Friday, August 27, 2010

Attachment di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah



Disebabkan timbulnya masalah miscommunication, kami hanya ke Pejabat Kesihatan daerah Tanah Merah pada hari selasa. Bermakna hanya tiga hari kami menjalani attachment disini berbanding seminggu mengikut takwim yang dirancang.


Melalui attachment ini, kami diberi taklimat mengenai tugas-tugas setiap unit dibawah Pejabat Kesihatan Daerah iaitu unit kawalan penyakit berjangkit (vector, Tibi/Kusta/HIV, Food Water Borne disease), Food Surveilance and Quality, BAKAS, KMAM, Kesihatan Awam, Inspectorate Sekolah, Pendidikan Kesihatan dan KPAS.


Jadual yang padat dengan sesi taklimat ternyata memberikan cabaran yang besar buat saya yang mempunyai daya ketahanan yang amat rendah dalam mendengar sesuatu ceramah. Keadaan diburukkan lagi dengan kepenatan berpuasa dan kekurangan tidur. Boleh dikatakan saya ‘syahid’ dalam kebanyakan sesi teklimat yang dijalankan.


Yang menyegarkan saya ialah apabila kami dibawa ke lapangan untuk sesi praktikal dan penguatkuasaan bersama dengan anggota-anggota unit Jabatan Kesihatan.



taklimat mengenai pemeriksaan mikroskopic untuk mengenal pasti larva nyamuk Aedes



mengambil peluang untuk melihat morphology larva nyamuk aedes menggunakan mikroskop



Dua aktiviti yang sempat kami lalui ialah aktiviti mengesan jentik-jentik nyamuk Aedes dan fogging bagi membanteras wabak denggi yang berleluasa di Kelantan dan juga melihat sistem penyaluran air di pedalaman menggunakan sistem ‘over head tank’.



aktiviti mengesan larva nyamuk aedes dan fogging

semua tempat-tempat yang mempunyai takungan air akan diperiksa


proses mengambil sampel larva nyamuk



sampel yang diambil akan dibawa pulang ke pejabat dan dianalisa menggunakan mikroskop. jika positif larva aedes, kompaun akan dikenakan pada tuan rumah.



Rancangan untuk melawat satu jenis lagi sistem penyaluran air di pedalaman iaitu Fixed Gravity system terpaksa dibatalkan memandangkan masing-masing kepenatan dan sibuk dalam perang memerangi denggi. Saya sebenarnya agak lega ia dibatalkan, maklumlah istem fixed gravity system terletak di puncak bukit. Agak penat jika hendak memanjatnya di bulan puasa yang sangat panas ini.


Untuk makluman sahabat, sistem over head tank menggunakan aplikasi air yang diperoleh melalui kaedah ‘boring’ dan disimpan dalam sebuah tangki yang menyalurkan bekalan air bersih kepada 9-15 buah rumah. Walaupun bersih, ia dikategorikan sebagai air tidak selamat kerana tidak melalui proses penambahan klorin.



Over head tank


tiub boring digali pada kedalaman 120 kaki menggunakan jentera khas.




Satu perkara yang tidak dapat saya lupakan sewaktu aktiviti fogging dan mengesan jentik-jentik nyamuk aedes ialah sewaktu kami berkunjung ke rumah seorang penduduk kampung. Menyedari bahawa kami merupakan doctor pelatih dari USM, mereka menyediakan layanan yang cukup baik. Bahkan membekalkan kami dengan beberapa plastic buah rambutan dan dongkong.


Walaubagaimanapun, ada rasa kasihan pada mereka memandangkan sampel jentik-jentik yang kami ambil di rumah beliau dan dibawa pulang untuk analisis dengan mikroskop menunjukkan ia adalah dari spesies Aedes. Terbayang di fikiran saya kompaun sebanyak RM 500 yang terpaksa dibayar mereka nanti. Namun demikian, itulah natijah yang terpaksa mereka terima atas kedegilan menjaga kebersihan dan membuang bekas takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.



pekerja pejabat kesihatan siap sedia untuk aktiviti fogging



fogging sedang dijalankan



Semoga wabak denggi di Kelantan yang menjadi igauan ngeri setiap lapisan masyarakat dapat dibanteras dengan jayanya. Entah bila kita akan menang kerana sememangnya sejak dari dulu lagi kita sentiasa tewas dalam peperangan ini.


Tuesday, August 24, 2010

Resus Neonate di Malam Pertama di ED Hosp Pasir Mas


Malam ini merupakan malam pertama kami memulakan on-call di Hospital Pasir Mas. Tiga orang sahabat saya merupakan group pertama yang terpaksa on-call.


Saya pula sengaja menempel di sana, sekadar untuk memerhati keadaan persekitaran Jabatan Kecemasan Hospital Pasir Mas.


Terus-terang saya katakan, saya tidak mampu untuk berfungsi selagi mana gagal menyesuaikan diri di tempat baru.


“Seriously I need my MOJO before I can start functioning”


Melihatkan semangat yang ditunjukkan sahabat-sahabat saya, timbul juga rasa kagum pada mereka. Mereka sudah mula manage pesakit, membantu MA melakukan CMR untuk memasukkan kembali tulang yang patah dan melakukan pelbagai penyiasatan untuk mengesan pesakit.


Saya pula hanya memerhati mereka bekerja. Sesekali, cuba untuk menggunakan Otoscope (untuk memeriksa telinga) tetapi gagal untuk melihat tympanic membrane (gegendang telinga). Entah mengapa, tika itu saya bagaikan hilang kudrat.


Bukan setakat itu sahaja, apabila seorang nenek membawa bayi anaknya, saya masih terpingga-pingga dengan jenis ruam yang dipunyai bayi tersebut. Menurut sahabat saya, itu macula-papular rash. Tapi entah lah.


Jam merangkak dua belas lebih apabila mereka mula pulang. Ketika itu seorang waris memanggil kami kerana pesakit jagaannya di zon kuning mengadu sakit.


Saya meneliti clerking sheet pesakit tersebut. Beliau dirawat sebagai acute dyspepsia. Namun melihatkan keadaan, umur dan jantinanya, saya mengesyaki sesuatuyang lebih teruk. Apatah pesakit mula menunjukkan tanda-tanda drowsy walaupun masih lagi alert pada persekitaran, masa dan tempat. Namun, secara teknikalnya, tahap kesedaran beliau sudah berkurang.


Saya meminta bantuan seorang jururawat untuk menjalankan ECG pada pesakit tersebut. Hanya ada tanda bradycardia (denyut jantung perlahan). BP nya menunjukkan tekanan sistolik yang tinggi dan wide pulse pressure. (perbezaan yang sangat tinggi antara bacaan tekanan darah atas dan bawah)


Setelah berbincang dengan MO, saya mengambil ujian darah dan memasang branula. Itulah rasanya saat saya mula berfungsi.


Jam mula menunjukkan waktu 12.40 malam. Saya bergegas pulang untuk membeli makanan sahur dan air kopi yang dikirimkan seornag sahabat.


Sampai di bilik lebih kurang jam 2 pagi, saya berbincang dengan seorang rakan berkenaan pesakit tersebut hingga menimbulkan tanda tanya pada saya. Saya semakin curious untuk mengetahui keadaan pesakit tersebut.


Lantas saya segera ke ED semula. Di sana saya menunggu lebih kurang setengah jam untuk mendapatkan keputusan ujian darah yang saya ambil tadi. Ada tanda-tanda ketidakseimbangan pada electrolyte. Mungkin itu penyebab keadaan pesakit tersebut kelihatan teruk.


Belum sempat saya meneliti sepenuhnya keputusan ujian darah pesakit tersebut, seorang ibu berlari membawa masuk bayinya yang berusia 14 hari. Bayi tersebut kelihatan biru dan nyawanya tersekat-sekat.


MA dan doctor segera membawa bayi tersebut ke zon merah dan meberikan oksigen. Saya terpingga-pingga dan bingung apabila MA meminta saya mencari head box (untuk oksigen) dan beberapa alatan lain.


Ya Allah! Saya masih belum membiasakan diri lagi dengan ED ini. Segala yang saya cari tidak jumpa. Bahkan, MA meminta saya mendapatkan beberapa orang lagi MA untuk datang membantu. Itu pun saya tidak ketemui.


Hanya Allah yang tahu betapa teruknya perasaan saya ketika itu. Akhirnya, saya hanya memerhati doctor dan MA melakukan proses resuscitasi pada bayi tersebut. Perasaan bersalah menyelubungi diri saya.


“Sungguh saya terasa hampa dan kecewa!”


Doctor meng ‘intubate’ bayi tersebut dan yang lain sedang mencari line untuk dimasukkan IV line. Ketika itu saya kembali menjadi penyibuk untuk turut sama memasang IV line.


Ketika itu hampir semua salur darah bayi sudah ‘collapse’. Entah berapa kali kami cuba memasang IV tapi gagal. Saya sendiri memberanikan diri untuk mencuba. Ini adalah kali pertama saya cuba untuk memasang line IV pada pesakit neonatal.


Dua kali saya mencuba dan kedua-duanya gagal. Satu sudah masuk tetapi bump dan tidak dapat digunakan.


Seorang MO senior datang untuk membantu dan mereka berbincang untuk memasang Intraosseus line (saluran akses untuk cecair dimasukkan melalui tulang betis). Namun, puas kami mencari IO line tetapi tiada.


Beberapa orang jururawat bahagian kanak-kanak turut datang untuk membantu tetapi masih gagal memasang IV line. Tekanan darah pesakit mula menurun dan keseluruh tubuh bayi mula pucat.


MO senior akhirnya melakukan intraosseous cannulation menggunakan IV line berwarna kelabu (large bore needle).


Alhamdulillah, cubaan beliau berjaya. Lantas MO melakukan fluid resus untuk bayi tersebut menggunakan syringe 50 cc. melihatkan saya tidak membuat apa-apa kerja, MO meminta bantuan saya untuk menyambung tugas beliau memasukkan cecair melalui IO tadi.


“MasyaALLAH berat sungguh rupanya tekan syringe 50 cc ke dalam IO ni. Dah la kena dua round. Habis merah dan sakit tapak tangan.”


MA hanya tersenyum melihat muka saya yang merah padam menekan picagari tersebut. Saya tidak bohong. Ia memang berat sekali!


Akhirnya, selepas 200 cc fluid resus, BP mula menaik tetapi masih rendah. Doctor membuat keputusan untuk infuse inotrope (dopamine) bagi menaikkan tekanan darah.


Sementara itu, saya dan staff lain bergilir-gilir untuk ambu bag pesakit. Tugas itu saya laksanakan sehingga jam 5.15 pagi. Staff lain bergilir-gilir untuk bersahur. Sewaktu meng’ambu’ bag, saya lihat tangan pesakit mula bergerak. Matanya mula berkelip.


Alhamdulillah, bayi tersebut mula sedar walaupun keadaan nya masih belum stabil. Keadaan itu sedikit sebanyak mengurangkan rasa bersalah saya kerana menyusahkan staf-staf kecemasan di awal proses resusitasi kerana lambat mengambil alat-alatan dan sebagainya.


Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk turut sama resus neonate. Ini merupakan kali kedua buat saya. Masih banyak lagi ruang yang harus diperbaiki dan lompang-lompang perlu ditampal agar dapat menjadi doctor yang berguna nanti.


Semoga peluang berposting di sini akan menambahkan lagi pengalaman berharga buat saya.


Pengajaran berguna buat saya ialah supaya selepas ini harus meneliti di mana letaknya alatan yang diperlukan agar tidak kelam kabut.


Dan nanti juga harus memperbanyakkan membaca dan menjalani sesi praktikal untuk memantapkan ilmu dan skill yang diperlukan untuk menjadi seornang doctor yang competent dan selamat. InsyaALLAH.

Monday, August 23, 2010

District Posting

Assalamu’alaikum w.b.t,


Untuk pengetahuan sahabat sekalian, hari ini saya dan rakan-rakan kumpulan 7 memulakan posting Perubatan Masyarakat dan Keluarga ataupun lebih dikenali sebagai district posting.



Bersedia untuk bertolak


Kumpulan kami dibahagikan kepada dua iaitu team Pasir Mas dan team Tanah Merah. Saya merupakan antara yang bertuah kerana ditempatkan dalam team Tanah Merah. InsyaALLAH nanti akan dapat melihat perbezaan kedua-dua setting hospital; tanah merah dan Pasir Mas.


Bermula esok, saya akan ditempatkan di unit Kesihatan Jabatan Kesihatan Tanah Merah selama seminggu. Selepas itu pula, saya akan berposting di Hospital Tanah Merah selama seminggu. Walaubagaimanapun, on call akan dilaksanakan di Hospital Pasir Mas.


Untuk posting ini, kami juga dikehendaki untuk menjalankan research berskala kecil berhubung dengan masalah Kesihatan di hospital district.


Selepas tamat dua minggu, kami akan ditempatkan pula ke klinik-klinik Kesihatan di bawah seliaan Hospital Pasir Mas.


Saya bertolak dari USM dengan menggunakan van bersama beberapa orang rakan yang lain pada jam 5.30 petang. Kebanyakan antara kami ke sana dengan menggunakan kereta sendiri. Tinggallah kami yang kurang berkemampuan ini menaiki van.

MasyaALLAH banyak nya barang. Stok untuk 5 minggu



Dalam perancangan awal, saya ingin membawa motorsikal. Akan tetapi, sengaja saya menaiki van untuk meninjau kawasan posting terlebih dahulu bagi menilai antara kebaikan dan keburukan membawa motorsikal.


Kami tiba di Hospital Pasir Mas pada jam 6.15 petang dan ditempatkan di Quarters Hospital Pasir Mas. Kami diberikan 3 buah rumah iaitu 2 untuk mahasiswa wanita dan 1 untuk mahasiswa lelaki.


Sudah sampai


wahai perut, kempislah dikau sempena bulan puasa ini


Alhamdulillah, rumah agak selesa walaupun kurang ruang privasi. Maklumlah rumah yng mempunyai 3 bilik itu menampung jumlah kami seramai 10 orang.


quarters tempat peserta lelaki tinggal


pandangan tangga untuk naik ke rumah kami


katil sebelum di 'make up'. setiap bilik 3 orang + 2 orang terpaksa tidur di ruang tamu


katil setelah dipasang aksesori dibawa khas dari bilik di USMKK


InsyaALLAH saya akan cuba menggunakan sebaik mungkin peluang ditempatkan di hospital ini untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin. Doakan saya dan sahabat yang lain berjaya menempuhi posting ini dengan jayanya.

Friday, August 20, 2010

Kempen Pengesanan Cancer Bersama Sai Baba Center


Jam loceng berdering dengan nyaring nya menadakan waktu sudah pukul 8.30 pagi. Saya segera mematikan loceng dan menarik selimut. Baru beberapa minit, tiba-tiba kaki cramp menyebabkan saya terjerit-jerit dan segera bangkit.


Ingin rasanya saya sambung tidur kembali memandangkan saya hanya tidur selepas Subuh. Semalam, saya ke Labour Room kerana mempunyai sedikit urusan. Tetapi, dek kerana terleka melihatkan para junior melaksanakan kerja-kerja mereka, saya hanya pulang hampir jam lima pagi untuk bersahur.


Namun, memandangkan teringat pada komitmen untuk turut sama dalam program bersama masyarakat bagi mengesan kanser, terus saya bangkit dan bersiap.


Program ini dianjurkan oleh Sri Sathya Sai Baba, Pers. Kebudayaan India USMKK, HUSM dan RAFT bertempat di bangunan “Persatuan Pendidikan Nilai-nilai Murni dan Tradisi Cina” di Kota Bahru.


Ini merupakan kali kedua saya menyertai program kemasyarakatan mereka setelah program “Mega Medical Camp” di Tumpat pada bulan lepas.



Untuk pengetahuan sahabat sekalian, ajaran Shirdi Sai Baba bermula di India sekitar tahun 1830-1918 di India. Beliau banyak menggabungkan elemen-elemen Sufism dan Hindu dalam pembelajaran beliau. Namun, beliau meninggal tanpa meninggalkan anak murid untuk mengembangkan agama ini.


Lebih kurang 30 tahun selepas kematian beliau, dikatakan lahirnya penjelmaan (re incarnation) Shirdi Sai Baba melalui satu peristiwa di mana seorang budak lelaki bernama Sathyanarayana Raju mendapat Inspirasi setelah disengat seekor kala jengking. Beliau kemudiannya dikenali sebagai Sathya Sai Baba oleh para pengikutnya.


Kini, Sathya Sai Baba menyebarkan falsafah fahaman konsep kesatuan Tuhan untuk semua agama. Mengikut apa diberitahu pada saya, fahaman ini juga menekankan pengikutnya untuk menjadi penganut agama masing-masing yang baik tanpa perlu keluar dari agama untuk menyertai ajaran Sai Baba.


Mungkin ada sahabat-sahabat yang pelik dan tertanya-tanya mengapa saya menjadi sukarelawan dalam program misi kemanusiaan yang dianjurkan oleh bukan islam. Ada beberapa factor yang menjadi justifikasi saya menyertainya.



Pertamanya ialah, kerana tidak ada nas dalam agama yang melarang penyertaan sebegini. Bahkan Allah membenarkan hambanya melakukan kebaikan dan keadilan pada non muslim yang tidak memerangi islam.


Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [Q60:8]



Islam juga merupakan agama yang amat mengutamakan isu berkaitan nyawa. Bahkan, segala muammalat boleh menjadi halal sekiranya ia diperlukan dalam situasi darurat untuk menyelamatkan nyawa.


Program saringan Kesihatan melalui misi-misi kemanusiaan pula boleh berfungsi sebagai satu langkah awal dan penting untuk mengesan penyakit yang boleh membawa kematian. Sekiranya, ia dikesan awal, InsyaALLAH pesakit dapat diselamatkan. Paling utamanya, menyelamatkan walau satu sahaja jiwa mempunyai nilai yang besar di sisi Allah


Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya [Q5:32]


Seterusnya, sebagai seorang pelajar perubatan yang bakal menjadi seorang doctor nanti, saya tidak boleh hanya cenderung untuk merawat pesakit yang sama agama atau bangsa sahaja. Seorang doctor harus merawat pesakit tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, tahap pendidikan, jantina, status kekayaan dan kedudukan dalam masyarakat.


Setiap pesakit dalam sama dan mempunyai hak mereka untuk di rawat oleh professional perubatan. Alhamdulillah, melalui program ini saya dapat berinteraksi dengan masyarakat berbangsa cina.


Alhamdulillah, kini sudah banyak NGO islam yang aktif dalam misi kemanusiaan seperti PAPISMA, IMAM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan sebagainya. Lanjutan dari penerangan di atas, saya berpendapat bahawa gerakan NGO islam patut bertindak aktif untuk mendekati semua masyarakat termasuk yang bukan islam.


Saya kagum dengan komitmen seorang pengikut Sai Baba yang kini menetap di Singapura. Setiap kali persatuan mereka menganjurkan program-program kemasyarakatan sebegini, beliau akan bergegas pulang ke Kelantan untuk menjadi sukarelawan.


Subhanallah! Indah sekali nilai yang ditunjukkan beliau.


Inilah harapan saya terhadap sahabat-sahabat perubatan yang lain. jika boleh saya ingin mereka aktif dalam program sebegini bagi menanamkan nilai kesukarelawan dalam diri masing-masing.


Kerana itu, sewaktu kami mengadakan penjenamaan semula pada “Medical Student Relief Team”, MERIT kepada “Medical Student Awareness Team”, MESAT. Nilai muslim volunteerism dijadikan sebagai objektif utama yang ingin diserap kedalam setiap pelajar perubatan muslim dan dikekalkan apabila mereka bergelar doctor nanti.

Wednesday, August 18, 2010

When Ascaris Lumbricoides Become the King.


I arrive at OT around 9 a.m this morning and went to few OT Room but most of them had been anaesthesized. I missed the important part for my rotation.


Anyhow, one staff nurse told me that there will be an emergency case to be conducted within few minutes and she suggesting me to go to emergency OT.


There, anaesthetist MO were just filling up the drugs into the syringes. After introducing myself to him, I talk to the nurse, asking her brief summary about the case I’m about to see.


According to her, we are planning to do emergency laparatomy (cut open the abdomen) for suspected perforated appendix secondary to worm obstruction. Well, in a simpler word it means that there are worms inside the patient bowel and it obstructed the lumen, causing the obstruction to appendix lumen. Later, the onstruction cut off the blood supply to the appendix and that hollow organ die and later become perforated.


When the patient was brought into the OT, she was very sick. She was so pale and in septic shock. Her abdomen was distended.


While I was examining her abdomen, my team mates arrives and we then help the anaesth prepared the patient. So we wrap the patient’s extremities to prevent heat loss, run the drip and absolutely made some noises and disturb the anaesthetist. Hehe, no offense here.


One of the surgeon in training come in after the anaesth team finish intubating that poor little girl. I know him pretty well and I was so damn want to scrub and operate the case. furthermore, he carried out the initial part with only scrub nurse and no assistant.


He did a Lanz incision first (for Appendicectomy) and KIV the laparatomy to make the wound as smaller as possible.


However, it turns out that the appendix was not perforated but surprisingly we can see gangrenous bowel from the lanz incision. Paediatric surgeon come in and ask why we didn’t scrub.


Only God knows that in my heart, I was so damn want it since the beginning of the time. It was that we were now in anaesth posting.


So, they proceed with laparatomy, extending the incision from Lanz to transverse lower abdominal incision.


Oh my GOD!


Guess what, nearly half of the small bowel has become ischemic because of volvolus (your gut rotates and obstruct the blood flow to the intestine). Pity that girl. No wonder she looked very ill.


I was watching it enthusiastically when associate prof. from our anaesth department instructing one M.O to do teaching for us.


Others were joining the discussion while I was still on my position. I guess, the surgery attract me more compared to the anesth teaching.


“That was a very bad attitude! Never follow my rude examples.”


And guess what, the Associate Prof returned back to the OT to checked on patient condition and found out that I’m not joining our team discussion.


She gently ask me why I didn’t join the teaching.


“Don’t you interested with the MO effort to teach you?” ask her again.


Well! That was truly a direct blow to my head. Yeah! Indeed what I did was wrong.


With a lazy walk, I join the group discussion. Later on, I found out that the discussion was very nice. The M.O even corrected my misconception in anaesth topic.


From the beginning, it was not that I don’t want to join the teaching, it just that I’m more attracted to the surgery with the real pathology serves in front of you rather than theory.


Well, to make thing short, they removed the dead bowel and at the same moment, our teaching had ended. So I help another surgeon to be, to remove the worm from the bowel.


O My GOD! There are hundred of ascaris lumbricoides, each measuring about 10 inch from the disease part. It was like a spaghetti. And trust me, the smell were not nice as sphagetti.


“So the diagnosis was Bowel Ischemia secondary to Volvulus precipitated by worm bolus.”



I look at the child. Pity her. She was just have nearly half of her bowel removed and now in septic shock. Her life was in danger. Later, she will spent few weeks in ICU and don’t know whether she will made it or not.


If she survives, she will probably develop lot of surgical complication; secondary intestinal adhesion, short bowel syndrome and leakage of the anastomosis site. Hopefully she will going to make through it.


So friends, please take anti helminth drugs (ubat cacing). Seriously you don’t want the same thing happen to you or your family right.



Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah