Thursday, February 26, 2009

Exam fever with the missing x factor


Finally this minor suffering has just ended. Thanks God for the short relief. But yet, the scary part is not over yet; Professional II examination is just within a month. It surely freaks me out and obviously a lot more depression as the battle is tougher and more rewarding if you win it. There will be only two outcomes, whether you manage to get into clinical phase or stuck in phase one for another year. God, please help me to avoid the second option. I can’t Imagine what will happen to me if I’m stuck in phase two for another year while my mates in third phase.


Well, I guess that this time exam is the most terrible exam in my whole exam-life in USM. (I think I feel it every time after exam actually. Sigh!). Well yea, confirm! This is the most terrible exam that gives me a week of miserable moment with depression and frustration.


I think I perform badly in all paper except for clinical osce (because I get a very nice doctor). Well, start with OSCE examination. Due to insomnia problem, I’m not able to sleep well at night which giving a great impact during the exam. I go blank for nearly half of the exam station out of 22. It’s so frustrating when things which already in my head won’t go out. Only after I left the station, everything starts filling my heads. But obviously, it is no use anymore but burdening my head as I cannot focus on the later station.


Then, turn out for essay question time. Same thing goes here. A very simple and straight forward question but yet, I’m unable to recall and pick a wrong answer. How could I stupidly pick the diagnosis of AVM for subarachnoid hemorrhage due to lesion in circle of Willy. It obviously ruptures berry aneurysm which is very common in younger patient. I already figure this out but I stupidly write the AVM on the paper. I guess I’m really being tested by God this time. Maybe it’s time for a little suffering after so much happiness that HE gives me.


Today is the last paper for selanjar III. It really destroys my chance to pass. I used to score well (even though not A) in MCQ paper before but today lot of thing which I did not cover comes out. So I guess, it’s a sign for a doom.


I have to admit, that besides little preparation. Maybe what happen is due to lack of “X” factor. I used this term to describe about spiritual stuff. I’ve to admit; this time I did not put my attention towards this matter. Lack of supplication, hopes and focus in prayer has led me a little bit astray. I just remember what my ex-lecturer said. Wisdom without bless is nothing! We surely can learn lot of thing. But as a creation, we have lot of limitation and at the end; we have to rely on our creator!


Lack of “X” has also causing me a lot of stress and depression. (Please pray for me that I’m not ending up in psychiatry ward). I guess I’m having difficulties to deal with my emotion and did not really find ways to overcome my stress.


Arghhhhhhh! I truly depress. I guess I have to stop writing now. I don’t have any mood to continue this writing and my head is fully occupied with DEPRESSION.

Sunday, February 22, 2009

Doa kejayaan peperiksaan Selanjar III


Buat diriku dan semua pejuang-pejuang Islam MEDDEN 3rd year yang akan menduduki Peperiksaan Selanjar III. Semoga diberi kekuatan oleh Allah. Good luck kawan-kawan. Towards excellence Muslim Doctor!

***********


Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah ya Tuhan kami, engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, keluargaku, guru-guruku serta muslimin-muslimat yang engkau rahmati sekalian.


Ya Allah, aku menadah kedua tanganku, memohon segala kekuatan dan kenikmatan dariMu ya Allah. Aku juga memohon agar dijauhkan dari segala bala dan ketakutan yang hakikatnya datang dariMu jua ya Allah.


Ya Allah, aku memohon belas ihsan dan kasih-sayangMU agar memberkatiku dan juga rakan-rakanku yang bakal menduduki peperiksaan selanjar III pada minggu ini. Kau bimbinglah kami dan berilah petunjuk kepada kami.


Ya Allah, engkau kurniakanlah ilham kepada kami untuk menjawab soalan peperiksaan ini dengan baik dan penuh kekhusyukan. Engkau permudahkanlah urusan kami ini dan berikanlah kelancaran kepada kami ya Allah. Ya Allah, engkau jauhilah kami dari lalai, ragu-ragu dan cuai semasa menjawab soalan ya Allah. Tetapkanlah hati kami dengan penuh keyakinan dan kau ganjarkanlah usaha kami dengan kejayaan yang cemerlang agar kami tidak menjadi fitnah terhadap usaha dakwah kami. Kurniakanlah kecemerlangan kepada kami agar kami dapat mengembalikan semula keagungan ketamadunan ilmu islam yang suatu masa dahulu menjadi cahaya pentunjuk dari segala kegelapan.


Ya Allah, jauhilah kami dari sebarang musibah, kecelakaan dan kesakitan yang menghalang kami dari menduduki peperiksaan ini ya Allah.


Ya Allah, sekiranya kejayaan yang kau berikan terhadap usaha kami ini, maka jauhilah sifat sombong, riak dan angkuh dari bersarang dalam hati kami. Sekiranya kami gagal, maka janganlah kau bebankan hati kami dengan bebanan yang tidak mampu kami tanggung dan suburkanlah rasa sabar di hati kami di atas bala yang menimpa.


Ya Allah, sesungguhnya jiwa dan raga kami berada di tangan mu ya Allah. Hanya engkaulah penentu kepada segala tindakan dan perbuatan kami. Oleh itu, kami serahkan diri kami kepadaMU dengan penuh rendah hati selaku hamba yang diciptakanMU.


Bantulah kami ya Allah, bantulah kami ya Allah. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu selain dari Mu. Hanya engkau yang Maha memberi rezeki dan segala kekuasaan terletak di tanganMU.


Rabbana atina fiddunia hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa kina azabannar. Wassalallahu a’la Saidina Muhammad, wa a’la alihi wasahbihi wassalam. Wal hamdulillahi Rabbil a’lamin. Ameen ya Rabbal A’lamin!


p/s: Sahabat-sahabat lain dan juga pelayar blog ni, tolong doakan kejayaan saya dan rakan-rakan se-batch dalam exam ni.

Saturday, February 21, 2009

My Precious time with Syeikh Yusuf Estes

With Bro Kamaruddin and His students. "there are my heir and will take my place later; said Bro Kamaruddin"

One of my dream is to see that all Islamic NGO can works together in propagating Islam. I guess i feel it now. Even though this is my first time work with IPSI, yet they put their trust on me to look out their book counter. There's quite a lot of money though

My other job at that night was as a security guy. i was in charge to guard Syeikh Yusuf Estes from being surrounded by his fans. i took this opportunity to snap a picture with him

This is Bro Kamaruddin, the director of IPSI Penang. IPSI is the main organizer for Yusuf Estes tour in Malaysia. He is actually a student of famous syeikh Ahmad deedat. Trust me that he really alike his teacher during his lecture.

Skipping my job. I'm suppose to guard syeikh Yusuf. Not snap a picture. What a bad security guy. I guess i'm not qualify enough for the job. What can i say. He's my favourite idol.


Syeikh Yusuf explaining to me about his tour to Australia where he met with Pastor Peter Barnes who seriously condemn Islam during their debate session

Alif tetap sahabat saya

17 Feb 09, 15:06

Pro-M: Dgr citer ko dah gduh n isytihar prang ngan aliff. Dah hncr ke pakatan Pro M. msg2 bwk haluan sndri


17 Feb 09, 15:06

Pro-M: Sapa pngkhianat! Truk sgt ke Aliff smpai ko hntam dia. Habislah bila member kamceng dah perang.hahaha. Hncr dunia


Salam! Entah apa motif pro-M menimbulkan isu ini? Saya tidak melihat apa-apa releven apabila isu ini ditimbulkan dan tidak faham motif disebalik kenyataan ini. Apakah ini satu propaganda untuk memecahbelahkan kami?


Pertamanya, saya jelaskan. Memang ada beberapa percanggahan pendapat di antara kami tetapi ia hanyalah perkara yang boleh diklafikasikan sebagai perkara ‘furoq’ yang sememangnya timbul dalam sesuatu perjuangan. Sedangkan lidah lagi tergigit begitu jualah persahabatan yang dibina. Memang kami ada berselisih pendapat tentang pelbagai isu dan saling tidak menyetujui antara satu sama lain, tapi saya percaya bahawa perbezaan pendapat di antara kami akan menjana idea-idea yang lebih bernas. Ulamak dahulu juga banyak yang bercanggah pendapat dalam hal-hal ‘furoq.’ Kerana itulah kita mempunyai pelbagai mazhab. Akan tetapi asas akidahnya tetap sama. Maka begitulah saya melihat corak perbezaan pendapat antara kami. Dasar masih tetap sama, yang berbeza Cuma mekanisme perlaksanaan.


Keduanya, saya tidak nafikan bahawa wasilah perjuangan kami sudah berbeza. Kami masing-masing ada pendapat dan corak perjuangan kami sendiri. Dan ada masanya kami sudah tidak bergerak secara bersama, akan tetapi saya yakin, matlamat kami untuk melihat mahasiswa mempunyai minda pemikiran kelas pertama yang merdeka masih belum berubah dan halatuju perjuangan kami masih menjurus ke atas perkara tersebut. Setiap dari kami ada wadah perjuangan dan medium sendiri, namun ia tidak menghalang proses penyatuan dalam menjalankan matlamat yang sama.


Terakhirnya, saya akan lantang bersuara apabila adanya sesuatu benda yang tidak saya setujui.Bukan hanya pada Alif tetapi juga pada pihak lain. Sekiranya Alif membuat kesilapan dan melakukan kesalahan, maka sayalah orang pertama yang akan menghalangi dan menentangnya secara berdepan. Namun sekiranya beliau membuat satu perkara yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan matlamat yang saya junjung, saya yakin bahawa saya akan berdiri disebelahnya bagi membantunya.


Sekian,

-Jacknaim-

Thursday, February 19, 2009

Elizabeth Wong satu kerugian buat kita

Pertama sekali, saya dengan sekeras-kerasnya tidak bersetuju dengan tindakan elizabeth Wong yang mengamalkan gaya hidup bebas. Komennya berhubung gambar bogelnya itu sangat menyedihkan iaitu “Ia mungkin diambil secara tidak disedari oleh salah seorang bekas teman lelaki saya”.


Saya tidak mahu menghukum, tapi apabila dikatakan salah seorang bekas teman lelaki maka saya tidak dapat menolak kemungkinan beliau hidup secara bebas dan bertukar teman lelaki. Saya juga tidak dapat menolak kemungkinan beliau terlampau sayang teman2 lelakinya hingga di bawa ke bilik tidur.


Ok! Cukup dengan kritikan terhadap tindakan bodoh beliau itu. Seterusnya pula ialah tindakan mengedarkan gambar beliau. Bagi saya, ini lagi keji dari perbuatan Elizabeth itu kerana menjatuhkan maruah seseorang. Orang yang menyebarkan gambar ini seolah-olah sudah tiada kewarasan dalam berfikir dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi untuk menjatuhkan maruah seseorang. Memang betul, Elizabeth bersalah tapi bagaimana jika perbuatan itu berlaku pada zaman lampaunya. Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa beliau sudah insaf dengan perbuatan tersebut dan telah meninggalkannya.


Dalam Islam, kita tidak menghukum seseorang berdasarkan perbuatan lampaunya yang telah diikuti dengan taubat. Buktinya cukup jelas dengan kisah Khalifah kedua Islam iaitu saidina Omar al Khattab. Kisah silamnya sama dengan masyarakat arab jahiliyyah yang lain; bunuh anak perempuan, hina nabi dan sebagainya. Tetapi itu tidak menjadi ukuran bagi menentukan kebaikan dan kehebatan beliau selepas bertaubat. Akhirnya, beliau membawa kegemilangan pada dunia Islam.


Berkenaan dengan etika Islam pula, sewajarnya kita menyembunyikan keburukan seseorang demi menjaga maruah. Jelas menunjukkan maruah sangat penting dalam Islam. Bahkan, seorang penzina yang telah bertaubat sewajarnya merahsiakan perbuatan lampaunya itu dari diketahui bakal isteri. Bukan kerana tidak jujur tetapi menjaga maruah.


Ok, selesai bahagian kedua. Kritik Elizabeth dah sudah, kritik penyebar gambar pun dah sudah. Ok, masuk ke bahagian ketiga iaitu kerugian terhadap apa yang menimpa Elizabeth. Pertamanya, kita kehilangan seorang aktivis masyarakat yang begitu aktif terlibat dalam NGO. Saya telah melayari blog dan flickr beliau. Jelas menunjukkan beliau berfikiran terbuka terutamanya mengenai Islam. Pada anggapan saya, beliau mempunyai pengetahuan yang agak luas tentang Islam dan berpengalaman dalam bergaul dengan masyarakat Islam. Melalui komen-komennya, dapat saya simpulkan bahawa beliau menolak idea bahawa Islam penyebab keganasan. Dan bagi saya, beliau turut bersetuju dengan sistem pendidikan Islam iaitu pondok dan madrasah sebagai pusat penyebaran Ilmu. Sememangnya kita inginkan pemimpin bukan Islam yang faham dasar Islam. Dengan itu, barulah kita dapat melaksanakan dasar Islam.


Kerugian kedua ialah dari sudut dakwah. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa Elizabeth mempunyai minat yang mendalam terhadap Islam berdasarkan artikel-artikel dan foto yang diambil beliau. Mungkin ada kesedaran dalam dirinya mengenai kebenaran Islam. Maka, tidak hairan bahawa beliau mempunyai teman lelaki melayu. Cuma yang menjadi kesilapan besarnya ialah apabila teman lelakinya turut mengamalkan gaya hidup seperti orang bukan Islam. Akibatnya, Elizabeth tidak menerima gambaran sebenar tentang Islam. Maka, jika difikirkan secara mendalamnya, kita tidak dapat nafikan bahawa orang islam juga wajar dipersalahkan dengan apa yang berlaku. Sekiranya teman lelaki melayunya itu mempunyai asas agama, mungkin Elizabeth akan menerima hidayah Allah dan bukannya menerima penghinaan masyarakat akibat gambar yang tersebar.


Kesilapan yang terbesar dalam isu ini ialah runtuhnya Institusi keislaman di negara kita. Kita sebagai umat Islam sudah tidak mampu untuk menjadi pembendung maksiat ataupun penilai di antara yang haq dan yang batil sebaliknya kita menjadi rakan kongsi dalam melakukan kegiatan maksiat. Ia sepatutnya tidak berlaku dalam kalangan kita. Tapi, siapa yang perlu dipersalahkan atas apa yang berlaku.


Kejadian yang menimpa Elizabeth juga wajar dijadikan pengajaran buat menteri-menteri lain yang juga mempunyai kes yang sama untuk segera bertaubat. Bukannya mereka tiada kes, tetapi mereka terselamat kerana tidak didedahkan. Bahkan ada diantara mereka yang lagi teruk kerana perangai sejak dari zaman muda tidak berubah-ubah sehingga ke tua. Lagi parah apabila mereka tidak sedar-sedar diri. Walaupun tahu diri banyak kesalahan, tetapi masih lagi melobi untuk mengaut kekayaan rakyat dan mendapatkan jawatan.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah