Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. [51:55]
Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah kerana rahmatnya, umat Islam dapat menunaikan dua ibadat khusus untuk melengkapkan rukun Islam iaitu berpuasa dan membayar zakat. Sesungguhnya Islam ini cukup cantik sekali apabila memperkenalkan zakat kerana disamping dapat membersihkan jiwa seseorang muslim, ia juga dapat membantu meningkatkan ekonomi Islam dan membantu golongan yang berhak menerimanya.
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. (Surah at-Taubah, Ayat: 103).
Satu Hadis shahih juga ada meriwayatkan perihal zakat iaitu,
Zakat boleh dibahagikan kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat Fitrah merupakan zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim manakala zakat harta dikeluarkan apabila mencapai nasab tertentu. Dan ada lapan golongan yang berhak menerima zakat iaitu Fuqara Miskin, Miskin, Amilin, Muallaf, Hamba, Gharimin, Fi Sabilillah dan Ibnu Sabil.
Akan tetapi aku cukup hairan sekali dengan sistem pengagihan zakat di negara kita. Sekiranya kita berpegang kepada kalimah Allah, sepatutnya masalah kemiskinan sudah berjaya diatasi. Contohnya sudah ada, yakni pada zaman Khalifah Umar Ab aziz kemiskinan berjaya diatasi sehingga tidak ada penduduk yang sanggup menerima wang Baitulmal.
Aku tidak ada hak untuk menuduh yang bukan-bukan kerana aku sendiri pun tidak pasti mengenai hal ini. Cuma aku dapat mengeluarkan sedikit pandangan dan rumusan berdasarkan statistik yang sedia ada. Berdasarkan hal itu, aku menjadi pelik. Kemana duit zakat menghilang. Adakah kesemuanya disalurkan kepada asnaf yang layak memerlukannya ataupun sekadar menjadi peraman dalam tempayan pusat zakat?
Mari kita buat perkiraan bodoh. Jumlah penduduk Malaysia sekarang adalah lebih kurang 30j orang. Jika kita ambil 45% sahaja darinya yang beragama Islam, maka jumlah zakat fitrah yang sepatutnya dikutip adalah sebanyak (13500,000 X 7.60 = 102,600,000). Ini belum lagi dicampur dengan zakat harta. Sekarang, mari kita lihat statistik golongan yang berhak menerima zakat
Pada tahun 2002, terdapat seramai 272000 penduduk miskin [UMNO Online]. Jumlah ini sepatutnya menurun memandangkan Kerajaan BN begitu prihatin menjaga kebajikan rakyat. Saya terpaksa menggunakan statistik ini kerana tidak jumpa statistik yang paling terbaru. Manakala untuk golongan Fuqara Miskin pada tahun 2008 pula adalah sebanyak 50 000 orang [Agenda Daily],
Untuk golongan Amilin, saya hanya mensasarkan sebanyak 7000 orang iaitu seramai 500 Amilin untuk satu negeri [ini hanya statistik saya. Kemungkinan untuk silap adalah besar].
Bagi golongan muallaf pula, saya mensasarkan seramai 3052 orang berdasarkan statistik bilangan Muallaf di Pulau Pinang pada tahun 2006 [Pas Bukit Bendera]
Golongan hamba rasanya sudah boleh ditolak ketepi kerana dalam keadaan masyarakat sekarang yang sudah tidak menjalankan sistem hamba.
Untuk golongan Gharimin, saya tidak boleh menunjukkan sebarang angka kerana tiada data mengenai orang yang berhutang. Lagipun, saya sendiri kurang jelas dengan konsep gharimin
Untuk golongan Fi sabilillah, sekarang sudah tiada perang. Akan tetapi Dr Yusof Qardawi telah menjelaskan bahawa Fi Sabilillah adalah termasuk Da’awah Center. DI Malaysia terdapat lebih kurang satu ke tiga center di setiap negeri menjadikan sekurang-kurangnya 42 center. Golongan pelajar juga turut dikategorikan dalam golongan ini. Tetapi untuk memudahkan pengiraan, kita tinggalkan dulu.
Manakala golongan terakhir pula cukup susah untuk kita bertemu sekarang. Kalau adapun, mungkin pendatang asing. Tapi saya tidak pasti mereka dikategorikan sebagai Ibnu sabil ataupun tidak.
Secara bodohnya la, sekiranya jumlah golongan diatas adalah seramai 342052 orang, sekiranya zakat dibahagikan secara rata, maka setiap seorang akan dapat RM3000. Wow, itu baru duit zakat Fitrah. Duit zakat harta tak dikira lagi. Itu belum mengikut prioriti. Kerana bukan semua berhak menerima jumlah yang sama, contohnya golongan Amilun. Takkan lah kita nak bagi kepada mereka sama dengan jumlah fakir miskin terima? Kalau begitu, tiada gunalah zakat diadakan. Sebabnya, golongan Amilun pun bukannya golongan papa kedana. Ada yang kaya.
Dan pengiraan diatas jelas jauh dari hakikat sebenar yang berlaku. Sekarang ini, muallaf hanya mendapat peruntukan sebanyak 300-400 ringgit seorang sahaja. 10 kali ganda lebih rendah dari jumlah yang sepatutnya mereka terima. Jadi, kemana perginya bahagian mereka? Kalau orang masuk Kristian boleh dapat sampai 4000-5000 takkan la kita tak nak bagi, sedangkan Rasulullah suruh kita bagi dekat golongan ini.
Sekarang, kita ambil contoh pengagihan zakat di Satu negeri sahaja iaitu Selangor. Menurut sumber [ini] Selangor berjaya memperoleh RM202.1 juta hasil kutipan zakat harta dan fitrah sepanjang tahun lalu. Sejumlah RM174.5 juta wang zakat telah diagihkan kepada asnaf yang layak iaitu asnaf miskin (RM51.5 juta), asnaf fakir (RM1.9 juta), asnaf fisabilillah (RM70.1 juta), asnaf mualaf (RM8.3 juta), asnaf gharim (RM17.4 juta), asnaf amil (RM23.7 juta), asnaf riqab (RM896,683) dan asnaf ibnu sabil (RM408,178). Persoalannya ialah, di mana lebihan 27.6 juta? Menurut web itu juga, jumlah ini dijangka meningkat bagi tahun ini.
Bagaimana pula prestasi kutipan zakat di negeri lain. Di Melaka contohnya,mengikut laman web [Ali Rustam] Prestasi Kutipan Zakat Harta sehingga 29 Mei, 2008 ialah sejumlah RM 9,105,450.40 berbanding tahun 2007 sejumlah RM 5,557,975.63 iaitu peningkatan sebanyak 63.83%.
Di Pahang pula, mengikut laman web [zakat] Pada tahun 2007, PKZMUIP hanya mengutip RM17.6juta sahaja. Walau bagaimanapun pada tarikh yang sama tahun ini, kutipan zakat harta terkumpul berjumlah RM35.5juta. Dengan kenaikan ini, mudah-mudahan sasaran kutipan 2008 iaitu RM43juta tercapai, insyaallah.
Itu hanya di tiga negeri. Kalau anda nak tahu jumlah kutipan zakat, maka rajin-rajinlah rujuk Pusat Pungutan Zakat diseluruh negeri. Maka kita akan dapat lihat betapa banyaknya jumlah zakat ni. Tapi sayang, entah kemana pengaliran wang zakat ini. Saya sendiri sudah penat menerima aduan saudara kita yang memohon zakat di pejabat agama dilayan seperti pengemis dan dihalau. Ada yang memberi alasan konon-kononnya borang permohonan agihan zakat habis. ?Oleh itu, saya berharap agar pembahagian wang zakat didedahkan ataupun diletak dibawah kuasa parlimen yang dijaga oleh MP Islam agar semua asnaf yang layak menerima zakat mendapat manfaat darinya. Usahlah dibuat pekasam duit-duit zakat itu. Sampaikanlah kepada mereka yang layak menerimanya. Kita kutip zakat tiap-tiap tahun tapi tak semua duit yang dterima diagihkan kepada yang layak menerimanya. Ermm Entah apa la nak jadi








