Monday, November 11, 2013

Biar tak sempurna

Biar tak mengejar sempurna,
Takut termengah di tengah jalan,
Cukup yang manis tersenyum,
Dingin hati memandang.


Jacknaim
Lembah danum valley
11/10/13

Sunday, November 10, 2013

Kembara Lembah Danum: Khazanah Etnik Purba Sugpan




Bakal menemui sesuatu yang sangat menarik

Bumi Sabah kaya dengan pelbagai khazanah yang masih belum diterokai. Banyak rahsia yang tersimpan dan banyak pula misteri yang masih belum dirungkai. Keindahan alam nya setanding dengan pusat peranginan terkemuka dunia.

Tidak hairan, para pelancong sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menerokai keindahan alam nya. Sayangnya, Kita hanya memandang gah pada Negara luar dan tidak berbangga dengan khazanah alam kita sendiri.

Keranda etnik Sugpan

Ini merupakan keranda orang sugpan iaitu etnik purba di sabah. Sayangnya saya tidak mempunyai maklumat yang betul-betul mendalam tentang suku ini. Mungkin kerana ia sudah pupus. Atau mungkin juga masih ada suku kaum ini yang sudah mula sebati dengan hidup moden di Bandar-bandar besar.

 Keranada kaum Sugpan ini ditemui di puncak bukit di Lembah Danum, Lahad Datu Sabah. Mereka percaya bahawa mereka berasal dari gunung dan jasad mereka harus bersemadi dengan gunung.

Keranda ini dibina dari kayu Belian yang sangat keras. Berdasarkan saiz keranda, susuk tubuh orang sugpan sangat kecil.Timbul persoalan bagaimana mereka menebang kayu balak ini dan seterusnya diukir dan kemudiaanya dibawa ke puncak bukit untuk disemadikan. Banyak lagi rahsia zaman kuno yang tidak kita ketahui. Lantas kita sedar bahawa tamadun kita bukan lah tamadun terhebat yang pernah wujud di bumi ini.

Kayu Belian yang terkenal dengan realiti betapa kerasnya kayu nya ditebang dan diukir oleh etnik ini. Jangan tanya saya apa teknologi yang mereka gunakan kerana pada masa kini, gigi gergaji bisa tumpul apabila memotong kayu Belian.

Berdasarkan saiz keranda, kerangka mereka tidak lah besar. Mungkinkah mereka memiliki kuasa super hero?

mengikut cerita, sekiranya etnik ini tidak mempunyai waris, sumpit istimewa mereka ini akan disimpan bersama di dalam keranda. bukan waris tidak boleh sama sekali menyimpan sumpit ini. Mengikut cerita juga, etnik ini akan meletakkan kayu di bawah air terjun hingga air tersebut menghasilkan lubang sumpit pada kayu itu sebelum dijadikan senjata.

Tidak ada siapa tahu samada tulang dan tengkorak ini milik kaum ini ataupun orang lain yang meninggal di puncak bukit ini.


Antaranya kisah Kaum Tsamud yang diceritakan dlm Quran bagaimana mereka memahat Gunung-gunung untuk dijadikan rumah. Begitu juga kaum Ad yang membina kota Iram. Tidak lupa juga kerajaan Nabi Sulaiman yang mampu memerintah jin bagi melaksanakan pemerintahan mereka. Juga bagaimana Piramid tersergam megah tanpa dapat kita bayangkan apakah teknologi yang mereka gunakan. Allah lah yang Maha Hebat dan Berkuasa menjadikan segala benda.

Struktur batu bukit yang ditemui di Puncak bukit ini juga turut menimbulkan tanda tanya. Sekiranya anda biasa diving, anda akan menemui banyak batu-batu sebegini. Mungkinkah kawasan ini dahulunya ditenggelami oleh Laut? Atau mungkin juga terdapat sesuatu yang membawanya ke sini.

Mushroom of Danum Valley

I'm not good in photography but i always dreaming of having my own DSLR camera and take as much photo as i can. Well, still till now, i haven't got my own DSLR camera yet. These photos were taken using Samsung Galaxy S2. Not much picture that i can snap because the battery ran out so fast
 










 
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah