Saturday, May 29, 2010

Bersediakah Untuk Keterbukaan Dalam Beragama.


Bismillahirrahmanirrahim……


Setiap manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah yang mana mereka cenderung untuk hidup berkumpulan atau berkelompok. Psikologi mereka dibentuk untuk bergaul dan bersosial dengan mereka yang mempunyai pemikiran atau karakter yang sama seperti mereka.


Kerana itu, hadis nabi secara simboliknya menyebut bahawa untuk mengenal peribadi seseorang, maka lihatlah dengan siapa mereka berkawan.


Namun, apabila berada dengan kumpulan masing-masing, mereka akan mula membina kecenderungan yang mendalam terhadap satu-satu amalan sehinggalah mereka membentuk pemikiran yang rigid.


Pemikiran ini amat berbahaya kerana tidak langsung menghormati perbezaan sesama umat dan patut dijauhi. Ini kerana selagi mana ia masih tetap berlandaskan kebenaran serta disandarkan nas yang shahih, maka perbezaan itu perlu diraikan.


Jika tidak dibendung, perbahasan tidak langsung akan dapat dijalankan dengan suasana aman tanpa perlu melibatkan pergaduhan. Masing-masing akan berpegang kukuh dengan hujah masing-masing dan mencantas sehabisnya hujah lawan.


Saya sendiri pernah dituduh sebagai wahabbi hanya kerana saya mengambil pendapat imam selain Shafie dalam beberapa kondisi sewaktu beribadat. Bahkan, ada juga tuduhan liar dari beberapa pihak yang menuduh USMKK sebagai sarang wahabbi.


Pelbagai cara digunakan pihak ini untuk merosakkan keharmonian pelajar termasuklah dengan menganjurkan program-program di Pondok. Jangan ingat saya tidak mengetahui agenda mereka.


Secara jujurnya, keterbukaan masyarakat dalam isu-isu furoq masih di tahap yang rendah. Perkara ini boleh di lihat dalam keluarga saya sendiri. Bahkan, kerap kali juga saya berdiskusi secara serius dengan bapa saya berkenaan soal-soal ibadat hingga akhirnya saya lah yang mengalah.


Senang cerita, apabila berada di rumah, maka saya hanya mengikut apa yang dilakukan keluarga umpamanya membaca qunut dalam solat Subuh, berdoa selepas solat dan sebagainya.


Alhamdulillah, di USMKK, mahasiswa nya sudah mula sedar akan keluasan dan keterbukaan ilmu fiqah. Tidak ada yang merasa pelik sekiranya saya memakai jubah tanpa berkopiah dan berserban, mengambil wuduk dengan memakai stoking, tidak membaca qunut, memanjangkan sujud akhir untuk berdoa dan langsung tidak mengikut imam untuk berdoa selepas solat.


Dalam masa yang sama juga, saya tidak sesekali memaksa atau menyuruh mahasiswa lain melakukan perkara yang saya lakukan. Dan tidak pernah pula saya nyatakan bahawa inilah cara yang paling betul dan terbaik.


Mungkin kerana sistem pendidikan universiti yang menyaksikan mahasiswa nya bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat baik dari lain-lain negeri, Negara dan mazhab. Dan, tidak keterlaluan juga sekiranya saya nyatakan bahawa mahasiswa sudah mula pandai berfikir dengan rasional dan pemikiran mereka semakin berkembang.


Mereka tidak lagi hanya hidup dalam kelompak masing-masing, tidak hanya fanatic pada satu-satu ustaz dan aliran pemikiran dan berusaha menuntut ilmu.


Bagi saya, inilah kunci kepada keterbukaan dalam beragama. Dan ini jugalah saranan Allah dalam Al Quran agar kita menuntut ilmu. Benarlah kata Allah bahawa tidak sama diantara orang berilmu dan tidak berilmu. Adalah tidak sama juga di antara orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui.


Benarlah kata orang, perubahan itu perlu dilakukan dengan gelombang reformasi dalam sistem pendidikan. Ia perlu dilakukan secara berperingkat dan dalam suasana penuh berukhwah. Dan untuk mengubah sesuatu amalan, maka ia perlu dimulakan dengan generasi muda yang mana fikiran mereka masih bersih dan bukannya dengan golongan tua yang sudah didoktrinkan dengan amalan tertentu sejak dari muda.


Oleh itu, adalah membuang masa untuk berbahas dengan orang yang tidak pandai bertolak ansur dan berfikiran tertutup. Kepada orang sebegini, saya menolak ruang diskusi dan perbahasan kerana anda berhati batu dan tidak tahu untuk hidup bermasyarakat. Hiduplah anda dalam dunia kejahilan anda sendiri.


Kepada mahasiswa dan anak-anak muda sekalian, ayuhlah kita melatih diri kita untuk bersikap terbuka. Jauhkan diri dari membina fahaman fanatic pada mana-mana aliran agama yang mendakwa hanya diri mereka yang betul.

Sesungguhnya islam ini bermula dengan dagang dan beruntunglah orang-orang yang dagang di akhirnya.


Wednesday, May 26, 2010

Mengintai Hikmah di Sebalik Remedial O&G





“Na’im pun kena remedial jugak ke?”

“Rindu dekat doctor, tu datang balik sini”

“Eleh! Jumpa dekat luar la, bukan nya datang remedial balik. Hari tu dah janji nak lulus”


Ah!, sememangnya saya suka bergurau apabila ditanya tentang soalan-soalan sensitive.Tapi saya terdiam apabila isu janji bahawa saya mesti lulus posting O&G timbul. Tiba-tiba terasa diri terasa sangat kecil dan bakal dipijak-pijak. Sedih!


“Lama tak nampak”

“Ni dah jumpa la ni doctor”

“Buat apa kat sini?”

“Nasib la doctor, sayang sangat dekat O&G jadi datang balik 4 minggu”

“Ko remedial ke? Aku ingat kau dah jadi HO baru.”


Ah! Terseksa jiwa dan batin dengan pertanyaan-pertanyaan sensitif sebegitu. Hati kecil meronta minta dipujuk.


“Sabarlah! Betulkan niat untuk belajar”


Dalam sabar, jiwa ini menangis juga. Semakin lama, esakan semakin kuat tambahan pula apabila membaca caption-caption facebook rakan-rakan yang membuat elektif di dalam dan luar negara. Gembiranya mereka. Seronok nya mereka!


Ya! Walaupun ada yang hanya sekadar menjadi pemerhati, sekurang-kurang nya mereka dapat belajar sistem baru pengurusan hospital yang jauh berbeza dengan HUSM. Dan setidak-tidaknya mereka sudah mampu bergembira kerana sudah layak untuk naik ke tahun akhir.


Sedangkan saya di sini berada dalam ketakutan. Setiap masa terfikirkan igauan ngeri yang mungkin berlaku. Mengulang tahun empat. Nauzubillah!


“Aku mohon padaMu ya ALLAH agar itu semua dijauhkan dariku.”


Saya cuba untuk menjadi sepositif mungkin. Saya tahu bahawa saya memang layak untuk digagalkan sewaktu rotasi O&G dahulu. Exam itu sendiri telah menyematkan pengajaran berguna buat saya. Setidak-tidaknya, saya dapat membetulkan salah faham saya berhubung management untuk PPROM (Preterm Prelabour rupture of membrane) dan PROM (Pre labour rupture of membrane). Keduanya, saya belajar untuk mendapatkan keyakinan.


Ya! Akibat diserang bertubi-tubi sehingga kepala menjadi blank membolehkan saya menduduki exam clinical seterusnya dengan lebih baik. Kerana saya belajar, bahawa kurang persediaan sebelum peperiksaan bererti menempah maut. Peperiksaan klinikal juga memerlukan calon melatih hati untuk bertenang. Alhamdulillah, saya diluluskan oleh dua orang professor yang menjadi pemeriksa exam klinikal dalam posting paediatric dan orthopedic.


Keperluan untuk remedial O&G lebih kurang seperti posting sebenar. Kami terpaksa cover patient, menghadiri morning round, klinik, seminar, mengisi log book dan juga turut serta dalam OT. Cuma bezanya, ada sedikit kelonggaran buat kami apabila on-call di labour room tidak diwajibkan. Case write up pula digantikan dengan home work oleh lecturer.


Alhamdulillah, saya bersyukur bahawa walaupun baru tiga hari menjalani remedial O&G, banyak yang dapat dipelajari. Banyak pula salah faham saya sewaktu berposting O&G dulu dapat diperbetulkan. Ya! Mungkin inilah hikmah yang ingin Allah tunjukkan pada saya.


Pada hari ahad yang lepas, saya dan kumpulan baru saya berpeluang untuk menjalankan pemeriksaan fizikal pada seorang adik berusia 11 tahun yang mempunyai kanser ovary (kilang telur). Kasihan sekali saya melihatnya. Kes beliau memang menarik dan saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Beliau menghidap kanser ovary yang diberi nama ‘Mature Teratoma’. Saiz ovary sebelah kanan yang berpenyakit itu membesar hampir 10 kali ganda berbanding saiz ovary yang normal. Alhamdulillah, sebelah lagi ovary beliau normal dan InsyaALLAH dapat berfungsi.


Kini, saya mula merasai keseronokan remedial. Mungkin kerana saya ditempatkan bersama pelajar yang agak rajin dan di bawa pengawasan lecturer yang agak strict. Sekarang, saya mula berlatih untuk belajar dalam kumpulan. Tidak seperti sebelum ini, sekarang saya dan ahli kumpulan akan datang pada waktu malam untuk clerk pesakit, melakukan pemeriksaan fizikal dan seterusnya mengadakan diskusi.


Ya, belajar sebegini sebenarnya lebih effektif berbanding belajar sendirian apatah lagi sekiranya kita mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan. Segala salah faham akan dapat dibetulkan dan benda yang tidak sempat kita ‘cover’ akan dijelaskan oleh rakan-rakan.


Kata-kata seorang pensyarah tambah menaikkan semangat saya untuk belajar. Kata beliau


“All the students who come for O&G remedial pass their final year exam. So as you. You all will pas!. This remedial will increase your knowledge and nurture you to be more confident with yourself.”


Sahabat saya juga berkata, gunalah tempoh masa empat minggu ini untuk menderita sepenuhnya kerana ia lebih baik dari terpaksa menderita kerana mengulang tahun empat.


InsyaALLAH, akan saya gunakan peluang remedial ini untuk belajar dengan sepenuhnya. Semoga hari esok dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang bermakna.


Monday, May 24, 2010

Nice Medical Student Blog from cairo



Assalamu’alaikum w.b.t,


Well, I seldom do any promotion to others in my blog as this blog is just about my life and my interaction with my surroundings.


However, I was so amazed to read a blog of a friend in Egypt whom I know through a friend. This fellow is my friend’s senior and now he’s a final year medical student in Egypt.


I think, everybody with medical background should read this. It is a very inspiring story from the author about his life as a medical student there.


For me, his experience is equivalent to some of our MO’s in Malaysia and I guarantee to say that no HO’s can out stand his knowledge and experiences.


Well, it’s kind of challenges to all of us. Medical students, HO’s, MO’s and even for the specialist. We should be ashamed of our bad practice, slowness in doing job and even being a chicken of the system until we compromised the precious life of patient.


I think this fellow is also giving some smack on the face of some Malaysian doctors who look down upon doctors whom graduated from Egypt.


Yeah! From what I’ve been told, the system in Egypt is kind of suck. But, that doesn’t means that the students also suck. I think they are even far better than others.


It’s student’s choice to become a great student or just drowning in the suck education system and become a useless doctor.


It is such a waste of a great talent if he come back to Malaysia to do his housemanship training as he will only become a coolie and not even a doctor. Maybe he should arrange himself to do the training in oversea.


To Bro faizal, nice knowing you. You are truly the precious diamond of Muslim students.


Saturday, May 22, 2010

Kembara 4WD Keruak Terengganu pt4


Kenangan Yang Tak Kan di Lupa


Paginya, kami bersarapan dengan nasi goreng, scrabble egg dan daging burger. Hidangan ala-ala western ini turut dimasukkan elemen tradisional apabila ulam petai turut menjadi pembangkit selera. Banyak benar saya makan.


Pagi ini, saya cuba untuk membaca buku tapi otak sudah penat. Tidak mampu untuk menerima apa-apa. Lantas saya hanya mengambil keputusan untuk berehat sahaja.


Sesekali kedengaran suara Amir dan Ainaa bergurau senda dengan ibu-bapa mereka. Seronok melihat teletah anak-anak kecil ini. Sesekali, saya kagum juga melihatkan Dr Farid yang pandai membahagikan masa dengan keluarga. Maklumlah, hari-hari beliau dipenuhi dengan kesibukan sebagai pakar perubatan kecemasan. Isteri beliau pula bergelar pensyarah di sebuah Kolej. Semestinya kehidupan mereka amat sibuk.


Saya cuba untuk membayangkan kehidupan di masa hadapan nanti. Apakah saya akan menjadi seperti beliau? Seorang pakar perubatan kecemasan yang beristerikan orang yang sibuk dengan tugasan seharian. Mungkin juga kehidupan masa hadapan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Apakah saya mampu menguruskan kerjaya dan keluarga dengan baik?


InsyaALLAH! Saya yakin saya mampu. Jika orang lain mampu untuk bergembira dan bahagia, apa yang menghalang kita untuk turut mengecapinya? Setiap orang berhak untuk bahagia dan saya serta anda semua merupakan orang tersebut.


Usah biarkan kesibukan menghalang anda untuk bahagia bersama keluarga. Lihatlah Rasulullah S.A.W. sesibuk beliau sebagai ketua Negara, sebagai penyampai agama Allah dan sebagai pemimpin pada sahabatnya, namun beliau masih mampu menjadi ketua keluarga yang baik dan bersama keluarga dengan penuh gembira.


Akhirnya, kami mengemas segala peralatan pada jam 11.30 pagi dan meninggalkan tapak perkhemahan. InsyaALLAH kenangan ini tidak akan dilupakan. Ukhwah yang terjalin pasti akan memekarkan seribu pahala untuk kesenangan di akhirat nanti.


terpaksa turun kereta semata-mata nak ambil gambar



Pak Mael dengan motor cross nya


Dr Shaik Farid dan keluarga



Kami singgah sebentar di rumah Pak Mael sebagai tanda meraikan sebuah persahabatan. Dan seterusnya bertolak pulang pada jam 1 tengah hari.


Kepulangan kami tidak langsung balik ke rumah. Tetapi kami mengambil kesempatan ini untuk singgah di Kolam Air Panas Kg La dan juga berhenti makan ‘otak-otak’ ikan dan sotong di Besut. Akhirnya, kami sampai ke destinasi akhir pada jam 4.30 petang. Alhamdulillah!



kolam air panas Kg La


Muka amir baru bangun tidur. cute betul budak ni. rasa nak cubit je pipi
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah