Friday, December 27, 2013

The Unprecedented World


Embrace yourself in unprecedented world,
Even you will be left in vain,
Behold! for the light will come,
And your path will open wide,
For the day will make you a warrior.


 
Jacknaim
27/12/13, 12.40 AM
Hospital Lahad Datu

Wednesday, December 25, 2013

A Random Picture



Picture speaks  thousands word,
But mine always look grumpy,
Does it reflecting my gloomy day
Or is it just masking my true self?
For the smile is precious.

Life is not always a joy ride,
We may fall,
Eyes will cry,
Heart also crying,
And mind turns blue.

A journey of life,
Am i just at the beginning of it?
Or i'm already at the middle?
Is it possibly near to the end?
Only the Creator knows.

So why should bother?
If it is pathetic,
Or it saddened your soul,
Making your heart cry,
And you're in blue.

Continue the walk,
Walk the talk,
Run the joy,
Leave behind the scar,
And day will pass,

Tomorrow will come,
Leaving today behind,
Step back and decide,
How should we decorate it?
Fun, Cry, Sadness, Joy?

Jacknaim,
25/12/13, 5.20 PM
Quarters Hospital Lahad Datu.



The Color of Life

 
 
Colorful life may break your heart,
But i doesn't mean that you have to stay in white and black,
The pain and despair,
will make you tougher than yesterday....
 
Jacknaim,
22 December 2013
Somewhere in Kota Kinabalu....

Monday, December 23, 2013

Kundasang War Memorial

The memory of 2428 allied servicemen of australia and britain who died between 1942-1945 at sandakan pow camp or during their death march in death passage from sandakan-ranau — at Kundasang War Memorial Sabah.  











Hati siapa yang bersedih?



Hati siapa yang bersedih?
Kerna langit turut menangis bersamamu,
Biarkan awan hitam berlalu,
Bawa bersama segala dukamu,
Perginya menyembuh seribu luka,
Agar senyuman sentiasa menemanimu.


Jacknaim,
Tip of Borneo, Simpang Mengayau, Kudat
21/12/13


Kabus


Saat kabus menutupi bumi,
dan wajahmu ditelan kelam nya malam,
dan sinar bulan juga menghilang,
hanya sepi menjadi teman

Jacknaim
Kundasang, Ranau.
21/12/13

Sunday, December 8, 2013

Selepas Kemaluan, Payudara Menjadi Sasaran..




Apabila itik berbicara dengan ayam, ia kelihatan harmoni pada saat awalnya, namun bertukar menjadi irama inferno yang akhirnya menyakitkan telinga dan mengganggu emosi. Emosi yang terganggu membawa kepada akal yang tidak waras dan hilangnya pertimbangan dalam membuat justifikasi secara rasional.

Pertembungan Ustaz-Doktor-Masyarakat awam menjadi parah apabila masing-masing ingin menjadi pahlawan keyboard mahupun memberikan pandangan yang tidak direstui bagi pihak orang lain. Contohnya masyarakat awam memberi komen bagi pihak doctor mengikut apa yang mereka rasa mahupun pandangan mereka mengikut sentimen yang mereka sedang alami.  Begitu juga apabila orang yang sedang sihat tubuh badan dan akal mereka memberikan pandangan bagi pihak orang yang sedang mengalami kesakitan dan berdepan dengan situasi maut. Nescaya, komen-komen ini akan membawa kepada kesilapan dalam pemikiran yang disandarkan kepada logic akal.

Seorang pemimpin islam yang cukup berkuasa, agung, dihormati, disegani dan juga memegang jawatan sebagai Rasul terakhir dalam Sejarah umat islam dengan merendah hati menyerahkan urusan pendebungaan kurma kepada mereka yang ahli dalam bidangnya dan ini membawa kepada kemakmuran lading-ladang kurma di Madinah. Tidak kah ia menjadi bukti yang cukup kuat bahawa urusan dalam bidang kepakaran perlu diserahkan kepada mereka yang ahli dalam bidang tersebut?

Sebagai contoh, seorang wanita muda di peringkat awal kandungan menemui doctor lelaki dengan tanda-tanda jangkitan selesema dan juga sakit pada bahagian dada. Beliau juga mengalami sedikit kesukaran bernafas. Pemeriksaan awal menunjukkan ia adalah selesema. Pemeriksaan radiologi iaitu X Ray dada adalah tidak dilakukan memandangkan pesakit tidak kritikal dan risiko adalah tinggi kepada pesakit.

Setelah sebulan, pesakit datang menemui doctor lelaki dengan masalah yang sama. Pesakit stabil dan  dibenarkan pulang.

Selang beberapa bulan kemudian, pesakit datang dan tidak stabil, sudah mengalami sesak nafas yang terlampau dan terasa ada benjolan keras pada bahagian perut. Pemeriksaan mendapati ada pesakit mengalami kanser di peringkat teruk. Hati sudah membengkak dan sudah ada air berkumpul di dalam paru-paru. Setelah beberapa hari, pesakit meninggal dunia. Di mana punca kanser tersebut? Ia adalah dari buah dada dan riwayat bahawa pesakit mempunyai ketumbuhan pada dada tidak diberitahu. Dimana salah nya? Adakah isu malu kerana doctor yang merawat adalah lelaki?

Adakah doctor lelaki bersalah kerana tidak memeriksa payudara? Sudah semestinya tidak kerana doctor hanya akan memeriksa pesakit berdasarkan apa yang diberitahu pesakit. Sekiranya pesakit tidak memberikan maklumat yang perlu diketahui doctor, maka ia akan mengakibatkan diagnosis lari. Apatah pula symptom yang di alami pesakit merupakan suatu masalah yang sama dengan pesakit lain. Ibu mengandung, senang mendapat selesema dan juga keradangan pada kerongkong akibat dari perubahan hormone. Apabila kandungan semakin membesar, mereka akan mengalami kesukaran bernafas. Bagaimana doctor mahu membezakan samada ia berbahaya atau tidak adalah melalui sejarah penyakit yang diambil dari pesakit. Hanya kerana satu riwayat penyakit tidak didedahkan maka ia membawa kepada kelewatan untuk membuat diagnosis. Dan ditakdirkan juga pesakit tergolong dalam golongan kurang bernasib baik kerana ketumbuhan payu dara itu adalah dari jenis yang sangat aggressif berbanding ketumbuhan payu dara lain.

Persoalan nya, adakah wajar doctor lelaki memeriksa payudara wanita? Sebelum saya menjawab, anda Nilai sendiri berdasarkan kes yang saya nukilkan.

“Adakah pemeriksaan payudara dianggap sebagai darurat?” “Adakah doctor perlu memegang payudara dan doctor sendiri tidak tahu apa masalahnya lalu menghantar pesakit untuk mammogram dan ultrasound?” “Kenapa tidak terus dibuat ultrasound atau mammogram?” Ini antara persoalan yang dilontarkan oleh orang awam.

Saya bersetuju bahawa pemeriksaan payudara KURANG PERLU dilakukan oleh doctor lelaki. Ini kerana pemeriksaan payudara BOLEH dilakukan oleh PESAKIT sendiri. Sekiranya anda cukup peka, dimana-mana hospital ataupun media dan kempen Kesihatan ada diedarkan risalah mengenai “BREAST SELF EXAMINATION”. Ia adalah merupakan peringkat saringan pertama untuk mengesan ketumbuhan pada payu dara.
 

gambar bukan hak milik penulis



Sekiranya ada ketumbuhan, adakah perlu doctor lelaki yang melihatnya? Terpulang kepada pesakit kerana untuk rawatan awal dari doctor, mana-mana doctor sudah terlatih untuk mengesan ketumbuhan payudara. Masalah dengan masyarakat hari ini ialah, mereka MENYALAHGUNAKAN JABATAN KECEMASAN. Jabatan Kecemasan dan Trauma hanyalah untuk KES KRITIKAL dan SEPARA KRITIKAL. Oleh yang demikian, jika anda datng ke Jabatan Kecemasan, doctor tidak akan ada masa untuk mencari doctor wanita bagi memeriksa kamu. Maka, anda sangat dialu-alukan untuk berjumpa dengan doktor GP (General Practitioner). Anda tidak perlu berbohong bahawa tiada doktor wanita di bandar kerana terdapat banyak GP terdiri dari doktor wanita. 

Apabila doktor memeriksa payudara, kebanyakan diagnosis sudah boleh dibuat. Akan tetapi ia memerlukan pemeriksaan lanjut iaitu ultrasound untuk wanita berumur kurang dari 35 tahun ataupun mammogram untuk wanita yang berumur lebih 35 tahun. Pemeriksaan lanjut adalah untuk mengesahkan diagnosis yang dibuat doktor. Pemeriksaan doktor akan menentukan samada pesakit memerlukan modaliti ini secara URGENT mahupun boleh ditunggu selepas beberapa bulan. Ia adalah penting untuk mengurangkan bebanan kerja di bahagian jabatan radiologi. 





Selepas itu, pesakit akan dirujuk kepada doktor bahagian pembedahan yang terdiri dari lelaki mahupun perempuan. Untuk fasa ini, kategori darurat sudah boleh digunakan. Ini kerana, pesakit sudah pun dirujuk oleh doktor lain (doktor wanita) kerana pada pendapat beliau, ia memerlukan rawatan dari mereka yang lebih pakar. 

Darurat bukan hanya bererti anda terpaksa memakan babi disebabkan sudah tidak ada makanan lain. Darurat juga bermaksud anda mengalami penyakit yang mana tidak ramai doktor wanita mempunyai kepakaran untuk merawat anda. Adakah tidak terdapat doktor bedah wanita? Ada tetapi tidak ramai. Setelah bertemu doktor bahagian pembedahan, pesakit akan dinilai untuk menjalani ujian lanjut seperti mengambil sampel isi dan seterusnya pembedahan. 

Tidak semua pesakit perlu dirujuk kepada doktor bedah. Contohnya jika doktor wanita di GP merasakan ia hanyalah fibroadenoma yang tidak bahaya, maka pesakit boleh sahaja meneruskan rawatan susulan dengan GP tersebut dan hanya dirujuk kepada pakar sekiranya perlu.

Untuk makluman pembaca, kanser payudara adalah antara punya utama kematian wanita. Antara faktor menyumbang kepada kematian adalah SUAMI yang tidak membenarkan isteri mendapatkan rawatan. Akibatnya, ia sampai ketahap yang sudah tidak dirawat. Bengkak pada payudara menjadi bernanah dan mengeluarkan bau busuk. Pada tahap ini, rawatan yang diberi hanyalah paliatif untuk mengurangkan bau busuk dan memberi keselesaan pada wanita. Dimana suami pada ketika ini? Kebanyakan pesakit yang saya temui memberikan jawapan bahawa suami sudah pun berkahwin lain atas alasan isteri sudah tidak mampu menyediakan keperluan batin suami. Saya katakan bahawa anda adalah DAYUS dan HIPOKRIT kerana pada awalnya berkeras tidak mahu isteri membuat pemeriksaan dan kemudiannya meninggalkan isteri di saat mereka merana.

Berbanding dengan kes bersalin, ya saya mengambil pendapat adalah wajar keutamaan diberi pada doktor wanita. Tetapi apabila mereka sudah dirujuk kepada doktor bahagian bedah, maka ia sudah termasuk dalam kategori darurat yang dibenarkan doktor lelaki memeriksa masalah tersebut. Tidak semua kes perlu dirawat doktor lelaki. Sila amalkan langkah berikut. 

Sentiasa jadikan kaedah “Breast Self Examination” satu amalan di rumah. Jika ada benjolan atau ketidak normalan, sila ambil perhatian untuk bertemu GP wanita dan jangan menyalah gunakan JABATAN KECEMASAN untuk kes tidak darurat. Sekiranya GP wanita merasakan ia perlu dinilai secara terperinci oleh doktor bahagian bedah, maka anda boleh cuba untuk meminta doktor pakar wanita tetapi jangan terlalu berharap. Pada saat ini, anda sudah dikira berada dalam keadaan darurat walaupun anda masih boleh berjalan, makan dan minum. Ingat! Kanser Payudara boleh membunuh!




Nota kaki
1) Isu terdahulu berhubung doktor merawat sakit puan {link}
2) Hukum Merawat pesakit berlainan jantina {link}

Wednesday, December 4, 2013

The Confusing Lullaby


The bird chirping,
Singing a lullaby,
While drown in mist,
And the grasshopper jumping,
Confusing himself over the carpet of grass,
Wondering about the melody,
Whether it's for him or not..

Jacknaim
21/11/13 

Menara Kayangan Lahad Datu



 Angin bayu yang membelai.rambut,
Di puncak awanan kasih bersahut,
Hati sayang bertaut rindu,
Menanti restu dari kayangan...

Jacknaim
Menara Kayangan Lahad Datu
21/11/2013







Monday, December 2, 2013

Doktor Suka Tengok Kemaluan Pesakit.







 
Kita dikecohkan dengan beberapa insiden berkaitan dengan kewajaran doktor Perubatan lelaki menyambut kelahiran atau mengendalikan  kes-kes sakit puan dan perbidanan. Ia bukanlah sesuatu yang baru dan sebenarnya sudah muncul sejak saya masih lagi bergelar  pelajar perubatan. Ia membawa kepada insiden-insiden seperti  adanya suami yang menghantar surat kepada  pengarah hospital bagi melarang isteri di  rawat oleh doktor lelaki.


Dalam isu ini, pertamanya ingin saya tegaskan bahawa saya faham dan menghormati  keputusan mereka untuk berbuat demikian. Akan tetapi, realiti juga harus dipandang  dengan mata di kepala dan juga mata di hati  disamping kita harus memahami akan hak dan  tanggung jawab.


Kita berhak untuk meminta itu dan ini demi untuk kebaikan kita tetapi jangan pula kita  lupa bahawa orang lain juga mempunyai hak  mereka sendiri dan juga tanggung jawab. Bebanan tugas O&G dan juga stress akibat  tekanan kerja andai berlaku masalah  menyebabkan ramai doktor wanita tidak sanggup  untuk bekerja di jabatan ini. Jumlah sedia ada  doktor wanita yang sedikit menyebabkan bebanan  kerja mereka semakin bertambah sehingga  terpaksa mengabaikan keluarga. Malah, banyak  juga kes penceraian dalam kalangan doktor- doktor wanita ini berlaku akibat daripada  terlampau sibuknya bekerja hingga mengabaikan  keluarga.


Dalam kepenatan bekerja, akal juga akan turut  keletihan hingga boleh membawa kepada kesilapan sewaktu bertugas. Jika kesilapan  berlaku, doktor berhadapan dengan tindakan  tata tertib mahupun saman. Realiti hidup hari  ini, seikhlas mana pun kamu bekerja,  masyarakat akan sentiasa mengintai ruang kamu  melakukan kesilapan dan seterusnya memfailkan  saman.


Oleh itu, sama-sama kita renung adakah wajar kita tergila-gila mengejar hak kita hingga kita lupa bahawa doktor wanita juga mempunyai tanggug jawab kepada keluarga mereka. Mereka juga mempunyai hak untuk menguruskan rumah tangga mereka, berhak untuk mendapatkan rehat secukupnya, berhak untuk bekerja dalam suasana yang harmoni, berhak untuk menjaga kesihatan jasmani dan mental mereka, berhak untuk memberikan rawatan yang standard kepada pesakit mereka, berhak untuk memilih bidang kepakaran yang mereka inginkan dan bukan hanya O&G, berhak untuk bercuti, berhak untuk tidak hanya melihat doktor lelaki bergoyang kaki kerana semua pesakit tidak mahu doktor lelaki.


Doktor adalah golongan professional. Semua pesakit yang datang adalah sama. Mereka datang untuk mendapatkan bantuan dan kami sebagai doktor akan merawat dengan etika dan nilai professional yang diajar sejak dari bangku universiti lagi.


Sebagai seorang doktor, hati saya begitu sakit dan terluka membaca komen-komen masyarakat yang seolah-olah menggambarkan doktor ini tidak professional.


sebagai contoh, komen yang ditulis oleh seorang hamba Allah ini di mana beliau yang cukup mulia ini ingin mengarahkan pihak keselamatan menerajang doktor lelaki yang bahalol kerana suka sangat nak tengok kemaluan isteri orang.


Wallahu'allam, saya tidak tahu beliau ini ahli syurga dari tujuh syurga yang mana dan apa amalan dia di atas dunia yang membolehkan dia menjadi manusia yang cukup sempurna hingga menuduh kami sengaja atau suka-suka untuk melihat kemaluan.


Apabila wanita dalam keadaan ingin bersalin atau datang kerana keguguran, mereka berada dalam keadaan yang aib. Mereka terberak di atas katil, bau darah bercampur air ketuban yang sangat hanyir dan busuk, serta berada dalm keadaan penuh kesakitan. Paling teruk, ada yang datang disebabkan jangkitan pada kemaluan dengan nanah dan lendir keluar menitis-nitis. Manusia waras mana yang ingin bergembira melihat keadaan mereka sebegini? Dan manusia kurang akal mana yang akan terangsang nafsunya melihat keadaan begini.


Bahkan suami yang selalu melakukan hubungan seksual dengan isteri juga tidak akan sanggup melihat keadaan yang penuh aib ini.


Akan tetapi, para doktor tidak pernah pula berkata kepada pesakit "Kenapa &*&*^*# kamu ni busuk sangat, jijik sangat?"



Ini kerana, para doktor telah dilatih untuk berhadapan dengan situasi ini bagi membantu proses kelahiran. Ketahuilah bahawa proses kelahiran itu bukanlah penyakit tetapi jika tidak ada ahli yang benar-benar mahir, kadar kematian untuk ibu dan bayi adalah tinggi. Kadar kematian ini juga dijadikan penanda aras kemajuan sesebuah negara dan juga di audit hingga ke peringkat World Health Organization. Para doktor begitu memandang serius isu ni dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan langsung tidak ada masa untuk menikmati kemaluan isteri anda sekalian. Dan para doktor juga tidak ada masa untuk bergosip bahawa kemaluan isteri kamu senget, atau berketuat atau segala macam bentuk.


Ketahuilah, kami tak lapar nak tengok kemaluan isteri kamu dan kami juga tak kebulur nak suka-suka membuat pemeriksaan pada alat sulit isteri kamu. Apa yang kami lakukan hanyalah berdasarkan tanggungjawab yang di amanahkan.


p/s: Berkaitan dengan hukum doctor/pelajar Perubatan merawat pesakit berlainan jantina [link]

p/s 2: Pelik tengok pesakit yang tak pernah pakai tudung, pakai baju Nampak buah dada, tapi tiba-tiba jadi ustazah bab-bab ni.

p/s 3: Pelik juga tengok ustazah yang sangat alim bagai, tapi masuk masa contraction pain, tak pernah pula sembahyang.

Senang cerita, kumpul duit sebelum kahwin lagi lepas tu pergi Klinik An Nisa ke ataupun mana-mana klinik swasta. Ini ada duit lebih buat beli iPhone la, tukar kereta la, beli baju busana konon nya muslimah tapi nampak buah betik.........

Nota Kaki dan Respons terhadap Komen melalui FB, comment section (12/3/13 - 10.30 AM)



Setelah mendapat input dan interaksi yang  banyak melalui ruangan komen, maka saya  mengambil keputusan untuk menambah artikel ini  dengan beberapa nota kaki agar saya tidak  perlu menulisnya berulang kali


1) Apabila doktor lelaki melihat kemaluan  perempuan = Aurat, maka apakah pula hukum nya  apabila doktor atau nurse WANITA bukan islam  melihat kemaluan perempuan dan apa pula hukum  nya sekiranya doktor atau nurse itu adalah  WANITA ISLAM. renung renungkan dan amal- amalkan.

*Mengikut pendapat ulamak, doktor muslim yang  tsiqah lebih afdhal merawat pesakit wanita islam selepas doktor wanita kerana mereka akan  lebih memelihara maruah wanita islam. Walaubagaimanapun, dalam konteks doktor-doktor  Malaysia, majoriti doktor adalah professional  dan tidak akan mendedahkan maklumat pesakit  kecuali di atas beberapa sebab.

2) Adakah saya menentang idea ini?

Saya tidak pernah menentang bahkan saya  bersetuju bahawa adalah lebih afdhal sekiranya  doktor wanita merawat pesakit wanita  terutamanya dalam bidang O&G tetapi pada masa  sama, perbahasan ulamak juga tidak mengatakan  100% haram untuk Dr Lelaki merawat mereka.  SIla rujuk tulisan saya yang ditulis sewaktu  masih dalam kursus doktor perubatan yang link  nya diberi di atas.


3) Adakah isu ini disebabkan program semanis  kurma?

Ya dan tidak. Isu ini sudah lama berlaku.  Bahkan sewaktu saya bergelar pelajar perubatan  lagi. Bahkan, saya sendiri turut diminta oleh  suami pesakit untuk keluar dari dewan  bersalin. Disebabkan peristiwa itu lah saya  mengambil keputusan untuk meninjau apa  sebenarnya pendapat ulakmak berhubung isu ini. Dalam program semanis kurma baru-baru ini  (yang saya lihat rakamannya melalui YouTube),  saya kira penceramah jemputan telah mengupas  tajuk ini dengan baik. Bahkan kebanyakan point  yang beliau kupas adalah hampir sama dengan artikel yang saya tulis.  Walaubagaimanapun, Ya, rancangan ini telah menyemarakkan kembali senteman ini. Pasangan ustaz-ustazah tersebut saya lihat banyak bermain dengan sentimen sewaktu melayani panggilan telefon dan sewaktu membuat rumusan. Bagi saya, ia bersikap selektif kerana langsung tidak memberi definisi sebenar tentang aurat dan tidak pula merumuskan hujah panel jemputan.


4) Adakah saya membodohkan diri sendiri menulis artikel dengan menyindir pemberi komen tersebut? 

Terpulang pada penilaian anda samada ia perbuatan bodoh atau tidak. Yang nyata, kebanyakan manusia sebegini tidak mahu mendengar nasihat secara elok-elok dan perlu ditundukkan dengan lagak mereka sendiri. Ini bukan lah bererti bahawa seseorang itu perlu sempurna untuk memberi teguran. akan tetapi, komen beliau tidak mengandungi unsur teguran sebaliknya komen emosi yang bersikap serkap jarang dan ikut sedap mulut.


5) Adakah Impian ini boleh dicapai?

Boleh tapi saya melihat ada banyak isu yang lebih darurat berbanding ini. Saya bersetuju dengan komen seorang komentar mengenai usaha meningkatkan taraf kesihatan di pedalaman kerana saya juga bekerja di kawasan bukan bandar yang mana akses kesihatan adalah tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya melihat kekurangan akses kesihatan  untuk masyarakat pedalaman adalah lebih darurat berbanding isu sekarang.


6) Mengapa bukan nurse sahaja yang menyambut kelahiran?

Untuk kes kes yang tidak berisiko tinggi, sememangnya jururawat yang menyambut kelahiran di birth center. Hanya untuk kes yang berisiko tinggi akan disambut oleh doktor dan perlu dinilai dari semasa ke semasa memandangkan keadaan bayi dan ibu Boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.


7) Mengapa tidak tunjukkan saja print screen ustaz atau ustazah

Ada ustaz dan ustazah mengatakan bahawa ramainya doctor lelaki Adalah disebabkan agenda yahudi. Dalam isu lain, berbahas dengan mereka sering mendapat jawapan yang tidak selari dengan sains. Contohnya untuk sakit senggugut, ia Adalah disebabkan jin menghentam dinding Rahim. Adakah terdapat mana-mana ahli sains yang bersetuju?.

Keduanya, sekiranya kita melihat pandangan ULAMAK MUTABAR lama dan KONTEMPORARI, saya melihat mereka mempunyai pandangan berbeza tetapi HARMONI. Kerendahan diri mereka dalam member pendapat Adalah dipuji dan golongan ini tidak menolak 100% kes wanita bersalin di rawat doctor lelaki. Pendapat mereka jugalah yang menjadi asas Kepada hujah saya dalam member justifikasi Melalui artikel ini.
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah