Thursday, January 30, 2014

Tutup Hospital, Makan Produk Kesihatan



Satu produk untuk semua jenis penyakit. Ia sesuatu yang sangat mengujakan. Kenapa harus menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun melakukan kajian untuk satu jenis ubat bagi merawat satu-satu jenis penyakit dengan menghabiskan berbillion dollar dan begitu banyak tenaga kepakaran sedangkan anda mempunyai produk yang dihasilkan hanya melalui kajian yang sekejap tetapi efektif?




Mungkin juga, ubat-ubatan ini merupakan ubat ajaib seperti mana yang dihasilkan oleh Mr Os di dalam cerita Orang Kampung Otak Kimia? Ubat yang boleh menyebabkan orang bisu dan haiwan bercakap? Atau mungkin juga ubat ini berkesan untuk merawat kebodohan tahap kronik dalam kalangan masyarakat termasuklah saya sendiri.


Idea satu produk untuk banyak kegunaan itu menarik dan ia sebenarnya menjadi satu trend baru dalam dunia perubatan itu sendiri. Umum mengetahui, apabila terlalu banyak pill untuk merawat penyakit tertentu, maka pesakit biasanya terlupa atau hilang motivasi untuk makan ubat tersebut.


Kerana itu, anda melihat banyak revolusi produk berlaku. Contohnya ubat untuk penyakit tuberculosis kini boleh didapati dalam satu jenis pill tetapi mempunyai semua ubat anti tibi di dalamnya. Ataupun pill untuk merawat tekanan darah tinggi yang juga mempunyai dua atau tiga jenis ubat berlainan di dalamnya. Dan contoh paling senang sekali ialah pil-pil multivitamin dan juga hematinic (ubat tambah darah) yang juga mengandungi hingga sepuluh jenis vitamin didalamnya.


Tetapi untuk mempercayai satu jenis produk yang mempunyai kandungan yang sama tetapi dapat merawat seribu jenis penyakit berlainan, itu adalah ilmu peringkat tertinggi dan patut dianugerahkan PhD. Kenapa perlu belajar tinggi-tinggi dalam bidang perubatan jika anda mempunyai alternatif yang cukup hebat ini.


Mungkin kerana produk ini, ramai juga graduan perubatan yang rata-rata dari mereka sudah hilang minat dengan bebanan tugas sebagai doktor, ataupun yang ingin menjadi kaya dengan cepat MENYALAHGUNAKAN gelaran mereka sebagai doktor dan menjual produk sebegini. Ia adalah TIDAK BERETIKA. Anda ingin menjual produk itu tidak salah. Tetapi jangan dakwa bahawa ia sesuatu yang mempunyai kuasa magik. Saya juga menjual produk berasaskan gamat dan madu, tetapi saya tidak pernah mendakwa ini adalah produk yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit. Saya katakan, ini adalah supplement ataupun boaster yang mempunyai kajian menyeluruh.Walaubagaimanapun, ubat hospital tidak boleh ditinggal dan mesti dimakan mengikut ketentuan jadual.




Saya mengambil contoh satu jenis produk yang dicipta berasaskan stem cell anggur, epal dan juga beberapa bahan lain. Mereka mendakwa produk ini boleh menyembuhkan penyakit kencing manis dan mengeluarkan potongan kajian bahawa stem cell boleh merawat kencing manis. Ini adalah PENIPUAN AKADEMIK yang sangat besar kerana MENYELEWENGKAN fakta perubatan. Kajian tersebut menggunakan stem cell manusia yang diperolehi samada dari embryonic stem cell, fetal stem cell, ataupun dari bone marrow manusia dan bukannya stem cell tumbuhan. Ia adalah berasas kerana dari stem cell, ia menjadi sel lain yang membina badan dan organ kita pada hari ini. Soalnya, adakah stem cell pokok mampu menjalankan peranan yang sama? Keduanya ialah, kajian stem cell tersebut masih dalam peringkat kajian dan secara teori dan para pengkaji sendiri menasihatkan bahawa INI BUKAN RAWATAN PRIMER ATAU STANDARD OPERATION PROCEDURE. Jika mereka tidak berani mengeluarkan kenyataan bahawa ia dapat merawat secara total, mengapa pula ada yang boleh berbuat demikian?


Selain itu, produk ini juga mendakwa bahawa ia boleh menyembuhkan tekanan darah tinggi, gout, eczema, sakit jantung, conjunctivitis, kanser tahap keempat dan sebagainya. Mungkin kita patut buat produk berasaskan stem cell kang kong juga suatu hari nanti.


Selain itu, ada juga produk lain yang mendakwa dapat menyembuhkan kanser padahal ia mempunyai bahan seperti steroid yang sebenarnya boleh menyembunyikan kesan kesakitan. Oleh itu, pesakit kelihatan ada perubahan positif tetapi sebenarnya tidak.


Adakah produk ini sesuatu benda yang mustahil dalam sains? Saya tidak berkata demikian. Semua yang terjadi adalah dari Allah. Kun Fa Ya Kun. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Cuma, Allah beri kita akal dan fikiran. Semua sudah digariskan dalam Quran. Cuma, menjual sesuatu produk dengan cara menipu adalah sesuatu yang tidak akan diredhai Allah. Bayangkan kezaliman yang berlaku apabila pesakit memakan produk-produk yang tidak diiktiraf ini dan meninggalkan ubat yang sudah dibuktikan secara saintifik telah berkesan mendapat komplikasi.




Ramai pesakit saya yang percaya akan benda-benda sebegini. Akhirnya datang dengan komplikasi yang cukup teruk. Ada yang terpaksa bergantung hidup pada mesin pernafasan. Ada yang terpaksa dicuci buah pinggang mereka seumur hidup, ada yang mengalami kegagalan fungsi hati, strok dan ada juga yang tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.


Saranan saya, anda berhak untuk memilih rawatan yang anda inginkan. Jangan jadi orang bodoh dengan percaya bulat-bulat apa-apa informasi yang disuapkan kepada anda. Anda berhak untuk menentukan apa-apa yang terbaik untuk kesihatan anda. Produk popular yanng dihasilkan dalam jangka masa singkat atau ubat-ubatan yang diberi oleh hospital yang dihasilkan melalui kajian saintifik berpuluh-puluh tahun dan menelan dana berbillion-billion ringgit. Tak mengapa, apa sahaja pilihan anda, kami buka Pintu Jabatan Kecemasan 24 Jam sehari, tujuh kali seminggu untuk menyambut sebarang masalah kecemasan anda.

Mari Rawat Tekanan Darah Tinggi Dengan Double Stem Cell




Satu jenis ubat, pill yang sama, kandungan yang sama tetapi boleh merawat seribu jenis penyakit yang berlainan. Alhamdulillah! Kita tidak memerlukan doktor, hospital dan juga ubat-ubatan yang begitu mahal harganya. Makan sahaja double stem cell, nescaya anda akan sihat dan cergas. Mungkin juga ia boleh merawat penyakit mati?

Ia kedengaran sangat menarik. Mengapa perlu mengambil banyak jenis ubat sedangkan satu ubat boleh merawat semua penyakit?

Disebabkan dakwaan-dakwaan sebeginilah, industri hospital serta Jabatan Kecemasan sentiasa laku dan tidak pernah kosong. Terima kasih kepada jurujual produk ini kerana tanpa usaha keras mereka, pesakit tidak akan berhenti mengambil ubat-ubatan hospital dan tidak hilang sewaktu rawatan susulan. Akibatnya, tekanan darah meningkat tinggi hingga mereka mendapat stroke, kegagalan buah pinggang, serangan jantung dan ada yang tidak dapat bangun-bangun dan terpaksa hidup bergantung kepada mesin pernafasan.

Untuk memahami gambar diatas, mari kita sama-sama belajar tentang tekanan darah tinggi. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan iaitu sistolik (tekanan atas)  dan juga diastolik (tekanan bawah). Tekanan sistolik menunjukkan  bacaan tekanan di dalam salur darah arteri sewaktu jantung berdegup  manakala bacaan diastolik pula merujuk kepada bacaan tekanan di dalam  arteri sewaktu otot-otot jantung dalam keadaan rehat sementara menunggu degupan seterusnya.

Tekanan darah dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya ialah posisi badan sewaktu tekanan darah diambil, selepas senaman ataupun melakukan kerja-kerja rumah, stress, tidak cukup tidur, makanan yang mempunyai caffeine ataupun ubat-ubatan yang mempengaruhi sistem saraf simpatetik seperti stimulants ataupun racun dari gigitan haiwan seperti obor-obor.

Mengapa tekanan atas tinggi? Ini kerana, jantung perlu mengepam darah keseluruh anggota badan terutamanya anggota penting seperti otak,jantung, paru-paru dan juga ginjal. Selain dari faktor diatas, faktor lain turut mempengaruhi bacaan tekanan darah. contohnya apabila usia meningkat tua, salur darah akan mengeras  disebabkan terbinanya plak-plak arterosclerosis ataupun lemak.

Bagaimana doktor merawat tekanan darah tinggi? Dalam sistem perubatan moden, rawatan dilaksanakan mengikut kajian saintifik. kita sudah mengetahui apa faktor yang mempengaruhi tekanan darah. Oleh yang demikian, rawatan adalah untuk mengawal pembolehubah tersebut. Antaranya dengan memberi ubat-ubatan untuk mengawal kadar denyutan jantung, ubat untuk membuatkan urat salur darah dalam keadaan rehat, mengurangkan tekanan di dalam salur darah, dan juga mengawal saraf yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Adakah Double Stem Cell berfungsi? Soalan ini perlu dijawab oleh pengedar produk ini. Pertama, kemukakan mekanisme yang dihasilkan oleh produk ini pada sistem yang mengawal tekanan darah. Kedua, tunjukkan kajian saintifik yang menunjukkan ia berkesan. Ketiga, sekiranya ia berkesan, bagaimana pula dengan kesan sampingan. Ke empat, tunjukkan ia berfungsi.

Merujuk kepada gambar yang di 'post' kan, ia tidak menunjukkan bahawa produk ini berfungsi. Apabila pesakit datang ke Jabatan Kecemasan dengan tekanan darah 177/104, pertama sekali saya akan melihat samada pesakit ini mempunyai simptom tekanan darah tinggi yang ketara seperti serangan jantung, stroke, pengumpulan air dalam paru-paru, kegagalan buah pinggang ataupun sawan dan tidak sedarkan diri. Sekiranya tiada, seterusnya ialah untuk mencari punca kenapa tekanan ini tinggi.

Adakah ia diambil menggunakan saiz cuff yang tidak sesuai, adakah pesakit berada dalam kesakitan, adakah pesakit baru mengalami situasi stress atau selepas berjalan jauh, pengambilan kopi dan sebagainya. Sekiranya ada, saya akan menyuruh pesakit BEREHAT selama setengah hingga satu jam TANPA memberi apa-apa ubat untuk menurunkan tekanan darah. Hampir 80% dari mereka menunjukkan tekanan darah menghampiri normal dan tidak perlu diberikan ubat-ubatan.

Biasanya, mereka akan diberi temujanji untuk memeriksa kembali tekanan darah. sekiranya ia berterusan tinggi, barulah ubat-ubatan diberikan. Ini menunjukkan bahawa, tanpa Double stem cell, tekanan darah boleh menjadi 140/100 selepas satu jam, hanya dengan BEREHAT semata-mata.

Adakah 140/100 menunjukkan tekanan darah sudah normal? Tidak, tetapi tekanan ini tidak berisiko untuk menyebabkan stroke atau serangan jantung pada ketika itu. Akan tetapi, pesakit ini perlu diberi rawatan susulan. Mereka boleh mencuba untuk merubah cara hidup seperti bersenam, menurunkan berat badan, mengurangkan stress, berehat secukupnya. Selepas beberapa bulan, jika ia berterusan tinggi, maka ubat-ubatan akan dimulakan dalam dos yang rendah.

Sunday, January 19, 2014

Seuntai kata rindu


Seuntai kata rindu,
Bagiku ia tulus,
Mungkin tidak bagimu,
Maaf andai tertutur,
Mengusik damai mu.

Andai aku berdiam,
Rasa semakin bergelora,
Waras ku bisa karam,
Dilambung jiwa resah,

Mengenang manis senyummu.

Andai kalam bisa menari,
Seikhlas dari hati,
Ku pinta ia mendamaikan,
Bisa buat kau tersenyum,
Sekalipun aku terluka.

Ku ingin kau tahu,
Diam untuk tidak menyakiti,
Biar pedih nya aku tanggung,
Ku pendam segalanya,
Asal dikau nyaman selamanya.


Jacknaim,
18/1/14, 7.45 pm
Pekan Kunak....

Friday, January 17, 2014

Di Antara Dunia



HIDUP,
penuh kepuraan,
berselindung di balik topeng,
sedang syaitan bersarang,
menumbuh benih celaka,
dan akar semakin menguat.

MATI,
kedengaran indah,
tapi berbekalkan dosa,
adakah bisa dikasih Pencipta,
biar tidak menggentar,
hati yang terleka.

ABADI,
terlalu lama menanti,
juga masih mencari,
jauh atau dekat tiada pasti,
hala yang dituju,
bisa mungkin berubah.


jacknaim,
16 January 2014,
10.00 AM
While waiting for car to be washed,
Lahad Datu

The Love Quest


IT makes you hurt,
over & over again,
you wanna stop,
and take it lightly,

BUT again,
it knocks on your heart,
try to convince,
that it worth another try.
 
IT'S a new stage,
a new actor,
a new story,
with uncertain ending.
 
TO engage in pain,
to endure the heart break,
to hope for the best,
and ready for the worst.

IF you have to cry,
after a tough battle,
you wont regret,
for the smile is sweet.

jacknaim,
15 January 2014,
11.30 PM
Maya Hotel, Lahad Datu

Tuesday, January 7, 2014

Welcoming 2014




Alhamdulillah, thanks Allah for the year 2013 who have taught me a lot of lesson, provides me with excellent experiences and of course the smile, the tears, the sweetness and bitterness of life. Let by gone be by gone and let us welcome this 2014 with a warm hug and kisses.

This year would be a very busy year for me. IsyaALLAH I will strive my best to be a great, compassionate and skillful medical officer and prepare myself to become Emergency Physician.


Short listed of things to do in 2014.


January: No big events. Take a holiday to do LOCUM because need to cover car insurance due on February. And also Emergency & Trauma Dept. Gala Dinner Night.


February: Also take a holiday to do LOCUM because need to cover mega diving event.


March is a tough month.

- Will be organizing Sabah State Workshop on Snakebite & Envenomation (SEM SABAH 2014).
- A mega dive project with friends from Semenanjung. InsyaALLAH 4 dives in Lahad Datu (Including 1 night dive) and 3 dives in Mabul Islands.


April
- Scheduled to hike Mount Kinabalu
- BLS Provider course



May
IsyaALLAH joining a friend for Roadtrip to Brunei and Miri.


June
Still browsing through any conference in emergency to attend.


July
Going back home for Hari Raya


August
I think I wanna go back home for Hari Raya Qurban. I miss the celebration so much. I did not celebrate it in Kelantan for three years already


September
International Symposium on Advanced Marine Animals & Snake Envenomation Management (AMSEM 2014) at Vivatel Hotel Kuala Lumpur


October
Plan to complete Rescue Diver Course


November
No event yet


December
No event yet.

When I Finally Hit the Gym




Have you come across a cartoon drawing shows how man and woman look at themselves in front of the mirror? The lady will always look at themselves as a balloon despite of only skeleton and skin left. And the guy will think that they have muscular tough body even though in reality; it truly no differs than barrel.

Well, I have this syndrome too. Until someone snap my picture while delivering talk. Worst is, you don’t have time to control yourself, acting cool and hides your belly stomach.

Oh my God! Who the hell is he? Why is he so fat? Well, it’s ME! Not somebody else, not anybody else.
Thing getting worst when a patient that I think is fat too suddenly give me advice about losing weight and be healthy. It’s a direct blow to the face. Jackpot!

Then I realize that I do have a big trouble. Really? Now only? Nope. Long time ago but I keep on being inconsistent and delaying thing.

Too bad that I have a dream of becoming emergency physician but having a big and unhealthy body. 1 cycle of cardiovascular resuscitation is enough to drain my energy and breath. Not to mention that I have to run there and there during my busy day.

I used to hit the gym before. Few gyms and the longest that I can stand is three or four days. You do improper technique, nobody to support you and you just get frustrated when you see no result. Hello! It’s only three to four days. How are you supposed to see the result?

But then, my current gym is like heaven and luxurious. It keeps me going and exercising myself. Proudly to say that I have been consistent for more than one month. Long journey ahead but if I did not push myself, then who would?

In front of my gym entrance states,

“Motivation is what gets you started. Habit is what keeps you going.” [Jim Rohn]




It’s a little bit expensive. RM165 per months but I found it to be priceless. You got your locker, wet towel, trainers, new set of instrument, conducive environment and of course unlimited free hot steam bath or sauna session. When you have tense muscle after exercise, the steam bath really make you feel better. And the best part is, they will serve you herbal tea and it’s free of charge. Not only that, you‘re also entitle for 10% discount for massage, body scrub and hotel room. Pretty cool!

My journey is still long ahead but I’m taking the first step. It’s time for me to walk the talk and be active. Plus, I need to be consistent because I already register for a trip to hike Mount Kinabalu this April. Less than three months for me to practice and increase my endurance as well as stamina.

In this one month plus, I do see minimal changes. And I expect more to come. Yeah, on the beginning I only did 10 min brisk walk on treadmill, 10 min cycling and another 20 minutes for muscle. But now, thanks God that I can do alternate brisk walk and running for 30 minutes, bicycling and muscle. Average one to one and half hour training per session. And as for the food, I read Kevin Zahri’s pdf books on diet.

Yosh!
Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah