Friday, July 26, 2013

Terima Kasih Hospital Tawau

Menyambut hari raya idul adha partama dengan bertugas di  coronary care unit dengan empat bed penuh dengan pesakit MI, symptomatic bradycardia dan CRHD in failure. cuba untuk maintan dari menampakkan riak kesedihan


Pejam celik dan pejam celik, akhirnya sudah dua tahun saya Di Tawau dan hari ini secara rasminya tamatlah tugas saya sebagai Pegawai Perubatan Siswazah UD 41 di hospital Tawau.

Terasa seakan baru kelmarin saya mendaftarkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan seterusnya menjalani orientasi di Hospital Tawau. Bermula dengan Jabatan O&G, dan seterusnya diikuti dengan Jabatan Orthopedik, Jabatan Surgery, Jabatan Perubatan Dalaman, Jabatan Pediatrik dan akhirnya Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Kes terakhir yang saya uruskan selaku pegawai Perubatan siswazah di zon merah Jabatan kecemasan adalah kes Polytrauma dan dimasukkan ke ward 10 menit sebelum berdetiknya jam 10 malam menandakan berakhirnya shift. Kes kemalangan dimana pesakit mengalami pendarahan dalam otak iaitu left temporal extradural hemorrhage with depress skull fracture, left zygomatic bone fracture, epistaxis, right comminuted close fracture of humerus, right lung contusion with rib fracture and right inferior pubic rami fracture.

Terasa dua tahun ini begitu singkat sekali. Bermula sebagai seorang asing yang membawa diri jauh dari kampung halaman, seorang demi seorang kenalan menjadi teman hinggalah ada yang menjadi teman rapat. Kini saat itu berakhir sudah.

Sedikit terkilan kerana impian untuk terus menyambung khidmat di sini tidak diterima. Mungkin ada hikmah nya yang tersendiri. Mungkin juga ALLAH mahu saya mendapatkan pengalaman bekerja di medan yang baru. insyaALLAH sekali lagi saya akan berhijrah ke sebuah lagi daerah di bumi sabah.

Mana mungkin saya lupakan kenangan sewaktu berada disini. Saat menyambut ramadhan pertama di labour room. Berbuka puasa sambil menjahit luka episiotomy. Menguruskan pesakit yang pelbagai ragam, bergembira bersama rakan sekerja dan menimba ilmu daripada rakan-rakan houseman, MO dan specialist dan tidak lupa juga saat-saat dibantu dan dididik oleh nurse dan MA. Juga saat di mana kenalan yang bertugas sebagai cleaner memasak masakan istimewa. Saat menangis kerana kehilangan pesakit yang dirasakan tidak sepatutnya mati, saat ditegur bila melakukan kesalahan termasuklah dimaki dihadapan pesakit. Saat melakukan tugas yang bukan nya tugas doctor seperti menukar lampin pesakit, membasuh berak pesakit.

Banyak sungguh kenangan disini. Manis, masin, masam, pahit dan tawarnya rencah kehidupan pasti tidak akan dilupakan. Erti persahabatan, pertengkaran dan perjuangan. Juga erti tewas dalam medan kehidupan.

Saya hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih dan betapa terharunya dengan apa yang saya perolehi di sini. Segala kenangan yang tercatan pasti tidak akan dilupakan.

Selepas ini, semestinya tanggung jawab yang lebih besar akan saya pikul selaku pegawai Perubatan yang akan bermula di daerah asing dan sebagai orang asing. Satu medan yang baru, tahap cabaran yang baru dan semestinya padang permainan yang baru di mana insyaALLAH akan menyediakan saya untuk menjadi pakar Perubatan kecemasan dan trauma nanti.

Ah…… singkat sungguh masa ini. Terima kasih semua di atas segalanya.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah