Sunday, May 31, 2009

Kenapa saya tidak bersetuju dengan Blog Khazanah Salafiyyah


Assalamu’alaikum w.b.t


Terlebih dahulu saya ingin membuat penegasan dengan sebenar-benar tegas bahawa saya bukanlah mewakili mana-mana aliran pemikiran jemaah. Namun, Alhamdulillah saya masih tetap ahli Sunnah wal jamaah. Hanya ahli Sunnah wal jamaah dan tiada tambahan insyairah, wahabi, hizbur tahrir dan sebagainya.


Dan penegasan kedua saya ialah saya hanyalah seorang ‘moderate muslim’ yang mempunyai pengetahuan agama yang tidak dalam. Dan, walaupun begitu saya menghormati pandangan ‘jurisprudence school’ ataupun mazhab dan aliran islam selagi mana ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis.


Adapun, segala perbalahan yang timbul dalam membela pemikiran masing-masing, bagi saya berpunca dari sikap melampaui batas dalam berbahas hal-hal furo’


Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. [Q42:42]


Dan pergaduhan ini juga disebabkan tiadanya sifat-sifat persahabatan antara muslimin yang mempunyai perbezaan mazhab dan aliran. Kerana itu, kita lebih gemar mencari kesalahan berbanding menutup dan memperbaiki kesalahan saudara seagama.


Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.[Q49:10]


Dalam berhujah, islam menganjurkan kita mencari kebenaran. Akan tetapi, sepanjang penelitian saya terhadap blog khazanah khalafiah ini, ia lebih banyak menghentam jemaah yang tidak sealiran dengan mereka dan mengemukakan pelbagai tuduhan yang begitu berat tetapi tidak pula disertakan dengan bukti atau sumber asal penulisan mereka. Padahal Allah telah menegaskan kepada kita agar sentiasa mensahihkan sesuatu hujjah atau informasi sebelum menyebarkannya


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.[Q49:6]


Tindakan penulis yang melabelkan ustaz-ustaz tertentu sebagai terrorist dan melabelkan mereka sebagai penyebar mazhab syaitoniyyah sangatlah saya kesali kerana tuduhan ini pada pandangan saya sangatlah melampau. Padahal mereka ini masih berpegang pada kalimah tauhid yang sama.



Berkenaan isu wahabi, ada sesetengah hal yang saya tidak bersetuju dengan mereka terutamanya golongan fundamentalis agama di Arab Saudi yang mana tindakan mereka menyebabkan masyarakat melihat islam sebagai susah dan leceh. Walaubagaimanapun, saya tidaklah sampai ke tahap mengkafirkan mereka dan masih menerima sesetengah pendapat mereka.


Berkenaan isu di mana Allah, telah saya buat penegasan dalam artikel sebelum ini. Penyataan bahawa Allah berada di mana-mana adalah bertentangan dengan akidah islam. Walaubagaimanapun, berlaku perbezaan di antara salaf dan khilaf. Walaubagaimanapun kedua-dua pendapat ini betul. Pernyataan ‘Allah berada di atas arasy’ inilah yang menimbulkan pergaduhan kerana cara pentafsiran ayat yang berbeza.


Akan tetapi dalam artikel yang baru disiarkan dalam blog ini saya amatlah terkejut kerana ia berupa hentaman bom yang dilancar tanpa mengira sasaran. Ia lebih berupa bom berangkai yang bersifat pemusnah.


Antara tuduhan tidak masuk akal yang saya kurang bersetuju adalah dalam artikel yang tidak disiarkan sumbernya dalam halaman http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/2009/05/sejarah-hitam-wahabi-jenayah-dan.html


Pertamanya, gambar siaran kerjasama yahudi dan orang islam. Islam tidak melarang kita bekerjasama atau berbuat baik dengan orang bukan islam selagi mana mereka tidak memerangi kita. Dan sehingga kini, golongan yahudi orthodox merupakan antara golongan yang menentang regim zionis dan menyokong kemerdekaan palestin.


Tuduhan seperti : Wahabi membunuh umat Islam dan menyembelih mereka sambil menyanyi-nyanyi’ sangat lah berbahaya kerana ia tidak disertai bukti dan hanya sekadar satu pernyataan. Sedangkan kita sedia maklum bahawa membunuh umat islam adalah dosa yang sangat dilarang oleh Allah S.W.T


Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain), kecuali karena tersalah (tidak sengaja) [Q4:92]


Pertelagahan di antara kerajaan Arab Saudi dan Mesir bermula apabila Amerika syarikat menjalankan dasar luar mereka untuk menguasai semenanjung tanah arab. Negara-negara arab banyak melobi barat untuk berkuasa setelah kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bagi yang gemar membaca, saya sarankan anda membeli mana-mana buku sejarah pertelagahan arab yang akhirnya membawa kepada pelelongan tanah Palestin. Maka, saya tidak menolak bahawa artikel atau bahan yang menghasut kepada perbalahan ini berasal dari orang-orang kafir. Apatah lagi mereka sentiasa ingin menjatuhkan islam.


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu[Q2:120]


Oleh yang demikian, saya berharap agar kita semua tidak terpengaruh dengan cubaan memecah belahkan umat islam ini. Saya menghormati aliran pemikiran penulis blog ini. Walaubagaimanapun, saya tidak setuju artikel-artikel yang boleh membawa kepada perpecahan. Apakah kita lupa bahawa suatu masa dahulu kita juga berpecah-belah. Namun islam lah yang menyatukan kita semua. Apakah kita ingin kembali ke keadaan dahulu?


Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. [Q3:103]


Sahabat sekalian, perbezaan pendapat adalah rahmat kerana ia membantu mencari penyelesaian yang berbeza mengikut keadaan georgafi, struktur masyarakat dan adat serta budaya. Dan kerana perbezaan pendapat inilah lahirnya pelbagai aliran mazhab. Ada pun begitu, kita tidak boleh menyalahkan perbezaan pendapat kerana ia adalah lumrah semula jadi kita. Dan sememangnya, kita mempunyai fitrah untuk hidup secara berkelompok atau menempatkan diri bersama mereka yang sekepala dengan kita.


Akan tetapi, perlu diingat, usah lah kita cenderung untuk merendah-rendahkan aliran yang tidak sama dengan kita apatah lagi menuduh mereka kafir. Yang pentingnya kita sama-sama mendaulatkan Islam.


Semoga selepas ini, kita sesame islam dapat hidup secara toleransi dan penuh keamanan agar menjadi contoh pada mereka yang masih belum beragama. Dengan itu, kita berjaya menarik minat mereka untuk memluk islam. InsyaALLAH.


Terakhirnya, ingat lah bahawa islam ini agama yang lurus. Sebagai contohnya jika kita membut perbandingan, jika kita melalui jalan raya lurus yang mempunyai 2 atau tiga lane, ia tetap jalan lurus. Begitu juga jika kita melalui jalan sempit tetapi lurus, maka ia tetap lurus. Apa yang penting, jangan lah kita sempitkan pemikiran kita kerana jalan yang lurus itu boleh jadi jalan yang tersangat lebar.


Wallahu’allam



Ulasan Dokumentari: Where In The World Is Osama Bin Laden?


Saya baru sahaja selesai menonton sebuah dokumentari yang bertajuk Where In The World Is Osama Bin Laden?. Dokumentari ini diarah dan diacarakan oleh Morgan Spurlock.


Pada awalnya, hati saya sedikit marah dengan intro cerita tersebut yang sedikit sebanyak menyebarkan propaganda ‘war against terrorism’ yang dicanang oleh George W. Bush.


“We wage a war to save the civilization itself” George W. Bush


“They hate us, our country. They hate the liberties for which we stand.”


Tambahan pula, wawancara seterusnya menyentuh tentang isu terrorist muslim dan bagaimana untuk menghadapinya. Dan saya tambah geram apabila mereka membuat stimulasi terrorist islam mengelilingi tawanan sambil mengacukan senjata dan berkata


“Are you going to convert to Muslim or not.”


Setelah berfikir panjang, barulah saya tersedar kembali bahawa inilah anggapan barat terhadap Islam setelah peristiwa 11 September.


Barat masih lagi hidup dalam ketakutan hanya kerana imej Osama Bin Laden yang kita sendiri belum jelas pokok pangkal kisahnya. Apakah Osama Bin Laden itu sebenarnya wujud atau hanyalah imej ciptaan Amerika Syarikat untuk memungkinkan mereka menyerang Afghanistan.


Apatah lagi Osama itu dikaitkan dengan Taliban yang suatu masa dahulu pernah mendapat bantuan ketenteraan daripada Amerika Syarikat untuk menentang Russia.


Pokok pangkalnya, Amerika lah sebenarnya punca berlakunya kerosakan di Bumi Islam. Melalui dokumentari ini, dipaparkan bagaimana AS menaja Shah untuk menguasai Iran. Apabila Revolusi Iran berlaku, AS menaja pula Saddam Hussein untuk menyerang Iran. Beberapa tahun lepas, AS pula menyerang Iran.


Dan kini, begitu banyak Negara Arab yang tertipu dalam percaturan politik AS sehingga menimbulkan pelbagai konflik. Akibatnya, umat Islam sendiri menjadi mangsa.


Sebenarnya, semua ini berlaku disebabkan Amerika Syarikat takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Mereka mencipta ilusi palsu dalam diri mereka bahawa dunia berada dalam bahaya. Maka, mereka mencipta pelbagai jenis kelengkapan perang untuk melindungi diri mereka. Akan tetapi, ia sebenarnya mencetus lebih banyak keganasan umpama mencurah petrol ke dalam api.


“Have we eradicated terror? Or are we exporting terror? I think that... Unfortunately, I think that we're exporting it. I think that we lit the flame on a bomb.” [Torek, Egyptian-Amerian, Pelajar Undang-undang Universiti Al Azhar]


Imej Islam telah banyak tercemar dek kerana ketakutan AS terhadap Islam. Namun, saya percaya dan yakin bahawa dokumentari sebegini telah member sedikit-sebanyak penerangan tentang Islam kepada Barat bahawa Islam bukanlah musuh mereka, sebaliknya pentadbiran Negara mereka lah yang membawa kepada permusuhan di antara barat dan Islam.


Saya cukup tersentuh apabila dokumentari ini menyiarkan keindahan Islam sebagai satu jalan hidup. Dokumentari ini menyiarkan mesej-mesej keamanan, ketuhanan dan persaudaraan.


Perhatikan wanita yang solat di sudut kedai dalam supermarket. gambar ini diambil dalam sebuah pasaraya di Arab Saudi. Bagaimana pula dengan pasaraya di Malaysia?


Jika saya tak silap, ini di Morocco. Mereka solat di tepi jalan raya. di Malaysia? mesti di waktu begini dipenuhi dengan Dajal Rempit


Terlampau panjang jika saya ingin mengupasnya disini, mungkin anda boleh menontonnya sendiri. Di bawah, saya paparkan serba sedikit shot daripada dokumentari tersebut



While we are living in these troubled times,we need to be merciful.So get mercy through praises and prayers upon Him......because He is mercy.And He puts compassion in your heart.



Morgan semasa khutbah jumaat dibaca



As a Muslim I am taught that God has honored humankind. He did not say he honored Muslims and everyone else is a second class citizen.We have honored the children of heaven.


It is not from lslam to kill innocent people or to blow yourself up.I'm disgusted by that.


it's a mix of ingredients.And, depending on the situation,one of the ingredients is more important than the others.And, these ingredients, I think in the case of Morocco,the socio-economic ingredient is the most important one. [journalist Aboubakr Jamai commented regarding suicide bombing in Morocco]



I have no problem whatsoever, living with the Muslims. We are worshipping Allah. And, uh, I am worshipping the same God that the Christians and the Muslims and the Jews are worshipping. The one God. Religion is being used as a mask to hide the cruelty......the ugliness of violence.



Rupanya orang Amerika sangat dibenci oleh golongan Orthodox Yahudi.



“We don't fight the Jews because they are Jews. No, we fight them because they occupy our lands. And Al-Qaeda, it holds all of the West as an enemy.”

“Any Arab leader, all Arab movements have adopted the Palestinian issue because they know the Palestinian issue is what triggers the emotions and nationalistic feelings in all Arab and Muslim people.


Sebagai konklusinya, ingin saya kongsikan sepotong ayat Al-Quran mengenai betapa tingginya nyawa disisi Islam. Islam tidak pernah menghalalkan darah dengan sewenang-wenangnya, bahkan Islam begitu mementingkan nyawa.


Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. [Q5:32]


Wallahu'allam

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah