Thursday, February 2, 2012

Merindui Suasana Tarbiyyah



Enam bulan berada di Tawau, sebuah daerah asing yang penuh dengan segala-galanya. Bebas dari segalanya kecuali bebanan tugas yang memeningkan kepala. Dulu, daerah ini dikenali sebagai syurga dunia ataupun bandar koboi. Senang sekali iman dilunyai andai tidak berhati-hati.

Saban hari, tarbiyyah semakin menjauhi diri lantas menjadikan hati semakin lama semakin keras. Nilai islami yang digarap sepanjang proses pentarbiyyahan mula hilang.

Mampukah aku bertahan? Ku benar-benar berharap diri ini mampu bangkit semula. Bangkit untuk menjadi pahlawan islam yang di impi.




Teringat akan satu kisah sewaktu aku bersama dengan sebuah perjuangan. Dengan penuh tekad dan azam untuk menggempur medan peperangan. Menempuh perjalanan berliku selama berjam-jam demi sebuah dakwah dan misi. Menahan lapar kerana makanan tertinggal jauh di luar hutan. Satu demi satu trak 4 wheel drive usang terkandas di tepi jalan hingga beberapa biji sahaja yang tinggal. Hujan lebat, lumpur tebal dan air sungai menyukarkan lagi sebuah perjalanan. Namun, kami berjaya tempuhinya dengan penuh tekad perjuangan.




Sayang! Ia semua tidak ada dalam diriku kini. Aku semakin me”LAYU” dalam diri bergelar melayu. Semoga aku tidak tewas dan akan mampu terus berdiri. Ya! Aku mesti bangkit semula. Aku tidak harus terus membiarkan diriku dibuai nafsu liar. Aku telah melalui jalan tarbiyyah dan tidak seharusnya aku membazirkan peluang yang diberikan itu.
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah