Saturday, November 27, 2010

Hujan di Malam Ini



Malam sungguh kelam,
Titisan hujan terus mencurah,
Dari tadi belum berhenti,
Angin sejuk menerpa,
Dingin semakin mencengkam tubuh.


Sesekali kilat memancar,
Cahaya menerangi alam,
Ku lihat lopak-lopak air,
Semakin lama semakin dalam,
Dan langit masih gelita.


Hujan membawa rahmat,
hujan juga membawa duka,
dan hujan menemaniku,
menghibur hati yang terluka,
memberi seuntai ketenangan.


Apakah esok pelangi kan muncul
Setelah hujan membasahi bumi
Ku rindukan garis cahaya itu,
Yang memberiku seribu rasa,
Hingga aku tersenyum sendiri.


Jacknaim,
11.46 am, 27/11/2011
DN130, USM Kampus Kesihatan.

Kau yang teristimewa



Senyum mu tawaku,
Derita mu tangisan aku,
Gembiramu bahagiaku,
Kecewamu luka dihatiku,


Gurindam kasih semalam,
Mengimbau segala keindahan,
Dan aku masih tercari
Senyuman serupa denganmu.


Segenap penjuru aku intai,
Setiap sudut aku imbas,
Liar mataku melirik mencari,
Namun tak ku temui.


Kau yang teristimewa,
Tiada yang seperti mu,
Walau seribu batu ku melangkah,
Tak kan pernah ada ganti.


Kau yang istimewa,
Kau yang satu,
Kau yang kucinta,
Tiada yang lain.


Senyum mu tawaku,
Derita mu tangisan aku,
Gembiramu bahagiaku,
Kecewamu luka dihatiku,


Kerna kau yang istimewa……



Jacknaim
2.30 am, 27/11/2010
DN 130, USMKK


Friday, November 26, 2010

Hold My Hand



Hold my hand dear,

Cause I’m about to fall,

It’s a slippery road,

Full of misery


I’m about to fall,

Into the dungeon of sin,

All the darkness,

Seems calling me


All I need is you,

To be with me,

Hold my hand tightly

So I wont fall.


Long I’ve been waiting,

But didn’t see you,

When I open my eyes

I’ve already fallen.


Jacknaim,

26 November 2010, 9 pm

DN 130, USMKK

Wednesday, November 24, 2010

Bukan Sekadar Rawatan Fizikal

Alhamdulillah kerana Allah permudahkan jalan buat saya untuk memenuhkan keperluan posting O&G ini iaitu conduct normal delivery. Saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah yang besar.


Ada sahabat saya yang terpaksa menunggu 7-8 jam namun akhirnya pesakit berakhir dengan pembedahan emergency akibat pelbagai masalah. Ada pula ibu yang ter’beranak’ sewaktu mereka meninggalkan bilik bersalin hanya sekadar untuk mengambil angin. Bahkan, ada juga yang tidak diberi peluang oleh doktor untuk ‘conduct’ atas pelbagai alasan.


Oleh itu, saya hanya membiarkan rakan-rakan yang lain untuk menjaga pesakit yang ada supaya mereka berpeluang untuk memenuhi keperluan mereka. Jauh di sudut hati, saya juga sebenarnya masih ingin berlatih menyambut kelahiran memandangkan teknik saya masih jauh dari sempurna.


Namun, adalah tidak wajar untuk mementingkan diri sendiri. Ya! Jika ingin mendapatkan skill yang lebih, maka jawapannya ialah anda harus bijak mencari ruang dan peluang seperti datang di hujung minggu, di luar waktu kebiasaan orang normal belajar (pukul satu pagi ke atas) ataupun membuat clinical attachment di tempat yang tidak ramai pelajar perubatan seperti hospital daerah.


Oleh itu, saya hanya memerhatikan sahabat saya menjalankan tugas mereka sambil sekali-sekala diselang selikan dengan berkomunikasi bersama pesakit. Saya percaya, komunikasi yang baik mampu menanamkan kepercayaan pesakit terhadap pengamal perubatan. Disamping itu, ia mampu membina pemikiran yang positif dalam diri mereka untuk mengatasi kesakitan atau masalah yang dialami.


Seorang Prof Madya di tempat saya pernah bercerita tentang bagaimana seorang pesakit memberitahu suaminya yang dikelilingi oleh pelajar perubatan bahawa dia suka ke HUSM hanya kerana satu sebab.


“I like to come to USM because the doctors LISTEN to me”


Benar! Dalam era di mana ilmu hanya di hujung jari ini, kebanyakan pesakit tahu tentang masalah kesihatan mereka. Namun mereka hanya memerlukan seseorang untuk mendengar masalah mereka. Saya juga seperti mereka!


Proses untuk bersalin merupakan satu proses yang amat stressful. Bayangkan bahawa mereka terpaksa baring di atas katil berjam-jam. Jika bernasib malang, mereka terpaksa baring melebihi 10 jam dan tidak dibenarkan bergerak termasuk ke tandas. Jika mahu buang air kecil, maka petugas labour room akan memasukkan tiub kencing ke dalam pundi kencing dan jika mereka mahu berak, maka berak aja di atas kertas.


Selain itu, mereka terpaksa bertarung dengan kesakitan akibat dari ‘contraction’ uterus yang semakin lama semakin kerap dan panjang tempohnya. Kemuncaknya ialah sewaktu meneran bayi. Ada yang berkata bahawa sakit bersalin merupakan sakit yang kedua paling azab setelah sakit hendak mati.


Dan terakhirnya, mereka berada dalam keadaan gangguan emosi kerana suami tidak berada disamping mereka. Ada yang merasakan bahawa mereka sedang berjuang seorang diri. Pernah saya jumpa seorang pesakit merajuk dengan suaminya yang belum kunjung jua ke hospital hingga menyusahkan semua staff labour room. Beliau tidak membenarkan doktor membuat pemeriksaan vagina dan mencakar nurse sewaktu beliau dalam proses untuk bersalin.


Ketiga-tiga elemen ini juga menyumbang kepada faktor jatuhnya motivasi dalam kalangan ibu-ibu untuk mereka menyediakan diri mereka secara fizikal mahupun mental. Maka tidak hairanlah ramai ibu-ibu yang terpaksa dibelah kerana ‘poor maternal effort’, bayi ‘lemas’ dan sebagainya.


“Kak, bersalin ni memang sakit. Semua orang pun sakit!” bicara saya pada seorang pesakit sewaktu dia sedang emosional dan mahu berputus asa.


“Doktor tak rasa. Senang la doktor cakap! Saya ni sakit tau. Dah tak nak teran dah. Saya nak operate doktor! Saya tak kira” sergah beliau kembali seraya menggugut. Mukanya kelihatan hampa. Ada riak tertekan pada wajahnya.


Saya bersama-sama jururawat bilik bersalin cuba menenangkannya. Di antara tempoh kontraksi uterus, kami berbicara dengan pesakit. Masanya cukup singkat namun diguna sepenuhnya untuk mendengar keluhan dan ketidakpuasan hati pesakit sebelum menyuntik satu semangat baru kedalam diri mereka. Saya banyak belajar dengan staff nurse labour room tentang teknik untuk memberi motivasi pada ibu yang bersalin. Ini merupakan satu ilmu yang tidak ada dalam buku teks.


Alhamdulillah! Jika kena dengan gayanya. Mereka akan kembali bersemangat. Beberapa kes yang saya jumpa memang begitu. Masing-masing sudah berputus asa, namun kembali bangkit berjuang.


Begitu juga kes yang saya jumpa baru-baru ini. Satu labour room bingit dengan suara seorang pesakit yang sedang menangis dan meraung-raung kerana sakit. Dapat kedengaran dengan jelas suaranya yang berputus asa. Tidak mahu beranak dan ingin dibelah. Ada masanya, teriakan kedengaran seperti seram pula.


Sebelum masuk ke labour room tersebut, sempat lagi saya bergurau dengan staff nurse yang sedang memandikan bayi.


“kak! Apasal seram sangat bunyi tu? Meremang bulu roma saya ni. Malam ni malam apa ye?


Jangan salah faham dengan gurauan di atas. Bila penat, itulah yang menjadi pengubat kepada kepenatan.


Sesampai di bilik bersalin, bukaan cervix beliau sudah pun penuh dan sahabat saya sudah bersedia untuk conduct delivery. Sengaja saya menyibukkan diri untuk membantu jururawat menenangkan pesakit. Punyalah pesakit menangis tak mahu meneran. Riwayat penyakit juga menunjukkan bahawa kandungan terdahulu dilahirkan dengan menggunakan forceps kerana masalah sama. Oleh itu, saya bersama sahabat saya dan jururawat sama-sama memberi kaunseling kepada beliau. Alhamdulillah, akhirnya beliau berjaya juga bersalin normal.


Sewaktu beliau sudah hendak dihantar ke ward, berkali-kali pesakit berterima kasih kerana membantunya dalam proses bersalin. Wajah kegembiraan terpancar di mukanya. Sempat juga saya bergurau dengan dia.


“Tak apa kak. Tapi kalau tak menangis tadi, lagi cepat lagi bersalin. Tak la penat. Relax aje!”


Beliau hanya ketawa dan mengulang kembali ucapan terima kasih.


Cord Prolapse



Perut yang berkeroncong menyebabkan saya segera menghala langkah ke pantry labour room untuk bersarapan pagi. Maklumlah, pagi tadi agak kelam-kabut apatah lagi berjaga semalaman bagi menyiapkan discussion untuk case write up. Itulah bahana buat kerja last minit.


Jam menunjukkan pukul 8.15 pagi sewaktu saya selesai menghabiskan segelas susu segar yang diminum bersama cereal dan kekacang. Saya segera ke labour room untuk mencari pesakit yang tidak dijaga rakan-rakan se-on call dengan saya.


Di pertengahan jalan, seorang jururawat kelihatan termengah kerana berlari. Segera dia menjerit kepada saya agar mencari MO kerana ada kes cord prolapse (apabila air ketuban pecah, tali pusat keluar daripada pangkal rahim mendahului kepala).


Lantas saya segera mencari MO memandangkan cord prolapse merupakan salah satu masalah kecemasan dalam ilmu perbidanan. Sekiranya tali pusat terdedah kepada udara, ia akan mengecut dan menyebabkan pengaliran darah kepada bayi terhenti. Akibatnya, bayi akan mati lemas di dalam rahim. Jika tidak pun, tali pusat tersebut boleh membelit leher bayi sehingga mati ataupun membelit anggota badan lain hingga menyebabkan kecacatan.


MO bergegas ke bilik bersalin tersebut dan saya juga mengikuti rapat untuk melihat bagaimana mereka menguruskan kes tersebut. Saya hanya menjadi pemerhati kerana ini kali pertama saya berhadapan dengan kes sebegini.


Sebelum ini, kami hanya ketawa berdekah-dekah tatkala pensyarah memberikan Kuliah berkenaan tajuk ini. Maklumlah, beliau mengajar sambil diiringi lawak jenaka. Salah satu prosedur yang perlu dilakukan jika cord prolapse ialah dengan memasukkan jari kedalam faraj dan menolak bayi agar tidak keluar. Jari tidak boleh dikeluarkan hinggalah ke dewan bedah. Maknanya, doctor akan berlari ke dewan bedah bersama pesakit di atas troli dan tangan doctor ‘setia’ berada dalam faraj.


“catheterize the bladder. Infuse dengan normal saline 500 cc”, arah seorang MO kepada nurse.


“Run very fast ye staff nurse”, Dr memberi arahan lagi supaya pundi kencing segera dipenuhkan.


Selain jari yang dimasukkan kedalam faraj, langkah seterusnya yang perlu dilakukan ialah dengan memenuhkan pundi kencing dengan memasukkan air melalui tiub kencing. Dan terakhir sekali, punggung ditinggikan dengan meletakkan dua biji bantal dibawahnya. Ketiga-tiga kaedah ini adalah untuk menghalang bayi daripada keluar dari pintu rahim.


Sementara itu, staff yang lain pula sibuk untuk menyediakan pesakit bagi menjalani pembedahan emergency Caeserean section.


Saya bergegas ke bilik rehat pelajar untuk menukar pakaian OT kerana ingin observe pembedahan tersebut.


Untuk kes emergency sebegini. Tempoh masa diantara saat dimana ibu diberikan bius hingga bayi dikeluarkan dari perut ialah tiga minit. MasyaALLAH! Kagum sungguh melihatkan ketangkasan MO melakukan pembedahan ini. Mahir sungguh mereka! Semoga diri ini juga mampu menjadi secekap mereka suatu hari nanti.


Bayi berjaya dikeluarkan tetapi flat (kulit kebiru-biruan, tidak menangis dan tidak bergerak). Nurse segera membawa bayi keluar ke ruang resusitasi. Saya mengikut dari belakang. Doktor bius segera menghadiri bayi yang baru dilahirkan itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya segera mengambil glove dan menempel di tepi MO dan jururawat.


“Check pulse”. Arah MO kepada saya.


Saya segera memegang tali pusat bayi tersebut untuk merasa denyutan nadi bayi. Dalam saya terkial untuk merasa pulse, jururawat segera menjerit.


“Fetal bradycardia doctor”, (denyutan nadi lemah).


MO segera memberikan bantuan pernafasan kepada bayi menggunakan ambu bag sambil jururawat menepuk-nepuk kaki agar bayi sedar.


“buat CPR adik. Cepat!” arah MO.


Saya segera menekan dada bayi tersebut. Terasa kekok kerana sangat-sangat jarang resus bayi. Seingat saya, tidak sampai lima kali pun. Walaupun pernah ada sesi praktikal untuk resusitasi neonatal, tetapi kerana kurangnya praktikal maka ia tidak lah semudah yang disangka.


“Tak cukup dalam tu adik”, tegur MO untuk memperbetulkan teknik CPR saya.


Seminit melakukan CPR, MO paediatrik pun sampai. Beliau mengambil alih tugas doctor bius untuk ambu bag bayi tersebut.


“What happen?”, tanya MO paediatric kepada saya.


“Baby born flat, doctor! No respiratory effort, no motor movement and bradycardia. CPR commenced for one minute because not responded to ambu bag. Plus, mother on pethidine ” Ujar saya sambil terketar-ketar dan suara putus-putus. Entah bila la saya dapat menguruskan pesakit dengan penuh confident.


“Check heart rate baby. Guna stethoscope”, arah MO paed lagi.


Saya segera mengambil stethoscope dan mendengar denyutan jantung bayi selama enam saat. Tiba-tiba masalah panik menyerang saya kembali. Saya seakan lupa bagaimana mengira heart rate bayi.


“Erm doctor.. heart rate 12 in 10 second”


MO memandang muka saya. Mungkin pelik atau terkejut ‘beruk’ dengan cara saya melaporkan heart rate bayi tersebut.


Saya cuba mententeramkan diri sambil kepala berfikir kembali mengenai heart rate bayi.


“Amik suction dik”, teguran jururawat mengejutkan lamunan saya.


Saya menghulurkan suction pada beliau. Dan lantas saya teringat kembali perihal heart rate bayi.


Untuk neonatal, bagi mendapatkan heart rate, kita perlu merekod bacaan denyutan nadi dalam masa 6 saat dan kemudiaannya didarab dengan 10 untuk mendapatkan anggaran denyutan nadi dalam masa seminit. Senang sangat-sangat tapi dalam keadaan tak bersedia macam ni, hanya Allah yang tau. Sementara itu doctor meng ‘intubate’ bayi tersebut.


Saya mengambil alih peranan nurse untuk melakukan suction pada bayi. Entah kenapa, secretion dari paru-paru bayi tersebut sangat banyak hingga MO pediatric pun berasa risau. Takut kalau-kalau tiub intubation masuk kedalam perut.


Dipendekkan cerita, bayi tersebut kemudiannya stabil dan dimasukkan ke ward NICU (neonatal intensive care unit) untuk pemerhatian


Pada tengah hari, saya menerima khabar bahawa keadaan bayi tersebut menjadi teruk. Dada saya berdegup pantas. Hati ini berdoa agar keadaannya stabil.


Saya ke bilik rehat dan menanggalkan white coat. Azan zohor sudah berkumandang tetapi hati saya tidak tenang. Saya segera ke NICU untuk melihat keadaan adik tersebut. Sayu memandang beliau yang sedang bertarung untuk hidup. Selain intubated, beliau terpaksa diberikan quadruple inotrope untuk memastikan tekanan darah dan jantung stabil. Selain itu ada lagi beberapa jenis ubatan lain. Phenobarbital, magnesium sulphate dan juga morphine!


Saya melihat folder beliau dan tergamam dengan kondisi beliau. Ternyata bayi kecil ini dalam keadaan kritikal.


“Acute Respiratory Distress syndrome with pulmonary hemorrhage, pulmonary hypertension and to rule out hypoplastic left heart syndrome”


Dalam erti kata lain, paru-paru beliau cedera dan ada pendarahan menyebabkan fungsi paru-paru terganggu. Selain itu, tekanan dalam paru-paru juga tinggi. Mereka juga sedang menilai kemungkinan bahawa bayi tersebut mempunyai masalah jantung congenital yang agak jarang iaitu kegagalan ruang jantung bahagian kiri untuk develop.


Saya hanya mampu mengirimkan doa buat pesakit tersebut. Sesekali, tangannya kelihatan bergerak-gerak. Mungkin juga dia sedang menahan rasa sakit. Sayu bertakhta di hati dan lantas saya tinggalkan NICU dengan perasaan yang bercampur baur. Sememangnya saya cukup lemah sekali apabila berhadapan dengan situasi hidup mati sebegini.


Moga Allah memberi kekuatan dan menyelamatkan bayi tersebut. InsyaALLAH!

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah