuk kereta sewa pandu dan limousin.[ Sumber http://malaysiakini.com/news/88844]

Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008 dan juga kesediaan Kerajaan untuk beri subsidi diesel kepada pengusaha Bas

.

-Come on la. Jangan tipu rakyat. Memang betul harga tiket bas tak naik. Tapi yang naiknya ialah bayaran surcharge 30% yang dikenakan atas satu tiket. Sebelum ni, ada ke bayaran surcharge ni. Banyak yang kerajaan dapat melalui surcharge ni. Aku tunjukkan contohnya.

Perjalanan Kelantan-Johor :Tambang RM 44.80, surcharge 13.40.Jumlah 58.20.

Perjalanan Kelantan-Penang : Tambang RM 26.20, surcharge 7.80.Jumlah 34.00.

Jadi harga tiket naik tak? Naik… Salah. Korang ni rabun ke ape? Tengok balik. Harga tiket mana naik. Tapi surcharge je tiba-tiba muncul. So harga surcharge la yang kena bayar [Tapi kalau ikut bahasa kamoung, maknanya naik la]

**********

pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

-Perhatikan betul-betul. Hanya mereka yang bersara sekurang-kurangnya 25 TAHUN. Bagus untuk golongan berpendapatan rendah yang mana pencennya kurang dari RM 720.Dengan mengambil kira umur pencen (55 tahun) ini bermakna seseorang itu sudah mula bekerja dari umur 30 Tahun. Walaubagaimanapun, nasib pekerja yang terpaksa bersara awal kerana sakit dan sebagainya tidak menerima kebaikan. Tapi Kerajaan juga menyediakan Tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. Soalnya, berapa banyak purata yang seorang dapat?

**********

Baiklah. Seterusnya merujuk kepada RM2 bilion (simpanan luar jangka). Aku kurang pasti samada Tabung Simpanan Bencana terletak bawah ni atau tak sebab aku kurang dengar dengan jelas. Kalau tak silap aku, simpanan untuk Tabung Simpanan Bencana ni hanya beberapa juta sahaja. Ini menggambarkan ketidakprihatinan ‘Kerajaan Prihatin’. Sepatutnya dana sebegini perlu ditingkatkan sebab Bencana kat Malaysia dah semakin banyak. Sebelum ni kita dikejutkan dengan Tsunami. Lepas tu banjir teruk terutamanya di Johor. Jadi takkan Malaysia tak nak prepare untuk benda-benda ni kot.

**********

Seterusnya, kita tengok Kadar Paras Kemiskinan negara kita. Aku tak kan cakap berapa. Korang sendiri tahu RM 600+. Tapi itu sebelum kenaikan harga minyak yang mendadak. Sekarang, agak-agak anda lah. Berapa? Aku rasa kalau tinggal dekat bandar [Berdasarkan pengalaman aku lepak kat KL dan juga tengok family aku yang stay kat KL] pendapatan RM 2000 per keluarga boleh dikira taham miskin. Anda tolak la sendiri sewa rumah, minyak petrol, ansura kereta. Last sekali tinggal RM berapa?

Dalam jawapan semasa sidang parlimen, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Amirsham Abdul Aziz menjelaskan bahawa jika PGK adalah RM1,500 maka jumlah orang miskin di setiap negeri secara puratanya mencecah 24.3%. Menurut satu lagi sumber ia mungkin melebihi 25%. Jadi, kalau kita masih lagi berpegang kepada paras kemiskinan yang lama, maka berapa ramai orang miskin dekat Malaysia ni?[rujuk http://nizam-arjuna.blogspot.com/2008/06/kaji-semula-paras-garis-kemiskinan.html]

**********

Akhir sekali kita renung balik kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew. “Sekiranya dia dapat Malaysia, nescaya dia akan tukar jalan-jalan dekat Malaysia dengan saduran emas” Ini adalah metafora yang menggambarkan betapa kayanya negara kita dan betapa kita boleh memaksimakan hasil keluaran negara kita sekiranya negara kesayangan kita ini diperintah dengan cekap dan tanpa korupsi. Selamatkanlah Malaysia!!

Selamat berpuasa buat semua pembaca





Saturday, August 30, 2008

Tazkirah Hari Kemerdekaan.

Fitrah penciptaan burung ialah untuk melebarkan sayap lalu terbang meluncur membelah angkasa. Tatkala ia dikurung dalam sangkar, maka hilanglah fitrahnya itu. Kekadang ia cuba untuk mengepakkan sayapnya tapi sayang ia tidak mampu menembusi dinding sangkar yang mengurunginya. Lantas menciciplah ia kerana kerimasan. Namun kita mendengarnya sebagai satu siulan yang indah. Semakin lama semakin kuat burung itu mencicip. Merayu meminta kemerdekaan.

Bagaimana pula dengan kita? Masih ingatkah di saat tamadun kita begitu gah sekali menubuhkan pelbagai jenis kerajaan. Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Kerajaan Johor, Kerajaan Kelantan dan sebagainya. Kita pada masa itu menjadi tuan di atas tanah kurniaan Allah yang mana kita ditugaskan untuk menyuburkannya. Apakah kerajaan Melaka hari itu hanya berdiri dengan kebejatan akhlak? Melalui susur galur sejarah, kita mengetahui peranan kerajaan terdahulu dalam membangunkan institusi dakwah sehingga Islam tersebar ke merata alam. Tapi apabila agama mula dilupakan maka ketamakan, hasad dengki dan kebejatan diri mula melumpuhkan kerajaan agung itu hingga ia terjajah beratus tahun lamanya. Semua kita telah rasa; Berada di mulut buaya, dicakar kuku harimau dan disewah si helang.

----------------------------------------------------------

Belumkah sampai kepadamu berita orang-orang sebelum kamu (yaitu) kaum Nuh, 'Ad, Tsamud dan orang-orang sesudah mereka. Tidak ada yang mengetahui mereka selain Allah. Telah datang rasul-rasul kepada mereka (membawa) bukti-bukti yang nyata lalu mereka menutupkan tangannya ke mulutnya (karena kebencian), dan berkata: "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu disuruh menyampaikannya (kepada kami), dan sesungguhnya kami benar-benar dalam keragu-raguan yang menggelisahkan terhadap apa yang kamu ajak kami kepadanya." [14:9]

----------------------------------------------------------

Kemudian, kita tersedar dari mimpi. Rupanya kebaikan yang dicurah British hanya sebagai gula-gula yang manisnya hanya sementara. Kita bangga dengan jepun walhal mereka merosakkan anak-anak gadis kita. Semboyan Al Azhar meresap dalam tubuh mahasiswa yang mendorong kebangkitan pejuang. Tapi, sepanjang masa penjajahan, kita sudah biasa dengan sikap berpoya-poya. Cerut, arak dan perempuan kabaret telah menjadi mainan umat kita di waktu itu. Akibatnya, golongan agamawan ini tidak berjaya. Tapi tak mengapa, Golongan Nasionalisme bangkit gagah. Walau ada kebejatan, mereka berjaya juga mendapatkan kemerdekaan untuk kita. Beratus ribu rakyat begitu bangga melaungkan ungkapan keramat. Merdeka! Merdeka! Merdeka.

Dari situ, kita mula membina kembali bangsa kita. Dari sisa-sisa bumi yang hampir separuh kekayaannya di robek seara akus oleh si penjajah. Biji timah, arang batu, emas. Semuanya hanya bersisa. Negara kita akhirnya menjadi negara yang ulung. Di mata dunia, kita cukup ‘cemerlang’ sekali. Penganjuran program kita memang ‘gemilang’. Tapi sayang, akhlak kita tidak mencapai piawaian ‘terbilang’ yang ditetapkan agama.

Lupakah kita bagaimana bangsa dulu dihapuskan. Segalanya apabila kita terlampau menyenangi nikmat kurniaan Allah sehingga kita leka terhadapnya. Leka sehingga kita rasakan diri kita ini sudah cukup gah. Kita sangkakan kita mempunyai intelektual yang tinggi dan bertamadun. Tapi kita lupa bagaimana sejarah menunjukkan Kaum Ad membina Kota Iram yang dihiasi bangunan-bangunan pencakar langit yang cukup gah bahkan lebih masyhur dari Menera Berkembar Petronas. Segalanya ranap dek kerana keingkaran mereka. Kecanggihan teknologi itu hancur ditimpa angin puting beliung. Hari ini, di Batu Caves kita melihat pahatan gunungnya cukup cantik sekali. Tapi, ingatkah kita pada kaum thamud yang memahat gunung-gunung untuk membina penempatan. Cukup masyhur sekali. Namun, kerana keingkaran mereka kepada Allah maka ukiran dan pahatan indah itu dibinasakan dengan halilintar sahaja.

Bagaimana pula dengan kita pada hari ini. Sudah cukupkah pengertian kemerdekaan pada bangsa kita. Adakah dengan menghiasi jalan-jalan raya dengan mat rempit itu menunjukkan kita merdeka? Merdeka sehingga tiada undang-undang yang mampu mengongkong. Adakah dengan melampiaskan nafsu di tasik-tasik dan tapak pembinaan di anggap sebagai merdeka? Bagaimana dengan arak yang dijulang tatkala laungan merdeka bergema? Nampakkah kalian pada anak-anak bangsa kita yang berjoget, berpelukan dan terkinja-kinja di malam merdeka itu. Adakah anda sudah menyedari natijahnya? Runtuhnya institusi keluarga, bayi dibuang bagaikan sampah? Nyawa jadi taruhan. Kejamnya kita. Si pelaku kejam kerana menjadi si dajjal dan kita kejam kerana membiarkannya. Kita semakin kejam. Itulah pengisian merdeka kita. Kita menjadi kejam kerana tidak faham apa itu merdeka.

Kita sangkakan bahawa, bebas dari penjajah itu penting. Tapi sayangnya, kita hanya beranggapan bahawa British itu penjajah. Kita sangka Jepun dan komunis itu penjajah. Tapi rupanya kita lupa bahawa pemikiran kita itulah sebenarnya penjajah. Selama ini, kita biarkan pemikiran kita dicorakkan oleh budaya barat yang akhirnya mengongkong kebebasan pemikiran kita. Kita hanyut dan alpha dalam dunia kita sendiri. Dunia yang seolah-olah dirangkumi dalam sebuah kotak tanpa pernah kita berfikir luar darinya. Akal yang diberi kepada kita bukan lagi digunakan untuk menilai baik-buruknya sesuatu sebaliknya kita menggunakannya untuk memilih keseronokan. Lagi teruk apabila ada yang tidak mahu menggunakan aqal tetapi membiarkannya ia dikuasai oleh pihak-pihak berkepentingan serta membiarkan diri dinoda kehaprakan dan kebinasaan.

Ayuhlah mahasiswa sekalian. Kita merdekakan pemikiran kita demi menghadapi satu kezaliman yang telah meruntuhkan institusi mahasiswa dalam lapangan umat. Semboyan telah lama dibunyikan tapi mengapa kita harus memekakkan telinga kita? Jalannya sudah terbentang luas tapi mengapa kita hanya mengintai sahaja. Ayuh kita mara melangkah. Sempena kemerdekaan ini, marilah kita merdekakan sekali pemikiran kita agar aqal kita dapat merasional apa yang baik dan apa yang buruk.

----------------------------------------------------------

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. [12:111]

----------------------------------------------------------

Ke arah mahasiswa berfikiran merdeka.

Friday, August 29, 2008

Terima kasih ‘Kerajaan Prihatin’

Seperti biasa, sesi yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan warga Malaysia. Pembentangan bajet 2009 yang dibentangkan oleh ayahanda Perdana Menteri tercinta, Pak Lah. Memang banyak sekali insentif menarik yang ditawarkan kepada rakyat daripada keseluruhan bajet berjumlah 207.9b itu. Cadangan yang bagus dari pihak kerajaan kerana menekankan bajet ke dalam 3 aspek iaitu Menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.Paling menarik ialah bonus 1 bulan gaji yang akan dibayar 2 kali. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban pekerja dalam nak menyambut Ramadhan dan Hari Raya. Begitu juga

Namun yang lagi menarik dari Bonus itu ialah ucapan keramat Pak Lah kepada Pembangkang. Nampaknya Pak Lah dapat popularity percuma hari ni. Dato Najib pula hanya senyum tersipu-sipu.

"Saya tidak akan membenarkan gangguan ini diteruskan.



"Saya tidak akan membenarkan mandat rakyat dirampas daripada parti BN yang telah menang majoriti pilihanraya umum secara sah dan mengikut lunas demokrasi,"



"Usaha pihak tertentu yang cuba menggugat kestabilan ini, dengan merampas kuasa secara tidak sah tanpa mandat majoriti rakyat, perlu ditolak.



"Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian yang timbul untuk berterusan,"



"Rakyat tidak akan dimakmurkan dan negara tidak dapat dibangunkan hanya dengan retorik politik. Budaya berpolitik yang keterlaluan merugikan kita, malah menjejaskan kemakmuran negara," [Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Pembentangan Bajet 2009, Dewan Parlimen]

p/s : Dato Seri Anwar takkan tak rasa tercabar kot? SO apa tindakan Dato' seterusnya?

Thursday, August 28, 2008

Bukan kerana ‘Racist’

Semalam aku menghabiskan masa untuk menghayati lagu ‘Anak Kecil Main Api’. Kali pertama mendengar lagu ini ialah sewaktu aku masih berfahaman racist. Lagu ini begitu sinonim dengan band skinhead 2nd guest dan The Mister yang membawa fahaman Malay Power.

Kemudian baru sahaja aku mendapat tahu bahawa ini ialah lagu patriotik. Terkejut gila aku. Seorang batch-mate kata lagu ni biasa dinyanyikan dekat BTN. Rupa-rupanya memang ada lirik lagu ni kat file BTN. Aku je yang tak sedar. Apa yang ada pada lagu ni sebenarnya?

Warisan-Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara

Komen aku pasal lagu ni lah. Sekiranya dihayati dengan betul lirik lagu ni, memang betul yang kita sudah hilang banyak benda. Tapi dalam masa yang sama, Ramai yang tuduh Pakatn Rakyat telah ‘Menjual’ Melayu. Persoalannya ialah siapa yang jual ‘Melayu’

Aku malas nak ungkit sejarah sebab aku dah tahu dah. Tapi isu ni pun agak sensitif. Tapi cuba anda semak balik sejarah bermula dari zaman kesultanan Kedah lagi. Bagaimana Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan Sir Francis Light dan seterusnya membawa ke era selepas kemerdekaan. Bagaimana Pulau Pinang kehilangan masyarakat pribuminya yakni orang melayu. Korang fikirlah sendiri. Siapa yang menggadaikan siapa?

Lirik tu sebenarnya merupakan peringatan kepada kita. Tergadainya tanah kita kerana sengketa sesama Melayu. Maaflah sekiranya aku katakan ni. Tapi hakikatnya, memang melayu agak sinonim dengan perkataan ‘hasad Dengki.’ Bukan aku nak kutuk bangsa aku sendiri tapi itulah hakikat yang sukar sangat-sangat nak ubah. Sejak dari dulu lagi, tergadainya Tanah air kita apabila wujudnya persengketaan antara golongan istana dengan para pembesar yang akhirnya membawa kepada campur tangan Inggeris. Akhirnya, Melayu menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri tatkala kuasa menjadi TUHAN di hati. Sekarang, situasi itu pun berlaku lagi.

Lagu itu juga menyebut tentang ‘Maruah peribadi yang hilang.’ Jadi sekarang ni, apa yang melenyapkan maruah kita sebagai orang melayu. Jawapannya senang je. Rasuah sana-sini, kebejatan gejala sosial dalam kalangan remaja serta kurang pekanya golongan Mahasiswa dalam menyedari masalah lapangan umat.

Kalau dulu, Mahasiswa bertindak sebagai agen perubahan ataupun agen penyatuan umat, tapi kini mahasiswa menjadi boneka kepada sistem yang penuh kucar-kacir dan hedoisme. Renung-renungkanlah. Di saat bangsa lain belajar tanpa erti jemu, kita berperang untuk saling jatuh-menjatuhkan. Kita masih lagi berada dalam kejumudan sendiri dan masih berasa selesa. Ada lagi golongan mahasiswa yang memilih untuk menjadi kaki bodek dan menggadai prinsip diri demi kesenangan yang sementara.

Isu Dasar Ekonomi Baru juga dimainkan isu. Tapi siapa sebenarnya yang menjual DEB. Sebelum kita duk kritik orang tak tentu fasal, pernah tak kita ambil masa untuk kaji apa itu DEB sebenarnya. Kalau anda malas nak semak bab DEB tu, meh sini aku cerita serba sedikit.

-------------------

DEB adalah bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui RM-2 yang mana matlamat utamanya ialah untuk perpaduan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

-------------------

Jadi DEB tu hanya sehingga tahun 1990 je kalau anda semua nak tahu. Dan DEB ini pula selanjutnya telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional. Jadi kalau nak bahas pun. Landasannya mestilah berpaksikan Dasar Pembangunan Nasional sebab DEB dah tak ada dah.

Tapi, walau apapun, ikutlah saranan lagu. Bukan untuk menjadi racist atau mempertahankan melayu. Tapi sekiranya kita tidak ubah nasib bangsa kita, Allah pun tak akan tolong kita. Kita sepatutnya sudah tidak boleh lalai lagi. Kita kena kembali seperti zaman dahulu di mana Melayu begitu Gemilang tanpa sedikit temberang pun di peringkat antarabangsa. Kita boleh kembalikan zaman itu sekiranya kita tidak lalai lagi dan melangkah ke hadapan dengan penuh objektif dan bermaruah.

Bangkitlah golongan mahasiswa. Usahlah kau hanyut dalam mimpi-mimpi yang indah. Bangsamu kini dipijak. Bukan DAP yang memijak bangsa kita. Sebaliknya, nafsu serta hasad dengki kitalah yang menghasut untuk menggadai maruah bangsa kita sendiri. Budaya jilat-menjilat, bodek, dan rasuah itulah yang menjadi sial kepada perkembangan bangsa kita. Itulah yang menghancurkan kita. Bersatulah mahasiswa sekalian. Kembalikan suara kita.

Dari Mahasiswa ke Lapangan Umat
Suara Mahasiswa ke persada dunia.

Forum Memeluk Islam

Aku menerima komen daripada seorang yang menggelarkan diri sebagai KJ. Katanya aku bersikap tidak telus dalam menulis. Maklumlah, aku tidak memberikan komen berkenaan tindakan Majlis Pegum yang menganjurkan forum Islam. Mungkin sudah agak lewat untukku memberikan komentar. Maklumlah, isu ini sudahpun reda dari bahang yang dulunya memercikkan peluh segenap inci tubuh.

Secara jujurnya, aku sebelum ini tidak tahu mengenai forum ini. Pertama kali aku mendengarnya ialah sewaktu CFCS di mana seorang rakan se-batch non muslim menghantar sms kepada ku meminta pendapat mengapa YB Salahuddin Ayyub menentang forum itu. Aku sendiri pun tertanya-tanya dan ingin mengetahuinya tetapi tiada akses internet di kampung. Jadi pada masa itu aku beranggapan bahawa tindakan YB Salahuddin adalah tidak releven.

Hanya beberapa hari kebelakangan ini, barulah aku mula mencari bahan mengenai apa sebenarnya forum ini. Dan malam ini juga, aku mengadakan sedikit diskusi mengenai forum ini dengan seorang rakan se-batch.

Hasil dari perbincangan itu, aku mendapat tahu bahawa forum ini diadakan secara tertutup untuk berbincang mengapa orang bukan islam yang memeluk islam tidak boleh murtad. Dari segi penganjuran program, bagiku ia tidak memberikan sebarang masalah. Maklumlah ia diadakan secara tertutup. Memang majlis ini dibenarkan asalkan tidak dibuat secara terbuka. Mungkin, kesilapan penganjuran program ini ialah apabila mereka mengajak para wartawan untuk membuat liputan yang mana ia akhirnya akan membawa kepada kekecohan.

Dalam Islam sendiri, Islam tidak pernah membantah mana-mana agama untuk menyebarkan agamamereka. Pada zaman Rasulullah sendiri, adanya rombongan kristian dari Najran seramai 60 orang yang ingin berdialog dengan Nabi berhubung Islam-Kristian. Nabi Muhammad bukan sahaja menyambut kedatangan mereka bahkan membenarkan mereka tidur dan bersembahyang dalam masjid.

Kita orang islam sendiri sebenarnya banyak menganjukan forum tertutup mengenai permasalahan orang murtad dan juga perbincangan tentang agama selain Islam. Cuma dari segi perlembagaannya, tindakan mereka itu salah. Kerana orang bukan Islam tidak sepatutnya membincangkan atau mengadakan sesuatu yang boleh mengganggu gugat kedaulatan agama islam.

Merujuk kepada perlembagaan Malaysia, Artikel 11: Kebebasan beragama

Perkara 11. Kebebasan beragama.

1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. (5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

CATATAN:

Per. 11(4): 1. Perkataan "dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan, undang-undang persekutuan" dimasukkan selepas "Undang-undang Negeri" di baris satu oleh Akta A206, Jadual, berkuat kuasa dari 01-02-1974. 2. Kemudiannya pula, perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan "Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan" oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-04-1984. 3. Perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, seksyen 13, berkuat kuasa dari 01-02-2001.

Akan tetapi, tindakan majlis peguam untuk meminta agar artikel 11 ini diubah juga tidak sepatutnya dijadikan isu untuk kita umat Islam melenting. Hal ini kerana, perlembagaan kitalah sebenarnya yang tidak menjamin agar artikel 11 ini dipelihara oleh Majlis raja-raja seperti mana hak keistimewaan Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Anda boleh merujuk Artikel 159: Pindaan perlembagaan kurungan 5

Perkara 159. Pindaan Perlembagaan.

(5) Sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Mengenai kenyataan DAP yang meminta PKR dan PAS mengenakan tindakan kepada YB Zulkifli dan YB Salahuddin serta semua ahli parti yang terlibat dalam bantahan tersebut, komen peribadi aku ialah tidak wajar. Tetapi kita kena lihat keadaan juga. Mereka yang kafir ini tidak faham tentang Islam. Bagi aku, sekiranya kenyataan mereka dibuat tanpa mengetahui betapa sensitifnya perkara ini kepada umat Islam, maka aku rasa ia masih dapat dimaafkan. Persoalan aku yang aku ingin timbulkan kepada pembaca ialah, Bagaimana pula dengan parti politik yang konon-kononnya berjuang atas nama MELAYU dan Islam masih tidak faham-faham lagi tentang Islam dan tidak mengamalkan dasar Islam.

Memetik kata-kata Tok Guru Nik Aziz, sekiranya kerajaan hari ini menegakkan syiar Islam maka sudah tidak ada gunanya Parti PAS diwujudkan dan boleh dibubarkan.

Mengenai status PAS dalam pakatan Rakyat pula, aku rasakan Presiden Parti sudah memberikan isyarat yang jelas kepada pengikut PAS. Apa gunanya PAS membentuk kerajaan bersama Pakatan Rakyat sekiranya agenda Islam tidak dapat dilaksanakan. Dan aku setuju kenyataan ini dengan sepenuhnya. Biarlah PAS kekal sebagai pembangkang sekiranya agenda Islam gagal dilaksanakan.

Walaubagaimanapun, dengan realiti politik sekarang. Pada pendapat ku, PAS sepatutnya kekal dalam Pakatan rakyat. Sekiranya mereka memerintah, HUDUD tidak sepatutnya dijadikan landasan utama [Jangan silap faham, bukan aku kata hudud tu tak penting, tapi anda juga kena faham macam mana perlaksanaan hudud tu sendiri. Selagi mana rakyat Malaysia tak faham tentang hudud, ia juga tidak dapat dilaksanakan. Ada Fiqh perlaksanaannya]. Apa yang perlu dilakukan dalam masa terdekat ialah membersihkan kembali sistem kapitalisme yang nyata membebankan rakyat serta mengembalikan sebuah pemerintahan yang adil. Untuk pusingan awal, cukuplah sekiranya satu pemerintahan yang bersih dari rasuah, penindasan dan ketidakadilan dapat diwujudkan. Sekiranya pusingan awal ini dapat dilaksanakan, dalam tempoh masa kurang dari 10 Tahun, InshaALLAH sebuah kerajaan Islam yang telus dan adil dapat dibentuk.

P/S : Tiada toleransi dalam isu aqidah dan Islam. Biar berdemonstrasi asal Islam tetap dijulang.

Wednesday, August 27, 2008

Alhamdulillah. Semoga berkekalan

Magskin di zaman gelapnya. The Godfather of skinhead

Ini adalah idola aku sewaktu di zaman gila-gila dulu. Aku begitu terpengaruh sekali dengan ideologi yang di bawa oleh Magskin @ Megat @ Megat Hafiz ni. Bagaimana beliau membawa satu revolusi ke tanah air. Walaupun subculture bawaan beliau sering dikutuk maklumlah mengamalkan prinsip yang agak lari dari gaya hidup seorang Islam, Tapi ideologi beliau banyak mengajar aku untuk menjadi seorang yang lantang dan berani. Melaluinya juga aku menjadi seorang yang anti-establishment, anti- system dan juga anti-government yang ketika itu sangat-sangat corrupt . [tapi benda ni tak elok tau. Lepas masuk universiti baru la tau yang Islam lah perjuangan yang sebenar. So para pembaca tak yah ikut jejak langkah bodoh aku ni].. Kerana ideologi ini jugalah aku berpeluang untuk mendekati dan menyelami banyak masalah remaja jalanan yang rata-ratanya begitu dambakan kasih sayang ibu-bapa. Syukur sebab ada yang berjaya ditarik keluar dari permasalahan itu. Magskin sendiri pun lahir dalam keadaan yang berada tetapi kurang kasih sayang kerana masalah keluarga.

Kebanyakan lagu-lagu banyak mengajar erti reformasi, bangkit menentang kezaiman dan menentang sikap racist [walaupun mag pada awalnya seorang racist]. Semoga selepas ini, Mag akan membawa lagu-lagu islam pula walaupun dalam irama street rock.



Masih lagi gigs tetapi dengan irama indie
Magskin mula sedar keterlanjurannya dan meluahkan isi hatinya dalam lagu Now and Again

The A.C.A.B- Now and Again
(Music and lyrics by Megat Hafiz)

Looking back all these years
How i suffered all the pain & tears
I got a burning desire
To make a change like i never had

I feel it's getting out of control
If i can live in peace then i surely will
No i don't wanna be a denial
Too much regrets i can no longer tell
Has turned my life into such a living hell


Looking back all those times
To all my sins & to all my crimes
Nothing will ever be justified
Being young & blind won't give me the right
To all my loyalty's are unquestionable
I've dedicated all my life & soul

But when it all went wrong & the odds were down
No one dared to be around
Weren't there to catch me when i fell

( Chorus: )
So why should I.. care?
Why should I... care
to whatever they'll say?
They've never cared anyway

So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again & again...


Looking back all these years
How i suffered all the pain & tears
But when it all went wrong & the odds were down
No one dared to be around
Weren't there to catch me when i fell


So why should I.. care?
Why should I... care
to whatever they'll say?
They've never cared anyway

So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again

So why should I.. care?
Why should I... care
to whatever they'll say?
They've never cared anyway

So why should I.. care?
Why should I... care?
I will do it my way
I'll do it now & again & again...



Alhamdulillah, sejuk mata memandang imej terbaru Megat. Semoga ia berkekalan

A.C.A.B. - Freedom And Justice

Open up your eyes and see
People live in poverty
No right to speak and no right to fight
Coz the tyrany will always be right
The Poor will always be same
While the rich keep winningtheir game

You rape and murder our freedom of speech
And call it justice as you turn ourselves in
We ain't done nothing we just wanna be free
We ain't no jews in the days of nazis

One day revolution will be made
And we'll gain our freedom and justice
Oh yeah...

No... it't not disorder that we want
And it's not anarchy
We need freedom and justice
We want to be free




Anwar akan bersumpah.


Rentetan kisah sumpah menyumpah bermula apabila saudara Saiful Bukhari yang hensem bersumpah bahawa dia diliwat DSAI.

Kehangatan tradisi bersumpah ini diteruskan pula oleh Timbalan Perdana Menteri yang bersumpah bahawa beliau tidak kenal mangsa yang diletupkan dengan bom C4

Melihatkan tiada bala yang menimpa, akhirnya bekas MB Perak juga mengikut jejak langkah dua wira negara ini untuk turut bersumpah bahawa dia tiada kaitan dengan isu penahanan 2 exco kerajaan Neger Perak.

Yang paling menarik sekali ialah apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan juga bersumpah yang mana ia dijangka dibuat di Dewan Parlimen. Tapi dalam sumpah ni, Ramlang Porigi tak kan jadi saksi. Imam-imam besar pun tak perlu hadir. Sebab rakyat Malaysia sendiri yang akan jadi saksi. Tapi ni bukan sumpah biasa. Sebaliknya sumpah untuk jadi Ahli Parlimen.

Maklumlah setelah pelbagai tohmahan dikenakan ke atas beliau dan dicampur pula keangkuhan media-media kerajaan bahawa Dato Ariff Shah akan menang akhirnya dia kecundang jua. Bukan kecil majoriti yang diperolehi bahkan mencecah ke angka 15671. Besar juga 'kemaluan' yang diperolehi. Anda semua boleh rujuk semua akhbar kerajaan dan juga saluran TV mengenai keyakinan dan lagak mereka. Mereka lupa kot, Allah yang akan beri kemenangan mutlak

Persoalan sekarang. Berjayakah DSAI membuat satu lagi sumpahan. Iaitu sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6? Sama-sama kita saksikan.

Apa dah jadi dengan sumpah-sumpah wira negara ni. Tup Tup kalah juga kat Permatang Pauh. Kesian la juga sebab banyak duit yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan ditabur di Permatang Pauh.

Modifikasi entry dari blog http://www.najwanhalimi.com/

Tuesday, August 26, 2008

Bukan semua orang tahan dengar nasyid


Tindakan pemuda PAS, GAMIS membantah konsert Avril Lavinge mencerminkan ketidakmatangan. Memang tidak dinafikan bahawa mereka memperjuangkan Islam dan aku sokong perjuangan mereka. Akan tetapi tindakan bantahan secara total dan menyeru demonstrasi ataupun pemboikotan program tersebut bukanlah satu kaedah yang penuh ‘hikmah.’ Sepatutnya mereka menggunakan pendekatan yang lebih sesuai. Umpamanya membenarkan penganjuran majlis itu akan tetapi mengawal pelaksanaan majlis, pemakaian penyanyi, percampuran lelaki dan perempuan muslim dan memastikan tiada arak yang dihidang seperti konsert-konsert terdahulu.

Mengenai komen mereka bahawa konsert itu akan menyuburkan budaya Punk. Aku ingin bertanya mereka. Mereka mengutuk dengan pelbagai kejian dan nista. Tapi adakah pernah mereka mengambil langkah untuk mendekati golongan ini bagi mendapatkan gambaran sebenar budaya ini dan bukannya main pakai hentam sahaja. Avril Lavigne sendiri membawakan muzik aliran Punk Rock dan bukannya aliran samseng Punk. Ada perbezaan antara keduanya.

Masalah dengan golongan Da’ie hari ini ialah apabila mereka hanya pandai mengeji dan membuat hukuman sendiri. Jarang dalam kalangan Da’ie yang sanggup turun padang untuk menyelami isi hati remaja-remaja liar ini untuk mengetahui permasalahan sebenar mereka. Konon-kononnya mereka takut kebejatan anak-anak remaja ini menjangkiti mereka seolah-olah risaunya mereka jika najis terpalit pada baju tatkala pergi ke tempat pembetungan najis.

Aku mengambil contoh diri aku sendiri yang sudah biasa dengan aliran muzik Oi! Ataupun Street Punk dan juga Hardcore hanya mendapat kepuasan selepas mendengar muzik sebegitu. Jiwa ini sudah sebati dengan muzik sebegitu dan tidak mampu untuk menanggung irama nasyid. Begitu juga remaja lain. Ada yang hanya berminat dengan muzik Hip Hop.

Masih aku ingat juga ketika aku lewa dalam dunia permasalahan remaja. Berapa ramai golongan yang kononnya menggelarkan diri mereka sebagai ahli masjid sanggup berjumpa denganku untuk berkawan mesra dan memberi nasihat. Kalau yang mencemuh memang ramai sekali.

Golongan yang sedar akan masalah ini akan dapat mengambil tindakan yang waras. Kita ambil contoh bagaimana sekumpulan anak muda di Amerika syarikat yang menyedari kepentingan dakwah kepada golongan remaja bermasalah. Mereka tahu sekiranya mereka menggunakan kaedah ‘Tangkap dan Pukul’ atau ‘kritik’ maka mereka tidak akan berjaya. Maka lahirlah sebuah kumpulan Hip Hop yang diberi nama ‘Soldier of Allah’ yang mana lagu-lagu mereka begitu meletup dan menyentuh sanubari anak-anak remaja Amerika Syarikat.

Majlis ilmu yang makin suram

Hadis Nabi ada menyebut bahawa majlis ilmu itu umpama taman-taman syurga yang mana pada pandangan Malaikat adalah seumpama bintang-bintang yang bercahaya di langit pada pandangan manusia di bumi.

Dari pihak atasan khususnya Pusat Islam, mereka menyedari akan perlunya mewujudkan taman-taman syurga ini bagi membimbing pelajar ke jalan Ad Din. Dengan ilmu agama lah seseorang mahasiswa dapat mengaplikasi ilmu duniawi yang dipelajari mengikut jalan-jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran sendiri, cukup banyak dinyatakan kepentingan ilmu untuk membimbing kita ke jalan yang diredhai oleh Sang Pencipta.

Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. [9:122]

Malam tadi ada di adakan pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat USM. Sedih sekali apabila bilangan mahasiswa yang menghadiri majlis ini cukup sedikit sekali. Tidak terlampau sekiranya saya katakan bahawa bilangan mahasiswa ini boleh dibilang dengan jari. Sikitnya para hadirin yang bertandang hinggakan walaupun hadirin jemputan dan staff ada tetapi dewan Nurani kelihatan lengang. Sekiranya mahasiswa menyedari akan keindahan ayat-ayat suci Al Quran dan tahu hikmahnya, nescaya dewan itu akan penuh.

Maha Suci Allah yang Telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam [25:1]

Aku teringat sms kata-kata seorang sahabat usrah dari negeri Perak. Katanya,

“Iman perlu diberi makanannya iaitu solat, puasa, sedekah dan amal soleh lain. Jangan racuni iman dengan maksiat kepada Allah. Ketahuilah Allah Maha Luas PemberianNYA.”

Hai saudaraku, renungilah sabda Rasul ini ‘Seorang yang sempurna aqal adalah yang selalu muhasabah diri dan bersedia dengan amal untuk mati. Orang yang rendah aqal adalah yang selalu menurut hawa nafsu dan mengharap angan-angan kepada Allah’ Hadis Shahih Tirmidzi.

Maka muhasabahlah diri kita kenapa kita tidak dapat memenuhi panggilan Allah sedangkan panggilan lain kita penuhi.? Adakah rasa cinta pada Allah sudah pudar berbanding cinta pada selainNYA. Jika begitu, perbaharui cinta kita pada DIA dengan amal yang bisa menarik cintanya. Allah itu cinta sejati.

Hari ini, kita heboh dengan pelbagai masalah kecurian yang menimpa warga kampus kita. Secara tidak langsung, ia ada kaitannya dengan amal kita di USM. Aku bukanlah orang terbaik untuk membuat kenyataan ini kerana aku sendiri selalu bolos dalam mengerjakan solat berjemaah. Tetapi beberapa kali aku ke Masjid Murni nescaya ada rasa sayu di hati pabila melihatkan masjid yang semakin kosong. Suara azan terutamanya subuh juga cukup jarang sekali kedengaran. Entah kemana hilangnya hati-hati mahasiswa yang terikat pada masjid? Sedah berkuburkah mereka?

Semoga tulisan ini memberi peringatan kepada diriku sendiri yang sering dihasut hawa nafsu untuk tidak turun Solat Jemaah dan bangun tahjud.

Sunday, August 24, 2008

Toleransi Bukan Demonstrasi….

Tertarik sangat-sangat apabila membaca notis jemputan ke Malam Ramah Mesra MPDMN yang akan diadakan pada 26 Ogos ini di Dewan Utama. Program anjuran MPDMN ini dijangkakan akan membincangkan pelbagai isu berkaitan pelbagai jabatan di USM yang mana panelnya terdiri daripada Tn Hj Yusuff, En Hafiz Assad dan Dr Rushdan selaku penggawa desa.

Satu gandingan panel yang cukup mantap. Tetapi, di mana YDP MPDMN yang sebelum ini menguar-uarkan akan menjawab pelbagai persoalan. Adakah dia sudah melepaskan diri dengan menurunkan otai-otai berpengalaman?

Berkenaan dengan tema: Toleransi bukan Demonstrasi, ia merupakan sesuatu yang cukup menarik untuk dikupas. Maklumlah, sebelum ni heboh mengatakan bahawa mantan YDP PSP merupakan penyelaras demonstrasi. Akan tetapi, beberapa hari yang lepas, satu nama telah muncul dalam ruangan cbox blog yang mengajak untuk demonstrasi. Tuan empunya badan juga tidak pernah menafikan bahawa adanya orang menggunakan nama beliau untuk menimbulkan kekeliruan. Walaubagaimanapun, ruangan cbox sukar untuk dipercayai kerana sesiapa sahaja boleh menyamar. Hanya empunya diri dan Allah S.W.T sahaja yang tahu. Namun aku ingin sertakan juga beberapa shout menarik yang dipostkan ke ruangan cbox tersebut. Terpulanglah kepada semua mahasiswa untuk menilainya.

11 Aug 08, 14:56
ex-mpd: tak perlu demonstrasi..sesi lepas nape xde yg pertikai ceghi jd ydp??..

18 Aug 08, 19:21
ydp mpd: meh la buat demo 26 ogos ni...ahli panel yang aku jmput tn haji,en hafiz n dr rushdan..timbalan pengarah jab. keselamatan pun di jmput..slamat sket kan nk wat demo..

18 Aug 08, 19:23
ydp mpd: jgn terer dlm blog je..nk jugak nengok sesuatu yg menarik kat kmpus kt

18 Aug 08, 19:29
ydp mpd: best ke main kutuk blakang..jumpe la aku kalo ade mende yang x puaskan ati...mpdmn 80/09...tolenransi BUKAN demonstrasi...

19 Aug 08, 00:07
ydp mpd: bdak uitm wat demo demi pejuangan melayu..pejuangan serious..bukan isu remeh mcm penjualan white coat

19 Aug 08, 00:10
ydp mpd: jgn cume menjerit depan bebudak je..tiade tindakan dpt diambil...diharap agar sedare jacknaim orng yng pertama angkat tangan pasal isu cmpur tangan penjualan white coat

19 Aug 08, 00:12
ydp mpd: pemilihan nydp da diputuskan..so..dtangla 26 ogos..penguguman nydp...mesti surprise ble tau sape orngnye..

19 Aug 08, 12:25
ydp mpd: isu white coat tu da timbul sblum perlantikan hicom mpd baru..bijak ek tanya orng yang baru terime jawatan..nape x trus tanye ex ydp..isu timbul ble certain orng naik..

19 Aug 08, 12:27
ydp mpd: so tanye la time 26 ogos tu dimana ex ydp mpd sndri akan jadi moderator..

19 Aug 08, 12:46
ydp mpd: buatla ape korang nak wat..tp aku harap korang seberani dalam blog ni time 26 ogos nnti...tunjukkan kuasa mahasiswa..bukan taipan mahasiswa

21 Aug 08, 17:15
ydp mpd: YA..MARI KT TRUN DEMO..

21 Aug 08, 17:16
ydp mpd: pakat ramai2 trun demo

21 Aug 08, 18:48
kekunang: sape ye perhatian ni?

21 Aug 08, 20:34
indie: perhatian! tu la ydp mpd..salah satu konspirasi dia nak pecah belahkan usm ni..

Kesimpulan yang diperoleh daripada shout dalam cbox tersebut ialah orang yang menggunakan nama ydp mpd merupakan dalamg kepada demo [melainkan adanya penafian daripada beliau].

Orang bernama ydp mpd dalam shout tersebut jelas menunjukkan sikap emotional dan tidak rational. Beliau juga jelas menunjukkan sikap lepas tangan dan ingin menyalahkan orang lain terhadap sesuatu masalah yang timbul [rujuk 19 Aug 08, 12:25 dan 19 Aug 08, 12:27]

Sekiranya beliau merupakan orang bertanggungjawab [hanya dirinya dan Allah yang tahu] maka dia telah melakukan dua pengkhianatan.

1) Cubaan memecahbelahkan mahasiswa.

2) Menipu tema MPD : Toleransi bukan Demonstrasi.

Aku serahkan pada mahasiswa untuk menilai…

p/s : Komentar ini ditulis berdasarkan kenyataan-kenyataan dalam ruangan cbox page www.jacknaim.blogspot.com. Suka diingatkan kepada para mahasiswa yang apa yang ditulis mungkin tidak tepat. Semuanya bergantung kepada empunya nama yang menggelarkan diri sebagai ydp mpd. Sekiranya penama tersebut betul-betul merupakan saudara bob 2nd year maka barulah tulisan ini sahih. [hanya diri penama dan Allah yang tahu siapa ydp mpd]

Saturday, August 23, 2008

KJ Berhujah songsang lagi

Kalau dulu, heboh semasa ceramah PRU 12 di kelantan dengan isu menyamakan dacing timbangan di akhirat dengan dacing Barisan Nasional kini KJ kembali lagi dengan fatwa songsangnya berkaitan dengan sumpah laknat. Berikut ialah kata-kata menantu kesayangan Al Fadhil Perdana Menteri kita yang dipetik dari Utusan Malaysia Online

Petikan daripada Utusan Malaysia Online: ‘Budak bancuh kopi’ ke luar negara?

Sehubungan itu, Khairy berkata, sumpah laknat yang dilafazkan Mohd. Saiful baru-baru ini bahawa dia diliwat oleh Anwar sepatutnya tidak dipertikaikan.

“Ini kerana sesiapa yang melafaz sumpah laknat boleh terkena sumpahan seluruh keturunannya.

“Beban yang ditanggung oleh Mohd. Saiful bukan hanya ditanggung oleh beliau malah seluruh keturunannya,” katanya.

Konsep dalam Islam

Dosa atau kesalahan seseorang merupakan tanggungjawab individu tersebut. Tidak ada konsep ia boleh diwarisi ahli keluarga atau keturunan selaras dengan firman Allah S.W.T

Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan[6:164]

Akan tetapi, seseorang akan menanggung dosa orang-orang yang disesatkan sekiranya mereka tidak tahu kebenaran sebenar. Dalam erti kata mudah, sekiranya mangsa liwat tersebut bersumpah laknat ke atas dirinya hingga menyebabkan orang percaya pada kata-katanya dan seterusnya menyebabkan masyarakat yang jahil percaya pada kata-kata itu maka si mangsa liwat itu akan menanggung dosa masyarakat yang jahil tadi.

(ucapan mereka) menyebabkan mereka memikul dosa-dosanya dengan sepenuh-penuhnya pada hari kiamat, dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahwa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang mereka pikul itu.[16:25]

Dari mana datangnya konsep warisan dosa atau sumpahan ini?

Umum mengetahui, konsep dosa warisan atau sumpahan warisan ini merupakan konsep yang diperkenalkan oleh St Paulus iaitu bapa moden agama kristian. Paul telah menyenaraikan empat rukun agama kristian yang mana salah satunya ialah ‘doctrine of original sin’ iaitu manusia mewarisi dosa Adam yang memakan buah larangan dari ‘Tree of Knowledge and Wisdom

Konsep dosa warisan ini dijelaskan oleh Paulus dalam suratnya kepada maharaja Roman iaitu:

Therefore, just as sin entered the world through one man, and death through sin, and inthis way death came to all people, because all sinned—[Roman 5:13]

Ia juga dijelaskan oleh Paulus dalam suratnya kepada Corinthian

For as in Adam all die, so in Christ all will be made alive [ 1 Corinthian 15:22]


Ternyata apa yang diucapkan oleh KJ menyalahi nas-nas agama sama seperti hujahnya yang terdahulu. Entah dari mana lulusan Oxford ini belajar fatwa agama yang sesat lagi menyesatkan. Akhir kata, marilah kita kembali kepada Agama Islam yang sebenarnya.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah