Sunday, October 31, 2010

Doctors Are Not Always Right


Anonymous said...


Finally a local info on trisomy18. when my daughter was born 12 years ago info like this was hard to get. even the local general hospital was ill-informed. she was placed in scn (special care nursery) soon after birth for 2 weeks. cromosomal studies done, confirmed.


the doc wasn't tactful at all. my wife broke down and cried. i managed to stay sober. but one comment i will never forget. cruel remark made by the paed. "child like this normally will die within one month. none survived more than a year in malaysia. we can't do anything to her. we recommend you to bring her back (to die) with her family."


we didnt say a thing. brought her back and vowed to prove the doctor wrong. we did. it was a tough fight. we fought illness after illness. all without doctors. credit to this incredibly strong child.


after 7 years again we had to bring her for a checkup to enable her to be registered with social service dept. again the doctor let her down. upon asking what can be done to improve the child's quality of life, the doc replied that she doesnt have a clue and asked me back what she needed.


it has been 12 years. the child written-off by the paed is still alive and well. alhamdulillah. although she is a total dependent, we love her so much. she cant talk, sit or walk. but she can cry and has the sweetest smile that is priceless that no doctors in the world can take away.


October 14, 2010 8:13 AM

Original article: http://jacknaimsnotes.blogspot.com/2010/01/edwards-syndrome-what-if-he-survives.html?showComment=1287069185977


~~~~~~~~~~


to anonymous.


Dear sir,


Thank you for your sharing. it truly enlighten me regarding this issue from the perspective of patient relative.. I hope that you will still strong and be patient in undergone this test..


For your information, the article that I wrote is based on the case of trisomy 18 that I see when I’m attached to one of the pediatrician specialize in genetic in our hospital, HUSM.


The case actually was published by his team few years back and I quote some info from their publication as well.


Reading your comment reminds me regarding my way of thinking before joining that professor's clinic.


I used to think that Edward syndrome patient wont survive and their prognosis is very bad. I also used to down grading the role of resuscitation in this kind of patient


But he truly changes my way of thinking. I can say that he fight very hard for the right of Syndromic patient. for him, every child has the right to live even just for a moment. we, as a doctor need to be there and fight together with the patient.


However, when the prognosis is really bad, therefore a good discussion needs to be conducted between physician and relative so that both party will understand the benefit and harm behind any decision.


Thanks again for the sharing. may her smile continue to shine the life of both you and your wife. May Allah bless you always sir.

Wednesday, October 27, 2010

Isteri Yang Menjadi Ujian




Saya bukanlah seorang peminat tegar drama melayu. Namun, entah mengapa hati ini tergerak untuk menonton drama AdaMaya setelah menonton video klip OST bertajuk “Yang Terindah” yang di ‘post’kan ke wall facebook oleh seorang junior.


Tambahan pula, rakan sebilik saya ada menyimpan koleksi drama tersebut dari episode pertama hingga akhir. Memang saya agak ketinggalan zaman memandangkan drama ini telah pun ditayangkan di televisyen hampir setahun lamanya. Drama yang diadaptasi daripada movie “I’m Not single!” ini tampil dengan beberapa perubahan.


Paling saya suka ialah watak Adam lakonan Hussein Ruffedge yang ditampilkan sebagai seorang yang rajin melakukan tahjud, tidak merokok dan tidak playboy. Namun, gaya romantic serta idea kelakar beliau masih dikekalkan berdasarkan movie I’m Not Single yang dilakonkan Farid Kamil.


Isu yang ingin saya ketengahkan dalam makalah ini ialah mengenai ketabahan yang ditunjukkan oleh Adam dalam usahanya untuk memenangi hati Maya. Dijadikan cerita, Ibu bapa Maya terpaksa ke Afrika untuk menguruskan hal keluarga dan keberatan untuk meninggalkan Maya yang masih belajar di Kolej berseorangan di rumah. Oleh itu, mereka akhirnya mengahwinkan Maya dengan anak sahabat lama mereka iaitu Adam. Akan tetapi, Maya pada ketika itu sedang hangat dilanda cinta bersama kekasihnya Dani.


Perkahwinan yang ditetapkan oleh keluarga ini ditempuhi dengan pelbagai ujian. Diluar, mereka tampak bahagia. Namun hakikatnya, ia dipenuhi dengan duka. Tambahan pula, Maya dan Dani tidak pernah bergaduh sepanjang percintaan mereka dan cinta mereka masih menebal pada satu sama lain.


Selama lima tahun Adam cuba untuk memikat hati Maya. Dalam masa lima tahun perkahwinan ini juga Adam bersabar dengan karenah isterinya. Dani yang tidak dapat menerima hakikat perkahwinan Maya dan Adam terus menerus cuba untuk merampas kembali Maya.


Kisah cinta tiga segi ini sememangnya merobek hati seorang lelaki yang bergelar suami. Manakan tidak, sewaktu mereka berbulan madu, Dani datang menghendap mereka. Di waktu Adam tiada di rumah, Dani datang bertemu dengan Maya. Paling tragic ialah slot dimana Adam datang mengambil Maya yang baru sahaja ditangkap berkhalwat dengan Dani.


Perbuatan Maya menyebabkan Adam menangis sendirian. Namun, tidak pernah beliau berputus asa dalam menyedarkan Maya akan batas-batas yang ditetapkan agama serta berjuang untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.


Kemuncak cerita ini ialah apabila Adam menulis sebuah novel cinta yang menjadi impian Maya. Wang hasil jualan novel, fotografi serta titik peluh selama Adam bekerja turut diserahkan kepada Maya untuk dia melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.


Mengenangkan pengorbanan Adam serta kasih sayang tidak terhingga Maya pada anak mereka Amani, maka Maya akhirnya sedar dari perbuatannya dan kembali ke pangkal jalan.


Kisah yang dipaparkan melalui drama ini mungkin hanya sekadar kisah. Namun, kita juga tidak boleh menolak andaian bahawa ia sememangnya berlaku. Walaupun Allah telah menjanjikan bahawa isteri itu dijadikan indah pada pandangan mata dan menjadi sumber ketenangan pada jiwa, namun Allah juga turut memberi peringatan yang tegas bahawa mereka juga bisa menjadi musuh yang nyata. Mereka ini bakal menjadi ujian buat si suami.


Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Q64:14]


Dalam sirah nabawiyyah sendiri banyak ditunjukkan contoh-contoh di mana isteri menjadi satu ujian yang berat buat suami. Paling jelas ialah pada kisah Nabi Nuh dan juga Nabi Luth. Kedua-dua pesuruh Rasul ini sangat beriman dan taat pada Allah. Namun, isteri mereka kafir lagi engkar. Isteri Nabi Nuh sanggup menuduh suaminya gila dan Isteri Nabi Luth tidak segan silu mengamalkan hubungan Lesbian.


Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)."[Q66:10]


Contoh seterusnya juga dapat dilihat pada watak Nabi Ayyub A.S yang diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat. Kesemua ladang dan anak-anaknya musnah ditimpa bencana. Beliau sendiri menderita penyakit misteri hingga dihalau penduduk kampung. Si isteri yang bekerja membuat roti pula akhirnya tidak tahan dengan ejekan rakan sekerja dan membuat keputusan untuk meninggalkan Ayyub menderita keseorang diri di Pondok buruknya. Namun, kasih Allah pada hambanya akhirnya menamatkan penderitaan yang di alami oleh Ayyub A.S. Setelah sembuh, Ayyub masih menerima isterinya yang nusyuz dan memaafkan segala kesalahan isterinya itu.


Kesimpulan dari kisah AdaMaya, Nabi Luth, Nabi Nuh dan juga Nabi Ayyub pada saya ialah berkenaan ciri yang patut ada pada seorang suami iaitu bersabar dalam menempuhi badai rumah tangga di mana isteri menjadi ujian yang bisa merobek jiwa dan keimanan.


Apabila ia berlaku, berusahalah sedaya upaya untuk menyedarkan kembali si isteri dangan penuh kasih sayang dan kelembutan. Sentiasa bersangka baik bahawa mereka akan berubah. Jangan mudah untuk terus melafaz talak andai ujian itu tersangat berat untuk ditanggung. Lihat sahaja Nabi Allah Luth dan Nuh. Isteri mereka akhirnya mati dalam keadaan kafir namun mereka tetap tidak berputus asa.


Semoga saya juga tergolong dalam golongan yang sabar dan tabah andai ditimpa masalah yang sama apabila berumah tangga kelak. InsyaALLAH!

Sunday, October 24, 2010

Cintaku Pada Pelangi

photo by: Austinspace


Saat ku meratapi turunnya hujan,

Allah hadiahkan ku pelangi,

Cukup indah di ufuk langit,

Tak jemu mataku memandang,

Tak leka hatiku memuji.


Titis hujan masih berkaca,

Tapi pelangi tetap hadir,

Bagaikan ia tersenyum padaku,

Dengan tujuh lapis warna puitisnya,

Seolah mengucapkan kata cinta.


Namun pelangi itu mainan mata,

Tak tersampai aku menggapai,

Tak terjumpa hujung pangkalnya,

Tiada bau untuk ku hayati,

Tiada rasa untukku nikmati.


Pelangi itu gadisku,

Yang masih belum halal buatku,

Dia kurnian Ilahiku,

Untuk ku jaga maruahnya,

Agar ia terus bercahaya.


Usah dirosakkan titis air,

Usah dihalang cahaya mentari,

Agar pelangi tidak terpadam,

Biar ia terus bersinar,

Mengibur hati yang berduka.


Oleh

Muhamad Na’im B. Ab Razak

DN 130, Desasiswa Nurani USMKK

24/10/10, 4.14 a.m

Tuesday, October 19, 2010

Biarkan Rama-rama itu Terbang

image source: http://www.wallpapers247.com/images/wallpapers/Blue-Butterfly-822967.jpeg


Kau si rama-rama,

Terbanglah melata di udara,

Kepaklah sayapmu seluasnya,

Tebarkan warna indah itu,

Biar dunia ini berseri


Wahai si rama-rama,

Walau sangkar emas buatmu,

Tetap kau takkan bahagia,

Maka bebaslah dirimu,

Habiskan usiamu itu,


Rama-rama cantik,

Kau buruan ramai,

Kerna kau penyeri hidup,

Namun andai kau derita,

Apa lagi ertimu di sini,


Duhai si rama-rama,

Tersenyumlah dikau,

Kena dunia disampingmu,

Usah kau bersedih lagi,

Biar duka bersama sangkar emas.


Catitan pena Si Perindu,

Bilik 204, Hotel Sima

Kg Baru, Kuala Lumpur

15/10/2010, 9.50 PM

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah