Monday, May 14, 2012

A Doctor's Prayer



I wanna be a doctor of my dream. A doctor whom i can trust to deliver my sick and pity mom, dad, siblings and family members unto their hands. They will fight with courage and full of dignity to provide the best care needed for them and make a right call without harming them. A doctor with good knowledge and outstanding skills so i wont feel any regret sending them to him.


I Pray to the Almighty Lord over and over. Dear Lord, please hear my soft whispering. It comes truly deep from my heart. Even though i'm not a good servant to you, but i do pray for you for this. Please help me to acquire and master all the skills that i need to prepare me to be a good healer. Guide me in making decision for the best of my ptient’s interest. Show me the light that will keep my mind bright so that i will not make a decision that will cause me to regret it for the rest of my life.


Bless me with wisdom in all my dealings with patient. Protect me from hurting the patient with my words and action. Give me the wisdom to council them and make their road easy. Help me to protect their modesty and dignity. If my patient are destined to live, please give them a speed of recovery. If death is inevitable, please do not let them suffer and make them die easily and peacefully. Even though dying is painful, but please soften their suffering for they are going to meet you. If their destiny is to meet you, please dont let me to be the cause of their departure. Save me from negligence and misconduct. No matter they are at the end of the road or taking a new turn, please remind me to share your love with them.


Give me strength to update myself with knowledge and the courage to share them with my fellow colleagues, seniors and juniors in this noble profession. Motivate me every seconds and minutes to uphold the purity of medical knowledge and keep sharing them for the best of patient’s care and for the glory of islamic civilization. Avoid me from being an ego person with this little knowledge that i acquired from you. Bless me with wisdom to maintain a good and professional bond with my fellow colleagues.


O God, help me in my journey of achieving my dream in this career. To be an outstanding emergency and trauma physician and dedicating my life in serving the humanity with love, passion and your love in my heart. Please dont let me abusing my tittle for my own benefit that come from the lustful desire.


O Allah! Please bless this dream and prayer and reminds me about this as long as i’m still alive. With this, i end my prayer but i will keep on repeating it again and again so that you will always grant me with this wish.


Your humble servant,
Dr Muhamad Na’im B. Ab Razak (jacknaim)

Thursday, May 10, 2012

A Doctor and Friendship



Have anyone of you watch the latest House Season 8, ep 19 - The C Word? Out of all house episodes, my heart truly being touched by this episode. Yeah, despite of as usual's House's sarcasm and cold hearted person, it shows what it's like to be a friend to someone. It is memorable to me. It is really a genius work.

What has being display in the movie is wrong. It is wrong to initiate a dangerous chemo treatment at home. But i will not touch on that ethic topic because from the beginning of this series, it always potrays House as a rule breaker and such an ass person.

But in this episode, when his best friend Wilson suffers from cancer. He would do everything for his friend.
Wilson has always being on his side. When he had a heart break, Wilson will cheer him up, begging to Cuddy to accept back house. When House being arrested, he keeps on trying to get House out. When House addicted to Vicodin, it is Wilson who going through the suffering with him.

Wilson means  a lot to House. Realising all his sacrifices to him, maybe he feels an obligation to help him back.

He’s willing to break the law and starts treatment to his friend in his house even he knows Wilson could die of it. If it happens, it means House will finish. He will go back to the jail and probably face the death penalty. He did that because his friend doesnt want to die in ambulance or hospital. Doenst want to face people who will drop by and visit him with a pitiful face.

House will not sleep so that he can meet Wilson’s need. He’s ready with a jar when Wilson is about to vomit. Ready with a glass of water for Wilson. Ready to change diapers for him. And the best and emotional part to me is when the Morphine stock is finished, he give his vicodin to him. With a very little stock of vicodin, house rather drink a liquor so that he can spare the vicodin for his friend. He rather let the leg pain eat him than taking up his pills just so that Wilson will have them.

Well, It’s Wilson who have cancer and not him. Eventhough he suffers, Wilson is more pitiful than him.
If any of us in his place, will we do the same thing with what both of them did? They shows a true friendship spirit. Yeah! Again, i’m so touch with it. 

Wednesday, May 9, 2012

“MATI” Bukan Milik Doktor!

Pertemuan dengan rakan seperjuangan sewaktu menjadi pelajar perubatan untuk berkongsi masalah dan beriadah sedikit sebanyak memberikan ketenangan dan kekuatan. Gambar kenangan bersama Adam di Pulau Sibuan, Sempoarna Sabah.


Mati itu bukanlah satu musuh sebaliknya ia adalah satu perjalanan yang bisa dilalui oleh setiap makhluk ciptaan Allah yang bernyawa. Bukan hanya manusia bahkan pokok-pokok, haiwan hatta mikroorganisma yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera. Cepat atau lambat, ia pasti akan menjengah dan di saat Izrael datang memberi salam maka tiada siapalah yang dapat melarikan diri.

Kematian itu menakutkan hingga diingatkan di dalam Quran bahawa manusia ingin lari darinya. Namun, kadang kala kematian itu adalah jalan penyelesaian buat seribu penderitaan. Benarkah begitu? Atau ia hanya interpretasi pemikiran liberal yang tidak bertunjangkan keimanan.

Alhamdulillah sudah lebih setahun saya bergelar doktor dan sembilan bulan di alam kerjaya. Mungkin ada sedikit penambah baikan dalam ilmu kedoktoran walaupun tidak banyak. Namun dari segi spiritualiti, mungkin perkembangan ini tidak seberapa. Wallahuallam!

Bekerja sebagai doktor dan melihat penderitaan pesakit merupakan satu perkara yang amat menyakitkan. Merawat pesakit yang mempunyai harapan untuk sembuh dan pesakit yang berada di hujung nyawa, “Terminal Illness”, “Death in Line” ataupun “Poor Prognosis” semestinya memberikan perasaan yang berbeza.

Mana mungkin saya dapat memaksa diri untuk berlaku adil dalam mengawal hati dan perasaan saya. Gembira bersarang dengan hebatnya apabila merawat pesakit yang mempunyai harapan untuk sembuh.
Bayangkan apabila anda terpaksa bertemu pesakit yang sudah berada di hujung nyawa. Keadaannya begitu teruk kerana mempunyai kanser di peringkat akhir. Perut sudah membusung hingga menolak rongga thorak dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Nafas yang tercunggap laju dan pendek menambah sayu pada mata yang memandang. Tubuh yang kering tanpa isi kerana tidak mampu untuk menelan nasi bagaikan bangkai yang bernyawa. Saban hari dia menangis kerana kesakitan. Malah dia semakin menderita kerana terpaksa diambil darah setiap hari. Berkali-kali terpaksa dicucuk kerana uratnya sudah mengecut dan aliran darah sangat perlahan. Dia merintih kesakitan setiap kali dicucuk. Dan semestinya hati seorang doktor juga menangis kerana terpaksa menambah derita pesakit. Ada masanya terpaksa menyimpan rasa bersalah kerana tidak mempunyai kemahiran yang hebat dan terpaksa menyebabkan mereka menderita.

Ada pula pesakit yang sudah terpaksa dipotong kedua belah kaki kerana salur darah mereka tersumbat. Luka di kedua belah kaki tidak mampu untuk sembuh dan dari sehari semakin teruk kerana tahap penyumbatan salur darah berlaku di bahagian salur arteri abdomen. Keadaan yang dinamakan sebagai aortoiliac occlusion syndrome hanya boleh dirawat dengan ‘bypass’ ataupun menyediakan salur darah alternatif. Namun atas sebab tertentu, ia tidak dapat dilakukan. Saban hari dia menderita kesakitan. Ketidakupayaan untuk bergerak menyebabkan dia hanya mampu terbaring di katil dan akhirnya bahagian punggung telah rosak dan mendapat ulser yang dinamakan bedsore. Disebabkan masalah salur darah dan juga nutrien dalam badan yang semakin berkurang, ia semakin teruk dan memburuk serta membusuk. Setiap hari pesakit meraung kesakitan kerana terpaksa dicuci. Tidak dicuci, maka jangkitan kuman akan menyebabkan kematian. Sampai bila kitaran ini akan berterusan?

Bagaimana pula dengan pesakit yang sudah menjangkau usia lebih 70 tahun yang mengalami sepsis. Jangkitan kuman yang sudah semakin teruk menyebabkan darah tidak mampu sampai ke sel tubuh. Ini mengakibatkan sel badan mengeluarkan asid berlebihan dan menyebabkan pesakit bertambah teruk. Bila-bila masa sahaja jantung mereka akan berhenti berdegup. Selagi mana pesakit dan keluarga tidak menandatangan borang “Not For Active Resuscitation”, NAR, maka selagi itu usaha menyelamatkan pesakit harus dilakukan. Jika jantung berhenti berdegup maka harus dilakukan CPR. Dada harus ditekan dan boleh mengakibatkan tulang rusuk patah. Jika proses resusitasi berjaya, dia terpaksa bernafas menggunakan mesin ventilator.


Bagaimana pula jika pesakit hanya lah kanak-kanak yang baru berusia 5-6 tahun yang terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan otak yang serius. Pesakit sudah tidak sedarkan diri dan pembedahan otak dilakukan juga dengan harapan keajaiban akan berlaku. Namun dari sehari ke sehari tiada perkembangan berlaku. Malah, berlaku pula jangkitan kuman pada kulit kepala hingga akhirnya menembusi otak. Ada isi otak yang terkeluar dari tengkorak dan membusuk kerana ia sudah mati. Adakah keajaiban akan membuatkan dia tersedar? Di saat ini, keluarga masih berharap agar resusitasi diteruskan sekiranya jantung pesakit berhenti berdegup. Andai pesakit hidup, dimana kualiti kehidupan? Ahli keluarga yang sedia miskin terpaksa berhenti kerja bagi menjaga pesakit dan makan minum terpaksa diberi melalui tiub pemakanan.Argh! hidup terlampau komplikated.

Ini hanyalah sebahagian dari dilema yang melanda diri saya. Dilema yang kadang kala membuatkan saya ingin melarikan diri dari berjumpa dengan pesakit sedemikian. Mungkin kerana itu juga saya membenci kehidupan sebagai doktor yang bertugas di ward. Terpaksa bertemu kes sebegini ada kalanya membuat saya berfikir di luar tugasan sebagai seorang insan dan seolah-olah ingin mengambil tugasan dari Allah.

Ya! Kerana tidak sanggup melihat penderitaan maka saya sering berfikir bahawa pesakit ini patut mati. Apa gunanya meneruskan lagi usaha memberi rawatan jika ia hanya akan menyebabkan pesakit bertambah derita. Kematian itu bukan musuh! Jika sudah di tahap akhir sebegini, mengapa tidak sahaja dilepaskan mereka pergi? Soal nyawa ini milik mutlak dari Allah. Soalnya sampai bila kita harus campur tangan untuk membuat intervensi dengan memberi ubat-ubatan dan sebagainya. Patutkah kita menyuruh pesakit pulang ke rumah dan mati di samping orang tersayang? Namun, isu etika menghalang kita dari berbuat demikian.

Andai saya di tempat mereka. sudah pun di usia lanjut dan harapan untuk sembuh adalah tipis, maka ingin saya habiskan saat itu dirumah bersama orang tersayang. Adakah pesakit lain berpandangan yang sama atau mereka masih tetap mahu meneruskan kehidupan.

Dan “MATI” itu adalah sesuatu yang misteri dan 100% milik Allah. Saya yakin terdapat hikmah disebalik sebab mengapa Allah masih memanjangkan nyawa seseorang pesakit itu walaupun pada pandangan doktor, ia sudah berada dihujung nyawa dan tiada harapan. Soalnya, bagaimana insan bergelar doktor dapat terus menguatkan diri untuk tetap meyakini hikmah tersebut?

Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada saya dan rakan sekerja yang mengalami masaalah sama.
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah