Sunday, April 26, 2015

Radio




RADIO!
“Lima Hotel to MECC, calling, over.”
“MECC to Lima Hotel, please proceed. Over”
“We have a situation here requiring urgent air evacuation. Over.”
“Copy that, please proceed. Over.”
“25 years old army was shot down in left thigh and fall from height. Do you copy?,over”
“Copy that, please proceed, over.”
“Patient sustained left subdural hemorrhage, Right Pneumothorax, Right fourth till sixth rib fracture, right open femur fracture and gun shot wound to the left thigh region. Do you copy?, over.”
“Copy that, please proceed! , over.”
“GCS on arrival 8/15, BP 130/70, PR 120, SPO2 99%. For active resuscitation and surgical intervention. Over!”
“Copy that, please proceed!, over.”
“Currently intubated and ventilated. Right chest tube inserted. Bleeding from right thigh and left thigh controlled. Right femur was splinted. On IV Midazolam, IV Morphine and blood transfusion. Over ”
“Alright, we will facilitate and infrom you back. Roger and out, over.”
Masa berlalu dengan pantas, sedar tidak sedar sudah satu jam setengah Kapten Azman terbaring di atas katil resusitasi. Diam lemah tiada berdaya. Kudrat hilang tetapi semangat masih terbilang. Itu yang memungkinkan dia untuk terus berjuang melawan ajal yang terbentang di hadapannya. Pantang maut sebelum ajal dan selagi masih tersisa baki kehidupan, semestinya pengharapan diletak sepenuhnya pada Allah.
Doktor Ilham memerhati skrin monitor yang memaparkan tanda vital kapten Azman. Wayar bergulung-gulung dari mesen dan disambungkan pada bahagian badan. Doktor Ilham menggelengkan kepala melihat keadaan yang berserabut itu. Entah kenapa staff yang bertugas di zon merah tidak membetulkan wayar-wayar tersebut. Cuff untuk bacaan tekanan darah meramas kemas lengan kiri Kapten Azman. Tiga butang tertampal pada dadanya bertujuan untuk menunjukkan ritma jantung. Pengepit mesin SPO2 minitoring melekat longgar pada jari telunjuk kanannya.
Beberapa branulla bersaiz besar terpasang pada pembuluh darah di bahagian kubital fossa tangan kanan dan kiri serta berdekatan pergelangan kaki kirinya. Kesemua branulla itu bersambung dengan tiub-tiub yang menghantar bahan-bahan tertentu pada badannya. Ada ubat pelali, ada ubat tahan sakit, dan ada pemberian darah. Cecair normal saline dimasukkan untuk memastikan salur darah tidak menguncup.
“Doktor tolong selamatkan dia!” beberapa orang tentera berlari laju memasuki jabatan kecemasan dengan menggunakan stretcher dari ambulan angkatan tentera. Sambil menjerit, mereka nyata dalam keadaan panik. Kehadiran mereka menarik minat orang ramai untuk memerhati situasi yang sedang berlaku. Semakin lama, semakin ramai yang bertandang. Tipikal perangai orang Malaysia yang suka menjadi penonton dan merimaskan suasana. Beberapa orang tentera yang memakai kelengkapan kombat memenuhi ruang kecemasan. Ada yang memakai baju dan seluar celoreng beserta but taktikal dan ada juga yang memakai pakaian serba hitam, bertopeng yang hanya menampakkan mata dan dada mereka dipakaikan dengan vest kalis peluru bewarna hitam pekat. Tergantung pada kiri dan badan mereka adalah kelengkapan pertempuran. Grenade, peluru, pisau kombat, botol air dan juga kit kecemasan. Masing-masing memegang senjata dan majority menggunakan colt M4 buatan Amerika Syarikat. Senjata itu diubahsuai berdasarkan versi kolt M16 dan AR-15 Rifle dan berkeupayaan untuk memuntahkan peluru yang terisi dalam katrij 5.56X45mm NATO. Ia dilengkapkan dengan sistem Close Quarter Battle Receiver,sound supressor kit, ECOS-N dan ada juga yang dilengkapkan dengan M203 grenade launcher. Ada yang membawa rifle SIG SG 55- buatan switzerland yang juga menggunakan katrij peluru 5.56X45mm NATO. Dua dari mereka memegang senjata kombat shotgun Franchi SPAS-12 buatan itali.
Kapten Azman terbaring di atas katil dalam keadaan separa sedar. Dia meracau-racau dan bercakap sembarangan bagai dirasuk jin dari hutan. Bandage yang membalut luka di peha kiri dan kanannya dibasahi dengan darah dan ia menitik jatuh ke lantai. Tulang peha kanannya tersembur keluar menembusi balutan bandage. Peha kanannya bengkak dan bengkok. Pernafasannya laju dan mukanya kebiru-biruan.
Dua jam yang lepas, beliau bersama anggota pasukan komando sedang menggasak saki baki pengganas yang masih bersembunyi dalam kawasan ladang sawit di Tambisan, Lahad Datu. Maklumat yang diperolehi menyatakan bahawa anggota pengganas tersebut sedang cuba untuk menyeludup keluar dari Malaysia melalui jalan laut. Sebelum itu, mereka terpaksa meredah hutan sawit tebal yang diusahakan oleh Syarikat Felda. mereka menghampiri musuh dengan perlahan dan senyap tapi entah mengapa mereka tidak bernasib baik kerana kemaraan mereka dapat dihidu oleh musuh. Pertempuran berlangsung dengan sengitnya dan masing-masing berbalas tembakan. Satu demi satu anggota kumpulan pengganas tumbang menyebabkan pasukan komando semakin bersemangat. Cahaya kemenangan menyinari kawasan tersebut yang mana terik mentari dihalang kemasukannya oleh pelepah-pelepah sawit yang lebat.
Kapten Azman berdiri dan berlari sambil menembak ala-ala rambo. Sayangnya sebutir peluru mengenai peha kirinya. Menyedari bahawa dia terbuka pada serangan lanjut, terus dia melompat ke bahagian kiri medan. Nasib tidak menyebelahinya apabila kawasan tersebut sangat curam. Dia berguling jatuh dari curam dan badannya langsung terbang menyahut panggilan graviti. Kepala dan dadanya terhempas pada sebatang pohon sawit dan terpelanting. Dia jatuh dengan bertongkatkan kaki kanannya. Impak dari peristiwa itu menyebabkan kaki kanannya terpusing dan berat badannya menambahkan lagi beban pada tulang peha itu hingga menyebabkan ia patah.
Pasukan paramedik tentera memberi bantuan awal kepada beliau tetapi keadaan semakin kritikal dan mereka lantas mengejarkan beliau ke Hospital Lahad Datu yang memakan masa perjalanan selama satu jam setengah.
Media mula berkerumun di ruang menunggu Jabatan Kecemasan. Kelihatan pengawal keselamatan terkial-kial untuk mengawal keadaan lantas memaksa pembantu pegawai perubatan kanan menelefon pihak polis bagi membantu mengawal suasana.
Kapten Azman dipindahkan ke atas katil resusitasi. Pasukan trauma di aktifkan dan masing-masing memakai pakaian khas untuk melindungi mereka dari terdedah kepada bahaya kuman. Masing-masing lengkap dengan Baju gaun bewarna biru muda, topeng muka, cermin mata plasti dan sarung tangan.
15l/min Oxsigen diberikan dengan menggunakan non rebreather mask sambil Doktor Ilham memasang cervical collar dengan dibantu oleh Ahmad. Cervical collar dipasang pada kawasan tulang leher bagi melindungi  batang tulang di tengkuk dari tercedera yang seterusnya menyebabkan saraf terkepit dan menyebabkan kelumpuhan.
Kepekatan oksigen hanyalah 80% dan corak pernafasan semakin laju. Kapten Azman sudah kebiru-biruan. Dia tercungap untuk mencuri sebanyak mana udara yang boleh. Doktor Ilham mengambil steteskopnya dan mendengar di bahagian dada. Langsung tidak ada bunyi pernafasan di bahagian dada kanan Kapten Azman. Jari tangan kanannya mengetuk jari tangan kirinya yang diletak di atas dada. Setelah beberapa ketukan di buat, dia meminta sebatang jarum branulla besar dan seterusnya mencucuk dada Kapten Azman.
Whoooshhhhhhh, bunyi angin berlari laju dari rongga thorax melalui jarum branulla bewarna oren tersebut. Kepekatan oksigen mula menaik ke 93% dan Kapten Azman kelihatan semakin tenang.
Tekanan darah adalah 120/70 dan denyutan nadi adalah 144 denyutan seminit menunjukkan bahawa beliau dalam keadaan renjatan akibat hipovolumia. Dr Ilham menilai kecederaan Kapten Azman. Dalam keadaan tahap kesedarannya yang tidak menentu, dia mengambil keputusan untuk melakukan intubasi pada Kapten Azman. Beberapa ubat-ubatan diberikan dan dia menggunakan laryngoscope untuk melihat peti suara Kapten azman dan akhirnya memasukkan tiub pernafasan ETT.
Pada masa yang sama, Doktor Azhar memasang chest tube pada dada kanan Kapten Azman untuk mengeluarkan saki baki udara yang masih terperangkap diantara dua ruang pleura paru-paru.
Dua orang pembantu perubatan memasang Hare Splint pada kaki kanan Kapten Azman yang mengalami kepatahan jenis terbuka. Tulang yang tersembul cuba dimasukkan kembali tetapi tidak berjaya kerana otot daging sekitarnya sudah mula mengeras.
Luka di peha kiri juga dibalut selepas dibersihkan dengan begitu banyak cecair normal saline dan poviderm.
Dr Ilham memeriksa anak mata Kapten Azman. Penggunaan ubat sedatif sedikit sebanyak mengganggu pemeriksaan mata kerana kedua-dua anak mata sudah mengecil. Tetapi, dia melihat satu ketidaknormalan berlaku. Anak mata kanannya jauh lebih kecil berbanding anak mata kiri. Tanda tersebut memungkinkan Kapten azman mengalami pendarahan dalam otak.
Keadaan kapten Azman distabilkan sebelum di hantar untuk menjalani pemeriksaan CT Scan dan juga X Ray bagi menilai tahap kecederaan. Para doktor dari bahagian Orthopedik, Pembedahan juga sudah turun untuk membantu merawat Kapten Azman.
Sayangnya, kecederaan Kapten Azman memerlukan pembedahan dilakukan di Hospital yang mempunyai kepakaran lanjut. Beliau mesti dipindahkan dengan segera. Segera!
“ MECC to Lima Hotel, Calling over.” Bunyi radio GIRN yang tersandang pada bahu paramedik mengejutkan suasana.
“MECC from Lima Hotel, please proceed, over.”
“Lima Hotel please prepare the patient for urgent transfer. A helicopter will arrive in 30 minutes. Do you copy that, over?”
“Copy that. Will prepare the necessary. Over and out.”
Doktor Ilham menarik nafas lega. Dia benar-benar berharap agar Kapten Azman dapat diselamatkan. Detik berlalu dengan begitu pantas dan mereka segera memindahkan Kapten Azman ke atas troli dan dimasukkan ke dalam ambulans.
Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Di Lahad Datu, waktu tersebut sudah gelap secara total. Hanya lampu elektrik yang menerangi jalan. Helipad tempat pendaratan helikopter yang terletak di bahagian belakang bangunan hospital begitu gelap sekali.
Bunyi deruman enjin dan rotor helicopter semakin lama semakin kuat. Lampu berkelip-kelip dari angkasa dan semakin lama semakin menghampiri helipad.
Dua biji ambulans digunakan untuk menerangi kawasan helipad bagi memudahkan pendaratan helikopter. Debu-debu mula berterbangan dan memasuki mata Doktor Ilham. Ranting-ranting kayu kecil juga ikut terbang bersama. Impak dari pusingan rotor helikopter menyebabkan masing-masing yang berada di sana cuba untuk menutup mata. Lebih kurang 200 meter dari kawasan helipad, terdapat pegawai tentera, staff hospital dan juga polis yang cuba mengawal kemasukan orang awam. Masing-masing sedang menyaksikan saat yang seolah-olah dalam mimpi.
Helikopter AW 139 Agusta Westland Malaysia berbadan merah dan putih milik Angkatan Penguatkuasa Maritim Malaysia mula menyentuh lantai helipad. Rotor diperlahankan tetapi tidak dihentikan. Seorang pembantu juruterbang keluar dari badan helikopter dan mula memberi isyarat agak pesakit di bawa masuk ke dalam helikopter.
Doktor Ilham dan beberapa petugas menolak stretcher menuju ke helikopter pada arah jam tiga. Pesakit dipindahkan ke dalam helikopter beserta Mesin ventilator, tangki oksigen dan mesin infusi pam yang membekalkan ubat-ubatan pada pesakit. Doktor Azhar diamanahkan untuk mengiringi pesakit bersama-sama dengan seorang jururawat dan pembantu jururawat. Pintu helikopter ditutup dan mereka segera bergerak keluar dari kawasan helipad. Rotor kembali berpusing laju dan badan helikopter mula terapung di atas udara. Ia membuat pusingan sebanyak 90 darjah dan seterusnya semakin meninggi ke langit. Helikopter meninggalkan Hospital Lahad Datu dan menghilang dalam kegelapan malam. Cahaya lampu dari helikopter kelihatan semakin mengecil dan akhirnya menghilang dari pandangan. Semoga Kapten Azman dapat diselamatkan kerana dia adalah wira negara.
** Cerpen ini adalah cerita rekaan berdasarkan Night Air Evacuation Plan for Head Injury Medical Evacuation Exercise (HIMEX) yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tawau dan ESSCOMM. Watak dan peristiwa adalah rekaan semata-mata dan tidak berkaitan dengan situasi semasa di Lahad Datu. Keadaan di lahad Datu pada masa kini adalah aman dan tenteram.

Allah Matlamatku, Rasulullah ikutanku, Al Quran pedoman hidup, Syahid impianku.

REVOLUSI MAHASISWA MEMBENTUK PEMIKIRAN MERDEKA

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org-orang yang beriman."[ Surah Al-Imran ayat 139]

Memori Terindah