Friday, June 25, 2010

Cirit Birit Dalam Sistem Pendidikan Islam


Perlunya masyarakat kita pada hari ini didedahkan dengan teknik-teknik menjawab salah faham terhadap islam agar kefahaman dan rasa cinta terhadap Islam bertambah

Bismillahirrahmanirrahim


Ada bezanya di antara anak-anak yang membesar dengan makan di kedai-kedai tepi jalan dengan mereka yang membesar dalam keluarga yang elegant.


Mereka yang biasa makan di warung tepi jalan biasanya sudah biasa dengan makanan yang kurang bersih. Secara perlahan, mereka membina sistem imuniti dalam badan yang menjadikan badan mereka kebal pada kuman penyebab cirit-birit. Oleh yang demikian, mereka akan jarang mengalami masalah tersebut.


Berbanding dengan anak-anak yang membesar secara elegant, mereka senang untuk mendapat cirit-birit terutamanya apabila terpaksa makan di warung. Ada masanya juga, bukan sekadar warung, di restoran yang bersih juga mereka boleh terkena cirit-birit.


Ini kerana badan mereka tidak mampu untuk menyediakan sistem imuniti ataupun tentera yang cukup bagi melawan kuman yang masuk ke dalam perut.


Analogi yang saya bawakan di atas adalah untuk memberikan sedikit pemahaman kepada sahabat pembaca mengenai sistem pendidikan agama di Negara kita seawal di tadika sehinggalah memasuki alam universiti.


Secara umumnya, kita diajar untuk menerima sebulat-bulatnya ilmu agama tanpa perlu dipersoalkan. Ia tidak ubah seperti konsep pendoktrinan agama.


Sekiranya ditanya tentang jumlah bilangan solat, bagaimana untuk mengerjakan solat dan amalan-amalan wajib dalam agama, kemungkinan besar mereka dapat menjawabnya kerana telah ditanamkan dengan skema jawapan tersebut sejak dari kecil lagi.


Akan tetapi apabila ditanya tentang soalan-soalan yang diaggap boleh mencabar akidah seperti isu ketuhanan, kesahihan al-quran serta isu-isu berkaitan dengan agama islam, mereka gagal untuk menjawabnya.


Contoh soalan yang ditanya ialah kenapa nama Jesus disebut sebanyak 25 kali dalam Quran sedangkan Nabi Muhammad hanya disebut sebanyak 5 kali. Adakah ini bererti Jesus lebih hebat dari Nabi Muhammad.


Soalan seterusnya ialah samada berlakunya percanggahan dalam quran seperti berapa lama sebenarnya alam diciptakan, enam ataupun lapan hari?, adakah islam mengajarkan keganasan apabila ada ayat-ayat quran yang menyuruh umatnya memerangi orang bukan islam? Dan pelbagai macam persoalan lagi.


Lama-kelamaan, mereka akan lembik apabila tidak mapu menjawab soalan-soalan ini seperti mana mereka yang mengalami cirit birit. Akhirnya, iman mereka terkulai layu dan tidak mustahil mereka akan menganggap islam tidak benar dan akhirnya meninggalkannya.


Oleh itu, anak-anak islam wajar dididik dengan ilmu bagi menyediakan diri mereka untuk menjawab kekeliruan yang ditimbulkan pada agama Islam agar mereka menjadi seorang muslim bukan hanya kerana berketurunan muslim. Namun sebaliknya, mereka menjadi muslim kerana benar-benar faham akan agama.


Oleh itu, perlunya sistem pendidikan agama islam yang ada pada hari ini dilaksanakan penambah-baikan bagi menghadapi dunia global pada hari ini. Hari ini, usaha memurtadkan umat islam berlaku dari segenap penjuru. Jika tidak berhati-hati, hari ini mungkin anak, kakak, adik, saudara ataupun sahabat-sahabat kita sudah pun meninggalkan agama islam.


Wednesday, June 23, 2010

Tired………


Bismillahirrhmanirrahim….


Finally the thing that I’m scared most happen on the third day of my intensive training course. For the past two days I was laughing at Bro Engku, Bro Salleh and Bro Daniel because they felt asleep sometimes.


And today, I sleep almost all the time except when the other fellow arguing about their idea and understanding.


Well, today’s topic was heavy and deep. At the moning we discuss matters regarding the terrorism in Islam, Jihad, holy war and some abrogation of the quranic verse.


Afternoon session was about the authenticity of the Holy Quran plus drills. Drills was the most scary part in this training where we will be put in a group of three people and were given question.


On my first day, I was bombarded with bomb by Bro Kamaruddin, Bro Shah and Sis Alia. Yesterday,I was attacked by sis alia and Bro Mujahhid and today was Sis Laila and Bro Amin turn. They really didn’t show mercy on me. Ah!!


After the drill finish, we continue again with authenticity of holy quran before proceeding to topic on principles of dialogue.


Tomorrow, will be the topic on Usul, Islamic tendencies, Bid’ah, Innovation & Creativity in Islam and finally Islam & Cultural Imperative. After that we will having an exam.


Well, since I sleep quite some time in class, mostly I learn a lot outside the class by listening to argument by other participants who still not satisfied with their battle inside the class.


The best thing was, they follow the principle of argument in which not to win the argument but rather to see who is on the right track.


It was really impressive to see how my teachers who both were top comparative religion expert in Malaysia debating with each other. All of their argument were full of fact and supported with quran, hadeeth and orientals opinion. I wish I can be like them.


Now, must sleep early. InsyaALLAH..

Monday, June 21, 2010

The Story Of Bukhari


My mentor and I were heading to Wadi Restaurant located at ground two building near the Saba’ Islamic Media to eat some breakfast before our training program.


The restaurant looked elegent with some arab influence and most importantly the food looked magnificient.


My eyes couldn’t stop staring at a very delicious-look beef rendang and some fried rice. When it comes to food, my mentor always served as an expert.


On this very morning we had a chance for a brief talk with one customer name Bukhori. Both of us didn’t know him before and even he himself didn’t know us. He was well dressed with Jubah and wearing ketayap.


He was from Kelantan but currently staying in setiawangsa.


It was a brief introductionary session and my mentor told him a little bit about our program. Right after that, we sat at separated table and started to enjoy the tasty breakfast.


As usual, in the middle of eating, it was a routine for my mentor to give some tazkirah. His favourite topic always about our great prophet, Muhammad.


While we were still eating, the waiter came to our table and start calculating the price of our food. My mentor look at him with a confused look.


Few minutes later, brother bukhari came to our table to wish good by and told us that our breakfast had been paid and he quickly left the table.


We were puzzled at first. As for me, I give some space to myself to think about it for a while. It happened to be that there were a lot of times where Allah granted me with un expected gift from Allah.


Alhamdulillah, I thanked Allah for all of this.


But somehow, there was one thing started to disturbed my mind. I happened to remind about few occasion when we were being approached by some children asking for money.


We believed that these children belong to a syndicate who used them to get money. It always make me feel doubt when they came. Should I gave them money and promoted their action. If I don’t give any, will they get beaten by the syndicate master?

Sunday, June 20, 2010

Kenapa Takut Akan Freemason?





Bismillahirrahmanirrahim….


Saya sering ditanya oleh rakan-rakan berhubung dengan Freemason. Dari gaya pertanyaan mereka, ada riak-riak kerisauan terpancar di wajah mereka. Tidak kurang juga yang melatah ketakutan apabila memikirkan bahawa Freemason akan memerintah dunia setelah membina Haykal Sulaiman.


Bagi saya, saya tidak percaya bahawa Freemason sebegitu berkuasa. Ada beberapa perkara yang menyebabkan saya menolak teori-teori berkenaan Free Mason.


Pertamanya ialah dari segi kecelaruan sejarahnya. Pendapat terkuat mengatakan bahawa Freemason ditubuhkan sewaktu era kegelapan gereja dimana ramai saintis termasuk Galileo Galilae yang dibunuh kerana mengemukakan teori yang bercanggah dengan ajaran gereja. Ia turut disemarakkan lagi dengan kemarahan pengikut kristian disebabkan penyelewengan gereja.


Ini mengakibatkan sekumpulan kristian ketika itu menubuhkan satu kumpulan sulit yang kontra dengan amalan gereja. Mereka masih percaya akan konsep ketuhanan tetapi kecewa dengan sistem gereja.


Pada hari ini, Freemason dikaitkan dengan yahudi serta agenda mereka untuk membangunkan kembali Haykal Sulaiman. Ini begitu kontra dengan sejarah awal organisasi ini. Hal ini kerana, matlamat akhir (merujuk kepada comparative cosmology) antara kristian dan yahudi adalah berbeza.


Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa Freemason merupakan cabang daripada fahaman secularisme. Organisasi ini kemudiannya dimasuki oleh individu-individu berkepentingan untuk menjayakan agenda yahudi. Mereka ini dikenali sebagai ‘Iluminati’.


Yang menjadi pertanyaannya ialah, jika benar ia agenda yahudi, mengapa masyarakat dunia begitu bodoh untuk menyertainya? Ini kerana, ahli Freemason terdiri daripada penganut pelbagai agama dunia termasuk lah Islam.


Keduanya, orang yahudi menganggap diri mereka mempunyai darjat yang tertinggi di mata dunia. Bangsa selain yahudi dianggap hina dan bertaraf binatang. Dalam soal ini, kenapa yahudi sanggup mengiktiraf bangsa lain dalam Freemason untuk mencapai agenda agama mereka?


Selain dari isu di atas, isu seterusnya yang menyebabkan saya tidak bersetuju dengan ketakutan masyarakat secara melampau terhadap Freemason ialah kerana terlampau banyak bermain dengan teori dan tekaan. Hari ini, banyak teori-teori dikaitkan dengan apa yang berlaku di dunia contohnya pengeboman WTC, movie 2012 dan Avatar serta sebagainya.


Sehingga kini, teori kekal sebagai teori dan tidak pernah dibuktikan kaitannya. Akan tetapi, saya tidaklah pula menolak teori ini secara total.


Sekiranya benar sekalipun teori ini berasas, namun soal ‘ketakutan umat islam’ tetap tidak ada pokok pangkalnya. Ini kerana, kita takutkan sesuatu yang masih belum sahih kewujudannya.


Sedangkan islam tidak pernah mengajar umatnya berkelakuan sedemikian. Sepatutnya musuh yang takutkan kita dan bukan sebaliknya. Suatu masa dahulu, orang-orang kafir cukup seriau mendengarkan kehebatan tentera-tentera islam.


Oleh itu, saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa Freemason ini merupakan serangan saraf untuk melemahkan orang islam dengan cara menimbulkan ketakutan akan ‘kehebatan’ Freemason. Maka, ketika umat islam sudah lemah dengan semangat jihad mereka, senanglah untuk Yahudi mengalahkan Islam.


Dengan itu, saya mengajak rakan-rakan untuk menilai kembali status kita berhubung isu Freemason. Adakah berbaloi untuk kita takutkan musuh yang tidak nyata ini? Jika benar sekalipun Freemasion wujud, apa tindakan kita untuk menghalang mereka? Cukupkah sekadar berteori dan menunggu mati?


Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah