Tuesday, March 31, 2009

My new Medical Notes’ blog


Salam! Kindly be informed that from today onwards, I will not use this personal blog anymore in posting articles related to Medicine like CME, notes, procedures and exam oriented questions.


I decided to create a new page just for my notes to uphold its holiness and purity from being contaminated with other unrelated articles especially politics.


However, for any experiences, feelings and journey that I’ve been through this road will still be posted here.


Do not hesitate to visit my blog by clicking the picture below.





Sunday, March 29, 2009

What goes around comes around

Salam! Erm, tajuknya dalam English tapi mood saya lebih menjurus untuk mengupas isu ini dalam bahasa melayu. Saya pasti semua di antara kita mengalami perkara yang sama.

Saya teringat satu kisah yang membuatkan saya ketawa dan kegelian di mana seorang wanita cantik sering mempermainkan perasaan ramai lelaki dan akhirnya dia sendiri dipermainkan lelaki yang amat dia sayangi dan cintai. Sekali baca, saya mengatakan yang wanita ini seorang yang poyo atau terjerat dalam cinta. Tapi bila direnung mesejnya, maka ia akan memberi makna bahawa benda yang kita lakukan pada seseorang akan kembali berlaku pada kita. Itulah yang dikatakan “what goes around comes around”

Bagi saya ini semua berlaku disebabkan kita gagal untuk memahami konsep empathy sebelum kita membuat sesuatu hukuman ke atas sesuatu. Akibatnya, kita akan mengatakan atau melakukan pelbagai perkara kepada seseorang tanpa memikirkan bahawa kita juga akan melalui perkara yang sama suatu hari nanti. Dan apabila ia terkena pada kita, pasti kita akhirnya sedar segala perbuatan kita pada seseorang. Tapi terlambat! Kita sedar selepas benda sama terkena batang hidung kita.

Saya teringat suatu kata-kata hikmah yang berbunyi

“sebagaimana kamu melayan seseorang, maka begitulah orang akan melayan kamu. Jika kamu berbuat baik maka kamu akan dibalas dengan kebaikan”

Terbukti ianya benar. Seseorang mungkin dikeji akibat sesuatu berita palsu. Tambah teruk apabila kita juga mengeji orang itu. Pernahkah kita terbayang apa perasaan mereka? Mungkin mereka diam kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan tapi kita pula yang terlebih ‘munafik’ dengan menyemarakkan lagi pergaduhan seperti mengejek dan mengeji orang itu lagi. Kita lontarkan pelbagai kata nista padanya dan menghasut orang ramai untuk turut bersama kita dalam perjuangan songsang. Tapi apabila terkena diri, dan ‘terkantoi’ barulah kita sibuk-sibuk nak menyalahkan orang kononnya memfitnah, menjatuhkan nama baik dan sebagainya.

Oleh itu, Islam ini cukup indah. Mengenangkan komplikasinya yang cukup besar, Islam telah mengajar beberapa pengajaran yang berguna.

Pertamanya ialah dengan merapatkan silaturrahim antara muslimin.

Keduanya ialah supaya mengesahkan dulu berita yang diperoleh terutamanya dari golongan fasik bagi mengelak fitnah.

Untuk mengesahkan sesuatu benda, maka kita perlu merujuk kepada sumber asal berita atau orang yang difitnah. Ini hanya berlaku sekiranya kita mempunyai hubungan silaturrahim dengan orang tersebut.

Dan terakhirnya menyembunyikan keburukan sahabat yang kita ketahui dan benar.

Dengan adanya elemen-elemen teratas maka kita dapat mengurangkan perbalahan, tuduh menuduh dan sebagainya. Hasilnya, keamanan dpat dicapai. Sekiranya muncul sesuatu berita, kita tidak mudah melenting dan menyalahkan seseorang. Sekiranya betul, maka kita akan faham kenapa sesuatu tindakan diambil. Mungkin ia juga berpunca dari kesalahan kita sendiri.

Ya, mungkin kerana perangai kita sebelum ini begitu teruk hingga menyebabkan seseorang tidak ingin berkongsi dengan kita ataupun kita jenis yang suka mengambil kesempatan dan sebagainya.

Erm. Lagi difikirkan, lagi complicated jadinya. Moga Allah sentiasa membimbing saya dan rakan-rakan dalam kehidupan ini.

Friday, March 27, 2009

Doa Kejayaan Professional II (Buat semua rakan-rakan batch Muslim)

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya engkaulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki seluruh kekuasaan di langit dan di bumi. Tiada satu pun yang terlepas dari penguasaanMU dan tidak pula Kau memerlukan pembantu dalam menguruskan kursiMU.

Allahummasoli a’la saidina Muhammad, Wa a’la ali saidina Muhammad. Salam selawat ke atas kekasihmu, Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Kurniakanlah kedudukan tertinggi kepada baginda dan kurniakanlah kesejahteraan kepada Baginda.

Ya Ghoffar, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami serta muslimin-muslimat yang engkau kasihi dan redhai sekalian. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada ibu-bapa kami dan berikanlah kesihatan berpanjangan kepada mereka. Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku.

Ya Allah, tetapkanlah kami di atas landasan agamaMU yang lurus. Tambahkanlah iman kami dan kurniakanlah sifat bersyukur dalam hati kami di atas segala nikmat kurniaanMu.

Ya Rahman, Ya Rahim kurniakanlah rezeki yang halal kepada kami dan berkatilah makan minum kami. Jauhilah kami daripada azzab api neraka dan Kubur.

Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berhimpun dengan penuh rendah diri menadah tangan sebagai hamba dan memohon keberkatan dan kekuatan dariMU bagi menempuhi perjuangan dalam peperiksaan Professional II yang akan berlangsung nanti.

Ya Allah, sesungguhnya kami telah berusaha sedaya yang kami mampu dalam mempelajari setitis daripada selaut ilmumu. Oleh itu Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu tersebut kepada kami Ya Allah.

Ya Allah, engkau kurniakanlah kemudahan kepada kami dalam menjawab soalan peperiksaan nanti. Kurniakanlah ilham kepada kami dan bantulah kami dalam menjawabnya dengan penuh yakin dan tawadduk.

Ya Allah, engkau kurniakanlah ketenangan kepada kami dalam menjawab soalan yang diberi. Jauhilah kami dari sebarang kekalutan, ragu-ragu , lalai dan cuai. Berikanlah kejayaan kepada kami Ya Allah.

Ya Allah, engkau lembutkanlah hati doktor-doktor dan pemeriksa kertas untuk memberikan markah yang baik kepada kami.

Ya Allah, jauhilah kami daripada sebarang malapetaka dan bencana yang menghalang kami dari menduduki peperiksaan. Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami di sepanjang musim peperiksaan.

Ya Allah, jauhilah kami dari kegagalan agar tidak mendatangkan fitnah ke atas usaha dakwah yang kami lakukan dan berikanlah kejayaan kepada kami agar kami dapat membina kembali kegemilangan ketamadunan Islam.

Ya Razzak, sekiranya kejayaan yang engkau berikan kepada kami dalam peperiksaan tersebut maka jadikanlah kami hambamu yang bersyukur dan merendah hati. Jauhilah kami dari sifat angkuh dan takabbur. Dan tanamkanlah kedalam hati kami kekuatan untuk terus berbakti dalam mendaulatkan agamaMU. Jauhilah kami dari lalai dan leka dalam mengingatiMu dengan sedikit cubaan kejayaan.

Ya Allah, sekiranya engkau menetapkan kegagalan kepada kami, bimbinglah kami untuk menghadapi ujianMu ini dengan penuh kesabaran. Jauhilah kami dari bersedih dan kecewa hingga membawa kami jauh dari mengingatiMu. Janganlah engkau jadikan bebanan itu terlalu berat untuk kami tanggung. Sesungguhnya kami ini hambamu yang lemah.

Ya Allah, engkau kurniakanlah keselamatan kepada saudara kami di Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan berikanlah kesejahteraan kepada seluruh Ummat Islam serta kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam melawan musuh agama MU. Ya Allah, Engkau jauhilah kami dari fitnah Dajjal yang menyesatkan dengan tipu daya.

Rabbana atina Fiddunya Hasanah, Wafil akhirati hasanah, Wa kina Azabbannar. Wa salallahuA’la saidina Muhamma, Wa a’la alihi wasabbihi wasallam, Walhamdulillahi Rabbil a’lamin. Ameen!

Thursday, March 26, 2009

Warrior forever (to all my crew)

I walk down the street again,
Hoping to see you and the crew,
But nobody appear,
Where have everybody gone?
No more cheers and no more fight,
Silence wrap all around.

Maybe the times has end,
The revolution wave has stop,
No more place for us here,
Better let it go before too late,
It’s time to grow up,
And forget the past

Always bear in mind,
The spirit never gone,
It continue to flame,
Possess us to keep fighting
Even in another field
Cause we always be a warrior

We always be a warrior
We remain as the strongest one
We continue to fight
We never retreat,
We never surrender,
Till the last drop of blood!



(The battlefield might change, but the fact that we are warriors never change)

-Jacknaim-
2.32 AM, 26/3/09

Tuesday, March 24, 2009

Aku nak bawa balik pokok bonsai!

Salam. Tetiba la pula rasa macam nak menulis. Saya baru sahaja melihat soft- copy gambar-gambar lama dan bila melihat gambar semasa mendaki Gunung Tebu dua tahun lepas, tiba-tiba teringatkan satu kenangan.


Tentu sekali banyak kenangan di sana tapi yang tidak dapat dilupa ialah sewaktu pagi kami nak bertolak pulang. Rakan-rakan mengajak untuk melihat taman bonsai. Saya apa lagi tentulah rasa excited. Dalam hati dah lama bercita-cita nak tanam pokon bonsai. Cantik sangat-sangat.





“Betul ke ada taman bonsai ni?”

“Lor.. Betul la. Ingat kitorang main-main ke?”

“Sape yang tak sihat tanam bonsai kat atas bukit ni?” Tanya ku bagaikan pak pandir.


Berderai diorang ketawa. Hurm aku ni jadi badut ke?


“ Mane ade orang tanam tu bonsai semulajadi la”

“lawa tak?”

“Mesti la lawa.”

“Aku nak bawa balik la. Ke kena saman kalau bawak balik? Ni bukan hutan larangan kan?”


Semua yang ada senyum. Mungin diorang tumpang gembira kot. Sangkaku.


“Tak de orang nak saman, bawak balik je seberapa banyak ko nak”


Dan diorang pun tersenyum tersipu-sipu lagi.. Ish pelik ni.


Dan perjalanan diteruskan. Gunung tebu ni kat puncak dia, ada beberapa puncak kecil. Tempat kami menginap tu kat puncak lain. Dan taman bonsai ni kat tempat lain. Dan bila sampai kat taman bonsai ni aku Terkagum dan TERKEJUT.. kagum dengan keindahan panorama yang baru disaksikan dan TERKEJUT melihat pokok bonsai ni.




(Amik ko.. nak bawak balik pokok bonsai ni)

(X leh amik pokok bawak balik... amik gambo pon jadila)
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah