Saturday, April 30, 2011

Catatan pertama doktor kerdil


“Yesterday we are medical students and today we are doctors”


Saya menghela nafas kelegaan sebaik sahaja kami telah disahkan lulus professional III M.D USM. Alhamdulillah, perjalanan yang kami lalui selama lima tahun akhirnya tamat di sini. Pengakhiran sebuah kisah yang semestinya membuka lembaran kisah baru selepas ini.


Mengenang kembali saat di medical school membuatkan hati saya tersentuh. Banyak sungguh kenangan di sini. Syukur kerana USM bukan sahaja menjadi tempat untuk belajar ilmu perubatan bahkan menjadi pusat ilmu untuk segala benda.


Persahabatan…….. Kepimpinan……. Politik…….. skil komunikasi…….. Kemanusiaan……….. Jati diri….. Belas Kasihan...... Kasih sayang


Segalanya pasti menjadi bekalan yang amat berharga di masa hadapan kami. Masa depan yang terbentang luas dan penuh dengan ketidak pastian. Selepas ini, perjuangan sebenar di lapangan ummat bakal bermula. Segala kisah seram yang didengari bakal ditempuhi.


Jauh disudut hati, terasa juga kosong kerana kurangnya ilmu yang bakal dibawa nanti. Sungguh luas ilmu Allah itu. Benarlah kataNYA, andai semua pokok dijadikan pena dan tujuh lautan menjadi dakwat,pasti tidak akan habis ilmunya ditulis.


Semoga ALLAH akan terus membuka pintu hatiku untuk terus menuntut ilmuNYA demi untuk kebaikan ummat. insyaALLAH, semoga saya berjaya kembali menjadi pelajar semula selepas lima tahun untuk mengejar cita-cita yang diidamkan.


Pakar Kecemasan dan Trauma.


InsyaALLAH!


Catatan Si Pejuang Kecil


Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (M.D USM)

Bilik 119,

Holiday Villa, Cherating

Pahang Darul Makmur


p/s: walau sudah rasmi menjadi doctor, namun tidur malam masih ditemani mimpi ngeri berkenaan exam. masyaALLAH!

Wednesday, April 27, 2011

Esok Harinya


Malam ini saya sudah kehabisan idea untuk menulis. Berkali saya cuba untuk menaip sesuatu namun tidak berhasil. Berkali-kali jejari saya menekan kekunci ‘delete’.


Esok keputusan peperiksaan akhir professional III M.D USM akan diumumkan pada jam 12 tengah hari di dewan kuliah dua oleh dekan pusat pengajian. Setiap nama akan dipanggil dengan title ‘dr’ di hadapan nama masing-masing.


Khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa lapan orang pelajar telah pun gagal. Selain itu, dua puluh orang lagi sahabat kami mendapat markah ‘border line’ dan hari ini terpaksa menduduki exam ‘viva borderline’ untuk menentukan mereka lulus atau pun tidak.


Semua keputusan akan diumumkan esok. Semoga yang terbaik menjadi milik kami semua. insyaALLAH!

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah