Monday, December 2, 2013

Doktor Suka Tengok Kemaluan Pesakit.







 
Kita dikecohkan dengan beberapa insiden berkaitan dengan kewajaran doktor Perubatan lelaki menyambut kelahiran atau mengendalikan  kes-kes sakit puan dan perbidanan. Ia bukanlah sesuatu yang baru dan sebenarnya sudah muncul sejak saya masih lagi bergelar  pelajar perubatan. Ia membawa kepada insiden-insiden seperti  adanya suami yang menghantar surat kepada  pengarah hospital bagi melarang isteri di  rawat oleh doktor lelaki.


Dalam isu ini, pertamanya ingin saya tegaskan bahawa saya faham dan menghormati  keputusan mereka untuk berbuat demikian. Akan tetapi, realiti juga harus dipandang  dengan mata di kepala dan juga mata di hati  disamping kita harus memahami akan hak dan  tanggung jawab.


Kita berhak untuk meminta itu dan ini demi untuk kebaikan kita tetapi jangan pula kita  lupa bahawa orang lain juga mempunyai hak  mereka sendiri dan juga tanggung jawab. Bebanan tugas O&G dan juga stress akibat  tekanan kerja andai berlaku masalah  menyebabkan ramai doktor wanita tidak sanggup  untuk bekerja di jabatan ini. Jumlah sedia ada  doktor wanita yang sedikit menyebabkan bebanan  kerja mereka semakin bertambah sehingga  terpaksa mengabaikan keluarga. Malah, banyak  juga kes penceraian dalam kalangan doktor- doktor wanita ini berlaku akibat daripada  terlampau sibuknya bekerja hingga mengabaikan  keluarga.


Dalam kepenatan bekerja, akal juga akan turut  keletihan hingga boleh membawa kepada kesilapan sewaktu bertugas. Jika kesilapan  berlaku, doktor berhadapan dengan tindakan  tata tertib mahupun saman. Realiti hidup hari  ini, seikhlas mana pun kamu bekerja,  masyarakat akan sentiasa mengintai ruang kamu  melakukan kesilapan dan seterusnya memfailkan  saman.


Oleh itu, sama-sama kita renung adakah wajar kita tergila-gila mengejar hak kita hingga kita lupa bahawa doktor wanita juga mempunyai tanggug jawab kepada keluarga mereka. Mereka juga mempunyai hak untuk menguruskan rumah tangga mereka, berhak untuk mendapatkan rehat secukupnya, berhak untuk bekerja dalam suasana yang harmoni, berhak untuk menjaga kesihatan jasmani dan mental mereka, berhak untuk memberikan rawatan yang standard kepada pesakit mereka, berhak untuk memilih bidang kepakaran yang mereka inginkan dan bukan hanya O&G, berhak untuk bercuti, berhak untuk tidak hanya melihat doktor lelaki bergoyang kaki kerana semua pesakit tidak mahu doktor lelaki.


Doktor adalah golongan professional. Semua pesakit yang datang adalah sama. Mereka datang untuk mendapatkan bantuan dan kami sebagai doktor akan merawat dengan etika dan nilai professional yang diajar sejak dari bangku universiti lagi.


Sebagai seorang doktor, hati saya begitu sakit dan terluka membaca komen-komen masyarakat yang seolah-olah menggambarkan doktor ini tidak professional.


sebagai contoh, komen yang ditulis oleh seorang hamba Allah ini di mana beliau yang cukup mulia ini ingin mengarahkan pihak keselamatan menerajang doktor lelaki yang bahalol kerana suka sangat nak tengok kemaluan isteri orang.


Wallahu'allam, saya tidak tahu beliau ini ahli syurga dari tujuh syurga yang mana dan apa amalan dia di atas dunia yang membolehkan dia menjadi manusia yang cukup sempurna hingga menuduh kami sengaja atau suka-suka untuk melihat kemaluan.


Apabila wanita dalam keadaan ingin bersalin atau datang kerana keguguran, mereka berada dalam keadaan yang aib. Mereka terberak di atas katil, bau darah bercampur air ketuban yang sangat hanyir dan busuk, serta berada dalm keadaan penuh kesakitan. Paling teruk, ada yang datang disebabkan jangkitan pada kemaluan dengan nanah dan lendir keluar menitis-nitis. Manusia waras mana yang ingin bergembira melihat keadaan mereka sebegini? Dan manusia kurang akal mana yang akan terangsang nafsunya melihat keadaan begini.


Bahkan suami yang selalu melakukan hubungan seksual dengan isteri juga tidak akan sanggup melihat keadaan yang penuh aib ini.


Akan tetapi, para doktor tidak pernah pula berkata kepada pesakit "Kenapa &*&*^*# kamu ni busuk sangat, jijik sangat?"



Ini kerana, para doktor telah dilatih untuk berhadapan dengan situasi ini bagi membantu proses kelahiran. Ketahuilah bahawa proses kelahiran itu bukanlah penyakit tetapi jika tidak ada ahli yang benar-benar mahir, kadar kematian untuk ibu dan bayi adalah tinggi. Kadar kematian ini juga dijadikan penanda aras kemajuan sesebuah negara dan juga di audit hingga ke peringkat World Health Organization. Para doktor begitu memandang serius isu ni dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan langsung tidak ada masa untuk menikmati kemaluan isteri anda sekalian. Dan para doktor juga tidak ada masa untuk bergosip bahawa kemaluan isteri kamu senget, atau berketuat atau segala macam bentuk.


Ketahuilah, kami tak lapar nak tengok kemaluan isteri kamu dan kami juga tak kebulur nak suka-suka membuat pemeriksaan pada alat sulit isteri kamu. Apa yang kami lakukan hanyalah berdasarkan tanggungjawab yang di amanahkan.


p/s: Berkaitan dengan hukum doctor/pelajar Perubatan merawat pesakit berlainan jantina [link]

p/s 2: Pelik tengok pesakit yang tak pernah pakai tudung, pakai baju Nampak buah dada, tapi tiba-tiba jadi ustazah bab-bab ni.

p/s 3: Pelik juga tengok ustazah yang sangat alim bagai, tapi masuk masa contraction pain, tak pernah pula sembahyang.

Senang cerita, kumpul duit sebelum kahwin lagi lepas tu pergi Klinik An Nisa ke ataupun mana-mana klinik swasta. Ini ada duit lebih buat beli iPhone la, tukar kereta la, beli baju busana konon nya muslimah tapi nampak buah betik.........

Nota Kaki dan Respons terhadap Komen melalui FB, comment section (12/3/13 - 10.30 AM)



Setelah mendapat input dan interaksi yang  banyak melalui ruangan komen, maka saya  mengambil keputusan untuk menambah artikel ini  dengan beberapa nota kaki agar saya tidak  perlu menulisnya berulang kali


1) Apabila doktor lelaki melihat kemaluan  perempuan = Aurat, maka apakah pula hukum nya  apabila doktor atau nurse WANITA bukan islam  melihat kemaluan perempuan dan apa pula hukum  nya sekiranya doktor atau nurse itu adalah  WANITA ISLAM. renung renungkan dan amal- amalkan.

*Mengikut pendapat ulamak, doktor muslim yang  tsiqah lebih afdhal merawat pesakit wanita islam selepas doktor wanita kerana mereka akan  lebih memelihara maruah wanita islam. Walaubagaimanapun, dalam konteks doktor-doktor  Malaysia, majoriti doktor adalah professional  dan tidak akan mendedahkan maklumat pesakit  kecuali di atas beberapa sebab.

2) Adakah saya menentang idea ini?

Saya tidak pernah menentang bahkan saya  bersetuju bahawa adalah lebih afdhal sekiranya  doktor wanita merawat pesakit wanita  terutamanya dalam bidang O&G tetapi pada masa  sama, perbahasan ulamak juga tidak mengatakan  100% haram untuk Dr Lelaki merawat mereka.  SIla rujuk tulisan saya yang ditulis sewaktu  masih dalam kursus doktor perubatan yang link  nya diberi di atas.


3) Adakah isu ini disebabkan program semanis  kurma?

Ya dan tidak. Isu ini sudah lama berlaku.  Bahkan sewaktu saya bergelar pelajar perubatan  lagi. Bahkan, saya sendiri turut diminta oleh  suami pesakit untuk keluar dari dewan  bersalin. Disebabkan peristiwa itu lah saya  mengambil keputusan untuk meninjau apa  sebenarnya pendapat ulakmak berhubung isu ini. Dalam program semanis kurma baru-baru ini  (yang saya lihat rakamannya melalui YouTube),  saya kira penceramah jemputan telah mengupas  tajuk ini dengan baik. Bahkan kebanyakan point  yang beliau kupas adalah hampir sama dengan artikel yang saya tulis.  Walaubagaimanapun, Ya, rancangan ini telah menyemarakkan kembali senteman ini. Pasangan ustaz-ustazah tersebut saya lihat banyak bermain dengan sentimen sewaktu melayani panggilan telefon dan sewaktu membuat rumusan. Bagi saya, ia bersikap selektif kerana langsung tidak memberi definisi sebenar tentang aurat dan tidak pula merumuskan hujah panel jemputan.


4) Adakah saya membodohkan diri sendiri menulis artikel dengan menyindir pemberi komen tersebut? 

Terpulang pada penilaian anda samada ia perbuatan bodoh atau tidak. Yang nyata, kebanyakan manusia sebegini tidak mahu mendengar nasihat secara elok-elok dan perlu ditundukkan dengan lagak mereka sendiri. Ini bukan lah bererti bahawa seseorang itu perlu sempurna untuk memberi teguran. akan tetapi, komen beliau tidak mengandungi unsur teguran sebaliknya komen emosi yang bersikap serkap jarang dan ikut sedap mulut.


5) Adakah Impian ini boleh dicapai?

Boleh tapi saya melihat ada banyak isu yang lebih darurat berbanding ini. Saya bersetuju dengan komen seorang komentar mengenai usaha meningkatkan taraf kesihatan di pedalaman kerana saya juga bekerja di kawasan bukan bandar yang mana akses kesihatan adalah tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya melihat kekurangan akses kesihatan  untuk masyarakat pedalaman adalah lebih darurat berbanding isu sekarang.


6) Mengapa bukan nurse sahaja yang menyambut kelahiran?

Untuk kes kes yang tidak berisiko tinggi, sememangnya jururawat yang menyambut kelahiran di birth center. Hanya untuk kes yang berisiko tinggi akan disambut oleh doktor dan perlu dinilai dari semasa ke semasa memandangkan keadaan bayi dan ibu Boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.


7) Mengapa tidak tunjukkan saja print screen ustaz atau ustazah

Ada ustaz dan ustazah mengatakan bahawa ramainya doctor lelaki Adalah disebabkan agenda yahudi. Dalam isu lain, berbahas dengan mereka sering mendapat jawapan yang tidak selari dengan sains. Contohnya untuk sakit senggugut, ia Adalah disebabkan jin menghentam dinding Rahim. Adakah terdapat mana-mana ahli sains yang bersetuju?.

Keduanya, sekiranya kita melihat pandangan ULAMAK MUTABAR lama dan KONTEMPORARI, saya melihat mereka mempunyai pandangan berbeza tetapi HARMONI. Kerendahan diri mereka dalam member pendapat Adalah dipuji dan golongan ini tidak menolak 100% kes wanita bersalin di rawat doctor lelaki. Pendapat mereka jugalah yang menjadi asas Kepada hujah saya dalam member justifikasi Melalui artikel ini.

138 comments:

jasmin m.bostamam said...

Knp pelik tgk ustaz ah yg alim bagai time contraction pain x pernah pulak semayang? Agak x setuju statement disitu.. mane tau die sakit sgt smpi x boleh nk solat????

Anonymous said...

Salam pn jasmin.. walaupon sakit bagaimanapun, bukaan rahim dah buka 8cm pon, kita still wajib solat. Bole rujuk yg lebih pakar tentang hukum solat waktu sakit bersalin ye.

Anonymous said...

Manusia2 jenis ni adalah yg x reti nk fikir perasaan ngan tanggungjwb org lain... Kalau rs diri bagussss sgt, tau je awak or bini awak tu ngandung, kumpullah duit bebbb.. spital swasta yg islamic dh melambak2.. ini x, duit melaram kete, beli hp mahal, boleh plak ko tanggung bln2.. x yah ckp byk, x yah nk komen byk (mcm korg tu bagus sgt)..

tp bila bab2 mcm ni, berkira, pastu tunding jari kt org.. cer try awak tu jd doktor, kita tgk cane rasanya nnt.. huh..

Doktor ke nurse ke cikgu ke askar ke..lumrah la kan korg2 yg bajet bagus ni nk menunding2 cari kesalahan.

Pn yasmin oiiiii... selagi x kuar darah yg bersama2 bayi tu, ekau masih WAJIB SEMBAHYANG!! Sakit mcm2 mana skalipun xde alasan xyah or xleh smbhyg selg ekau berakal dan waras!

*sy ni perempuan. Sorg ibu jugak okay! Bknnya xde pengalaman mengandung dn bersalin. Pernah warded spital kerajaan dn doktor o&g semua lelaki. Dek kerana x tahan dan segan doc lelaki 'check jln', sy pun pilih utk 'check out' dan g cari spital swasta yg doc nya perempuan.. mmg dh tau kompem kos tinggi.. bknnya org berduit tp dh kerana sy yg pilih utk doc perempuan, x kanlah nk keras kepala jumpa admin spital kerajaan tu utk bg sy doc pompuan! Sendiri nak, sendirila cari jln..

Pot pet pot pet sana sini nk tunjuk yg kita tu bagus sgt? Renti kan lah...

Jacknaim said...

Jasmin M. Bostamam: sila tanya ustaz atau alim ulamak sebarang perkara yg berkait dengan hukum

Puan Anonymous
Tahniah di atas pilihan yang puan lakukan. Saya juga bercadang melakukan perkara yang sama andai hosp kerajaan tidak dapat menyediakan isu tersebut terhadap bakal isteri saya nanti. doa doakan.

benar seperti kata puan, hakikat masyarakat kini yang mempunyai sentimen secara terpilih.. untuk keperluan dunia, sanggup berhutang kad kredit untuk membeli pelbagai barangan mewah.tapi untuk yg fardhu dan keperluan, tidak pula mahu berkorban dan sentiasa berharap pada barang free atau murah.

ia adalah realiti sebenar yang dihadapi oleh kami para doktor.Ramai yang berlagak kaya tapi ada pula yang sampai tahap datang mencuri cop ibu jari keluarga yang hampir mati demi utk mendapatkan harta...

kami cuba untuk memenuhi keperluan anda tetapi pada masa sama, perlulah realistik. Pilihan ada di tangan anda, pilih lah yang sesuai dengan keperluan

Anonymous said...

Labour room is not every mans desire to go in.trust me threre is no fun there

nizamu said...

Sy tak faham mengapa dr lelaki memilih bidang ini, adakah sudah menjadi cita2 di bangku sekolah utk menceburi bidang ini? Difahamkan pelajar2 di universiti 80% nya adalah perempuan, dimanakah mereka semua? Bidang apa yg mereka pilih? Bg pelajar lelaki pula, dah kritikal sgt ke peluang pekerjaan sehingga memilih bidang perbidanan ini.

muhammads said...

Manusia paling bodoh bangang dan bebal yg tulis cmni.. Ingt nk sgt tgk? Tmpt paling busuk, berlendir, kotor dan beracun... Dhla xreti jaga kebanyakannya.. Org buat sbgai tanggungjwb shj, bkn perbankan dan gila Sex mcm penulis blog ni..0penulis blog ni hny tau tgk kemaluan, punggung dan payudara Perempuan shj. Kami melihat hny utk tolong, itupun xtgk, tgn lebih cdp gerak tanpa tgk.. Sekali lagi, siapa yg tulis blog dan sokong blog ni adalah manusia paling bodoh dan bebal dlm ilmu agama dan ilmu dunia..

Anonymous said...

Saya seorang pelajar perubatab, dan memang telah menjadi mewajipan kami untuk melengkapkan sesi di wad bersalin, sambut bayi dsb.

Erti kata lain, bukan semua doktor yang ada dalam wad bersalin tu ambil perbidanan. Mana mana doktor pun masih kena sambut bayi dalam karier mereka.

Harap mengerti. This is not a choice. Its our responsibility.

Anonymous said...

harap maaf, banyak typo. Typing on a phone is never easy/ fun

Anonymous said...

Nizamu:

Cetek sungguh pemikiran anda. Sila baca semula dan fahamkan. Awak ingat kitorang doktor lelaki ni nak sgt ke masuk labour room? Cubalah awak seorg doktor perempuan yg berkeluarga. Awak ingat setiap hospital ada sekarang ada doktor perempuan yg cukup untuk memenuhi kehendak si suami mahukan doktor perempuan menyambut kelahiran anak mereka? Awak fikir kelahiran tu dtg waktu pejabat 8-5? Jika awak seorg doktor perempuan, sanggup awak stay on call smpai 36jam? Sanggup awak mengabaikan keluarga awak sendiri sebab nak memenuhi kehendak para suami yg mahukan doktor perempuan? Sila fikir sefikir2 nya sebelum bercakap ikut suka. Satu hari nanti mungkin kita akan mempunyai jumlah doktor perempuan yg cukup nk melayan kehendak awak. Malangnya saat ini, tidak. Kalau awak ada anak perempuan, suruh dia jadi doktor. Supaya doktor.lelaki lain tak payah susah2 nk menyambut kelahiran anak awak. Ingat kita suka2 agaknya volunteer nak tgk kemaluan org. Bercakap jgn ikut sedap. Tgk realiti semasa. Kalau boleh kitorang tak masuk labour room, mmg xde la nak masuk. Jgn smpai semua doktor lelaki mogok takde org nak sambut anak awak nanti!

Anonymous said...

Memang laa kritikal chek oi...takdenye suka2 diorg nak masuk bidang ni. Dah ada mereka ni sanggup belajar berbelas tahun nak jadi pakar, bersyukurlah. Yang kutuk2 kenapa? Ko tu ada sumbang apa2 ke dalam bidang ni?

Jacknaim said...

ok sama sama kita kurangkan emosi dan jom kita sama-sama fikir

doktor lelaki tengok kemaluan perempuan = AURAT

baik

doktor perempuan/ jururawat perempuan tengok kemaluan perempuan = adakah orang2 yang rational ni akan cakap bukan aurat? fikir2 kan, renung dan amalkan

zafar honey said...

Nizamu... ada banyak sebab kenapa lelaki pilih O&g, ni antara sebab yg prnah sy dengar dr lecturer n MO sy,
1. Rasa bahagia bila dpt menyelamatkan nyawa baru, tambah2 melibatkan 2nyawa, perasaan tu amat lain kalau dibandingkan dgn menyelamat pt yg dah chronic kat Medical.. dan perasaan tu sy dah rasa skang, hepi sgt bla kta tlg baby kuar...
2. Mana lg elok bidang ini diterokai oleh lelaki muslim or non-muslim, lecturer sy cerita dulu2 rmai sgt Dr lelaki non-muslim kat O&g, dia rasa terpanggil n bertanggungjawab untuk involve o&g, at least ada org muslim yg merawat kaum ibu walaupun dia O&g bukan pilihan utama dia, ini salah satu bakti kt pada ummah..
Doktor perempuan mmg ramai n diorg semua sihat2,, medicine ini amat luas, bnyak bidang yg blh diterokai, doktor2 perempuan masih ada menerokai pelbagai ilmu Allah...
Encik/cim Nizamu x usah bimbang sgt sebab sekarang ni sy tgk dah ramai Dr perempuan yg involve O&g compare lelaki.. tq

Anonymous said...

saya pernah pergi hospital kerajaan untuk rawatan kesuburan..saya mohon doc O&G perempuan untuk buat TVS sampai tengahari dia(doc perempuan muslim) sibuk buat dokumentasi..akhirnya dia marah2 cakap sama ajelah doc lelaki ke perempuan!tak nampak ke kerja banyak ni?seorang doc lelaki Cina pujuk saya untuk TVS dgn dia..sejak itu saya tak kisah dah berurusan dgn doc pakar O&G lelaki...kdg2 doc lelaki lebih memahami, lemah lembut dan sangat meyakinkan kepakarannya...wallahua'lam.

Anonymous said...

Pengalaman sndr..doc lelaki cek bkn tgk pun kemaluan kita..melainkan dia yg nyambut baby, jahit, n periksa jahitan..tidak la sy kata seronok diperiksa doc lelaki..ttp kenyataannya doc lelaki lebih gentle. Xmcm doc pompuan main rodok sana sini..sakit yg amat..tp time doc lelaki xsakit pun wpun malu sgt..tp yg sy perasan dorg mmg xtgk pun kemaluan kita..

Anonymous said...

Err aurat perempuan ngn perempuan kn dr pusat ke lutut..so xkesah la doc laki or pompuan, still aurat kot. Abes tu sesape pun xleh nk smbut baby tu la? Xlogic langsung. Bab 2 nyawa manusia kot, masih nk pertikaikan doc laki atau pompuan. Syukur la ade doc yg nk tolong smbut ..

simplysuzy said...

Hmmmm... simpan duit! Pi pusrawi or pusat perubatan islam. Jangan la bagi komen2 yang cynical atau lebih tepat lagi: macam bagus, sedangkan kita bukan berada di dalam situasi doktor2 tersebut. Kepada yg belum beranak, doc takkan tengok kemaluan setiap kali pergi check. Dia pun ada mesin dia. Habis2 pun pegang perut. Punnnn dia tak telek perut awak tu. Mata dia tengok images of ur baby ajekkk. Maybe dia akan tengok bila awak dah contraction nanti tapi tak.pernah pulak yang telek iye2 setiap inci. Tapi tak dinafikan ada doc yang nakal. Adat lah manusia. Tak dinafikan juga ada lelaki2 yg bukan doc pun nakal..

Anonymous said...

Setuju.. aurat wanita sesama muslim juga antara pusat dan lutut. Jadi, adakah hanya suami yg dibenarkan untuk menyambut kelahiran? X logik bukan?!

Anonymous said...

Susah susah suruh je la laki sendiri sambut baby....komplen saja pandai..cuba buat sendiri tengok.....dok sibuk pasal haram la apala...pegi tanya wife2 orang alim ulamak ada ke diorang meroyan pasal benda2 ni....

Anonymous said...

Lepas ni buat petisyen haramkan bidang gaenacology untuk lelaki...pasni haramkan pulak subjek biology bab pembiakan utk dibaca oleh pelajar lelaki..pasni bla..bla...do you think make sense? Too jumud alredi ma..

Anonymous said...

Budak lg ni..ckp mcm guna kepala lutut..

Azman said...

Assalamualaikum. Mohon maaf. Jack naim minta jangan emosi tapi artikel anda ada sindiran. Memang ayat pengomen tu bodoh tapi jangan bodohkan diri awak dengan dia.Buang sindiran tu lagi baik. Adakah perlu semua orang membuat amalan yang sempurna baru perkara ini akan dilaksanakan? Takkan nak tunggu semua perempuan pakai tudung, dah bertudung kena pakai yang labuh, dah labuh kena sembahyang sebelum bersalin baru ada rancangan nak merealisasikan perkara ini. Kita perlu berpijak pada realiti, itu saya faham. Tapi takkan kerana realiti kita tolak bulat- bulat tuntutan agama. Biar perkara tu susah atau mustahil untuk dilaksanakan tapi jangan kita keji orang yang mahu perkara yang baik. Ramai yang emosi tentang perkara ini tak kira dari pihak pesakit ataupun doktor sendiri.
Saya tahu dari sudut realitinya sukar dilaksana, tapi kita sebagai ummat islam patut tanam di fikiran, O&G patutnya untuk doktor wanita. Tapi kebanyakkan doktor menolak bulat2 idea ini. Memang susah nak dilaksanakan dengan kekurangan doktor, masalah masa berkerja on call 36 jam. Kita perlu mencari cara untuk laksanakan usul ini. Sistem shift yang lebih baik yang bagaimana sesuai untuk perkara ini terlaksana. Perkara ini takkan berlaku sekelip mata. Mungkin berpuluh tahun pun tak terlaksana. Tapi takkan sebab itu kita menolak tuntutan agama.
Ada yang bertanya aurat antara wanita itu sendiri. Dalam islam menggariskan aurat ketika bersalin ni perlu didahulukan wanita islam, wanita kafir, lelaki islam dan akhir sekali lelaki kafir. Kalau suami boleh sambut sendiri itu memang terbaik sekali.
Sama juga halnya rawatan untuk pesakit lelaki, seelok eloknya doktor lelaki islam yang rawat. Tambahan kalau melibatkan aurat lelaki.

Anonymous said...

Saya medical student 4th yr perempuan yea. Terdetik nak tinggalkan komen.

Walaupun saya bukan dr lagi, tapi saya dah pergi wad bersalin dan ah pernah sambut orang bersalin. Fuh, bukan kejap nk sambut orang bersalin ni. Berjam jam. Kalau time on call, nak pengsan saya dibuatnya. Nescafe bertin tin sampai saya pun gastritis. Letihnya Allah je tau.

Dengan daya tahan yg tak nak berapa kuat ni, saya tak rasa nak sambung dlm bidan perbidanan ni. Dah la banyak pulak kes saman contohnya baby meninggal la etc. Imagine la kan, dah la saya letih2 tolong jagakan dia nak beranak,pastu dia saman saya?

Haih, tu satu hal. Yang nanti bila saya kahwin dan ada anak, takkan la saya nk tinggalkan anak kat rumah menangis nak susu sebab nak handle orang beranak. Tu xtrmasuk nak masak, urus hal suami lagi. Kalau boleh, saya nak la bidang kerja yang saya mampu handle kan..

Teringat sorang dr saya ni yang ambil bidang bidan ni la, dia menangis bagi tau husband dia yang dia tak sedar yg anak dia dah besar. Pejam celik pejam celik dah besar anak sbb sibuk sangat handle orang beranak. Masa dgn anak sgt limited. Nasib baik suami ustaz, jadi xsibuk sgt blh tlg jagakan anak..

Perlu paham yg bidang perbidanan ni bidang yg tough yea. Dgn dr perempuan yg xramai nak amek bidang ni, tu pun kira alhamdulillah ada dr lelaki nak tolong cover. Kalau x, timbul la pulak isu xcukup dr bidan, ye dak?

Jadi mitak2 tlg berterima kasih jugak kt dr2 yang tlg dan banyak berkorban. Gaji tak setimpal mana pun dgn letih and sakit kepala nak handle orang beranak tu.. kalau tak nak berterima kasih pun takpe, at least mitak tolong la jangan kutuk.. umpamanya orang tolonf kita tapi kita lempar najis kat dia.. macam tak cantik je perangai macam tu..

Tak salah ye nak dr perempuan tp pandai2 la g swasta. And please yea, jangan duk kutuk2 yea. Saya ni pun rasa sedihnya sbb sy nmpk sendiri betapa dr2 ni berusaha tlg orang lain beranak dan korbankan byk masa dan tenaga.. tak nk hargai takpe, cuma tlg mitak jangan lempar 'najis' yea.

Sorry bahasa kasar sikit. Dah lama terpendam dalam hati ni huhu.

Anonymous said...

Salam azman..

Untuk cadangan nak jadikan semua dr perempuan je yang handle kes beranak ni, memang bagus idea tu.

Tapi cuba tgk realiti hari ini. Banyak dr yang ada. True. Sampaikan sekarang dah timbul isu medical graduates mungkin takde kerja nanti dek dr dah belambak2. Dalam ramai2 dr tu, ramai la kan dr perempuan la kan..

And here goes the question. Dalam ramai2 dr perempuan tu, berapa ramai yg nak jadi dr bidan? Trengg jeng jeng..

Yang tu la puncanya. Tak ramai. Masing2 pilih bidang yang sesuai dgn minat dan kemampuan diri masing2. Oh, kalaulah hanya dr perempuan je yg boleh jadi bidan, alamatnya kelam kabut hospital sebab tak cukup dr nak sambut orang beranak.

Ape iniatif? Nak rekrut makin ramai dr perempuan? Boleh cadangkan. Tapi berapa ramai yg nak? Berapa ramai yang nak tinggalkan family untuk kerjaya? Its a known fact yang bidang sambut orang beranak ni sngt sibuk dan memenatkan. Kalau awak sendiri la perempuan, awak nak? Mana awak pilih, nak jaga anak awak dan suami awak ataupun asyik kena bgn malam2 sbb kena gi hospital ada patient nak beranak? Perlu ingat yea. Bukan sekali sekala orang beranak. Orang beranak tiap tiap hari. Banyak pulak tu dalam sehari.

Azman said...

Saya tahu ramai dr wanita tak berminat nak ambil bahagian o&g. Realiti saya tahu susah seperti mana komen di atas tadi. Idea ini kalau nak dilaksanakan akan ambil masa yang panjang baru 100% tercapai. Tapi kalau doktor doktor islam sendiri menolak idea ini, rasanya akan tercapai tak idea ni.

Anonymous said...

To nizamu..do u have any knowledge at all mengenai bidang perubatan..jangan simply judge orang kalau x tahu

Anonymous said...

Setuju. Solat tetap wajib selagi xcuti solat..ini pendapat semua ulamak...

hamba Allah said...

En. Azman.. fyi, kami tidak menolak 100%, cuma kami berpijak di bumi nyata... wallahualam

Anonymous said...

Sy merupakan pegawai perubatan ud44..dalam proses menyambung master...masa student memang O&G antara cita2 sy..tp bila dah melalui housmanship dan sudah berkeluarga sy terpaksa letak tepi impian tersebut...syabas dan tahniah buat pakar O&G wanita..anda antara yang terpilih....

Anti Doktor Meroyan said...

QUote komen2 orang2 yang kurang bijak kenapa? pi quote ustazah2 punya komen, jangan bandingkan dgn orang xpakai tudung nak jadi ustazah bab-bab ni.


Malu tu sebahagian dari Iman. Meminta xsalah,bukannya sign petition arini, esok kena buat.

Start dari pengajian, galakkan pelajar perubatan wanita join bidang-bidang camni. Jangan BOHONG kata SEMUA WANITA xleh tahan HEAT O&G. Kalo dah kena momok dek orang macam kamu ni duk kata HEAT o&G ni xbest la apa, lama2 dia jadi tkot la.

Insentif, galakan. Banyak je usaha kerajaan / badan penididikan boleh buat.


Bukannya jadi mcm sesetngah pihak yang suka kata, xsuka boleh keluar dari Malaysia. Orang request untuk penambahbaikan, bukan masih di takuk lama.


Sudah-sudah la meroyan. Doktor manusia hari2 tgk tuuut tu. Sah la xheran. Pi bahas ngan ustazah mana-mana, then baru bawak ke sini. Nak printscreen komen orang kurang bijak pandai di sini sangatla xmelambangkan awak ni doktor yang berpendidikan.

Anonymous said...

Bongoknya. Bila masa plak ada orang kata SEMUA? Ni la contoh org yang tak bole nak reasoning langsung. Orang cakap takmau dengar. Pendapat kau jekla yang betul. Org len sume salah. Kami2 ni kan product acuan barat. Kami2 ni kan ajen2 yahudi. Memang agama tolak blakangla. Choyyyy!!

Kalau aku ada kuasa dalam kkm, budget berbillion2 untuk implement benda ni memang masuk list bawah2 kot. Baik aku mintak diorg provide usg machine baru, dialysis machine baru, radiotherapy machine baru, improve health care at rural area. Diorg2 ni lagi perlu nak guna. Takdela mak bapak sedara mara korg yg tunggu lama sampai berbulan untuk rawatan.

Aku pon dulu minat jugak nak amek bidang o&g. tapi bila fikir kena hadap patient2 macam depa ni, ada baik lagi aku treat patient cancer aku. At least they know how to appreciate us. They know how to say thank you. Unlike some people la kan. Heh.

Anonymous said...

Bab solat ni hukumnya tetap wajib wlau mcm mnapn.. cuma cara kita tunaikan solat tu aja yg berbeza... 1 lg dlm dewan bersalin biasanya doktor dh tak bagi berjln merata2 takut memudaratkan... especially to those yg high risk... yg x high risk nk solat dipersilakan la... xblh pn kita nk menghalaang yg wajib

Anonymous said...

agak judgemental di situ. mana tahu dia tidak solat? r u there for 24 hrs?

Anonymous said...

amboi ko ckp mcm ko tak keluar dr situ. ko pn beracun gak la agaknya

Anonymous said...

like!

Anonymous said...

Ape la bebual lebih ni...dah la x mmpu nak pergi swasta yg boleh booking doctor..lagi nak salahkan hospital kerajaan yg cuma bayar berapa ratus jer...masa anak sulung..saya mintak doktor beragama islam yg sambut...alhamdulillah dpt doc wanita beragama islam...

Anonymous said...

Jkai

tak sangka seorang doktor ada masa nak tulis artikel yg emosi mcm ni.
tambahan lg menulis seolah olah mewakili semua doktor di Malaysia.
benar ada permintaan yg dokto rasa mengarut, tp bukan tak boleh explain, bukan semua permintaan boleh di penuhi. Guna budi bicara je la. Tak perlu melatah

Anonymous said...

Salam azman.

Saya tak rasa rata rata doktor dlm malaysia ni menolak bulat bulat cadangan tu. Cadangan tu bagus. Dr lelaki lagi la suka cadangan macam tu.

Tak payah la dia nak tgk orang lain punya bawah kan. Dia pun tak nak sebenarnya. Kawan2 lelaki saya yang medical student semua tu kalau boleh tak nak handle pun kes orang beranak. Tapi nak tak nak, kena handle jugak, kalau tak fail la jawabnya. Menangis la pulak mak ayah tgk anak tak dpt jadi dr huhu.

Tapi bila timbul isu ni, yang mengata tu tak tahan. Kata macam macam. Persoalkan macam macam. Kutuk macam macam.. Hamboi akak, dr lelaki ni dah la terpaksa uruskan kes akak nak mengandung, dia duk berdiri 8 jam tu haa nk keluarkan anak dari perut akak tu ha, nak handle najis akak yg keluar masa nak beranak tu ha, pastu akak kutuk dia?

Tak salah idea tu. Bagus sangat.

Tapi tak dapat dilaksanakan lagi buat masa sekarang. Perlu paham dgn keadaan skrg. Jadi jangan asyik duk tekan tekankan secara melampau sampaikan ada yg membenci and pikir buruk dr lelaki ni haa..

Kalau nak usulkan cdgn ni, mintak tlg usulkan pada yg ada kuasa yea. Yang tetapkan silibus kitorang.

Bukan usulkan pda orang2 bawah mcm kitorang ni. Pastu bila xdpt dapat dilaksanakan, marah2 pulak. Kutuk2 pulak. Mengata2 pulak.

Mintak tlg hargai. Tak pun diam. Mintak secara aman. Bukannya dgn kata macam2.

Oh ramai yang komen kata penulis blog ni emo. Walaupun saya tak kenal dia, tapi sy rasa patut la dia emo. Sbb saya pun ter emo. Emo dgn orang kata macam2 padahal kita nak mati tolong orang. Hurm.

Anonymous said...

Satu lagi.

Sekarang ni timbul la isu yang mintak dr perempuan je handle kes beranak.

Disebabkan nampal snagat berapinya dan semangatye, meh mak mintak tlg fight untuk kes patient lelaki unuk dr lelaki je.

Saya pun tak hingin nk tgk bwh orang lain punya. Tup tup time exam dapat kes orang laki punya bawah sbb bawah dia bengkak ada jangkitan (orchitis).

Rasa2 nye kan, antara orang lelaki dan perempuan, sape lg pervert and suka kalau ada jantina berlawanan tgk bawah dia?

Kalau saya dr, saya xberminat pun nk tgk bawah patient sy tu and nk pk macam2. Sy cuma nampak nak treat dan and nk tolong dia. Kesian kat dia.

Tp patient ni, haih. Macam suka je nak tunjuk bawah dia tu. Untuk pengetahuan, ramai patient lelaki especially pak cik2 ni haa, macam gatal semacam je. Siap pernah kena ngorat lagi.

Jadi rasanya untuk isu macam tu, lebih penting kot nak fight dr lelaki untuk patient lelaki. Nampak la sikit isu bahayanya aurat etc kat situ.

Nampak x yg mana lg berat isunya?

Huh. Lelaki takdenye nak rasa pape tgk bawah orang yg nak beranak. Dah keluar darah, lendir, najis (qubur dan dubur). Memang kotor dan geli.

Tapi nasib baik ada patient yg paham dan ucap terima kasih tlg handle dia masa macam tu. Rasa sejukk jugak hati ni.

Anonymous said...

Salam anti doktor meroyan

Diceritakan tentang betapa tough bidang o&g ni bukannya sebab nak takut takutkan orang. Please, bidang lain pun ada lagi yg lagi tough. Contohnya bahagian pembedahan jantung semua.

Diceritakan yag sedemikian adalah untuk MEMAHAMKAN orang yang TAK BERAPE NAK PAHAM kenape dr perempuan tak ambil bidang orang beranak ni. Takde la kami ni kena tempias KENA KUTUK nape tak ambik bidang o&G ni etc. Tu pun kalau ada yg mampu paham la.

Bukan diceritakan sbb nak takut2kan orang ye. Saya dulu pun takdenye dgr orang takut2kan saya dgn bidang o&g ni. Tapi bila tgk sendiri, then pandai2 la conclude untuk kehidupan sendiri kan..

Anyway, cantik nama. Nama yg seseolah nak kata kami ni meroyan sebab sakit hati orang kata macam2 lepas kami tolong mereka2 tu ha.

Anonymous said...

Muhammads..ko yg begitu bodoh..cakap gune pungkok hang..aku doktor pompuan..kalo ko mintak aku sambut baby ko pon aku taknak..ko upah 1 juta pon aku taknak..ko ingat kami yg pompuan hadap sgt nk tgk kemaluan bini ko!! Bengong punue org..

Anonymous said...

Memilih kepakaran O&G ialah satu jihad bg doktor wanita muslim. Sy yakin dan percaya perkara ini telah diajar dr waktu undergrad lg. Be strong my brothers n sisters, fellow colleagues, doctors n comrades. Yg melalui kursus perubatan akan tahu betapa maruah pesakit tu harus dijaga dan ditekankan dr year 1 smp year 5 malahan sampai masters level sekalipon. Nk kata punya pentinglah maruah patient, terlupa tarik screen waktu nk examine patient maka fail lah exam clinical. Tp public takkan pernah faham. Bersabarlah neh. Teruskan perjuangan demi kebaikan bersama.

jiGOMorrison said...

Judgemental yang doktor lelaki lapar nak tengok !@#$ tu nak letak aras mana pula?

Azman said...

Kenapa tak ada perbincangan untuk melaksanakan perkara ni? Bila post oleh doktor semua tak nak. Bila post dari patient marah doktor. Kami orang luar dari bidang perubatan kami tak nampak apa yang para doktor lalui. Jadi ceritakan pada kami. Kenapa doktor perempuan tak berminat? Ceritakan pada kami. Yang saya selalu dengar susah. Oncall lama. Saya pun nak tahu jugak pendapat para doktor bagaimana cara perkara ini boleh dilaksanakan. Apa yang perlu diubah sebelum idea boleh dijalankan. Ini yang saya baca semua tak boleh.
Kalau nama blog ini drbloghensem.blogspot.com mungkin saya tak komen pun di sini. Tapi kat banner tu "Towards Muslim Professionalism". Itu yang terdetik nak komen.

Jacknaim said...

Memandangkan En Azman banyak komen dalam ruangan komen, maka rasanya baik saya beri respons dan tidak hanya membalas secara general

Pertama, isu ini melibatkan hukum secara umumnya dan keduanya adalah isu FIqah perubatan.

Apabila bercakap secara umum, logiknya saya meletakkan ia begini

Apabila doktor lelaki melihat kemaluan perempuan = Aurat, maka apakah pula hukum nya apabila doktor atau nurse WANITA bukan islam melihat kemaluan perempuan dan apa pula hukum nya sekiranya doktor atau nurse itu adalah WANITA ISLAM. renung renungkan dan amal- amalkan. ...

Maksudnya kalau nak bahaskan isu ini atas soal aurat semata2 maka minta maaflah, ustaz2 kamu telah membuat satu penilaian secara selektif iaitu dengan hanya mendefinisikan aurat itu hanya untuk doktor lelaki dan pesakit perempuan sahaja sedangkan aurat wanita sesama islam adalah dari pusat ke lutut dan aurat wanita islam dengan wanita bukan islam adalah seperti aurat lelaki...

tetapi apabila kita masuk bab fiqah, iaitu dalam soal perawatan, maka para ulamak lama sudah membahaskan dengan terperinci isu ini. Ia bukan hanya melibatkan doktor lelaki dan peskakit wanita tetapi juga doktor wanita dan pesakit lelaki..

sejarah membuktikan golongan asiyat iaitu perawat wanita juga merawat tentera islam yang cedera. adakah isu aurat dimainkan sentimen nya ketika ini..

Seterusnya soal samada doktor wanita mahu atau tidak menjadi pakar sakit puan itu biarlah mereka yang jawab sendiri.. tapi saya hanya boleh berikan contoh masalah yang berlaku pada mereka. tidak semua berlaku tetapi tidak boleh dinafikan.

Adakah para doktor menentang cadangan ini? sila rujuk balik tulisan saya dan komen saya. Adakah saya menentang? tentu sekali tidak dan menyokong bahawa adalah lebih afdhal kes sebegini dirawat oleh dr wanita. Akan tetapi, ia bukan bererti menghalang doktor lelaki memberikan rawatan pada masa2 yang diperlukan

Untuk menjadi seorang pakar, seseorang perlu berada di sekolah perubatan untuk lima hingga ke lapan tahun. selepas itu menjalani latihan housemanship selama dua tahun. Kemudian menjadi Medical officer sekurang kurang nya dua tahun sebelum mengambil kursus O&G dan mengambil masa selama 4-5 tahun. Sekiranya ingin mengambil sub kepakaran, mereka terpaksa belajar lagi selama satu hingga tiga tahun.

Rata-rata doktor wanita berumur 24 tahun selepas graduate dan biasanya akan memasuki program kepakaran pada umur 30 tahun. dalam usia begini, mereka sudah pun berkeluarga dan mempunyai komitmen untuk suami dan anak2. latihan O&G sangat2 strict dan ada di antara mereka mengambil masa sehingga 6 tahun utk menjadi pakar kerana gagal peperiksaan.. Tapi ini tidak bermakna tiada pakar perempuan.Malahan ramai yang sudah berjaya menjadi pakar. lantas ia membuktikan bahawa perkara ini tidak mustahil..

MEreka menjadi pakar juga adalah hasil didikan pakar2 O&G lelaki juga.

APa yang dilalui pelajar perubatan amat perit. perkongsian pengalaman saya selaku pelajar perubatan boleh dibaca di laman blog ini

http://www.catatanpelajarperubatan.blogspot.com/

InsyaALLAH catatan pengalaman sebagai house officer akan menyusul

Anonymous said...

Amboi. Nanti kalau bini kau ke kakak ko ke adik pmpn ko ke nak beranak kau pegi cari ustazah2 yang kau kata pandai ni tolong sambut anak kau. Tengok pandai mana diorg dlm bidang perubatan. Pstu tanya skali napa ustazah2 ni dulu tak belajar jadi doktor sakit puan. Sembang kau nak kencang. Ingat doktor ni tak emosi ke? Mengadap pesakit macam kau ni la baik2 org kerja nak ikhlas bole buat dosa.

Sorry to say la, jumpa kau tepi jalan nak mati memang aku biar jek. Tunggu ustazah2 yang pandai tu tolong kau ye. Pstu jgn plak datang cari doktor2 yang kejenya meroyan jek ni. Orang kata macam menjilat ludah sendiri gitu.

bromuz83 said...

Naim, tahniah atas komen yang sangat membina di sini. saya bersetuju dengan cadangan bahawa sebaiknya dr perempuan yang ditugaskan menyambut kelahiran. saya juga mempunyai ramai kawan2 perempuan yang mana telah diterapkan dengan satu fahaman bahawa mereka sebaiknya mengambil bidang sakit puan sebagai bidang kerjaya mereka. pelbagai penerapan pernah dibuat, dan saya teringat doktor2 pakar yang sentiasa bersemangat utk membawa lebih ramai dr wanita dalam bidang ini seperti dr nora, dr zubaidah dan ramai lagi. namun begitu, dalam keadaan semasa kita masih tidak mampu. jumlah pegawai perubatan yang berkhidmat dalam bidang ini amatlah sedikit. walaupun begitu, nisbah dr lelaki dan perempuan yang bertugas dalam bidang ini juga dilihat semakin ramai dr wanita, alhamdulillah.

sepanjang pengalaman saya semasa house officer dahulu, saya sentiasa muhasabah diri dan menjelaskan kepada pesakit yang mereka ada kebebasan untuk memilih. namun bila mana melihat beberapa doktor wanita yang sentiasa menggunakan kata2 yang kesat dan kasar kepada pesakit, mereka lebih untuk memilih golongan adam untuk merawat mereka. bahkan saya dengan rasa rendah diri, akan menjelaskan kepada waris pesakit tentang apa yang akan berlaku dan bertanyakan apa kehendak pesakit2 tersebut.

ketika berada di alam pengajian dahulu, saya beberapa kali dihalau keluar dari bilik bersalin kerana x dibenarkan untuk conduct delivery. namun kami sebagai pelajar ketika itu wajib melengkapkan 10 menyambut kelahiran sebagai prasyarat untuk menduduki peperiksaan. saya sentiasa berdoa bila mana kena bertugas di dewan bersalin, agar dipermudahkan urusan dan sentiasa menjaga adab. teringat dahulu kalau kami pelajar nak conduct delivery, kena makesure takeover pesakit selama 8 jam duduk bersama pesakit. kalau pesakit tersebut hendak apa2 keperluan, kami kena bantu. even mengajar mereka untuk solat, mengajar suami untuk ambilkan wudhu untuk isteri dengan memakai glove, dapatkan air minuman untuk pesakit. kalau nak kata kami duduk di dewan bersalin hanya untuk membuat perkara2 yang lagha, saya sangat2 lah x setuju.

apapun, saya sentiasa mendoakan agar kawan2 lelaki saya yang bertugas di jabatan o&g ketika ini agar sentiasa menjaga adab2 kita. dan saya juga mendoakan agar keinginan untuk melihat lebih ramai dr wanita di bidang ini kelak insyaAllah akan terlaksana.

Anonymous said...

Nizamu bodoh dan xde otak bangang dari keturunan mana entah la

john (alias) said...

Cik Zafar Honey, doktor tersebut Dr Zain dari hospital seremban ke?

Anonymous said...

I sokong je kalau nak benarkan Dr perempuan je di o&g and thats sounds good if really happen. Cuma yg i xsuka tengok sesetengah orang yg komen bukan2 seolah olah DR lelaki ni lapar sangat nak tengok vagina. Persoalannya Yang lelaki tu xde pulak kisah bila Dr perempuan check kemaluan diaorang time diaorang sakit kemaluan. Lagi satu kalau yang tak bayar cukai dan hidup atas dasar subsidi kesihatan bernilai seringgit tu, tolong jangan sembang atau komen macam 2 la ye sebab anda ni cuma beban pada negara bukannya penyumbang kemajuan negara. Orang x bayar cukai ni sama taraf je dengan mat indon & bangla....sedangkan doktor tu bayar cukai lagi mau kutuk ka?? Haiyyyaaa????

Anonymous said...

Ni la dia syndrom club of doom dr midle east..focus aurat nye terpilih saje. Ikut tafsiran nafsu sendiri tanpa merujuk kepada keperluan maslahat masyarakat. Cube bayangkan aurat yg mana perlu diberi perhatian; tak menutup aurat i.e tak pakai tudung dan pakaian menjolok mata dlm ofis or bukak aurat semasa nak bersalin? Yang mana satu perlu diberi priority? Islam itu mudah dan indah...jgn complicatedkan..

Azman said...

Terima kasih buat komen jack naim dan bro muz yang bagi saya membina. Itu yang terbaik. Bagi saya golongan doktor adalah golongan yang baik2. Yang elite katakan. Mohon agar janganlah beremosi, jangan jatuhkan kedudukan saudara saudari ke tahap mereka yang tuan puan benci. Adakah sebab ada golongan yang tak membayar cukai kita nak pinggirkan. Mereka miskin kita boleh menghina. Setiap orang ada ketentuan dari Allah. Allah tak jadikan orang miskin untuk dihina. Islam itu indah dan mudah tapi jangan ambil mudah. Kalau tak boleh sekarang jangan kita buang keinginan untuk menjadi lebih baik.

Anonymous said...

Yg perlu diberi perhatian ajar anak do the basic psl aurat. Jaga adab antara adik berafik lelaki dan perempuan, adab dgn ibu bapa & msysrakt. Bila masuk dialam pekerjaan pon dia tak kekok dan professionsl bila berada dlm semua situasi. Aurat itu pegertianye dan cara pelaksanaannya luas bukan nye kt ctu je..

Anonymous said...

Kena berlapang dada dalam menanggani isu ini. Setiap Lelaki atau perempuan akan mengalami fasa hidup yang sama; kanak remaja dewasa berusia dsb. Jadi adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa, masyarakat dan kerajaan memberi didikan ilmu berkenaan bersesuaian dengan umur supaya ianya dapat menjadi panduan dimasa akan datang. Isu berkenaan doktor lelaki menyambut kelahiran bukanlah satu isu besar sebenarnya kerana bayi disambut dengan baik dan sempurna. Isu yang patut diberi perhatian adalah isu seks bebas pembuangan bayi pemerdagangan bayi yang mana impaknya adalah lebih besar kepada generasi yang akan datang kerana mereka juga akan mengalami kitaran hidup yang sama cuma apakan generasi yang lahir itu mendapat didikan yang sempurna..?

dr.zara said...

Best nye dia cakap.seronok kan cakap cmtu..cuba rasa duduk tempat dr. OnG...sedap ckp kena momok bagai..tak pyh momok pun mmg dh rasa seksanya.mmg la boleh galakkan..tp tak boleh paksa kan.ckp cuba realistik sikit.sy kalau org bg sejuta pun taknak jd pakar o&g..tak sanggup..

dr.zara said...

Agreed with u friend. Sy antara dr. Perempuan yg tidak berminat utk sambung o&g.it is so scary.setiap detik adalah palpitation.pengalaman mengajar sy yg sy takkan boleh survive dgn that kind of pressure.lebih2 lagi kita ada keluarga dan anak2.sy sgt appreciate rkn2 lelaki (dr.) sy yg sgt membantu. Sepanjang yg sy kenal..tak ada seorang pun rkn2 sy yg beriya sgt nk buat ve ke..ape2 ke ..kecuali klu betul2 terdesak atau kami bz sgt..atau dah takde org lain dan akak tu nk terberanak sgt..mmg la staff nurse boleh tlg check..tp dlm medicolegal notes..dr. yg kena sign dan jwb klu nnti ada ape2 mslh. Tak de mslh beriya2 nk menelek wanita nk bersalin itu..kami yg dr. Perempuan sendiri pun tak larat nk tgk dah..kami tengok sekejap..kat mana nk masukkan jari semasa buat pemeriksaan bukaan serviks..tak tengok pun.kecuali semasa conduct delivery..tu pun tgh sibuk tgk kepala baby yg keluar masuk tu..tak de ms nk telek anu wanita itu..sm la dgn rkn lelaki sy.
Yup.mmg setuju klu byk dr. Wanita di labour room..tp buat ms skrg agak susah nk realisasikan sbb isu human resource.mungkin boleh satu hari nnti.tp jgn la disebabkan isu ini..dituduhnya dr. Lelaki mcm2..kesian jugak pada mereka.

dr.zara said...

Hmm..bukan mslh cukai en azman.tlg jgn politikkan isu ini.kami tidak pernah membezakan treatment bg pesakit byr cukai ke ..tak byr cukai ke..pengemis pun kami tak pernah bezakan dlm bidang perubatan..cuma masalah sekarang..mmg sy akui san akur dgn suruhan allah ttg kewajipan aurat semasa bersalin..tetapi permintaan mewujudkan wad o&g yg semuanya wanita adalah belum dpt dilaksanakan atas sebab human resource.jika cukup nnti..mungkin semuanya tak mustahil.
bg yg berduit..bolehlah usahakan di swasta..bg yg kurang berada cthnye yg tidak mbayar cukai seperti yg en azman bahaskan..perlu difahami bhw mereka ada hak utk dirawat oleh dr perempuan.dan kami sehabis baik akan cuba usahakan kecuali keadaan benar tidak mengizinkan..kecemasan dan sebagainya.
cukupla isu ini melibatkan perbahasan pelbagai pihak..tp jgn politikkan isu agama dan kesihatan ini en azman.

dr.zara said...

Bak kata perbincangan sy bersama rakan2 dr..tidak keterlaluan jika dikatakan..kdg2 kesal dgn permintaan dan makian para suami utk dr lelaki semasa isteri bersalin sedangkan diluar...isterinya tak tutup aurat..pakai baju mcm semua nk terkeluar..beribu lelaki tengok ape yg sepatutnya milik dia..menikmati setiap inchi tubauh isreri dia..tp tiba2 bila darurat nak bersalin maki2 ttg org lelaki tak boleh tgk private part isterinya walau pun dr. itu hnya ingin membantu isterinya yg sedang bersabung nyawa.ironi kan.

Anonymous said...

Bile sebut pasal aurat ni perlu dingat xde pembahagian aurat besar or aurat kecik..semua yg dkategorikan sbagai aurat adalah wajib dtutup dan wajib jugak xde wajib besor or wajib kecik. So dlm issue ini aurat kt ctu dan kt lain adalah sama perlu dtutup. Melainkan bila dh kecemasan i.e bersalin. Para suami kna cakna mende ni..

Anti Doktor Meroyan said...

Tapi kesian kan korang, bila beratkan sikit pasal agama melenting bagai. Ni CADANGAN je, bukannya esok isi lusa trus buang doc2 laki.

Tlg la gunakan kebijakan anda wahai doktor-doktor,kalo doktor sendiri xsokong usul ni, siapa lagi nak sokong?

Alasan xckup doc ni korang nak angkat sampai ke tiba hari kiamat ke?

At least,kerajaan celik mata nampak kesedaran rakyat2 ni dan dh boleh buat 1 usaha ke arah situ. Bukannya cakap 'Xsuka sila jangan jumpa doktor pi jumpa bidan'. Tu dah boleh sekapal dengan menteri-menteri selfish nye ayat.

Xde sesiapa yang cap korang lapar tgk nonok perempuan, kitorang yang takmo ditengok, salah ke? Xterpikir dek hakal aku yang doktor2 laki ni sume 'menegang' je bila masuk LR. Paranoid ke apa? Baik salahkan tuhan kata xleh berdua-duaan padahal kawan biasa je (konsep) dia. Benda boleh fix, cuma takes time.


ITS ABOUT TIME.

NOT ABOUT DENIAL.

Anti Doktor Meroyan said...

Dan saya menyeru agar semua doktor2 & rakyat Malaysia beragama Islam berdoa agar matlamat ni dpt direalisasikan. Itu je thanks. Alasan xmencukupi doktor & heat OnG tu kami dah khatam. Banyakkan doa.

KUn Fa Ya KUn.

Maka jadilah.

Nikmat mana yang kamu dustakan?

DENIAL LG MASA TU?

Anti Doktor Meroyan said...

Dan, be professional mcm Dr Har ni. Tajuk dia pon calm n cool. So xde orang nak cop Doc2 Meroyan sbb dia memang bagus bagi explaination yang semua orang paham.

http://drhar.blogspot.com/2013/12/isu-tuntutan-hanya-doktor-wanita-di.html?m=1

Maaf kpd Doc2 atas nama ni, sbb tgk para2 Doktor yng komen mmg emo.

Jacknaim said...

Anti Doktor Meroyan


TUlisan kamu hanya mengandungi unsur sekadar menulis sedap mulut dan berbaur fitnah. Saya sendiri tertanya2 adakah wujud ruang untuk berlapang dada dengan orang seperti anda



"Tapi kesian kan korang, bila beratkan sikit pasal agama melenting bagai. "

Ini adalah soal agama secara selektif dan tidak menyeluruh dan hanya bermain secara sentimen. SIla belajar agama bahawa aurat doktor perempuan bukan islam dengan wanita islam adalah sama dengan aurat wanita islam dan lelaki islam.. Manakala kawasan aurat sesama wanita islam adalah antara pusat dan lutut.Soal agama tidak timbul di sini kerana hujah pihak anda menggunakan agama utk sesuatu yang selektif





"Tlg la gunakan kebijakan anda wahai doktor-doktor,kalo doktor sendiri xsokong usul ni, siapa lagi nak sokong?"

Buktikan di dalam artikel saya ini, saya menentang usul pesakit wanita dirawat doktor wanita





"Alasan xckup doc ni korang nak angkat sampai ke tiba hari kiamat ke?"

InsyaALLAH, saya membawa pegangan hingga ke hari akhirat BAHAWA walaupun cukup doktor wanita, fiqh membenarkan doktor lelaki juga mengambil bahagaian dalam merawat pesakit wanita termasuklah bidang O&G






"Xde sesiapa yang cap korang lapar tgk nonok perempuan, kitorang yang takmo ditengok, salah ke? "

Bagus kalau anda berfikiran demikian, contoh sudah ada saya tunjukkan dalam artikel tersebut. itu hanya satu daripada puluhan tuduhan palsu dan penghinaan yang dilotarkan.




"Dan saya menyeru agar semua doktor2 & rakyat Malaysia beragama Islam berdoa agar matlamat ni dpt direalisasikan. Itu je thanks. Alasan xmencukupi doktor & heat OnG tu kami dah khatam. Banyakkan doa.

KUn Fa Ya KUn.

Maka jadilah.

Nikmat mana yang kamu dustakan?"


Sekali lagi anda menggunakan agama untuk menunjukka bahawa doktor islam menentang cadangan ini. SILA JANGAN GUNAKAN AGAMA untuk matlamat kamu secara selektif...







"Dan, be professional mcm Dr Har ni. Tajuk dia pon calm n cool. So xde orang nak cop Doc2 Meroyan sbb dia memang bagus bagi explaination yang semua orang paham."

Adakah pendapat doktor HArlina menentang doktor lelaki dalam bidang ini?


Wallahu'allam......

Anonymous said...

Inilah contoh umat akhir zaman.perempuan menyerupai lelaki.lelaki menyerupai perempuan.dulu kerja memasak org perempuan,skrg lelaki plak berebut-rebut nk jadi tukang masak@chef.dulu bidan @wanita yg menyambut kelahiran, skrg lelaki pun nk jadi bidan. pakar perbidanan plak tu..cukup mulia tugas seorang doktor;menyelamatkan nyawa manusia.Dan cukup hina juga jika doktor lelaki menguruskan hal perbidanan @ o&g. doktor juga manusia biasa bknnya robot.bknnya malaikat yg xdak nafsu.syaitan itu musuh manusia dan syaitan juga memperelokkan sesuatu di pandangan manusia.sedangkan ahli sufi dan org2 warak pun digodanya sehingga melakukan maksiat, inikan pula seorg doktor.maksiat tu dlm mcm2 bentuk..zina mata,zina tangan dsb.mungkinla time baby nak keluar dr kemaluan mungkin la kot geli,x bernafsu.tp semasa VE or ramai2 doktor n student mengadap patient utk premature birth sambil wanita tersebut terkangkang depan doktor, x bernafsu ka..?kalau xdak nafsu confirm doktor2 smua x normal, gay or else..niat 2 mungkin murni,tp igtlah syaitan jugak berada di samping anda wahai doktor.xdak maknanya perkataan dah lali or mangli..tuhan akan ampunkan dosa hambanya yg bertaubat,tp bagaimana plak dosa terhadap manusia? dosa anda terhadap wanita terbabit yg tanpa rela diperlakukan oleh doktor,dan jugak maruah suaminya..?HIDUPLAH DENGAN BERMARUAH WAHAI PARA DOKTOR LELAKI.

Anonymous said...

DOKTOR WANITA KALUT NAK LARI DARI TANGGUNGJAWAB..
DOKTOR LELAKI KALUT NAK PIKUL TANGGUNGJAWAB..
DUNIA OH DUNIA..
SUDAH TUNGGANG TERBALIK DIKERJAKAN OLEH TANGAN TANGAN MANUSIA JAHIL..

Jacknaim said...

Saya berpegang kepada konsep kebebasan bersuara dan memberi komen dan tidak akan membuang komen2 anda walaupun ia bertaraf komen sampah

Komen sampah ialah mereka yang menyebarkan komen2 layang dengan menggunakan nama anonymous seolah2 anda begitu pengecut sekali.

Menuduh penglibatan doktor lelaki dalam bidang O&G adalah sangat jahil. Penglibatan doktor lelaki seudah bermula sejak dari kurun ke 18 lagi bahkan kebanyakan nama2 pakar O&G terkemuka adalah doktor lelaki. bahkan mereka menjadi bapa moden dalam bidang O&G di hampir semua negara.

Sekali lagi golongan- golongan dayus ini menimbulkan isu rangsangan seksual yang timbul dalam kalangan doktor lelaki.

soal ini terlalu subjektif dan anda tidak akan mampu membuktikannya. Setiap doktor mempunyai etika dalam merawat pesakit dan mereka juga tidak menjalankan pemeriksaan berdua dengan pesakit sebaliknya chaperone juga hadir.

Sekiranya anda dapat MEMBUKTIKAN bahawa doktor lelaki ghairah semasa membuat pemeriksaan, adakah ia akan membawa kepada hubungan seks dalam bilik bersalin? Dan saya tanya balik anda sekalian, kalau lah anda ingin bermain dengan sentimen ghairah, adakah anda berani Menjamin 100% bahawa tidak ada doktor wanita yang mempunyai naluri lesbian?

BErhujah menggunakan sekadar saya rasa ataupun pada pendapat saya tak kan menyelesaikan masalah.

Anonymous said...

Aku hari-hari tengok penis & scrotum org. Geli tau tak??? Takdenya nak terangsang kalau ko sebok nak selamatkan nyawa org. Sebenarnya korg yg guna isu terangsang ni yg kalau bagi tgk kemaluan perempuan keje nak tegang jek. Inilah penganut agama melayu. Asal cakap pasal vagina, penis, scrotum, sex yang korg fikir.
Org bagi pendapat secara baik lagi dihamun hinanya. Org mcm ni memang patut kita hina balik. Biar sedar diri sikit. Dahla tak mampu nak hantar isteri bersalin dekat private untuk protect aurat isteri kononnya. Ada org nak bantu selamatkan anak dan isteri bole dihina lagi. Tunggula nanti kena batang hidung korg semua, tau la langit tinggi rendah. Tak payah nak guna nama agama. Dari cara korg hina2 para doctor ni pon bole tau jenis agama apa korg anut. Ye. Agama melayu. Selamanya korg duduk tang tu dengan mentality korg tu. Kelas paling hina skali dan berharap belas kasihan orang. Pathetic.

dr. ik said...

Maaf ya. Doktor wanita masih ada tanggungjawab lain kepada SUAMI, ANAK DAN KELUARGA. Bukankah tempat seorg isteri dan ibu itu disamping keluarganya? Apa hak kamu untuk menyuruh para doktor wanita itu meninggalkan keluarganya demi merealisasikan tuntutan kamu yang nyata2 mementingkan diri sendiri? Adakah kerana kamu membayar cukai yang tak seberapa itu membuatkan kamu rasa kamu layak mendapat apa yang kamu hajati?

Anonymous said...

Kalo pemikiran camni diamal oleh para ilmuan islam dolu rasenya mundurla islam smpai skrg..dan buku ibnu sina berkaitan dengan gaenacology pon xdela gamaknya..hadoi..nila syndrom middle east sume nak ikut ajaran islam tpi berpilih..pilih ikut yg rasenya nak buat..yg lain tinggal..

Anonymous Tadi said...

Bukannya pengecut sbb guna Anonymous..just 2 be low profile..Nak tanya cket, salahkah ibu-ibu yg akan melahirkan anak memilih utk dibidankan oleh doktor wanita?ini bukan soal nak demand, ini soal maruah harga diri dan aurat.YES,doktor boleh ckp kita kekurangan doktor wanita jd terpaksa doktor lelaki handle.doktor hanya jalankan tugas, tp doktor ada x terfikir kesan psikologi,trauma dan tekanan yg dihadapi oleh wanita terbabit dan juga suaminya.ini bukannya sakit nak mati,ni sakit nak bersalin.di mana daruratnya.kan doktor sendiri cakap usaha meningkatkan taraf kesihatan di pedalam lebih darurat.kalau ya pun perlu adanya keperluan doktor lelaki,cukup dihadkan untuk bahagian c'zer saja.kadang2 utk kes biasa pun ada jugak doktor lelaki yg datang menjengah pesakit yg bersalin normal.di mana keperluannya.saya faham kenapa doktor tidak menyokong usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak yang mewujudkan petition kerana ianya melibatkan kerjaya doktor sendiri.cuba doktor tgk page 2 berapa ramai yg likes. yg 2 bukannya auto like @ robot. tu semua manusia2 yg mempunyai maruah harga diri yg perlu dipertahankan.malu adalah sifat semula jadi manusia."apabila hilang rasa malu maka buatlah sesuka hati kamu wahai sekalian manusia".saya x pasti samada doktor masih mempunyai perasaan malu..tadi doktor ada cakap berzina dalam bilik bersalin?hehe..zina mata pun dah termasuk dalam kategori zina.doktor ada hak nak pertahankan kerjaya doktor, dan wanita2 ini juga ada hak nak pertahankan maruah mereka.jd siapa yg salah??doktor fikirkanlah sendiri ya.Dalam keluarga kita pun ada ditekankan tentang adab antara ibubapa dan anak.haruslah mengasingkan tempat tidur,nak masuk bilik ibubapa pun ada adabnya.ni smua ditekankan dlm Islam padahal dgn anak sendiri saja kan.utk apa?sebab nak jaga kehormatan ibubapa.xkan kehormatan 2 setakat dlm rumah saja kot?doktor2 yg profesional dan beradab tinggi ni slalu main redah masuk bilik bersalin tak pakai helmet pun.tgk2 dah ada depan mata.heran2..tinggi betul adab seorang doktor.kami ni walaupun x berpelajaran tinggi tapi tau adab,nak masuk bilik doktor ketuk pintu dulu baru masuk..xpala..doktor teruskan tugas doktor sekarang.tapi...seandainya satu hari nanti bilangan doktor wanita bertambah,doktor rasa masih relevan lagi ka doktor nak stay kat bahagian 2? Labor Room ni bukannya darurat tapi DARUL AURAT.
lebih 35 ribu org likes page tu yang mana mereka tidak rela @ redha aurat mereka dipertontonkan kepada doktor lelaki.fikirkanlah ya..
maaf bahasa kurang asam cket, tp itulah hakikatnya.

p/s: kalau tuan doktor rasa nak delete post saya ni..silakan..janji sampai kepada tuan seorang pun saya dah bersyukur..terima kasih

hamba Allah said...

Janganlah merendahkan martabat anda sebagai seorang doktor dengan menghina golongan bawahan yang tidak berkemampuan.anda ada perasaan,mereka juga ada perasaan.dan jgn bermegah dengan apa yang anda miliki dan menghina rezeki yang telah ditentukan untuk setiap umatnya.

dr.zara said...

Sudah2la berdebat ttg ini.petition ramai dah sign.public tb2 bengang ttg isu ni..doktor2 lelaki plak responsive sbb isu melibatkan kerjaya.doktor perempuan melenting sbb ini bermakna kami kena tinggalkan keluarga (seriously hate it bila dia kata kami lari dr tjwb).semua pun mrh2..ape dapat...
camnilah..kita serahkan pd dg kita..well im sure benda ni takkan dpt diwujudkan esok..
bg suami2..ada 2 ingatan ..silalah kerjalebih kuat dr biasa utk prepare kemungkinan utk bw isteri bsalin di private..dan no 2.jika suami2 ada anak perempuan..sila didik mereka supaya jd Dr. Perempuan yg akan jd pakar o&g( then baru anda faham perasaannya)
Dan plgpenting suami2..ringan2kan mulut anda utk meminta dr. Perempuan utk isteri anda bersalin.akan cuba dipenuhi ttp jgn mengamuk jika kami tak dpt tunaikan sebb kita masih belum cukup staff.
to my fellow doctors.sabarje la.

Anonymous said...

"ini bukan sakit nak mati. Ni sakit nak bersalin. Dimana daruratnya"

Takkan anda nak tunggu isteri atau saudara terdekat meninggal semasa melahirkan atau anak mati semasa dilahirkan baru nak sedar? Kalau betul bersalin ni tak darurat, dok umah suami sambut saja la. Sanggup? Atau nak tunggu kena batang hidung sendiri dahulu baru nak sedar? Cuba tanya kawan2 yang kehilangan isteri dan anak semasa proses kelahiran.

Orang kata, kalau tak tahu tu bertanya kepada yang pakar. Bila sudah dijelaskan sila terima dengan berlapang dada dan fahamkan betul2. Sebab itu tuhan ciptakan manusia ni berlainan antara satu sama lain. Lain2 kepakaran.

Nevermind, i'll just do what I do best. Saving people. Bercakap dengan org yg keras kepala memang bukan kepakaran saya.

Anonymous said...

Ooo bila rasa terhina bole plak "jgn hina org. Jgn hina rezeki org. Jgn bermegah" bila korg2 keluar perkataan2 menghina tu bole pulak? Tau pulak doktor2 ni ada perasaan. Masa dok menghina tu ada sedar? Doktor2 tu tak mintak pon korg balas jasa diorg. Lagi korg nak hina.

Anonymous said...

Nak tambah lagi sikit.
Len kali sebelum buat anak tu usaha dulu kumpul duit untuk hantar bini beranak kat swasta. Jangan tau buat anak jek. Lepas tu nak demand lebih2. Kalau rasa tak mampu tu pakaila kondom. Ke nak beli kondom pon tak mampu? Takkan nak harap najib bagi baucer kondom 1Malaysia? Losers.

Anonymous said...

Aurat ni kt bawah tu je ke? Kalo pkai pakaian terbelah sane sini tunjuk bonjol sana sini ok la..kan? Kalo gitu mintak fatwa supaya wartakan aurat tutup kt bawah tu je. Then mintak haramkan bidang sakit puan ni untuk lelaki. Baru la solve problem. Tpi pada mase skrg ni wanita dok sebok utk bersaing dgn lelaki dlm bidang lelaki. Bidang camni xsebok nak bersaing pulak. Lepas tu nak salahkan lelaki kenapa xde dr wanita..

Shukri said...

kenapa byk sgt Anonymous ni..takut hilang kerjaya ka?komen tahap bangkai plak 2.menjatuhkan maruah doktor btoi..haha

Anti Doktor Meroyan said...

Dr Harlina sememangya menyebelahi kamu, tapi ayat dia lebih proper. Itu sahaja. Siapa2 baca title Dr ni dah tentu bagi judgement awal yang awk ni Dr yang emosi. Be professional.

Cuma, saya lebih suka pendekatan Dr Har dalam menjelaskan dari pendekatan awk.

Wassalam.

Semoga apa yang dibahaskan ni xmengganggu emosi seharian awk serve pesakit,InsyaAllah.

Anonymous said...

Comment
1.kalau suatu hari nanti your son berminat nak ambil course pasal sakit puan what do you say?
2.ilmu itu milik Allah. Dia akan kurniakan ilmu dan skill kepada orang yang dikehendaki.
3.Ada hikmat technological advance diterajui oleh western skrg. Bayangkan bab aurat semasa bersalin pon tak lepas belum lg diskas bab aurat pembedahan plastik.
4.klau semua dr sakit puan pon xbermakna technology advancement dlm bidang sakit puan akan meningkat. Tak dpt tidak mesti ada collaboration dgn doktor lelaki utk menghasilkan teknology baru.

Cadangan
1.kalo 35000 org yg like dlm blog tu boleh ambil course sakit puan dh boleh settle dh isu ni.
2.bidang2 lain pon perlu diberi perhatian i.e surgery etc.

Anonymous said...

Salam Doktor dan semua pembaca, isunya mudah....

hukumnya Harus mendedahkan aurat untuk tujuan perubatan jika tidak terdapat doktor wanita atau kecemasan (kecemasan bukan hanya waktu bersalin, accident ke atau penyakit2 lain)

semua sibuk bincang pasal bersalin saja, tapi tak pulak bincang isu pemeriksaan payudara...

Bagi saya kalau boleh book doktor wanita di swasta silakan, kalau tak pergi hospital kerajaan dan kalau doktor lelaki sambut kelahiran pun tiada masalah cuma ada 2 perkara yang harus dititikberatkan:

1)buka bahagian yang perlu sahaja, tidak lah macam tahun2 80an, 90an ibu2 bersalin dibiarkan bogel terus....

2) doktor2 pelatih janganlah terlalu ramai dok menonton, hanya yang terlibat dan membuat kerja sahaja....kalau ramai2 dok tengok dah jadi bahan pameran....

Pemeriksaan payudara pulak:
1) Untuk pemeriksaan dgn tangan di mana doktor akan menekan2 payudara dan puting, ini rasanya tidak termasuk darurat, jadi buatlah appointment dgn doktor wanita

2) untuk mammogram dah banyak juru x-ray mammogram wanita

3) ultrasound memang tak ramai doktor pakar radiologi wanita, kalau dapat OK, kalau tak pun biarlah doktor lelaki scan sebab ultrasound ini boleh tentukan ketulan bahaya atau tidak, benarkan suami masuk temankan isteri.....

cuma saya tak faham kenapa tak boleh terus scan ultrasound saja? masa bawak wife, kena check pakai tangan dulu, sedangkan doktor tu lepas tekan2 payudara wife saya tak tahu pun ketulan tu bahaya ke tidak....

(Encik Azlan - Penang mari)

Abu Iffah said...

Ramai doktor Muslimah menyatakan OnG adalah fardu kifayah bg mereka. Ini satu kesilapan. Medan jihad doktor Muslimah adalah di bidang ini. Fardu kifayah yg belum terlaksana sepenuhnya adalah fardu ain kepada mereka yg pakar. Dalam konteks OnG adalah doktor wanita
Rintihan dan gesaan para ibu dan suami mereka wajib didengari. Kita bukan sahaja berbincang isu darurat dan rukhsah malah lebih dari itu. Perasaan seorang wanita apatah lagi Muslimah apabila diperiksa oleh doc lelaki adalah sangat sangat malu. Malah ada antara mereka yang tidak mahu lagi mengandung dan mengalami tekanan jiwa.
Walaupun pada hakikatnya doktor lelaki yg melakukan pemeriksaan atau membidankan tidak merasai apa2 malah ikhlas membantu.
Justeru saranan dr zainurrahid dan rakan2 Gynae beliau agar doktor perempuan terutama Muslimah menceburi bidang ini wajib disahut dan disokong.
Insya Allah Jihad para doc Muslimah akan mendapat rahmat Allah dan dimudahkan kehidupan dunia dan akhirat. Saya pasti ibu ibu mengandung akan amat amat menyanjungi anda semua kerana berkorban menyelamatkan nyawa dan maruah mereka serta bayi yg dikandung.
Saya berdoa dan sentiasa berdoa agar pengorbanan MO Females di OnG Department sentiasa dibantu oleh Allah, menjadi hujah di padang mahsyar nanti, dan dibuka seluas luasnya pintu untuk mereka.
"Sesiapa yang membuka jalan berbuat kebaikan, maka Allah mudahkan perjalanannya ke syurga."
"Sesiapa yang berusaha menutup aib saudaranya, nescaya Allah akan menutup aib mereka "
Semoga satu dasar baru Kkm boleh digubal berhubung isu ini dan menggembirakan para ibu muslimah dan suami tanpa menafikan profesionalisme dan kredibiliti doc lelaki.
Untuk para MO Females OnG dan female Gynaes, biarlah kita susah sedikit di dunia sementara ini, asalkan kita bahagia kekal abadi di akhirat.

Anonymous said...

Islam itu mudah kenapa disusahkan? Bukanlah bermakna dimudah mudahkan tapi hakikatnya yang telah diberi kemudahan oleh Allah terima sajala. Kenapa perlu ditokok tambah ikut pentafsiran nafsu sendiri? Yang perlu diberi perhatian adalah;
1) perkemas kod etika dalam rawatan pesakit supaya lebih effektif dan efficient dalam menjaga aurat pesakit.
2) tingkatkan pemahaman berkenaan aurat kerana aurat tidak hanya disitu sahaja dan tiada categori aurat kecil atau aurat besar.
Dunia ini adalah terdiri dari lelaki dan perempuan. Diceruk mana pon saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus maju. Adakah dengan mengadakan dasar hanya doktor perempuan sahaja yang merawat bersalin maka isu aurat ini selesai? Macamana isu aurat diluar? Apakah ini tak jadi isu? Dan macamana pulak dengan bidang kedoktoran yang lain i.e. surgery, pembedahan plastik etc.? Please be rational. Islam itu mudah kenapa perlu disusahkan dan tak bermakna disenangkan sesuka hati. Hukum mengatakan harus kenapa perlu dibuat saranan seolah olah haram?

Anonymous said...

Encik,
Kna tuggu isu berkenaan ujian pemeriksaan payu dara oleg dr lelaki diblogkan dulu. Masalah aurat semasa bersalin tak settle lg ni..

Anonymous said...

Encik azlan, saya nak jawab beberapa soalan encik

1. Memang sekarang bersalin x bogel pun...even di bawah kami cover dgn kain dan hanya nampak aurat apabila dijengah dari hujung katil
2.pemeriksaan payudara di hosp kerajaan mungkin xde banyak dr perempuan. Jika semua mahu doktor itu nescaya dia x dpt rehat, makan atau solat. Dan doktor2 lelaki xdpt belajar sedangkan bidang pembedahan ini ramai lelaki. Ini realiti sekarang di hospital kerajaan ye
3. Pemeriksaan payudara klinikal (yg encik cakap tekan2 dengan tangan) itu adalah untuk memastikan bahawa sememangnya wujud ketulan dan bukan sekadar perubahan hormon. Dengan pemeriksaan itu jugalah dapat pastikan bahaya atau tidak ketulan itu. Tetapi untuk betul2 kepastian barulah mammogram/ultrasound digunakan. Sekiranya semua nak terus mamogram/ultrasound tak cost effective.

Sekian

zurina wati said...

kalau semasa bersalin, rasanya tak mungkin doktor naik nafsu tengok faraj, sebab keluar darah dsbnya....

tapi bagaimana pulak dgn pemeriksaan payudara yang guna tangan tu? yang tekan-tekan tu? ada kawan office kata doktor tak pakai sarung tangan getah pun masa tekan2 breasts dia....

mungkin doktor boleh kongsi pengalaman...

zurina wati said...

satu lagi, setahu saya kalau di negara2 maju, utk ultrasound breasts ada Sonographer wanita yang buat...

di Malaysia, kalau mammogram aje ada mammographer wanita, tapi ultrasound doktor pakar radiology sendiri buat...

saya kurang faham kenapa wujud perbezaan sebegini? mengapa tidak mammogram juga dilakukan oleh doktor pakar?

Anonymous said...

Masalah aurat dlm perubatan terutamanya semasa bersalin juga bersangkut paut dengan hukum dasar mempelajari ilmu perubatan itu sendiri. Apakah hukum seorang lelaki belajar ilmu gynaecology? Hukum dasar yang telah termaktub adalah harus. Dan jikalau diambil pemahaman sekarang haram melihat dan aurat wanita semasa bersalin boleh dijaga dengan memilih doktor wanita dan tidak diklasifikasikan sebagai darurat maka belajar ilmu gynaecology oleh lelaki juga adalah tidak darurat. Jadi hukumnya seorang lelaki belajar ilmu gynaecology adalah haram kerana tidak darurat! Disini dapat dilihat visi yang jauh telah digariskan oleh ulama ulama terdahulu untuk memastikan umat islam terus maju dengan memperhalusi setiap hukum yang difatwakan. Andaikan mereka mefatwakan hukum belajar ilmu gynaecology haram oleh lelaki maka akan hilang / tidak digali ilmu ini dari Al Quran sampai bila bila walaupun ianya termaktub dalam wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah SAW.

Anonymous said...

Sambungan anon 515
...ini menunjukkan bahawa ilmu gynaecology adalah ilmu yang sangat penting kerana ianya terkandung dalam wahyu pertama Rasulullah SAW. Ilmu ini bakal memastikan kualiti generasi yang akan datang dapat direalisasikan dalam memimpin negara dsb.

Hamba Allah said...

Golongan orang yang menggadai Agama untuk kepentingan dunia
Rasulullah saw. bersabda maksudnya: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.
(Daripada Abu Hurairah r.a – Riwayat Tarmizi).

Huraian:

Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat habuan dan keuntungan dunia yang mereka kejar. Mereka rela menggadaikan agama untuk mengejar kuasa, nama, pangkat, dan harta dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan.Ini lah yang di sebut menghalalkan cara. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.Contohnya pada hari ini kita dapat melihat ramai dari kalangan orang orang politik dan ahli ahli perniagaan melakukan perkara ini.Mereka termasok dalam golongan yang di sebut dalam hadis ini iaitu memperalatkan agama untuk “politik gain” dan perniagaan mereka.

Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Wallahu’alam.

(Sumber: Ustaz Abu Ali Al Banjari An Nadwi dalam bukunya 40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman).

Anonymous said...

Skrg ni ramai yang suka menghukum dan buat hukum baru ikut tafsiran nafsu sendiri. Bila melibatkan bersalin terus haram jumpa doktor lelaki. Tapi bila bab sakit lain boleh pulak jumpa doktor lelaki. Diberi pulak justifikasi membolehkan jumpa doktor lelaki. Hukum bersalin dengan doktor lelaki adalah harus. But then tetiba je bertukar menjadi haram. hmm ikut suka ubah hukum yang telah difatwakan oleh ijmak ulama...jangan cepat buat andaian selidik dan halusi dulu setiap perkara. Kalu tak tahu tanya yang pakar..jangan memandai..berdosa.

Sue said...

Minta maaf yer nak komen cket.
Pendapat saya kepada Dr wanita:
Saya mohon sgt2 agar HO or bakal doktor wanita dpt stay di 0&g.ramai wanita di luar sana termasuk saya mengharapkan kelahiran bayi kami disambut oleh dr wanita.walau susah mcmana pun,tolonglah kami.anggaplah harapan wanita seperti kami ni sbg suatu amanah dan pembakar semangat kepada dr untuk terus berada di o&g.InsyaAllah, pengorbanan besar yg dr lakukan akan mendapat balasan yg setimpalnya di Akhirat kelak.
Pendapat kpd dr lelaki:
Saya difahamkan yg bakal2 doktor wajib melalui housemanship selama 2 tahun termasuk 4 bulan di o&g.harapan saya semoga setelah tamat HO,para doktor lelaki dpt memilih bidang lain selain o&g supaya tanggungjawab ini dpt diambil oleh bakal2 doktor wanita.InsyaAllah..
Pendapat peribadi saya:
Isu ini bukannya isu baru.perkara ni umpama bom jangka dalam kalangan masyarakat.sekian lama dipendamkan tp tak tahu dimana nak diluahkan.cukuplah setakat ni.
Harapan saya semoga para doktor dapat meyakinkan bakal2 doktor wanita agar lebih ramai memilih bidang o&g di masa hadapan.InsyaAllah..
Terima kasih..

Jihad Ummah said...

Semoga satu dasar baru KKM boleh digubal berhubung isu ini dan menggembirakan para ibu muslimah dan para suami tanpa menafikan profesionalisme dan kredibiliti doc lelaki.

Anonymous said...

Abu Iffah Al Kerdawi Antara ideal dan realistik petisyen ini.
Saya mempunyai beberapa pandangan dalam isu berkaitan. Cuma buat masa sekarang belum ada kesempatan membincangkan dengan terperinci kerana kekangan kerja. Insya Allah saya cuba mengupas lebih lanjut pada bahagian seterusnya.
Setahu saya, jika ada petisyen yang disokong kelompok yang ramai (bukan isu pilihanraya yer, jangan politikkan) pihak berkenaan akan memanggil pakar2 dari bidang berkaitan khususnya medic dan syariah untuk dibuat round table. Kajian terperinci berbentuk grant penyelidikan mungkin diadakan - boleh jadi saya silap.

Saya sangat berharap buat masa ini semua pihak berlapang dada dan husnu dzan sama ada para ibu, suami mahupun pengamal perubatan. Jauhkan sikap prejudis, kata mengata, dan berburuk sangka sesama Muslim. Ia tidak menyelesaikan masalah malah mengeruhkan suasana.

Selain Allah, hanya doktor terlibat dan para ibu bersalin yg mengetahui perasaan masing masing.

Insya Allah jika niat kita mulia dan suci diiringi munajat kepada Allah, pasti Dia mendengar dan mengilhamkan jalan penyelesaian terbaik. Apa yang kita harapkan, ada usaha mengatasinya dan win win situation.

Anonymous said...

Tidak ke swasta bukan kerana tiada duit. tapi swasta tak berani ambil risiko. terpaksa ke kerajaan. kes spt ini pun ada. kenapa jadi marah? datang labour room utk masuk wad sbb over due. tak perlula jantan tu check bukaan. jantan tu tak minta izin pun. cakap dgn belakangkan patient. siap tipu suami dia lagi. saya dah tanya akak. akak ok ke? akak tak jawab. patient dah tutup muka, tapi jantan tak malu tu tetap dan VE. tiada contraction tapi dia report ada. tiada fluid discharge, tapi evil tu tulis ada. ni apa pulak. memang aurat, samada dr lelaki atau pompuan. tapi mana yg lebih beratnya.

Anonymous said...

Doktor lelaki pun amat suka kemaluan isteri mereka dilihat dan diseluk oleh doktor lelaki lain. Kerana mungkin doktor lelaki kat wad bersalin ni macam malaikat. Tiada nafsu. Pasal itu mereka ambil jurusan O&G. Dah memang hak perubatan membenarkan katanya. Tapi Islam tidak. Fahami istilah darurat wahai kalian saudara semua.

Anonymous said...

Nizamu, 80% perempuan di universiti tu bkn 80% layak keputusan mereka utk ambek bidang perubatan. Mostly pegi ke arah business studies, arts, mass comm, hotel, culinary dan fashion. Aku sendiri yg perempuan x hingin bljr perubatan. Dh la susah nk mampos, stressful, hadap buku je, dh grad waktu keja mcm shift pulak tu. Dh habeh shift kalo byk lg keja, bkn terus blh blk. Belum lg on call. Celah mana nk bercinta, apatah lg mengurus rumahtangga. Tak kose aku.

Pendapat aku mmg o&g ni kalo bkn disebabkan adanya doktor laki yg sanggup mengambil tanggungjawab bljr o&g, mmg kami kaum perempuan blh jd gila. Ribuan terima kasih kpd doktor lelaki.

P/s: aku mengandung, nasihat dan detail explanation dr doktor laki lbh bgs dr doktor wanita. Good job guys!

Mohd Nor said...

kemasukan doktor pelatih tanpa kebenaran suami atau pesakit sendiri untuk latihan amali itu sendiri dh mencabul privacy .niat untuk menambhkn ilmu tidak menghalalkan cara.jika brtanya pada doktor itu sendiri pastinya mereka jua memilih doktor wanita untuk mnymbut atau menguruskn kelahiran seperti memeriksa kemaluan isteri.sekurng2nya gji doktor mmpu untuk membyr kos klinik swasta..idea sy untuk para bkl doktor sekiranya memilih bidang perbidanan perlu mewajibkn setiap doktor perempuan bila mereka berkahwin dn bersalin wajib dijadikan amali untuk bakal doktor baru.hari ini senior yg berbaring esok lusa junior pulk y berbaring trkangkang untuk dilihat doktor pelatih.dn untuk doktor lelaki wajibkn isteri mereka dijadikan latihan amali untuk doktor junior.tanpa atau dgn persetujuan isteri doktor trbbit.para doktor mestilh brlapang dada menytakan ini untuk kemudah y akan dtng dn darurat perlu dilakukan...blhkh idea ini dterima oleh doktor atau isteri itu sendr?.atas prinsip perubatn,darurat,profesionalism,lali,mangli,...dn sebagainya..knp tidak..sebagaimn doktor mnyatakn sebaliknya kpd pesakit inilh prinsip, inilh darurat,inilah profesinaliti,bla...bla...tanpa izin dn brizin.wanita dipaksa dengan izin menerima satu sistem perubatan barat yng terlebih over dr sistem barat itu sendr.kelahiran satu pengalaman y mnyakitkn dn jgn pula kita tmbh mnjadi satu pengalaman yngmemalukan,trauma,..tidak cukup doktor bknlh alsan sedang ibu2 kita dahulu disambut bidan y x brkelulusan doktor.proses pemriksaan kemaluan br kepada nurse terlatih.doktorx cukup tp nurse ramai.sekirnya brlaku komplikasi brlh doktor mngambil alih.

anti bodoh said...

wei mohd nor, ko ni bodoh la

cuba ko balik baca hujah ulamak tentang tafsiran darurat tu ape.. kalau ada hospital yg doktor perempuan jaga tapi harganya mahal n pesakit x mampu, maka jatuh juga hukum darurat ke atas nya....

jangan ko bangang nak daruratkan semua benda..kalau doktor ada duit nak g private maksudnya benda ni bukan darurat utk dia..

bodoh la ko ni

david jones said...

aku pelik...doktor perempuan yang x nak ambil bidang o&g bagi alasan ade komitmen keluarga & takut ter abai...bla2...

tapi doktor lelaki yg ambik tu diorang sume bujang ke? x de komitmen keluarga.... ake rase komitmen lelaki lagi banyak..

pastu... klu doktor perempuan tu mengandung... diorg nak ke colleageus/rakan sekerja diorg terutama lelaki periksa kemaluan
diorg....

klu x nak..ini double standard nih..

david jones said...

aku pelik...doktor perempuan yang x nak ambil bidang o&g bagi alasan ade komitmen keluarga & takut ter abai...bla2...

tapi doktor lelaki yg ambik tu diorang sume bujang ke? x de komitmen keluarga.... ake rase komitmen lelaki lagi banyak..

pastu... klu doktor perempuan tu mengandung... diorg nak ke colleageus/rakan sekerja diorg terutama lelaki periksa kemaluan
diorg....

klu x nak..ini double standard nih..

david jones said...

aku pelik...doktor perempuan yang x nak ambil bidang o&g bagi alasan ade komitmen keluarga & takut ter abai...bla2...

tapi doktor lelaki yg ambik tu diorang sume bujang ke? x de komitmen keluarga.... ake rase komitmen lelaki lagi banyak..

pastu... klu doktor perempuan tu mengandung... diorg nak ke colleageus/rakan sekerja diorg terutama doktor lelaki periksa kemaluan
diorg....

klu x nak..ini double standard nih..

david jones said...

nampak sangat doktor perempuan melayu lemah semngat...manja x tahan stress...ku semua macam ni punya pikir.. x kn nak harapkan lelaki je..keje man e yg x stress

korg sepatutnya bersyukur dikurniakan akal lebih...dpt tolong org free2je..saham akhirat tinggi..

bukan keje doktor je stress.. polis bomba askar sume pun sama..

Anonymous said...

Erm... isu yang bgs utk dibahaskan. Tapi jangan lupa pula aurat di luar ye aurat ni bukan masa bersalin je kena jaga. Kat luar x jaga pun duk tayang rambut, body, betis, paha semua bagai. Malah sekarang ramai je para2 suami yang membiarkan isteri diratah oleh ribuan mata bukan mahram. Malah ada yang berasa bangga sebab body isteri cantik,seksi dan menawan. Itu yang patut ditekankan dan di ambil serius. Bertudung tetapi masih tidak ikut syariat. Wanita yang bersalin tu pula adakah hanya mementingkan alat sulit nya sahaja. Adakah rambut,leher, tangan yg mana semua itu adalah aurat ditutup dengan sempurna mengikut syariat. Hari-hari ke pejabat,keluar rumah berpakaian seksi tanpa ada rasa segan silu dan malu sebab melanggar hkum Allah sedangkan waras fikirannya. Tiba2 di bilik bersalin cukup menjaga aurat bahagian sulit. Berapa ramai wanita muslimah di luar sana yang berpakain dan menutup aurat mengikut syariat. SEdangkan janji Allah itu pasti wanita yang tidak menutup aurat akan dilemparkan ke dalam neraka. Ini tidak menutup aurat kerana suka2 ye. Suami dan isteri belajar lah sama ye hukum fiqh. Islam itu mudah, Islam itu syumul cuma pengamalnya yg membuatkannya susah. Pikir2 kan, renung2 kan dan selamat beramal. Wallahualam

Anonymous said...

Benda ni semua ada dlm Islam, tapi Barat yg lebih serius mengamalkannya ...
Antara yg menarik utk ana kongsi dlm simple travelog dakwah, tijarah & ziarah semasa trip ke London & Holland kali ini ialah , di Eropah semuanya...
1. Rupa2nya bila wanita bersalin hanya doctor perempuan yg berkeahlian, doktor pembantu & bidan perempuan shj yg akan ada dlm bilik. Bapa juga dibenarkn masuk dlm bilik bersalin dgn syarat2 tertentu. Ini berlaku di semua hospital kerajaan & swasta. Dan boleh pilih nak bersalin dgn kaedah apa, di rumah, dlm air dsb.
2. Ibu bersalin ada cuti 6 bulan bergaji penuh , lagi 6 bulan cuti maternity unpaid.
3. Ayah atau ibu boleh jaga anak secara bergilir dlm setahun yg pertama. Jika sesiapa antara mereka balik ke kerja, seniority tak hilang..
4. Culture kerja mereka ialah optimize kan masa kerja, iaitulah kerja dgn betul, jangan curi masa, dan balik tepat pd waktu utk ada masa kualiti dgn keluarga.
5. Masyarakat yg prihatin pd keselamatan & kebaikan utk orang lain, contohnya berhenti utk laluan pejalan kaki di kawasan zebra crossing..
6. Jujur iaitulah membayar public transport walaupun tak diperiksa.
7. Para pemimpin mereka tidak mempunyai apa2 kelebihan samada pd titles @ keistimewaan parking dsb. Semua sama di sisi undang2
8. Para pemandu teksi sangat jujur, tidak mengambil kesempatan pd orang lain, wp pelancong yg tak faham keadaan negara itu..
9. Guru sekolah mendidik dgn penuh minat, contohnya memeluk murid, dan memeriksa bekal yg dibawa oleh murid, jika didapati makanan tu tak seimbang mereka akan membuang & menghubungi ibu bapa.
10. Penyedian ruang praying di kebanyakan airport di eropah, yg boleh dikongsi oleh semua penganut. Cuma ana mendapati kebanyakannya di mnfaatkn oleh muslimun sahaja.
11. Murid2 pergi sekolah utk bermain tapi setiap permainan mngnadungi pelajaran utk difahami. Semua anak ke sekolah dgn beg kosong, bukannya berat dgn buku macam di negara2 dunia ke tiga. Mungkin alasan yg negara miskin berikan ialah buku2 tu utk diprint oleh orang2 tertentu, wallahu aklam..
12. Harga minyak akan naik dan turun mengikut hrga minyak semasa...
Para tamu fakta2 ni ana kumpulkan bukannya pengalaman berziarah & berjawlah kat negara2 ni sahaja, malah , alhamdulillah pengalaman ini juga ana lalui pada banyak pengalaman di negara2 maju yg lain...
Dan ana tahu ramai kalangan kalian yg pernah pergi ke negara2 ini pun sedia maklum perkara ni, jadi ia perkongsian utk yg tak pernah pergi luar negara ..
Semua negara ada kelebihan & kelemahan, cuma mungkin pengalaman ini boleh membantu para pelaksana polisi utk memperbaiki kelemahan2 yg ada dlm sistem negara kita...
Apa yg baik kita ambil, yg buruk diabaikan ..
Manalah tahu imput ni baik utk politician utk baiki manifestasi mereka dlm pilihanraya..

Anonymous said...

~ aurat tetap aurat. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. InsyaAllah.

Anonymous said...

Rujuk fatwa dr ulama....pasti ada jalannya

Anonymous said...

Buang masa je baca,
suami sendiri pun nak doktor perempuan , tp lelaki yg masuk campur , bila mintak list doktor yg jaga wad bersalin , ramai je nama perempuan , tp banyak di tukar kan ke tempat lain. lelaki je belambak tersengeh2 kt situ...

mmg org genius je dpt jadi doktor .
mmg banyak nikmat disitu ,
melihat tubuh persakit ,
tidak kira umur , terutama perempuan.

tak payah byk ckp ,
nk revolusi2 bagai..

setiap manusia ada maruah..
kalau dia tak nak , tak nak lah!
tak payah paksa2 bukak2 baju..

byk perempuan dah cerita pengalaman mereka ,
hanya beberapa hospital2 sahaja , yg benarkan suami masuk ketika isteri bersalin.

dan selebihnya semua tak bagi isteri masuk ketika bersalin..
sbb doktor2 LAKI nak ONANI sambil raba2 persakit dalam diam2..
mentang2 byk ibu nak bersalin bogel tirai tak tutup . satu bilik muat 30 - 40 orang.. tak puas tgk ? tak boleh tutup bagai prosedur ? dajjal PUNYA tunjuk ajar ke ? perubatan yg ada sekarang ni pun byk cara KAFIR je,
cara islam pun ramai mls nk ambil kisah.. janji cuci mata dalam wad bersalin..
banyak cite bai..
tak boleh pakai dunia sekarang ni.
baik beranak kat rumah ..
dari hospital..
byk sgt aku da baca kisah pengalaman2 wanita bersalin seluruh malaysia ni ..
sakit hati , nak pukul nk bunuh takboleh , so redho , akhirat TUNTUT.

sampah! akhirat tanggung semua!
celaka!

Razmanlima Lima said...

bodoh, suami mesti mintak doktor perempuan kalau tak dapat nak buat macam mana, kalau tak mintak hukumnya dayus, dayus tak ade tempat lain selain neraka, satu lagi apasal doktor perempuan tak ambik bahagian ini, doktor perempuan berlambak daripada lelaki, tak payah letak doktor lelaki bahagian bersalin, nak buat semua boleh tapi tak nak buat macam mana sebab menteri kesihatan bukan orang islam,

Jacknaim said...

susah bercakap dengan orang yang x faham ni... ape korang ingat kalau doktor perempuan rawat tu tak jatuh hukum aurat ke? kawasan bersalin tu still HUKUM AURAT walaupun sesama perempuan....

lepas tu bila masuk ward, dedah rambut n dedah puting tetek bagi breast feeding dekat ward lepas tu pelawat dan staff lelaki dtg tengok, tu bukan dayus ke.. bercakap pakai kepala lutut boleh la

Anonymous said...

Apapun..bergantung niat doktor untuk merawat..

Kalau doktor wanita juga aurat tapi kemudharatan nye lebih rendah.

Tidak dinafikan tidak semua berpeluang menjadi doktor sekarang ni akibta tempat terhad... Even dapt 4 flat pun x dapt offer... Maka untunglah mereka yang dapt peluang menjadi doktor..gunalah amanah dengan sebaik mungkin

Kalau doktor laki yang merawat terdetik nafsu syahwat ketika merawat pesakit wanita memang sering terjadi sebab doktor juga manusia.. Biasa..yang berhormon juga.. Oleh itu seeloknya doktor wanita sebaiknya merawat pesakit wanita

Kalau niat seorang doktor untuk mencabul sambil merawat tu hentikanlah... Walaupun dengan menyatakan ia prosedur perubatan.,para pesakit tidak mungkin mengetahuinya...

Di sini ...yang boleh diharapkan hanya berdoa agar lebih ramai wanita menjadi doktor mengikut kepakaran masing2.. Kerana ianya mungkin menjadi hukum fardu kifayah mengikut keadaan sekarang bagi wanita..



Anonymous said...

Kita tidak boleh menyalagkan doktor lelaki 100%

Mereka belajar mengikut sistem dari barat...dan sistem pengurusan and undang -undang perubatan kita juga dari... Barat... (Hyppocratic oath).. Itupun belum terjamin semua doktor mematuhinya

Jadi terpaksa lah mereka ikut walaupun menyalahi syariat islam kita..

Cuba kita boleh harapkan semua doktor lelaki yang merawat wanita jalankan amanah sebaik mungkin...dan hormatilah aurat pesakit wanita semampu yang mungkin......

Wallahu alam..

Anonymous said...

Memang tugas sebagai doktor ni amat mencabar. Kita membantu
pesakit. Kita merawat penyakit mereka.

Sebahagian besar pesakit di O&G ialah wanita-wanita yang mengandung. Adakah mengandung dikira sebagai satu penyakit?? *Smile*

Disebabkan berlainan jantina, memang tugas sebagai doktor di
jabatan tersebut amat mencabar. Tugas sebagai doktor memerlukan memeriksa pesakit. Sekiranya pesakit tidak diperiksa, maka risiko tersalah diagnosis amat lah tinggi. Salah diagnosis, salah rawatan; salah rawatan, pesakit boleh meninggal atau mengakibatkan kecacatan.

Tugas saya sendiri di bahagian Ortopedik memerlukan kami memeriksa
tempat-tempat yang mungkin dianggap sensitif, contohnya di punggung,
pinggul, pangkal paha, ketiak, leher dan sebagainya. Apatah lagi doktor
bahagian bedah yang perlu memeriksa payudara pesakit sekiranya ada
benjolan (mass), untuk memastikan benjolan tersebut bukannya cancer.

Saya pun kadang2 perlu memeriksa payudara pesakit untuk memastikan tiada
ketumbuhan (primary tumour) yang mungkin merebak ke bahagian tulang
pesakit (metastases).

Apatah lagi pakar O&G yang perlu memeriksa kawasan sulit
wanita setiap hari. Hmmm.... Apa kerja doktor sakitpuan?
Antaranya...memeriksa bukaan rahim, memasukkan ubat ke pangkal rahim,
memecahkan ketuban, memeriksa perut wanita mengandung, melakukan
pembedahan dan sebagainya. Ini cuma sebahagian tugas dibahagian
Obstetrik, belum disebut Gynaecology lagi. Dan, mungkin masalahnya
disini ialah kerana beliau adalah seorang 'Lelaki'.

Rasanya lebih baik tugas di jabatan tersebut dikhususkan untuk doktor2 wanita sahaja.

Namun, pada pandangan saya, setiap doktor (dan sebelumnya pelajar
perubatan) perlu ada asas merawat wanita mengandung dan melahirkan anak.

Anonymous said...

Wahai saudara. Tahukah kamu niat itu tidak menghalalkan cara! Memang benar, tepat, & bernas hujah saudara. Pesakit wanita boleh dirawat oleh doktor lelaki dalam agama Islam ITU hukum harus. Tetapi diwajibkan dirawat oleh doktor sama gender dan pertama sekali beragama Islam & diikuti doktor wanita bukan Islam. Sekiranya tiada kedua-dua doktor tersebut pesakit wanita diberi kelonggaran oleh agama Islam untuk dirawat oleh doktor lelaki Islam dan seterusnya doktor lelaki bukan Islam. Tetapi perlu mendapat keizinan dari suami atau ahli keluarga terlebih dahulu. Sekiranya tiada suami atau ahli keluarga baru doktor boleh memeriksa pesakit wanita. Perlu diingat saudara sekiranya terdapat kehadiran doktor wanita tidak kira Islam atau tidak maka haram bagi anda untuk memeriksa pesakit wanita itu. Ini memanglah agenda yahudi yg mana halus jarumnya untuk merosakan kesucian agama Islam. Anda mampu mengubahnya.

Anonymous said...

I seriously doubt that. Doesn't matter how professional male OnG. Yet deep down inside he just like every other man. Taking advantages in the name of professionalism.

Anonymous said...

Kenapa x mogok2 lagi? Lgi senang x payah nk bertegang urat nk buat petition la apa semua. Not every man dreams konon. Yg enko org pilih Field O&G sape yg suruh puii.. Barua kafir yahudi.

Jacknaim said...

belajar basic agama sebelum menghukum dan jangan berdakyah songsang

apa hukum doktor wanita islam lihat kemaluan wanita?

apa hukum doktor wanita bukan islam lihat kemaluan wanita?

jawab dulu soalan basic dalam agama sebelum melenting menyealahkan yahudi dan sebagainya

kalau pemahaman sendiri pun tak betul, tak guna nak marah orang

Anonymous said...

Oiii.. Pengkritik Muhammads. Engko org sedar x apa yg engko org ckp ni? Apa yg Muhammads ckap tu mmg biadap tpi berlandaskan syariah. Tahu tak mengerjakan syariah itu WAJIB. Bawak2 la bertobat maut x mengenal siapa bila n bagaimana.

Anonymous said...

Setakat check bukaan nurse pon blh buat kan? Apa salahnya perluaskan n meramaikan program midwife untuk meringankan beban doktor wanita. Simple kan.

Anonymous said...

Ko ni nk menghalalkan yg haram ke? Tiap2 rukun ada fardu bodoh. Wajib tahu bgi wanita Islam yg bersalin dibidankan oleh wanita Islam next inline wanita bkn Islam baru lah lelaki Islam n last skali lelaki bkn Islam di mana hukumnya harus sekiranya tiada wanita Islam n wanita bkn Islam. Main tembak babi buta je.

Anonymous said...

Tepat skali syariat wajib laksanakn

Anonymous said...

Maksud saudari ni dlm kes ni dikecualikan halal n haram? Dalam Islam ada medical ethics for your information.

Anonymous said...

Kalo ramai doctor o&g wanita makin kurang la stress n work hours. Itu pon x bole pikir ka?

Anonymous said...

Xdenya menolak en. Cuba besarkan kuota jururawat lelaki berlambak-lambak yg dtg interview.

Jacknaim said...

sepuluh tahun berbahas pun tak guna..ayat sama je diguna. memang kalau dah namanya melayu, suka sangat salahkan yahudi, salahkan agenda kafir.. jadi keyboard warrior x habis2.. semua yang duk bahas byk dihurai dalam komen.

plus,
rajin2 la juga baca pendapat ulamak kontemporari juga

buang tenaga dan akal sahaja berdebat dengan orang yang tak pandai terima rasional dan nilai sesuatu isu.

aku nak juga dan teringin yang bercakap pum pang panjang lebar tu, semayang dah betul2 jaga ke. aurat dan betul2 tutup ke. mata dah betul2 jaga ke..

majoriti jawaoannya TAK. jadi sendiri mau fikir la

mohon terasa dengan komen ini

Anonymous said...

Tolong maksud x bergaji ke? Hakk tuiiih...mcm ni ke mentality penjawat awam! So full of shit.

Anonymous said...

Hek eleh. Cakap la nk g private hospital x laku sbb doktor jantan. Mass check bukaan pesakit yg baru daftar yg mna Blum pecah ketuban n terberak/terkencing tu pon geli jgk me or geli dlm sluar?

Anonymous said...

Jahil btul la ko ni. Bawak2 bertobat. Jgn buat enteng je hukum hakam kan x tertanggung seksa akhirat nnti.

Anonymous said...

Dr. Tidak semua suami hipokrit. Bgi yg menuntut syariah bagaimana? Dlm etika perubatan Islam ada syarat n protocol. Rujuklah pakar agama. Penceramah agama dalam siaran TV mereka x bleh strict sgt takut diGAM. Sebaiknya rujuk Ulama. Kami x benci doktor o&g lelaki tpi kami x selesa n risau akhirat sana nnti termasuk dlm golongan DAYUS. So x perlu emo sgt Dr. Takut nnti terpesong akidah dlm memperjuangkan hak doktor o&g lelaki. Sekian.

Anonymous said...

Hujah yg paling bernas di sini. Sokong 100%

Anonymous said...

Jack aku ada soalan la psl kesihatan wanita ni. Ada email ke Fb ke? Nk ckp kat sini malulah org baca.

am said...

Terbaik komen. Ramai skrg bapa2 yg dah ambik tahu proses kelahiran dan menyambut kelahiran ank sendiri; kerana tegas dengan prinsip utk menjaga aurat dan maruah isterinya

Anonymous said...

Kalau nak cari dalil halal haram, dalil babi blh di mkn pun ada.. Baik sma doc lelaki ni tukar je jd doc haiwan, sbb haiwan tk thu malu dan tk thu maruah dr

Poji Shinozie said...

"Orang x bayar cukai ni sama taraf je dengan mat indon & bangla..." subhanallah..

Anonymous said...

Haram tetap haram..jgn menghalalkan benda yg haram..hukum Allah S.W.T jgn dimain2kan.kalau kira kecemasan aurat boleh dibuka sesuka hati..maksudnya kau boleh makan la babi ketika kecemasan..boleh minum arak...mgkin org melayu ni tau babi dgn arak je haram...

Kimi Ziro said...

Betul tu..haram tetap haram..ni soal maruah..fikir lah sikit perasaan suami persakit tu..mesti ye rasa marah aurat isterinya orang lain lihat

Anonymous said...

Ade jugak yg kata darurat sebab tak cukup doktor perempuan...tak abis2 darurat...Malaysia ni betol darurat ke? sudah 60 tahun Malaysia berjaya hambat penjajah...kite bebas tentukan ape yg kita nak buat samada politik, ekonomi, dan sosial...persoalan kekurangan doktor perempuan dlm bidang O&G ni bukan semata-mata doktor perempuan taknak tp pihak kerajaan kena bertanggungjawab...doktor perempuan juga kena bertanggungjawab sbb ini bidang kepakaran perempuan sejak zaman nabi2 dan rasul lagi sehinggalah zaman empayar islam yg mana tak pernah dengar pon waktu itu perbidanan diceburi lelaki...sebab itu org islam zaman dahulu berjaya dan bertamadun sbb mereka paham AGAMA ISLAM yg sebenar...tapi selepas penjajah barat menjajah Malaysia perlahan-lahan mereka suntik agenda jahat terutamanya dlm bidang kesihatan teruatamnya meramaikan LELAAKI dlm bidang O&G...Kerajaan Malaysia kena bertegas dalam hal ini dgn MEWAJIBKAN bakal doktor 0&G adalah perempuan...ini melibatkan aurat wanita yang paling besar...kalau beranak ikut mulu atas takpelah...ini ikut bawah der...GST boleh plak kerajaan kenakan pada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang..jadi, setakat masalah perbidanan ni masalah kecil je...pihak kerajan dan doktor2 yang tak setuju kalau dipaksa doktor perempuan diaramaikan dalam bidang O&G ni korang tanggunglah kt akhirat esok...ini dah dikira faldhu ain sbb negara ni bukan darurat mcm palestin, syria, dan sebagainya..

Anonymous said...

Doktor lelaki (dah kahwin) yang pertahankan lelaki tidak salah cebur dlm bidang O&G ni pernah tak bini beranak disambut doktor lelaki lain??

Anonymous said...

SAYA PERNAH HANTAR ISTERI KE DOKTOR ENT KERNA MASALAH TELINGA. DOKTOR TU SELAMBA LETAK LENGAN DIA KAT BAHU ISTERI SAYA SAMBIL TEROPONG TELINGA DEPAN MATA SAYA. SANGAT OBVIOUS DOKTOR GATAL. PHYSICAL CONTACT YG TAK DIPERLUKAN. KLU DOKTOR TU KENA KAT WAD BERSALIN SAYA TAK TAHULAH. TAK SEMUA DOKTOR GATAL, TAPI ACCEPT THE FACT DOKTOR PUN MANUSIA ADA NAFSU, DAN SEBAHAGIAN MEREKA MEMANG GATAL DAN GILA, GOOGLE KES CABUL OLEH DOKTOR2 NI.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah