Sunday, January 6, 2013

The Silver Lining

The Silver Lining. Image taken from http://phenomenalhealthstyle.tv [link]


Life is a journey. As we walk through the path, we will grow older. Not only physically but also in term of our knowledge, wisdom and way of thinking. We call it as experience. And still, experience will never make you perfect as you need guidance to walk you through the right track.

In this world, there is only one straight line which is the way of Allah. Other than that, it will be a lot of intersections, branches and curves. Apart from that, there will always be test and challenges. The way we face it will determine the outcome that will finally shape us.

People may ask how to survive it? The answer relies on our self. You have to know the strength and weakness that lies inside yourself. By knowing that, then only you may overcome it. Sometimes, we fail to recognize it simply because of negativity in thinking.

We always think negative without even starting the journey. We rather believe in rumors than walk through it.

I really love a quote that says “In every black cloud, there will always be a silver lining”. It is words that I’m holding to. No matter how bad the life that I live, I believe that I will find the way out. And the most important thing is, I believe that the journey that I walk through will teach me something.

Learning is not always come directly. Some time it will come in just the opposite site. We can learn from everybody, everywhere and at any time. We can even learn from the worst person in the earth so that we can train our self not to be like that. We learn from someone’s mistake so we would not repeat it. And we learn from the best so that we can instill the value to our self.

When the cloud turns black, everything looks dark. We feel like giving up for we cannot see anything. And often we are wrong because the silver lining will always come.

That silver lining will bring happiness to our self and make us less anxious. It will not going to shine the whole world but it will light your heart.

Therefore, always be positive. Put your effort in every difficulty that you face before giving up. You can survive it!

Saturday, January 5, 2013

Anda Makan Apa Hari Ini?

Percayakah anda, ini adalah merupakan 'rumah' orang bajau laut yang tinggal di perairan Semporna Sabah?




Saya masih ingat, bapa saya selalu berleter sekiranya kami adik-beradik asyik ingin berbelanja lebih dari yang diperlukan. Corak dan pemikiran saya dan ayah sangat berbeza kerana kami dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Berbanding dengan ayah yang terpaksa melalui hidup yang serba-serbi kesusahan, kehidupan saya adalah lebih mudah. Walaupun tidak sekaya golongan bangsawan, sekurang-kurangnya saya tidak perlu belajar di bawah cahaya pelita atau berjalan kaki ke sekolah yang berbatu-batu jauhnya dengan memakai kasut yang berlubang di sana dan sini. 

Mungkin kerana itu saya sedikit boros dan sejak dari zaman belajar lagi suka membeli bahan-bahan mentah yang agak mahal untuk dibawa balik dan dimasak ibu. Malah, jika kami adik beradik ada bersama, saya suka mendesak untuk kami sekeluarga keluar makan beramai-ramai di restoran. Seperti biasa, ayah akan menjelingkan mata seluas-luasnya walaupun kadang-kadang menuruti juga permintaan tersebut.

Sewaktu saya pulang ke semenanjung untuk majlis graduasi, perkara yang sama turut saya lakukan. Makan di restoran bersama keluarga yang mana perbelanjaan juga agak mewah hingga beratus ringgit untuk sekali makan. Fikir saya, ini adalah gaji pertama dan patut dibelanjakan untuk meraikan kedua ibu-bapa yang telah bersusah payah untuk kami. Tapi bagi ayah, itu semua adalah membazirkan wang.

Hanya sekiranya kita telah biasa hidup susah maka kita akan tahu menghargai nilai wang dan kesukaran untuk mendapatkannya. Maka dengan itu kita tidak sebegitu mudah membazirkannya.

Saya akui, sejak bekerja ini, memang gaya hidup agak sedikit berlebihan dengan apa yang diperlukan. Istilah konon-kononnya hendak memberi ganjaran pada diri sendiri adalah lebih kepada membazir. Mana tidaknya, biasanya saya dan kawan-kawan akan keluar untuk mencuba pelbagai jenis makanan. Hari ini makan masakan korea, esok makan di restoran jepun, lusa makan di hotel dan semestinya hari-hari yang seterusnya menikmati hidangan sea food di restoran di sini. Apa yang ditempah adalah melebihi apa yang diperlukan hingga begitu banyak sekali makanan yang tidak mampu untuk dihabiskan.

Jika dahulu, saya agak pantang dengan orang yang gemar membazirkan makanan dan tidak menghabiskan makanan yang ditempah. Kini, ada masanya saya turut mengulangi perkara yang sama.

Tapi, ada perkara yang benar-benar membuatkan hati saya tersentuh setiap kali menjamah hidangan tersebut. Di saat jari menyuapkan makanan ke mulut, akan ada golongan yang tidak berkemampuan memerhati kami makan. Ada anak-anak kecil yang datang meminta sedekah dan apabila mendapat sedikit wang, mereka akan membeli secucuk sate, cukup untuk menghilangkan rasa terliur mereka pada keenakan makanan. Di saat saya menikmati hidangan bernilai puluhan ringgit untuk satu hidangan, ada yang hanya sekadar mampu mengisi perut dengan air liur. Ada di antara mereka yang bersandar di pintu kaca restoran yang transparen itu dan hanya mampu melihat para pelanggan restoran sedang menjamu selera.

Bekerja sebagai doctor, ada masanya kita terlalu mementingkan diri. Kita marah apabila pesakit datang lambat ke hospital atau mahu pulang sebelum sempat menamatkan rawatan. Saya tidak terkecuali kerana sememangnya pantang dengan pesakit yang mahu DAMA (Discharge Against Medical Advice)

Tapi mungkin saya seringkali lupa bahawa untuk mereka menerima rawatan di hospital, mereka memerlukan belanja yang cukup tinggi dan terpaksa meninggalkan kerja. Dari mana mereka mahu mendapatkan wang jika hasil sumber pendapatan mereka itu sendiri tidak sampai RM10 sehari sedang tanggungan keluarga berduyun-duyun. Percayalah cakap saya, ada juga golongan ‘non malaysian’ ini yang kerja mereka menangkap ikan hanya mendapat wang tidak sampai RM5 sehari. Andai tidak bekerja, bererti dapur tidak berasap. Dan untuk datang ke hospital juga mereka memerlukan belanja yang tinggi.

Kita mungkin hanya boleh bergelak tawa tetapi hakikatnya, ada pesakit saya yang merupakan bajau laut di mana mereka tinggal di atas bot di perairan semporna. Untuk datang ke Tawau sahaja sudah memerlukan belanja puluhan ringgit dan ini belum dikira bayaran caj hospital dan keperluan untuk makan minum. Sedar tidak sedar, ada di antara mereka yang sebenarnya tidak makan pun. Sedang kita, begitu rakus sekali membazirkan makanan. Sering kali juga saya ingin menangis apabila melihatkan lebihan makanan diet pesakit dibuang di dalam tong sampah. Bukan sedikit tetapi sedulang. Nasi dan walau lauknya hanya ikan Kayu itu jugalah yang menjadi makanan kami para doctor andai tidak sempat untuk membeli makanan di kantin.

Pernah saya kebetulan berjumpa dengan salah seorang keluarga pesakit yang tidak dilayan oleh seorang penjual kerana wang nya kurang sepuluh sen sewaktu ingin membeli barangan keperluan pesakit. Hati mana yang tidak tersentuh melihatkan keadaan begini?

Ada masanya, apabila ada sesuatu ujian yang tidak dapat dibuat kerana makmal kehabisan bahan reagen maka kami akan bertanya kepada pesakit samada mampu melakukannya di makmal private. Untuk ujian tersebut, ada yang berharga 20 ringgit, 40 ringgit atau lebih bergantung kepada ujian apa yang dilakukan.

Pernah saya tersasul mengeluarkan perkataan seperti, “kak, ujian tu sangat penting. Kamu tak sayang ke dengan si pulan bin pulan tu. Duit boleh dicari!”

Mudah untuk kita mengungkapkannya kerana kita bergaji yang agak tinggi walaupun sebenarnya jauh lebih rendah andai mahu dibandingkan dengan gaji di negara maju.

Saya malu dengan diri sendiri kerana walaupun saya sedar akan fakta tersebut tetapi kepenatan kadang kala menyebabkan kita sering kali terlupa dan begitu sukar untuk mengawal nafsu amarah. Walaupun tidaklah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat, tetapi mendiamkan diri tetap boleh difahami oleh pesakit sebagai tanda kita sedang marah.

Dan saya juga berasa malu dengan diri sendiri kerana masih gagal untuk mengawal nafsu bermewah walaupun setiap hari melihat penderitaan dan kesusahan natijah dari belenggu kemiskinan.

Dunia ini bukan hanya dipenuhi dengan rama-rama dan pelangi semata-mata. Ia bukan hanya dipenuhi dengan keceriaan dan gelak ketawa. Hakikatnya, ia juga dipenuhi dengan tangisan duka dan air mata derita. Soalnya, adakah kita ambil peduli dengan hal tersebut?

Wednesday, January 2, 2013

The Tears



I just love when an idea keep on flowing inside my minds. I gain back my passion in writing. The world starts to inspire me again. Somehow i get an idea to write this poems after reading someone's facebook caption. Even though it's not like sonnet by Shakespeare, still i want to share it here  


Picure taken from English Club website [link]

The Tears
 
The harsh wind blows,
And the dirt spread all around,
The desert shows no mercy,
With the sun keep on raging
Draining all the energy,
Leaving a walking grave.


And the sky is so hurt,
Seeing earth in agony,
And the cloud turns black,
Until it finally burst in tears,
The rain drop grows the earth,
Restoring the blissful life.


As the sky cries,
So does the eyes,
Rises purely from the soul,
So that the tears grow the heart,
Even when you are alone,
Keeping it beating stronger.


It flows with no form,
As it carry all the suffering,
For it did not want you to see,
How scary it is,
So let it go away,
And be refreshed!


Crying is not a weakness,
It’s an ambiguity of anagram,
It’s a sign of life,
Also manifestation of lost and grief,
And yet it flows with laugh,
And you will relief soon as it dries.


Jacknaim
Taman Ria 7, Tawau
2/1/2013
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah