Sunday, May 10, 2009

Variasikan Dakwah melalui Hiburan



Cadangan membawa masuk band ke dalam USM cukup meresahkan penggerak dakwah kerana risau akan menjadi perencah kepada kebejatan social dalam kalangan mahasiswa.


Akan tetapi, saya melihat situasi ini sebagai satu medan dakwah yang kelihatan berliku secara luarannya. Namun, sekiranya gerak kerja dakwah dijalankan dengan cara baik melalui penganjuran konsert ini, saya yakin di penghujungnya ada sebuah taman yang indah dan menenangkan.


Soal membawa kebejatan itu sudah terlambat untuk ditimbulkan memandangkan remaja dan tidak terkecuali juga mahasiswa sudahpun berada di tengah-tengah jalan kerosakan. Namun, masih ada sisa-sisa kebaikan yang bersarang di hati dan menantikan pimpinan tangan-tangan suci untuk membawa mereka ke pangkal jalan, jauh dari kesesatan.


Islam tidak pernah menghalang umatnya dari berhibur seperti mana sabdaan Rasulullah tercinta yang ternukil dalam shahih Bukhari;


Mengikut riwayat, daripada Aisyah bahawa bapanya, Abu Bakar pernah menemuinya dan ketika itu beliau bersama-sama dua hamba perempuan pada hari Mina. Kedua-duanya menyanyi dan memukul gendang, sedangkan Nabi Muhammad menutup wajahnya dengan pakaiannya. Lalu, Abu Bakar mengherdik mereka. Kemudian, Rasulullah membuka wajah dan berkata: “Biarkanlah mereka, wahai Abu Bakar! Sesungguhnya hari ini adalah hari raya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Akan tetapi, yang menimbulkan kebejatan ialah apabila masyarakat tidak tahu cara untuk menyalurkan keinginan mereka untuk berhibur mengikut garis panduan yang dibenarkan. Oleh yang demikian, ketika inilah Iblis mula mencucuk jarum dan menjentik bisikan halus untuk menggoda manusia agar tersembam ke dalam lembah kebinasaan.


Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka [Q17:64]


Dalam masalah ini, daripada menjadi si pengkritik adalah lebih baik kita membawa solusi untuk menjadikan majlis ini sebagai majlis ilmu dan menyampaikan risalah Islam. Gunakan kegilaan mahasiswa dalam berhibur untuk menyuntik kesedaran dalam sanubari mereka bahawa mereka merupakan khalifah yang mempunyai maksud hidup yang cukup besar bagi mencari keredhaan Allah.


Persoalan yang sering menjadi tanda-tanya ialah apa sebenarnya hiburan secara islam? Adakah ia semata-mata nasyid ataupun syair dan gurindam?




Dan definisi nasyid itu sendiri tidak menepati halatuju kumpulan nasyid zaman sekarang. Jika kita perhatikan, nasyid di Malaysia tidak ubah seperti ‘Boy band’ dan ada kalanya ia turut membawa kepada lalai dek liriknya yang lebih bersifat keduniaan. Akan tetapi, ia masih tetap dihalalkan kerana menggunakan label nasyid.


Dan saya melihat nasyid pada hari ini turut beriramakan pop, hip-hop dan reggae yang pada tahun lepas pernah diharamkan irama ini oleh Exco PAS di Kedah. Dan saya pada ketika itu membantah keputusan yang dibuat exco tersebut.


Walaubagaimanapun, saya melihat approach yang digunakan kumpulan nasyid ini begitu berkesan dalam menambat hati masyarakat dan ia sedikit sebanyak mampu memasukkan mesej keagamaan.


Dan perlu diingat juga bahawa setiap manusia itu berbeza. Ramai dalam kalangan anak muda yang gemarkan muzik ‘band’ dan saya sendiri tidak terkecuali. Maklumlah, sejak dari sekolah rendah saya sudah biasa dengan ‘boy band’, kumpulan rock dan juga muzik underground.


Dan untuk mendekati remaja seperti saya sebagai contohnya, nasyid tidak mampu untuk memberikan kepuasan atau menyampaikan mesej yang diingini.


Oleh itu, sepatutnya kita juga patut merintis jalan untuk menjadikan “band” sebagai alternative untuk kita menyampaikan risalah Islam.


Saya yakin ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Namun perlu diingat juga bahawa pada suatu masa dahulu, ramai yang menentang penggunaan muzik hip-hop, pop ataupun rock sebagai medium untuk menyampaikan dakwah. Namun pada hari ini, kita dapat lihat banyak band yang membawa irama sebegini dan mampu memikat pelbagai lapisan masyarakat dengan mesej yang baik.


Dan juga, saya melihat kaedah yang digunakan kerajaan Negeri Kelantan dalam membawa masuk Mawi untuk diadakan konsert sebagai satu method yang patut kita aplikasikan sekiranya konsert ‘band’ ingin diadakan.


Pendakwah patut bertindak secara lebih kreatif. Bagi saya, sekiranya konsert ingin tetap diteruskan, terdapat beberapa garis panduan yang boleh dipertimbangkan penganjur.


1) Mengasingkan kedudukan lelaki dan wanita dengan ketat.

2) Membuat perjanjian dengan artis jemputan berhubung lagu yang dibawa.

3) Memulakan konsert dengan tazkirah atau tayangan multimedia islamik.

4) Mengetengahkan masalah kebejatan social masyarakat pada masa kini

5) Memperkenalkan alunan bacaan Quran.

6) Membawa masuk kumpulan nasyid jemputan sebagai selingan.


Saya juga pernah berbincang dengan ustaz yang mengatakan yang haram tetap haram walau bercampur dengan kebaikan. Saya sedar bahawa ustaz tersebut mengatakan bahawa konsert ataupun ‘band’ itu haram. Jadi tak kiralah jika dimasukkan tazkirah sekalipun ia akan tetap menjadi haram.


Berkenaan soal ini, ulamak berbeza pendapat dan pendakwah boleh mengambil mana-mana jalan sesuai dengan situasi setempat. Sekiranya warga USM ini datangnya dari latar belakang sekolah agama maka saya yakin approach yang lebih ekras dapat digunakan.


Namun, dalam situasi dimana latar belakang mahasiswa yang pelbagai, approach yang lebih lembut patut digunakan.


Biarlah kita menyampaikan mesej secara perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. InshaALLAH suatu masa nanti mereka akan faham dan pada ketika itu, tidak kisahlah sekiranya kita ingin menggambil pandangan ulamak yang lebih keras.


Wallahua’llam


11 comments:

diarisenja said...

Who said 'korang tak tahu'? One of my friend, tahfiz, he's gigs underground and few others.

Im that bad dissapointed, Naim.

I do love band too. Im not that good untuk tidak dengar semua itu. Tapi Huda pegang, kalau nak buat benda buruk, buat sorang-sorang. Kalau nak rosak, rosak sendiri.. jangan merosakkan.

Islam ajar begitu tapi kita tak ikut. hasilnya, buat salah sudah menjadi biasa. Dye hair, pakai gelang rantai segala bagi. It's damn hurt!

Jangan kamu menghampiri zina. Hampir pun tak boleh inikan buat.

It just the same, kalau kita mulakan dengan sedikit tak mustahil yang besar dan lagi teruk berlaku.

Jangan demi dana, maruah agama tergadai.
"Variasikan dakwah melalui hiburan" kadang-kadang tak lebih sekadar menyedapkan hati bila membuat kesalahan.

Jarang kita ingat Allah bila dengar lagu. Tapi kerap benar kita lupa Allah bila tengah solat, zikir.

USM tak perlu Ungu atau apa sekalipun band untuk terkenal.

Mohon.

Jacknaim said...

erm.. saya sebenarnya mengalu-alukan sebarang solusi terhadap permasalahan yg timbul. alternatif bg program yg x dipersetujui..

bagaimana kita ingin memberi lembu makan daging jika makanannya rumput?

dan ini cabaran yang saya lontarkan pada semua. bagaimana nak mendidik mereka yang sudah terbiasa dengan lagu2 band, rock, underground dan sebagainya. apakah nasyid jalan keluarnya?

-belajar untuk tidak hipokrit-
jacknaim.......

nizahizbullah said...

Assalamu'alaikum

Yup..jgn campurkan y hak dan batil. Jika utk hr ini kita mulakan sesuatu dengan memperkenalkan band di dalam kampus, kelak mudaratnya boleh dilihat pd masa akan datang. Mungkin kali ini kita boleh memberikan garis panduan yg tertentu, tp sejauh mana ia boleh dilaksanakan dan dipatuhi?

Betul kata Huda, kalo nak merosakkan, biar la rosak sendiri, jangan nak merosakkan orang lain. Niza setuju. Jika kita jadi initiatornya, tunggulah balasan Allah kerana kita yang telah membuka pintu hiburan seperti itu masuk. Inilah cabaran da'ie, nak menyeru kpd perkara kebaikan bukan mudah, tapi Allah dan janji betapa indahnya jalan kebenaran itu meskipun pelbagai duri yang perlu dilalui.

Seperti yang dikatakan dalan ceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi dulu dalam ceramah 'Hiburan Dalam Islam', hiburan paling indah adalah yg dapat mendekatkan diri dengan Islam, tak kira la nasyid ke apa ke....kenalah bijak memilih.

Alhamdulillah kerana kita semua tersedar daripada apa yang berlaku ni, ilham daripada Allah. So jalan sebaiknya dapat dirancang dan diatur dengan rapi sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Takkan hanya nak duduk berdiam diri dan sama2 menikmati hiburan seperti tu?

Sebaik-baik tingkat iman adalah apabila kamu melihat kemungkaran, kamu mencegahnya dengan tangan, dan selemah-lemah iman hanyalah dengan hati.

Kita insan yang masih muda, kudrat pun masih kuat...xlayak rasanya jika hanya duduk berdiam diri dengan sajian hiburan yang ingin dihidangkan. Sama-sama kita bangkit.... demi Islam.

Semoga diberkatiNya....

Maaf jika ada kekasaran..sekadar lontaran pandangan daripada hamba yang kerdil...

~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~

tronx013 said...

salam,

Jack NAim,.. heheh.. masuk campur sikit.. Jgn jadi hipokrit bukan bermakna kita lepaskan segalanya. andai kita tak suka seseorang,maka kita kena kata dan buktikan yang kita tak suka?? atau kalau kita suka zina,kita kena buktikan kita suka zina?? maaf,kasar sikit bunyinya..

bukan mcm tu untuk buktikan kita tak hipokrit.. didik hati ini.. memg ramai org minat band tpi beserderhana.. Lihat saja,bila org yg minat giler band,tika kita nasihat dia,dia cakap,aku bukan org baik.... So?? nampak x yg mereka ni dah tau yg band ni membawa keLAGHOan.. see?? paham kan.. klo xpaham,wat2 la faham. Yg Maksiat adalah Haram..

Lembu boleh je makan daging,andai daging itu berbau rumput.. Kerana Lembu makan berdasarkan Bau bukan warna.. hanya Allah yg tau segalanya.

Poison Ivy said...

assalamualaikum wbt

saya pelik bila dpt sms dr seorang shbt tentang hujan n adam,memula tak faham ni bercakap ttg orang ke fenomena alam ke ape.rupa2nya hujan ni adalah 1 band yg nak dtg usm.heh.

satu perkara yg kita perlu bezakan,kita perlu melarang maksiat secara terbuka,manakala maksiat yg tertutup kita tidak digalakkan utk mencari2nya dan jika kita yg membuat maksiat tersebut,kita tidak perlu membukanya jika ia telah ditutup Allah. dan walaupun ada maksiat n dosa peribadi yg kita buat,fitrahnya kita tahu itu adalah satu keburukan dan kita tak mahu ia diamalkan secara terbuka oleh orang lain n menjadikan ia satu kebiasaan dlm masyarakat kita.

bukanlah sesuatu mudah utk provide alternatives dan menyelesaikan perkara ini sbb memang perkara2 sebegini disukai oleh nafsu,manakala nasyid2 semua memang sgt memboringkan bagi sesetengah orang.so mgkn shbt2 semua boleh fikirkan alternatif yg lebih attractive n happening tp still dlm batas2 yg dibenarkan.

cuma suka utk saya highlightkan, usaha pemantapan aqidah n iman perlu sentiasa diteruskan sebab apabila seseorang itu insaf n berubah,insyaAllah dgn pertolongan Allah dia akan berjaya meninggalkan perkara2 ini semua walau minat mcm manapun.

Mohamad Solehin (Ibnu Bakri) said...

Ingatlah sahabat semua...
jangan kita jadi golongan pendakwah yg "Double standart"

Bila sesuatu itu kena dengan selera kita,kita mensyorkan ia perlu walaupun nampak ianya salah..
Tetapi,bila sesuatu itu memang salah dan pada masa yang sama tidak kena ngan selera kita,kita tentang habis-habisan...

Ingatlah!...Allah menilai segala apa yang kita lakukan....

P/s:Benar kata poison_ivy bahawa usaha memantapkan iman dan aqidah perlu kerana itu sahaja penyelamat keadaaan (cara nk mantap? solat jemaah,solat pada waktunya dll)

wassalam...

Jacknaim said...

dari awal hingga ke akhir prbahasan saya cuma mminta satu benda iaitu altrnatif..... tapi tiada sorang pun yg mengemukakan alternatif

Poison Ivy said...

antara yg dpt saya fikirkan,mungkin boleh buat movie watching.cerita yg islamik atau dokumentari ke,mcm pasal the truth of 9/11.

atau buat kejohanan bowling.book kbmall punye bowling centre n sediakan transport.asing team laki ppuan.well,if u regard sports as some sort of hiburan.

ntahlah.

diarisenja said...

Then answer me.

Why you or/and the others so insist to bring in HUJAN or/and the other bands in the first place?

Jacknaim said...

salam.. telah saya jelaskan dalam artikel ini. saya bukan menyuruh membawa masuk band ke dalam usm..

saya katakan keinginan pelajar membawa msk band membawa kerisauan pada penggerak islam

oleh yang demikian saya mencadangkan alternatif penyelesaian pd masalah sekiranya pihak penganjur membawa masuk juga band..

ini kerana saya sedia maklum bahawa akan ada selepas ini unsur sabotaj atau pemulauan majlis yang mana akan memburukkan lg keadaan

oleh itu saya memberi cadangan yg berbeza dari biasa. jika kebiasaan adalah memboikot, maka kali ini kita bertoleransi dan menyebarkan mesej secara perlahan.


baiklah, setakat ini sahaja dari saya. saya tidak mahu berbahas lebih panjang apatah soal ini mempunyai fiqh yg berbeza pendapat. masalah ini mempunyai jawapan dan pandangan yg berbeza2 oleh golongan agamawan..oleh itu, saya mengikut kata-kata majoriti jika ini yg diinginkan.

nooraniza mohd kassim said...

Assalamu'alaikum wbt..

Maaf ye naim, nak tambah sket...

Setelah dengar sedikit hujah drpd Ustaz Rahim yang membicarakan soal hiburan semasa di pondok pasir tumbuh, niza sekali lagi menegaskan bahawa niza tidak bersetuju jika betul2 sebuah band nak dibawa masuk ke dalam USMKK ni if tujuannya utamanya sebagai alternatif lain nak berdakwah kepada muslim dan juga bukan muslim.

Bila difikirkan kembali, dakwah kita yang nak disampaikan kepada orang muslim sendiri masih belum untuk cover sepenuhnya.

Penyelesaian yang terbaik, padamkan idea nak bawa masuk band dan teruskan dengan membawa kumpulan nasyid adalah lebih baik.

Dakwah pelbagai cara, bukan hanya dengan wadah hiburan. Mungkin sebagai pendakwah sendiri, kita boleh tunjukkan kudwah hasanah.

Nasyid tidak mampu untuk memberikan kepuasan atau menyampaikan mesej yang diingini?
Kepuasan hiburan bagaimana yang diinginkan? (terlalu subjektif)..tapi cukuplah jika niza katakan, ikutlah landasan yang Allah tetapkan. Soal hati Allah yang pegang. Even kita tak anjurkan band sebegini pun, Allah boleh beri hidayah pada mereka. Usaha kita ni sedikit jika nak dibandingkan dengan kuasa 'kun fayakun' Allah.

Adakah kita harapkan Allah berikan hidayah kepada mereka setelah menghidangkan rail@laluan hiburan yang tak sepatutnya? Nak sampai ke destinasi yang betul dengan melalui laluan yang salah? Hmm...nak mencegah kemungkaran, tapi kita sendiri yang membuka pintu untuk ke arah kemungkaran. Patut ke?

So, kenapa kita nak membuka pintu-pintu maksiat dan menyediakan 'template' hiburan yang tak sepatutnya kepada adik-adik?

Sebagai hujah terakhir, niza mohon agar keadaan kembali kepada asal, panggil nasyid pun takpe. Perubahan atmosfera hiburan dalam USMKK ni tak perlu, sebab pelajar USMKK ni pun dah ada selera dan laluan halwa telinga masing-masing.

Tiada alternatif lain nak dicadangkan. Mungkin idea dakwah lain boleh dicambahkan melalui program2 lain under ekspo. Yang hiburan ni tolong jangan diusik. Niza sebagai salah seorang bekas penggerak utk ekspo yang lepas tidak mahu ekspo akan datang dicemari dengan perkara yang kita sendiri tau natijahnya. Kita tahu benda ni tak baik, takkan hanya nak berpeluk tubuh.

Maaf, kasar sket....as conclusion daripada perbincangan kita.

Niza mohon 'dewan perbahasan' bersurai dan sama-sama berdoa agar usaha kita menegakkan kebenaran dipermudahkan Allah.

Demi mendapat keredhaanNya...insyaAllah.

Maaf ye Naim....menyibuk lagi kat sini..

~Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan~

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah