Tuesday, September 29, 2009

- Don’t give up everything-





I call my PA to discuss what happen but unfortunately he’s not in USM until next week. I say nothing to him over phone regarding what happen to my medical posting.


I just manage to meet my clinical suprvisor. It was really hard to speak with him as his room fill with a lot of people including the block co-ordinator.


“So how’s your problem? Is it improved or not.”


“Well doctor I’ve something else to discuss with you and not ‘that’ problem.”


And I went into long silence until most of people out of his office.


“I was told that I failed the attendance and need to repeat the posting.”


“If that’s the case, even me cannot do anything. What else I can do. It’s happen”


“But I don’t want to repeat it.”


“Relax, you are only fourth year. Don’t worry too much about it.”


And a long silence begins again… Gosh! I hate this.


“Do you think that I should attend the MCQ exam? The block co-coordinator asked me to go.”


“Just go! Learn something there.”


“And my long case exam. Do I have to do it?”


“It’s up to you, but I highly suggest you do it.”


“But it won’t change everything right. I still have to repeat anyway.”


“That doesn’t matter. You failed your attendance but don’t let them see you as a bad student. You have others component and you need to excel them. Don’t give up everything.”


“Then when should I do it?”


“This Wednesday afternoon! Clerk case and we will have a discussion then.”


Long pause. I’m thinking about begging him to talk to clinical co-ordinator. But I don’t think it will be fair for him for doing it. It took me few minutes after the conversation to finally leave the room...


Well, this is a reminder for me for the next posting. This is third phase and disciplines and attitudes are so important. This makes me remember one phrase from one doctor.


“You can not become a doctor with this attitude! How can you survive the year? Start changing now.”


Phew! If CHANGE is easy as ABC then I won’t suffer too much.

Monday, September 28, 2009

-Break Down-

Today I’m so weak and hopeless. I hate this feeling and I cried even though I’m a MAN. It’s a fact that I’ve to repeat my medical posting.


Sadly because I didn’t lost in the middle of war but not able to join the war. Well, I guess serve me right. Who ask me to skip class a lot.


This is so painful. All my plan has doomed.

Saturday, September 26, 2009

Hudud atau Strategi




Sewaktu Perang Uhud berlangsung, Nabi Muhammad telah mengarahkan umat islam agar berkawal di Bukit Uhud dan jangan meninggalkannya walau apa sekalipun berlaku. Pada saya, arahan Nabi ini bertepatan dengan kekuatan tentera islam ketika itu. Sememangnya BERTAHAN itu lebih baik dari terus menyerang tentera kafir yang berjumlah 3000 orang itu.


Namun, di pertengahan jalan orang Islam mula terleka. Mereka sangkakan mereka telah menang apabila melihat tentera kafir mula berundur. Lambakan emas dan kilauan permata nyata mampu menyilaukan mata mereka serta menambah gelora di hati. Ketamakan mula memuncak dan akhirnya arahan Nabi dipinggirkan.


Akibatnya mereka meninggalkan benteng pertahanan dan turun ke dataran untuk mengutip harta. Akibatnya, umat Islam di serang dengan hebatnya hingga kehilangan 70 nyawa. Bahkan nyawa panglima hebat Islam; Hamzah turut di ragut. Nabi Muhammad sendiri terjatuh ke dalam lubang dan di sangka mati oleh musuh dan sahabat.


Itulah senario yang berlaku 1400 tahun dahulu di mana KEGILAAN orang islam yang merasakan mereka telah MENANG telah mencabut akal mereka hingga bertindak melampau kekuasaan arahan NABI ketika itu.


Kini, ada situasi yang seakan sama sedang melanda negara melibatkan pejuang Islam yang menamakan diri sebagai PAS. Perjuangan PAS dari dulu hingga sebelum pasca pilihan raya ke 12 penuh dengan suka dan duka. Betapa kesilapan strategi telah mengajar mereka untuk BERSABAR dan memilih cara yang lebih LEMBUT dalam memenangi hati masyarakat. Rasanya, mereka berjaya apabila sokongan rakyat semakin bertambah.


Namun, kemenangan yang diperolehi masih belum diisi sepenuhnya. Yang ada hanyalah gegak gempita keseronokan yang masih belum habis. Bersama keseronokan turut dibawa rasa seolah-olah merekalah yang BERKUASA dan merekalah MAHARAJA agung. Segala-galanya ingin dicapai.


Apa yang mereka cuba lakukan sekarang tiada silapnya. Benar! Mereka mahu menegakkan HUDUD yang wajib menjadi pegangan umat islam. Mereka mahu melahirkan masyarakat yang taat pada perintah Allah. Itu adalah cita-cita terpuji.


Namun, apakah itu semua menghalalkan tindakan mereka untuk bertindak melampaui kuasa yang diperuntukkan oleh badan tertentu. Dan pula, mereka begitu lantang berdemo sini sana membantah semua konsert-konsert yang ada sedang di tempat sendiri turut di anjurkan konsert. Yang bezanya hanya artis.


Tindakan mereka yang bertidak menangani semua hal dengan tangan sendiri sebenarnya menggambarkan betapa mereka kembali terburu-buru dalam menegakkan HUDUD. Jika selama ini mereka mampu bersabar, kenapa tidak kini? Tidak boleh kah mereka bersabar sedikit masa lagi agar KUASA benar-benar berada di tangan. Di masa yang ada ini, kenapa tidak gunakannya untuk tujuan pendidikan dan pemantapan akidah remaja dan masyarakat? Sudah tiba masanya agar mereka khususnya Pemuda PAS merangka strategi yang lebih mantap dan bukannya bersikap terburu-buru seperti mana tentera UHUD.

Ish! Gagal, Gagal dan Gagal



Assalamu’alaikum wbt…


Hakikatnya dunia ini tidaklah semudah yang kita sangka. Setiap apa yang kita laksanakan semestinya ada kesukaran dan rintangan. Kerana kesukaran dan rintangan itu akan membuatkan kita mengenang dan menghargai kejayaan yang kita perolehi.


Semalam saya gagal lagi. Gagal untuk memuaskan doktor yang bertanya soalan dan gagal untuk mendapatkan riwayat penyakit pesakit. Hanya lima minit masa yang diberi oeh seorang doktor untuk saya mendapatkan maklumat bagi membuat diagnosis. Hanya Allah yang tahu betapa cuaknya hati ini.


Tambah cuak lagi apabila diri seolah-olah dipandang rendah di hadapan pesakit. Dan tatkala soalan diaju bertalu-talu, saya hanya mampu mendiamkan diri sementara doktor hanya tersenyum. Entahlah! Riak wajahnya tersembunyi seribu satu rahsia. Senyuman itu boleh jadi terkandung racun yang berbisa. Tapi, dari sudut positifnya, itulah ujian buat saya. Ujian agar meningkatkan lagi usaha dalam menuntut ilmu.


Kata-kata pesakit sedikit menenangkan hati yang gundah


“Tak ape lah dik.. nama ape ye! Oh Naim ye. Biasalah tu adab belajar. Ada kesusahan tersendiri."


Ya! Betul kata pesakit itu. Setiap sesuatu benda ada kesusahannya. Dan yakin dan percayalah bahawa setiap kesusahan itu adalah untuk memberi kekuatan kepada kita


Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. [Q30:54]


Sesungguhnya Allah menciptakan dari keadaan yang lemah. Di awalnya, kita hanya bayi yang mampu merengek dan menangis. Suapan susu ibu memberi sedikit kekuatan yang turut hanya digunakan untuk menangis. Namun selepas itu, kita semakin membesar dan Allah memberi segala macam kepada kita dalam proses pembesaran itu agar kita menjadi kuat. Hakikatnya, kegagalan dan kepayahan itu juga darinya.


Semalam juga saya gagal dan gagal lagi. Gagal untuk melakukan prosedur rutin yang saya yakin telah saya kuasai. Mungkin juga ia sebagai peringatan kepada saya bahawa sesuatu yang mudah boleh menjadi sukar sekiranya kita terlampau yakin dan berasa megah.


Perit juga memandang wajah pesakit yang menahan kerut di dahi bagi menahan kesakitan. Semoga Allah terus mengurniakan kemantapan skill kepada saya agar ia tidak berulang lagi.


“Our greatest glory is not in never failing, but in rising up every time we fail.”[Ralph Waldo Emerson, American Poet, 1803-1882]


Tapi, kegagalan itu bukan bererti kita tewas. Dan kejayaan juga bukan bererti yang kita tidak pernah gagal. Sebaliknya kejayaan itu ialah apabila kita berjaya bangkit kembali dari kegagalan.


Semoga hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini dan semalam.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah