Monday, July 28, 2014

Erti Syukur: Catatan Aidilfitri 2014




Tiada manusia di dunia ini yang tidak terlintas di hatinya satu rasa yang ingin akan kemewahan dan harta biarpun mereka berkata bahawa mereka ingin menjadi zuhud. Fitrah kita diciptakan; ada nafsu yang berdampingan di setiap saat waktu berdetik.


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga) [Q3:14]


Rasa cinta itu membuatkan kita serba tidak cukup. Pasti timbul di hati perasaan cemburu dengan kemewahan yang dipamerkan oleh manusia disekeliling kita. Lantas ia membuatkan hati kita semakin lama semakin terpalit dengan nafsu yang menginginkan serba leboh dari apa yang kita mampu.


Akibatnya, kita mula mementingkan diri sendiri. Hidup hanya untuk mengejar kemewahan dunia. Nilai saudara biar tercampak jauh ke dalam lubuk yang dalam dan biarlah nilai kasih sayang tenggelam di dalam jurang yang luas.


Saya tidak berkata kepada orang lain. Diri sendiri merupakan contoh terbaik untuk saya merenungi betapa nilai sebegini membawa kepada rasa kurang enak pada diri sendiri.


Kemewahan itu hanyalah satu perhiasan palsu. Semakin kita teruja dengan nya, semakin kita lupa akan tujuan kita diciptakan. Seronok memang seronok, tapi sampai bila?


Tidak salah mengejar dunia tetapi jangan kita ditipu oleh dunia dan isinya. Kata bijak pandai, yang kaya itu bukanlah yang berharta tetapi yang mampu untuk memberi. Kata Saiful Islam pula; “Erti hidup dengan memberi.” Bahkan didalam surah yang sama pada ayat yang berikutnya (Q3:15-17) telah dijelaskan oleh Allah apa sebenarnya yang baik untuk kita.



Katakanlah: "Inginkah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?." Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikaruniai) isteri-isteri yang disucikan serta keridhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.


 (Yaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,"


(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur


Andai kita selalu melihat akan kemewahan yang dimiliki orang lain, nescaya kita tidak pernah akan merasa puas dengan apa yang kita ada padahal kita mempunyai begitu banyak harta yang boleh kita syukuri.


Bersyukurlah andai kereta yang kita naiki hanyalah kereta kecil dan murah kerana masih ramai manusia yang tidak mempunyai kenderaan dan terpaksa berjalan kaki dalam meneruskan kehidupan seharian.


Bersyukurlah andai kita memakai baju yang sama setiap masa kerana ada manusia yang baju mereka dibuat dari guni padi dan bertampal-tampal.


Bersyukurlah jika kita berpanas tidur di dalam rumah kita kerana masih ramai manusia yang terpaksa menahan bisa kesejukan kerana menjadi gelandangan.


Bersyukurlah andai makanan kita tidak sedap tetapi mengenyangkan kerana masih ramai yang terpaksa mengutip sisa-sisa roti di atas tanah untuk dijadikan makanan.


Bersyukurlah andai kita tidak mampu bermewah dalam menjalani seharian kita kerana masih ramai yang tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas kehidupan.


Sempena kedatangan Aidilfitri ini, sama-sama kita renung dan insafi apa yang berlaku disekeliling kita. Betapa saudara kita di Ghaza, Rohingya, Syiria, Iraq sedang diuji dengan penindasan, kebuluran, penderitaan dan kesedihan. Dalam kita bergembira, sama-sama kita insafi kesedihan keluarga mangsa kepada bencana MH370 dan MH 17. Juga tidak lupa, marilah sama-sama kita doakan keselamatan kawasan perairan Sabah yang sentiasa diceroboh pengganas zalim.


Gunakan sebarang kelebihan yang kita anda untuk memberi impak kepada dunia yang kita hidup pada hari ini. Andai ada rezeki lebih, gunakan untuk membantu saudara kita yang dalam kesusahan. Bersedekah tidak akan mengurangi harta kita malah ia akan meningkatkan darjat kita dan menjadikan kita hamba yang lebih bersyukur.



Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. [Q2:261]

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan dari semua sekiranya ada melakukan kesalahan dalam melayari kehidupan ini. Saya juga memohon ampun kepada TUHAN kerana terlampau banyak dosa yang berulang kali dilakukan serta amanah yang tidak ditunaikan.


Sama-sama kita berdoa agar dunia esok akan menjadi lebih baik berbanding hari ini. Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran.


Jacknaim
29/7/14 (1 Syawal)
Lahad Datu, Sabah.

Thursday, July 17, 2014

Andai Aku Tahu

Andai aku tahu akhirnya,
pasti tidak ku tergesa pergi,
ku biar sabar bersamaku,
dan biar rindu terus berlagu.

disaat itu aku keliru,
pada bicara dan kasih,
ku akui terlalu awal,
pantas membuat keputusan.

dan kini aku sesali,
kerna tiada sabarku,
dan engkau berlalu pergi,
tanpa bisa ku rawat kembali.

Jacknaim
20 April 2014, 10 PM
Taman Kingfisher, Likas

Morning breeze

The morning breeze,
from the magnificent sea,
Rejuvenate the dying heart,
and healing all the scars,
from the past battle......


21 May 2014, 6.30 AM
Highway, Tawau

To Love..........


To love something is by putting it right to where it belong.


I remember that i really love this flower so i put it in my bedroom.but she nearly dies and all part of it become so soft and touch the ground.but then i put it in my kitchen with direct sunlight and adequate water.guess what, the flower starts to blossom again...


I think to love someone is the same thing.


we should not make the person becoming of what we want or wish, but rather to allow her grow as what nature reserves for her and to accept all the weakness and to compliment her.....

Sang Pencipta Mimpi


Aku sang pencipta mimpi,
berlarian bebas di padang rindu,
suci kasih terpancar,
pada ukiran marbel permata.

Dan kulewati lembah tandus,
keluh kesah jiwa meronta,
bertanya pada aurora,
mungkinkah mimpi menjadi realiti.

Kekalkah keindahan mimpi?
dalam menelusuri sekian hari,
seperti mana yang diraih,
aku si pencipta mimpi..

Jacknaim
13 July 2014, 4.30 PM
Hospital Lahad Datu

Friday, July 11, 2014

Intipati Misi Kemanusiaan Pulau Selakan- “Disclaimer!”





Pertamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat warga Malaysia yang cakna dan prihatin dalam isu yang kami bangkitkan iaitu usaha untuk menjalankan Misi Kemanusiaan di Pulau Selakan. Alhamdulillah, dalam tempoh 48 jam iklan program disiarkan, banyak pihak telah menghantar mesej atau menelefon untuk bertanyakan tentang program ini. 

Lebih membanggakan, banyak juga bantuan samada dalam bentuk wang ringgit, pakaian dan bahan asasi yang telah disumbangkan warga prihatin yang diterima oleh saya, saudara Laili Basir (HUGS Project-Sabah) dan juga Saudara Amin (Red DiversBorneo). Tidak lupa juga komitmen yang ditunjukkan oleh rakan baik NGO MuslimCare yang diselaraskan Hj Razak, PAPISMA Sabah, Pelajar UK/Ireland dan Team Pergigian Lahad Datu. Semoga usaha kita ini akan dipermudahkan Allah dan mencapai matlamatnya.

Antara feedback yang saya terima dan perlu diberi penjelasan disini adalah berhubung kandungan aktiviti iaitu mendaki bukit boheydulang, island hoping dan scuba diving. Kata mereka, mengapa terdapat aktiviti sebegini dalam misi kemanusiaan? Adakah wang derma kami akan digunakan untuk aktiviti ini?




Sejak dari kecil, kita diajar tentang satu untaian kata yang cukup indah sekali iaitu jika kita beri ikan kepada seseorang, maka orang itu akan kenyang untuk satu santapan. Tetapi jika kita bagi batang pancing kepada mereka, nescaya mereka akan kenyang selamanya kerana mereka tidak lagi bergantung pada sumbangan ikan. Sebaliknya, mereka diberi bantuan peralatan serta kemahiran untuk menangkap ikan bagi meneruskan survival mereka.

Bagi penduduk Pulau Selakan, aktiviti ekonomi utama mereka adalah menangkap ikan dan diikuti dengan menganyam atap, membuat tembikar dan juga dapur tanah liat. Setelah pengisytiharan Pulau Selakan dan juga pulau-pulau sekeliling mereka sebagai Taman-Taman Sabah Tun Sakaran, aktiviti menangkap ikan telah terjejas. Ini kerana, Kawasan Taman-Taman Tun Sakaran ini dilindungi undang-undang untuk menghalang penangkapan ikan secara besar-besaran ataupun dikawasan terumbu karang dan pulau.

Oleh yang demikian, usaha telah dijalankan untuk memperkenalkan industri perlancongan sebagai satu wadah untuk penduduk Pulau Selakan menjana ekonomi. Ia adalah melalui mewujudkan homestay serta melatih penduduk untuk menjadi tour guide. Sukacita dimaklumkan, aktiviti yang dijalankan ini adalah untuk menjana ekonomi mereka. Saya memberi JAMINAN bahawa peserta misi ataupun penggerak tidak menggunakan wang misi untuk aktiviti ini. Ia adalah tawaran kepada peserta misi yang datang dari semenanjung malaysia yang berminat untuk menyaksikan keindahan pulau-pulau di Sabah dengan menggunakan belanja sendiri. 

Harapan kami adalah, apabila mereka jatuh cinta dengan keindahan yang ada disini, mereka akan pulang ke negeri masing-masing dengan satu pengalaman indah yang akan dikongsikan bersama rakan-rakan dan seterusnya akan merangsang mereka untuk kembali semula ke sini ataupun  mempromosikan tempat ini kepada rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung, ia akan membantu pertumbuhan ekonomi di Pulau Selakan.

Semoga anda tidak akan ragu-ragu untuk terus menyokong program kami dan mengambil kesempatan sempena bulan ramadhan dan seterusnya syawal untuk menderma seikhlas mungkin.


 
Selain itu, sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita di palestin yang tidak pernah surut dengan derita akibat peperangan dan penindasan regim Zionist. Teruskan sokongan, doa dan bantuan dana untuk mereka. Doakan juga supaya suatu hari nanti, saya diberi peluang dari Allah untuk turut menyumbangkan tenaga kepakaran di Palestine.




Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah