Sunday, July 29, 2012

Setahun Sudah Berlalu.....

Seperti mana tajuk mula menuturkan bicara, itulah yang dibenarkan di hati. Setahun adalah masa yang sangat singkat. Pantas sahaja hari berlalu tanpa mengira indah mahupun buruk sesuatu hari tersebut.


Sedih, gembira, geram, terharu..... itu adalah kitaran hari-hari yang dilalui sepanjang satu tahun bergelar doktor. Tiga posting sudah ditempuhi. O&G, Orthopedik dan Surgery. Namun hanya sedikit sahaja ilmu yang berjaya digarap. Tidak semua yang mampu disemat di dada namun syukur juga masih ada sedikit bekal yang dapat dikendong. Dan setahun lagi masa untuk menamatkan housemanship ini.


Apabila difikirkan kembali mengenai pilihan saya mahu bertugas di sini, rasanya saya tidak membuat satu keputusan yang silap. Berkat bantuan Allah, saya akhirnya disini. Sejak di tahun empat saya bercita-cita untuk menimba pengalaman di sabah atau sarawak. Niat tersebut hampir padam dan hampir-hampir sahaja saya membatalkan cita-cita tersebut disebabkan masalah peribadi.


Namun di saat kekusutan, Allah membuka jalan yang diterangi cahaya yang berderang. Hati nekad dan semangat membulat untuk meneruskan impian tersebut.


Di awalnya, terasa kesal dengan keputusan. Maklumlah suasana di sini tidaklah semegah atau selesa seperti di semenanjung. Dalam merawat pesakit, kami harus bijak menggunakan peluang dan menggunakan apa yang ada. Biarpun kelengkapan tidak se-gah di semenanjung tetapi ia mampu memberikan kepuasan apabila melihat pesakit kembali sembuh.


Hati doktor mana yang tidak tersentuh apabila melihat pesakitnya yang masih kecil berada dalam keadaan tenat dan tidak stabil akhirnya diizinkan Allah untuk kembali sembuh dan berlari. Dan dalam lariannya, dia kembali ke pangkuan sambil memeluk erat doktor.


Seorang lagi pesakit juga dalam keadaan tenat. Hampir semua organ nya mengalami kegagalan akibat jangkitan kuman. Berpuluh hari masa digunakan untuk berjuang bersama pesakit. Walaupun tidak 100% sihat, tetapi Allah mengizinkannya untuk terus bernafas. Setidak-tidaknya masa bersama keluarga masih panjang. Sekurang-kurangnya dia kembali tersenyum dan akhirnya mampu bergurau senda. Walaupun bahasa menjadi tembok, namun ia berjaya diruntuhkan.


Saya masih dalam alam pembelajaran. Belum mampu untuk menjadi doktor yang benar-benar unggul dan mantap. Namun saya yakin matlamat ini akan berjaya dicapai. Walau tidak banyak yang dapat dicurahkan, namun saya gembira kerana ada sedikit benda yang dapat dikongsikan bersama mereka.


Alhamdulillah, saya gembira dengan keputusan saya untuk datang ke sini. Mungkin tidak ramai yang mahu datang ke tempat terpencil sebegini. Namun, tempat kecil ini juga dipenuhi insan-insan yang memerlukan doktor. Andai tidak benar-benar mampu merawat mereka, sekurangnya dapat berjuang bersama-sama mereka.


Semoga Allah terus memberikan Istiqamah dalam perjuangan ini dan menyediakan diri ini untuk menjadi doktor yang kompetant dan unggul baik dari segi ilmu, kemahiran dan amalan.

Tuesday, July 24, 2012

The Silence........




Sometimes,
Words are better left unsaid,
Keep it in your heart silently,
Even you  will cry hopelessly,
And asking GOD why it happen?
HE may not answer but,
HE will directs you,
To what is best for you


It is not the plot that you write,
And deviate from your plan,
It may confuse you,
Make you wonder,
Keep you thinking hard,
Or left you searching,
For the meaning will arrive,
As the plot of Allah is the best.


One day,
Your silence will rewards you,
The glory will open his hand,
You shall be bless,
For your patience,
For all the time you have spent,
For hoping in a destiny set by Allah,
And the time will tell.


Jacknaim
24/7/12, 10.20 pm
Taman Ria 7, Tawau Sabah.

Kisah Ramadhan: Kuat Seorang Wanita

Gambar hiasan. hidangan makan malam beberapa hari sebelum puasa bermula.


Teringat akan kenangan berbuka puasa di rumah. Akan ada masa di mana kami begitu cerewet sekali dengan masakan berbuka atau bersahur yang disediakan ummi. Ada yang ingin ayam percik, ada yang ingin ikan tiga rasa, ada yang mahu itu dan ini.


Saya pula jenis yang makan sahaja apa yang ada. Namun, ada masa timbul juga keinginan seperti ingin makan nasi kerabu, ingin berbuka dengan mee rebus. Seringkali juga saya cuba mempengaruhi ummi untuk memasak apa yang saya inginkan. Begitu juga dengan adik-adik saya. Masing-masing mempunyai gaya politik sendiri untuk mendapatkan makanan kegemaran.


Jika tidak kena dengan selera, makanan tetap dikunyah dan ditelan tetapi dalam hati ada juga merungut.


“Ish boring betul. Asyik benda sama sahaja.”


Ketika itu, tidak langsung terfikir yang ummi penat bekerja. Pulang dari kerja kena memasak. Memasak masakan yang hampir sama setiap hari ataupun masakan yang ringkas bukan bererti  tidak pandai memasak. Mungkin ummi penat tetapi kami tidak begitu ambil pusing.


Apa yang kami lakukan hanyalah menonton televisyen sementara mengerling jam menantikan begitu lamanya waktu untuk berbuka puasa.


Begitu juga di waktu bersahur. Begitu liat untuk bangun tidur dan apabila bangun kadang-kadang terasa sedikit memberontak mengenangkan lauk di masak adalah ikan goreng dengan sayur ataupun sambal mangga.


Kini apabila tinggal berjauhan dan bekerja, barulah saya memahami akan betapa susahnya untuk melakukan kerja-kerja seperti mana yang dilakukan oleh Ummi. Segala kepenatan yang dirasa dapat saya alami pula.


Sewaktu mula-mula datang ke Tawau, saya ditakdirkan menyambut bukan puasa di posting O&G. Lagi memenatkan apabila terpaksa tagging di bulan puasa. Datang kerja jam enam pagi dan pulang tidak awal dari jam 10 malam. Keletihan membuatkan saya lebih rela tidur dari bangun bersahur.


Kini saya berpuasa di posting surgery dan sudah pun sampai ke penamat posting. Dalam keadaan bercuti, peluang yang ada digunakan untuk menyediakan juadah bersahur. Walaupun tidak bekerja, rasa malas memang cukup menebal. Untuk menyediakan juadah bersahur memang berat rasanya.


Setiap kali memasak, pasti terkenang kembali tentang ummi di rumah. Hebatnya Ummi kerana masih gagah untuk memasak walaupun penat selepas pulang dari kerja. Gagahnya ummi kerana masih mampu bangun di awal pagi untuk menyediakan juadah bersahur walaupun tidur lewat malam.


Ya! Hebat dan kuat sungguh semangat seorang wanita. Sesuatu yang sukar untuk orang lelaki lakukan.

Monday, July 23, 2012

Catatan Ramadhan: Kisah Makanan


Sewaktu saya mula-mula menjejakkan kaki di Tawau, saya mengalami masalah untuk makan makanan di sini. Setiap kali saya makan pastinya saya akan muntah-muntah dan terasa makanan lekat di kerongkong. Berminggu saya menampung badan besar saya dengan air milo dan roti sehingga akhirnya dapat menjamah makanan yang ada dengan penuh nikmat.

Disebalik kesibukan bekerja, satu demi satu kedai makan yang ada di jelajah untuk mencuba masakan yang tersedia. Ada masanya, saya dan rakan-rakan akan makan besar terutamanya apabila masuk gaji bulanan. Mewah kami berbelanja hingga ada yang lebih dan dibiarkan membazir.

Sifat buruk itu seringkali membuatkan saya rasa bersalah dan berdosa. Di saat kami makan-makan, maka ketika itulah adanya pengemis yang datang untuk meminta sedekah. Dari sekecil-kecil umur hinggalah yang mendukung anak.

Saya tidak pasti samada mereka benar-benar fakir miskin atau daripada mana-mana sindiket. Tapi yang pastinya, saya melihat wajah yang sama. Adakah ini merupakan satu kerjaya atau mereka terpaksa?

Nak bagi derma atau tak nak bagi?

Kalau tak diberi, maka mereka akan duduk di situ dan buat muka kasihan. Tidak dibagi lagi mereka akan menarik baju. Hendak dihalau, mereka adalah manusia dan tidak patut di hina.

Jika diberi, akan datang lagi yang lain. seperti satu networking facebook. “orang ini beri duit. Cepat serbu!”

Entah!

Kehidupan ini tidak semudah yang kita bayangkan. Mungkinkah kelaparan memaksa mereka menebal muka meminta sedekah atau mereka sekadar malas berusaha dan hanya tahu meminta.

Kita yang berada di atas pada mereka mungkin gagal memahami situasi mereka. maklumlah, setiap bulan gaji masuk. Tidak perlu untuk difikir tentang itu!

Sedang mereka?

Ampunkan aku ya Allah kerana membazir dan berbelanja mewah sedang masih ramai yang sedang kelaparan. Salam Ramadhan.

Thursday, July 12, 2012

Makna Yang Cukup Dalam



Satu malaysia sudah kecoh tentang berita penangkapan tiga mahasiswa USM yang terlibat dalam komplot kes pemalsuan dan penjualan sijil diploma, ijazah dan juga ijazah sarjana muda lanjutan.


“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!”


Bukan sahaja nama universiti tercemar tetapi kredibiliti graduan turut dipersoalkan. Kartun yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan memberi makna yang cukup mendalam. Hanya Allah yang tahu betapa pedih nya perasaan saya selaku graduan USM.


Lima tahun menuntut di USM menyaksikan saat suka dan duka. Masih saya ingat sewaktu di Tahun satu kampus perubatan, lebih dari 30 orang rakan batch saya yang terpaksa mengulang tahun satu kerana gagal peperiksaan professional. 4 orang pelajar ditamatkan pengajian.


Apabila kami di professional II iaitu di tahun tiga, lebih kurang sebelas orang yang terpaksa mengulang fasa II. Dan sewaktu di tahun akhir, lebih kurang sebelas orang lagi kecundang.


Terlampau banyak kegagalan boleh jadi membawa dua makna. Samada soalan peperiksaan kami memang susah atau kami betul-betul kurang ilmu.


Hampir setahun di alam pekerjaan, melihat kartun ini benar-benar mengguris emosi saya. Saya sedih bukan hanya kerana nama universiti dipermainkan. Akan tetapi saya lebih sedih apabila diri masih tidak kompetant.


Seolah-olah jenaka tersebut terkena pada diri. Adakah kelulusan saya dalam peperiksaan itu ‘palsu’.


Beberapa hari ini, banyak teguran membina yang saya terima dari pegawai atasan.


“You are from USM right, this mistake is not supposed to happen.”

“You know thing but never apply to the patient.”

“You are embarrassing your university name.”

“Are you really from USM?”


Saya hanya mampu membiarkan hati saya menangis. Hati saya kecewa kerana tidak mampu untuk menjadi graduan USM yang baik. Ketidak pandaian saya telah menjatuhkan maruah tempat saya belajar.


Bukan salah pensyarah dan bukan juga salah sistem pembelajaran universiti. Tapi salah saya kerana malas untuk belajar, malas untuk bertemu pesakit, malas untuk melakukan prosedur, malas segala-galanya. Walaupun segala benda boleh diperolehi.


Dan kartun ini menjadi garam yang ditabur pada hati yang robek terluka. Bisanya tajam menghiris kalbu. Dalam rancak kekunci bertinta, hati pula dipayungi rasa sedih yang amat sangat.


Semoga Allah memberi kekuatan pada saya untuk terus memantapkan ilmu demi untuk pesakit, agama, bangsa dan negara. Dan agar tidak menjadi fitnah kepada universiti yang menjadi tempat saya menimba ilmu.


Saya sayang USM.

It’s Not About The Number....


There’s one patient with breast cancer whom i know of. A very fragile young lady who already lost her husband and now striving hard to survive. She feels all alone, lonely and so afraid of being happy.


It is very difficult for her to see other patient with breast cancer die one by one. When will her turn come? That’s the question that keep on bugging in her mind.


It troubles her so much till she even think about killing herself and her children. It is better to die now than keep on suffering and it’s better to take the children life as well for she is so scared that nobody will take a good care of them.


She was crying, she was scared and she’s dying. Her future is uncertain and hunting it is very troublesome to her. She was very anxiety and keep on having the attack. Her heart palpitate and she could not sleep. 


And the most difficult question for me is that, “Dr, am i going to die? Can i make it? Can i just kill myself?”


It is hard for me to answer it for sure. Only one thing that i can say. “ Even if some doctor tell you that there is 95% of chance that you will die from your illness, never bother about the figure. Just think that no matter how bad it is, you still have 5% of chances to get better. You still have 5% of chances to enjoy your life. It is GOD who decide but this valuable 5%, please use it wisely. Use it to enjoy your life, spent your remaining day with your love one and keep on fighting. It is just a figure and nobody can tell for sure that this small 5% would not boast your chance of survival.”


It is good to hear that she promise to continue to fight. I’m glad that she agree to continue the chemotherapy and promise to spent the day wisely. I’m glad that she’s still alive and stay firm in this tough battle.


But tomorrow never reveals the answer for today. May the blessing of Allah be with her and she will continue to fight her best to survive the illness.
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah