Thursday, February 25, 2010

Pulau Perhentian Trip part 4


jeti tempat operasi memancing. malam first frust, second time Alhamdulillah



“Operasi Memancing”


fokus memancing. hari ini tukar style. tak guna joran, just guna kail tin



Sesampainya kami di Chalet, jam sudah menunjukkan pukul dua tengah hari. Masing-masing kekenyangan kerana makan tengah hari sepuas-puasnya setelah penat ber’snorkelling’. Ada yang terus tidur dan ada yang leka bermain Play Station.


Saya dan Fauzi pula langsung menyiapkan alatan untuk memancing. Ingin rasanya kami aplikasi teknik memancing yang baru sahaja dipelajari daripada anak-anak pulau.


Selesai menyiapkan alatan memancing, kami menunaikan kewajipan pada agama secara berjemaah.


Selesai sahaja solat, saya terus menyiapkan umpan dan kami bergerak ke jeti untuk memancing.


Baru sahaja beberapa minit meletakkan umpan, akhirnya saya mendapat hasil yang pertama sebesar tapak tangan. Cukup seronok sekali tetkala Berjaya menaikkan ikan.


Puas sekali rasanya.


Tapi, proses memancing agak terganggu kerana bot seringkali singgah untuk menurunkan atau mengambil penumpang.


Air pula semakin lama semakin dalam dan keruh hingga sukar untuk melihat ikan.


Ikan yang pertama

Setelah jam merangkak ke angka enam, saya hanya memperoleh tiga ekor ikan sahaja. Tak mengapalah. Sekurang-kurang nya bertambah satu lagi pengalaman memancing dan juga dapat mempelajari satu lagi teknik memancing.


Saya dan Fauzi pulang ke chalet untuk menyiapkan makan malam. Sambil berjalan, sempat lagi kami bergambar di sekitar pulau.


mencari duyong untuk dipancing


tido pun sodap


arghhhhhhh ewwWWWW!!

Rakan-rakan yang lain pula pergi jungle trekking. Sepatutnya, saya juga mengikut mereka. Tetapi kegilaan terhadap pancing menyebabkan saya lebih rela melepaskan peluang menyaksikan keindahan hutan Pulau Perhentian.



“Grand Dinner”


tekun memasak


Memandangkan ini merupakan malam terakhir kami di Pulau Perhentian dan makanan basah masih lagi banyak, maka kami membuat keputusan untuk makan besar malam ini.


Setelah berbincang, kami membuat keputusan untuk solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Ta’khir bagi menyiapkan makanan dan seterusnya santap bersama-sama.



bersiap sedia untuk membaham makan malam

Empat jenis lauk sempat kami masak malam itu iaitu Kari Ayam, sardine, Ikan Goreng (yang baru dipancing) dan telur goreng dadar.


Selesai masak, kami semua santap. Seronok sekali makan apatah lagi ketika nasi dan lauk masih panas. Selera makin bertambah dalam keadaan badan yang kepenatan.


Selesai makan, kami terus mengerjakan solat dan mengadakan usrah. Disebabkan masing-masing keletihan, ada di antara kami yang tertidur sewaktu usrah.


Selesai usrah, kebanyakan rakan-rakan terus tidur. Saya juga kepenatan dan ingin tidur. Namun, atas permintaan beberapa orang rakan yang ingin makan bubur kacang hijau, maka digagahkan juga diri ini untuk memasak.


Satu pengalaman yang cukup BAHAYA dan berharga yang dapat saya garap ialah masak dalam keadaan mengantuk. Tidak dinafikan bahaya ada masanya saya TERTIDUR sambil memegang senduk.


Bubur yang dimasak akhirnya siap pada jam 1.30 pagi. Selesai sahaja masak bubur, saya terus terlena hinggalah ke subuhnya.


“Selamat TInggal Pulau Perhentian”


saat perpisahan


Jeritan Ungka mengejutkan saya dari tidur yang lena. Kepala mula berdenyut- denyut. Mungkin kerana terbangun secara tiba-tiba.


Saya mengelamun seketika sebelum mengambil wudhuk dan azan subuh. Sayu pula rasanya apabila azan di pagi hari di tempat terpencil sebegini. Entah lah, terasa kesyahduan sewaktu melaungkan azan. Mungkin juga rasa terharu.


Maklumlah, di tempat sendiri, azan mendayu-dayu berulang kali dari Masjid-masjid sekitar. Habis satu azan, disambung pula dengan azan dari Masjid lain. Tapi kaki begitu liat sekali untuk melangkah ke surau



bertolak pulang


Tapi di sini, walaupun ada yang muslim, tiada pula dilaungkan azan. Surau pun tiada. Mungkin kerana mereka tidak ingin menjatuhkan nilai KOMERSIAL pulau dengan menganggu pelancong yang masih nyenyak tidur di waktu sebegini.



Selesai solat subuh, kami segera memasak sarapan. Yang tidak terlibat dengan aktiviti memasak pual segera mengemaskan barang-barang yang dibawa.


Setelah sarapan siap, kami makan dan menyambung kembali kerja-kerja mengemas hinggalah Pak Saha sampai.


Tidak puas rasanya dua hari berada di sini. InsyaALLAH,saya akan kembali lagi di sini suatu hari nanti..


posing terakhir di kedai cenderahati

Sekian.



Monday, February 22, 2010

Tahniah Ise & Kak Erinna

berseri betul wajah pengantin ni


Alhamdulillah, syukur kerana abang (lain mak dan lain ayah) akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih hati yang tercinta.


Empat tahun kita kenal, pelbagai suka-duka kita kongsikan bersama.


Dikesempatan ini, daku menyusun sepuruh jari memohon maaf kerana terpaksa membatalkan jemputan walimah di saat-saat terakhir.


doakan agar adikmu ini juga dikurniakan jodoh yang baik..


Hanya doa yang mampu ku utuskan buat kalian berdoa. Semoga segala impian tercapai, moga lafaz perkahwinan menjadi ikrar untuk kesinambungan kebahagiaan kamu berdua.


Tahniah sekali lagi.


Sunday, February 21, 2010

Pulau Perhentian Trip part 3


“ Selamat Pagi Pulau Perhentian”


Selamat Pagi semua.


Suara Azan Subuh yang dilaungkan oleh Poji mengejutkan saya dari tidur. Mata ini terasa berat sekali untuk bangun. Maklumlah kepenatan berkayak semalam pun masih belum hilang. Yang lain pun masih ramai belum bangkit.


Saya menenyeh mata beberapa kali dan berpangku tangan buat seketika. Ada sedikit kekecewaan bermain di hati kerana operasi memancing semalam tidak membuahkan hasil. Dari pukul Sembilan hinggalah pukul 12 tengah malam kami memancing, namun tiada hasil yang lumayan. Poji pula hanya mendapat seekor ikan sebesar dua jari kelingking sebagai pengubat duka.


Saya melihat jam di tangan, sudah pukul 6.30 pagi rupanya. Poji sudah mula membebel agar kami segera bersiap.


Tanpa berlengah saya bangkit dan mengejutkan beberapa orang rakan yang masih belum bangun lalu lantas ke pili untuk berwudhuk. Suam pula air ini. Alhamdulillah! Selesa berwuduk.


Selesai solat subuh, kami berusrah lagi. Untuk waktu subuh, tajuk yang lebih ringan dipilih iaitu “Kepentingan Menuntut Ilmu’ yang disampaikan Mat Yie dan ‘Bekal-bekal perkahwinan” yang disampaikan oleh najman.


Ramai yang mengait mata mendengar tazkirah pertama. Namun, masing-masing kembali segar apabila masuk ke tajuk kedua. Masing-masing terlopong biji mata mendengarkan penjelasan dari Najman.


Di usia sebegini, sememangnya masing-masing sudah memasang angan-angan untuk mempunyai keluarga idaman masing-masing. Namun, tugas seorang muslim lebih besar iaitu untuk menghasilkan keluarga bahagia dan tentera-tentera islam.


Selesai tazkirah subuh, beberapa orang rakan kembali ke katil sementara menanti jam 10 pagi di mana kami dijadualkan akan ber ‘snorkelling’ di tiga check point di kawasan Pulau Perhentian Besar.


Saya dan beberapa rakan yang lain bergegas ke dapur untuk sarapan pagi iaitu roti dan sardine. Sungguh berselera sekali menjamah sarapan pagi ini. Poji ternyata gembira apabila sardine masakannya habis licin. Asrul pula tersengih melihatkan jag yang berisi teh o buatannya kering.


“Snorkelling”


bertolak ke Check Point Snorkelling


Dalam pukul 9.30 pagi, Saha pemandu pelancong kami datang membawakan nasi bungkus dan meminta kami bersiap untuk Aktiviti pagi ini.


Walaupun perut sudah terisi dengan roti sardine, namun nafsu menguasai diri untuk makan juga nasi yang dibawa.


Usai makan, kami ke pinggir pantai dan menaiki dua buah bot untuk ke check point yang pertama.



Sempat lagi berposing


Check point ini mempunyai kedalaman air yang tidaklah sedalam mana dan tidak juga banyak batu karang.


tidak sabar-sabar lagi untuk melihat keindahan alam


Ia lebih kepada tempat untuk kami berlatih mengendalikan peralatan snorkeling.


Tapi, ia juga istimewa kerana terdapat sebuah batu besar yang mana disekelilingnya dipenuhi ikan-ikan beraneka warna. Seronok rasanya apabila memberi ikan makan.


Pertama kali menggunakan snorkeling agak melecehkan. Maklumlah kami masih belum biasa dengannya. Seringkali air masuk ke dalam goggle dan juga tiub pernafasan. Tapi, lama-kelamaan, kami akhirnya dapat membiasakan diri.


Apa lagi? Terjun la kawan


Seterusnya kami ke check point seterusnya. Sudah ramai pelancong yang ber ‘snorkelling’. Tanpa berlengah, kami terus terjun dan mula menghayati keindahan ciptaan TUHAN.


Subhanallah!


Hanya itu yang mampu saya ucapkan di hati apabila berates-ratus ekor ikan mula mengerumumi kami sewaktu kami mengunjurkan roti kepada mereka. Ada bermacam-macam saiz, warna dan bentuk. Ada yang bewarna merah, hijau, biru, kuning, hitam dan berwarna-warni. Ya Allah! Sukar untuk saya gambarkan perasaan ini.


Ada ikan-ikan yang jinak-jinak merpati. Nampak sahaja tangan menghampiri mereka, maka mereka pun lari.


Namun ada juga yang betul-betul jinak hinggakan dapat ditangkap dengan tangan.


Selesai bermain dengan ikan, saya berenang ke tengah check point snorkeling. Subhanallah, saya tergamam melihatkan bermacam aneka batu karang. Ada yang berbentuk seperti kaktus, ada yang seperti piring gergasi dan ada juga yang berpintal-pintal.


Di celah-celah karang, ada pula ikan bewarna warni yang bermain dengan girangnya. Landak laut dan mentimun laut juga banyak.


“Ya ALLAH! Sekiranya batu karang sebegini sudah begitu indah, maka sukar untuk aku gambarkan betapa cantiknya syurgaMU kelak nanti.”


Best sangat-sangat


Sekali sekala ada ikan kerapu yang pada jangkaan saya seberat satu atau dua kilogram sedang memburu ikan-ikan kecil untuk dijadikan makanan. Timbul pula rasa geram di hati saya untuk menangkapnya. Tentu sedap sekali jika ia dimasak stim atau dibuat sweat sour.


Sekali-sekala, focus kami terganggu kerana ada jet pejuaang yang membuat latihan di sekitar check point. Ramai pelancong meluahkan rasa tidak puas hati memandangkan banyak ikan menjadi culas kerana terkejut dengan bunyi bising enjin pesawat tersebut.


Dalam hati, saya juga merasa geram. Namun, perasaan bangga juga tetap ada kerana Negara kita sudah mampu memiliki peralatan ketenteraan yang setanding Negara maju yang lain.


InsyaALLAH,sekiranya pemimpin Negara lebih jujur, amanah dan warak, maka kita akan mengecapi lebih banyak kemewahan lagi.


Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Saha memanggil kami untuk ke check point seterusnya. Kami segera naik ke bot. sambil mengeringkan telinga yang dimasuki air, sempat pula kami makan roti yang dibawa.


Best sangat-sangat. tak puas rasanya snorkelling ni



Bot mula bergerak meninggalkan check point ke dua. Tidak berapa jauh kami belayar, ombak mula meninggi. Bot mula bergoyang. Risau juga takut bot ini terbalik. Setelah menilai situasi tersebut, Saha membatalkan trip ke check point ke tiga.


Saya meminta beliau untuk ke shark point memandangkan mendapat feedback positif dari pelancong. Kata mereka ada ikan yu sepanjang dua meter. Tapi sayangnya, keadaan laut di shark point juga bergelora.


Bagi menghilangkan kekecewaan, kami pergi melihat penyu. Ada dua atau tiga ekor penyu yang sempat kami tengok. Tapi sayang,air yang sedikit keruh menghalang kami untuk snorkeling. Akhirnya kami hanya melihatnya dari atas bot.


Lebih kurang pukul satu tengah hari, kami ke Perhentian Kecil untuk makan tengah hari dan membeli sedikit buah tangan.


Di Perhentian kecil, saya begitu teruja melihat kehebatan anak-anak pulau memancing di jeti. Besar juga ikan yang mereka naikkan, melalui mereka, saya belajar teknik memancing di jeti pulau perhentian. Patutlah saya tidak dapat ikan, rupanya ada teknik tersendiri.


InsyaALLAH, akan saya aplikasikannya nanti.




Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah