Friday, July 31, 2009

Kenyataan mengenai Demo anti-ISA


Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. [Q4:135]


Sesunggunya Islam itu agama yang cukup-cukup indah dan mengajar ummatnya berlaku adil kepada semua pihak. Keadilan ini tidak tertakluk hanya untuk mebela sesuatu bangsa sahaja. Bahkan jika orang muslim berlaku zalim pada si kafir, maka wajib keadilan ditegakkan ke atas si kafir itu tadi.


Begitulah juga keadilan pada mangsa-mangsa ISA yang ditangkap dan dihumban dalam sangkar yang hina tanpa sebarang perbicaraan dan belas simpati.


MasyaALLAH, inikah Malaysia yang kita cintai. Pernahkah kita menyelami perasaan anak-anak mangsa ISA yang berbelas tahun dikurung tanpa ada satu perbicaraan khusus atau kertas pertuduhan. Zalimnya kerajaan sebegini.


Demi keadilan dan demi hukum yang ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran. Saya mengisytiharkan sokongan terhadap kampen untuk memansuhkan ISA (atau menambah baik ISA dengan memberi peluang untuk pesalah dibicarakan.)


Semoga perhimpunan menentang ISA esok diberi kemudahan dan pertolongan dari Allah. Semoga yang Haq akan tertegak dan yang batil akan terhapus.


Yang benar,

Muhamad Na’im B. Ab Razak (Jack)

Aktivis Mahasiswa


p/s: hairan dengan sikap PEWARIS, SILAT LINCAH dan para penyokong ISA. Subhanallah! Apabila Islam menyokong kezaliman, pada siapa harus kita mengadu?

Thursday, July 30, 2009

Konspirasi H1N1


H1N1 tidak banyak bezanya berbanding selesema biasa yang mempunyai simptom seperti demam, sakit kerongkong, batuk dan hidung berair.


Namun, yang menjadi sedikit igauan kepada masyarakat ialah keupayaannya untuk merebak dengan cepat. Bahkan, virusnya boleh hidup selama dua jam di luar daripada badan manusia. Keduanya, ialah disebabkan virus ini boleh menyebabkan Pneumonia ataupun radang paru-paru.


Saya masih teringat perbualan saya dengan seorang sahabat yang belajar di Ireland sewaktu di Baling baru-baru ini mengenai rawatan bagi selesema babi ini. Kata saya.


“Rawatan adalah symptomatic. Just have a bed rest plus warm water. Vitamin c could be helpful.”


“Tak kan itu sahaja? Dekat Ireland, pesakit diberi anti-flu drug berharga RM70 sebiji dan perlu dimakan beberapa kali.?”


“What? H1N1 just like any other viral flu. We never give any medication for simple flu except if we suspected secondary bacteria infection. Then only we prescribed antibiotic. And I don’t see any need to give anti-viral drugs. Any viral infection will resolve by their own within few days unless there’s a complication. You can see that we don’t give drugs to dengue patient. Just Fluid infusion ”


Ya! Itu adalah komen saya kepada beliau. Hakikatnya, kita semua seolah-olah dibayangi perasaan takut yang amat sangat terhadap H1N1 hingga sekolah ditutup pada saban hari kononnya untuk kuarantin. Namun, saya sendiri tidak jelas kuarantin yang bagaimana.


Adik saya dari UPM sudah pulang bercuti, namun di rumah beliau tidak memakai sebarang alat perlindungan. Masih bebas keluar sesuka hati dan makan minum bersama keluarga. Apakah ini yang dinamakan kuarantin?


Stigma masyarakat terhadap bahaya H1N1 juga semakin menjadi-jadi apatah lagi sudah ada kematian di Malaysia. Respons saya ialah, sekiranya seseorang mempunyai tahap kesihatan yang baik, maka ia tidak menyebabkan komplikasi yang teruk. Melainkan sekiranya pesakit itu mempunyai masalah kurangnya imuniti badan seperti kanser, penyakit autoimmune ataupun mempunyai penyakit kronik seperti jantung dan paru-paru.


Namun, kini pelbagai pihak muncul dengan menawarkan pelbagai jenis ubat yang konon-kononnya dapat menangani H1N1 sedangkan WHO sendiri masih belum menemui sebarang vaksin. Bahkan,WHO sendiri mencadangkan rawatan secara symptomatic. Situasi seperti yang diceritakan sahabat saya tadi hanya memberi keuntungan kepada pengeluar ubat-ubat.


Yang membimbangkan saya, adakah ia sebenarnya konspirasi. Tiada siapa tahu bahawa ketakutan ini diadakan untuk melariskan ubat. Bayangkan jika satu ubat berharga RM 70 dan perlu dimakan tiga kali sehari selama 4 hari. Maknanya, setiap pesakit perlu berbelanja sebanyak RM840. Dan anda darabkan sendirilah dengan populasi masyarakat dunia untuk melihat sejauh mana keuntungan yang dapat diperolehi mereka.


Cadangan saya untuk membendung masalah ini ialah dengan kerap membasuh tangan, memakai topeng jika mempunyai simptom selesema, tidak berkongsi sapu tangan dan segera bertemu doktor jika mempunyai simptom selesema.


Namun,c ara terbaik untuk membendung sesuatu wabak ialah seperti mana yang dilakukan oleh Saidina Umar yang menutup pintu masuk ke negara. Namun, pada hari ini tiada negara yang berbuat demikian atas alasan hak asasi manusia dan sebagainya.

Tuesday, July 28, 2009

Menari beribu rentak, jangan jatuh menyembah bumi.


Assalamu’alaikum w.b.t


Apa khabar sahabat-sahabat dan pembaca blog sekalian? (sekiranya masih ada). Minggu ini, saya sudah pun masuk posting yang baru iaitu Otorhinolaryngology ataupun Telinga, hidung dan tekak. Sememangnya, ia suatu posting yang mencabar kerana terpaksa menguasai tiga organ pada masa yang sama.


Memasuki posting ORL sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada saya kerana tidak mampu menyeimbangkan antara pelajaran dan aktiviti luar. Ada kalanya, saya rasa agak tertekan tetapi saya tidak mampu untuk berkata tidak pada aktiviti luar.


Di hening subuh pada hari Ahad yang lepas saya tiba di Bengkel Bas Kubang Kerian setelah berkampung di Baling untuk Baling relief Mission 2009 anjuran IMAM UK-Ireland. Program tersebut memang menyeronokkan tetapi sangat memenatkan. Entahlah! Apakah ini tarbiyyah untuk saya mahupun ilusi yang tercipta dek keghairahan untuk menyertai program ini. Natijahnya, saya sedikit kehilangan fokus untuk belajar.


Belum pun sempat mengulang kaji pelajaran, saya menerima satu lagi amanah yang agak berat untuk mengendalikan program KPN iaitu seminar Menangani Murtad. Program ini memang adhoc kerana masalah komunikasi. Ingin sekali saya menolak tetapi tiba-tiba teringat pesanan dua pesanan dari senior.


“Cuba jangan latih diri kita untuk menolak amanah kerana nanti kita akan terbiasa dan sering mencari alasan untuk tidak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan”


“Walaubagaimanapun, kita kena cari masa juga untuk dakwah.”


Kedua-dua kata-kata ini menyebabkan saya dilema. Ingin rasanya saya menolak tetapi, sudah tiada orang yang ingin menggerakkannya. Tambahan pula, saya sayang sangat-sangat dengan Kelas Peradaban Nabawi yang telah saya sertai sejak di Tahun dua. Sudah agak lama KPN dibiarkan berkubur tanpa diimarahkan dengan program hingga Bro Micheal pun ada berkata.


“Kenapa kalau ada event besar-besar sahaja baru nak berjalan program dakwah?”


Dan saya tidak mahu KPN lupus dari lipatan aktiviti USMKK. Sekiranya KPN dibiarkan, tidak mustahil KPN akan pupus buat selama-lamanya. Demi Allah saya tidak mahu ia terjadi atau membiarkan perasaan ini bermain di hati.


Dengan hati yang agak berat, saya menerima juga tugasan ini walaupun hati nurani ini seakan-akan meronta untuk berehat dan fokus untuk memperbetulkan diri yang semakin lama semakin tersasar landasan ibadat sehari-harian. Dan paling utama, untuk fokus pada pelajaran.


Entah lah! Hari ini sahaja saya terkejar-kejar dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan beberapa urusan hingga terpaksa ‘lari sekejap’ dari klinik, case presentation dan seminar ORL. Kadang-kadang seperti iklan Chips more pun ada.


“Sekejap ada, sekejap tiada.”


Dan kesemua itu saya ibaratkan menari beribu rentak dalam satu tarian. Entah yang mana fokus saya. Silap haribulan boleh tersungkur dan tertewas. Moga Allah menjauhkan semua itu dari saya.


Entahlah! Saya sendiri bingung dan sering tertanya pada diri. Bolehkah aku menempuh hari yang mendatang ini?


Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa saya mampu melakukannya. Dalam kegelisahan menulis artikel ini, tiba-tiba teringat pula satu kata-kata semangat yang pernah saya pegang sebelum ini.


“Sekiranya kita menolong jalan Allah, nescaya Allah akan menolong dan mempermudahkan urusan kita.”


Barangkali, saya terlupa lantas itulah yang menyebabkan hati saya menjadi resah. Alhamdulillah! Dapat juga ketenangan. Dan teringat pula satu lagi kata-kata semangat dari Quran.


“Disebalik kepayahan disitulah ada kekuatan”


Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada saya.

Seminar Menangani Murtad

Sunday, July 26, 2009

Travel log Baling Part 3 (Jeram Bayu& Kolam Air Panas Legong)

Untuk post kali ini, biarlah gambar yang menceritakan segala-galanya mengenai aktiviti kami pada petang hinggalah malam khamis.


Pada petangnya, kami ke air Terjum Jeram Bayu untuk mandi-manda dengan rakan-rakan yang baru dikenali. Sebelah malam pula kami berehat di Kolam Air Panas Legong. Sepatutnya, malam ini ada sesi bersama Adun Bayu tetapi dibatalkan kerana ada lawatan Menteri. Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya tidak perlu menserabutkan kepala dengan hujah politik murahan.



Sebenarnya ada banyak gambar tetapi tidak dapat di publishkan almaklumlah ramai kawan-kawan lelaki yang mandi tak berbaju. Walaupun tidak termasuk dalam kategori aurat, tapi rasa tak seronok nak puslish tanpa kebenaran mereka


dari kiri Ammar, Lan, Aiman&akmal (adik angkat) dan Sayuti

The girls

Seronoknya mandi


Kolam Air Panas Legong


Merendam kaki dalam kolam air panas.

Travel log Baling Relief Mission part 2 (Motivasi SMK Jerai)

Rabu, 23 Julai 2009


Pada pagi ini, kami ke SMK Jerai untuk mengadakan sesi motivasi bersama pelajar tingkatan empat dan lima di sana. Menurut pengetua, ini merupakan program motivasi pertama yang melibatkan pelajar universiti bersama pelajar sekolah.


Sesi di mulakan dengan sedikit ceramah motivasi oleh Akhi Ikhwan Marion selaku ketua unit Team Motivasi. Ceramah selama hampir satu jam setengah itu sangat menarik minat saya untuk terus mendengarnya tanpa tertidur. Seronok melihat tayangan gambar-gambar pengalaman beliau menjelajah hampir 50 buah bandar di luar negara.


Akhi Ikhwan Marion dengan ceramah santai beliau yang cukup menarik


Adik-adik khusyuk mendengar ceramah


Tersengih nampaknya adik kita ni. sebab apa ye?


Sesi kemudiannya diteruskan dengan pembahagian kumpulan oleh Akhi Marion. Adik-adik disuruh membentuk kumpulan masing-masing dan mencari sendiri fasi yang mereka inginkan.


Akhi Ikhwan dengan style tenteranya membahagikan kumpulan


Saya tertunggu-tunggu adik-adik datang kepada saya. Tapi, nampaknya saya kurang disedari agaknya kehadiran di situ. Tapi, tidak lama kemudian datang seorang adik meminta saya jadi fasilitator mereka. Dari atas ke bawah saya memerhatikan beliau. Nampak macam ‘otai’ sahaja penampilannya. Bila sampai ke kumpulan mereka. Wah! Agak hyperexcited budak-budak ni. Ya Allah! Aku yakin aku dapat menangani kerenah mereka.


Selesai pembahagian kumpulan, kami dijemput untuk minum pagi. Special sangat-sangat hidangan pagi ini kerana turut diserikan dengan aneka buah-buahan; durian, rambutan, manggis dan donkong


Mengendalikan LDK untuk adik-adik hyperactive bersama-sama Sayuti


Sesi LDK dikendalikan oleh saya bersama-sama akhi Sayuti. Beliau merupakan rakan serumah Allayarham Ammar yang baru-baru ini meninggal kerana kemalangan. Menurut beliau, Allayarham suka menasihatkan mereka dengan satu kata-kata hikmah iaitu.


“Jadilah seperti anak-anak akhirat yang memandang dunia dari jendela akhirat.”


LDK-1 Taaruf dan cermin diri. Itulah modul untuk LDK satu. Semasa sesi ta’aruf, suasana kadang-kala agak kecoh kerana masing-masing cenderung untuk mengejek rakan se-LDK yang sedang memperkenalkan diri. Tapi Alhamdulillah, berkat sedikit pengalaman dalam dunia kefasilitatoran mereka dapat dikawal. Dalam sesi ini, mereka ditanya tentang pemimpin masa kini yang mereka sanjung. Ada yang mengatakan Dr Mahathir, Tok Guru Nik Aziz dan tidak kurang juga yang membuat lawak dengan memilih Micheal Jackson dan MAT SABU. Namun, akhirnya, kami memanggil mereka seorang demi seorang untuk ditunjukkan wajah mereka dalam cermin dan mengatakan bahawa mereka lah pemimpin terbaik. Pelbagai ragam dapat diperhatikan dan rata-rata mereka sangat terkejut melihat wajah mereka di cermin.


saya sedang menunjukkan wajah pemimpin hebat pada peserta


Ya! Mereka adalah pemimpin yang hebat. Setiap dari kita dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Jika bukan pemimpin negara, kita adalah pemimpin keluarga dan yang paling penting kita ialah pemimpin diri sendiri. Antara kesemuanya, menjadi pemimpin pada diri sendiri lah yang paling susah. Begitulah sedikit-sebanyak perkongsian saya dengan mereka.


Untuk LDK kedua pula, kami mengadakan personaliti test kepada mereka. Tidak banyak yang saya dapat kongsikan dengan anda semua kerana ini adalah kali pertama saya menggunakan inventori personality test mengikut sistem warna yang dihasilkan oleh pensyarah tempatan.

Tekun menjawab soalan untuk personality test


Sesi penerangan tentang characteristic personality masing-masing


LDK ketiga bagi saya cukup menarik di mana AJK Motivasi berjaya menggunakan permainan puzzle untuk menyampaikan mesej mereka. Tiga kumpulan diberikan puzzle beserta dengan salinan gambar asal manakala kumpulan lain hanya diberikan puzzle. Kumpulan yang diberi salinan gambar asal berjaya menyiapkan permainan terlebih dahulu. Menurut moderator, permainan ini diibaratkan seperti kehidupan kita dengan matlamat hidup dan tanpa matlamat hidup. Sekiranya kita mempunyai matlamat hidup yang jelas seperti mana gambar salinan asal tadi, maka InshaALLAH kita dapat berjaya dalam hidup kita.


Main Puzzle


Sesi akhir LDK ialah sesi sharing moment bersama adik-adik. Dan ia merupakan sesi terakhir program motivasi. Alhamdulillah, kesemua LDK berjaya dijalankan dengan jayanya dan adik-adik yang nakal tadi dapat dijinakkan berkat sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu membantu saudara Fazli mengendalikan Medical Student Facilitator Team selama dua tahun.


Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah