Sunday, November 30, 2008

Selamat Bersara Dr MAZA

Seribu kesyukuran di panjat ke hadrat ILAHI di atas kurnianya menghantar Tuan sebagai Mufti yang begitu berani dalam menegakkan haq serta menghapuskan yang batil.

Memang tidak dinafikan, Tuanlah antara mufti yang paling kontroversi sehingga mampu menewaskan kepopularitian artis di Malaysia. Sebelum ini, rakyat tidak tahu pun apa itu mufti serta peranan yang mereka jalankan. Alhamdulillah, Tuan telah merubah perspeksi tersebut.

Tidak dinafikan, kadang-kadang Tuan begitu berani sekali dalam mengeluarkan pendapat yang dilihat bertentangan dengan adat Melayu seperti perihal perkahwinan dan juga perkara-perkara bid’ah. Syabas, kerana sebelum ini ramai mufti yang tidak berani berbuat demikian kerana bimbang reputasi terjejas.

Kelantangan Tuan dalam memberikan komen dan ulasan dalam bidang politik tanpa mengira parti pemerintah atau pembangkang juga amat saya kagumi. Sesungguhnya ilulah yang dituntut dalam agama kita. Berani kerana Kebenaran. Kerana kebenaran jugalah kita saksikan ramai ulamak-ulamak terdahulu yang terpenjara akibat kedengkian pemerintah. Semoga Tuan tidak menerima nasib yang sama.

Sesungguhnya manusia takkan terlepas dari menyebar fitnah kerana ia adalah hasil dari kedengkian yang menapak di hati. Mungkin kerana mereka tidak mampu untuk bersuara seperti Tuan akibat dipengaruhi pihak tertentu. Oleh itu, bersabarlah kerana mereka itu berada dalam kejahilan. Sesungguhnya Allah jualah hakim yang akan mengadili kita semua.

Akhir kata, semoga Tuan mendapat kejayaan dalam apa yang Tuan bakal kerjakan selepas persaraan nanti. Halalkanlah ilmu yang saya dapat daripada tulisan-tulisan serta cd ceramah Tuan.

Moga Tuan diberkati oleh Allah selalu hendaknya. Bersuaralah demi kebenaran. Semoga Tuan tidak termasuk dalam golongan ulamak yang dibakar dalam api neraka kerana menyembunyikan kebenaran..

Yang benar
Muhamad Na’im B Ab Razak (Jack)
Pelajar Perubatan, USM Kubang Kerian,
Friendly Comparative Religion, IIS Foundation.
www.jacknaim.blogspot.com

Saturday, November 29, 2008

Surau ditutup- Satu tindakan yang tidak rasional

Pada mulanya aku ingin mengambil dasar berkecuali dalam isu ini tetapi setelah meneliti nya dari pelbagai sudut ternyata isu ini agak besar dan tidak sepatutnya timbul. Di mana kredibiliti pihak bertanggungjawab dalam isu ini.

Pertama sekali, semua sudah sedia maklum bahawa surau tingkat bawah merupakan tempat kaum muslimin solat. Disitu azan berkumandang. Walaupun aku tak de la solat disana lima kali sehari, tapi tetap ada perasaan marah di atas apa yang berlaku.

Sebelum ini pun, Surau tersebut pernah ditutup sebanyak dua kali (sepanjang aku disini) kali pertama kerana SUKAD dan kali kedua kerana kerja pengubahsuaian. Ketika itu, isu tidak besar sangat kerana surau tingkat dua masih boleh digunakan. Tapi kini surau tingkat dua sudah dijadikan bilik asrama.

Menurut sahabat aku, alasan yang diberikan pihak penganjur cukup tidak munasabah. Surau tersebut dijadikan bilik untuk pengadil pertandingan dan mereka membayar wang penginapan. Kata mereka, Rumah tetamu sudah penuh. Persoalannya ialah, bagaimana pula dengan bilik master room student di Murni? Kalau penuh juga, macam mana dengan rumah tumpangan murah yang bersepah dekat hadapan USM. Tak kan penuh juga.

Kalau dah tak ada tempat sangat kenapa tak sumbat dekat desasiswa UPPU? Mungkin malu kot dengan prasarana di sana. Tau pun malu (kepada manusia). Tapi tak kan la tak ada rasa malu kepada TUHAN apabila menghalang hambanya beribadat dalam rumahNYA.

Ada orang kata, bagus juga solat di bilik TV. Sekurang-kurangnya boleh berdakwah. Nanti orang bukan islam boleh tengok bahawa solat dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Persoalannya ialah, adakah dengan menjadikan bilik TV sebagai tempat solat rasional? Bukankah turut mengganggu mereka (non muslim) untuk membaca akhbar dan menonton TV. Bukankah itu akan menambahkan lagi kemarahan mereka.

Non Muslim yang aku temui turut melahirkan kemarahan terhadap isu ini. Mereka sedar apa yang berlaku apabila kuil mereka ditutup. Jadi mereka mengatakan bahawa orang Islam wajib berasa marah di atas apa yang berlaku. Seriously ini kata Non Muslim. Tak Malu ke kita sebagai Muslim??

p/s: Menanti jawapan dari pihak penganjur dan pengurusan Asrama atas insiden ini. Semoga kekusutan ini tidak menjadi barah dan dapat diselesaikan dengan baik. Ameen

Thursday, November 27, 2008

Keep fighting and wins!

Thinking bout failure means dooms,
But how can I throw the disaster away?
I been stumbled so many times,
And yet never stand so firmly,
I wonder how long I’ll survive.
Can I ever walk out from it?


Sometimes failure gives you strength,
But only if you can win it,
Pull it over and kick it,
And never let it conquer your thought,
But will I be able to face it?
Since the battle is so tense.


The cry, the tears and the pains,
Make the joy trap inside of me,
Even the courage fails to arise,
Keep hiding and never show up,
Am I in the big troubles?
Craving for victory seems a dream.


Keep telling yourself confidentially,
You got to stand and fight,
Till the last drop of blood,
Till your breath comes to end
Never give up never surrender
Cause it’s your destiny to be warrior


Remember that you got to fight more,
When you fail to succeed,
Because the weakness is not so powerful,
You just need to tackle it wisely,
And let the spirit grow,
And remember to keep fighting.

-When my insomnia is back again-
Jacknaim™
DN204, Nurani Putera
USM Kubang Kerian
4.07 am, Thursday
27/11/2008

Fill by the Spirit Again…….

Selepas beberapa bulan menghadapi masalah stress dan tidak dapat belajar akhirnya Allah memberikan ketenangan dan mengembalikan semula semangat untuk belajar. Banyak rupanya ilmu perubatan yang masih belum diketahui ataupun lupa. Walaupun sudah masuk dua minggu blok psiakiatry tetapi nota first week pun belum disentuh lagi. Banyaknya yang perlu di cover.

Tapi Alhamdulillah tadi sempat meluangkan masa di ward 5 Utara (kali kedua ke ward psikiatri. Kali pertama di HKB) bersama Norisyam 4th year dan dapatlah belajar sedikit sebanyak tentang bipolar affective disorder. Tapi kadang-kadang bila bersembang dengan pesakit psikiatry ni, kita pula yang terasa mengalami psikiatri.. huhu minta dijauhkan Allah S.W.T dari semua ni

Malam pula ke ward Medical bersama Ise juga 4th year dan dapat refresh dua lagi disease iaitu hypertensive crisis dan Rheumatic fever.

Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepadaku untuk terus belajar. Bagi mereka yang berminat untuk membaca catatan tentang tiga penyakit yang disebut bolehlah terus membaca entry post ini. Semoga mendapat manfaat dari sedikit catatan ini.

Bipolar affective Disorder.

Brief History

Patient ialah female berusia dalam lingkungan 30-an. Berpakaian baju kurung kemas (awal2 ingat doktor. Rupanya patient) dgn striking color dan berjalan mundar-mandir disekitar ward. Mukanya macam takde perasaan (mask like face) mungkin disebabkan ubat yag diberi kot. Setelah didekati, patient bersetuju untuk diinterview dan terlebih baik pulak. Patient mendakwa ini adalah kali kesepuluh dimasukkan ke dalam ward. Gaya percakapannya agak reliable tetapi perlu disahkan dengan bertanya ahli keluarga. Patient bercakap dengan banyak sekali dan mendakwa dirinya membuka banyak kedai. Dia turut menceritakan tentang pelan perniagaannya serta strategi untuk membuka sehingga 30 cawangan kedai untuk dijaga oleh adik-adiknya. Tumpuan perhatiannya sering kali hilang apabila beberapa kali ‘lari’ dari interview dan kemudiannya datang balik. Berdasarkan penampilannya, aku berpendapat yang patient berada dalam manic stage.

What is Bipolar disorder?

-illness characterized by either elevated mood (mania) or depressed mood (depression)

-periods of deep, prolonged, and profound depression that alternate with periods of an excessively elevated and/or irritable mood known as mania

-one pole of a spectrum of mood disorders including bipolar I (BPI), bipolar II (BPII), cyclothymia (oscillating high and low moods), and Bipolar Disorder not otherwise specified (NOS)

Diagnostic overview (DSM-IV-TR)

Bipolar I

Bipolar II

Cyclothymia

Bipolar NOS

-at least one manic @mixed episode

-Major depressive@hypomanic episode

-at least one major depressive episode

-At least one hypomanic episode

**No manic

-Mood states not meet full criteri for depressed manic or mised episodes

-Not meet specific criteria for any specific bipolar disorder

Symptoms of Manic episodes

-At least 1 week of profound mood disturbance is present, characterized by elation, irritability, or expansiveness.

  • Three or more of the following symptoms are present:
    • Grandiosity
    • Diminished need for sleep
    • Excessive talking or pressured speech
    • Racing thoughts or flight of ideas
    • Clear evidence of distractibility
    • Increased level of goal-focused activity at home, at work, or sexually
    • Excessive pleasurable activities, often with painful consequences

-The mood disturbance is sufficient to cause impairment at work or danger to the patient or others.

-The mood is not the result of substance abuse or a medical condition.

Hypomanic episodes are characterized by the following:

-The patient has an elevated, expansive, or irritable mood of at least 4 days' duration.

  • Three or more of the following symptoms are present:
    • Grandiosity or inflated self-esteem
    • Diminished need for sleep
    • Pressured speech
    • Racing thoughts or flight of ideas
    • Clear evidence of distractibility
    • Psychomotor agitation at home, at work, or sexually
    • Engaging in activities with a high potential for painful consequences

-The mood disturbance is observable to others.

-The mood is not the result of substance abuse or a medical condition.

Major depressive episodes are characterized by the following:

- For the same 2 weeks, the person experiences 5 or more of the following symptoms, with at least 1 of them being either a depressed mood or characterized by a loss of pleasure or interest:

    • Depressed mood
    • Markedly diminished pleasure or interest in nearly all activities
    • Significant weight loss or gain or significant loss or increase in appetite
    • Hypersomnia or insomnia
    • Psychomotor retardation or agitation
    • Loss of energy or fatigue
    • Decreased concentration ability or marked indecisiveness
    • Preoccupation with death or suicide; patient has a plan or has attempted suicide
  • The symptoms cause significant impairment and distress.
  • The mood is not the result of substance abuse or a medical condition.

Mixed episodes are characterized by the following:

-Persons must meet both the criteria for mania and major depression; the depressive event is required to be present for 1 week only.

-The mood disturbance results in marked disruption in social or vocation function.

-The mood is not the result of substance abuse or a medical condition.

-The mixed symptomology is quite common in patients presenting with bipolar symptomology. This often causes a diagnostic dilemma

For more detail leh la rujuk website emedicine.. panjang sangat nak tulis huhu

http://www.emedicine.com/med/TOPIC229.HTM

Hypertensive Crisis

History

Patient umur 51 tahun, bekerja sebagai kerani sekolah. Datang ke USM dekat Outpatient clinic sebab nak tukar HPT drug setelah dinasihatkan GP. Oleh kerana BP systolic >200 and diastolic > 100 dia di admit ke dalam ward. Ada palpitation. Ada dengar bunyi ‘gush’ masa jantung berdenyut. Patient obese, uncontrolled diet. History of hypertension above 200+/100+

Examination reveal displaced apex beat with visible pulsation, murmur grade 5 at tricuspid area. (I cannot decide whether it diastolic/systolic and the type). Patient put on nasal prong and IV Beta blocker.

What is hypertensive crisis

Substantial acute increase in diastolic blood pressure over 120mmhg with or without target organ damage (TOD)

Type

1. Hypertensive emergency (with evidence of TOD)

Eg:papilloedema,Pulmonary edema, MI, severe headache,chane mental status, seizure, coma, acute renal failure.

2. Hypertensive urgencies (potentially harmful but no S&S or evidence of TOD)

Management

- In Hypertensive emergencies, Complete BP control within few hours to reduce risk of permanent damage or death (diastolic 100-110mmhg for first 24h) by using IV antihypertensive drugs

- In Hypertensive urgency, BP control can be accomplished more slowly with oral antiHPT drugs within 24-48h to diastolic level of 100-110mmhg. Avoid rapid decrease in BP to prevent cerebral hypoperfusion or coronary insufficientcy.

Sekian dulu:: Banyak seh nak tulis.. Baca sendiri ek. Best reference ialah Sarawak Handbook of Medical emergencies page 1.16

Rheumatic Fever

History

Patient female umur 22 tahun come because of joint pain (susah nak gerakkan joint bila bangun tidur). She has history of heart valve problem. Patient ada raised rash dekat tangan dan kaki. Datuk ada history of heart disease manakala ibunya ada history joint paint.

What is rheumatic fever

-Post streptococcal infection that cause cross react between antibody and M protein of valve. This may cause permanent damage to valve. Diagnosis made base on Jones criteria. Usually there must be evidence of recent streptococcus infection + 2 major criteria or 1 major + 2 minor criteria.

Evidence of Strep infection

- Recent strep infection

- History of scarlet fever

- +ve throat swab

-Increase ASOT > 200u/ml

-Increase Dnase titre

Jones Criteria (Major)

-Carditis

-Arthritis

-Subcutaneous nodule

-Erythema marginatum

-Sydenham’s chorea

Minor

-Fever

- Raised ESR ar CRP

-Artralgia

-Prolong P-R interval

-Previous rheumatic fever…..

Nak tau lagi, baca oxford handbook of clinical medicine 7th edition page 128 atau buku Kumar n Clark Clinical Edition page 76-77

Tuesday, November 25, 2008

Apa Salahnya Ustaz Azizan Jutawan?

SUDAH lama rasanya tidak memberikan komen mengenai politik tanah air. Tetapi aku terlintas untuk menulis entry ini setelah membaca sebuah blog puak erdogan dalam PAS mengenai kepimpinan PAS Kedah yang dikatakan gagal memenuhi matlamat perjuangan PAS. Lebih kritikal lagi apabila ia lebih berkisar kepada kisah kepimpinan Ustaz Azizan yang dikatakan lebih gemar bermain golf bersama Sultan Kedah.

Hanya Allah tidak perlukan Rehat.

Aku tidak melihat sebarang kecacatan pada Ustaz azizan sekiranya keluar bermain golf bersama sultan Kedah apatah lagi di hujung minggu bagi mengurangkan stress menguruskan sebuah negara. Kita ni hanya manusia biasa sahaja, perlu berundur buat seketika dari kesibukan kerja bagi merehatkan kembali fizikal dan mental agar kerja seterusnya dapat dijalankan. Memang benarlah kita ini hanya Makhluk ciptaan Allah. Sentiasa penat dan tidak mampu melawan takdir Ilahi. Hanya Allah yang tidak pernah penat dan tidak memerlukan rehat.

Ustaz Azizan Gagal Memenuhi Syariat Islam

Bagus lunas fikiran puak erdogan tersebut dalam memastikan syiar Islam benar-benar tertegak di Kedah. Bagiku ia bukanlah satu mimpi untuk melihat Kedah sebagai negeri yang bebas dari Kelab Malam dan Penjualan Arak seperti mana Kelantan. Persoalannya, mengapa menjadikan ia sebagai idealistik semata-mata. Kedengaran boleh dilakukan tetapi mustahil. Sepatutnya mereka yang berpendidikan tinggi agama lebih tahu bahawa sesuatu syariat dilaksanakan mengikut langkah perlahan demi perlahan, penuh bijaksana dan bukannya mengejut. Ambil contoh PAS Kelantan sendiri, adakah mereka laksanakan syariat Islam dalam menghapuskan premis judi, arak dan Kelab Malam dalam tempoh satu penggal pemerintahan sahaja? Tentunya tidak bukan! Hal ini kerana fikiran kita sangat-sangat terhad dalam menerima perubahan secara mendadak. Maka tidak hairanlah Al-Quran diturunkan selama 23 tahun dan pengharaman arak mengambil masa yang berperingkat di dalam Al-Quran.

Ustaz azizan Derma RM10 000 sebab dia jutawan?

Jadi apa masalahnya? Yang penting dia menyumbangkan wang tersebut untuk kepentingan rakyatnya. Tak kisahlah banyak mana. Sekiranya dia nak potong semua gaji nya pun apa persoalannya. Zaman dahulu menyaksikan betapa Sahabat Rasulullah bersedia mengorbankan hartanya ke jalan Allah. Uthman B Affan, UmarAl Khattab, Ab Rahman b Auf dan akhir sekali Abu Bakar As Siddiq (yang menginfak seluruh hartanya) menunjukkan bahawa Islam mengajar umatnya supaya menderma. Bagaimana pula dengan kita. Yang bergaji RM 5000 sebula pernahkah menderma barang RM10 ke Masjid setiap kali mengerjakan solat Jumaat? Atau kalu pelajar, adakah istiqamah menderma walau RM1 setiap minggu? Perbuatan Ustaz setidak-tidaknya menjadi contoh kepada rakyat untuk menderma ke jalan Allah.

Orang kata dia jutawan ada tanah berbidang-bidang

Jadi apa masalahnya? Kalau betul dia jutawan, biaq p la. Itu tanah dia yang dibeli dengan duit dia syeikh. Kalau dia dapatkan secara haram maka panggillah BPR datang tangkap. Masuk je Paper Ust Azizan kena tangkap. Akulah orang pertama yang akan kutuk dia. Tapi, Kalau betul dia jutawan maka baguslah. Ada juga umat Islam zaman sekarang yang kaya raya tapi merendah diri. Sampai sekarang pakai mercedez buruk je. Aku tertarik dengan satu komen daripada pengunjung blog beliau mengatakan bahawa Ustaz Azizan hanya berkain Pelikat dan berbaju Singlet. Ini membuktikan bahawa beliau cukup bersederhana sekali.

Kalau dah dengki memang itu lah tabiatnya

Perangai hasad ni memang bahaya sekali. Aku sendiri pun pernah dengki sampai terlintas nak jatuhkan orang itu dan orang ini. Maka aku tidak menolak kemungkinan bahawa adanya unsur dengki dalam penulisan hamba Allah tersebut. Mungkin kerana dia tidak lagi menjadi orang penting PAS. Tapi sedarlah pembaca sekalian, insaflah! Sifat sebeginilah yang akan merosakkan perjuangan Islam.

Sifat sebegini telah terbukti berlaku dalam UMNO yang mana diakui sendiri oleh Tun Mahathir dan juga bakal Perdana Menteri (itu pun kalau jadi atau tak mati tengah jalan).

p/s : kalau ada seringgit duit, dermalah walau sepuluh sen. Ada seribu derma sepuluh ringgit…

Dakwah tanpa diskriminasi

SAYA teringat akan satu cerita yang disampaikan oleh Bro Lim Jooi Soon bahawa permohonan seorang wanita cina untuk memeluk Islam ditolak oleh Jabatan Islam hanya kerana berpakaian seksi. Betapa senang pegawai Jabatan Islam tersebut menuduh bahawa wanita cina itu ingin mempermainkan Islam. Jika tidak, dia tidak akan ke Pejabat Islam berpakaian sebegitu.

Dalam hal sebegini, Pegawai Pejabat Islam tersebut tidak salah kerana dia bertindak berdasarkan cara dia dididik. Memang kita selama ini dididik untuk mencemuh mereka yang berpakaian jarang atau ‘tidak cukup kain’. Akan tetapi, ia tetap tidak menghalalkan perlakuan kita.

Walau seteruk mana pun penampilan seseorang, ia tidak bermakna yang dakwah tidak patut dilaksanakan. Sebaliknya kita patut mengambil sebanyak mana peluang untuk memperkenalkan Islam kepada mereka walau sekadar satu perkongsian selama seminit sekalipun. InshaALLAH mereka akan menjadi Muslim yang lebih baik berbanding kita sekiranya mereka memeluk Islam.

Saya dan kawan-kawan ada keluar dengan seorang perempuan seksi sebegini. Bayangkan hanya berseluar pendek dan berbaju singlet yang ditutupi dengan sweater sehinggakan seorang kawan India berkata sesudah kami pulang,

“Saya ingin sangat tanya dia, tak sejuk ke pakai macam tu. Aiyoo, saya pun sudah sejuk oo.”

Tapi Alhamdulillah, walaupun penampilannya sebegitu tapi dia akhirnya menerima sebuah Al Quran dan dua buku tentang Islam di akhir pertemuan kami. Ini menunjukkan bahawa mereka juga ada naluri untuk kembali kepada fitrah asal manusia dalam beragama. Semoga Sister tersebut diberi Hidayah oleh Allah S.W.T. Ameen!

p/s: Tahniah Dr Jamsani atas usaha dakwah yang berterusan. Ganbatte!

Friday, November 21, 2008

Belum bersedia lagi rupanya

Melihatkan situasi sekarang di mana kapal-kapal belayar dengan gahnya di tengah lautan memacu samudera yang mengganas, kadang-kadang timbul juga keinginan untuk turut sama menjadi kelasi yang nan gah. Alangkah machonya menjadi seorang pelayar membawa ratu hati bersama disisi.

Tapi bila mana sering memberi nasihat kepada teman, lantas timbul juga idea untuk menjadi sotong gergasi seperti cerita “giant squid” yang mana begitu kekar sekali menenggelamkan kapal-kapal yang kehilangan arah dipacu angin taufan.

Namun terlintas juga dihati, disebalik menjadi sotong gergasi, mengapa tidak kita menjadi angin tenang yang membantu mengemudi kapal agar sampai kedestinasi dengan selamat.

Kapal-kapal yang belayar tadi ialah perkembangan industri ‘couple’ yang semakin berkembang dengan pesatnya. Kerana nafsu, ia akan membawa kepada kehancuran. Mereka sering leka dan lalai. Akan tetapi sekiranya kita menggunakan cara yang kasar dalam menegur ibarat sotong gergasi, nescaya pasangan tadi akan semakin hanyut dan tenggelam. Mereka akan memberontak kerana fitrah untuk menyayangi disekat. Kita yang membawa agama mungkin faham, tapi bagaimana pula dengan mereka yang sebelum ini kurang pengetahuan tentang agama. Tetapi sekiranya kaedah yang kita gunakan betul dalam mendidik dan menasihati rakan remaja kita nescaya kita akan membawa mereka ke destinasi utama iaitu perkahwinan untuk mencari redha Allah.

Bercakap tentang rasa sayang dan cinta, itu adalah lumrah semulajadi manusia. Bahkan aku juga sering berangan untuk turut mempunyai teman. Tapi mungkin dengan cara yang kononnya islamik iaitu ‘berkahwin dulu baru bercinta’. Berangan punya berangan hingga pernah melamar si gadis. Pada waktu itu aku rasakan yang aku sudah bersedia untuk menjadi suami yang terbaik buat si Isteri.

Akan tetapi, pulang dari ceramah Ustaz Ubaidillah yang bertajuk “ops I fall in Live” tadi barulah aku tahu bahawa gerbang perkahwinan ini bukanlah semudah yang ditutur dibibir. Kemanisan yang dilontarkan sering menjadi hiasan retorika semata-mata. Indah tetapi rapuh apabila dipegang. Dalam ceramah tadi, antara point yang membuatkan aku tersentuh ialah tentang criteria-criteria calon suami.

Lantas aku bertanya pada diri, dalam seminggu berapa kali aku menunaikan solat lima waktu secara berjemaah di surau? Betapa aku sering menolak apabila diminta menjadi Iman, dan betapa payahnya untuk istiqamah membaca quran. Bila tiba naik syeikh bolehh balun baca sampai pening. Tapi bila malas datang, nak baca satu pipi pun tak termampu. Bercakap tentang tanggungjawab, rupanya diriku ini juga masih terkontang-kanting dalam melaksanakan amanah belajar dan dakwah yang dipikul ke atas bahu ini. Lantas aku bertanya diriku sendiri, apakah dengan keadaan ini aku mampu untuk membawa insan tersayang menuju ke destinasi cinta abadi di Syurga Allah?

Rupa-rupanya, aku belum bersedia lagi untuk semua ini. Perjalanan membaiki diri masih belum sampai ke penghujungnya. Semoga hari itu akan datang agar pewaris kepada kegemilangan islam dapat dilahirkan..

Doakanlah insan yang lemah ini agar dapat menjadi hamba yang soleh, mampu menjadi suami yang membimbing isteri untuk menjadi isteri solehah dan mampu mendidik cahaya mata sebagai pejuang Islam. InshaAllah

Keep on fighting to change……

Thursday, November 20, 2008

Cemburu, Konflik dan Dengki

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak pernah bolos dari perasaan cemburu. Cemburu itu fitrah, sentiasa berputar-putar di dalam hati kita dan menunggu masa untuk memanifestasikan dirinya. Pelbagai benda yang menyebabkan kita cemburu. Kita cemburu apabila ada orang yang lebih disayangi dari kita, kita cemburu apabila ada orang yang mendapatkan markah peperiksaan yang lagi tinggi dari kita walaupun kita telah berusaha dengan kuat. Atau kita juga sering cemburu dalam mengerjakan urusan jemaah apabila mana ada orang yang lebih dipentingkan berbanding kita yang mana pada pemikiran kita, dirasakan orang itu tidak layak.

Cemburu dimanifestasi apabila kita mula menjauhi seteru kita yang membawa kepada kurangnya komunikasi. Akibatnya, salah faham senang berlaku hanya kerana perkara yang kecil lantas membawa kepada pergaduhan bahkan perpecahan. Ketika itu, cemburu tidak lagi menjadi fitrah tetapi menjadi BARAH yang membawa kepada Hasad Dengki. Penyakit hasad dengki ini begitu teruk sehingga mencetuskan pergaduhan yang amat besar.

Islam sentiasa mengajar umatnya agar mencegah sesuatu sebelum parah. Islam tahu bahawa Cemburu itu fitrah, tetapi fitrah ini tidak boleh dibiarkan. Oleh yang demikian Islam menunjukkan cara melalui buku manual agungnya “Al Quran” bahawa cemburu itu perlu dikawal dan dicegah.

Pernah terjadi ketika mana isteri-isteri Nabi berasa cemburu dan saling memboikot menyebabkan Allah mengarahkan Nabi supaya mendidik mereka dengan cara berhenti menggauli isteri-isterinya.

Kamu boleh menangguhkan menggauli siapa yang kamu kehendaki di antara mereka (isteri-isterimu) dan (boleh pula) menggauli siapa yang kamu kehendaki. Dan siapa-siapa yang kamu ingini untuk menggaulinya kembali dari perempuan yang telah kamu cerai, maka tidak ada dosa bagimu. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk ketenangan hati mereka, dan mereka tidak merasa sedih, dan semuanya rela dengan apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Dan Allah mengetahui apa yang (tersimpan) dalam hatimu. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun [33:51]

Bahkan Umar memberikan amaran yang keras kepada isteri-isteri Nabi agar menjauhi perbuatan ini dengan berkata bahawa “Nabi berhak mendapat isteri yang lebih baik dari mereka.” Ini disahkan oleh Allah dengan menurunkan ayat ke lima surah At-Tahrim.

Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. [66:5]

Ayat-ayat sedemikian menunjukkan bahawa betapa seriusnya masalah ini dan betapa pentingnya kita mengawal perasaan cemburu. Allah juga telah menunjukkan bagaimana dengkinya orang-orang yahudi terhadap Rasulullah kerana Khatamul Nabi yang mereka tunggu bukannya dari bangsa mereka sebaliknya lahir dari Bangsa Arab. Akibatnya mereka memalsukan kebenaran agama Hanif dan Islam walaupun ia terang lagi bersuluh. Lihatlah sahabatku, betapa buruknya akibat penyakit dengi ini. Semoga kita dijauhkan Allah dari sifat ini

Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan kekafiran kepada apa yang telah diturunkan Allah, karena dengki bahwa Allah menurunkan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya. Karena itu mereka mendapat murka sesudah (mendapat) kemurkaan.Dan untuk orang-orang kafir siksaan yang menghinakan.[2:90]

Apa yang patut saya lakukan?

Dalam menghadapi konflik, seseorang perlu beralah. Kadang-kadang kita sentiasa bertanya kenapa aku yang perlu mengalah? Aku sendiri pun tidak pernah lari dari keadaan ini. Kadang-kadang seperti ingin menangis dan memberontak. Kenapa aku? Dan kenapa bukan dia?

Disini pentingnya satu lagi adab Islam yang dinamakan Sabar. Sesungguhnya sabar itu sifat para Nabi dan syuhada. Dalam Al-Quran diterangkan tentang sabar sebanyak tidak kurang dari 20 kali. Sesungguhnya hanya dengan sabarlah baru kita dapat memaafkan seseorang.

Abu Bakar, kekasih Rasulullah pernah bersumpah tidak akan menolong kaumnya yang menyebarkan fitnah terhadap Aisyah isteri Rasulullah. Allah telah menegur perbuatan Abu Bakar ini dalam Al Quran

Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang [Q24:22]

Akhir sekali, sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita sentiasa dilindunginya dari orang-orang yang bersifat hasad dengki ini. Kerana sesungguhnya golongan ini sentiasa ada bahkan kita sendiri sentiasa terjerumus dalam permasalahan ini

dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki." [113:5]

Saturday, November 15, 2008

Night with Yusuf Estes

Alhamdulillah. It was really a memorable night when i finally be able to meet and speak to my idol, Syeikh Yusuf Estes in Caring Society Club, Penang. He was delivering his lecture on the topic "Historical Jesus and his messages". Thanks a lot to Islamic Propogation Center International Penang, IPSI (Bro Kamarudin and team) for letting me being a volunteer for tonight event that eventually gave me an opportunity to meet Syeikh Yusuf. I'll upload the picture later.

Sadly that his speaks not really energetic as in the video. Maybe he was tired. Besides, he was not in a good health either. However, I can not wait to attend his workshop tomorrow at USM Penang.

Friday, November 14, 2008

Permanent Job with No Pension

Alhamdulillah hari ini Allah pertemukan aku dengan seorang saudara se-Islam yang sebelum ni mengikuti Ceramah Bro Shah di Masjid Telipot hari tu. Agak lama juga perbualan dengan beliau. Pulang ke bilik, satu sms tiba yang memberi satu semangat kepada ku. Semoga aku mampu memenuhi amanat itu


“Naim! Very nice to meet you! Alhamdulillah… Make dakwah as our permanent job.. No pension hu hu! Matlamat kita dijadikan hanya untuk Allah. Convey whatever we know to others, sharing etc. Hoping for Allah blessing to the whole of our life…”

I am not the best Muslim but InshaALLAH I want the best for Islam. Semoga Allah mempermudahkan urusan yang diamanahkan ini. Semoga hari seterusnya akan menjadi lebih baik agar tidak tergolong dalam golongan yang ‘tertipu.’

Ya Allah, Berilah kekuatan pada hambamu yang dhaif ini untuk menjadi hambamu yang terbaik. Ameen

Thursday, November 13, 2008

Perbahasan kepada artikel “Sajak Kematian-Apa Masalahnya?”


Salam! Berikut adalah beberapa bidasan menarik yang ditulis oleh beberapa orang sahabat sebagai jawapan kepada artikel yang aku tulis baru-baru ini. Sememangnya pandangan mereka sangat-sangat bernas terutama sekali jawapan Bro Faisal yang sememangnya sangat aku kagumi ilmu agamanya. Rupanya aku terlupa bahawa jawapan paling baik setakat ini telah dikemukakan oleh Ustaz Hasrizal

Secara rumusannya, aku rasa Sajak Kematian tiada masalah tetapi perlukan satu had umur iaitu berapa umur yang sesuai untuk ditayangkan dan rasanya mungkin peringkat bawah 12 tahun tidak sesuai. Apa-apapun sama-samalah kita baca hujjah mereka.

Bro Edry Faisal, FCR Alumni

Assalamu'alaikum,

Saya berhasrat berkongsi pandangan berkenaan penulisan tersebut. Penulisan tersebut menyebut dalam tajuknya 'apakah masalahnya' sebagai suatu persoalan untuk menjelaskan idea beliau bahawa tidak ada masalahnya peringatan kematian dengan skop fokus Sajak Kematian. Saya bersetuju sekiranya ia disebutkan dalam konteks yang luas. Tetapi apabila penulis membawakan kes terkini berkenaan kanak-kanak trauma sebagai hala tuju kritikan. Maka saya tidak dapat bersetuju.

Ini kerana penulis membidas isu tersebut dalam perspektif beliau sebagai seorang dewasa. Sedangkan subjek yang menerima trauma itu adalah kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7 dan 8 tahun. Memandangkan bidasan penulis adalah berkenaan kes penayangan Sajak Kematian kepada kanak-kanak. Maka komentar saya akan berputar dalam isu tersebut secara khusus.

Saya tidak mengatakan peringatan terhadap kematian tidak perlu buat kanak-kanak pada umur sebegitu selagi ianya tidak melampau-lampau. Tetapi perlulah bersesuaian dengan keperluan psikologi mereka. Saya pernah menonton video Sajak Kematian tersebut, diberikan oleh seorang rakan yang akrab dengan Arqam. Ianya sesuai buat mereka yang sudah matang tetapi tidak untuk kanak-kanak. Sekiranya kita punya klasifikasi tertentu untuk filem kerana kita faham 'sunnatullah psikologi' bahawa ada sesetengah tayangan tidak sesuai untuk mereka di bawah 18 tahun. Mengapa ianya diketepikan apabila melibatkan urusan dakwah? Sebagai contoh, adakah sesuai menunjukkan pada anak-anak Muslim video bagaimana kepala umat Islam terburai ditetak musuh untuk menyedarkan mereka dengan keadaan umat Islam yang tertindas?

Saya yakin seruan Rasulullah SAW untuk berbicara (mendidik) orang lain mengikut tahap kesesuaian orang tersebut perlu diambil kira dalam sudut yang luas. Perkara ini tentu lebih jelas bagi golongan yang banyak terlibat menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Bagaimana proses didikan yang tidak kena pada tahap mad'u hanya akan mendatangkan lebih kekeliruan. Maka lihatlah konteks tersebut dalam memahami psikologi kanak-kanak. Jangan tumpuan tidak hanya tertumpu kepada 'apa' tetapi juga 'bagaimana'.

Selepas membaca tulisan tersebut beberapa kali, kelihatan setiap hujah dilontarkan bercampur baur antara isu keperluan mengingati mati dan keperluan psikologi kanak-kanak dalam mendidik mereka mengenai kematian. Penulis menghiasi hujah beliau dengan dalil-dalil zikr al-maut (mengingati mati) yang umum. Kemudian menggunakannya dalam isu tentang mengingati mati dalam konteks berkaitan psikologi kanak-kanak. Maka hujah-hujahnya terlalu umum untuk sebuah kes yang khusus.

Saya juga berharap penulis untuk tidak terlalu dibuai sentimen lalu tertumpu fokus pada cerita menteri-menteri sahaja sedangkan yang mula membuat laporan adalah ibu bapa. Maka perspektif ibu bapa sama sekali terabai daripada pertimbangan tulisan tersebut.

MENGGAMBARKAN ALAM BARZAKH

Hujah kedua penulis pula tertumpu kepada tindakan melakonkan adengan alam barzakh atas niat baik. Saya tidak pasti apakah penulis sudah menonton video tersebut. Sekiranya diamati, pada minit ke-4 dan seterusnya. Akan ada suara memekik dengan keras 'maa rabbuka' dan terdapat juga dialog "Busuk, jijik. Kenapa badan kau sebusuk ini?! Apa yang kau buat sepanjang hidupmu? Cakap!!". Suka untuk saya bertanya penulis yang menyokong lakonan ini, sekiranya video Sajak Kematian adalah lakonan alam barzakh. Watak suara siapakah yang cuba diperankan oleh artis voice over itu? Malaikat?

Saya tidak berhasrat mengupas hukum melakonkan watak Malaikat dan membukanya untuk perbincangan. Dan saya suka sekiranya penulis sendiri dapat menghuraikannya. Pihak yang tidak bersetuju watak-watak ghaib (Malaikat atau Tuhan) ini boleh dilakonkan tentu akan berdiri di belakang prinsip "al-Ghayyah La Tubarriru Washilah" (Matlamat tidak menghalalkan cara).

Sekali lagi saya mengingatkan komentar saya sangat tertumpu kepada kes kanak-kanak trauma menonton video Sajak Kematian kerana itu yang mencetus bidasan penulis.

Wallahua'lam

Bro Mas-Yuri, FCR Alumni

Sy x tgk lg Sajak Kematian tu. Tapi rasanya ada possibility ceritanya x sesuai (depends on isi kandungan cerita) utk kanak2 bawah umur. Brp had bawah umur tu, sy xtau. Anyway, apa yg sy agak pasti, kalau kita nak gunakan pendekatan sebegitu, perlulah ada had umur, biarpun tujuannya adalah utk mendidik mereka supaya jadi budak baik. Sebaliknya, pada pandangan sy, utk kanak2 bawah umur ini, mgkn lebih berkesan kalau kita gunakan pendekatan Love of Allah dalam mendidik mereka supaya jadi budak baik.

Next...

Paragraph di bawah dirujuk:-

Akan tetapi tidak pernah pula mereka menentang cerita-cerita Hollywood yang memaparkan pembunuhan kejam dengan otak terburai dibelah dengan kapak. Mereka juga tidak menentang cerita-cerita kuraffat dan tahyul yang dipaparkan dalam televisyen biarpun ia secara terang-terangan memudaratkan akidah apabila kanak-kanak lebih takutkan hantu dari Allah.

Sy x pasti adakah satu langkah yg tepat ataupun kurang tepat apabila kita cuba menerapkan perasaan TAKUT kanak2 terhadap Allah seumpama kanak2 takut terhadap harimau dan hantu. Apa yg sy lihat, sepatutnya kanak2 diterapkan perasaan cintakan Allah & pemahaman bahawa Allah Amat Menyayangi mereka. Dan apabila kanak2 ini faham perkara ini, maka mereka akan berasa takut utk melakukan kesalahan kerana x mahu kehilangan Kasih Allah.

Allah knows best.

Betul,sokong sangat pada Sajak Kematian.Mati itu adalah pasti dan kita tidak tahu bila kematian itu akan menjemput kita.Teringat pula kata2 Nabi Muhammad SAW

"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut `rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu."Seorang sahabat bertanya, `Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Dikala kita tidak bermotivasi dalam hidup atau rasa down aje,jadikanlah kematian sebagai ingatan untuk terus mencari kebaikan dalam setiap perkara yang kita lakukan kerna kita tentu tidak mahu meninggalkan dunia tanpa membawa sebarang bekalan yang cukup iaitu

iman.Wallahualam

Angah, Ruangan Komen artikel Sajak Kematian-Apa Masalahnya?

mungkin setiap orang mempunyai pandangan nya masing-masing...mungkin saudara boleh meneliti pandangan yang berbeza yang diutarakan olah Ustaz Hazrizal dalam blognya....

http://saifulislam.com/?p=2757

Disini disertakan pendapat Ustaz Hasrizal mengenai isu Sajak Kematian untuk memudahkan kerja anda…

Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut (Ust Hasrizal@Saiful Islam)

Saya siarkan kembali artikel yang ditulis pada 4 September 2008 yang lalu, sebagai reaksi saya kepada isu penayangan video kematian kepada murid-murid sekolah rendah (semuda Tahun 1) yang disebut di Buletin Utama sebentar tadi (TV3 11 Nov 08). Penggunaan video tersebut dan perbahasan tentang kematian kepada kanak-kanak semuda 7 -10 tahun, adalah merupakan suatu pendekatan yang fatal oleh pihak yang melakukannya dalam usaha membentuk dan mendidik anak-anak. Tindakan yang tidak mengambil kira cara berfikir kanak-kanak pada usia sebegini adalah suatu jenayah yang boleh memusnahkan jati diri mereka sekali gus menjadi amaran kepada perunding-perunding motivasi dan guru-guru agar lebih peka.

Semoga perbuatan sedemikian dihentikan serta merta - ABU SAIF

“Syurga itu cantik. Ada kanak-kanak di dalamnya”, beritahu seorang guru kepada anak muridnya.

“Orang mati akan masuk Syurga. Di Syurga semua yang kita mahu Allah akan bagi”, tambahnya lagi.

“Kamu kena ikut cakap emak ayah kamu. Macam mana kalau emak dengan ayah kamu mati? Kamu nak?”, ugut seorang ustazah kepada anak muridnya yang ‘degil’.

Dialog-dialog di atas adalah dialog pelajaran ‘Zikr al-Maut’ yang disampaikan kepada murid-murid sekolah. Bagi yang lebih kreatif, penyampaikan disertakan pula dengan video-video tentang kematian dengan audio dan visual yang menakutkan.

Alasannya mudah, mengingati mati adalah sebaik-baik peringatan!

Sabda Nabi SAW:

“Perbanyakkanlah mengingati perkara yang membinasakan kelazatan (iaitulah MAUT)” Hadith Hasan riwayat al-Tirmidhi.

Kata-kata Fudhail ibn ‘Iyadh yang masyhur:

Dan cukuplah mati itu menjadi peringatan (buatmu)

KANAK-KANAK

Akan tetapi kita tidak harus lupa, bahawa Islam mengajar kita supaya bercakap secara empati. Melihat keadaan manusia yang dibicarakan, sertakan membahasakan mereka sesuai dengan taraf keupayaan akal fikiran yang ada.

Justeru pesanan-pesanan tentang kematian yang tidak diteliti, bisa mengundang kesan yang sebaliknya.

Kanak-kanak menggarap idea tentang kematian itu sebagai perpisahan dirinya dengan ibu dan bapa! Ini merupakan sesuatu yang amat menakutkan mereka, dan ia menyebabkan si anak berterusan di dalam keadaan resah dan gelisah bimbangkan kehilangan insan yang disayanginya.

Malah sebaliknya, jika kanak-kanak itu membenci ibu dan bapanya atas faktor yang pelbagai, idea ‘membunuh’ ibu dan bapa sebagai penamat kepada tekanan dan penderitaan yang dihadapinya, adalah risiko yang amat menakutkan.

Ia melontarkan idea suicidal dan keinginan untuk mati kepada kanak-kanak, khususnya yang belum mumayyiz, iaitu belum berkeupayaan membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.

THE GOOD SON

Saya teringat kepada filem The Good Son (1993) lakonan Macaulay Culkin (sebagai Henry) dan Elijah Wood (sebagai Mark). Idea tentang ‘mati’ yang disuntik secara salah kepada kanak-kanak pada usia seperti itu, telah mencetuskan pemikiran di kepala Henry untuk menjadikan kematian sebagai ‘penyelesaian’ kepada tekanan dan saingan yang tidak disenanginya.

Henry telah mengembangkan idea sociopath di kepalanya secara berperingkat. Bermula dengan perbuatan membunuh anjing jirannya, menjatuhkan patung ‘Mr. Highway’ dari jejantas ke lebuhraya hingga menyebabkan kemalangan besar, hinggalah membawa kepada suatu bencana yang mana ibu Mark, iaitu Susan (lakonan Wendy Crewson) terpaksa memilih sama ada untuk menyelamatkan Mark atau Henry! Salah seorang daripada mereka terbunuh di akhir filem ini.

Kali pertama saya menonton filem tersebut, ia amat mengganggu fikiran saya. Tetapi saya terpaksa menontonnya sekali lagi, demi untuk memahami perilaku anak saya yang bercakap tentang kematian dalam format yang mengundang cemas.

FALSAFAH MATI

Sesungguhnya kematian itu, falsafahnya tidak mudah untuk difahami oleh kanak-kanak. Pemikiran simplistik mereka menyebabkan satu-satu idea tentang kematian, ditafsirkan secara yang merbahaya. Usia anak-anak di umur pra-sekolah, adalah usia keghairahan yang tinggi untuk belajar, bertanya dan mencuba. Justeru peringatan-peringatan yang melampau terhadap kematian kepada kanak-kanak di usia sebegini, amat berisiko.

Kanak-kanak mungkin akan hidup dalam tekanan dan keresahan disebabkan oleh idea tentang mati.

Kanak-kanak juga mungkin akan berusaha ‘mempercepatkan’ kematian dengan alasan mahu berpindah atau memindahkan orang-orang yang disayanginya kepada kehidupan yang lebih baik dan indah!

PERBUATAN DAN BALASAN

Oleh itu, adalah memadai untuk anak-anak diberikan kefahaman bahawa kematian itu adalah perpindahan manusia dari kehidupan dunia kepada kehidupan baru yang mana segala perbuatan baik dibalas oleh Allah dengan kebaikan (Syurga), manakala kejahatan dibalas dengan hukuman Neraka.

Penekanan perlu dibuat kepada aspek perbuatan dan kesan perbuatan supaya berfikir tentang mati itu boleh menjadi elemen yang mendidik, dan bukan menyuntik salah faham yang fatal!

MATI HANYA DENGAN SEBAB

Perlu juga diberi perhatian oleh kita semua bahawa kanak-kanak tidak harus didedahkan dengan idea bahawa mati itu boleh berlaku tanpa sebab. Hal ini mencetuskan kegelisahan yang amat serius dan menjadikan mereka putus asa terhadap kehidupan.

Kombinasi di antara tekanan, kemurungan, putus asa, dan idea ‘membunuh diri’ sudah cukup untuk menyalakan ‘lampu kecemasan’ kepada ibu bapa untuk anak-anak ini dibawa segera mendapatkan rawatan profesional.

Mati kerana kemalangan.

Mati kerana sakit.

Mati kerana dibunuh orang jahat.

Nyatakan sebab-sebab yang boleh menjadi punca kematian. Sebab-sebab ini boleh berfungsi untuk mencegah mereka daripada bermain dengan alat elektrik, bermain di jalan raya dan lain-lain perbuatan yang mendedahkan diri mereka kepada bahaya.

Tetapi jangan sekali-kali diberikan idea bahawa di antara kekuasaan Allah ialah mematikan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, kerana ini membunuh jiwa kanak-kanak yang belum mumayyiz ini.

Hal ini tidaklah sama sekali bermaksud bahawa kita tidak berlaku jujur dengan mereka, sebaliknya tindakan ini adalah kerana meraikan keupayaan akal mereka yang terbatas.

BILA PERLU SAHAJA

“Nak ayah mati? Kalau ayah mati dan kamu tak pandai, kamu nak kerja apa? Siapa nak bagi kamu makan?”, ugut si bapa kepada anak, semata-mata kerana anak enggan mengulangkaji pelajaran.

Kemalasan itu suatu kekhuatiran.

Tetapi menanganinya dengan idea MATI, adalah sangat melampaui keperluan malah merbahaya.

Bukanlah suatu bahan pendidikan yang baik, untuk kanak-kanak yang memiliki segala cita-cita dan impian masa depan ini, di’basuh’ dengan idea tentang kematian secara berterusan. Ia sepatutnya dibicarakan hanya apabila datang keperluan. Misalnya semasa dia bertanya, atau melihat peristiwa kematian ahli keluarga dan yang seumpama dengannya.

Bercakaplah tentang mati hanya semasa perlu sahaja.

HARAPAN UNTUK HIDUP

“Kawan saya sakit macam awaklah. Tiga hari lepas tu dia meninggal dunia!”, kata seorang lelaki semasa menziarahi rakannya yang sedang menerima rawatan di hospital.

Orang seperti ini bukan sahaja bercakap dari kerendahan mentalitinya, bahkan ia menyalahi Sunnah yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW. Justeru pesakit harus didamaikan jiwanya dengan harapan dan dorongan untuk sembuh dan bukannya bercerita tentang mati dan harga terkini untuk semeter kain putih!

Begitu jugalah perihalnya dengan kanak-kanak.

Mereka sedang belajar untuk melihat dunia. Jiwa mereka penuh harapan dan cita-cita.

Menjadi suatu jenayah apabila segala potensi ini dibunuh oleh kesalahan kita memperkenalkan silibus manusia tua yang degil seperti kita, kepada kanak-kanak yang fitrah dan luhur itu.

Pepatah Arab menyebut:

“Setiap tempat itu ada topik bicara (yang sesuai dengannya)”

Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah suatu kezaliman.

Justeru ibu bapa dan guru, jangan zalimi anak-anak kita, biar pun pada soal sebaik Zikr al-Maut!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

RUJUKAN
Al-Maut fee Adzhaan al-Sighar oleh al-Fatih Shaa’ban

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah