Monday, February 28, 2011

Jangan kata “Tidak Boleh”




Bismillahirrahmanirrahim….


Debaran Professional III semakin terasa. Lagi 49 hari sahaja yang berbaki. Entahlah, kadang-kadang rasa stress sangat dengan system exam universiti sains Malaysia ni. Terasa iri hati juga dengan Rakan-rakan Perubatan dari kampus luar negara. Maklumlah, study week mereka mencecah hingga berbulan.


Kami disini masih lagi terpaksa bergelumang dengan silibus-silibus dan rotation masing-masing. Study week pula hanyalah 2 minggu. 2 minggu untuk menghabiskan segala ilmu yang dipelajari selama LIMA tahun.


Subhanallah!


Memikirkan begitu banyak masa yang dibazirkan membuat saya berasa lagi tertekan. Ini belum lagi dikira bahana terkena sindrom “Burnt Out” yang selalu melanda pelajar Perubatan. Berbulan saya tidak dapat focus untuk study. Tengok buku pun dah rasa meluat.


Tapi bila semakin dekat dengan exam, rasa menyesal pula memikirkan masa yang terbuang begitu sahaja. Hati meronta meminta pada yang esa agar masa tersebut dikembalikan agar dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.


Tambah stress bila memikirkan beberapa kerja yang dibuat last minute. Itulah, siapa suruh buat hal dan perangai. Program Kajian Komuniti dan kes Keluarga (CFCS) sepatutnya dilaksanakan sewaktu di tahun empat. Namun kerana sedikit masalah peribadi, terpaksa dibuat di tahun lima dan masih belum siap. insyaALLAH esok hari intervensi untuk Pesakit CFCS saya. Minggu depan, insyaALLAH sudah boleh hantar report. Terima kasih unit CFCS kerana sanggup bertolak ansur untuk memberi sedikit masa. Itupun sudah menerima panggilan telefon ‘sayang’ dari nurse CFCS.


End posting assessment paediatric belum dilaksanakan lagi. Hari itu dah jumpa supervisor. Tengok supervisor strict sangat mark buku log rakan sekelas, terus kepala lutut ketar sebab log book banyak yang lompang. Dengan muka tak malunya terus minta izin supervisor untuk di ‘evaluate’ di lain masa. Gila punya kerja! Dah la supervisor saya tu memang sangat-sangat sibuk.


Ya Allah!


Memikirkan semua itu, secara jujurnya saya sudah beberapa kali ‘give up’ sendirian. Ada suara-suara negatif yang menghasut mengatakan bahawa saya tidak akan berjaya exam ini.


“I will fail this exam and need to sit for another six months for remedial”


Astaghfirullah!


Minta dijauhkan dari bala tersebut. Itu semua bisikan syaitan laknat yang semestinya tidak jemu mendesak manusia agar berputus asa kerana sikap tersebut sangat dibenci oleh Allah S.W.T.


Hari ini ada sesi long case dengan seorang registrar medical department. Semoga Allah merahmati doctor tersebut yang membantu kami secara volunteer untuk preparation final exam ini. Tenteram sedikit mendengar tazkirah daripada beliau. Alhamdulillah! Rasa gembira bila semakin ramai doctor Perubatan yang mempunyai nilai kesedaran islam dan mempraktikkannya sewaktu sesi teaching bersama pelajar.


Ujar beliau, jangan difikir masa lampau dan usah peduli banyak lagi silibus yang belum dibaca. Apa yang penting ialah usaha pada hari ini dan esok. Rasa resah dan tidak tenteram memikirkan masa yang terbuang di kelmarin hari adalah bisikan syaitan. Jangan sesekali mengatakan bahawa anda sudah berputus asa dan ingin Give Up. Jangan juga mengatakan bahawa anda tidak boleh. Walaupun masa semakin suntuk, berusahalah bersungguh-sungguh. Apa yang penting itu adalah usaha. Disamping itu juga, sebagai muslim, kena perbanyakkan doa kepada Allah. Itulah senjata seorang mukmin. Beliau sendiri mendoakan kami agar berjaya dalam exam dan yakin bahawa kami semua akan lulus.


Subhanallah!


Apa lagi alasan kami untuk berkata ‘tidak boleh’ dan berputus asa. InsyaALLAH, perjuangan harus diteruskan. Hari ini perlu diperkasakan demi untuk kejayaan pada hari esok. Sudah tidak lama lagi kami akan bergelar doctor. insyaALLAH!


Soal lulus exam professional nanti ataupun tidak, yang itu biarlah Allah S.W.T yang tentukan. Sungguh DIA sudah menetapkan jalan yang terbaik buat kita. Yang penting, kita sebagai hamba jangan berputus asa. Sentiasa beri positive re-assurance kepada diri dengan berkata;


“Aku akan LULUS exam nanti dan GRADUATE sebagai seorang DOKTOR”


Andai sebaliknya berlaku, bersangka baik dengan Allah dan terima dengan redhanya. insyaALLAH!


Terima kasih saya ucapkan kepada doctor-doktor yang menaruh kepercayaan pada saya yang saya mampu untuk graduate. insyaALLAH, saya berusaha sekuat semampu saya. Doa-doa kalian amat saya hargai. Begitu juga doa-doa keluarga, rakan-rakan, junior, sahabat maya dan juga Pesakit dan lain-lain.


Kesimpulan akhirnya. Jangan kata “Tidak boleh” buat. Berusaha bersungguh-sungguh untuk masa berbaki 49 hari ini. Buat rakan –rakan yang lain,


Let us shape our present for the better future ahead us. The world is calling use. One of our feet already at the other door. Just need one more step to be a doctor. What we are doing now is for the Ummah and we will serve them as according to what Allah demands us to be. A Muslim Doctor, insyaALLAH!

Friday, February 25, 2011

Dunia Lain untuk Diterokai



Bismillahirrahmanirrahim….


Alhamdulillah, petang tadi kumpulan study group kami sempat mengadakan sesi extra class short case teaching bersama seorang emergency physician. Walaupun badan dan minda tersangat penat memandangkan paginya terpaksa menduduki end posting MCQ, long case bersama seorang cardiothoracic surgeon, seminar dan juga short case bersama seorang doctor surgical, namun digagahi juga diri ini.


Inilah senjata terakhir yang digunakan dalam saat-saat kritikal untuk menghadapi peperiksaan akhir Professional III yang akan menentukan sama ada kami layak untuk menjadi doctor ataupun tidak.


Usai teaching short case, sempat kami berbual-bual dengan lecturer kami itu dan beliau membuka kembali kisah di zaman beliau bergelar undergraduate. Diceritakan kisah-kisah aktiviti yang dijalani beliau serta betapa banyaknya benda yang tidak sempat beliau lakukan.


Katanya, pelajar harus mengambil ruang sewaktu undergrad untuk menerokai pelbagai benda dan tidak menyempitkan diri dengan ilmu Perubatan semata-mata.


Saya bersetuju dengan beliau seratus peratus. Setiap dari kita hanya berpeluang untuk menjadi undergraduate sekali sahaja. Lima tahun berada di medical school memang memberikan tekanan pada jiwa dan fizikal. Banyak silibus yang harus dipelajari dan jika disusun kesemua buku-buku dari tahun satu hingga akhir, pasti mencecah atap.


Namun demikian, untuk menjadi seorang doctor, ilmu Perubatan semata-mata tidak mencukupi. Doctor harus pandai berinteraksi dengan Pesakit, bersikap professional, mempunyai jiwa seorang perawat dan berpengetahuan luas.


Semua ini tidak mampu untuk dipelajari dalam kuliah-kuliah dan harus diusahakan oleh pelajar itu sendiri.


Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyertai pelbagai jenis aktiviti sepanjang berada di kampus. Mungkin, itu semualah yang telah membentuk diri saya pada hari ini. Namun hari ini, ketika masa berbaki hanya lebih kurang 60 hari sahaja lagi untuk menamatkan pengajian, saya berasa masih belum puas menjalani kehidupan undergraduate.


Banyak lagi perkara yang ingin saya terokai dan capai. Ada kalanya saya berharap yang saya masih berada di tahun satu supaya saya dapat mencari sebanyak pengalaman sewaktu bergelar pelajar ini.


Pesan saya pada junior-junior sekalian, gunalah masa yang ada hari ini untuk menceburkan diri anda dalam pelbagai jenis aktiviti di kampus. Anda pasti akan menyesal suatu hari nanti apabila mendapati yang anda tidak melakukan apa-apa aktiviti di kampus selain dari belajar.


Keluar lah dari kepompong agar anda bisa menjadi sang rama-rama yang mampu terbang untuk menerokai alam. Banyakkanlah aktiviti bersama masyarakat dan bergaul lah dengan semua jenis manusia untuk membina kemahiran berkomunikasi dan social anda.


Sama-sama kita berusaha untuk menjadi doctor yang versatile, berpengalaman luas, kreatif, dekat dengan masyarakat dan yang paling penting mampu untuk mengaplikasikan ajaran Islam dalam kita menjalankan tugas nanti.

Monday, February 21, 2011

Siri PRK 3: “Pengisian Kemenangan”


Bismillahirrahmanirrahim……


Tahniah diucapkan kepada barisan MPP USMKK yang baru sahaja memenangi kerusi untuk pilihan raya kampus tadi. Tahniah juga diucapkan buat para mahasiswa yang telah berjaya memilih pemimpin-pemimpin yang InsyaALLAH akan terus memperjuangkan kebajikan anda semua.


Walaupun tidak turut serta menjadi jentera pilihan raya untuk mana-mana pihak, namun saya kagum akan semangat jentera-jentera calon yang memenangi pilihan raya pada kali ini.


Ia turut menjadi factor kemenangan mereka kerana di belakang calon itu sendiri ada pemimpin-pemimpin hebat yang setia menjadi guru dalam menurunkan ilmu-ilmu kepimpinan dan tunjuk ajar dalam merangka strategi. Juga ada sahabat yang setia berjaga malam demi untuk menyiapkan banner, menggantung poster dan juga membuang risalah-risalah palsu dan fitnah yang berunsurkan provokasi.


Tidak dinafikan juga, Takdir dan Restu Allah menjadi factor utama Kemenangan kerana sesungguhnya Dialah yang berkuasa untuk memberikan tampuk kekuasaan pada sesiapa yang dikehendakiNYA.


Saya sendiri meramalkan akan berlakunya pertempuran sengit di kerusi PPSK kerana calon-calonnya cukup hebat. Saya menjangkakan bahawa Saudara Rausyan akan turut memenangi salah satu kerusi konstituensi PPSK. Sekalung pujian saya ucapkan kepada jentera Pro Aspirasi kerana sepanjang saya berada di USMKK ini, inilah calon MPP yang berkualiti pernah mereka taruhkan. Namun, sudah tersurat bahawa ini bukan rezeki anda.


Semoga Saudara Rausyan akan tetap menyumbang tenaga dan bakti untuk berkhidmat kepada mahasiswa USMKK melalui saluran yang lain. Usah dipersiakan bakat kepimpinan yang Allah kurniakan kepada anda kerana bukan semua mampu untuk menjadi pemimpin. Bakat kepimpinan merupakan anugerah yang cukup bernilai sekali yang harus digunakan untuk mengemudi rakyat yang dipimpin kejalan yang di redhai Allah.


Ingatlah, redha Allah terletak pada pemimpin yang berjuang untuk menghidupkan agamanya dan memastikan orang yang dipimpin hidup dalam Fitrah islam yang menyeluruh. Kalau tidak mahu menjadi pejuang islam sekalipun, cukuplah sebagai menjadi hamba yang tidak memusuhi perjuangan islam.


Buat yang menang, ingat kembali manifesto yang telah anda taburkan pada mahasiswa kampus. Saya tahu ada yang menjanjikan manifesto di luar kemampuan atau bidang tugas MPP. Namun saya yakin bahawa kekhilafan ini tidak disengajakan. Mungkin kerana anda juga masih berada dalam fasa untuk belajar menjadi pemimpin. Berterus-teranglah pada pengundi dan berlaku jujurlah andai anda ternyata membuat kesilapan dalam memberi manifesto.


Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada anda semua bahawa anda mampu untuk meneruskan tradisi kepimpinan sesuai dengan motto kita, “Kami Memimpin!”


Beranilah untuk bersuara kerana kebenaran. Usahlah meletakkan diri anda di zon yang selesa. Sebagai pemimpin, anda patut merasai sedikit kesusahan dalam perjuangan kerana anda akan merasai kemanisan perjuangan itu setelah bertemu dengan Allah nanti.


Mungkin akan ada pihak-pihak pentadbiran yang akan menghulurkan tangan persahabatan pada anda nanti. Terimalah persahabatan itu dengan baik walaupun mungkin ia tangan-tangan yang sama pernah memerangi anda dahulu. Selagi boleh berkompromi demi untuk kebaikan maka berdamailah.


Tapi ingat, jangan sesekali anda gadaikan pegangan dan maruah perjuangan anda demi untuk menyenangkan mana-mana pihak terutamanya ia jelas tersasar dari tuntutan agama Islam. Beranilah untuk bersuara. Jangan gentar untuk melawan kerana bukan jiwa seorang pemimpin andai anda menggadaikan prinsip demi untuk kesenangan.


Akhirnya, semoga anda akan terus komited untuk membawakan cita-cita universiti. Berdiri teguhlah dibelakang kepimpinan Ayahanda VC. Sungguh beliau mempunyai visi kepimpinan dan agenda perubahan yang cukup hebat dan mantap. Beliau perlukan individu yang berani membawa perubahan untuk berjuang bersamanya. Dan anda boleh menjadi sebahagian dari agen perubahan tersebut.


Wallahu’allam

Saturday, February 19, 2011

Dear God


My friend told me once


“If you speak to God, then you are a believer but when GOD speaks to you then you are crazy”


Well, I agree with his statement. It is indeed true. Until now, I keep on talking to you in my prayer, before I go to sleep or while I’m writing. Just like now. But I haven’t heard your voice replying me back.


Well God. If I hear your voice, then you are no longer a God. In the Quran it is said that nothing shall be compared to you. Yes! You are indeed the Greatest and the almighty one.


Thank you God for be with me all this time. I know you give me everything that I need. Since I’m a small child, I have had been dreaming of becoming a doctor. Last four years, you put me in this medical school.


But sadly, I waste a lot of time for not to studying properly. I know it is bad because I need lot of knowledge so that I can save the humanity. I will be sinned if I killed my patient because of my lack of knowledge.


I don’t know whether I deserve to pass this final exam or not. But God, I want you to know and I’m sure you already know what it is inside my heart before I type here.


“I have a burning desire to become a Muslim Doctor by May 2011.”


Ops! It means that I have less than 60 days to fight so that it may come true. But God! Look at what happen to me now? I need you God!


“Dear Almighty God, please give me strength because I’m turning weak. Give me patience cause I’m losing it, give me focus cause I’m diverting, hold me tight so my faith wont shaken. Help me to pass through this final exam because it stresses me a lot. Dear God, please bless me with success in what I’m doing now. Ameen!”


Dear God, my heart is crying even my tears sometimes difficult to drop. I’m calling your name to be with me. I know I sinned a lot. I did not be your true servant. I disobey your command and I follow the Satan’s path. I was easily being fool by the Satan. I was blinded and I let my heart shaken.


I feel ashamed to ask anything from you because of that. But I know that you must have your own plan on me right? InsyaALLAH I will make sure that my faith on that wont gone.


If you think that I’m deserves to be a doctor and destined me to serve as a doctor then bless me with success. If you think I need some more time, insyaALLAH I will redho’ with that. Don’t overburden me with something that I can not bear.


Dear God. Thanks for always listening to my whining……….

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah