Thursday, January 30, 2014

Tutup Hospital, Makan Produk Kesihatan



Satu produk untuk semua jenis penyakit. Ia sesuatu yang sangat mengujakan. Kenapa harus menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun melakukan kajian untuk satu jenis ubat bagi merawat satu-satu jenis penyakit dengan menghabiskan berbillion dollar dan begitu banyak tenaga kepakaran sedangkan anda mempunyai produk yang dihasilkan hanya melalui kajian yang sekejap tetapi efektif?




Mungkin juga, ubat-ubatan ini merupakan ubat ajaib seperti mana yang dihasilkan oleh Mr Os di dalam cerita Orang Kampung Otak Kimia? Ubat yang boleh menyebabkan orang bisu dan haiwan bercakap? Atau mungkin juga ubat ini berkesan untuk merawat kebodohan tahap kronik dalam kalangan masyarakat termasuklah saya sendiri.


Idea satu produk untuk banyak kegunaan itu menarik dan ia sebenarnya menjadi satu trend baru dalam dunia perubatan itu sendiri. Umum mengetahui, apabila terlalu banyak pill untuk merawat penyakit tertentu, maka pesakit biasanya terlupa atau hilang motivasi untuk makan ubat tersebut.


Kerana itu, anda melihat banyak revolusi produk berlaku. Contohnya ubat untuk penyakit tuberculosis kini boleh didapati dalam satu jenis pill tetapi mempunyai semua ubat anti tibi di dalamnya. Ataupun pill untuk merawat tekanan darah tinggi yang juga mempunyai dua atau tiga jenis ubat berlainan di dalamnya. Dan contoh paling senang sekali ialah pil-pil multivitamin dan juga hematinic (ubat tambah darah) yang juga mengandungi hingga sepuluh jenis vitamin didalamnya.


Tetapi untuk mempercayai satu jenis produk yang mempunyai kandungan yang sama tetapi dapat merawat seribu jenis penyakit berlainan, itu adalah ilmu peringkat tertinggi dan patut dianugerahkan PhD. Kenapa perlu belajar tinggi-tinggi dalam bidang perubatan jika anda mempunyai alternatif yang cukup hebat ini.


Mungkin kerana produk ini, ramai juga graduan perubatan yang rata-rata dari mereka sudah hilang minat dengan bebanan tugas sebagai doktor, ataupun yang ingin menjadi kaya dengan cepat MENYALAHGUNAKAN gelaran mereka sebagai doktor dan menjual produk sebegini. Ia adalah TIDAK BERETIKA. Anda ingin menjual produk itu tidak salah. Tetapi jangan dakwa bahawa ia sesuatu yang mempunyai kuasa magik. Saya juga menjual produk berasaskan gamat dan madu, tetapi saya tidak pernah mendakwa ini adalah produk yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit. Saya katakan, ini adalah supplement ataupun boaster yang mempunyai kajian menyeluruh.Walaubagaimanapun, ubat hospital tidak boleh ditinggal dan mesti dimakan mengikut ketentuan jadual.




Saya mengambil contoh satu jenis produk yang dicipta berasaskan stem cell anggur, epal dan juga beberapa bahan lain. Mereka mendakwa produk ini boleh menyembuhkan penyakit kencing manis dan mengeluarkan potongan kajian bahawa stem cell boleh merawat kencing manis. Ini adalah PENIPUAN AKADEMIK yang sangat besar kerana MENYELEWENGKAN fakta perubatan. Kajian tersebut menggunakan stem cell manusia yang diperolehi samada dari embryonic stem cell, fetal stem cell, ataupun dari bone marrow manusia dan bukannya stem cell tumbuhan. Ia adalah berasas kerana dari stem cell, ia menjadi sel lain yang membina badan dan organ kita pada hari ini. Soalnya, adakah stem cell pokok mampu menjalankan peranan yang sama? Keduanya ialah, kajian stem cell tersebut masih dalam peringkat kajian dan secara teori dan para pengkaji sendiri menasihatkan bahawa INI BUKAN RAWATAN PRIMER ATAU STANDARD OPERATION PROCEDURE. Jika mereka tidak berani mengeluarkan kenyataan bahawa ia dapat merawat secara total, mengapa pula ada yang boleh berbuat demikian?


Selain itu, produk ini juga mendakwa bahawa ia boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi, gout, eczema, sakit jantung, conjunctivitis, kanser tahap keempat dan sebagainya. Mungkin kita patut buat produk berasaskan stem cell kang kong juga suatu hari nanti.


Selain itu, ada juga produk lain yang mendakwa dapat menyembuhkan kanser padahal ia mempunyai bahan seperti steroid yang sebenarnya boleh menyembunyikan kesan kesakitan. Oleh itu, pesakit kelihatan ada perubahan positif tetapi sebenarnya tidak.


Adakah produk ini sesuatu benda yang mustahil dalam sains? Saya tidak berkata demikian. Semua yang terjadi adalah dari Allah. Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Cuma, Allah beri kita akal dan fikiran. Semua sudah digariskan dalam Quran. Cuma, menjual sesuatu produk dengan cara menipu adalah sesuatu yang tidak akan diredhai Allah. Bayangkan kezaliman yang berlaku apabila pesakit memakan produk-produk yang tidak diiktiraf ini dan meninggalkan ubat yang sudah dibuktikan secara saintifik telah berkesan mendapat komplikasi.




Ramai pesakit saya yang percaya akan benda-benda sebegini. Akhirnya datang dengan komplikasi yang cukup teruk. Ada yang terpaksa bergantung hidup pada mesin pernafasan. Ada yang terpaksa dicuci buah pinggang mereka seumur hidup, ada yang mengalami kegagalan fungsi hati, strok dan ada juga yang tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.


Saranan saya, anda berhak untuk memilih rawatan yang anda inginkan. Jangan jadi orang bodoh dengan percaya bulat-bulat apa-apa informasi yang disuapkan kepada anda. Anda berhak untuk menentukan apa-apa yang terbaik untuk kesihatan anda. Produk popular yanng dihasilkan dalam jangka masa singkat atau ubat-ubatan yang diberi oleh hospital yang dihasilkan melalui kajian saintifik berpuluh-puluh tahun dan menelan dana berbillion-billion ringgit. Tak mengapa, apa sahaja pilihan anda, kami buka Pintu Jabatan Kecemasan 24 Jam sehari, tujuh kali seminggu untuk menyambut sebarang masalah kecemasan anda.

11 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum..
Tuan doktor, bolehkah tuan doctor hantar product ini kemakmal dan buat ujian ttg kandungannya bg mengesahkan bahawa ianya mengandungi bahan terlarang atau pun tidak...Tuan adalah dr pihak yg professional..jadi buktikan.

Anonymous said...

Sbnnya saya juga tertanya2. knp double stemcell sahaja yg dihentam...kenapa doctor xda menyebut stemcell sarimah dan stemcell dr product GM4U....Kenapa hanya double stemcell sahaja.?

Anonymous said...

123

Anonymous said...

Assalamualaikum dan slam sejahtera.. pertama skali sy brterima kasih diatas perkongsian ilmu ini. Sesungguhnya ilmu itu milik Allah dan sedikit daripadanya kita miliki dan kongsikan bersama, alhamdulillah. sy bersetuju dgn fakta yg mengatakan jutaan ringgit dilaburkan bagi penyelidikan sesuatu jenis ubat utk penyakit yg khusus. dan sudah tentu kita mngharapkan ubat yg dihasilkan berkesan tanpa mndatangkn sbrang kesan buruk yg lain. Masalah pengamal perubatan moden yg "tidak peka" terhadap fungsi suatu ubat juga saya rasa satu masalah yg besar. Pengalaman saya, orang yg pling saya sayangi, arwah ibu saya meninggal dunia kerana 'tiada keprihatinan' ini. memang ianya qada dan qadar Allah, tp ianya berpunca dari kelekaan manusia. ibu saya sakit perut, berjalan ke hospital dalam keadaaan sihat, ketawa dan rutin biasanya mmberikan nasihat. ibu saya diberikan ubat yg bukan sakitnya, berlaku komplikasi, dari wad biasa ditahan ke icu selama 17 hari. disaat sisa nafasnya yg terakhir dia diberikan rawatan cuci buah pinggang. Memang sukar utk kami sekeluarga terima, ttp berbekalkan sdikit iman kami redha. Nmun sy tetap berterima kasih kpd staf2 di hospital krn mnjaga ibu sya. Soalan sy kepada doktor, adakah doktor berasa SANGAT YAKIN kepada ubatan yang dibelanjakan jutaan ringgit dalam kajian pembuatanya mampu utk mengubati penyakit tertentu? kedua, adakah ubatan yg doktor katakan ada kajian jutaan ringgit itu tiada kesan yg lebih buruk kepada pesakit? terima kasih..

jacknaim said...

Anon:
1) TANPA bahan terlarang bukan bererti ia berguna

2) Ini hanyalah contoh, semua jenis produk berunsurkan makanan kesihatan tidak terkecuali. Promosi secara melampau dan berlaku jenayah akademik dalam mempromosikan produk itu yang merisaukan

3) Ubat adalah bahan kimia, tidak lari dari kesan sampingan. kerana itu, setiap ubat telah dinyatakan apa kesan sampingan, bila anda harus berhenti, apa yang harus anda monitor apabila mengambilnya.

soalan saya. adakah penjual produk2 kesihatan ini memberi amaran kepada pengguna mereka akan kesan sampingan kerana masing2 mengatakan bahawa ia adalah ubat ajaib yang mampu menyebuhkan pelbagai penyakit

Anonymous said...

Perkataan bodoh yg doktor keluarkan tue agak tak sesuai dgn doktor yg berada dlm bidang yg professional. Makanan tambahan ini bukanlah sejenis ubat, tetapi ianya adalah sejenis makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi2 yg diperlukan dan tiada kesan sampingan. Saya bertanya skali lagi kenapa doctor hanya menyebut double stemcell dan kenapa tidak bg product dr bahan asas yg sama spt stemcell sarimah dan stemcell drp GM4U..? sbb cara doktor mempamerkan dan penulisan doktor nk menghentam double stemcell...

Jacknaim said...

Anda mengatakan bahawa dsc dpt menyembuhkan segala penyakit dan anda mengatakan ia bukan ubat. Kelakar bukan.

Vandal said...

Salam Doktor..

Harap doktor dapat consult dengan mana2 patient doktor yang menggunakan Produk Double Stemcell & seangkatan

Untuk Produk Double Stemcell, ia sebenarnya adalah supplement KOSMETIK, produk untuk Skin Anti-Aging;

https://www.iphytoscience.com/images/gallery/MOU_Signing_Ceremony.pdf
(exclusive ownership MOU ceremony for 2 products from Mibelle; PhytoCellTec Solar Vitis & PhytoCellTec Malus Domestica, rebranded as Double Stemcell & Triple Stemcell)

http://www.mibellebiochemistry.com/ (The founder & R&D house ofr the products)

http://www.mibellebiochemistry.com/products/ (List of all their products..The company focus 100% on COSMETICS, & nothing else other than COSTEMICS..The Double Stemcell product fall under Stemcell Protection sub-category under Anti-Aging product)

Ramai pesakit di luar sana telah ditipu dengan marketing gimmick MLMer melalui testimoni2 yang menipu & direka-reka..Bayangkanlah Doktor, sebuah produk yang dicipta khas untuk kosmetik berkaitan dengan kulit telah digembar-gemburkan sebagai ubat untuk 1001 penyakit oleh pihak2 tidak bertanggungjawab..

Harap Dooktor boleh bantu & consult pesakit2 Doktor supaya mereka tidak terus ditipu MLMer yang tidak bertanggungjawab

Anonymous said...

hahaha....kelakar bukan, padahal ubatan doktor pun mengandungi steroid...tp doktor suggestkan utk pesakit jugak...hahaha lagi bangang...maaf terkasar sedikit. Ubat dgn supplement pun xtahu beza...lagi la bangang.
1.Kalau DS nie mengandungi Bahan yg tidak halal kenapa pihak berkuasa tidak buat serbuan spt product lain.Melalak dkt blog apa dpt buktikan?
2. Kalau DS mengandungi steroid spt yg doktor nyatakan. Buktikan dan kenapa pihak bhg penguatkuasaan farmasi tidak buat serbuan spt product2 lain yg kena sebelum nie.
3. Kenapa org yg dah merasai kesannya datang membeli semula kalau tahu product tersebut menipu.
kelakar bukan...hahahah...hahahah
kuat lagi ketawa...hahahaha
Kalau telur besar...datang bertanya pada himpunan rasmi iphytosciene di melaka pada 15hb nie. dipersilakan dan buktikan.

Anonymous said...

Hari nie dihotel S2 seremban, jam 3-6ptg, dipersilakan dtg.

Anonymous said...

tak faham bahasa mlayu gamaknya sii anonymous ni..bla pnuls ckp dsc ade steroid....bangang

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah