Sunday, January 31, 2010

Tuntutan Menuntut Ilmu Mengikut Imam Nawawi


Bismillahirrahmanirrahim..


Sewaktu melawat blog sahabat saya Imam (Bangalore), saya tertarik akan satu untaian indah nukilan Imam Nawawi yang tersisip di tepi blog beliau.


Ia sekaligus menyebabkan saya terdiam seketika. Hati saya hanya mampu mengucapkan betapa malunya menjadi seorang muslim yang gagal mematuhi tuntutan sebenar dalam mencari ilmu.


Terus ia membuakan saya teringatkan perbualan saya dengan seorang best student Chinese di kuliah kami. Saya pernah bertanya beliau tentang jadual belajarnya. Ujarnya;


“Dia belajar kecuali waktu untuk makan dan minum”


MasyaALLAH. Apa yang dilakukannya itu persis saranan Imam Nawawi yang berbunyi berikut.


"Seorang penuntut ilmu harus memiliki jiwa rakus untuk belajar ilmu, sentiasa menekuninya di setiap waktu, baik malam mahupun siang, ketika bermukim mahupun berpergian. Ia tidak boleh menyiakan sedikit pun waktunya untuk selain ilmu, kecuali kerana terpaksa. Seperti untuk makan dan tidur yang tidak mungkin ia elakkan. Termasuk pula istirehat sejenak untuk menghilangkan kejenuhan dan kebosanan, serta keperluan-keperluan penting lainnya." (Imam Nawawi r.a.)


Sudah terlampau banyak rasanya masa yang dibazirkan dan disia-siakan hingga ke saat ini. InsyaALLAH, saya berdoa agar diri saya dan sahabat sekalian mampu untuk memanfaatkan masa dalam menimba ilmu semaksima mungkin agar lebih ramai lagi cendiakawan muslim yang dapat dilahirkan.

Friday, January 29, 2010

Kelantan Berhak Royalti RM 2b



Kata orang, sekiranya ingin mengetahui sesuatu, maka rujuklah pakar dalam sesuatu bidang tertentu. Jika ingin tahu tentang agama, maka rujuklah alim ulama. Jika ingin tahu tentang ilmu kedoktoran, maka menuntutlah ilmu dari lecturer perubatan. Atas anjuran inilah, puluhan ribu rakyat Kelantan dan juga saya sendiri berkumpul di Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk mendengar penerangan daripada Tengku Razaleigh (Ku Li) yang merupakan mantan pengasas PETRONAS Malaysia.


Rakyat Kelantan mula memenuhi stadium sambil berzikir sementara menanti masuknya waktu Isyak

Mereka datang atas nama rakyat Kelantan dan bukannya mewakili mana-mana parti politik. Kerajaan Kelantan yang umumnya diterajui oleh kerajaan PAS bersikap professional. Dalam majlis tersebut, mereka tidak mengumumkan bahawa ini adalah hasil kerajaaan PAS. Ia cukup betentangan dengan perangai Barisan Nasional. Walau sekecil mana jasapun, pasti akan ditayang nama “Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”.


Solat hajat memohon pada yang ESA agar hak rakyat dikembalikan. saat sebeginilah yang paling ditakuti pemimpin BARISAN NASIONAL kerana doa rakyat tertindas akan dimakbulkan ALLAH.

Majlis yang dianjurkan oleh NGO GEGAR ternyata memberikan perspektif sebenar isu tuntutan royalty minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan.


PETRONAS suatu ketika dahulu hanyalah umpama kuman yang sangat kecil peranannya berbanding SHELL dan ESSO. Badan itu bermula dari sifar hinggalah menghasilkan punca pendapatan utama Negara.


Menurut Tengku Razaleigh, pemberian royalty minyak berdasarkan perjanjian PETRONAS adalah berdasarkan perbincangan beliau yang mewakili PETRONAS dan Mantan Ketua Menteri Sarawak pada suatu ketika dulu sewaktu Ketua Menteri Sarawak tersebut ingin Menyaman Kerajaan Persekutuan yang membolot kekayaan minyak Sarawak.


Rakyat kelantan berdiri untuk memberi penghormatan atas ketibaan Ku Li yang diarak masuk oleh Persatuan Penarik Beca Kelantan dan rombongan motor klasik.


Atas semangat Perpaduan Malaysia, kata sepakat diputuskan di mana hasil cari gali minyak diserahkan kepada PETRONAS dan badan itu akan membahagikan hasil tersebut mengikut pecahan 5% kepada negeri pengeluar, 5% kepada Kerajaan Pusat dan selebihnya digunakan PETRONAS untuk memajukan usaha cari gali minyak di seluruh dunia.


Walaupun Sarawak bertukar tangan kepada pembangkang, namun royalty minyak tetap diberikan kepada mereka. Hal ini turut berlaku di Sabah.


Di Kelantan, cari gali minyak sudah lama dilakukan. Kawasan yang dikatakan sebagai kawasan bertindih sebenarnya tidak wujud. Sebenarnya, ia merupakan kesilapan kerajaan perssekutuan yang lambat mewartakan kawasan tersebut mengikut akta maritime dunia kerana masalah komunis suatu ketika dulu. Kerana ingin menghapuskan komunis, satu perjanjian antara Malaysia dan Thailand ditandatangani untuk membahagikan hasil minyak dari kawasan bertindih itu kepada 50% Malaysia (Kelantan) dan 50% Thailand.


Khusyuk mendengar penjelasan daripada Ku Li

Sejak dari awal hingga sekarang, Kelantan sepatutnya menerima wang royalty sebanyak RM 2b. oleh yang demikian, tindakan kerajaan negeri menolak wang ehsan kerajaan sebanyak RM 20j adalah suatu keputusan yang tepat. Rakyat Kelantan bukanlah pengemis jalanan walaupun sudah berpuluh tahun hidup susah akibat ditindas Kerajaan Pusat.


Secara hakikatnya, tindakan beberapa Pemimpin UMNO Kelantan dalam menafikan tuntutan royalty minyak Kerajaan negeri adalah tidak wajar dan zalim. Ini kerana mereka telah menidakkan hak rakyat Kelantan untuk memperoleh wang bagi membangunkan negeri.


Wang sejumlah 2b tersebut mampu menjadikan Kelantan sebagai negeri termaju di Pantai Timur dan sekiranya diuruskan dengan baik, ia mampu meningkatkan ekonomi rakyatnya. Sekiranya kerajaan negeri menerima wang ehsan 20j, ia umpama lawak jenaka kerana perbelanjaan mengurus negeri sahaja adalah lebih dari itu.


Apa yang dapat saya simpulkan, Kerajaan Barisan Nasional sudah berada dalam keadaan terdesak. Imej mereka benar-benar tercalar di Kelantan. Mereka sudah tiada alasan lain untuk menafikan wang royalty minyak. Sekiranya mereka terus menafikan, maka rakyat akan melabelkan mereka sebagai perompak, pencuri dan penzalim.


cukup ironi sekali. Bulan turut mengambang pada malam ini seolah-olah semangat BULAN menerangi alam

Jika mereka bersetuju, rakyat tidak akan memandang mereka sebagai hero. Yang menjadi heronya ialah kerajaan negeri Kelantan yang memperjuangkan tuntutan royalty ini. Hakikatnya, Barisan Nasional sekali lagi terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menawan Kelantan.

Sunday, January 24, 2010

Tahun Berdukacita Malaysia



Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, semalam saya sempat bertemu dan berdiskusi sambil makan-makan bersama dua orang sahabat baik saya iaitu Saudara Afzan (S/U ABIM Kelantan) dan saudara Kamil (Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia-Korea) mengenai isu-isu semasa dalam mahupun luar Negara.


Apa yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan ialah mengenai pelbagai masalah yang sedang melanda Negara kita ketika ini. Apa yang jelas, rakyat semakin tersepit dan ini sekaligus bercanggah dengan prinsip gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Diutamakan”.


Memang tidak dinafikan, rakat kita tidaklah ke tahap seperti rakyat miskin di Korea mahupun di AS yang mana mereka terpaksa merempat di tepi jalan. Namun, kualiti hidup rakyat semakin merudum sedangkan Negara kita kaya dengan pelbagai hasil sumber bumi. Sayangnya, pentadbiran Negara yang tidak cekap telah membazirkan sumber kekayaan ini dari dinikmati oleh rakyat.


Ahli-ahli politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang pula asyik sibuk bertelagah dan berkonflik diantara satu sama lain. Saban hari, berita mengenai krisis politik tidak pernah padam dari dada-dada akhbar dan internet. Rakyat melihat ragam mereka seperti budak-budak dan naik cemuh dengan apa yang berlaku.


Secara amnya, rakyat tidak kisah siapa yang memerintah Negara. Mereka hanya mahukan kebajikan mereka terjaga. Ini bertepatan dengan teori Hieraki Maslow di mana untuk mencapai tahap tertinggi pyramid iaitu ‘self actualization’, kita mestilah memenuhi dulu keperluan-keperluan dibawah dengan mengukuhkan tapak pyramid tersebut.


Teori hieraki Maslow


Hakikatnya hari ini, keperluan tapak paling bawah iaitu ‘physiologyca’ masih belum kukuh. Masih ada rakyat dinegara kita yang mengalami kebuluran. Harga makanan dan barangan yang semakin melonjak tinggi dan pengurangan segala macam subsidi telah menyebabkan rakyat semakin tersepit. Pengurangan subsidi kepada hospital dsebanyak 50% telah menyusahkan rakyat dari menerima akses Kesihatan.


Peringkat kedua pyramid pula ialah ‘Safety’. Walaupun Negara membelanjakan berbillion ringgit untuk mengukuhkan sistem pertahanan Negara, namun keselamatan masih belum terjamin. Kes penculikan kanak-kanak yang tidak pernah selesai, kejadian pembakaran gereja dan surau, isu rempit, rompakan bersenjata, penagihan dadah, jenayah ragut, bunuh dan jenayah kolar putih semakin menghantui jiwa masyarakat. Rakyat sendiri pelik dengan status Malaysia sebagai ‘Negara Polis” akan tetapi jenayah tidak pula reda. Kadang-kala, polis lebih sibuk menangkap orang yang tidak bersalah dan mengambil rasuah berbanding menjaga keselamatan Negara.


Peringkat ketiga pyramid ialah “Social/ belonging” yang mana bagi saya masih gagal dipatuhi. Kita masih selesa hidup dalam kelompok sendiri dan sekaligus menafikan hak bangsa lain untuk hidup bersama sebagai sebuah komuniti Malaysia. Reality masalah perkauman di Malaysia masih jelas berlaku hinggakan bukan melayu tergamak untuk tidak mahu mengaku sebagai rakyat Malaysia.


Peringkat keempat pyramid ialah ‘ego’ dimana kita inginkan pengiktirafan. Dari konteks Malaysia, kita mahukan pengiktirafan dunia. Namun, pada hari ini kita dikenali sebagai Negara corrupt. Imej Negara benar-benar jatuh. Isu Altantuya, Kehilangan Enjin jet, Oil for Food, Korupsi, Scorpene dan sebagainya tidak selesai jua walaupun sudah mengambil masa yang sebegitu lama.


Walaupun Negara bergelumang dengan pelbagai masalah, kerajaan masih bersikap tidak peduli. Mereka lebih gah dengan projek formula satu walaupun rakyat masih kelaparan. Tika krisis berlaku, kerajaan lebih gemar menganjurkan program ‘juara rakyat’ yang menelan duit cukai rakyat demi untuk memperkukuhkan imej kerajaan Barisan Nasional. Penubuhan Klinik 1Malaysia juga lebih bersifat kepada politik mengukuhkan parti. Kenapa tidak mereka salurkan wang tersebut kepada hospital?


Dengan segala isu dan masalah yang saya kemukakan di atas, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa tahun ini merupakan “Tahun Berdukacita” buat Malaysia. Yang miskin semakin melarat sedang pemimpin sibuk bertelagah dan menghabiskan wang rakyat.


Wednesday, January 20, 2010

Terbelakah Nasib Golongan Miskin

mahal. setin RM140, cukup untuk lima hari


Assalamu’alaikum w.b.t


Hari ini saya berpeluang bersembang dengan seorang ibu yang mana anaknya yang berusia tiga bulan dimasukkan ke wad untuk follow-up akibat cirit-birit kerana meminum susu formula. Ini kerana si ibu tidak dapat menyusukan anaknya kerana kekurangan susu badan.


Oleh yang demikian, bayi tersebut terpaksa meminum susu formula khas yang harganya bagi saya terlampau mahal. Setin kecil berharga RM140 dan ia cukup untuk bekalan seminggu.


Bayangkan betapa terbebannya ibu tadi apatah lagi beliau tidak bekerja dan si bapa hanya bekerja sebagai buruh. Selain dari bayi itu, ada Sembilan lagi mulut anak-anak yang perlu diisi dengan makanan.


Sahabat sekalian, ini adalah reality sebenar yang berlaku di tanah air kita. Dan ini hanyalah secebis dari kisah duka masyarakat yang sempat saya temui. Jika hendak diceritakan kesemuanya, pasti semakin banyak air mata yang kita mampu curahkan.


Soalnya, terbelakah nasib golongan sebegini? Sedang rakyat dalam kesempitan ekonomi, kerajaan semakin senang menindas rakyat. Harga gula naik, subsidi kesihatan dikurangkan, cukai servis bakal diperkenalkan, harga minyak bakal naik dan sebagainya.


Di mana peranan kerajaan kita? Kata mereka rakyat perlu berjimat sedang kerajaan masih sibuk dengan projek formula satu, projek juara rakyat dan sebagainya. Tika rakyat dalam kekecohan, pemimpin Negara sibuk di Negara orang.


Anda fikir-fikirkanlah sendiri. Inikah Negara yang kita idam-idamkan?


Friday, January 15, 2010

Not just simply ordering investigation.


I still remember when I was having end posting examination with one professor; he opened up my minds regarding taking important and relevant lab or radiographic investigation only as patient needs to pay for it.


There’s no such things called as ‘routine’ investigation. There must be a clear indication why you are taking the investigation.


Well, at that time, I didn’t really concern much because I was thinking about free services in government hospital.


However, recently, A&E department and out patient department has started charging the patient for the services that the patient receives. It really surprises me when I’m looking at the price of what we called as ‘routine’ or ‘simple’ investigation. It’s not that cheap especially to the villagers.


One of the staff starts joking with me. He said,


“After this, the villagers need to sell their cow before they be able to pay for all of the charges.”


Well, it might sounds funny but that’s might happen. I know we our self don’t have much money to keep on giving free services. However, I still think that the coast should be reduced for patients convenient.


There is good and bad for charging the patient for the A&E services. One that I can observed, it also stress up the medical personnel as well. There are in dilemma whether to do investigation or not especially for patient with low socio-economic income. Will they be able to afford the payment?


One more thing is concerning the quality of the services. I don’t thing that it’s worth for the patient to pay their money for a-non good services offered by hospital. They still have to wait for a long period of time, dealing with inexperience medical student or officer and so on.


When I was in Yogyakarta, I went to A&E after having furuncolosis of my ears. I don’t feel like I waste my money to pay them of RM25. There’s not so much delay in treatment and ENT specialist himself come to check on my ears and commence necessary treatment.


Therefore, I was hoping that our hospital will reconsider about this charging stuff. If we really want to charge the patient, we must provide as best services as possible.



Satu lagi projek Kerajaan BN di USM

Signboard berdekatan pintu pagar utama HUSM


Pertama sekali, saya ingin mengutarakan rasa kagum saya apabila melihat semakin banyak bangunan baru yang dibina di USMKK. Lagi menggembirakan ialah projek menaik-taraf hospital USM sempena dengan rancangan Malaysia ke Sembilan belum apa-apa lagi, sudah tersergam signboard besar yang begitu bangga memaparkan nama kerajaan BN.


Kadang-kala hairan juga apabila mereka mengatakan logo parti tidak boleh dipaparkan dalam kampus terutamanya pembangkang. Tapi, boleh pula kerajaan berbuat demikian.


Rasa terima kasih tetap ada kepada kerajaan. Cumanya, saya berharap agar setahun atau dua tahun lagi, kejadian malang disesetengah tempat tidak berlaku di USMKK. Semoga bangunan ini kekal teguh, InsyaALLAH.



Bumbung stadium Gong Badak di Kuala Terengganu, jam 7.30 pagi, 2 june 2009.


Program 1Malaysia: Jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar berdekatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, 10.30 pagi, 3 korban, 26 oktober 2009


Terminal pengangkutan awam, Kuala Berang, 21 December 2009, 3.05 petang



Projek terbengkalai: pejabat pentadbiran utama Risda Daerah Bera


Ini semua belum dikira lagi kes-kes bumbung parlimen bocor, bumbung sekolah bocor, duit bocor dan macam-macam kebocoran lagi. Senang cerita, senang sangat bocor. Semoga ia dijadikan pengajaran buat kita agar tiddak terlampau mengejar nikmat dunia hingga berlaku zalim terhadap orang lain.


Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah