Monday, August 31, 2009

Kepala Lembu hadiah Hari Kemerdekaan ke-52


Sejak dari berlakunya peristiwa perarakan kepala lembu ke pejabat SUK Selangor, saya berasa sangat terkejut dengan perkembangan politik tanah air. Lebih menyedihkan apabila isu pemindahan kuil telah dipolitikkan hingga akhirnya membawa kepada tragedi yang sangat-sangat melampau iaitu perarakan kepala lembu yang mana disifatkan sebagai penghinaan terhadap rakan-rakan penganut hindu.


Tindakan tersebut, jelas menconteng arang ke muka Islam yang sepatutnya menghormati agama lain walaupun beriktikad bahawa Islam adalah agama yang benar.


Melalui laporan dari internet, saya mendapat gambaran bahawa tapak baru kuil sebenarnya jauh dari kawasan perumahan. Bahkan, tapak asal kuil asal yang dekat dengan jalan dan kawasan perumahan itu sebelum ini tidak pernah dipertikaikan oleh orang islam di sana.


Saya bimbang hal ini akan melarat dan membawa kepada pergaduhan antara kaum kedua selepas 13 Mei 1969. Sekiranya ia benar-benar terjadi, saya risau ia akan melarat apatah lagi perkembangan hubungan Islam-Hindu yang agak tercalar.


Saya mengambil contoh India. Dahulu Islam dan Hindu mampu hidup aman. Bahkan, Kerajaan Hindu India pernah memberi penghormatan kepada orang islam dengan membenarkan penyembelihan lembu di adakan pada hari raya idul adha. Namun, setelah beberapa lama, keamanan ini tercabar dan melibatkan pergaduhan yang serius. Hingga kini, masih ada laporan masjid-masjid yang di bom ektremis Hindu. Soalnya. Apakah kita ingin semua ini berlaku di tanah air kita?


Dalam aspek ini, kelantan tetap menjadi contoh terbaik untuk menggambarkan tolerasi beragama melalui model kepimpinan Y.A.B Dato’ Tuan Guru Nik Aziz. Alhamdulillah, rakyat kelantan juga faham toleransi beragama seperti mana disuruh oleh Islam.


Pernah, suatu ketika dahulu lambang salib di sebuah gereja di Kelantan patah. Kepimpinan negeri segera memerintahkan kepimpinan gereja agar segera membaikinya dan menawarkan bantuan. Walaupun salib itu melambangkan agama kristian, namun kepimpinan negeri tidak mahu ia dilihat sebagai satu isu bahawa Islam menindas atau menghalang orang kristian dari mengamalkan agamanya.


Suatu ketika dahulu juga, penganut Hindu menyampaikan luahan hati mereka bahawa mereka tiada tempat untuk mendirikan kuil bagi beribadat. Ia sedikit-sebanyak disebabkan oleh kurangnya tanah yang boleh dibeli oleh orang bukan melayu. Atas dasar ehsan, kerajaan negeri sudi menyediakan tapak untuk kuil hindu yang kini terletak berdekatan KB Mall. Ketika itu, tiada langsung orang islam kelantan mengheret kepala lembu sebagai simbol bantahan. Bahkan mereka juga bersimpati dengan nasib penganut hindu yang tiada tempat untuk mengamalkan ajaran agama mereka


Hak orang buddha di kelantan juga tidak dinafikan. Menyedari kawasan Kemasin didiami oleh ramai penganut Buddha, maka kepimpinan tokong dibenarkan untuk membina patung “standing Buddha” yang tertinggi di Asia. Semuanya atas dasar toleransi beragama.


Seperti yang saya jelaskan tadi, Islam adalah agama yang benar dan lurus di sisi Allah S.W.T bahkan hanya Islam lah yang diterima oleh Allah. Orang Islam wajib menyebar dakwah tetapi tidak boleh marah sekiranya dakwah tidak diterima. Untuk golongan yang menolak dakwah islam ini, mereka bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman. Bahkan Allah sendiri melarang umat Islam mencaci atau menghina sembahan-sembahan penganut agama selain Islam.


Peristiwa di atas menunjukkan betawa cantik nya agama Islam melalui dasar toleransi agamanya. Bagi saya, mewujudkan masyarakat yang taat pada agama itu sangat penting. Tidak kisahlah agama apa, sekiranya mereka betul-betul taat pada agama, segala masalah sosial dan kekecohan yang berlaku pada hari ini dapat diselesaikan. Bahkan saya yakin dan percaya bahawa sekiranya mereka taat kepada agama, mereka akhirnya akan menemui kebenaran tentang keesaan Tuhan yang satu dan tiada duanya.

Friday, August 28, 2009

Mask percuma untuk pelajar perubatan

sumber: Website MPP USMKK [link]


Seperti mana permohonan saudara Naim(medic 4) tempoh hari agar MPP memohon agar pihak PPSP untuk menyediakan mask percuma untuk pelajar perubatan fasa 3 sekurang-kurangnya memandangkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan H1N1 di hospital dan berikut adalah hasilnya selepas perbincangan dengan Prof. Madya. Dr. Saiful Bahari(Timbalan Dekan Akademik PPSP)


Setelah berbincang dengan Prof. Madya Dr. Saiful, pihak PPSP memohon agar pelajar perubatan fasa 3 untuk mengambil mask percuma di MDL. Rujuk kepada encik Lukman atau encik Fauzi. Buat masa kini, pihak PPSP masih lagi gagal untuk mencari stok surgical mask namun masih dalam proses mencari dan diharap pelajar perubatan fasa 3 berkunjung ke MDL untuk bertanya akan status stok surgical mask dari masa ke semasa. Buat masa sekarang, pelajar perubatan fasa 3 bolehlah menggunakan non-surgical mask daripada MDL dan ianya adalah percuma.


Harap maklum.


A&E di Hujung Minggu


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dapat meluangkan masa di malam hujung minggu dengan belajar di A&E. Sememangnya, saya sedaya upaya berusaha agar dapat meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali di seminggu di A&E untuk menghilangkan stress menatap buku dan seterusnya belajar daripada staff di sana. Inilah rutin saya sejak dari tahun dua.


Dan untuk malam ini, saya sememangnya telah berjanji awal-awal lagi dengan Abang Syahril JPA untuk ‘lepak’ sambil belajar dengan beliau.


Lebih kurang jam 10 lebih, sewaktu kami sedang khusyuk menonton rancangan “Emergency” yang disiarkan di TV9 di bilik JPA, satu panggilan diterima supaya stand-by untuk menerima pesakit MVA dari Bachok.


Saya dan Abg Syahril segera bersiap dengan mask dan glove dan menunggu dengan penuh debar di hadapan call center. Selang beberapa minit kemudian Ambulans datang dan kami segera menurunkan pesakit dan di bawa ke Red Zone. Namun, bukan rezeki beliau untuk hidup. Beliau kemudiannya di sahkan Dead on Arrival.


Sedih sangat kes beliau. Beliau dan datuk beliau baru pulang dari solat terawikh. Namun, di pertengahan jalan, motor mereka kehabisan minyak. Lantas beliau menolak motosikal tersebut dan datuknya berjalan di tepi jalan. Malang tidak berbau apabila sebuah kereta secara tiba-tiba merempuh beliau dari belakang.


Selesai kes MVA, saya berpeluang pula observe Dr Azlan melakukan Intubation ke atas pesakit yang mempunyai ketumbuhan pada tiroid gland. Seterusnya, berpeluang untuk belajar beberapa perkara dengan beliau terutamanya airway management. Seterusnya, saya terus ‘di uji’ oleh Dr Yusri dari ORL mengenai X ray beliau. Memang menarik sekali penemuan pada X-ray ini. Thyroid mass extend daripada vocal cord hingga mediastinum. Saluran pernafasan juga telah menjadi sempit. Bertambahlah satu lagi koleksi gambar X-ray saya.


Selesai melihat X-ray, saya memeriksa dan clerk simple history ke atas beberapa pesakit sebelum ke KFC untuk menyambut hari lahir Najman. Seronok sangat-sangat dapat berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan se-batch dan berbual sambil bergelak ketawa. Sekurang-kurangnya hilang segala stress belajar.


Pulang dari KFC, saya ke A&E lagi. Memang niat hendak berada di sana hingga waktu sahur. Kali ini, saya disertai oleh Adam. Sudah lama beliau menyampaikan hasrat untuk turut serta belajar di A&E pada malam hujung minggu. Akhirnya dapat juga.


Mungkin rezeki beliau malam ni, kami dapat panggilan untuk ambulans kerana berlaku kemalangan di hadapan Masjid Kubang Kerian. Apa lagi, terus kami pakai glove dan menyediakan peralatan yang perlu dan ke tempat kejadian. Terasa teruja sangat kerana dapat belajar menguruskan situasi di tempat kecemasan.


Sampai di A&E seperti biasa kami observe dan membantu untuk menguruskan pesakit tersebut. Berharga sekali pengalaman malam ni. Adam pula tersenyum lebar kerana berpeluang untuk suntik IM Voltaren.


Sekian sahaja catatan malam ini. Sebenarnya banyak lagi kes yang menarik pada malam ini seperti rape attempt, epilepsy, dan medical emergency, akan tetapi mata ini sudah kuyu dan minda juga sudah penat untuk mengulas secara terperinci.


Biarlah semua itu kekal dalam memori dan seterusnya menjadi panduan berharga untuk saya gunakan setelah bergelar sebagai seorang doktor nanti, InsyaALLAH!


p/s: semoga dapat menghabiskan kehidupan sebagai Medical student dengan cemerlang dan seterusnya menjadi seorang doktor yang hebat. Dr Muhamad Na’im 2011-InsyaALLAH!

Monday, August 24, 2009

Al Fatihah buat Prof Manaf


Al Fatihah buat Prof Manaf yang telah meninggalkan orang yang tersayang buat selama-lamanya bagi menghadap panggilan Ilahi.


Walaupun saya mengenalinya ketika beliau sudah tidak dapat melihat, namun segala nasihat dan panduan yang diberikan oleh beliau kepada saya tak kan saya lupakan. Masih terngiang-ngiang lagi di telinga ini perkongsian pengalaman beliau sewaktu menjadi mahasiswa perubatan.


Sememangnya saya begitu kagum dengan sifat beliau yang merendah diri walaupun berpangkat dan berharta. Walaupun memegang jawatan tinggi, namun beliau tidak bermegah. Sepanjang perkenalan, tidak pernah saya memanggilnya prof ataupun doktor. Hanya uncle sahajalah panggilan yang bertakhta di hatinya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan sumbangan beliau baik pada mahasiswa mahupun PPSP.


Semoga Allah juga memberi kekuatan pada keluarga arwah khususnya auntie dan Peja.

Thursday, August 20, 2009

Opss! We are running out of mask!




Now in USM, we already reserve two wards to quarantine suspected H1N1 patient and last night there were already cases of patients being intubated due to complication of it.


In this situation, we need to prevent the spread of the disease. One of the effective ways is by wearing a mask. Health care provider supposedly wear mask especially when examining high-risk patient especially those who are in special care ward.


For, me I worry most about patient condition. For the staffs that are healthy, they wear mask not only for preventing them from getting influenza but also preventing the sick from getting the influenza.


I am worried more with the patient condition. They already have the underlying problem and anything can happen to them if they are infected with H1N1.


And the health care provider should also include student in their list as clinical years student also examines patient. Some of the student already have fever and cough but do not fall sick since they have better immune system. But, it is not uncommon if they spreading the influenza virus to the patient.


I am so shock when I found out during my on call session tonight that the staff has to hide the mask stock due to limited stock. I did not blame them for it. As an alternative, they provide student with a cheaper mask which is in one layer mask in white color. The mask is not as good as the three layers mask that we currently used. Furthermore, the white mask is easily damage due to the air fluid from respiration.


For me, this problem is serious. I really hope that the university administrators will take an appropriate action as soon as possible. I truly believe that the administrator have enough budget to bought mask for student. From the record, I found out that JPA paid for about 250k for each student. So far, there haven’t much thing provided for undergraduate students here. So I really hope that they can allocate some money to buy the mask.


Earlier this evening, I have had a chance to talk with one senior associate professor about few things regarding student academic and hospital management. He also agreed that academic staff should review back the current curriculum as it is already outdated. Apart from that, he worries with current trend whereby specialist are busier with research and seldom meet their patient and just rely on MO and master student. According to him, the reputation of USM has being dirt by this situation. Furthermore, compared to previous session, many specialists did not teach undergraduate and hand over the job to inexperience MO. This indirectly affects the quality of newly produced USM doctor.


With the current acknowledgment to USM as an APEX status, everybody is responsible to correct this entire problem.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah