Friday, January 30, 2009

Antara kritikan dan fitnah: Melihat, Merenung dan Menilai (part 1)

Salam. Segala puji dipanjatkan ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnianya, bilangan pengunjung yang bertandang ke blog ini mencecah 6000+ walaupun tidak sampai setahun dibuka. Pelbagai karenah pengunjung yang dipaparkan. Ada yang dapat mengambil sesuatu bagi dijadikan pengajaran dan pembelajaran, memberi komen dan kritikan bahkan ada juga yang menabur fitnah serta melemparkan kata-kata nista.


Disini, saya ingin mengulas tentang dua benda iaitu kritikan dan fitnah menurut pandangan saya yang dhaif dalam ilmu agama ini. Saya cuba untuk mengupasnya dengan berhati-hati kerana takut menyampaikan mesej yang silap. Saya memberikan ruang seluas-luasnya kepada sahabat-sahabat untuk membuat penambah-baikan kepada pendapat saya agar ilmu yang bermanfaat dapat disebarkan seratanya.


Berhubung dengan kritikan, saya melihat ia sebagai sesuatu yang positif. Kritikan lahir dari hati yang inginkan satu perubahan atau pembaharuan bagi meningkatkan keefisyenan sesuatu sistem ataupun personaliti seseorang. Bagi saya, kritikan tidak ubah seperti nasihat walaupun kadang-kadang ia dalam bentuk yang pedih. Bahkan saya cukup bangga dengan pembaharuan mahasiswa usmkk pada tika ini. Dulu, kita semua hanya diam membatu dan tidak pernah ambil pusing perkara-perkara disekeliling kita. Nyata bahawa mentaliti ini sudah berubah. Kita sudah mula ambil pusing tentang apa yang berlaku. kesedaran ini penting dalam proses untuk membina 'world class leader.'Bercakap tentang soal kritikan yang pedih. Kita tidak boleh menolaknya secara total atau mengatakan bahawa ia tidak berhikmah. Yang penting, kita lihat apa sebenarnya yang cuba disampaikan.


Budaya kita sendiri umpamanya menggunakan kata-kata sindiran untuk memberi nasihat. Ayat seperti “Pergilah panjat pokok tu tinggi-tinggi, biar jatuh patah semua kaki,” “Daripada kau hidup kat dunia ni menyusahkan orang, baik kau mati sahaja” kadang-kadang sudah sebati dengan sebahagian daripada masyarakat kita. Kita memandangnya seperti benda biasa. Begitu juga apabila perkataan “Nnate” ditujukan kepada seseorang; di Kelantan ia digunakan di antara teman rapat tapi di sebelah luar ia dianggap menghina kerana perkataan itu membawa maksud binatang. Jadi, di sini, faktor budaya tempatan memainkan peranan yang besar. Oleh sebab itu, kritikan lebih elok menggunakan bahasa melayu standard bagi mengelakkan kekeliruan dan pergaduhan.


Menyingkap pada pengalaman, saya dan seorang rakan se-batch pernah bergaduh panjang berkenaan perkara ini. Sahabat yang berasal dari Melaka mempunyai satu gaya percakapan tersendiri yang apabila didengar oleh orang Kelantan seperti ‘mengisytiharkan perang.’ Tapi, setelah beberapa lama, kami kembali berkawan rapat dan saya sendiri sering ketawa sendirian mengenangkan apa yang berlaku.


Sehingga ke hari ini, saya kadang-kala cepat melenting bila dikritik. Setiap kritikan dibalas dengan hujjah untuk membela diri. Namun, setelah dinasihat berkali-kali oleh sahabat saya dan juga golongan agama, perangai ini berkurang sedikit demi sedikit tetapi masih belum berjaya dibuang sepenuhnya.


Dalam menerima kritikan, beberapa langkah perlu kita ambil sebelum membuat sesuatu tindakan. Secara teorinya, ia nampak mudah. Namun, saya akui yang ia cukup susah sekali untuk melaksanakannya apabila berdepan dengan senario sebenar kejadian.


Pertamanya ialah dengar dengan teliti sesuatu kritikan itu. Kemudian kita cuba untuk memahami apa sebenarnya maksud kritikan itu. Bagi mendapatkan kepastian, tanya dulu si pengkritik apakah sebenarnya dimaksudkan olehnya?


Kedua, kita renung balik kritikan itu. Apakah benar seperti yang dikatakannya. Di sini pentingnya untuk kita bermuhasabah kerana step ini yang paling penting untuk menentukan apa sebenarnya tindakan kita selepas ini.


Sekiranya kritikan itu betul, minta maaflah dengan kesalahan kita itu. Bak kata orang tua-tua, “Ular menyusur di bawah akar takkan hilang bisanya.” Walau setinggi mana darjat kita, minta maaf lah jika melakukan kesilapan. Kesilapan seterusnya diikuti dengan penambah-baikan. Namun demikian, mentaliti sesetengah dari kita sering ingin melihat hasil di depan mata. Kita sangkakan yang seseorang akan terus berubah sebaik sahaja dikritik walhal ia memerlukan masa yang panjang sesuai dengan kesediaan diri dan tahap iman orang yang dikritik. Kerana itu jugalah, kita perhatikan Al-Quran diturunkan secara berperingkat dan hukum larangan dalamnya juga dijalankan secara berperingkat.


Sekiranya kritikan itu dibuat tanpa asas yang kukuh dan tanpa bukti, maka seelok-eloknya kita mengikut contoh Nabi Muhammad. Baginda hanya mendiamkan diri ke atas tohmahan orang-orang kafir yang memanggilnya gila, sesat, gila kuasa dan sebagainya. Namun, umum mengetahui. Kita bukanlah seperti Nabi yang mampu berbuat sedemikian. Bagi saya, sekiranya kritikan itu didasari dengan asas yang salah, maka kita kena perjelaskan dengan sebaiknya. Jangan biarkan ia terus merebak.


Oleh itu, saya cukup suka jika ada orang yang ingin menegur saya kerana saya tahu diri ini tidak sempurna. Saya bukanlah dari mereka yang menerima pentarbiyyahan agama seperti mana ustaz-ustaz yang berasal dari keluarga yang berpegang teguh pada agama. Saya hanya lahir dalam keluarga islam yang sederhana dan membesar sebagai remaja yang sering memberontak apabila meningkat dewasa. Liku-liku perjalanan penuh dengan kehampaan, kekecewaan dan aktiviti lara. Syukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan sahabat-sahabat di USM yang membimbing saya ke pangkal jalan. Oleh itu, saya cukup suka bila ditegur. Tapi, saya lebih suka jika pengkritik datang bersemuka dengan saya. Nasihati saya secara berdepan dan bukannya secara pengecut yang bersembunyi disebalik kata samaran..

Monday, January 26, 2009

Diari Pengembara: Misi Kemanusiaan Pelabuhan Klang part 1

22 Januari 2009

Janji untuk memancing dengan Dayat menyebabkan aku terpaksa kelam kabut mengemas beg pakaian pada waktu Maghrib kerana pulang lewat memancing. Baju-baju hanya digumpal dan tidak dilipat dengan elok. Selesai Solat Maghrib, terus bertolak ke masjid Murni. Selesai Solat Isya’ dan memuatkan barangan ke dalam bas, kami semua bertolak ke destinasi pada jam 9.30 Malam.

23 Januari 2009

Rombongan kami berhenti makan di Perhentian Rehat Gua Musang pada jam 2.00 pagi. Aku sempat makan nasi putih lauk daging berkuahkan sup kosong. Kemudian, dengan perut yang kenyang kami meneruskan perjalanan. Dalam bas aku berpusing ke kiri dan ke kanan bagaikan menari Hip-Hop untuk membuai diri supaya tidur. Tapi sayangnya, mata gagal untuk lelap. Dalam jam 3.00 pagi, tetiba kepala rasa pening dan perut terasa mual. Nasi yang di makan tadi seolah-olah meronta-ronta untuk keluar dari perut. Keadaan menjadi lebih gawat apabila getaran untuk membuang ‘air besar’ begitu kuat sekali. Yang termampu diucapkan dalam hati hanyalah doa agar tidak muntah dalam atau terbuang ‘air besar’ dalam bas.

Akhirnya Allah memakbulkan doa apabila bas berheti di Perhentian Benta pada jam 3.40 pagi. Isi perut dikeluarkan melalui dua jalan. Muntah dan buang air besar! Entah kenapa, buat pertama kalinya, aku merasa nikmat kerana dapat muntah. Pelik tetapi benar! Selepas muntah, dapat rasa tenang. Kepala pun sudah kurang sakitnya.

Solat subuh di Masjid Sultan Salahuddin di selangor juga mencoretkan satu kenangan yang baru. Sampai di sana, aku berlari-lari ke bilik air untuk menyambung kembali operasi membuang ‘air besar’. Akibatnya, aku terpisah dengan rakan-rakan yang lain. Luas betul masjid tu sampai berkali-kali pusing tetapi tak jumpa-jumpa tempat sembahyang. Adalah dekat 15 minit aku pusing sebelum mengambik keputusan untuk solat dalam dewan tingkat bawah masjid. Selesai solat, aku jumpa dengan budak-budak ni balik. Ada juga antara mereka yang turut mengalami nasib yang serupa. Bagi yang sudah pernah ke sana, rupa-rupanya tempat solat kat tingkat dua. Aiseh! Ni belum lagi Masjid Nabawi atau Masjidil Haram.

Perjalanan diteruskan dengan mengambil Dr Wan Nudri di UITM Shah Alam dan kai menuju ke Bagan Hailam. Kami disambut oleh Puan Marlina Wong dari MACMA dan EN Loo, Ketua Kampung JKKK Bagan Hailam di Jeti Pelabuhan Klang. Sampai di Bagan Hailam, kami makan sarapan Nasi lemak yang ditaja oleh MACMA. Selepas itu, Puan Marlina memberikan sedikit taklimat dan kami meneruskan program dengan Home Visit dan melakukan medical check-up dari rumah ke rumah. Rombongan dibahagikan kepada empat kumpulan. Kampung Bagan Hailam tidaklah seluas seperti yang diimiginasi sebelum ini. Hanya + 70 buah rumah sahaja yang tinggal memandangkan generasi muda sudah berpindah ke bandar. Kebanyakan penduduk di sini berasal dari Selatan China.

Sayu juga semasa menjalankan aktiviti Home Visit. Kami hanya sekadar mampu menjalankan medical check-up tanpa memberikan ubat kerana tiada doktor. Sesetengah penyakit hanya biasa seoerti gout, hypertension, DM dan sakit-sakit sendi yang mana kami tahu ubat apa yang perlu diberi. Tapi kerana masalah ethic dan legislation, kami hanya mampu memejamkan mata. Hanya sedikit makanan sumbangan MAIS yang diberikan kepada mereka.

Di sana, satu fenomena unik dapat diperhatikan melalui kajian Comparative Religion. Secara asasnya mereka mengamalkan kepercayaan BTC (campuran Buddha, Tao dan Confucious) dan kebanyakan rumah mempunyai 2-5 patung utama iaitu Buddha, Kwan Ying (Bodi sativa), Kwan Kong (Dewa Pahlawan Perang), Tuo Peck Kong (Dewa kekayaan) dan Datuk Kong. Yang paling menarik antara kesemua dewa ialah Datuk Kong.

Datuk Kong adalah istilah nama yang diberikan kepada dewa yang pada asalnya adalah orang Islam tetapi disembah oleh orang cina. Terdapat pelbagai cerita mengenai Dato Kong. Antaranya ialah Dato Kong merupakan Laksamana Cheng Ho yang memeluk Islam. Ada yang mengatakan Datuk Kong merupakan alim Ulamak atau Pak Lebai. Dewa-dewa ini mempunya nama seperti Tengku Hussin, Datuk Ali, Datuk Hassan dan sebagainya. Orang Bagan Hailam mempersembahkan kepada patung-patung Datuk Kong colok, buah limau, sireh, pinang, rokok daun dan beberapa perkara lagi. Arak dan makanan yang orang islam diharamkan makan tidak dipersembahkan kepada Datuk Kong. Sekiranya ada peluang, aku ingin mengkaji sejarah mengenai datuk Kong ini sehingga disembah oleh orang-orang cina.

Bersambung………

Thursday, January 22, 2009

Selamat Tahun Baru

Salam. Kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua yang saya kenali dari semua pelusuk alam, Selamat Tahun Baru diucapkan. Xin Nin Kuai Ler! Wang Se Ru Yi! Sheng Ti Jiang Kang!. Semoga Allah merahmati anda semua dan memberikan kegembiraan yang tak disangka-sangka. Semoga mendapat kebahagiaan yang di cari dan moga selamat semuanya.

Kepada rakan-rakan yang lain, selamat bercuti diucapkan. Bagi yang memandu pulang berhati-hatilah. Sentiasalah berdoa semoga Allah mengurniakan keselamatan di sepanjang perjalanan dan dijauhkan dari bahaya.

Saya dan kawan-kawan dari Kelas Peradaban Nabawi akan ke Bagan Hailam, Pelabuhan Kelang sekejap lagi untuk Humanitarian Mission bersama penduduk cina di sana. Kami dijangka balik ke USM pada hari Ahad. Doakanlah keselamatan kami semua.

Ucapan Presiden PAS di Parlimen mengecam pencerobohan Israel

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Jan 15, 09 | 11:57:38 am MYT


"Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presiden yang akan berhenti beberapa hari lagi. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga."

(Berikut adalah teks penuh ucapan Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika sidang Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat 12 Januari lalu yang mengecam pencerobohan Israel ke atas Wilayah Gaza di Palestin)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu, tetapi kita bersatu di sini.

Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan.

Berlakunya tindakan-tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya.

Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabangsa dan kita adalah sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.

Oleh kerana itu kita lupakan pertelingkahan cabang, pertelingkahan pandangan dalam beberapa isu tetapi dalam perkara naluri kemanusiaan kita wajib bersatu. Langkah kita ini bukan fanatik kepada kaum walaupun kita menyedari bahawa ada negara yang dipengaruhi oleh Zionis meluluskan undang-undang anti semantic seolah-olah tidak boleh anti terhadap kaum Yahudi. Bermakna anti pada kaum lain tidak mengapa.

Alhamdulillah di negara kita tidak ada undang-undang yang seperti ini. Kita anti terhadap kaum-kaum yang tertentu. Sikap kita pada hari ini bukan benci kepada bangsa Yahudi tetapi benci kepada kezaliman yang dilakukan oleh golongan pelampau Zionis yang juga ditentang oleh kalangan orang-orang Yahudi sendiri.

Kita penganut agama Islam diwajibkan beriman dengan nabi-nabi Bani Israel, rasul-rasul Bani Israel, pemimpin-pemimpin Yahudi yang baik dalam sejarah yang disebut nama-nama mereka dalam Al-Quran kita wajib beriman dan mempertahankan nama baik mereka.

Akan tetapi sikap melampau kaum Zionis yang dicatatkan dalam Al-Quran yang telah menyebabkan mereka menjadi bangsa yang melarat yang tidak boleh diterima oleh kaum dalam sejarah manusia.

Sehingga dalam sejarah moden rakyat Palestin dipaksa, dirampas tanah air mereka untuk mendirikan sebuah negara yang dinamakan negara Israel. Kita tidak menafikan bahawa Palestin adalah tanah suci daripada kaum Yahudi, tanah suci kepada orang Islam, tanah suci kepada orang Kristian tidak dinafikan.

Akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menghalang hak-hak kaum yang lain untuk hidup dengan cara yang sewajarnya untuk mengecap kenikmatan di bumi tanah air masing-masing. Apa yang menakutkan rakyat Palestin bukan sahaja dihalau dengan pengiktirafan daripada negara-negara besar.

Ketika penubuhan negara Israel bahkan tindakan mereka secara demokratik tidak diakui Golongan Hamas dan dipantau oleh NGO barat termasuk Yayasan Jamie Cater daripada Amerika Syarikat yang memantau pilihan raya yang telus dan adil dan memberi kemenangan kepada Hamas. Malangnya kerajaan Hamas telah dikepung, telah disekat, telah dihalang dan telah diperlakukan.

Apabila tidak dapat dijatuhkan dengan cara itu maka diambil tindakan ketenteraan dengan cara yang sangat ganas. Malangnya keganasan ini disokong oleh kuasa besar dunia yang dianggap paling maju dan paling bertamadun yang paling mendukung demokrasi.

Malangnya negara Amerika Syarikat yang dimaksudkan itu menguasai bangsa-bangsa bersatu sehingga undang-undang antarabangsa dikendalikan oleh bangsa-bangsa bersatu laksana sarang labah-labah. Ianya serangga yang kecil yang boleh diambil tindakan yang melekat.

Helang-helang yang besar seperti Amerika boleh rempuh begitu sahaja dan boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. Dalam hal ini kita tidak menafikan realiti kita berada dalam masyarakat antarabangsa dan menerima kewujudan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Apa yang penting ialah kita memainkan peranan yang pro aktif dalam pertubuhan antarabangsa ini. Sama ada melalui kita sendiri negara Malaysia ini termasuk secara kolektif melalui rakan-rakan dalam negara berkecuali (NAM) untuk mengambil satu tindakan yang sebaik-baiknya bagi memulihkan bangsa-bangsa bersatu itu sendiri.

Bunuh pemimpin Islam, 100 akan berganti

Sangat malu bagi kita yang berjiran yang hampir dengan Palestin kepada Venezuela yang jauh daripada Palestin dan mengambil tindakan yang berani memutuskan hubungan menghalau duta Israel. Di sana ada negara-negara yang masih malu-malu kucing terhadap Amerika Syarikat. Apa kita gerun dengan Amerika Syarikat? Dunia telah membuktikan kezaliman tidak akan kekal dan kezaliman tidak mengekalkan sesuatu kuasa besar dalam sejarah dunia.

Keadilan yang baik yang akan kekal. Mereka tidak berjaya menghapuskan perjuangan Palestin kerana perjuangan Palestin adalah perjuangan yang menuntut hak. Israel telah bertindak membunuh pemimpin-pemimpin Palestin, pemimpin Hamas.

Dibunuhnya Sheikh Ahmad Yassin yang lumpuh yang tidak boleh berjalan bergerak dengan kerusi roda sahaja dibunuh juga.

Dibunuhnya Yahya Arshad dibunuhnya Abdul Hadi Rantisi dan lain-lain, dibunuhnya pemimpin-pemimpin Palestin dikutip satu demi satu sebagai satu langkah untuk menghapuskan kepada Ketua Rakyat Palestin.

Apa yang berlaku kepada kita rakyat ini tidak boleh dihapuskan dengan membunuh pemimpin-pemimpin. Satu pemimpin dicantas 10 dan 100 tunasnya akan tumbuh Bukan cara itu. Caranya ialah mengendali dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya. Kuasa besar dunia Amerika yang memberi perlindungan kepada Israel. Hari ini sudah runtuh imejnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Maka kita tidak perlu segan lagi kepada kuasa besar ini. Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presidennya yang akan berhenti beberapa hari lagi. Walaupun kita menyedari kasut tidak boleh melawan Toma Hawk. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga.

Dalam hal ini Insya-Allah kami akan bersama-sama dengan kerajaan untuk turun ke padang sama ada untuk menggerakkan rakyat dalam negara kita di kalangan semua kaum untuk tunjuk kepada dunia luar kita boleh bersatu dalam perkara yang menjadi titik persamaan antara kita.

Hari ini kita dalam satu barisan dan satu pakatan. Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan mengambil satu tindakan yang lebih tegas untuk membolehkan tindakan yang sewajarnya terhadap jenayah yang dilakukan oleh pengganas yang bersifat negara. Bukan lagi pengganas individu pengganas yang bersifat state maka satu tindakan yang perlu diambil.

Dalam usul Perdana Menteri sudah disebut beberapa perkara yang menjadi alasan untuk menyeret Israel dan pemimpin-pemimpin Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa.

Mencabuli undang-undang antarabangsa. Kedua, mencabuli undang-undang hak asasi manusia. Ketiga, mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Keempat, mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kelima, melanggar dan memijak Konvensyen Geneva.

Ini satu perkara yang jelas, yang nyata, yang tidak boleh di selindung lagi. Apa yang penting, selepas ini kita bergerak bukan saja di Parlimen, kita bergerak mengikut kemampuan kita masing-masing dan terima kasih. Saya menyokong usul ini. - azm_



p/s: Akhirnya ahli politik kita boleh berfikir dengan waras. Ameen

Wednesday, January 21, 2009

The Great Debater



Once, a Roman general brought peace to a rebellious province... by killing all its citizens.Even his fellow Romans were shocked. One of them wrote:"Solitudinem faciunt, pacem appellant". Which means:"They create Desolation and call it Peace". Now for all their facts and figures, the Paul Quinn debaters would also create desolation...And call it peace. They would allow the unemployed to die, so the economy can live.

A brilliant young woman, I know was asked once, to support her argument in favor on social welfare. She named the most powerful source imaginable. The look in a mothers face, when she cannot feed her children. Can you look that hungry child in the eye? See the blood on his feet from walking barefoot in the cotton fields? Or do you ask his baby sister, with her belly swollen from hunger... if she cares about her daddy's work ethic?! -Henry Lowe, kemenangan pertama Wiley College-

**********
Salam. walaupun tgh pening dengan banyak perkara dan juga tekanan dek kerana nota yang berlambak tak dibaca tu, sempat juga aku menonton sebuah cerita yang diberi tajuk "The Great Debater". Cerita yang dilakon semula berdasarkan kisah benar Melvin B.Tolson iaitu seorang professor di kolej Wiley Texas betul-betul menaikkan semangat aku. Kesungguhan beliau untuk menghasilkan team debate pertama kolej mereka sungguh mengkagumkan sehingga mereka menjadi yang terbaik. Sememangnya cerita ini memang bagus dan aku recommend kat semua orang. Banyak benda yang boleh dipelajari daripada cerita ni.

Salah satu aspek yang sering diabaikan dalam kalangan pelajar ialah dalam aspek public speaking. Alangkah bagusnya jika USM kampus kesihatan ini mempunyai saluran untuk melatih pelajar dalam public speaking. Kepetahan pelajar dalam public speaking penting untuk menghasilkan pemimpin berwibawa di masa hadapan. Minat sangat-sangat nak join benda-benda sebegini. Bila tengok gaya pelakon tu berucap, rasa naik pula semangat sambil berangan. "What if i'm standing at his place? Will i able to do that?" Erm.. Bila la sekreteriat bahas akan betul-betul ditubuhkan? I'm tired of waiting. Ish konpius ni. Debat Piala TNC dah tak de ke tahun ni?




Monday, January 19, 2009

Solat Subuh Berjemaah........

PERTAMA sekali, terima kasih kepada Voltin atas nasihat beliau melalui ruangan cbox. Ternyata beliau seorang Da’ie yang baik dalam menegakkan syariat solat secara berjemaah. Saya akui kelemahan diri sejak kebelakangan ini begitu sukar sekali untuk solat subuh berjemaah. Bahkan solat-solat lain pun sering tertinggal dalam mengerjakannya secara berjemaah. Diri ini sangat-sangat lemah sekali imannya sehingga Allah tidak memilih saya untuk melakukan ibadat ini. Sebelum saya masuk kepada bab solat berjemaah. Izinkan saya soroti semula nasihat sahabat.


8 Jan 09, 18:43
voltin: subuh pakat bgn g surau deh!!

19 Jan 09, 17:57
voltin: subuh woi!!!!! mane tak nmpk batang hidung?

19 Jan 09, 17:58
voltin: nak maju guano subuh tak bgn......

19 Jan 09, 17:59
voltin: bodo..

Dan jawapan saya:

19 Jan 09, 18:28
jacknaim to voltin: manusia ada kelemahan dan x trn subuh berjemaah adalah kelemahan sy. tp soalannya. antara solat subuh dan subuh berjemaah yang mana wajib dan yang mana sunat.

19 Jan 09, 18:29
jacknaim to voltin: dan bila guna ayat "subuh x bangun" tu hati2 sikit. boleh jadi fitnah kalau saya bangun. mungkin ada masanya x tersedar. apa2 pun sy ucapkan tahniah sebab saudara berjaya subuh berjemaah.. teruskan

19 Jan 09, 18:32
jacknaim to voltin: Tp sbg Da'ie janganlah mewajibkan apa yg kita buat tu ke atas semua orang. buatlah sesuatu berdasarkan tahap iman.. mewajibkan benda yang sunat tu anda crlah sendiri hujahnya. sy xnak berbahas

19 Jan 09, 18:41
jacknaim to voltin: apa2 pun tahniah sebab bagi nasihat. semoga Allah pilih saya utk terus subuh berjemaah. Teruskanlah mengetuk pintu bilik atau dtglah kejut saya di bilik 204 utk turun subuh. dan doakan juga utk saya.

19 Jan 09, 18:42
jacknaim to voltin: kirimlah doa untuk saya bagi menggantikan kiriman kata "Bodoh" tu. semoga voltin terus subuh berjemaah. jangan ada yg tertinggal. tertinggal satu waktu pun anda BODOH juga

MEMANG tidak dapat dinafikan, selepas Nabi berhijrah ke Madinah, perkara pertama yang dibuat ialah mendirikan masjid. Semua aktiviti dibuat di masjid dari sekecil-kecil aktiviti hinggalah ke besar-besar aktiviti baik mesyuarat, pembahagian harta perang, tidur dan sebagainya.

Tetapi dewasa ini orang menggunakan hadis yang salah dalam menyuruh bersembahyang berjemaah terutamanya subuh. Ada mengatakan bahawa:

“kalau nak lihat kekuatan Muslim, lihatlah solat subuhnya. Jika berjemaah ramai maka ketika itu Islam sudah kuat”

Ayat diatas disalah ertikan sebagai hadis sedangkan ia adalah kata-kata Rabbi Yahudi. Adakah kita akan percaya kepada hujjah musuh. Sekiranya begitu mentaliti kita, sampai bila kita akan terus ditindas?

Saya pernah mendengar ceramah seorang Ustaz di USMKK berkenaan solat berjemaah. Saya sedar niat beliau baik dalam mengajak warga USMKK solat berjemaah. Tapi cara beliau mengolah hadis itu, maaf saya tidak bersetuju. Katanya.

“Nabi pernah menyuruh sahabat mengimamkan solat berjemaah dan baginda membawa kayu api untuk membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah. Nabi melaungkan kepada mereka yang tidak solat berjemaah sebagai, Zalim! Zalim! Zalim!, Munafiq!, Munafiq!, Munafiq! Dan Kafir! Kafir! Kafir!.

Persoalannya, selain daripada semasa baginda di hujung ajalnya, pernahkah beliau tidak menjadi imam solat. Dan apakah perkataan sebegitu cara nabi bercakap? Sedangkan hadis sebenarnya berbunyi seperti berikut

Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. (HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Hadis di atas telah menjadi asas kepada mazhab Hambali untuk menjadikan hukum solat berjemaah sebagai Fardhu Ain. Namun sesuatu yang jarang kita ketahui. Hakikat sebenar bahawa hadis di atas dibatalkan setelah ramai para sahabat tercicir solat berjemaah.

Kalau sahabat yang kuat imannya boleh tercicir solat jemaah. Bagaimana pula dengan iman saya yang begitu lemah ini.

Pendapat iman lain dalam solat berjemaah ialah Fardhu Kifayah bagi Mazhab Shafie dan Sunat Muakkad bagi Mazhab Maliki dan Hanafi.

Walaubagaimanapun, solat berjemaah itu dituntut dalam menjamin masyarakat agar bersatu. Kelemahan umat Islam hari ini ada kaitannya dengan kurangnya solat berjemaah. Tapi walaubagaimanapun, janganlah menghukum seseorang dengan hukuman yang sangat berat kerana gagal solat berjemaah. Sesungguhnya perkara sunat tak kan menjadi WAJIB kecuali sudah tiada lagi orang yang bersolat jemaah…….

Teruskanlah berdoa agar saya kembali seperti dulu. Sembahyang berjemaah lima waktu sehari di masjid atau surau. Ameen!

Boycott is not stupid action..

Assalamu’alaikum, USMKKians recently thinking of organizing Boycott campaign towards Israeli and US products who continues to supply weapons for Palestinian Mascarre.

Even though I was called for a meeting to organize the campaign, I did not attend it. It’s not that I didn’t care for the suffering of Palestinian but I’ve my own reason not to join the boycott. However, I will not look at their effort with just one eye. I will support them morally even though I don’t like the boycott stuff.

Yes, indeed the boycott stuff could be a temporary action. It may be stop after a few months. Or it might continue forever till the Zionist being destroyed. The important part is when the company realizes the rejection of people towards their action and they could stop it. That’s the purpose of the boycott. Then when they realize of their mistake, we give them a chance to change.

Boycott could be a small thing to be done by us. It seems small but indeed, the impact is big. Talking but small stuff, I would like to share a story from Pro-M UM candidate for election. I translated it into English.

It happen to be a story during the time of prophet Abraham when he was burnt by King Namrud in a very huge fire for not acknowledge him and the idols as God. A very small bird repeatedly tried to put out the fire by using it small beak. The birds did it continuously until being laughed by other animals. Other animals question him.

“Why did you force yourself to do that? It will just make you tire instead of put out the fire.” And the small bird replies.

“Indeed, it won’t put out the fire, but I fear Allah more. So when Allah questions me, then I will have my answer. Allah won’t ask me whether I succeddly put out the fire. He will ask me, what have I done?”

Friends, you surely questioning me the reason for not boycotting. I have few reasons for it. I have my own stand and will never do thing just base on what others did.

The very first reason is that I do not know whether the companies listed really give their profit to Israel. Unless they did it, then I have a reason to do it. In Islam, when we accuse someone, then we must bring proof so that we do not do injustice towards them.

Secondly, the boycotting will make people losing their jobs. They have mouth to be fed. Who is going to take a responsibility?

Thirdly, not all the US companies did that. Some of them also give food to help the palestinian. Not all US are terrorists.

However, base on my reason,(like what I mention before) I will not degrade the effort to boycott the US and Israeli product. Continue on what you believe. You did your part and I will do my part.

Good luck all.May Allah rewards all of ypur effort. O Allah please helps the Palestinian. Ameen!

Saturday, January 17, 2009

Ambil pengajaran dari Kekalahan PRK: Renungan buat Pro M dan Aspirasi.

Adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Melihatkan kepada Perjalanan PRK USM secara keseluruhan, ternyata ia dipenuhi dengan unsur ketidak-adilan dan ketidak-professionalan sistem pengurusan pilihan raya kampus itu sendiri. Maka kekalahan dan kemenangan calon sentiasa boleh dipertikaikan.

Adalah tidak mustahil, kekalahan Pro-M ada kaitan dengan situasi ini. Sememangnya sistem pilihan raya kampus patut diteliti kembali dan dibersihkan. Walaubagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya penyebab kepada kekalahan ini. Banyak lagi faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut.

Bagi Pro-M, usahlah melenting dengan kekalahan ini. Terimalah ia sekiranya ini takdir Ilahi. Sekiranya anda yakin ia disebabkan ketidak adilan atau unsur penipuan, maka berdoalah pada Allah agar mereka diberi hidayah dan insaf atas kesalahan mereka.

Namun, ini semua lebih dari itu. Kekalahan juga mungkin disebabkan oleh penolakan mahasiswa terhadap landasan perjuangan. Mungkin mahasiswa sudah bosan dengan taktik yang sama. Mendekati pengundi hanya pada waktu kampen namun selepas menang, kita mula menyombong dan meninggi diri. Itu yang perlu kita renungkan kembali. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mesra rakyat. Biarpun hanya sekadar menyapa untuk bertanya khabar, namun ia akan tetap berbekas di hati dan meninggalkan haruman yang indah. Oleh yang demikian, semak balik kepimpinan yang lepas. Bagaimana hubungan kita dengan mahasiswa lain?

Dalam menuju universiti APEX, landskap perjuangan perlu diubah. Mahasiswa ingin melihat kepada hasil yang diperjuangkan bukannya laungan di tepi jalan. Kita boleh terpekik terlolong tapi apa gunanya? Apa gunanya jika laungan kita itu membawa mesej sifar yang tidak menguntungkan mahasiswa? Perjuangan kita lebih daripada untuk membawa suara mahasiswa ke parlimen. Suara kita untuk mencipta kecemerlangan akademik disamping melatih bakat kepimpinan. Suara kita untuk memartabatkan kredibiliti Universiti di persada dunia disamping meninggikan kembali nilai moral mahasiswa yang menjunam jatuh.

Seterusnya ialah gerak kerja kita. Bagi jentera Pro-M yang bekerja dengan saya sepanjang tempoh kampen, anda tentu biasa dengan ungkapan “Jangan buat publisiti murahan untuk tarik undi kesian”, “Jika nak main kotor, aku tarik diri dan boikot pilihan raya ini” dan “ Jangan ikut perangai mereka. Jika mereka buat cara kotor, kita kembali pada cara islam. Tak perlu ikut mereka”. Kerana itu, saya cukup sedih apabila rakan-rakan di Induk menggunakan cara kotor untuk menang. Ternyata Allah telah menghukum kita kerana ini dan memberikan kekalahan. Kerana kemenangan tak kan ada maknanya sekiranya cara kita itu KOTOR. Kita adalah pejuang Islam. Apa ertinya kita memperjuangkan Islam sedangkan intipatinya tidak kita ikut?

Dalam berjuang, kita diajar untuk merendah hati tetapi berjiwa jihad yang tinggi. Tapi sebaliknya berlaku. Kita menjadi sombong dan angkuh. Kita begitu pasti akan menang dan mula meninggi diri tapi bila berjihad kita lemah. Definisi jihad seolah-olah demonstrasi semata-mata sedangkan kadang-kadang isinya bukan untuk menegakkan yang Haq.

Akhirnya ialah agar kita terus komited dengan nilai-nilai Islam yang kita perjuangkan. Setinggi mana pun kita, nilai hormat-menghormati perlu ada. Walaupun pada musuh, apa salahnya kita menghormati mereka. Masa kita berbahas, kita berbahas untuk kebenaran. Tetapi selepas itu, pastikan ia tidak membawa kepada permusuhan berlanjutan. Be a professional in every action. Do not let emotion take control of your mind. Selain daripada itu, semangat ikhwanul Muslimin yang berlandaskan Fisabilillah itu perlu kita tegakkan. Jangan hanya kita berjuang untuk kepentingan diri dan agenda peribadi. Letakkan Allah sebagai matlamat.

Sebagai kesimpulan buat Pro M. Kita pejuang Islam. Tiada istilah kalah dalam perang. Sekiranya kita menang maka itulah kemenangan buat kita. Tapi jika kalah, kita masih lagi menang. Kita menang kerana berani memperjuangkan yang Haq, kita menang kerana berjuang hingga ke akhir. Dan jika kita syahid. Kita tetap HIDUP di sisi Allah. Percayalah dengan janji-janji itu.

Buat Pro Aspirasi, usahlah terlampau riak dengan kemenangan anda. Kami tahu, sesetengah dari anda menang dengan cara kotor dan jijik. Namun bagi yang menang secara adil, tahniah saya ucapkan. Anda sememangnya ketua yang baik kerana mendapat tempat di hati rakyat. Guna peluang ini untuk berbakti dan mendaulatkan agama.

Adat pertarungan ada bermacam keputusannya. Teruskanlah memperbaiki diri anda. Kerana jika kami mampu menjadi lebih baik dari anda selepas ini, nescaya Allah akan memberikan kemenangan kepada kami di tahun hadapan. Yakinlah bahawa kerusi kekuasaan itu milikNYA. Anda menang kerana belas ehsan dariNYA.

Pesanan buat calon Pro M yang menang; Teruskanlah bersuara. Kami sandarkan seluruh jiwa kami buat anda untuk membawa kebaikan. Tetaplah dengan nilai ISLAM dan teruskanlah untuk BANGUN bagi MEMBERI PERINGATAN. Jangan anggap bilangan anda sedikit kerana kami semua berdiri teguh di belakang anda.



p/s: Tahniah Kak Mah, Razzi dan Fadhli. Teruskan perjuangan. saya sentiasa dibelakang anda selagi mana landasan perjuangan kita tidak lari.

Ermm.. Mikail tak bagi rezeki hari ni!

Setelah beberapa kali menyaksikan adegan ikan bersaiz XL melompat dalam sungai belakang USM dan memancing tanpa hasil kecuali anak-anak seluang dan duri sebesar ibu jari, hari ni aku ngan Dayat gi mancing lagi kat belakang tu. Khusyuk seh!

Pancingan dimulakan dengan meloncar joran menggunakan mata bomb (ada enam mata kail yang diikat pada spring) berumpankan perut ayam. Kemudian joran udang tradisional (panjang sedepa dan tali pendek) digunakan untuk memancing anak seluang kat tepi sungai. Selang beberapa ketika dapatlah anak seluang yang baru nak belajar berenang sebesar jari kelingking.

“Huk aloh keciknya.. takpe takpe, aku lepaskan ko dulu.. g main jauh2 dah besor teruna nanti dtg balik makan umpan.Huhu”

Selang bebarapa ketika,hujung batang joran pun mula menari. Tapi kecewa tika sentapan dibuat, tiada ikan yang melekat.

“Mungkin ikan-ikan tu masih nak main gurau kot.” Takpe.. Tunggu lagi.

Setelah beberapa lama menunggu, hujung batang joran menari lagi. Kali ni hip-hop plak. Seperti tadi, sentapan tak mendatangkan hasil. Petang tu, ada la dalam empat kali joran menari dengan macam-macam jenis tarian.

Dalam pukul 6.30 petang sewaktu aku sedang khusyuk menikmati panorama alam, satu sentapan kuat pada batang kail. Aku dengan penuh machonya menyentap dengan penuh kuat. MasyaALLAH! Berat gila rasanya kail ni. Dengan penuh macho aku memutar kerikil kail untuk beberapa minit. Kemudian aku suruh Dayat bertarung. Maklumlah dia lagi expert bab-bab ni. Aku pun tak confident sangat. Maklumlah terlampau berat daya yang dikeluarkan oleh makhluk yang memakan umpan. Tak taulah makhluk ape, rase-rasenye cam ikan.

Dayat pun dengan lagak selambanya menjadi kelasi pada pancing aku. Bagaikan konduktor orkestra lenggoknya bertarung dengan ikan. Tarik punya tarik sampailah ketepi. Masya ALLAH! Hampir tak percaya pula dengan khazanah sungai belakang USM ni. Seekor ikan Patin yang panjangnya satu hasta setengah dan lebar sebesar pinggang (agak2 dalam 3-4 Kg) kelihatan lesu kat dalam air tepi tebing. Time tu dalam kepala otak aku duk pikiaq pasal Patin goreng@ gulai masak tempoyak dah. Tapi takdir menentukan segala-galanya. Tali yang disambung pada chille joran putus dan membawa pergi Patin bersaiz XL tersebut bersama-sama dengan kegembiraan kami. Yang ditinggalkan hanyalah kekecewaan di hati dan masih terasa sampai ke malam ni. Duk terbayangkan ikan patin je.

Hurm. Cakap bab memancing ni, tetiba teringat cerita abang suhair daripada Gerakan Pengkaji Tamadun Dunia, ABIM (GPTD) sewaktu beliau berdakwah di Pulau Kokos Australia. Pulau Kokos mempunyai penduduk yang 95% darinya adalah melayu muslim yang masih berpegang pada nilai traditional dan adat nenek moyang (maklumlah dekat Pulau terpencil) Penduduk di sana mengamalkan Islam yang sudah macam tak Islam dan abang Suhair telah menjadi ustaz kat sana untuk mengajar balik asas-asas fardhu Ain. Salah-satu dari sylibus nya adalah 10 nama Malaikat yang wajib diketahui.

Istimewanya orang Pulau Kokos ni ialah mereka sangat-sangat suka belajar dan MEMANCING. So, semasa memancing dan dapat banyak ikan diorang akan cakap.

“Baik betul Mikail hari ni. Banyak betul rezeki yang dia bagi”

Dan kalau tak dapat ikan, diorang akan cakap.

“Ermm.. Mikail tak bagi rezeki hari ni!”

So sama la dengan keadaan aku hari ni.

Tapi dalam keadaan berduka, Allah bagi juga rezeki melalui joran tradisional aku tu walaupun sekadar dua ekor ikan seluang bersaiz ibu jari. Malamnye, leh jugak merasa ikan goreng.

Tapi, bagi aku memancing hari ni memberikan dua lagi pengajaran berguna buat aku:

1. Jangan berangan selagi sesuatu benda tu tak berada di tangan kita atau betul-betul menjadi milik kita. Dalam kes ni, ikan tak naik atas darat lagi tapi dah berangan nak masak ikan dengan macam-macam jenis.

2. Percaya dengan Qada’ dan Qadar serta perkataan “Kun Fa Ya Kun”. Qada’ nya ialah kami memancing menggunakan sunnah alam cara memancing. Qadarnya ialah kami dapat ikan hasil dari usaha kami tersebut mengikut sunnah alamnya. Secara logiknya, dapat ikan adalah secara teori tapi “Kun Fa Ya Kun” ialah Allah boleh buat apa-apa sahaja yang dikehendakinya. Dalam kes ni, ikan dah sampai kat tebing sungai dah, tapi dah Allah kata bukan rezeki kami jadi TERLEPAS la ikan tu.. Hurm, redha aje la..

Thursday, January 15, 2009

Langgar etika PRK-Saya tuntut jawapan daripada Halimi

Bahawasannya saya Muhamad Na’im B Ab Razak pelajar perubatan tahun 3 USM Kubang Kerian telah melihat beberapa orang pelajar diploma nursing tahun 2 (yang dikenal umum sbg proxy Halimi) mengedarkan poster Halimi sebagai calon PRK Umum pada pukul 2.30 pagi, 15 Januari 2009 di desasiswa Nurani dengan disaksikan dua orang pelajar perubatan yang namanya dirahsiakan demi keselamatan (seorang tahun 1 dan seorang lagi tahun3). Ini secara jelas bercanggahan dengan peraturan PRK yang mana kampen tidak boleh melebihi jam 12 tengah Malam.

Selain daripada itu, salah seorang saksi memaklumkan bahawa dia terlihat salah seorang pengedar fliers turut membawa kertas fitnah terhadap bekas MPP tahun lepas iaitu Saudara aliff Yunus(yang dilabelkan sebagai katak) dalam satu plastik. Saya pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka mengatakan bahawa mereka menolong membuang fliers fitnah tersebut dan saya bersangka baik pada mereka. Walaubagaimanapun, setelah kami membuat penyiasatan terhadap bilik yang diletakkan fliers Halimi sejurus mereka berlalu pergi, sebahagian dari bilik itu turut diletakkan dengan fliers berunsurkan fitnah tersebut.

Fliers tersebut antara lainnya diedar di Café Nurani, parking kereta dan asrama Murni. Saya dan dua orang saksi telah membuang seberapa banyak fliers fitnah tersebut.

Untuk mendapatkan kepastian saya telah beberapa kali menghubungi Halimi untuk mohon penjelasan tetapi tidak di angkat panggilan tersebut (panggilan terakhir pada pukul 3.00 am)

Selain daripada itu, saya turut menghantar satu sms kepada beliau pada jam 3:01:11 am yang berbunyi seperti berikut

Slm! Bakpo x angkt. Bdk2 demo kantoi edar flier fitnah kat nurani. Kesilapan kedua edar poster lbh pkl 12. Ada bukti ni.

Waalaubagaimanapun, sms tersebut tidak dibalas sehinggalah artikel ini ditulis.

Oleh yang demikian, saya dengan ini menuntut Halimi tampil memberikan jawapan secara gentle man terhadap insiden yang berlaku memandangkan beliau sebelum ini menghentam calon lawan dengan pelbagai hentaman.

Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap artikel yang ditulis dan bersedia di panggil sebagai saksi sekiranya diperlukan oleh mana-mana pihak.

Yang benar
Muhamad Na’im B Ab Razak
www.jacknaim.blogspot.com

Nasihat akhir untuk PRK USMKK

Salam. Saya tahu setiap dari anda sudah mempunyai idea untuk memilih siapa sebagai wakil suara anda dalam MPP sesi ini. Teruskan dengan keputusan anda tapi lagi bagus jika dibuat Istikarah atau berdoa banyak-banyak pada ALLAH agar DIA menunjukkan kepada kita siapa sebenarnya lebih layak dipilih.

Bagi yang Muslim, pilihlah calon yang betul-betul boleh menjaga kebajikan beragama dan bukannya calon untuk hedonisme semata-mata. Kerana, kita kurang saff kepimpinan yang mampu untuk melahirkan generasi ulul al-bab yang boleh membimbing kita semua di jalan ALLAH. Calon yang mempunyai asas agama yang kukuh mampu untuk berlaku adil kepada semua baik muslim atau pun non muslim.

Bagi sahabat non muslim, pilihan di tangan anda. Sekiranya calon yang dipilih betul-betul Muslim sejati, dengan Izin Allah dia akan menjaga kebajikan anda semua. Hak anda akan tetap dipelihara dan diperjuangkan selaras saranan ISLAM agar berlaku adil.

Dan akhirnya, pilih lah calon yang mampu bersama-sama dengan kita. Bukannya pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak pandai bekerja. Pemimpin yang betul-betul mampu memegang amanah kepimpinan ini dengan penuh ikhlas dan berjuang hingga ke pemilihan MPP yang seterusnya. Berikut adalah calon-calon anda….

Calon UMUM (Kak Mah Vs Abe Limi)
Calon PSK (Niza Vs Wali)
Calon PSP (Pilih dua antara Razzi, Pali dan Rupesh)

Secara jujurnya, saya pernah bekerja dengan kesemua calon di atas kecuali Rupesh. Masing-masing ada kelebihan dak kekurangan sendiri. Undi anda adalah rahsia. Tetapi, InshaALLAH sekiranya diberi Izin Allah untuk mengundi esok, calon yang bermain di minda saya semestinya Kak Mah, Razzi dan Pali. Anda undilah mana-mana calon yang anda suka kerana itu hak anda. Jangan mengundi hanya kerana mengikut orang lain. Saya memilih mereka kerana ada sebabnya. Dan anda semua ada sebab untuk memilih calon anda.

Sekian….

Wednesday, January 14, 2009

Masalah Kelewatan JPA

Selepas sesi bantahan secara aman bagi membantah penamaan calon PRK USMKK pada hari Isnin yang lepas, saya sempat berbincang dengan Pn Masdira mengenai isu kelewatan pembayaran Biasiswa JPA.

Beliau memohon maaf atas kelewatan yang berlaku. Hal ini memandangkan beberapa Universiti telah pun menerima biasiswa JPA. Menurut beliau, punca kelewatan adalah disebabkan berlaku kekeliruan dalam menentukan Kursus yang diambil oleh penerima biasiswa. Oleh yang demikian, satu senarai nama baru telah pun dihantar kepada pihak JPA. Pembayaran wang biasiswa adalah terus daripada JPA dan bukan melalui Jabatan Bendahari. Tempoh sebenar bila JPA akan masuk tidak dapat dipastikan.

Pesan beliau, Jabatan Bendahari USM ada membuat pinjaman jangka masa pendek bernilai RM 500 kepada pelajar yang memerlukan dan bolehlah mengisi borang tersebut di BHEPP dan menyerahkannya kepada beliau untuk diproses. Pemprosesan pinjaman mengambil masa paling awal selama seminggu dan mungkin lebih lama lagi. Cek akan dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari kepada pemohon. Proses pembayaran balik hendaklah dibuat kepada Jabatan Bendahari melalui HEP.

Oleh itu, kepada rakan-rakan yang telah pun kekeringan wang bolehlah berurusan terus dengan pihak HEP tanpa melalui mana-mana pihak.

Tuesday, January 13, 2009

Mengapa saya katakan pencemaran terpilih PRK USMKK?

Seorang calon Pro Mahasiswa UKM yang telah diisytiharkan menang tanpa bertanding telah ditarik balik kemenangannya akibat melanggar syarat kelayakan menjadi calon pilihan raya kampus. Kemenangan Norliana Yusak dibatalkan apabila beliau yang merupakan pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan dijangkakan tamat belajar pada bulan April.

Undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon yang bertanding mestilah mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 semester (1 tahun) sebelum layak menjadi calon. Sekiranya begitu, kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

Pilihan raya kampus sepatutnya dijadikan medan untuk memilih pemimpin masa hadapan berlandaskan perjuangan haq dan batil. Proses pemilihan ini sepatutnya dijadikan medan untuk mendidik para pemimpin dari sekecil-kecil aspek pengisian hinggalah pada pengisian kemenangan nanti. Namun, sekiranya awal-awal lagi mereka diajar dengan cara-cara ‘korupt’ maka kesan yang mendatang pasti akan lebih teruk lagi.

Oleh yang demikian, penyertaan calon konstituensi Umum PRK USMKK, sepatutnya dilucutkan kerana kes beliau adalah sama dengan Norliana Yusak. Bezanya, Norliana sudahpun diisytiharkan menang dan masih boleh dilucutkan kemenangan itu. Bagaimana pula dengan Saudara Halimi? Ternyata pencalonan beliau menimbulkan pelbagai spekulasi dan kontroversi.

Pilihan ada di tangan anda. Adakah anda akan memilih MPP yang dipilih secara tidak sah, berkhidmat untuk anda dalam tempoh yang sekejap. Sekiranya beliau menang dan tamat pengajian nanti, siapa yang akan menanggung beban amanah beliau? Menurut jawatankuasa pendaftar, tiada pilihan raya kecil bahkan MPP lain akan menanggung tugasan beliau sekiranya beliau menang dan meninggalkan kampus.

Pilihan ada di tangan anda. Sebagai orang terpelajar, ayuhlah membuat pilihan yang terbaik. Anda pilih lah calon mana yang anda kehendaki. Semoga mereka dapat membawa perubahan pada universiti APEX ini.

Monday, January 12, 2009

Penamaan calon PRK USM Kubang Kerian: Satu pencemaran terpilih terhadap AUKU.

Proses penamaan calon Pilihan raya Kampus Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan telah memaparkan bibit-bibit pencemaran terhadap AUKU yang sebelum ini begitu gah dipertahankan oleh pihak berwajib sehingga ramai yang terpingga-pingga. Mengapa ada pencemaran terpilih berlaku di waktu PRK sedang hangat dibincangkan.

Dua pencemaran telah berlaku yang sepatutnya telah melucutkan hak seorang calon konstituensi umum dan seorang calon konstituensi Sains Kesihatan.

Pencemaran pertama melibatkan calon bebas iaitu pelajar tahun akhir Sinaran Perubatan yang juga merupakan ahli MPP USMKK pada sidang yang lepas iaitu saudara Halimi. Beliau sepatutnya hilang kelayakan berdasarkan akta pemilihan MPP AUKU Seksyen 52(4) yang mana sepatutnya ahli MPP memegang jawatan selama setahun. Walaubagaimanapun, tempoh pengajian beliau hanya berbaki dalam empat ke lima bulan sahaja lagi. Persoalan timbul, selepas beliau menamatkan pengajian, beliau bukan lagi pelajar yang layak untuk memegang jawatan MPP sebagai mana perlembagaan AUKU Seksyen 52(18)(a).

Jawapan yang diterima daripada badan pendaftar calon ialah berdasarkan budi bicara bagi membolehkan semua calon bertanding. Sekiranya itu alasannya, tiada masalah. Perlawanan secara gentleman boleh dilaksanakan. Walaubagaimanapun, keputusan berdasarkan budi bicara semata-mata tanpa perjanjian bertulis tidak dapat dijadikan hujah. Pihak berwajib gagal untuk menyediakan hitam-putih yang membenarkan kes sebegini diberi peluang untuk bertanding mengakibatkan ramai penyokong tidak berpuas hati. Walaupun ia dilihat remeh, tetapi Integriti pemilihan calon tetap perlu dipersoalkan kerana ia melibatkan pengecualian secara terpilih.

Satu kes bantahan juga dikemukakan terhadap calon aspirasi yang mewakili konstituensi Sains Kesihatan iaitu saudara Waliyuddin yang tersilap menulis tahun pengajian sebagai tahun empat pada borang penamaan calon sedangkan beliau hanya di tahun dua. Alasan terhadap penolakan adalah sama iaitu bagi membenarkan semua calon dapat bertanding dan kesalahan ini tidak kecil.

Selain bantahan daripada calon yang bertanding, sekumpulan mahasiswa USMKK turut mengadakan bantahan secara aman di BHEPP selepas taklimat calon selesai pada pukul 5.30 PM. Kumpulan mahasiswa yang turut disertai oleh penulis sendiri antara lainnya meminta agar proses penamaan calon dapat dijalankan secara telus dan mengikut perlembagaan. Sebarang perubahan perlulah mengikut garis panduan yang disahkan dan diterima pakai umum. Ketika diminta agar pihak pendaftar menyediakan satu guideline mengenai perkara sebegini bagi proses penamaan calon pada tahun hadapan, mereka mengatakan bahawa itu tidak perlu. Ini amat membimbangkan kerana masalah yang sama pasti berlaku lagi di masa hadapan.

Sunday, January 11, 2009

Haluan mana perjuangan kita?

Kau suatu ketika dulu,
menjadi teman perjuangan,
mengharap redha yang ESA,
melangkah dengan penuh gagah,
tak pernah berpaling atau lari,
kerana pengecut bukan sifat kita.

Kini ku renung pada langit,
lantas minda terus berhujah,
mencari walau secebis harapan,
mengharap pada kilasan kasih,
menunggu pada kesetiaan,
apa bisakah ia kembali semula?

Atau jalan dihadapan sudah buntu,
tiada lagi susur untuk kita mencelah,
atau sayap sudah pun patah,
Tak bisa lagi untuk terbang,
hanya diam menanti mati,
biar musuh terus menerpa.

Untuk apakah perjuangan kita?
Sekiranya ada yang tertindas,
siapa yang akan membela mereka?
Mana dia Khalid Al Walid?
berkuburkah semangat Salahuddin Al Ayyubi?
Kerana langkahan kita milik Abu Jahal?

Mana mungkin Ababil kan datang lagi,
Jika emosi menguasai iman,
tiada lagi akal untuk mencanai kefasikan,
Akhlak kita melebur begitu sahaja,
Apakah malaikat kan memayungi dengan sayapnya?
atau terus dibuai syaitan?

Kita punya cita,
tapi apa cita kita?
Masih samakah atau sudah lain?
Bicara kita dari mana?
Dari TUHAN atau nafsu?
Atas apa kita berperang?
Sama-sama jahil atau kerana Haq?

Apakah cita masih disulam Cinta?
Untuk kita terus berkasih?
Sebagaimana kasih Abu BAkar pada Rasulullah?
Atau adakah hati kita sudah gulita,
seperti mana Hindon membaham Hamzah.
Lantas kita terus padam.

Mungkinkah cahaya kan terus bersinar,
Walau laluan dihadapan begitu kelam,
Apakah ada yang mengalah?
Agar kita terus bersama?
Apakah perjuangan itu masih wujud?
atau lumpuh sudah di tengah jalan

Bagaimana bisa ku tamatkan bicara?
Sedang coretan masih berpaut,
Banyak yang belum dibicara,
banyak yang perlu dihitung,
agar tiada yang kelam lagi
Supaya cahaya terus subur.

Jacknaim
11 January 2009
DN 204, USM APEX-U
1.03 AM
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah