Monday, September 27, 2010

Muhasabah Cintaku BuatMU.


Tika bergembira, tiada rasa syukur dipanjatkan pada Sang Pemberi Nikmat. Yang ada hanyalah kehidupan yang terbentang luas di hadapan mata. Kita hanyut dalam meraih suka hingga lupa untuk berfikir tentang duka.


Dunia sememangnya penuh dengan tipu daya. Sentiasa bersedia untuk membelit kaki-kaki dan leher insan yang alpa. Namun, jarang kita sedar akannya.


Apabila derita mula mencuit kehidupan, satu persatu nikmat dunia terasa membebankan. Tiada lagi gelak ketawa yang mengisi ruang kehidupan. Yang ada hanya kesedihan memenuhi setiap rongga badan.


Ah! Kenapa di saat ini baru Sang Pencipta agung itu mula menapak di hati. Kata-kata cinta yang sepatutnya diukir sejak lama dahulu baru bermain di bibir. Air mata keinsafan mula mengalir. Hangatnya terasa di pipi.


Di saat dunia bergembira mengulangi silapmu, kau berzikir mengharap redha dari Allah. Sungguh dialah kekasih yang sering kau lupa di saat gembiramu. Namun dialah yang pertama hadir di jiwa mu tatkala kau dilambung derita. Ya! Disaat maut mula menjemputmu baru kau buka pintu hatimu untukNYA.


Wahai dunia insaflah. Usah kau terus alpa dengan sihatmu. Usah kau alpa dengan duitmu. Dan usah kau alpa dengan segala nikmat kurnianNYA keatasmu.


Ingatlah DIA dalam sihatmu, dalam dukamu, dalam diam mu, dalam bicaramu. Jangan kau lupa akan DIA tika kau gembira, tika kau berdiri, duduk mahupun terbaring lesu.


CintaNYA padamu tidak pernah padam. Tidak pernah DIA jemu menantimu kembali padaNYA. Sungguh dialah kekasihMU yang sebenarnya.


Ingatlah segala nikmat kurniaanNYA,

Mohonlah ampun atas khilafmu,

Bermuhasabahlah atas nama CintaNYA.

Setiap butir cinta ini hanya untuk NYA.


Dari hati yang kekeringan sedang telingan dialun irama indah,

“Muhasabah Cinta” nyanyian EdCoustic”

27 Sept 2010, 5.53 PM, Quarters Hospital Pasir Mas

Sunday, September 26, 2010

Memburu Ketidakpastian




Melewati hari berlalu,

Mendakap duka membelai pilu,

Sepi bertakhta di hati,

Resah menguasai jiwa.


Apa yang sedang kuburu?

Hingga aku terkorban,

Apa matlamatku?

Sungguh aku keliru.


Tidak ku tahu hujungnya,

Tidak ku pasti pangkalnya,

Ku hanya berjalan,

Tanpa ku tahu arahnya.


Kini aku derita,

Kerana ku biar diriku hanyut,

Puas ku berdoa,

Minta terlepas dari kecewa.


Dimana pengharapanku?

Betulkah itu pergantunganku?

Perlukah aku teruskan?

Atau berundur demi kebaikan.


Memburu ketidakpastian,

Tiada yang lebih menderitakan.

Sedikit demi sedikit,

Diriku dimamah lumat.


Tak mampu ku ramal akhirnya

Kerna pertarunganku tiada asasnya

Alangkah indah jika ia lebih mudah,

Agar pedihnya tidak menusuk kalbu.


Dari hati yang gundah,

Quarters Hospital Pasir Mas,

26 september 2010, 10.11 PM.

Friday, September 24, 2010

Inferior Complex: Usah Kufuri Nikmat TUHAN




Sejak dari sekolah lagi, saya sememangnya mempunyai badan berkerangka besar berbanding teman-teman yang lain. Wajah pula tidaklah sekacak mana. Cukup sekadar sempurna anggota telinga, mata, mulut dan hidung yang dikurniakan Tuhan. Ketika itu, saya masih mampu meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah besar.


Semenjak menjejakkan kaki ke universiti, saya semakin jarang menjaga kesihatan diri. Makan yang tidak teratur dek kerana jadual yang padat, kurangnya exercise dan makan banyak kerana stress menyebabkan badan seolah menjadi sepeti tong drum.


Ketika ini, diri mula mengalami rasa rendah diri dan kurang keyakinan. Ya! Hidup sebagai seorang gemuk memang memeritkan. Lagi memeritkan apabila berada bersama teman, anda lah yang paling hodoh dan kurang menarik.


Namun, ia mampu untuk disembunyikan dari persepsi umum. Setiap hari saya menjadi seorang pelakon. Berlakon sebagai seorang yang penuh keyakinan diri dan berani menghadapi apa-apa halangan yang merintangi jalan kehidupan.


Menyembunyikan kelemahan diri menjadi satu kemestian. Maklumlah, saya kerap kali juga terlibat dalam program-program yang memerlukan saya menjadi motivator amatur kepada masyarakat.


Lama kelamaan, ia menyebabkan saya merasakan diri sebagai seorang hipokrit. Dalam ceramah, saya lah juara yang menyuntik semangat pada peserta. Bercakap dengan penuh berapi! Namun apabila bersendirian, saya kembali menyalahkan diri sendiri.


Berseorangan menyebabkan saya membenci diri saya. Keadaan fizikal yang serba kekurangan menjadi tempat untuk saya meletakkan segala kesalahan di atasnya. Jika saya gagal mendapatkan apa yang diidamkan, maka ia berkaitan dengan keadaan fizikal.


Pernah juga saya melontarkan kekecewaan pada teman-teman. Ya! Ada yang seraya bergurau untuk menambahkan lagi perit di hati.


Namun, sesi diskusi bersama sahabat saya yang belajar di Pondok sedikit sebanyak mengubah persepsi saya. MasyaALLAH! Nasihat dari seorang teman itu benar-benar mengusik jiwa ini.


Betapa, saya selama ini tidak redha dengan apa yang telah Allah kurniakan. Seburuk mana pun saya rasakan diri saya, inilah penciptaan terbaik yang telah Allah berikan. Seperti mana firmanNYA dalam surah At-Tin, Iman dan amal solehlah yang menjadi pelengkap pada seseorang.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya . Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya [Q95:4-6]


MasyaALLAH! Rupa-rupanya, selama ini saya tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan pada saya. Betapa selama ini saya tidak sedar bahawa perbuatan itu tidak disukai oleh Allah S.W.T. seperti mana firmanNYA dalam surah Al Hajj


Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat. [Q22:38]


Benar! Bahkan, Allah S.W.T telah memberikan peringatan yang banyak kepada kita agar kita bersyukur atas nikmatnya. Dalam Surah Ar-Rahman sendiri, sebanyak 31 kali Allah S.W.T mengingatkan kita tentang soal ini dalam satu ayat pertanyaan yang amat menusuk kalbu iaitu;


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


SubhanaALLAH!


Saya teringat kembali video dissection (memotong lapisan badan untuk mengkaji sturkturnya) yang pernah saya tonton untuk pembelajaran mata pelajaran anatomy (pengajian berkenaan struktur badan). Antara yang tidak dapat saya lupakan ialah dissection bahagian muka.


Ya! Setiap mayat tersebut mempunyai muka yang pelbagai. Ada yang kacak, yang bermisai, yang berjanggut, yang bermuka licin mahupun berparut. Setelah lapisan kulit muka dibuang, yang tinggal hanyalah daging. Dan ketika ini, setiap antara mereka sukar untuk dibezakan dan hampir sama.


Tiada lagi wajah kacak yang dibanggakan dan tiada lagi wajah hodoh yang ingin disembunyikan. Segalanya hilang dengan hanya membuang lapisan kulit.


Subhanallah!


Kesemua ini menyebabkan badan saya seolah-olah terkena renjatan elektrik yang mengejutkan saya dari sebuah kealpaan.


Alhamdulillah!


Sungguh saya bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan pada saya ini. Di usia 23 tahun baru saya sedar bahawa perbuatan saya yang tidak bersyukur selama ini menimbulkan murka Allah. Di usia 23 tahun ini saya mula mensyukuri nikmat Allah atas kurniaanNYA. Semoga segalanya belum terlambat buat saya.


Sebagai penutupnya, saya coretkan satu potongan terjemahan ayat Quran buat sahabat-sahabat yang turut mempunyai masalah inferior complex ataupun rendah diri untuk sama-sama kita renungkan dan fikirkan.


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." [Q14:7]


Wallahu’allam.

Wednesday, September 22, 2010

Casualty from another perspective.


Many people have a different view on casualty. The staff being so stress out with the busy setting. Some just burst out due to tiredness and only few of them are truly enjoying the thrill in it.


From patients’ s perspective, there will be a different view as well. For those who come with a real life threatening illness, they will be thankful for having the emergency department that provide aggressive management to keep life of the love one in line.


For the non severe one, it will be a long period of waiting. Sometime they will get irritate to see someone who come later than them get the treatment first even though for the fact that he’s having the URTI and the another guy got a heart attack.


Last night, I went to casualty as a patient. Sitting on the wheel chair and enjoying the atmosphere at the waiting room. Well, it’ s nothing serious. Just an ankle sprain and want to get X-ray to ensure that it’s not broken. Plus, to get some pain killer as well. Well, it does hurt even though it is just a soft tissue injury. Extremely hurt!


One of the triage staff recognize me as a medical student whom is doing attachment here and ask me just to get into the treatment room.


But, guess what? I choose to sit at the waiting room for 2 hours period and being a patient.


Well, it is indeed boring. My eyes stuck to the television, watching some boring movie. In the waiting room, many of the patients are sleeping. Probably tired of waiting too long.


There is a young mother with her baby who still awake but with a very tired face. Sometimes the baby cry and the mother do the necessary stuff to comfort her baby.


One female adolescent is holding a mathematics notes. Well, I guess she was bored to. She flips through the notes and give it to her brothers. Then both of them it up and walk around the casualty. And sit down again. And sit up and walk. And again and again, keep repeating it.


And i? yeah! Still sitting on the wheel chair. Sometimes break the silence by talking with the hospital attendant at the triage center.


Then a call center requesting for an ambulance. A car just fall from the bridge. Wow! How cool is that? Man, I feel like I want to jump and follow the ambulance. But the fact is, I’m a patient as well.


After a few minutes, the ambulance arrive. The husband got freak out and run away leaving his wife and children. Luckily non of them severely injured except for the wife. She still awake but just sustain deformity at her left shoulder.


Man, it’s truly a miracle when your car fall from bridge who is about 6 metres height and still survive. According to the police traffic. You would never expect them to be alive. The car is severely broke down.


Finally my turn arrive. And it took further 30 minutes to wait for the X ray staff- on call to come.


And at 3.30 a.m, I was discharged with tab prolase, tab ponstant, two bandages and two days MC. Three hours in the casualty just for a confirmation that I’m alright.


What I want to highlight here is not that I’m complaining about the duration that it takes for me to get treatment. What I want to highlight here is, emergency department must be reserved for the real emergency case. Those who with simple flu can just walk to pharmacy or go for GP instead of waiting for hours and get prescription of 6-8 tablets of Panadol. It is totally not worth it.


And if you still choose to come to casualty because it is a place who require you to pay only RM1 to get consultation, drugs and investigation, then you have to be patience. Stop complaining if you have to wait for a long time because the staff is probably busy managing critical patient.


Next , stop being a selfish person who burst into anger just because a more critical patient got their treatment earlier than you.


And finally, be thankful that you still have this facility. Think about other country like vietnam or Indonesia who are less fortunate than us.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah