Friday, June 29, 2012

Jangan Jual Murah



“Amacam girlfriend? Bila majlis kahwin?” soal saya kepada seorang mat motor yang baru dikenali beberapa bulan. Sebelum ini dia menceritakan kepada saya tentang kekasih hatinya yang dirancang untuk dikahwini.


“Tak jadi la Dr. Sudah putus.”


“Hah? Kenapa putus. Bukan kata hari tu sudah ok ke?”


“Tak bagus perempuan tu. Biasa la, habis madu sepah di buang.”


Saya meneguk air liur yang mula memenuhi mulut. Saya cuba untuk bersangka baik. Namun kejujuran pemuda tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya terdiam.


“ Entah la Dr. Awal-awal memang sudah ok. Tapi bila perempuan tu sendiri jual murah dan serahkan badan. Saya sebagai lelaki mana boleh tahan. Dia yang ajak saya #$%%@@. Nak buat macam mana.”


Saya hilang kekuatan untuk berceramah panjang terhadap beliau. Entah! Tidak tahu apa yang harus saya katakan pada beliau. Berceramah seperti biasa? Tentu sahaja akan menjauhkan terus dirinya dari saya.


Namun kisah yang disampaikannya itu hanya secebis dari realiti yang berlaku di negara kita. Murah sungguh wanita pada masa kini yang mendambakan kasih seorang lelaki. Tidak hairan jika ada gadis berusia baru belasan tahun mengandung dan mengakui pernah membuat hubungan dengan ramai lelaki.


Tidak hairan juga kisah gadis yang konon-kononnya diperdaya lelaki dan dirogol di dalam diam sehingga mengandung semakin bertimbun. Semua kisah adalah sama. Tidak sedar diri mengandung sehingga perut sudah membuncit. Ketika itu, seribu penafian akan dibuat.


Soalnya, siapa yang membuka ruang kepada semua itu berlaku? Lelaki mungkin bersalah kerana menjadi pelaku. Tapi, ia tidak akan terjadi jika peluang tersebut tidak diberi oleh si wanita. Statistik kes rogol membuktikan bahawa majoriti mangsa kenal si perogol!


Bagaimana bisa iman seorang lelaki tidak goyah andai si gadis terus-terusan bermanja tanpa sebab dengan lelaki. Main cubit-cubit, tampar-tampar mesra atau berbicara dengan lenggok bahasa yang menggoda. Paling teruk, ada yang berani berbicara lucah.


Ia bukan satu bohongan ataupun publisiti murahan. Ia kisah benar dan saya juga hampir terkena dengan gangguan-gangguan sebegini. Mahu tidak mahu, kita yang terpaksa menjauhkan diri dan berundur. Natijahnya, jiwa batin semakin hari semakin terseksa. Sungguh azab menahan godaan. Andai para wanita tahu, kasihanilah pada insan bernama lelaki. Hentikan perbuatan yang seolah-olah menjual murah maruah diri.


Jangan bila sudah terlanjur dan mengandung baru anda hendak menyesal. Sekali anda jual murah, ada ramai pembeli yang sanggup membidanya dengan harga yang sedikit lebih tinggi. Asalkan dapat manis madunya, maka sepah yang tidak berguna tidak perlu lagi disimpan.


Sekadar peringatan untuk semua.....

Sunday, June 24, 2012

License To Kill: The Problem With The Term




I was graduated about one year ago after five years of struggling in medical school. Before my graduation time, i watched four batch of my seniors taking their oath of graduation until my time finally arrived.


Of total five times of event, one phrase keep on repeated again and again by the senior doctors who watched their juniors finally able to graduate.


“Congratulation for now you have the license to kill!”


I did not really paid attention to this and did not take this matter seriously until i finally saw it again on the facebook wall.


Too bad that i’m too tired at the moment and it kind of irritate me. I just lost a patient today and it’s hurt even though it’s not a big deal since the patient is a terminal illness patient with distant metastasize cancer. In this kind of patient, death is inevitable and sooner or later, they will finally meet the CREATOR.  It is me myself who keep on praying to GOD to make the death of my patient easy if they are not destined to live.


At the end of his life, this patient taught me a valuable lesson. He teach me to be more confident in managing patient who starts to desaturated. Even though the relative signed for Do Not Resuscitate Order, we still need to correct as much thing as possible. Indirectly, he taught me about lytic cocktail for managing hyperkalaemia (electrolyte imbalance) and bicarbonate correction for severely acidotic patient. A value that i shall never forget in my future career.


In my one year of working, i see few cases which truly affected me badly especially when the patient that i took care finally pass away. Due to confidentiality issue, i’m forbidden to disclose any of the detail regarding the event.


But the accusal of trying to practice on patient, did not want to take care of the patient and distrust by the superior did affect me a lot especially when i’m trying my best to provide the best care for my patient.


Being a new and the most junior doctor wont earn trust by the seniors. Juniors are just kind of irritating face. Like flies who make noisy sounds around the food and with their feet carrying dirt. Nobody will believe a judgment made by the juniors.



When something goes wrong, again the phrase keep on echoing loud. Is it really forgiven if a patient died on the doctor’s hand?


Aren’t we as a muslim were taught by the almighty God about the perseverance of human life. Did the religion taught us that by saving one life is equivalent to saving the life of the whole humanity.

Aren’t that what we are supposed to do? We as a doctor should fight for the best care of the patient. At the same moment, we need to keep on remembering our duty as a muslim to preserve the human life. We are not killer and our medical degree is not to legalize any killing process.

Please stop the usage of the words as it is so irritating. Do not link our noble profession with any evil words.

Friday, June 22, 2012

Dari Pulau Aku Datang.........



Seorang nenek tersenyum sewaktu masuk ke dalam klinik sambil membawa cucunya yang berusia tiga bulan. Setelah dipersilakan duduk, senyumannya semakin lebar. Wajahnya memang cukup saya kenal kerana sebulan yang lalu, cucunya itu pernah dimasukkan ke ward.

Ketika bayi tersebut berusia dua bulan, dia mengalami komplikasi daripada hernia dimana usus masuk ke dalam kantung skrotum melalui lubang hernia. Ia berlaku kesan daripada kelemahan dinding abdomen yang berlaku sejak dari dalam kandungan. Selepas dua hari, barulah pesakit di bawa ke ward.

Pada mulanya, rakan sekerja sedikit marah dengan apa yang berlaku. Namun setelah mendengar penjelasan dari nenek tersebut, kami hanya mampu terdiam. Pesakit tersebut tinggal di salah satu pulau di daerah Sempoarna. Perjalanan dari pulau tersebut ke bandar semporna mengambil masa selama satu jam lebih jika menggunakan bot laju. Dari bandar semporna ke Tawau pula mengambil masa selama satu jam setengah dengan menggunakan kereta sewa atau bas. Namun, kerana ketiadaan bot, mereka terpaksa menunggu selama dua hari. Terperangkap di pulau tanpa kemudahan telefon menyebabkan mereka terpaksa menunggu cukup lama sekali untuk mendapatkan rawatan.

Bayi tersebut benar-benar sakit ketika itu. Lemah tidak bermaya! Sewaktu dibedah, usus dan sebiji batu testis nya telah pun mati. Usus yang mati terpaksa di potong dan di sambung semula manakala testis yang sudah mati pula terpaksa dibuang.

Hanya nenek yang menemani bayi tersebut kerana si ibu yang baru habis pantang terpaksa tinggal di pulau kerana menjaga kembar bayi tersebut. Kedua-dua bayi tersebut sebenarnya dilahirkan di pulau dengan disambut keluarga sendiri kerana tiadanya akses kesihatan.

Sewaktu berada di acute bed, masih saya ingat betapa kasihannya melihat keadaan bayi tersebut terutamanya sewaktu ingin memasang IV line dan mengambil darah. Apatah lagi saya belum menjalani posting paediatric dan terpaksa menjaga bayi. Namun dari sehari ke sahari, keadaannya semakin bertambah baik hinggalah stabil untuk dibenarkan pulang.

Dan hari ini, wajah si nenek terpancar gembira. Anak kecil itu sudah semakin sihat dan begitu aktif sekali walaupun menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk datang bagi temu janji.

“Doktor, kalau kau datang ke pulau kami, aku sendiri akan sambut kamu dan raikan kamu.”

Saya hanya mampu menahan hiba. Gembira dengan perkembangan pesakit tersebut. Bukan ganjaran yang ingin saya pinta. Cukuplah sekadar satu kepuasan apabila melihat mereka sembuh.
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah