Saturday, July 31, 2010

Belajar Walau di Mana Tercampak




Ada yang berkata bahawa tidak banyak yang dapat dipelajari di district hospital. Ada pula yang berkata bahawa kurangnya kes menarik di sana.


Bagi saya, kata-kata tersebut hanya separuh sahaja benarnya. Di district hospital ada timbunan kes-kes menarik. Cumanya, ketiadaan doctor pakar menyebabkan kita sukar untuk belajar tentang kes tersebut. Kerana itu, kes-kes komplikated terus di hantar ke hospital besar.


Namun, itu semua tidak menjadi penghalang buat saya untuk terus menempel di Hospital Daerah Machang. Saya bersyukur kerana permohonan untuk saya melakukan ‘attachment’ sewaktu cuti telah diluluskan oleh pengarah hospital.


Saya katakan pada beliau bahawa saya berpuas hati dengan attachment yang saya lakukan sewaktu di akhir tahun tiga dan sebolehnya ingin terus ke sini lagi di waktu lapang saya sehinggalah saya tamat belajar.


Alhamdulillah, keizinan yang diberikan ini sebenarnya membawa seribu rahmat kepada saya. Sekurang-kurangnya saya boleh pulang ke rumah dengan lebih kerap tanpa merasa rugi terlepas aspek klinikal di HUSM.


Peluang ini sengaja saya cari kerana sememangnya saya ingin pulang lebih kerap tahun ini memandangkan saya bercita-cita untuk menjalani housemanship di Sabah atau Sarawak. Mungkin selepas ini saya kurang berpeluang lagi untuk pulang ke rumah dengan lebih kerap.


Banyak muka-muka doctor yang saya kenal sudah tiada. Dr Kamarul, Dr Solah,Dr Huda, Dr Nazri dan juga Dr Nadia. Masing-masing samada dinaikkan pangkat, menyambung pelajaran ataupun kembali berkhidmat di Hospital besar.


Setakat ini saya masih belum berpeluang untuk berkenalan dengan semua doctor kecuali pengarah hospital baru dan Dr Afnan.


Dr Afnan merupakan Houseman di HUSM sebelum menjadi MO di HRPZ. Baru empat bulan bergelar MO, beliau kemudiannya di hantar ke sini. Sekurang-kurangnya, ada juga wajah yang saya kenali di sini.


Selain dari doctor,para MA nya masih sama. Masih seperti dulu dan tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar. Jururawat masyarakatnya pula tetap setia membantu dalam apa-apa prosedur yang dilaksanakan.


Hari ini, saya belajar banyak benda. Bermula dengan kes pertama yang saya uruskan dibawah pengawasan MA hinggalah kepada kes Ambulance Call yang saya turut sama mengambilnya.


Seorang wanita datang bertemankan suami kerana demam panas selama dua hari bersama symptom-simptom seperti sakit kepala, tidak lalu makan, muntah-muntah, kerap kencing dan sakit pinggang yang merebak ke bahagian pundi kencing. Tekanan darahnya agak rendah, denyutan nadinya tinggi dan suhu badannya mencecah 39°C.


Kes ini mungkin kelihatan biasa sahaja buat para doctor. Tapi buat pelajar perubatan yang cetek ilmu seperti saya, buntu juga untuk saya menguruskannya. MA pula telah memberikan kepercayaan untuk saya menguruskan kes tersebut.


Saya dalam dilemma samada untuk discharge dengan hanya ubat ataupun melakukan pemeriksaan lanjut memandangkan demam agak tinggi dan beliau kekurangan air. Pada perkiraan saya, beliau demam disebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing.


Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menahannya bagi mengambil beberapa pemeriksaan darah dan air kencing. Sementara itu, saya menulis arahan untuk dimasukkan satu pint air dan juga ubat demam.


Setelah 3 jam akhirnya result keluar dan semuanya dalam julat yang normal kecuali ada tanda terdapat darah dalam air kencing.


MA meminta agar dilakukan juga UPT kerana bimbang kalau-kalau ia kes ectopic pregnancy. Setelah UPT negative, akhirnya saya discharge pesakit dengan diagnosis viral fever serta dibekalkan beberapa ubat-ubatan yang dipersetujui oleh MA.


Melalui kes ini, ada beberapa perkara yang saya belajar. Yang utamanya,adakah wajar untuk menahan pesakit berjam-jam sementara menantikan beberapa keputusan pemeriksaan sedangkan pesakit tersebut boleh sahaja di ‘discharge’ dengan ubat-ubatan.


Akan tetapi, atas limitasi ilmu yang ada pada saya, mungkin itu merupakan langkah selamat untuk saya. Namun, ia juga memberikan beberapa implikasi.


Antaranya ialah, ia menambah kerja yang tidak patut pada staff. Keduanya, mungkin ada pesakit yang lebih memerlukan katil tersebut berbanding pesakit saya.


Dan pengajaran seterusnya pula, MA hanya membiarkan saya menguruskan pesakit ini. Mungkin untuk memberi ruang kepada saya untuk belajar semua ini.


Seterusnya, saya sempat mengikut Ambulance call untuk mengambil pesakit yang sawan. Jaraknya agak jauh tetapi saya dapati ambulance response time (waktu dari menerima panggilan hingga ambulan tiba di tempat kejadian) amat pantas iaitu tidak sampai 10 minit. Ia jauh lebih baik dari ART di USM. Mungkin kerana jalannya yang lengang dan senang berbanding di Kubang Kerian.


Sewaktu di Kubang Kerian, pernah beberapa kali kami tersesat jalan hinggakan ada kes telah pun dihantar orang awam atau di ambil ambulans klinik Kesihatan. Melihatkan keadaan itu, sistem pre-hospital di USM patut diperbaiki lagi.


Kami mengambil pesakit dan terus pulang ke hospital (Scoop and run). Di hospital, doctor memberikan dua suntikan valium dan infusi Phenytoin tetapi pesakit masih belum berhenti fitting dan tidak sedarkan diri. Keputusan ujian normal. Yang peliknya, kandungan oxygen tinggi (sepatutnya rendah dalam sawan) dan denyutan nadi beliau juga normal.


Sehingga lah saya pulang pada jam 8 malam, pesakit masih lagi fitting. Saya sendiri tertanya-tanya pada diri, adakah benar pesakit tersebut sedang fitting atau ia merupakan keadaan yang lain. mungkinkah itu sebenarnya rigor ataupun abnormal movement yang lain. Buntu saya memikirkannya.


Selain dari dua kes tersebut, ada beberapa lagi kes antaranya pesakit dihempap pokok tumbang, keguguran, asthma dan lain-lain.


InsyaALLAH, waktu cuti ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga dan juga terus menimba ilmu di sini.


Thursday, July 15, 2010

Rintihan Pilu


Wahai Tuhan,

Banyak sungguh nikmatMU,

Hingga aku malu,

Tiap saat ku berdosa padaMU,

Seolah aku tidak bersyukur,


Wahai Tuhan,

Sering ku sesali,

Atas setiap dosaku padaMU,

Namun ku ulangnya lagi,

Walau ku tahu silap itu


Wahai Tuhan,

Ku cuba kuatkan diri,

Untuk ku tangkis godaan syaitan,

Entah mengapa ku tewas,

Tidak mampu untuk bertahan


Wahai Tuhan,

Ampunkan keterlanjuranku,

Maafkan segala dosaku,

Ku mengharap rahmatMU,

Walau aku dalam kehinaan.


Wahai Tuhan,

Bimbinglah daku,didiklah aku,

Kuatkanlah aku, tabahkanlah aku,

Ingin ku susuri hidupku ini,

Dengan rasa cintaku padaMU.


Rintihan hamba pada sang Pencipta

DN 130, Nurani Putera

15 Julai 2010, 1 a.m

Monday, July 5, 2010

Is it really what I want?




Peace be upon all of you…..


After years struggling in medical school, sometimes there’s a voice deep inside me whispering slowly.


“Do you really want to take this path? Is it really what you want?”


Sigh… what’s with this un-motivated words? Guess what, it’s kind of true. Despite of me being so passionate with what I’m pursuiting now, these thought do cross my mind.


These thing often disturbs me especially when the only thing I can do is to stand and watching doctors performing their job saving patient.


Even, I often stuck in the thing that I’m doing. Feel kind of terrible when I couldn’t perform the small task ordered by doctor.


Did I put too much expectation on myself? Or I’m just TOO exhausted and run out of fuel because speeding up too much.


Hopefully I will remain strong to finish my journey. Still got few months left for me to improve myself and prepare for the real world.


Or, should I take some rest and refreshed?


Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah