Thursday, June 27, 2013

Kasih Terhalang


Tanpa dua tangan,
Tepukan tak kan berbunyi,
Tanpa dua hati,
Kasih tak kan berputik,
Tanpa dua getaran,
Cinta tak kan bersemi.

Merenung jauh ke seberang,
terhela nafas yang panjang,
tak semena senyum bertandang,
memikirkan bayangan sang kekasih,
terlebar senyum, terpancar girang,
Lantas diri terasa melayang.

Namun ada kalanya,
Rasa tak seindah realiti,
tidak memungkinkan kisah berkembang,
terpaksa berhenti di tepian.
tiada bisa untuk terus maju,
dan mungkin itulah pengakhirannya.

Jacknaim,
25/6/13
Monkey Dive Lodge Borneo
Pulau Bum Bum,Semporna

Tuesday, June 25, 2013

Ajari aku Erti Berputus Asa





Kita biasa diajar tentang nilai-nilai bekerja keras, bersemangat waja, tetap pendirian dan berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar impian dan matlamat yang telah kita tetapkan. 

Ya, kita dapat melihat betapa insan-insan yang tidak mengenal putus asa ini berjaya dalam usaha mereka. Kolonel Sanders mengambil masa lebih dari tiga puluh tahun sebelum akhirnya Berjaya memujudkan sistem rangkaian francais untuk bisnes ayam goring KFC nya. Di sebalik kejayaannya, beliau mengalami kegagalan yang banyak terutama dari segi personal termasuklah dibuang kerja dan ditinggalkan isteri. Begitu juga dengan kisah pencipta lampu komersial terkenal iaitu Thomas Eddison yang telah mengalami kegagalan beratus kali sebelum akhirnya berjaya dalam bisnesnya. Kata beliau, psikologi minda dapat dikalahkan sekiranya kita mempunyai keazaman yang tinggi serta berupaya mengalahkan rasa takut.

Berpusing sebanyak 360 darjah dan berfikir dalam dimensi yang berlainan, pada saya ada masanya kita juga harus belajar untuk berputus asa. Ada masanya, kita terlalu bersemangat waja untuk mencapai keuntungan peribadi hingga mengorbankan orang disekeliling kita.

Kata sahabat saya, Pastor Brutus; “Ada masanya, berputus asa terhadap sesuatu yang kita kejar bukanlah bererti kegagalan tetapi ia membawa kita kepada satu jalan yang baru dan kita akan lebih mencapai damai.”

Cuma, tidak ramai di antara kita yang tahu bagaimana untuk berputus asa apatah lagi jika kita telah diajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan seolah-olah wajib mendapatkan apa yang kita cita.

Lantas, kita lebih rela membiarkan diri kita terkurung dalam derita dan menangisi kekalahan yang dialami serta perlu setiap masa memujuk jiwa untuk terus mencuba biarpun hati semakin terluka.

Berputus asa itu dilihat sebagai simbolik ‘lemah’, hingga tiada siapa mahu memilihnya. Ia adalah pilihan yang menyakitkan andai kita terpaksa memilihnya.

Mungkinkah, saya dan juga anda semua juga patut belajar untuk berputus asa terhadap sesuatu cita-cita dan impian tertentu dan memilih jalan yang baru untuk terus bergerak.

Sunday, June 23, 2013

Bersendiri Menghadapi Pengakhiran

Ombak bisa merubah pantai, namun bisakah duka mengubah cinta dan kasih yang tersemai?

Kisah 1


Sudah sebulan kedua belah kaki mula membengkak, tapi digagahkan juga untuk menghadapi hari mendatang. Lama kelamaan, dada pula terasa sesak. Sukar untuk bernafas. Apabila sudah tidak tahan, maka kaki begitu pantas melangkak ke Jabatan Kecemasan. Seorang membawa diri kerana merasakan kesakitan yang dialami hanyalah biasa.


Namun, keadaan bertambah teruk dan dipaksa pula dimasukkan tiub kedalam rongga pernafasan dan disambung pada mesin bantuan pernafasan. Tiada ahli keluarga yang berada disamping, tiada pula teman karib. Seorang diri menghadapi saat-saat yang bisa membawa maut. Mungkinkah ada ahli keluarga yang menyedari kehilangannya?


Kisah 2

Tiada siapa mengetahui apa tujuannya berjalan seorang diri. Mungkinkah mencari barangan keperluan dapur atau mungkin juga ingin menziarahi teman yang sakit. Si nenek tua berjalan membawa beg terisi dengan surah Ya Sin, mungkin sebagai bacaan di waktu lapang. Atau mungkin untuk dibaca oleh seseorang. Tiada siapa tahu mengapa dia melintas jalan dan adakah dia sedar di hadapannya ada sebuah lori yang bergerak dengan laju. Hentakan keras bahagian depan lori menyebabkan dia tersembam dan terpelosok di bawah lori.


Sesampai di Jabatan Kecemasan, dia hanya bersendirian. Tiada ahli keluarga atau kawan yang mengenalinya. Terkulai layu diangkat oleh orang awam. Nadi sudah hampir sampai ke penghujung, lebam jelas kelihatan pada sekeliling mata menggambarkan kemungkinan kecederaan dalam kepala. Dan perut yang mula mengembung memungkinkan adanya kecederaan anggota dalaman. Saat tiub dimasukkan ke rongga pernafasan, darah membuak keluar.


Tubuh itu begitu rapuh, tiada apa-apa yang bisa dilakukan selain dari usaha yang tidak mempunyai satu kepastian pada penghujungnya. Dan tubuh yang rapuh itu akhirnya menghadap Ilahi. Bersendirian tanpa orang tersayang. Tanpa ada insan yang mengenalinya. Dan sekujur tubuh mula membujur menantikan saat datangnya insan tersayang yang perlu dijejaki.


Senyap seketika!


Dan masa berlalu beberapa ketika. Lantas bergema teriakan dan esakan dari sang anak yang dibawa ke hospital. Mengetahui sekujur tubuh yang berbungkus itu milik ibunya maka dunia terasa bagaikan sudah tiba ke penghujungnya.


Kita Bersendirian?


Kata lagu, berdua itu lebih baik dari bersendirian. Berteman menghadapi hidup dan kesusahan. 

Perhubungan itu sesuatu yang amat kompleks.


Kita sering menyangka bahawa kita mampu hidup bersendirian. Sedang hakikat nya, kita tidak mampu membendung rasa sunyi. Kerana itu, Hawa dicipta buat menemani perjalanan hidup seharian Adam. Hakikatnya manusia memang lemah dan tidak mampu untuk bersendiri.


Alangkah sedihnya jika tiba suatu saat di mana penghujung nyawa kita berakhir tanpa ada insan yang kita kenal. Pergi tanpa di ingati, hilang tanpa dikenang.


Andai diberi pilihan, apa yang kita impikan?


Mempunyai orang yang tersayang disamping kita di saat akhir, kita mungkin merasa tenang dan bahagia. Tapi buat sang peneman, pedih yang terasa apabila menyaksikan insan tersayang sedang bertarung dengan ajal dan bakal meninggalkan mereka.


Atau pergi menghadap ilahi bersendirian tanpa ada yang mengenali diri yang kerdil itu. Ketakutan mencengkam jiwa saat menantikan datangnya Izrail mencabut nyawa. Apakah pemergian ini akan dirindui?


Bersendiri atau berdua?

Wednesday, June 19, 2013

Sea walking at Mamutik Island







Rather than seeing the fish swimming inside the aquarium, why don’t you go inside the gigantic aquarium and feed the fish.

Well, I guess that’s the concept of sea walking beneath 3 meters from the surface. They will put you one big helmet connected to the oxygen pipe line and you will walking on a provided path for about 15 minutes. Inside, you will have a chance to enjoy the colorful fishes and coral and feel the excitement during the feeding the fish session.

Just for trying and recommendation from friend, I finally had this session in Mamutik Island, Kota Kinabalu.

It cost me RM150  for that very brief moment and I think it is very expensive. For those who have already go for scuba diving, then this activity is not worth of it. Or, you can always try discovery scuba for only RM270+ and can goes even deeper under the sea.

If you ask me whether it’s a worth thing to do or not then I will say, it’s ok for the beginner who never try scuba diving. Not really give you adrenaline rash but it is just nice. But I will recommend you to go for snorkeling or try the discovery scuba diving and it would be more exciting.

Tuesday, June 18, 2013

Parasailing experience




It was an expensive outdoor activity for someone like me. But if you love adventure then you should try it. It took my MYR 90 for this less than 10 minutes experience.

I went to Jesselton boat jetty in KK and find a travel agent counter situated in a building near the port. The one that I took was Aparu Holiday. Apart from parasailing, I took the package for island hoping to Pulau Mamutik and Pulau Manukan. And not to forgot, I also decided to join sea walking as well in which I regretted it. Well, if you already tried scuba diving, then don’t bother to go for sea walking. 

For this para sailing, personally I enjoyed the ride. Wish to do it again someday. The agent took us to the Mamutik Island first. After we enjoy our beach walk, then we went to the open sea by boat. 

The boatman then put some safety gear to us and attached it to the parasailing set located at the bottom of the boat. Then they speed up the boat and here we go, flied to the air and it was awesome. On and off, the parasailing touch the sea water, enough to let me to ‘consumed’ the salty water and then they speed up a bit and I flied again.


I enjoyed diving more compared to parasailing because my movement was restricted. But anyhow, during the ride, it make me thinking about myself. Some reflection and deep thought. 

I had been dreaming about my future career too much that until the point that I stressed myself to achieve it. It was a very painful moment until it consumed my inner thought and soul. Often, I was left without being able to stand up.

But then, a brief closure of eyes with ears listening to the whisper of wind while you were floating on the air made me realized that there were more things to do rather than just your career. It made me realized that I have so many things that I wish to do even though there were not much time and most importantly less money. But hey, I think I should grant myself and stop being sad.


We often blame God for what we don’t have. We see it as how un fair the world is and how bad God is by making up plan that did not satisfy our desire. We only see the bad things behind it and fail to recognize the beauty behind it. I have experience it many time and often, God reveals the answer why HE didn’t give certain thing that I request after some time. But, being a rebellious creatures, I keep on forgetting it.

At least, we should be thankful to GOD for what he gives us. Our physicals, the air that we breath, the opportunities of meeting people or being in a community. All of them are unlimited blessing and we should always be grateful. 

Allah is great!    
  
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah