Thursday, December 31, 2009

Pediatric posting……


Bismillahirrahmanirrahim……….


Hari khamis akhirnya tiba lagi. Dalam erti kata lain, ia merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar perubatan. Hujung minggu akan bertandang dan segala keserabutan yang bersarang dalam minda akan dapat dikosongkan.


Bagi saya, nampaknya sudah seminggu saya berposting pediatric. Ia seakan memasuki satu dunia baru memandangkan terpaksa berhadapan dengan makhluk yang ‘halus’ apatah lagi saya memulakan posting ini di NICU. Tiada cara untuk berkomunikasi dengan mereka. Yang ada hanya tangisan atau riak wajah.


Kegilaan saya terhadap kes-kes yang pelik benar-benar berada di kemuncaknya apabila dapat bertemu dengan kes-kes seperti Edward’s variant syndrome (Isochromosome 18), Apert’s syndrome, Down Mosaic syndrome, Duodenal atresia, Dandy walker malformation dan juga congenital TB. Mungkin kerana terlampau asyik dengan benda-benda ini semua menyebabkan saya agak lari dari focus utama untuk belajar.


Bahkan seorang senior juga sempat memberi nasihat dan teguran kepada saya. Kata beliau,


“Bertemu kes-kes yang pelik dan jarang adalah satu bonus. Namun, jangan dilupa bahawa kes-kes biasa perlu diberi tumpuan kerana itulah yang akan kita jumpa sewaktu bekerja nanti. Untuk kes yang pelik, cukuplah sekadar tahu dan biarkan ia berlalu.”


Saya tidak dapat menyanggah kata-kata beliau. Tapi apakan daya, keterujaan saya terhadap benda-benda sebegini sukar untuk dibendung.


Hari ini ialah 31 december. Bererti esok semua akan menyambut tahun baru. Ada kemungkinan besar saya akan meluangkan masa di A&E lagi malam ini. Tapi, hendak tak hendak, terpaksa dahulu ke kelas bersama Prof Zabidi yang ditunda ke malam ini.


Rasa seperti tidak yakin pula untuk ke kelas. Maklumlah, cara nak ambil history pun masih belum habis dikhatam lagi. Children Development juga belum diingat semua lagi. Aduh! Parah ni!

Saturday, December 26, 2009

Kenangan O&G rotation 2009


Bismillahirrahmanirrahim….


Secara rasminya posting O&G telah pun tamat. Ternyata ia dipenuhi dengan pelbagai suka duka yang semestinya akan sentiasa dikenang. Terserahlah kepada kehendak Allah S.W.T samada DIA inginkan saya kembali ke posting ini untuk remedial ataupun bertemu posting ini di tahun lima nanti.


Ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat semua secebis pengalaman yang sempat saya garap sepanjang enam minggu menjalani rotation posting O&G.


1. Ketika pertama kali melakukan bladder catheterization untuk pesakit di labour room, saya telah tersilap memasukkan catheter ke dalam vagina. Akibatnya, yang keluar ialah liquar dan bukannya urine. Teruk saya diketawakan oleh kawan-kawan.


2. Di marah oleh attendan hospital kerana tersilap cop (terbalik) form untuk pemeriksaan hematology. Maklumlah ketika itu jam 4.00 pagi dan labour room tersangat lah sibuk. Semua orang kepenatan dan easily irritable.


3. Selepas menanggalkan IV line, saya meminta patient menekan tempat IV line dengan kapas. Tanpa disangka, patient terus menyusu anaknya dan terlupa menekan tempat IV line tadi. Akibatnya bleeding dan saya dimarah dengan teruk oleh staff nurse. Bermula saat itu, saya terus tampal tempat IV line dengan gauze setiap kali remove benda itu. Learning from mistake!


4. Dapat tengok dan assist twin delivery (walaupun sekadar stabilize perut patient).


5. Menjadi ‘motivator’ especially kepada patient primi gravida di labour room.


6. “Akak teran kak! Sikit lagi! Sambung.. sambung jangan berhenti! Punggung jangan angkat. Angkat kepala saja. Suara jangan bunyi! Teran seperti berak sembelit seminggu” Skema ayat sewaktu patient nak bersalin. Terasa seperti menyorak pasukan bola sepak pun ada.


7. Menghabiskan makanan di labour room! Nak buat macam mana, labour room kaya dengan makanan. Kalau tak makan, keesokan harinya akan dibuang juga. Ada kalanya seperti ber’picnic’ di labour room.


8. Kena marah dengan doctor kerana tiada assistant untuk resus baby.


9. Kena marah dengan staff nurse post natal ward sebab hantar patient tanpa check pad. Maklumlah, habis kotor cadar katil kena darah.


10. Pergi ward round pukul 7.00 pagi. Tapi sebelum tu, sempat breakfast dulu dekat dalam bilik pantry.


11. Berebut pesakit dengan medical student lain di ante natal clinic. Maklumlah masing-masing nak penuhkan log book.


12. Sakit hati bila lihat banyak kes anak-anak melayu islam yang menghasilkan anak ekspress tanpa berkahwin. Ada yang datang dengan placenta abruptio tapi masih bergelak ketawa dengan boyfriend.


13. Sedih bila lihat patient baru berusia 20 tahun tapi menderita penyakit kanser ovary.


14. Di reject patient empat kali berturut-turut sewaktu ingin mengambil history di ante-natal wards.


15. gembira bila dengar perkataan “terima kasih doctor!” dari patient walaupun masih bergelar pelajar perubatan.


Rasanya itu sahaja sebahagian pengalaman saya. Terima kasih diucapkan kepada semua lecturer, MO, HO, staff nurse, attendant, senior dan rakan-rakan yang banyak membantu saya di sepanjang posting ini. Tolong lah doakan agar examiner exam clinical saya bermurah hati untuk bagi saya lulus walaupun saya telah mengecewakan dia sewaktu exam.

Friday, December 25, 2009

Night Shift! casualty memory


Bismillahirrahmanirrahim….


Argh! Masalah tidur saya kembali lagi. Nikmat benar tempoh selama empat minggu yang lepas kerana dapat menikmati tidur malam yang sempurna dan bangun sewal enam pagi.


Daripada membazir masa di bilik, saying rasanya dibiarkan hujung minggu berlalu. Pada petangnya saya ke labour room. Konon-kononnya sebagai on-call terakhir. Tapi memandangkan terlampau ramai rakan-rakan yang on-call di labour room, saya mengambil keputusan untuk ke casualty selesai sahaja menyaksikan c-sec.


Malam minggu di A&E sememangnya sibuk. Banyak benar yang dapat saya pelajari dari hero-hero di sana. Dari clerking case, triage hinggalah ke resuscitation.


Kes pertama resus. Ialah apabila waris seorang pesakit tiba-tiba collapse di bilik air dan dibawa ke casualty. Pulse less! Sempat juga sedaya upaya membantu untuk melakukan CPR. Nampaknya prestasi saya semakin teruk memandangkan dua tahun kebelakangan ini asyik membela lemak sahaja. Semput dan kejang otot lengan! Alhamdulillah patient kembali ke sinus rhythm. Tapi sayangnya! Prognosis beliau nyata teruk kerana CT- scan menunjukkan severe sub-arachnoid hemorrhage.


Selesai resus, saya membantu nurse melaksanakan kerja-kerja triage patient. Memang kelam kabut memandangkan inilah kali pertama saya melakukan triage. Nasib baik hanya pesakit ‘green zone’ sahaja. Jika tidak! Mesti jadi bahan gelak pesakit.


Sewaktu menjalankan kerja-kerja triage, ada ambulance call kes MVA. Teringin benar untuk buat ambulance call memandangkan sudah lama tidak mengikutinya. Tapi apakan daya, nurse yang jaga triage terpaksa memberikan bantuan untuk menguruskan pesakit-pesakit red zone.


Setengah jam selepas ambulance call tersebut, ada lagi ambulance call kedua meminta tiga buah ambulans kerana berlaku kemalangan antara dua biji motosikal dan kereta berdekatan stesyen petronas Demit. Memandangkan tiada pesakit di ruang menunggu A&E dan ramai staff yang sibuk, akhirnya saya berlari juga menaiki ambulance bersama Dr Faiz dan Abg Shahril ke tempat kejadian.


Entah mengapa saya begitu teruja dengan scene kemalangan. Di sana, kami triage pesakit mengikut tahap kecederaan sambil mengawal orang ramai yang mula berkerumun. Sambil menanti ambulans menghantar pesakit ke A&E, saya berkawal di tempat kejadian untuk mengawasi mangsa yang agak stabil. Sewaktu itu azan subuh sudah mula berkumandang! Syahdu pula rasanya bunyi azan pagi ini. Bagaimana agaknya sekiranya sayalah yang terbaring di atas jalan menanti maut sambil mendengar bunyi azan?


Sampai di A&E! saya bergilir-gilir dengan staf lain untuk melakukan CPR ke atas salah seorang mangsa. Sebenarnya, status pesakit tersebut dikira sebagai ‘Brought in death’. Tapi, atas indikasi yang tidak saya fahami, maka kerja resus dilakukan. Setelah jam menunjukan hampir 7 pagi maka kerja resus dihentikan dan pesakit disahkan secara rasminya meninggal. Ya Allah! Usianya baru 20 tahun. Masih muda lagi! Sayangnya jika tenaga ini dapat disalurkan di medan jihad.


Saya bergegas untuk menunaikan solat subuh walaupun sudah terlambat. Namun, nyawa itu lebih penting.


Selesai solat, saya cuba menenagkan keluarga mangsa. Ya! Ini sahajalah sumbangan yang boleh saya lakukan sebagai seorang pelajar perubatan. Dari segi ilmu untuk menyelamatkan pesakit, saya kekurangan segala-galanya. Tapi, sekurang-kurangnya biarlah air liur yang diberi ini digunakan buat membasah tekak bagi menenangkan keluarga mangsa.


Lebih kurang jam Sembilan pagi selesai round, saya memasang catheter untuk seorang mangsa kemalangan tadi, Ya Allah. Ego dan kesabaran saya benar-benar teruji apabila mangsa tiba-tiba bangun dalam tidak sedar dan kencing. Mungkin silap saya juga kerana tidak memilih saiz catheter yang lebih besar. Habis baju saya terkena tembakan tersebut dan badan berbau seperti tandas. Pelbagai perasaan bercampur aduk ketika itu. Tapi! Mungkin hakikatnya ia adalah salah saya.


Kerana tidak tahan dengan bau urine di badan, akhirnya saya terus pulang ke bilik untuk mandi. Hari ahad nanti saya akan memulakan posting paediatric yang tidak kurang juga sibuknya. Nampaknya, terpaksalah saya meniggalkan tempat kegemaran saya buat sementara untuk focus kepada posting ini.

Thursday, December 24, 2009

Logbook! Etika, panduan atau bebanan buat pelajar perubatan.


Bismillahirrahmanirrahim…


Selain dari ilmu yang mendalam mengenai fisiologi dan pathophysiology badan manusia, tidak dinafikan skill dalam mendapatkan riwayat penyakit, mengendalikan alatan dan melakukan prosedur sangat-sangat penting buat mereka yang menceburi bidang perubatan.


Untuk membimbing mereka melatih skil sebegini, logbook boleh dijadikan panduan yang berguna kerana ia menyediakan check list requirement yang diperlukan.


Bahkan, seorang medical assistant pernah memberitahu saya perihal seorang pakar perubatan yang sentiasa membuat catitan mengenai berapa banyak prosedur yang pernah dilakukan beliau dari sekadar memasang IV line, intubation hinggalah pembedahan. Beliau turut mengesyorkan saya berbuat demikian kerana ia akan menjadi penanda aras sejauh mana kemahiran saya.


Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh beliau. Bahkan saya sendiri bersetuju dengan konsep log book yang dinyatakan tersebut. Saya sendiri masih ingat walaupun dalam samar-samar berapa kali saya melakukan sesuatu prosedur berdasarkan log book sendiri (bukan log book requirement pelajar perubatan).


Akan tetapi, konsep log book yang diperkenalkan di sekolah perubatan mempunyai sedikit kelemahan dari aspek teknikaliti perlaksanaannya. Berbanding konsep check list dan petanda aras kemahiran peribadi pelajar, ia dimanipulasi untuk menjadi satu keperluan untuk lulus sesuatu posting.


Akibatnya, ia tidak lagi menjadi sesuatu yang menyeronokkan buat pelajar. Bagi saya sendiri, log book sekarang adalah sesuatu yang memualkan dan menghilangkan keseronokan belajar.


Ia menjadikan pelajar tidak ubah seperti robot yang hanya mengikut arahan yang telah diprogramkan di dalam log book. Berapa banyak kes yang perlu dibentangkan, berapa banyak prosedur yang perlu dilakukan dan sebagainya. Akibatnya muncullah golongan yang dinamakan sebagai ‘log book oriented student’.


Seorang doctor pernah berkata kepada saya bahawa pelajar perubatan tidak beretika dengan meminta tandatangan daripada doctor sebagai pengesahan log book. Ini kerana, mereka tidak tahu pun kes tersebut. Ya! Benar kata beliau. Akan tetapi, mereka perlu juga mengambil kira apakah sebenarnya sistem log book yang sedia. Betapa pelajar yang bagus juga begitu tertekan dengan log book. Ada kalanya, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk mempersembahkan sesuatu kes kepada doctor pakar tetapi tidak mendapat tandatangan kerana tidak menepati piawaian doctor pakar tersebut.


Apakah adil untuk berbuat demikian dengan satus mereka sebagai doctor pakar yang sudah berpengalaman berpuluh tahun dalam dunia perubatan untuk meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka yang baru beberapa tahun berjinak dalam dunia pelajar perubatan?


Bagi saya, ia bukanlah sesuatu tindakan yang tidak beretika kerana pelajar itu sendiri sanggup menebalkan muka merayu tanda tangan dari doctor lain. Ada sahaja pelajar perubatan yang meniru tandatangan pensyarah kerana terpaksa dan ini lebih jauh tidak beretika.


Bagi saya, pelajar yang cuba juga memenuhkan tandatangan untuk log book dengan berjumpa doctor dan bukan meniru tandatangan itu sudah cukup beretika. Mereka sekurang-kurangnya menunjukkan tanda hormat kepada pensyarah.


Syukur Alhamdulillah, saya tidak pernah lagi menghadapi masalah mendapatkan tanda tangan daripada doctor untuk log book. Akan tetapi, saya mempunyai rasa simpati yang cukup menebal bagi rakan-rakan yang gagal berbuat demikian. Bukan kerana mereka tidak bagus. Tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.


Berkenaan etika pula. Saya sendiri tidak tahu apa itu makna sebenar etika. Yang saya tahu, doctor-doktor sering mengomokkan perkataan


“Itu tidak beretika, ini tidak beretika dan sebagainya.”


Bagi saya, etika itu terlampau luas pengertiannya. Ia bergantung kepada penerimaan sesuatu budaya, agama, tahap pendidikan dan struktur masyarakat. Jika hari ini A itu tidak beretika mka tidak semestinya ia sentiasa tidak beretika.


Dalam konsep log book. Saya suka dengan pendapat ramai sahabat saya yang sudah bergelar doctor baik HO, MO mahupun pakar sendiri.


“Untuk log book, saya boleh bagi tanda-tangan bila-bila masa sahaja. Tugas awak sekarang ialah belajar dan lulus exam! Saya suatu masa dahulu pun mengalami masalah yang sama seperti pelajar sekarang. Tetapi, pensyarah kami juga memberikan tandatangan. Lihatlah, saya masih tetap mampu menjadi doctor yang bagus.”


Ya! Sekarang ialah masa untuk belajar dan lulus exam agar boleh menjadi seorang doctor. Itulah target yang paling utama. Log book tidak sepatutnya menjadi bebanan buat pelajar tetapi ia panduan untuk menjadi doctor.


Bagi saya sendiri. Saya lebih menyukai log book peribadi saya berbanding log book sesuatu posting kerana ia lebih telus dan merupakan penanda aras kemahiran saya.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah